P. 1
Budaya Ilmu Sebagai Pembangun Peradaban Remaja

Budaya Ilmu Sebagai Pembangun Peradaban Remaja

|Views: 45|Likes:
Published by aleesynurri

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: aleesynurri on Oct 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/21/2011

pdf

text

original

Pembudayaan Ilmu sebagai Pembina Peradaban Remaja: Tumpuan kepada Aktivis Mahasiswa Muslim Disediakan oleh: Sdr.

Muhamad Alihanafiah bin Norasid, Tutor / Mahasiswa Pascasiswazah, Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. http://nahdatulqalam.blogspot.com/ ribbiyyun87@gmail.com 1. Muqaddimah Di antara fenomena yang menghakis keyakinan mad`u terhadap kepimpinan Islam sebagai pemacu gerakan yang holistik ialah merudumnya penghayatan dan pemugaran budaya ilmu dalam kalangan rijal al-da’wah dan para pendiri gerakan Islam. Berasa malas atau mudah jemu, tidak minat dengan perbahasan ilmiah dan kuliah-kuliah tafaqquh, sibuk dengan tugasan dan aktiviti, dan sebagainya merupakan alasan-alasan basi yang tidak seharusnya dilontarkan oleh tutur kata para da`i hanya kerana ingin mengkesampingkan kuasa ilmu sebagai pembina peradaban, walhal pengasakan minda dalam mencatur idealisme fard al-Muslim kelas pertama ternyata merupakan tuntutan prioriti yang telah disarankan oleh Allah s.w.t melalui penurunan wahyu-Nya yang pertama. Tuntasnya, penghayatan budaya ilmu merupakan salah satu komponen terpenting bagi menatijahkan kesepaduan harakah Islamiyyah dalam merencanakan gagasan dan fikrah rabbaniyyah sekaligus menyahut kebangkitan ruh al-Qalam1 sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an di dalam surah al-`Alaq, ayat 1 – 5:

Maksudnya:

َ َ ‫اقرأ ْ باسم ِ رب ّك ال ّذي خل َق )1( خل َق الن ْسان من عل َق‬ ِ ْ ِ َ ْ َ َ َ َ ٍ َ ْ ِ َ َ ْ ‫)2( اقرأ‬ َ َ َ َ ِ َ َ ‫ْ َ ورب ّك الك ْرم )3( ال ّذي عل ّم بال ْقل َم ِ )4( عل ّم‬ ِ ُ َ َ َ (5) ‫الن ْسان ما ل َم ي َعل َم‬ ْ ْ ْ َ َ َ

1. Bacalah (Wahai Muhammad), dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, 3. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, 4. yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan 5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-`Alaq, (96): 1-5
1

Ruh al-Qalam bermaksud pembinaan semangat membaca dan menulis. Sila lihat Hairudin Harun(2007), Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam, c. 3, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 69.

1

Wahyu pertama yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ini mencitrakan satu bentuk justifikasi kepada kita mengenai peri pentingnya pembudayaan ilmu dan galakan membaca (iqra’). Bahkan, apabila digali dan disoroti tafsiran ayat al-Qur’an tersebut dengan lebih rinci, setiap individu yang berjiwa rabbani akan menyedari bahawa terdapatnya hubungan yang begitu erat di antara ilmu dengan hakikat Pencipta dan hal ini merujuk kepada akidah muslim sebagai elemen teras pemerkasaan thaqafah Islamiyyah2. Buah pengetahuan mengenai hubungan makhluk yang bergelar hamba dengan Pencipta yang Maha Perkasa bertitik-tolak daripada satu mekanisme yang dipanggil sebagai tarbiyah rabbaniyyah3.

2. Akidah Muslim sebagai Elemen Teras Penghayatan Budaya Ilmu Seruan keramat menerusi surah al-`Alaq, ayat 1-5 yang berkisar mengenai tuntutan pembacaan menyaksikan kepada seluruh alam akan kekerdilan makhluk yang bernama manusia. Nyatanya, menerusi pemahaman ayat tersebut, kita akan berhasil menyingkap hakikat bahawa pengetahuan manusia yang hanyalah sekelumit cuma merupakan pinjaman daripada Allah s.w.t. Hal ini sekaligus menyentak hamba-hamba-Nya agar bangun dari buaian mimpi, sentiasa mengingati-Nya dalam setiap nafas dengan limpah kurnia-Nya serta melafazkan hamdalah syukur kepada-Nya. Justeru, penstrukturan frasa yang dimulakan dengan ayat perintah tersebut merupakan satu pendedahan kemukjizatan al-Qur’an yang dipaparkan oleh Allah s.w.t mengenai seruan membaca. Bahkan, perintah atau arahan tersebut disusuli pula dengan menyebut nama Allah s.w.t, dan hal ini memberikan satu impak dan mesej yang begitu jelas kepada kita agar tidak culas untuk sentiasa mengingati Allah sw.t. dalam setiap tingkah dan tindak. Oleh hal yang demikian, seseorang individu muslim akan mendapati bahawasanya aspek pembacaan yang merupakan salah satu indikasi terpenting dalam menghayati budaya ilmu merupakan satu komponen yang sangat bertambatan dengan `aqidah Islamiyyah. Berbicara mengenai hubungan ilmu dengan akidah muslim, sewajarnya kita merenungi kembali bait-bait kata yang telah dilontarkan oleh Hujjah al-Islam, al-Imam al-Ghazzali r.a menerusi karya ulung beliau, Bidayah al-Hidayah4, iaitu: “Seandainya engkau berniat mencari ilmu untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk
2

Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru(2005), Islam: Fikrah, Harakah, dan Daulah, c.2, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 208. 3 Tarbiyah Rabbaniyyah merupakan satu kerangka pendidikan yang mengembalikan pemahaman individu sebagai seorang `ibad al-Rahman di samping menyulam pertautan dan kebergantungannya yang menyeluruh kepada Pencipta dalam memahami tujuan kehidupan dan ma’rifatullah. Inilah konsep tarbiyah yang bernuasa ketuhanan yang mutlak kepada Allah s.w.t. Sila rujuk Ramli Awang(2008), Tasawwur Rabbani menurut al-Qur'an dan alSunnah, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication, h. 151. 4 Ghazzali, Abu Hamid Muhammad al-(2008), Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah), Ahmad Fahmi Zamzam (Terj.), Pokok Sena, Kedah: Khazanah Banjariah, hh. 13-14.

2

menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda. Maka, ketika ini, guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada seorang perompak. Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap, maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan ke arah tuntutan ilmu, dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta pengampunan buatmu apabila engkau berjalan…” Bermula daripada maqasid individu Talib al-Ilmi inilah, maka ia akan memposisikan hati dan jiwa raganya agar bertapak di dalam landasan yang absah tika memburu redha Ilahi. Keredhaan Allah adalah matlamat tertinggi dalam setiap perencanaan dan percaturan tindakan, lantas ia menjadi satu pasakan tauhid yang utuh dan tunjangan aqidah Islamiyyah yang teguh tertancap di kalbu tanpa menagih simpati daripada makhluk-makhluk lain yang lemah5.

3. Tuntutan Ilmu dan Amal Tuntutan ilmu di dalam jiwa-jiwa para da`i semestinya perlu disemai agar ia bakal menggamit kefahaman Islam sebenar dalam kehidupan para mujahid. Pembinaan kefahaman Islam yang jelas akan mendorong individu terbabit untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki. Secara tidak langsung, slogan amar ma’ruf nahi munkar dapat dilaksanakan sebagai satu bentuk praktikaliti dakwah bagi seorang rijal al-da’wah setelah memahami konsep Islam dan dakwah melalui tuntutan ilmu. Maka, benarlah kata-kata yang telah dilontarkan oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna iaitu “kefahaman merupakan tiang asas kepada amar ma’ruf nahi munkar”. Menerusi al-Qur’an, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak dalil-dalil naqli yang menyentuh persoalan ilmu pengetahuan dan tuntutannya di atas pundak setiap muslim. Penggunaan sighah seperti ulu al-albab, ribbiyyun, rabaniyyin, `ulama’, ahl al-dhikr, ulu al`ilm, dan sebagainya yang merupakan signifikasi kepada golongan pencinta ilmu justeru tidak menjadi asing lagi lantaran ia sering dilafazkan melalui pembacaan al-Qur’an dan tadabbur ayat. Hal ini sekaligus memaparkan kepada kita akan martabat golongan-golongan ilmuan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t sebagai syi`ar keizzahan Islam melalui ayat-ayat al-Qur’an. Allah s.w.t telah berfirman:

َ ّ ‫وك َأ َي ّن من ن َب ِي قات َل معه رب ّيون ك َثير فما وهنموا ل ِمما‬ ُ َ َ َ َ ٌ ِ َ ّ ِ ُ َ َ َ ْ ِ ْ َ َ ّ ‫أ َصاب َهم في سمبيل الل‬ ُ ُ َ ‫مه ومما ضمعفوا وم ما اسمت َكانوا‬ ‫َ َم‬ ‫ِ َ َم‬ ِ ْ ُ َ ُ َ ْ ِ ِ َ َ ‫والل ّه يحب الصابرين )641( وم ما ك َمان ق مول َهم إل أ‬ ‫َ َم م َ َ ْ ُ ْ ِ ّ ن‬ ْ ّ ِ ُ ُ َ ِ ِ ّ َ َ ‫قالوا ربنا اغفر ل َنا ذُنوبنا وإسرافنا في أ‬ ُ َ ْ َ َ ْ ِ َ َ َ ُ َ ‫مرن َ ما وث‬ ‫ْ ِ م َ ب ّ مت‬ ِ َ َ ْ ِ َ ّ َ ْ
5

Mawdudi, Abu al-A’la al- & Sayyid Qutb(2009), Fundamental of Islam, Ma`alim fi al-Tariq, Dirasat alIslamiyyah, al-Mustaqbal li Hadha al-Din (Manhaj Hidup Muslim), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 129.

3

َ َ َ ْ ُ ‫أ َقدامنا وان ْصرنا على ال ْقوم ِ ال ْكافرين )741( فآ َتاهم‬ َ ِ ِ َ ُ ُ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ‫الل ّه ث َمواب ال مدّن ْيا وحس من ث َمواب ال َخ مرة والل ّمه ي ُح مب‬ ّ ِ ُ َ َ َ ْ ُ َ َ ُ َ ِ َ ِ ْ ِ َ (148) ‫ال ْمحسنين‬ َ ِ ِ ْ ُ
Maksudnya: 146. Dan berapa banyak dari nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh), dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. 147. Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan), dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. 148. Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. Ali-`Imran, (3): 146-148 Menjurus kepada konteks ayat al-Qur’an di atas, al-Imam Sa`id Hawwa telah mentafsirkan golongan ribbiyyun sebagai golongan rabbaniyyin menerusi karya tafsir beliau, alAsas fi al-Tafsir. Malah, beliau telah mengetengahkan pandangan yang telah dikemukakan oleh al-Imam Ibn Kathir mengenai pengertian kalimah ribbiyyun yang membawa maksud golongan yang berbuat kebaikan dan bartaqwa, ((‫ .6البييرار التقييياء‬Beliau juga berpendapat bahawa golongan ribbiyyun dan rabbaniyyin ini merupakan golongan yang sangat berpegang teguh dengan tali Allah. Pengertian rabbaniyyin ini disepadukan dengan pandangan yang telah diutarakan oleh Ibn `Abbas iaitu mereka yang terdiri daripada kalangan ulama’ dan para cendekiawan agama. Hal ini dihuraikan menerusi firman Allah pada ayat 79, Surah ali-`Imran

(...‫ )...ولكن كونوا ربانيين‬yang terdapat di dalam karya tafsir al-Imam Sa`id Hawwa, al-Asas fi alTafsir7. Imam al-Hasan al-Basri turut mengklasifikasikan golongan ribbiyyun sebagai para ulama’ yang ramai dan sabar.8 Sesungguhnya, golongan ribbiyyun atau rabbaniyyin inilah telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka akan kemenangan yang besar di dunia dan di akhirat. Pendetilan mengenai ciri-ciri rabbaniyyin ini dapat kita jelujuri dengan lebih terperinci menerusi
6
7

Sa`id Hawwa(1989-1993), al-Asas fi al-Tafsir, al-Qahirah: Dar al-Salam, j. 2, h. 888. Ibid, h. 810. 8 Ibid, h. 888.

4

sebuah karya yang terkemuka, Ihya’ al-Rabbaniyyah yang juga dihasilkan menerusi mata pena al-Imam Sa`id Hawwa yang sememangnya dijoloki dengan gelaran murabbi rabbani. Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna turut mengetengahkan ciri-ciri para da`i yang antaranya ialah pemupukan budaya ilmu menerusi karyanya Risalah al-Ta`alim. Idea yang telah diinspirasikan oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna iaitu pengintergrasian ciri-ciri ribbiyyun yang menekankan pembudayaan ilmu kemudian digabungjalinkan dengan ciri-ciri sufi tulen dari sudut rohani, dan ketenteraan tulen dari sudut disiplin inilah seharusnya perlu dijana kembali bagi melahirkan barisan cendekiawan agama (ulu al-Albab) yang berjihad di jalan Allah s.w.t., hasil gabungan dua tradisi, ukhrawi dan duniawi, ketaqwaan dan keintelektualan selain berintima’ di dalam jemaah Islam9. Dalam pada itu juga, al-Qur’an al-Karim turut merakamkan galakan kepada umat manusia agar sentiasa berfikir, dan proses berfikir ini merupakan satu komposisi terpenting dalam menjana pemugaran budaya ilmu. Peranan akal sebagai medium berfikir telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam beberapa ayat pastinya berupaya menggugah sanubari kita sebagai seorang hamba yang sangat kerdil, lalu merangsang minda kita agar sentiasa berfikir dan merenungi kejadian alam. Antara ayat-ayat al-Qur’an yang bersangkut-paut dengan proses berfikir ialah surah al-Baqarah, (2): 219, surah Ali-`Imran, (3): 191, surah Yunus, (10): 24, dan sebagainya10. Rasulullah s.a.w merupakan ikon terbaik sebagai motivator dalam usaha memberikan galakan kepada umatnya agar menanamkan rasa cinta kepada ilmu dan thaqafah. Penghayatan budaya ilmu telah dinyatakan oleh Baginda s.a.w dalam beberapa hadith sahih, antaranya, Nabi s.a.w. bersabda:

‫ما من خارج خرج من ب َي ْت ِه في طَل َب ال ْعل ْم ِ إ ِل وضعت‬ َ ْ ِ َ ِ ِ ِ ْ َ َ َ ّ ْ ِ َ َ َ ِ َ ‫ل َِه ٍ ال ْملئ ِك َة أ‬ َ َ .‫ُ جن ِحت َها رضا ب ِما ي َصن َع‬ ً ِ َ َ ْ ُ ْ َ ُ
Maksudnya: Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya hanya untuk menuntut ilmu, melainkan para malaikat akan mengembangkan sayapnya tanda redha dengan dengan perbuatan itu11. (Hadith riwayat Ibn Majah di dalam Sunannya)

9

Sa`id Hawwa(2008), Fi Afaq al-Ta`alim (Pendidikan Harakah Islamiyyah: Syarah Risalah al-Ta’lim), Nor Hasanuddin (Terj.), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 186. 10 `Abd al-Baqi, Muhammad Fu’ad(2007), al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an al-Karim, al-Qahirah: Dar alHadith, h. 635-636. 11 Ibn Majah, Abu `Abd Allah Muhammad Yazid(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Sunan Ibn Majah, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, Kitab al-Sunnah, Bab Fadl al-`Ulama’ wa alHaththu `ala Talab al-`Ilm, no. 226, h. 2491, (hadith disahihkan oleh al-Imam al-Albani).

5

Di dalam gerakan Islam terpadu al-Ikhwan al-Muslimun, penghayatan budaya ilmu serta pengamalannya dan juga kemuliaaan ilmu dan para ulama’ turut ditekankan oleh al-Imam alSyahid Hasan al-Banna menerusi prinsip ke-18 daripada Usul 2012. Pembudayaan ilmu menuntut seseorang individu muslim untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Suatu peringatan keras telah dilontarkan oleh Nabi s.a.w bagi mereka yang memiliki ilmu, tetapi tidak mengamalkan dan menyampaikannya kepada insan lain. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:

َ ‫من سئ ِل عن عل ْم ٍ فك َت َمه أ َل ْجمه الل ّه ب ِل ِجام ٍ من نار‬ ِ ْ َ َ ُ ْ َ َ ُ ُ َ َ ُ َ ٍ َ ْ ِ .‫ي َوم ال ْقيامة‬ ِ َ َ ِ َ ْ
Maksudnya: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, maka Allah akan merantai dengan rantaian daripada api neraka pada hari kiamat13. (Hadith riwayat Abu Daud, al-Tirmidhi, dan Ibn Majah di dalam Kitab Sunan) Berasaskan keterangan dan dalil yang telah dikemukakan, sesungguhnya para pendokong agama Allah tidak mesti tidak perlu menggalas tanggungjawab mengamal dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang telah diperolehinya melalui wadah kuliah-kuliah ilmu, ceramah-ceramah, dan seumpamanya. Sifat tabligh (menyampaikan) inilah merupakan satu tunjang daripada uslub dakwah dalam mengetengahkan idea faham Islam kepada komuniti mujtama’ muslim. Al-Imam Sa`id Hawwa pula menegaskan bahawa pembudayaan ilmu bagi menambah kefahaman para kader dakwah merupakan satu elemen terpenting sebelum memasuki gerbang perlaksanaan da`wah Islamiyyah. Bahkan, menurut beliau, proses pembinaan para da`i tidak perlu tergesa-gesa sebelum tercapainya piawaian khusus yang layak untuknya. Idea ini turut disokong oleh alUstadh Mustafa Masyhur14. Adalah lebih baik bagi sebuah entiti jemaah memperlambatkan proses pembinaan mata-mata rantai perjuangan supaya pembinaan tersebut menjadi kukuh dan kuat berbanding kita bersegera melakukan pembinaan, tetapi pada akhirnya runtuh binasa15.

12 13

Sa`id Hawwa(2008), op. cit, h. 208. Abu Daud, Sulaiman al-Asy`ath(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Sunan Abi Daud, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, Kitab al-`Ilm, Bab Karahiyah Man’ al-`Ilm, no. 3658, h. 1494. Tirmidhi. Muhammad `Isa al-(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Sunan al-Tirmidhi, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, Kitab Abwab al`Ilm, Bab Ma ja’a fi Kitman al-`Ilm, no.2649, hh. 1918-1919. Ibn Majah, Abu `Abd Allah Muhammad Yazid(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub alSittah, Sunan Ibn Majah, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, Kitab al-Sunnah, Bab Fadl al-`Ulama’ wa al-Haththu `ala Talab al-`Ilm, no. 261, h. 2493, (hadith disahihkan oleh al-Imam al-Albani). 14 Mustafa Masyhur(2004), Tariq al-Da’wah bayna al-Asalah wa al-Inhiraf (Jalan Dakwah: Antara Keaslian dan Penyelewengan), Mohd. Yusuf Ismail (Terj.), c. 4, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 68. 15 Sa`id Hawwa(2008), op. cit., h. 187.

6

4. Pejuang Islam Adalah Barisan Cendekiawan Tersohor Menjadi seorang rijal al-da’wah pastinya mengasak diri untuk lebih bermujahadah meneroka spektrum disiplin ilmu yang mewarnai kehidupan. Pemetaan ilmu di dalam jiwa merupakan suatu prinsip fundamental bagi pembinaan kefahaman sebuah mahkota kehidupan beragama. Seandainya kita mencermati kembali susur galur para ulama’ terdahulu, pemetaan ilmu di dalam jiwa telah pun dimulakan sebelum mereka dilahirkan lagi dan hal ini telah dimanifestasikan oleh para ibu bapa mereka yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. Lipatan sejarah turut melakarkan bahawa saf-saf pemerintahan Islam di pelosok dunia sememangnya terdiri dari kalangan mereka yang sangat terbilang dalam cabang keilmuan dan keintelektualan. Bagi membangkitkan kembali roh percintaan terhadap ilmu, marilah bersama-sama kita menyoroti kembali ketokohan para alim ulama’ silam serta kegigihan mereka menuntut ilmu. AlImam Ibn Kathir (m.774H) telah cacat penglihatannya ketika akhir-akhir usianya disebabkan ketekunannya menuntut ilmu yang ditemani oleh cahaya pelita16. Al-Imam al-Zarkasyi (m.794H) seorang sarjana Islam, begitu gigih mengunjungi kedai-kedai buku dan sentiasa menelaah sejumlah kitab di maktabah-maktabah (kedai-kedai buku) di sekitar masjid al-Azhar setiap hari. Kemiskinan yang dihadapi olehnya tidak memungkinkan beliau untuk membeli kitab-kitab. Lantaran itu, beliau sering menukilkan maklumat penting yang diperolehinya daripada kitabkitab tersebut ke dalam muswaddat (kertas draf), kemudian dimuatkan ke dalam karya-karya penulisannya sejurus beliau pulang ke rumah. Justeru, sebahagian besar kehidupan sehariannya dihabiskan hanya semata-mata menelaah gugusan ilmu di kedai-kedai buku, dan penulisannya telah dijelmakan menerusi lebih 30 buah karya beliau yang begitu besar17. Al-Imam al-Suyuti (m.911H) yang berlatarbelakangkan keluarga yang dha`if telah kehilangan bapanya semenjak beliau kecil. Namun begitu, beliau telah berjaya menghasilkan lebih 500 judul karya yang berjilid-jilid dan telah menghafal lebih 200 000 hadith berserta sanad dan matn18. Al-Imam alBukhari (m.256H) sentiasa melakukan kelana ilmu ke pelbagai kawasan sehingga ke wilayah Mesir, Syam, Haramayn, dan pelbagai destinasi lagi yang jaraknya beratus-ratus batu dari Bukhara (tempat tinggalnya) tanpa sebarang kenderaan melainkan unta tunggangannya, dan permusafiran beliau tidak lain hanyalah semata-mata untuk mendapatkan beberapa sanad hadith yang sahih daripada para masyayikh thiqah secara bertalaqqi. Beliau bukan sahaja membesar dalam keadaan yatim, bahkan beliau telah dihalau dari tanah tumpah darahnya disebabkan terdapat tohmahan fitnah yang telah dilemparkan ke atasnya19.

16 17

Dhahabi, Muhammad Hussayn, Dr. al-(2000), al-Tafsir wa al-Mufassirun, Bayrut: Dar al-Yusuf, j. 1, h. 253. Zarkasyi, Badr al-Din Muhammad `Abd Allah al-(2006), al-Burhan fi `Ulum al-Qur’an, al-Qahirah: Dar alHadith, h. 9. 18 Dhahabi, Muhammad Hussayn, Dr. al-(2000), op. cit., h. 262. 19 Khayr Abadi, Muhammad Abu al-Layth, Dr. al-(2005), `Ulum al-Hadith: Asiluha wa Mu`asiruha, c.4, Selangor, Bandar Baru Bangi: Dar al-Syakir, h. 66.

7

Bermula pada abad ke-20 Masihi, kelahiran tokoh-tokoh kontemporer seperti al-Imam alSyahid Hasan al-Banna20, al-Syeikh Hasan al-Hudaybi21, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi22, alImam Sa`id Hawwa23, Sayyid Qutb24, Zainab al-Ghazali25, dan sebagainya telah memberikan nafas baru kepada kebangkitan dunia baru Islam setelah kejatuhan Khilafah Turki `Uthmaniyyah pada tahun 1924. Ternyata mereka bukan sahaja memainkan peranan sebagai pengendala gerakan Islam al-Ikhwan al-Muslimun yang beroperasi di seluruh dunia, malah mereka juga merupakan tokoh-tokoh haraki yang begitu cintakan ilmu di samping memiliki nilai-nilai keintelektualan yang begitu tinggi sehingga mampu merobah peta dunia. Tidak ketinggalan juga nama-nama mekar mewangi yang disemadikan di dalam lipatan sejarah seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abd. Aziz al-Rantisi, Prof. Dr. Nizar Rayyan, al-Ustadh Ismail Haniyyah, dan sebagainya, mereka semua merupakan pejuang-pejuang keamanan yang bertukus-lumus bermandi darah membebaskan bumi al-Quds dari belenggu penjajahan Yahudi Zionis. Dalam penderitaan yang tidak pernah padam, dalam kesibukan memerintah negara Palestin di bawah panji Islam melalui parti HAMAS26, mereka mampu untuk menggarap budaya ilmu dengan melaksanakan usrah-usrah, menghafal seluruh al-Qur’an, menuntut ilmu sehingga ke peringkat kedoktoran serta meraih keputusan yang cemerlang, di samping mengorbankan jiwa dan raga
20

Dilahirkan pada tahun 1906 di Mesir. Merupakan pengasas dan Mursyidul `Am pertama bagi gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pada tahun 1928 setelah kejatuhan empayar Khilafah Turki `Uthmaniyyah. Seorang tokoh reformis Islam. Beliau juga menghafal seluruh al-Qur’an dan merupakan mahasiswa cemerlang di kuliah Dar al-`Ulum, Universiti al-Qahirah, Mesir. Bapanya, Abd al-Rahman al-Sa`ati merupakan tokoh ulama’ terkemuka di dalam bidang hadith dan fiqh. Hasan al-Banna juga memiliki enam orang anak yang rata-ratanya berkelulusan ijazah kedoktoran dari pelbagai lapangan ilmu. Meninggal dunia pada tahun 1949. Sila lihat Muhammad Lili Nur Aulia(2008), Cinta di Rumah Hasan al-Banna, Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise, hh. 20-21. 21 Dilahirkan pada tahun 1891 di Mesir. Merupakan Mursyidul `Am al-Ikhwan al-Muslimun yang kedua. Telah menghafal al-Qur’an semenjak kecil dan bergraduasi di dalam pengajian undang-undang. Meninggal dunia pada tahun 2004. 22 Dilahirkan pada tahun 1926 di Mesir. Merupakan seorang reformis Islam mutakhir ini. Menghafal al-Qur’an sebelum menginjak usia 10 tahun. Berkelulusan ijazah kedoktoran dari Universiti al-Azhar, Mesir. Merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama’ Sedunia. Telah mengarang lebih 120 karya terkemuka. Memperoleh gelaran Tokoh Ma`al Hijrah bagi tahun 1431 H (2009) daripada kerajaan Malaysia. 23 Dilahirkan pada tahun 1935 di Syria. Merupakan salah seorang tokoh al-Ikhwan al-Muslimun yang beroperasi di Syria. Seorang mahasiswa yang cemerlang di Universiti Dimashq, Syria, dan telah menghasilkan lebih 30 karya besar yang berjilid-jilid. Meninggal dunia pada tahun 1989. 24 Dilahirkan pada tahun 1906 di Mesir. Merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam dan seorang penulis prolifik. Lulusan dari kuliah Dar al-`Ulum, Universiti al-Qahirah, Mesir, dan juga dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Menghafal al-Qur’an ketika berumur 9 tahun. Telah menghasilkan lebih 20 karya ilmiah yang berkaitan kesusasteraan Arab dan harakah Islamiyyah selain menulis beberapa makalah. Meninggal dunia di tali gantung pada tahun 1965 melalui konspirasi kerajaan boneka. Sila lihat Sayyid Qutb(2000), Hadha al-Din (Inilah Islam), Salehan Ayub (Terj.), Kuala Lumpur: Pustaka Salam, hh. 7-8. 25 Dilahirkan pada tahun 1917 di bumi Mesir. Merupakan salah seorang pimpinan tertinggi bagi sayap wanita alIkhwan al-Muslimun. Pernah mendekam di dalam penjara militer selama 5 tahun dan diseksa dengan pelbagai bentuk penderaan. Meninggal dunia pada tahun 2005. Sila rujuk Zainuddin Hashim & Riduan Mohamad Nor(2009), Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden, Kuala Lumpur: Jundi Resources, hh. 207 & 210. 26 HAMAS adalah akronim bagi Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah yang merupakan proksi kepada gerakan alIkhwan al-Muslimun di Gaza, Palestin. Pengasas bagi gerakan HAMAS ialah al-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Sila lihat Ahmad Muhammad Mujahid, Dr.(2009), Syuhada Gaza, Putrajaya: PAS Kawasan Putrajaya, h. 1.

8

berjihad di jalan Allah s.w.t27. Maka, siapakah pula kita dan apakah pula sumbangan kita untuk Islam..? Justeru, sekiranya dihimpunkan segala pengorbanan dan kegigihan para ulama’, nescaya terlalu melimpah-ruahlah pengorbanan mereka dan tidaklah begitu sesuai untuk dimuatkan di dalam kertas kerja ini. Pengorbanan tersebut membuktikan bahawa para ulama’ begitu mencintai dan menghargai setiap cakupan ilmu pengetahuan serta berjuang di dalam harakah Islam demi kesejahteraan generasi-generasi umat Islam selanjutnya agar dapat menikmati segala limpahan ilmu yang kian luas terbentang.

5. Manifestasi Penghayatan Budaya Ilmu Sebagai Mahasiswa Islam Mahasiswa merupakan saf-saf peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang. Pemupukan budaya ilmu adalah sangat mustahak untuk dibina agar kelak kita berjaya melestarikan kepimpinan Islam terunggul dan berwawasan tinggi. Batu asasnya adalah pendidikan dan tarbiyah. Elemen pendidikan dan tarbiyah Islamiyyah menguak pemahaman mahasiswa agar mengasimilasikan gugusan ilmu yang diperoleh ke dalam lapangan kehidupan sebenar sebagai seorang muslim, dan tidak hanya berpada kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mentaliti yang menjurus kepada exam-oriented tanpa menyuburkan penghayatan dan pengamalan budaya ilmu perlu ditangkis serta-merta. Kesepaduan ilmu dan amal perlu dibangunkan bagi melahirkan mahasiswa berminda kelas pertama, dan mapan dalam segala aspek, lalu dijelmakan melalui tindakan menempuh perjuangan sebenar. Justeru, terdapat beberapa item yang perlu dimainkan di peringkat mahasiswa sebagai satu usaha memanifestasikan penghayatan budaya ilmu dan pengamalannya di dalam kehidupan. Sewajarnya hal ini menjadi suatu muwasafat (ciri-ciri) terpenting dalam pembangunan keintelektualan mahasiswa Islam yang berjiwa jundi rabbani.

a) Aktiviti Keilmuan dan Akademik

Mahasiswa Islam seharusnya menghadirkan diri di dalam kuliah-kuliah pengajian dan tutorial tanpa gagal, kerana hal ini merupakan satu tuntutan prioriti kepada mahasiswa tatkala berada di alam universiti. Keterlibatan secara aktif di dalam seminar-seminar, wacana ilmu dan seumpamanya juga perlu dipupuk bagi menghidupkan kembali suasana keilmuan yang kondusif di menara ilmu28. Penggunaan media massa seperti internet dan blog juga harus dimanfaatkan dengan menulis artikel-artikel dan makalah ilmiah bagi meningkatkan kemahiran output hasil cetusan daripada pengetahuan yang dimiliki. Sebagai seorang mahasiswa Islam, sewajarnya sifat pentingkan diri sendiri, melakukan tindakan mengikut keselesaan nafsu, dan sebagainya harus dikikis. Fungsi surau dan masjid sebagai pusat penyatuan umat perlu dioptimumkan oleh seluruh
27 28

Ahmad Muhammad Mujahid, Dr.(2009), Syuhada Gaza, Putrajaya: PAS Kawasan Putrajaya, h…… Usaha sebegini turut dilaksanakan oleh para anggota gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Sila lihat `Ali `Abd alHalim Mahmud, Dr.(1997), Manhaj al-Tarbiyah `inda al-Ikhwan al-Muslimin (Ikhwanul Muslimin: Konsep Gerakan Terpadu), Masykur Hakim Ubaidillah (Terj.), Jakarta: Gema Insani Press, j. 2, h. 61.

9

mahasiswa Islam dengan mengambil langkah melaksanakan solat secara berjamaah di surau atau masjid, mengikuti sesi kuliah-kuliah dan halaqah ilmu, malah mahasiswalah sewajarnya memainkan peranan sebagai penyampai kuliah dan penceramah di surau-surau dan masjid yang berada di dalam dan di sekitar kampus.

b) Persatuan dan Kepimpinan Usrah dan halaqah adalah wadah yang terbaik buat mahasiswa Islam untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan kefahaman Islam, selain berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa dan tazkiyatun nafs, meluahkan permasalahan, mempertaut ukhwah, dan sebagainya. Nyatanya, usrah dan halaqah merupakan salah satu medium terbaik dalam penghayatan budaya ilmu dan amal29. Mahasiswa Islam juga disarankan agar berpatisipasi di dalam kem-kem pembinaaan sahsiah dan qiadah dan seumpama dengannya bagi pembinaan jati diri dan tarbiyah. Aspek terpenting buat seorang mahasiswa Islam ialah menggabungkan diri di dalam persatuan dan gerakan Islam sebagai satu platform mekanisme dakwah selain ia dapat mengasah kepimpinan dan kemahiran berorganisasi. Malah, pemusatan amal Islam adalah bermula daripada jemaah atau gerakan Islam yang bersifat universal dan syumul dalam setiap cabang organisasinya30. Kesatuan di dalam jemaah merupakan batu asas dalam membina kekuatan melakukan gerak kerja. Justeru, sebagai seorang mahasiswa Islam dan da`i, kecemerlangan di dalam bidang akademik seharusnya dipacu seiring dengan kepimpinan dan organisasi Islam bagi melahirkan mahasiswa Islam yang produktif.

c) Pengurusan dan Etika (Sahsiah) Jadual pengajian di alam kampus lazimnya ditetapkan oleh mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa Islam, pengurusan masa yang efisien perlulah dititikberatkan. Sekiranya terdapat sela-sela masa yang kosong di antara kuliah-kuliah di fakulti, maka waktu tersebut seharusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, antaranya menyempurnakan tugasan (assignment), membaca bahan-bahan ilmiah sebagai input tambahan, berdiskusi, bergerak kerja, dan sebagainya. Pengurusan masa yang baik juga sangat ditekankan oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna melalui ungkapannya yang masyhur: (‫“ )الواجبات أكثر من الوقات‬Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”. Al-Imam al-Syahid juga turut mengetengahkan 10 muwasafat tarbiyah yang tidak mesti tidak seharusnya dipasak di setiap jiwa akh al-Muslim, dan di antaranya ialah (‫“ )حريص على وقته‬sangat menjaga masa”. Mahasiswa Islam juga perlulah menyemai sahsiah yang terpuji seperti menghormati para pendidik, memuliakan ilmu pengetahuan, dan sebagainya31. Secara tidak langsung, kemilau akhlak yang bersinar di bening
29 30

Sa`id Hawwa(2008), op. cit., h. 447. Fathi Yakan(2000), Madha Ya`ni Intima’i li al-Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?), Alias Othman (Terj.), Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h. 213-214. 31 Zarnuji, al-`Allamah al-Syaykh al-(2007), Ta’lim al-Muta`allim fi Tariq al-Ta’allum (Cahaya Pencinta Ilmu), Syafie Abdullah (Terj.), Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, h. 56-57.

10

hati akan menatijahkan indibat (disiplin) seterusnya ia bakal menjadi tali penghubung kepada mutiara kejayaan dalam bidang akademik dan perjuangan. Melakukan tugasan (assignment) mengikut waktu yang telah ditetapkan, menghadirkan diri tanpa gagal di dalam kuliah, dan menghidupkan sesi diskusi bersama pensyarah di dalam kuliah dan tutorial bagi kursus yang ditimba merupakan antara aspek yang perlu diambil berat oleh seorang penuntut ilmu bagi memperoleh ilmu yang berkat dan berguna.
d) Taqarrub dan Tawakal

Ketenangan abadi dan hakiki dapat digapai sekiranya kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang Maha Mengetahui dan Memahami isi hati manusia. Ujian dan cabaran dalam menapaki kehidupan sebagai hamba seperti kekangan masa mengulangkaji pelajaran dan keletihan dapat diubati dengan bertaqarrub kepada Allah s.w.t, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya setelah berusaha. Ledakkan usaha dan perjuangan menimba ilmu dengan bertaqarrub kepada Allah s.w.t. Bangunlah malam setiap hari khususnya ketika hari-hari peperiksaan, berpuasa sunat, membaca al-Qur’an sekurang-kurangnya satu maqra’ setiap hari, dan sebagainya, maka sesungguhnya Allah s.w.t tidak sesekali mengecewakan hamba-hambaNya yang gigih memburu thaqafah dan bertukus-lumus melaksanakan tugasan Islam. Sememangnya hal tersebut telah dipraktikkan dalam kalangan para `amilin da’wah, dan juga dalam kalangan anggota al-Ikhwan al-Muslimun32. Pembinaan al-Ruh al-Jadid dapat diterbitkan kembali dengan menyoroti sirah Nabi s.a.w, membaca sejarah dan menyingkap biografi ulama’ besar seterusnya menyerap kembali roh dan semangat perjuangan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan dan thaqafah. Nyatanya, golongan mujahidin dan intelektual ini tidak pernah lekang menebarkan sumbangsih mereka bagi pembangunan ummah dan anggota masyarakat, menghasilkan karya-karya besar yang berjilid-jilid, serta unggul dalam segenap lapangan kehidupan.

6. Konsep Tawazun antara Beban Akademik dan Dakwah Tawazun dipetik daripada kata akar bahasa Arab iaitu wazana yang bermaksud seimbang33. Dalam perbahasan keseimbangan antara beban akademik dan dakwah, seharusnya para da`i khususnya dalam kalangan mahasiswa perlulah memahami satu komposisi teras pendidikan pengurusan Islam iaitu fiqh al-Awlawiyyat. Fiqh al-Awlawiyyat atau fiqh keutamaan ini telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh beberapa tokoh ulama’ terkemuka, antara lain

32

Muhammad Sayyid al-Wakil, Dr.(2001), Kubra al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Qarn al-Rabi’ al-`Asyarah alHijr (Pergerakan Islam Terbesar Abad ke-14 Hijrah), Lc. Fachruddin (Terj.), Bandung: Assy Syaamil Press & Grafika, h. 61. 33 Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan Zayyat, Hamid `Abd al-Qadir, et.al(t.t.), Al-Mu`jam al-Wasit, Istanbul: alMaktabah al-Islamiyyah li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’, h. 1029.

11

ialah penulisan yang telah dilakukan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam karya beliau iaitu Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasat Jadidah fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah34. Apabila berbicara mengenai awlawiyyat, maka tidak dapat dinafikan ia berhajat kepada perbincangan di antara dua item atau lebih. Perbincangan tersebut menyentuh soal keperluan dan hajat yang perlu diutamakan/didahulukan terlebih dahulu, atau perlunya di sana suatu mekanisme yang menyeimbangkan antara beberapa item terbabit lantaran memiliki kepentingankepentingannya yang eksklusif. Maka, dalam polemik ini, item yang disentuh dalam perbincangan kertas kerja ini ialah berkaitan keseimbangan antara beban akademik dengan dakwah memandangkan kedua-dua aspek tersebut sangat bertambatan dengan kehidupan seorang mahasiswa muslim cemerlang dan da`i yang kompeten. Ia juga sedikit sebanyak menyentuh persoalan daruriyyat (keperluan khusus), hajiyyat (keinginan), dan tahsiniyyat (kelengkapan) dalam rangka memahami fiqh al-Awlawiyyat35. Senario yang kita dapati pada hari ini ialah, para aktivis mahasiswa muslim pastinya berada di dalam salah satu daripada tiga kategori penyeimbangan di antara beban akademik dan dakwah. Pertama, golongan yang hanya mementingkan akademik sehingga mengabaikan gerak kerja Islam yang mana ia juga merupakan suatu tanggungjawab utama yang perlu dimainkan oleh mereka. Kedua, golongan yang terlalu ghairah melalukan gerak kerja sehingga mengkesampingkan kepentingan menuntut ilmu dan kecemerlangan akademik. Ketiga, golongan yang berusaha untuk menyeimbangkan di antara beban akademik dan dakwah dengan mengikuti kuliah-kuliah ilmu serta menjaga prestasi akademik, di samping menjalankan tanggungjawab sebagai da`i yang cemerlang. Sebagai seorang mahasiswa yang dinamik, maka seharusnya elemen yang terkandung di dalam kategori ketiga inilah perlu disemai dan diaplikasikan dalam mimbar kehidupan sebenar. Pada hemat penulis, sememangnya aspek akademik dan dakwah merupakan dua elemen teras yang tidak boleh dikesampingkan berikutan ia merupakan tiang-tiang asas kepada pembinaan fard al-muslim bagi mencetak barisan-barisan cendekiawan dan golongan rabbani. Yang menjadi perbincangan teras di sini ialah perlunya kepada suatu penyediaaan mekanisme yang terbaik dalam melestarikan kecemerlangan akademik dan dakwah, dan hal ini memerlukan satu proses menerusi pengalaman. Penulis beranggapan bahawa di antara mekanisme yang dapat membasmi kemusykilan yang berlaku iaitu keseimbangan di antara akademik dan dakwah pada neraca yang benar dan konsisten adalah bertitik tolak daripada keimanan kepada Allah s.w.t. Keimanan yang sejati dapat melahirkan ketaqwaan dan ketaatan yang tidak berbelah-bahagi kepada Sang Pencipta. Menerokai pemahaman TAQWA serta mengaplikasikan materi-materi yang menuju ke arah ketaqwaan kepada Tuhan adalah suatu kunci yang paling berharga dalam membuka pintu jawapan kepada kemelut yang berlaku. Dengan ketaqwaan, manusia akan menyelami tujuan kehidupan hakiki, mengkoreksi tindak-tanduk diri dengan memanfaatkan
34

Qaradawi, Yusuf, Prof. Dr. al-(2002), Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasat Jadidah fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah (Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin): Satu Kajian dari Perspektif al-Qur’an dan alSunnah), Ahmad Nuryadi Asmawi (Terj.), Batu Caves: Thinker’s Library. 35 Ramli Awang(2008), op. cit., h. 40.

12

fungsi detik-detik masa yang tersisa tanpa menzaliminya, meyakini Allah s.w.t melalui firmanNya bahawa setiap manusia diberi mandat mengusung taklifan selaras dengan kemampuannya, melaksanakan tindakan dengan efisien, cekap dan pantas, tidak bertangguh-tangguh, dan sebagainya. Ternyata kesemua mekanisme terbabit telah difirmankan oleh Allah s.w.t melalui kalam wahyu-Nya dan juga sabdaan Baginda s.a.w menerusi sunnahnya. Dari aspek sunnatullah, pengaplikasian keseimbangan akademik dan tuntutan dakwah dapat disemai dengan mengidentifikasi kapasiti atau mengenal pasti kemampuan yang mampu dipikul oleh individu yang bergelar da`i di samping mengambil kira kecenderungan dan minat mereka dalam melakukan aktiviti dakwah. Gerak kerja dakwah tidaklah terbatas kepada aspek ritual agama semata-mata, malah dakwah merupakan satu seni yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium. Sekiranya individu terbabit berminat dalam bidang penulisan, maka dia bolehlah menyumbangkan idea faham Islam di dalam platform unit penyelidikan menerusi penulisannya berdasarkan keperluan jemaah. Begitu juga jika terdapat individu yang memiliki kemahiran dalam bidang profesional seperti bidang perubatan dan kejuruteraan, justeru mereka perlu memanfaatkan setiap lapangan pengajian yang dilalui oleh mereka melalui sisi pandang pengajian masing-masing demi pembangunan Islam. Hal ini sekaligus dapat menjustifikasikan konsep Islam bahawa ia adalah suatu manhaj hidup yang komprehensif, mencakupi segala aspek kehidupan. Usaha menstrategikkan para da`i pada post-post yang relevan adalah sangat penting agar mereka berasa tenteram dan tidak merasa terbeban dengan taklifan yang dipertanggungjawabkan dan secara tidak langsung hal ini dapat menyeimbangkan tumpuan mereka pada akademik dan juga gerak kerja jemaah. Pada hemat penulis, konsep tawazun ini perlulah difahami oleh dua golongan kelas, iaitu saf-saf pimpinan tertinggi, dan juga barisan ahli pendokong. Saf-saf pimpinan perlulah memahami kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh para pendokong, manakala para pendokong pula wajar memahami tanggungjawab dan kemampuan yang mampu dilaksanakan oleh mereka di samping cekap mengurus masa dan diri. Natijahnya, hal ini akan lebih mengharmonikan kelicinan gerak kerja di samping mempertaut ukhwah yang erat di antara pemimpin dan pendokong agar saling faham-memahami dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Alangkah indahnya pemahaman sebegini dapat dicernakan ke dalam setiap lubuk jiwa seorang pejuang Islam. Maka, tidak hairanlah bahawa tokoh-tokoh seperti al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna sebagai menumental kebangkitan Islam serta perintis kepada pencerahan gerakan Islam moden telah berjaya mencurahkan segala bentuk sumbangsih berharga dalam merungkai permasalahan umat meski tempoh kehidupan beliau tidaklah mencecah 45 tahun, bermula dari latar belakang pendidikan sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di kota Ismailiyyah pada umur 22 tahun sehinggalah ke lapangan dakwah di seantero Mesir36.Kemunculan tokoh-tokoh revolusioner sebegini akhirnya berjaya mengangkat kedudukan Islam sebagai suatu cara hidup yang terunggul, komprehensif, universal, dan sebagainya, sekaligus mengHAPUSkan prasangka songsang terhadap gerakan Islam kononnya dakwah di
36

`Ali `Abd al-Halim Mahmud, Dr.(1997), op. cit., j.1, hh. 24-25.

13

dalam harakah Islamiyyah tidak lain hanyalah bebanan yang akan menjatuhkan kecemerlangan akademik para pendokongnya.

7. Khatimah Khazanah ilmu dan thaqafah merupakan nikmat agung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan ilmu oleh Allah s.w.t kepada manusia secara tidak langsung mengangkat martabat manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna kerana memiliki akal. Oleh hal yang demikian, ilmu dan aqidah Islamiyyah merupakan dua paksi utama yang saling bertambatan antara satu sama lain di dalam arena kehidupan seorang muslim. Dengan pemahaman dan pegangan akidah yang jitu, maka penghayatan budaya ilmu dapat dipupuk dengan jayanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Mengamalkannya adalah satu tuntutan. Menyampaikannya adalah satu kewajipan. Menyembunyikannya adalah satu pendustaan terhadap agama. Justeru, sebagai individu muslim, kita perlulah mengamalkan dan menyampaikan ilmu yang dipelajari. Para cendekiawan agama tidak putus-putus menabur budi mencurahkan ilmu dan bakti kepada para penuntut ilmu di samping berjihad di jalan Allah s.w.t. Seharusnya hal yang demikian perlulah kita teladani. Dalam konteks mahasiswa kini, penghayatan budaya ilmu dapat diterjemahkan melalui pelbagai langkah. Antaranya ialah menghadiri kuliah-kuliah ilmu, mengikuti sesi usrah berkala, menghormati para pendidik, menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada sahabat handai dan masyarakat melalui halaqah dan ceramah, bergiat aktif di dalam persatuan, dan lain-lain. Mahasiswa Islam juga adalah individu yang mengusung tanggunggjawab sebagai da`i. Aspek indibat sewajarnya perlu diperkasa dalam setiap tindakan agar dapat melahirkan mahasiswa Islam yang unggul dalam segenap aspek kehidupan. Keseimbangan antara akademik dan dakwah perlu ditimbang pada neraca yang benar. Konsep tawazun dan fiqh al-Awlawiyyat dalam konteks mahasiswa Islam perlu dihadam. Mekanismenya adalah keimanan dan ketaqwaan dan jitu. Merasa diri ber‘tuhan’, berhati-hati dengan setiap tindakan yang diperhatikan Tuhan, dan memahami peranan dan tujuan kehidupan... Natijahnya, kita akan menyaksikan generasi-generasi pembaharu dalam kalangan kader-kader Islam yang berupaya merobah dunia menurut manhaj Ilahi yang hakiki…

BIBLIOGRAFI: 14

1. Al-Qur’an al-Karim. 2. `Abd al-Baqi, Muhammad Fu’ad(2007), al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an al-

Karim, al-Qahirah: Dar al-Hadith.
3. `Ali `Abd al-Halim Mahmud, Dr.(1997), Manhaj al-Tarbiyah `inda al-Ikhwan al-

Muslimin (Ikhwanul Muslimin: Konsep Gerakan Terpadu), Masykur Hakim Ubaidillah (Terj.), Jakarta: Gema Insani Press, 2 j.
4. Abu al-A’la al- & Sayyid Qutb(2009), Fundamental of Islam, Ma`alim fi al-Tariq,

Dirasat al-Islamiyyah, al-Mustaqbal li Hadha al-Din (Manhaj Hidup Muslim), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
5. Abu Daud, Sulaiman al-Asy`ath(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-

Sittah, Sunan Abi Daud, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
6. Ahmad Muhammad Mujahid, Dr.(2009), Syuhada Gaza, Putrajaya: PAS Kawasan

Putrajaya.
7. Dhahabi, Muhammad Hussayn, Dr. al-(2000), al-Tafsir wa al-Mufassirun, Bayrut: Dar

al-Yusuf, 2 j.
8. Fathi Yakan(2000), Madha Ya`ni Intima’i li al-Islam (Apa Ertinya Saya Menganut

Islam?), Alias Othman (Terj.), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
9. Ghazzali, Abu Hamid Muhammad al-(2008), Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan

Hidayah), Ahmad Fahmi Zamzam (Terj.), Pokok Sena, Kedah: Khazanah Banjariah.
10. Hairudin Harun(2007), Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam, c.3, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.
11. Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru(2005), Islam: Fikrah, Harakah, dan Daulah, c.2,

Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
12. Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan Zayyat, Hamid `Abd al-Qadir, et.al(t.t.), Al-Mu`jam al-

Wasit, Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’, h. 1029.
13. Ibn Majah, Abu `Abd Allah Muhammad Yazid(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-

Kutub al-Sittah, Sunan Ibn Majah, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
14. Khayr Abadi, Muhammad Abu al-Layth, Dr. al-(2005), `Ulum al-Hadith: Asiluha wa

Mu`asiruha, c.4, Selangor, Bandar Baru Bangi: Dar al-Syakir.
15. Muhammad Lili Nur Aulia(2008), Cinta di Rumah Hasan al-Banna, Kuala Lumpur:

Alam Raya Enterprise.

15

16. Muhammad Sayyid al-Wakil, Dr.(2001), Kubra al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Qarn al-

Rabi’ al-`Asyarah al-Hijr (Pergerakan Islam Terbesar Abad ke-14 Hijrah), Fachruddin (Terj.), Bandung: Assy Syaamil Press & Grafika.

Lc.

17. Mustafa Masyhur(2004), Tariq al-Da’wah bayna al-Asalah wa al-Inhiraf (Jalan

Dakwah: Antara Keaslian dan Penyelewengan), Mohd. Yusuf Ismail (Terj.), c.4, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
18. Qaradawi, Yusuf, Prof. Dr. al-(2002), Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasat Jadidah fi Daw’

al-Qur’an wa al-Sunnah (Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin): Satu Kajian dari Perspektif al-Qur’an dan al-Sunnah), Ahmad Nuryadi Asmawi (Terj.), Batu Caves: Thinker’s Library.
19. Ramli Awang(2008), Tasawwur Rabbani menurut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kuala

Lumpur: Al-Hidayah Publication.
20. Sa`id Hawwa(1989-1993), al-Asas fi al-Tafsir, al-Qahirah: Dar al-Salam, 11 j. 21. …………….……...(2008), Fi Afaq al-Ta`alim (Pendidikan Harakah Islamiyyah: Syarah

Risalah al-Ta’lim), Nor Hasanuddin (Terj.), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
22. Sayyid Qutb(2000), Hadha al-Din (Inilah Islam), Salehan Ayub (Terj.), Kuala Lumpur:

Pustaka Salam.
23. Tirmidhi. Muhammad `Isa al-(2000), Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah,

Sunan al-Tirmidhi, c.3, Riyadh: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
24. Zainuddin Hashim & Riduan Mohamad Nor(2009), Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad

Moden, Kuala Lumpur: Jundi Resources.
25. Zarkasyi, Badr al-Din Muhammad `Abd Allah al-(2006), al-Burhan fi `Ulum al-Qur’an,

al-Qahirah: Dar al-Hadith.
26. Zarnuji, al-`Allamah al-Syaykh al-(2007), Ta’lim al-Muta`allim fi Tariq al-Ta’allum

(Cahaya Pencinta Ilmu), Syafie Abdullah (Terj.), Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->