You are on page 1of 56

Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: Satu Tinjauan

Oleh:

Mohd Rasdi bin Saamah Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan http://docs.google.com/gview? url=http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft+Word++Kajian_Komsas.pdf&chrome=true 1.0 Pendahuluan

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000). Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa

Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang

kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik. Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah diperoleh daripada

bahan-bahan tersebut.

Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan pelajar. Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan.

Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulispenulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long (1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.

Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut

diharapkan lebih banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut. Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001 yang lepas.

1.2 Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah: Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional. Mengenal puisi moden dan puisi tradisional. Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.

Memahami binaan dan teknik plot. Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5 (Lampiran 1). Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4 (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000).

1.3 Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera

Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000 (Jadual 1). Kementerian Pendidikan telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan

pembelajaran dengan menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk Komsas. Setiap orang pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima (Lihat Jadual 2). Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera dengan mengambil kira beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, serta aspek gaya bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yang diedarkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Jadual 1: Peruntukan Jadual Waktu untuk Komponen Wajib Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 5

Genre

Novel

Ting.1 11

Ting.2 11

Ting.3 11

Ting.4 11

Ting.5 11

Jumlah 55

Cerpen Drama Puisi Moden (Sajak) Puisi Tradisional Prosa Tradisional Jumlah

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

11 11 6 6 11 56

11 11 6

6 11 56

11 11 6 6 11 56

11 11 6 6 11 56

11 11 6 6 11 56

55 55 30

30 55 280

Genre

Novel Cerpen Drama Puisi Moden (Sajak) Puisi Tradisional Prosa Tradisional Jumlah

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

1.4 Latar Belakang Masalah

Sejak tahun 1984 unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun demikian teks sastera tersebut tidak dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu hanyalah tertakluk kepada pihak sekolah memilih bahan tersebut untuk diajar dalam kelas Bahasa Melayu. Teks sastera diajar dalam konteks unsur sastera bukannya komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Justeru itu keberkesanan dari segi

pelaksanaannya masih dapat dihujah dan penggunaannya tidaklah mantap sebagaimana yang diharapkan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan itu telah memperkenalkan Komsas sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, yang akan dimasukkan dalam peperiksaan PMR pada tahun 2002 dan SPM mulai 2001. Dua waktu telah diperuntukkan untuk pengajaran Komsas dari jumlah 6 waktu asal Bahasa Melayu dalam seminggu bagi setiap kelas. Sebelum Komsas dilaksanakan hanya satu waktu sahaja diperuntukkan untuk pengajaran unsur sastera. Sehubungan dengan itu PPK telah mengeluarkan unjuran waktu mengajar bagi pengajaran Komsas iaitu sebanyak 56 waktu setahun meliputi genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak. Setiap tingkatan perlu mempelajari 26 karya yang meliputi semua genre tersebut.

Jadual 2: Jumlah Karya untuk Komponen Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 5

Ting.1 1 6 3 6 6 4 26

Ting.2 1 6 3 6 6 4 26

Ting.3 1 6 3 6 6 4 26

Ting.4 1 6 3 6 6 4 26

Ting.5 1 6 3 6 6 4 26

Jumlah 5 30 15 30 30 20 130

1.5 Pernyataan Masalah

Pelaksanaan Komsas yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Namun di sebalik tujuan yang ideal tersebut timbul pula pelbagai masalah setelah ianya diperkenalkan di sekolah mulai tahun lepas. Antaranya kandungan sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak

berbanding peruntukan waktu mengajar Komsas. Penjadualan semula subjek Bahasa Melayu sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk Komsas juga boleh menjejaskan subjek Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi kemahiran yang tinggi kepada pelajar dalam subjek Bahasa Melayu , masa untuk empat waktu tidak sesuai (Berita Harian 4 April 2001).

Menurut Durokhman Mohd. Basri (Berita Harian 17 April 2001) sekarang ini yang menjadi modal utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen sastera di sekolah adalah buku teks berbentuk novel, drama, puisi dan cerpen, sementara cara pengajarannya dengan menyeluruh pelajar membacanya di dalam kelas. Sedanngkan waktu yang tersedia hanya dua pertemuan setiap minggu, jumlah yang dianggap tidak mencukupi berbanding dengan bahan yang akan diajar. Gangguan-gangguan masa pengajaran Bahasa Melayu seperti guru menghadiri mesyuarat, kursus atau seminar, cuti umum dan lain-lain sudah tentu akan menjejaskan unjuran kandungan pengajaran Komsas yang begitu banyak untuk dihabiskan.

Guru-guru juga tidak mempunyai pendedahan atau kursus yang sempurna untuk mengajar Komsas. Hassan Baseri Budiman dalam rencananya Polemik Pembelajaran Sastera Berterusan (Berita Harian 21 Februari 2001) menyatakan, oleh kerana komponen sastera adalah berbeza daripada unsur sastera dari segi penilaian pemahamannya, guru

Bahasa Melayu memerlukan maklumat terperinci dalam memastikan pelajarnya dapat menjawab soalan Bahasa Melayu format baru yang akan menjadi pengukur keberkesanan pengajaran mereka. Setelah setahun Komsas diperkenalkan, guru Bahasa Melayu terus dibiarkan membina latihan untuk pengujian dan penilaian berkaitan Komsas berdasarkan agakan rambang. Komsas tidak boleh dipastikan sejauh mana berkesannya kalau tidak dirancang dengan teliti. Pelajar dan guru harus diberikan ruang yang banyak untuk menikmati bahan bacaan tersebut, bukan secara memaksa mereka bekerja keras untuk menjawab soalan peperiksaan. Hasil sastera sepatutnya dinikmati estetikanya, bukan untuk dihafal dan diatur strategi untuk lulus peperiksaan sahaja.

Mohamad Abdul Ghani (Berita Harian 21 Februari 2001) pula dalam rencananya Cabaran Komsas Wajar Diatasi Segera melalui tinjauan rambangnya terhadap pelaksanaan Komsas di sekolah setelah menghadiri pemantauan latihan guruguru Bahasa Melayu sekolah menengah dan juga melalui pemantauan latihan guru kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) selama satu tahun mendapati kepelbagaian latar pendidikan guru yang mengikuti kursus menjadikan kursus tersebut tidak berjaya.

Sebahagian guru yang mengikuti kursus tidak mahir mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Beliau menyimpulkan bahawa masalah pembelajaran Komsas ialah guru

yang pelbagai opsyen, kategori dan pengalaman sastera serta pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, latar belakang dan kemahiran bahasa.

Salbiah Ani (Berita Harian 20 Mac 2001) melalui rencana bertajuk Kemelut Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu telah mengemukakan hasil tinjauannya di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur mendapati masih ada lagi guru yang terpingapinga dengan kaedah pengajaran Komsas, khususnya bagi guru yang tidak mempunyai latar belakang sastera. Lebih malang lagi mereka terpaksa pula menghadapi pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan unsur sastera seperti pelajar-pelajar aliran sains, perdagangan, pertanian, vokasional dan teknikal. Keadaan ini akan menimbulkan satu lagi masalah iaitu masalah guru berhadapan dengan pelajar yang tidak berminat kepada Komsas.

Selain itu kaedah pengajaran serta penggunaan alat bantu mengajar penting dalam menentukan pengajaran Komsas berjaya atau tidak. Alat bantu apakah yang sesuai digunakan dalam sastera? Tidak semua genre sastera boleh diajar secara berkesan melalui metode ceramah yang sudah pasti menuntut penguasaan bahan oleh guru, contohnya genre puisi dan drama (Durokhman Mohd Basri, Berita Harian 17 April 2001). Metode pengajaran yang tidak sesuai dengan bahan pengajaran boleh menimbulkan kesukaran kepada guru dan rasa tidak minat kepada pelajar terhadap

sastera terutama sekali bagi mereka yang bukan daripada aliran sastera. Akhirnya mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan.

Kajian ini akan meneliti semua permasalahan tersebut dari aspek persepsi guruguru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Komsas. Kajian ini diharapkan dapat mengesan unsur-unsur yang boleh menghalang keberkesanan pelaksanaan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta boleh dijadikan panduan kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang ingin membuat kajian lanjut tentang Komsas pada masa akan datang.

1.6 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk: 1. Mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu. 2. Mengenalpasti persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Komsas. 3. Mengenalpasti strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Komsas.

1.7 Persoalan Kajian

Kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu? 2. Apakah persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Komsas. 3. Apakah strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Komsas.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

2.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kes dan dilaksanakan dalam bentuk tinjauan. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan memberikan gambaran tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian ini serta dapat menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, minat pelajar terhadap Komsas dan strategi digunakan dalam pengajaran Komsas.

2.2 Subjek kajian

Subjek kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 1. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan. 3. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.

Subjek kajian diambil berdasarkan kaedah purposeful sampling (Miles & Huberman 1984) iaitu semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan 4 dan 5 di ketiga-tiga buah sekolah berkenaan diambil sebagai subjek kajian. Pemilihan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih jelas kerana semua subjek kajian terlibat dengan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana alat ini mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat pungutan data yang lain (Musa Daia 1987; Bergam 1989; Mohd Jonit Johari 1994). Selain itu soal selidik juga digunakan kerana alat ini dapat menjimatkan masa dan belanja (Cates; Mohd Majid Konting 1990). Soal selidik kajian ini merupakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian (Lampiran 2), iaitu:

Bahagian A - Maklumat latar belakang guru dari segi jantina, taraf pendidikan akademik dan pengkhususan, dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu.

Bahagian B - a) Mengandungi item-item yang berkaitan dengan persepsi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Komsas menggunakan Skala Likert 5 mata

dengan skala 1. Sangat Tidak Setuju, 2. Tidak Bersetuju, 3. Tidak pasti, 4. Bersetuju dan 5. Sangat Bersetuju.

b) Mengandungi item-item berhubung dengan persediaan guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran Komsas, persepsi guru terhadap minat pelajar dalam pengajaran Komsas, strategi guru dalam pengajaran Komsas, minat guru terhadap pengajaran Komsas, peruntukan waktu mengajar Komsas, kursus pendedahan tentang pelaksanaan Komsas dan kesesuaian kandungan tersebut kepada guru-guru yang menghadirinya.

2.4 Analisis Data

Data kajian akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan analisis frekuensi dan peratus berdasarkan item-item yang diberikan dalam soal selidik berkenaan iaitu latar belakang guru, persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, persediaan guru, minat pelajar dan strategi pengajaran guru dalam pengajaran Komsas. Segala dapatan yang dianalisis akan dihuraikan bagi memperjelaskan lagi objektif serta persoalan kajian ini. 3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Maklumat Latar Diri

Kajian ini melibatkan 30 orang populasi guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa

Melayu Tingkatan 4 dan 5 di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 yang kesemuanya terletak di sekitar bandar Pasir Mas, Kelantan. Daripada jumlah 30 orang tersebut 9 (30.0%) orang daripadanya lelaki dan 21 (70.0%) orang adalah terdiri daripada perempuan. Mereka terdiri daripada 21 (70.0%) orang berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan, seramai 8 (26.7%) orang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya 1 (3.3%) orang mempunyai kelulusan Diploma/Sijil Guru. Dari segi pengalaman mengajar BM pula seramai 12 (40.0%) orang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun, 8 (26.7%) orang mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun, 2 (6.7%) orang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 8 (26.7%) orang berpengalaman kurang dari 3 tahun (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Maklumat Latar Diri Responden

Profil

Jantina

Taraf Pendidikan Akademik

Pengalaman

Lelaki Perempuan

Diploma/Sijil Guru Sarjana Muda Pendidikan Sarjana Muda dgn Dip. Pend.

Kurang daripada 3 tahun

Frekuensi 9 21

1 8 21

% 30.0 70.0

3.3 26.7 70.0

26.7

Mengajar BM

3 5 tahun 6 10 tahun Lebih daripada 10 tahun

2 8 12

6.7 26.7 40.0

Manakala daripada Jadual 4 di bawah pula didapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. Daripada jumlah tersebut 2 orang (6.7%) dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing 1 orang (3.3%) bagi bidang Sains Kemasyarakatan, Komunikasi, Psikologi, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Jasmani. Mereka untuk mengajar Bahasa Melayu kerana kekurangan guru dalam mata pelajaran tersebut di sekolah masing-masing. Peratus

keseluruhan guru BM yang tidak mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera ialah 23.2% iaitu 7 orang. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 23 orang guru atau 76.8% mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera kerana masing-masing daripada jurusan yang berasaskan bahasa dan kesusasteraan.

Jadual 4: Pengkhususan Semasa di Maktab Perguruan/Universiti

Pengkhususan/Opsyen

Pengajian Melayu dan Geografi

Pengajian Melayu dan Sastera

Kesusasteraan dan Sejarah

Pendidikan Bahasa Melayu

Pengajian Melayu dan Sejarah

Persuratan Melayu

Ekonomi/Perdagangan

Sains Kemasyarakatan

Komunikasi

Psikologi

Pendidikan Bimbingan Kaunseling Pendidikan Jasmani

dan

Jumlah

Frekuensi & %

6 (20.0)

5 (16.6)

4 (13.3)

3 (10.0)

3 (10.0)

2 (6.7)

2 (6.7)

1 (3.3)

1 (3.3)

1 (3.3)

1 (3.3)

1 (3.3)

30 (100.0)

3.2 Persepsi Guru BM Terhadap Pelaksanaan Komsas

3.2.1

Persediaan Guru-guru BM Dalam Pengajaran Komsas

10

Kajian ini mendapati semua subjek kajian (30 orang) bersetuju (Skala Agak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju) dengan item yang menyatakan mereka mengkaji dan membaca terlebih dahulu semua teks Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut (Lihat Jadual 5). Semua subjek kajian juga bersetuju dengan item yang menyatakan mereka merujuk buku-buku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan

pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas. Manakala dalam item yang menyatakan sama ada mereka banyak menggunakan buku ulasan-kajian, seramai 20 orang guru (66.6%) bersetuju dan 10 orang lagi (33.3%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 24 orang guru atau 80.0% bersetuju yang mereka menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan selebihnya 6 orang (20.0%) tidak bersetuju. Namun demikian, meskipun kebanyakan mereka bersetuju dengan item-item di atas tetapi 86.6% atau 26 orang daripada mereka bersetuju dengan pernyataan Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa Melayu. Peratus tersebut juga sama dengan peratus persetujuan mereka yang menyatakan mereka terpaksa mengejar sukatan pelajaran. Keadaan ini ada hubungannya dengan pernyataan dalam Jadual 9 yang mana 83.3% daripada subjek kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi.

Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, guru haruslah mewujudkan perancangan atau strategi yang mantap. Pelaksanaan Komsas memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai bahan dengan baik tetapi juga harus cekap, bijaksana dan yakin diri dalam lapangannya serta kreatif dan berketerampilan dalam memanfaatkan multiteknik pengajaran yang relevan dengan tahap prestasi pelajar, situasi dan persekitaran bagi mencapai objektifobjektif pengajaran Komsas. Penguasaan guru terhadap bahan Komsas, sama ada isi kandungan, jenis atau kategori cerita dan keupayaan pelajar penting bagi tujuan keberkesanan pengajaran.

Meskipun begitu pada masa yang sama guru Bahasa Melayu juga perlu menumpukan pengajaran mereka terhadap Kertas 1 Bahasa Melayu yang terdiri daripada 6 soalan karangan daripada jenis-jenis karangan yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Guru juga perlu memberikan penekanan kepada aspek-aspek lain dalam Kertas 2 Bahasa Melayu seperti Rumusan yang membawa 30 markah, Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa yang membawa 20 markah dan pemahaman petikan umum yang membawa kira-kira 10 markah. Keadaan ini sebenarnya menjadikan guru Bahasa Melayu berkecenderungan untuk mengejar dan menyelesaikan sukatan pelajaran yang akhirnya memberi kesan kepada tahap persediaan mereka untuk mengajar dengan baik.

Jadual 5: Persediaan Guru Dalam Pengajaran Komsas

STS -

TS -

AS 2 (6.7)

S 17 (56.7)

SS 11 (36.6)

a. Mengkaji & membaca semua teks Komsas

11

b. Merujuk buku lain selain teks Komsas c. Banyak menggunakan buku ulasan-kajian d. Guna pelbagai alat bantu mengajar e. Komsas menjadi beban baru guru BM f. Terpaksa mengejar sukatan pelajaran

3 (10.0)

1 (3.3)

2 (6.7)

7 (23.3)

6 (20.0)

3 (10.0)

2 (6.7)

2 (6.7)

6 (20.0)

11 (36.6)

8 (26.6)

6 (20.0)

17 (56.7)

12 (40.0)

11 (36.6)

7 (23.3)

12 (40.0)

11 (36.6)

2 (6.7)

2 (6.7)

11 (36.6)

8 (26.6)

N = 30

3.2.2

Persepsi Guru Terhadap Minat Pelajar

Kajian ini menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajarpelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas (Rujuk Jadual 6). Manakala 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana Komsas termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka

ajar tidak berminat kepada Komsas. Bagi item yang menyatakan Komsas membosankan, seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju dengan pernyataan tersebut berdasarkan pengalaman mereka di kelas masing-masing. Jadual 6: Pandangan Guru Terhadap Minat Murid Kepada Komsas

a. Minat genre tertentu b. Minat kerana peperiksaan c. Tidak minat Komsas d. Komsas membosankan N = 30

Pola minat pelajar terhadap Komsas dalam kajian ini menunjukkan ada perkaitan antara pelaksanaan sistem SPM sijil terbuka yang di mana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tidak lagi menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran sastera, tetapi hanya dijadikan mata pelajaran elektif. Manakala pelajar-pelajar daripada aliran Sains, Teknikal, Vokasional dan Perdagangan pula tidak berminat kepada mata pelajaran sastera kerana mata pelajaran tersebut tidak langsung diperkenalkan dalam aliran-aliran tersebut. Kini mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran elektif yang boleh diambil oleh mana-mana calon yang berminat tanpa mengira aliran. Namun demikian mata pelajaran tersebut tetap menjadi fobia kepada mereka, disebabkan

tanggapan umum bahawa sastera bukan merupakan kombinasi yang mempunyai nilai komersial kepada mereka berbanding mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlarutan dan terpaksa dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komsas.

STS 1 (3.3)

1 (3.3) 1 (3.3)

TS 3 (10.0) 2 (6.6)

7 (23.3) 12 (40.0)

AS 7 (23.3) 4 (13.8)

15 (50.0) 8 (26.6)

S 14 (46.6) 10 (33.3)

2 (6.6) 2 (6.6)

SS 6 (20.7) 13 (43.3)

5 (16.6) 7 (23.3)

12

3.2.3

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Komsas (Jadual 10), kajian ini mendapati 16 orang subjek kajian atau 53.3% bersetuju (masing-masing 23.3% agak bersetuju dan bersetuju dan 6.6 sangat setuju) bahawa mereka mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib Komsas, manakala 46.7% lagi tidak bersetuju. Bagi item guru mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas, kajian ini

mendapati 27 orang subjek kajian (90.0%) bersetuju dan hanya 3 orang atau 10% sahaja yang tidak besetuju. Bagi item yang menyatakan guru hanya menggunakan kaedah chalk and talk, didapati 14 orang subjek kajian (46.6%) bersetuju manakala selebihnya 16 orang atau 53.4% tidak bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan kaedah tersebut.

Dalam item guru mengadakan aktiviti kumpulan pula didapati 50% subjek kajian ada melaksanakan dan 50% lagi tidak bersetuju mereka gunakan strategi itu. Keadaan ini menunjukkan item tersebut hampir sama dengan item penggunaan kaedah bestari yang melibatkan penggunaan alat bantuan elektronik seperti OHP, LCD dan lainlain, yang mana 16 orang (53.3%) bersetuju mereka gunakan, manakala 14 orang lagi (46.6%) tidak bersetuju. Akhir sekali bagi item yang menyatakan sama ada guru menyediakan modul pengajaran, kajian ini mendapati 26 atau 86.6% bersetuju di samping hanya 4 orang sahaja tidak bersetuju item tersebut.

Jadual 7: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

STS 2 (6.6)

TS 12 (40.0)

AS 7 (23.3)

S 7 (23.3)

SS 2 (6.6)

a. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib Komsas. b. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas. c. Saya hanya menggunakan kaedah Chalk & Talk. d. Saya mengadakan aktiviti berkumpulan berdasarkan genre Komsas. e. Saya menggunakan kaedah bestari (LCD, OHP, komputer) f. Saya menyediakan modul

Komsas. N = 30

1 (3.3)

2 (6.6)

1 (3.3)

17 (56.6)

9 (30.0)

4 (13.3)

12 (40.0)

7 (23.3)

5 (16.6)

2 (6.6)

5 (16.6)

10 (33.3)

9 (30.0)

5 (16.6)

1 (3.3)

5 (16.6)

9 (30.0)

10 (33.3)

5 (16.6)

1 (3.3)

2 (6.6)

2 (6.6)

12 (40.0)

11 (36.6)

3 (10.0)

13

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh subjek kajian dalam

kajian ini nampaknya masih lebih bermirip kepada pedagogi yang tradisional. Guru masih lagi mengarahkan pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan. Lebih malang lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi tersebut. Penggunaan kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan dan pengajaran kaedah bestari masih berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu masing-masing 50% dan 53.3% sahaja subjek kajian yang menggunakannya. Guru sepatutnya membawa menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan pedagogi yang sesuai. Dalam konteks ini, Prof. Tan Sri Datuk Awang Had Salleh ketika merasmikan Seminar Pedagogi Sastera 2001, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka menegaskan, Pedagogi akan menjadikan pelajaran kesusasteraan amat memikat serta dapat diterapkan dengan lebih cepat serta berkesan. Jika pendekatan pelajaran kesusasteraan tanpa pedagogi disogokkan kepada pelajar, ia akan melemahkan matlamat mata pelajaran itu sendiri kerana penerimaan pelajar menjadi agak lemah (Utusan Malaysia, 16 Jun 2001).

3.2.4

Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas

Dalam hal minat guru terhadap pengajaran Komsas, kajian ini mendapati 18 subjek yang dikaji atau 62.1% berminat mengajar Komsas iaitu 12 orang (40.0%) berminat

kerana memang mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera dan 6 orang (20.0%) berminat walaupun sastera bukan pengkhususan mereka. Selebihnya 5 orang guru (16.6%) hanya berminat mengajar Bahasa Melayu tanpa Komsas, manakala 7 orang (23.3%) tidak berminat langsung kerana sastera terlalu asing bagi mereka (Lihat Jadual 8).

Pola minat guru dalam jadual tersebut dapat dikaitkan dengan bidang pengkhususan mereka semasa di universiti atau maktab perguruan sebagaimana yang dapat dilihat dalam Jadual 4 pada bahagian awal perbincangan ini. Berdasarkan jadual tersebut didapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan sastera. Peratusan 23.3% dari kalangan guru yang menganggap sastera terlalu asing bagi mereka tetapi diberi tugas mengajar Bahasa Melayu (Jadual 8) ada hubungannya dengan peratusan mereka yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera tersebut.

Jadual 8: Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas

a. Minat kerana memang bidang pengkhususan b. Minat walaupun bukan bidang pengkhususan c. Hanya minat BM tanpa

Komsas

Frekuensi & % 12 (40.0)

6 (20.0)

5 (16.6)

14

d. Tidak minat & sastera terlalu asing Jumlah

7 (23.3)

30 (100.0)

Jadual 8 juga menunjukkan bahawa purata 2 orang guru bagi setiap sekolah yang tidak berminat langsung kepada pengajaran Komsas merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Lebih malang lagi bagi mereka yang tidak langsung terdedah dengan bidang sastera ini tidak diberi latihan atau kursus pendedahan sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam Jadual 10. Kekurangan guru berlaku di manamana tetapi pihak pentadbiran sekolah seharusnya menangani masalah ini dengan bijaksana.

Membiarkan guru-guru yang tidak berminat mengajar Komsas dalam Bahasa Melayu tanpa memberikan bimbingan dan pendedahan kepada mereka adalah satu kesilapan besar yang perlu diperbaiki segera oleh pihak pentadbiran sekolah. Dalam hal ini sudah tentu para pelajarlah yang menjadi mangsanya, terutama bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan awam sama ada SPM atau PMR.

Peranan guru dalam sesuatu kelas bahasa amat penting, lebih-lebih lagi bagi kelas yang melibatkan pengajaran unsur sastera. Dalam kelas yang melibatkan unsur sastera, seseorang guru yang baik perlu mengetahui karya yang diajar dan menguasai genre dengan baik seperti dapat mendeklamasikan sajak, berpantun, bersyair dengan nada dan irama yang sebenar serta berdrama. Kreativiti guru amat perlu dalam usaha menanam minat dan kefahaman pelajar terhadap pengajarannya. Seseorang guru kesusasteraan perlu peka terhadap keperluan memilih strategi dan aktiviti yang sesuai untuk membawa wacana dalam kelas ke aras tinggi (Rajendran 2000). Pengajaran kesusasteraan lebih berkesan sekiranya seseorang guru dapat menggabungkan kebolehan semulajadi murid, matlamat dan kebolehan bersastera guru itu sendiri (Block 1997). Namun apa yang menjadi masalah ialah tidak semua guru yang mengajar kelas bahasa sama ada kelas mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris boleh mengajar kesusasteraan. Lebih malang lagi terdapat sesetengah guru Bahasa Melayu

yang tidak berminat kepada sastera, apa lagi bagi guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan kekurangan guru bagi mata pelajaran berkenaan.

3.2.5

Peruntukan Waktu Mengajar Komsas

Dari aspek peruntukan waktu mengajar Komsas, kajian ini mendapati hanya 5 orang atau 16.7% sahaja subjek kajian yang menyatakan masa yang diperuntukan mencukupi dan sesuai dari semua aspek. Manakala seramai 25 orang (83.3%) menyatakan peruntukan masa tidak mencukupi iaitu 16 orang (53.3%) daripadanya mencadangkan isi pelajaran perlu diubahsuai dan 9 orang (30.0%) lagi mencadangkan peruntukan waktu seminggu perlu ditambah (Rujuk Jadual 9).

Sehubungan dengan itu di bawah topik Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera telah dinyatakan kandungan Komsas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu terlalu banyak untuk diajar oleh guru Bahasa Melayu sedangkan masa yang ditetapkan cuma 2 waktu sahaja seminggu. Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 dalam bahagian tersebut, semua enam genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, puisi moden (sajak), puisi tradisional dan

15

prosa tradisional dengan jumlah 26 karya setiap kelas perlu diajar dengan peruntukan 56 waktu setahun. Keduanya, meskipun salah satu daripada soalan sama ada cerpen atau drama akan keluar dalam Soalan 3(b) Kertas 2 Bahasa Melayu, begitu juga dengan Soalan 3(d) iaitu sama ada puisi moden atau puisi tradisional akan keluar, namun semua tajuk perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan kerana guru tidak boleh meneka soalan genre manakah yang akan keluar daripada pilihan tersebut.

Jadual 9: Peruntukan Masa Mengajar Komsas

Mencukupi & sesuai dari semua aspek Tidak mencukupi & isi perlu diubahsuai Tidak mencukupi & masa perlu ditambah Jumlah

Frekuensi & % 5 (16.7 )

16 (53.3)

9 (30.0)

30 (100.0)

3.2.6

Guru Menghadiri Kursus Pendedahan Komsas

Dalam aspek guru menghadiri kursus pendedahan Komsas, kajian ini mendapati seramai 14 orang (46.7%) daripada guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian tidak pernah menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan Komsas. Seramai 5 orang (16.6%) pernah menghadiri kursus di peringkat sekolah, hanya 1 orang (3.3%) menghadiri kursus peringkat PKG/Zon, 4 orang (13.3%) menghadiri kursus di peringkat PPD dan 6 orang (20.0%) yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN (Lihat Jadual 10). Enam orang yang pernah menghadiri kursus di peringkat Jabatan Pendidikan ini terdiri daripada ketua-ketua bidang dan ketua-ketua panitia di ketigatiga sekolah berkenaan.

Apa yang sepatutnya berlaku kesemua 6 orang peneraju utama mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN mesti mengadakan kursus dalaman (inhouse training) untuk memberi pendedahan kepada ahli panitia di sekolah masing-masing. Dalam hal ini pihak pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan utama dan bertanggungjawab memantau keadaan tersebut kerana mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib

lulus dalam peperiksaan SPM dan Komsas merupakan komponen yang wajib dijawab oleh semua calon dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.

Jadual 10: Guru BM Menghadiri Kursus Komsas

Peringkat JPN Peringkat PPD Peringkat PKG/Zon Peringkat Sekolah

Frekuensi & % 6 (20.0) 4 (13.3) 1(3.3) 5 (16.6)

16

Tidak pernah kursus Jumlah

14 (46.7) 30 (100.0)

Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memerlukan pendedahan yang menyeluruh kepada semua guru Bahasa Melayu di

sekolah. Pada peringkat awal pelaksanaan atau sebelum pelaksanaannya, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang) Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu dihantar berkursus di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pendedahan tersebut. Guru-guru berkenaan kemudiannya akan balik ke sekolah masingmasing dan memberikan pendedahan kepada ahli panitia masing-masing melalui kursus dalaman (inhouse training). Dengan ini semua guru Bahasa Melayu mendapat pendedahan secara menyeluruh di samping kursus-kursus lain yang dianjurkan di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari semasa ke semasa.

3.2.7 Pendapat Guru Tentang Kesesuaian Kandungan Kursus

Dari aspek ini seramai 16 orang (53.3%) daripada jumlah 30 subjek kajian telah menghadiri kursus Komsas. Daripada jumlah tersebut kajian ini mendapati seramai 6 orang subjek kajian (37.5%) menyatakan kursus itu sesuai dan mencakupi semua aspek, 4 orang atau (25.0%) menyatakan sesuai tetapi perlu ditambah kandungannya dan 6 orang lagi (37.5%) menyatakan kursus tersebut tidak mencakupi sepenuhnya aspekaspek dalam pengajaran Komsas (Lihat Jadual 11).

Jadual 11: Pendapat Guru BM Tentang Kandungan Kursus

Sesuai dan mencakupi dari semua aspek Sesuai tetapi kandungan

kursus perlu ditambah Tidak mencakupi sepenuhnya aspek-aspek dalam Komsas Jumlah

Frekuensi & % 6 (37.5)

4 (25.0)

6 (37.5)

16 (100.0)

Dapatan kajian di atas juga ada hubungannya dengan Jadual 10 di atas yang mana 6 orang (37.5%) yang menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai dan mencakupi semua aspek adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat JPN. Oleh kerana kursus tersebut merupakan kursus pendedahan yang asas, maka sudah tentu kursus tersebut lebih lengkap. Mereka yang hadir adalah terdiri daripada ketua bidang bahasa dan ketua panitia yang akan memberikan kursus kepada guruguru Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Manakala 4 orang (25.0%) subjek kajian yang menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai tetapi kandungannya perlu ditambah adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat PPD dan di

peringkat PKG/Zon. Bagi mereka yang menghadiri kursus di peringkat sekolah (inhouse training) pula menganggap kursus yang dilaksanakan di peringkat tersebut tidak mencukupi sepenuhnya aspek-aspek dalam Komsas.

17

4.0 Kesimpulan

Pada kesimpulannya, matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar. Sebagaimana yang dibincangkan terdahulu, banyak kajian telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa terutama sekali di Barat. Fauziah (1999) memetik bahawa penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long (1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990), menyatakan sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya. Namun demikian di sebalik pelaksanaannya timbul pula pelbagai masalah yang dihadapi pelajar serta guru.

Kajian ini sebenarnya telah memperlihatkan sebilangan kecil daripada pola permasalahan yang wujud setelah perlaksanaan Komsas dibuat mulai tahun 2000 yang lalu. Permasalahan yang kemudiannya telah bertukar menjadi isu di kalangan guruguru Bahasa Melayu ini sebenarnya boleh dijadikan pemangkin kepada langkahlangkah yang perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu bagi mermurnikan lagi perlaksanaan komponen wajib tersebut dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam hal ini Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggap segala permasalahan yang timbul hanyalah bersifat sementara kerana Komsas baru diperkenalkan dan guru belum mahir mengenai perkara tersebut. Dalam keadaan sebenarnya untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran Komsas, tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-mana pihak, ianya bergantung kepada kreativiti guru dengan mempelbagaikan teknik mengajar sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar.

4.1 Cadangan

Beberapa cadangan dianggap penting bagi mengatasi masalah atau isu-isu yang timbul setelah Komsas dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian ini. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah.

1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula terutama sekali

dalam soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pemilihan novel dan cerpen yang tidak bermutu boleh menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri.

2. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu. Misalnya pelajar dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen, puisi moden

18

(sajak) dan puisi tradisional bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4 bagi prosa tradisional. Adalah dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka.

3. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah memastikan semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai Komsas melalui kursus, bengkel dan seminar secara serius dan memantau hasilnya selepas program tersebut dilaksanakan.

4. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang Komsas sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam mentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu.

5. Pihak atasan sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan atau PPD hendaklah memastikan pentadbir sekolah mengambil berat tentang pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengetua, Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan Ketua Panitia hendaklah sama-sama memantau pengajaran guru kerana mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi penentu sama ada seseorang calon peperiksaan itu layak mendapat sijil atau tidak.

6. Bagi mengatasi masalah guru yang tidak berminat mengajar Komsas, pihak Jabatan Pendidikan di setiap negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian hendaklah mendapatkan statistik sebenar sekolah-sekolah yang kekurangan guru berpengkhususan BM dan sastera. Unjuran mengenainya perlu dibuat dengan tepat dan dikemaskinikan pada setiap masa bagi mengelakkan adanya guru-guru yang terpaksa mengajar Bahasa Melayu meskipun mereka bukan mempunyai pengkhususan dalam bidang berkenaan.

7. Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat persediaan yang rapi dan kreatif. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul pengajaran Komsas yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap komponen ini. Pihak sekolah perlu memberikan sokongan yang padu dalam soal penyediaan bahan-bahan pengajaran dan segala perkaitannya yang melibatkan Komsas.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini bertujuan agar Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan

dengan lebih sempurna dan benar-benar mencapai objektif asal perlaksanaannya. Kajian kecil ini walaupun tidak menggambarkan sepenuhnya populasi guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan 4 dan 5 di seluruh negara, tetapi gambaran awal pola permasalahan yang wujud di dalamnya adalah jelas dan boleh dianggap universal dalam situasi sistem pendidikan negara kita sekarang. Sehubungan dengan itu diharapkan kajian ini akan menjadi salah satu daripada kajian rintis yang berguna

19

kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang berhasrat untuk membuat kajian tentang Komsas pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukor Abdullah. 2000. (Kata Pengantar)Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah): Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baharum Hj. Sulaiman. 1995. Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pelita Bahasa. Disember: 18 21

Bergam, T. 1989. The Teacher as Moral Agent. Journal of Moral Education 20(2) 2124.

Berita Harian. 2001. 21 Februari.

Berita Harian. 2001. 20 Mac.

Berita Harian. 2001. 4 April.

Berita Harian. 2001. 17 April.

Block, Cathy Collins. 1997. Teaching The Language Arts. Ed. ke-2. Massachusettes: Allyn & Bacon.

Cates A. W. 1985. Teaching Strategies For Value Analysis. WashingtonDC: National Council for Social studies.

Fauziah Ahmad. 1999. Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).

Kementerian Pendidikan Malaysia.1989. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia .2000. Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia .2000. SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan Kriteria Penskoran Ujian Lisan. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan

20

Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia.2000. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Miles, M. B. & Huberman, A. M. 1984. Quantitative Data Analysis. Beverly Hills, CA: Sage.

Misran

Rokimin. 1998. Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Kepentingannya Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, hlm. 220 - 237.

Mohd. Joint Johari. 1994. Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pada Peringkat Sekolah Menengah Atas. Tesis Dr. Falsafah. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajendran, N. S. 2000. Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000, hlm. 201 211.

Musa Daia. 1992. Alat Panang Dengar Untuk Pengajaran Dalam Kaedah dan Teknik Pengajaran. Badan Book Store Sdn. Bhd.

Othman Puteh .2001. Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan Siswa, Mac: 20-21.

Subadrah Nair. 2000. Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000, hlm. 113 125.

Utusan Malaysia. 2001. 16 Jun.

Adakah

You might also like