You are on page 1of 33

Pendidikan Masa Lepas, Masa Kini dan Masa Depan Ke Arah Melahirkan Modal Insan yang Berketrampilan: Satu

Interpretasi Kesan Psikologi Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi

Suppiah Nachiappan (DR) Kway Eng Hock Roslinda Mustapha Hazalizah Hamzah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

E-mail: suppiah@upsi.edu.my
Tel: 05-4506044 / Fax: 05-4583607

Tema: Pendidikan Masa Kini dan Masa Depan Subtema: Asas Pendidikan (Psikologi Pendidikan) Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia & Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini adalah untuk menginterprestasikan pendidikan masa lepas, masa kini dan masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan. Analisis Hermeneutik Pedagogi (Pedagogi Hermeneutic Analysis) sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterprestasikan kesan psikologi melalui hubungan pendidikan sejak sebelum merdeka sehinggalah sekarang dan pada masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan melalui dasar pendidikan yang dinamik. Kesan psikologi yang dapat diinterpretasikan adalah seperti pengenalan identiti bangsa, perpaduan, pemantapan perpaduan, perubahan dinamik pelajar untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, berakhlak mulia, berinovatif dan berketrampilan pada masa akan datang.

1.0

Pengenalan Pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju dan mempunyai nilai perpaduan yang

tinggi bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan sumber kekayaan yang lebih adil. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbangan peluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga menggugat pembangunan negara. Menjelang wawasan 2020, tidak wajar ada golongan yang tercicir daripada arus kemajuan negara. Pada waktu yang sama, budaya, pemikiran dan nilai yang menjadi pegangan rakyat serta institusi sosial perlu diperkukuhkan sejajar dengan hasrat negara untuk maju mengikut acuannya sendiri. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutamanya dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah negara bangsa akan lenyap sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Selaras dengan hasrat negara mencapai wawasan 2020, Malaysia berusaha mencapai kemajuan seimbang daripada segi politik, ekonomi, sosial, politik, kebudayaan dan kerohanian. Justeru itu pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi adalah perlu disamping berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika dalam menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertoleransi, perkongsian ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan. Perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Oleh itu Malaysia cuba berusaha mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam wawasan 2020. Pendidikan ialah proses perubahan individu dari segi mental, fizikal, emosional, moral dan kerohanian bagi membolehkan ia menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa dan setempat supaya dapat menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mahu atau tidak, inilah dikatakan proses hidup yang terikat kepada tekanan

masyarakat semasa dan setempat selain tuntutan universal. Maka pendidikan dianggap sebagai pembudayaan yang menjadi asas kepada ketamadunan bangsa untuk terus menongkah arus perkembangan ketamadunan dunia. Justeru itu, pendidikan dilihat sebagai wadah terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi. Melalui pendidikan, kematangan golongan muda akan terserlah dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan fikiran dan keterampilan sahsiah. 2.0 Latar belakang kajian Kajian ini menghubungkan kaitan antara bidang pendidikan dan juga aspek-aspek pembangunan yang meliputi pembangunan modal insan, perubahan dasar-dasar dalam sistem pendidikan sehinga kini yang mula memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pembangunan Modal Insan Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi. Petikan di atas merupakan petikan perutusan Hari Kemerdekaan Ke-48 tahun 2005 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badwi. Dalam petikan tersebut, Mantan Perdana Menteri memberi penekanan berkaitan pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ini merupakan teras utama pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pembangunan modal insan ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membentuk masyarakat yang berkualiti dan berdaya saing. Pembangunan modal insan ini dilaksanakan secara holistik merangkumi

pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (Rancangan Malaysia Ke-9). Modal insan boleh didefinisikan dari pelbagai perspektif. Sama ada melalui perspektif Barat atau Islam. Menurut Gary S. Becker dalam Zahir Zainudin, pengkaji Barat berpendapat bahawa modal insan adalah berkait rapat dengan ekonomi dan negara kerana masyarakat tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Pembangunan modal insan ini merupakan suatu cara untuk mengenal pasti dan mengkategorikan kebolehan dan kemahiran seseorang dalam memberi sumbangan kepada negara. Apabila seseorang itu diberi penekanan yang sewajarnya berkenaan pengetahuan dan kemahiran tertentu, mereka dapat memberi pulangan kepada ekonomi masyarakat dan negara. Manakala dari perspektif Islam, modal insan ini tidak hanya dilihat dari sudut kemahiran, profesional, latihan, kepakaran dan kelebihan maklumat sahaja tetapi melihat kepada ciri-ciri pembangunan insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, bertamadun, cergas dan progresif. Di Malaysia ini, pembangunan modal insan dari segi konteks pembudayaan ilmu boleh dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Ia bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi melaksanakan pembangunan modal insan ini, terdapat lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah digariskan iaitu : a) Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa; b) Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara;

c) Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar; d) Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran; e) Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat; f) Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan; g) Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan h) Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan amat penting dalam konteks pendidikan. Ini kerana, individu yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang tinggi untuk dirinya, masyarakat dan negara. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak dalam melaksanakan dan meningkatkan pembangunan modal insan ini. Ini kerana, pada abad ke-21 ini, modal insan dapat meningkatkan taraf hidup, pembangunan ilmu, kemahiran dan produktiviti seseorang individu itu dalam bidang pendidikan. Pelaburan modal insan ini dapat meningkatkan kebajikan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan negara. Ini boleh dilihat dalam usaha kerajaan Malaysia melaksanakan program pendidikan untuk seluruh warganegaranya. Ia bagi mengubah corak

hidup, pemikiran, sikap dan amalan seseorang individu itu untuk mencapai sesuatu matlamat dalam hidupnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosio-ekonomi di Malaysia yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato Hussein pada tahun 1970 dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Dasar ini wujud ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan etnik di Malaysia ini. Matlamat utama dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam konteks serampang dua mata melalui pembasmian kemiskinan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan identifikasi mengikut kaum, lokasi geografi dan fungsi ekonomi. Wujudnya ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Orang Melayu didapati lebih menghadapi kemiskinan berbanding kaum Cina dan India. Orang Melayu juga masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaumkaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. Oleh yang demikian, DEB telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Dasar Ekonomi Baru ini juga merupakan satu cabang falsafah pembangunan yang menekankan kepada keseimbangan antara perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial. Pendidikan telah diberi keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang samarata untuk semua kaum di Malaysia ini. Semasa pelaksanaannya, Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga

turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) selaras dengan wawasan Malaysia iaitu menuju Wawasan 2020 ke arah menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Oleh itu, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan. Selain itu, PIPP juga seiring dengan Misi Nasional di mana memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan Minda Kelas Pertama sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Dengan ini, peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan 4 teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Maka, berdasarkan teras utama ini, Kementerian Pelajaran merancang untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya belajar, membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Manakala matlamat PIPP pula adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK ke-9 iaitu Pendekatan Pertama ialah menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. Dalam pendekatan ini, ia adalah bagi memastikan rakyat menpat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. Selain itu, ia bagi memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Dalam pendekatan pertama juga, Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Bagi pendekatan Kedua pula, ia memberi penekanan terhadap kecemerlangan Institusi Pendidikan. Kementerian Pelajaran akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang dengan mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga akan mengenalpasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya. National Key Result Area (NKRA) NKRA merujuk sebagai National Key Result Area di mana kerajaan menetapkan untuk memulakan transformasi dalam memperkukuhkan keberkesanan dalam sistem penyampaian. Manakala Indeks Kunci Prestasi bukan sahaja dijadikan kayu pengukur untuk memastikan kerajaan akan sentiasa memahami keperluan rakyat Malaysia. Kewujudan NKRA selaras dengan dasar pendidikan negara untuk melahirkan modal insan kamil daripada sistem pendidikan kita iaitu menerusi pembelajaran dan pengajaran. Cuma, apa yang ditekankan dalam NKRA adalah usaha untuk melonjakkan pencapaian dalam beberapa bidang kecil yang belum tercapai pencapaiannya. Sedangkan bidang-bidang ini dianggap penting yang boleh membantu

meningkatkan pencapaian dalam soal pelajaran. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada empat sub utama dalam memperluaskan akses kepada bidang pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam melahirkan modal insan. Sub yang pertama, pengukuhan dari peringkat pra sekolah. Terdapat tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan iaitu penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan, meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru, menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar, dan pedalaman, meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah, dan mewujudkan sistem maklumat prasekolah Kebangsaan. Tujuan Pra Sekolah dimasukkan ke dalam sub NKRA adalah kerana satu usaha untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak walaupun mereka belum ke sekolah. Kerajaan menetapkan untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur dari empat tahun dan lima tahun kepada 87% menejelang 2012 sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Sub yang Kedua, kerajaan memberi penekanan dalam literasi dan numerasi (LINUS). Bagi mencapai NKRA yang dikehendaki, peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan diutamakan. Maksudnya, ia adalah satu keadaan di mana setiap kanak-kanak harus menguasai kemahiran literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Jika kanak-kanak tersebut berkeperluan khas, ia didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Maka kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Sub Ketiga pula, dengan kewujudan sekolah berprestasi tinggi, kerajaan berhasrat untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik dengan mewujudkan sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai karakter, dan identiti tersendiri. Selain itu, sekolah-sekolah yang terpilih juga digesa untuk meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan

tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing iaitu pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan. Sekolah juga dijadikan medium untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan sebagai tempat untuk melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. Dengan ini, ia sekaligus dapat merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem. Seterusnya, sekolah berprestasi tinggi ini juga dapat dijadikan inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut. Maka, sekolah-sekolah ini diharap akan dapat melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi dan sekaligus dapat mengharumkan nama negara di samping dapat melahirkan generasi yang berketerampilan. Bagi Sub Keempat adalah terdapat tawaran baru kepada pemimpin sekolah. Kerajaan memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah. Kerajaan mensasarkan dengan membuka 2% tawaran kepada Pengetua atau Guru Besar bagi menerima ganjaran pada tahun 2010. Di samping itu, tujuan diadakan tawaran ini adalah untuk meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia. Analisis mendapati setiap pemimpin sekolah mempunyai impak yang signifikan ke atas kecemerlangan murid iaitu kepimpinan instruksional, sebagai agen perubahan utama dan mewujudkan persekitaran yang kondusif. Dalam kepimpinan instruksional, ia berperanan dalam pembangunan guru, serta merancang, menyelaras dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi terma agen perubahan utama pula, ia memastikan visi dan misi diterjemahkan, selaras dengan matlamat sekolah, bagi mencapai kemenjadian murid. Manakala bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, perlulah menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. 3.0 Penyataan masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji bagaimana pendidikan masa lepas, masa kini dan masa depan melahirkan modal insan yang berketrampilan. Walaupun telah terdapat banyak kemajuan dan perubahan yang dilakukan kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang, namun ia

sedikit sebanyak memberi kesan kepada bidang pendidikan di mana perlu membuat penambahbaikan dari pelbagai sudut. Kementerian telah merancang pelbagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan menambahbaik sistem pendidikan negara. Namun, usaha dan perancangan tersebut yang dihadapi pada tahun 2010 menyebabkan peruntukkan perbelanjaan Kementerian pelajaran dikurangkan dan cabaran kepada menteri ialah untuk meneruskan segala aktiviti secara lebih cekap dengan meletakkan keutamaan (priority) pelaksanaan program yang dirancang tanpa menjejaskan kualiti pendidikan. Di samping itu, cabaran yang jelas terpaksa digalas oleh semua pengurus pendidikan khususnya pada peringkat institusi pendidikan ialah untuk berfikir dan bertindak bagi mengekal dan meningkatkan pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan dengan menggunakan sumber yang terhad. Malah, perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi dan persekitaran ekonomi serantau yang belum pulih sepenuhnya berikutan tercetusnya krisis kewangan pada tahun 1997/1998 dan sekaligus menjadi cabaran kepada rangka RRJP3. Selain itu masalah sosial seperti ancaman keistimewaan orang Melayu, perpecahan disebabkan perselisihan politik dan soal kemiskinan juga menjadi cabaran yang menuntut kepada dasar penyusunan semula lebih berkesan. Perkara ini penting sebagai pelan jangka panjang yang bakal meletakkan negara dalam keadaan lebih bersedia menghadapi cabaran global. Menurut tokoh pendidikan, Tan Sri Awang Had Salleh berkata, adalah menjadi harapan supaya RRJP3 memberi tumpuan kepada sektor pendidikan jika Malaysia mahu mencapai status negara maju. Tambahnya lagi kurikulum pendidikan mungkin perlu diubahsuai sejajar dengan k-ekonomi supaya rakyat Malaysia berpendidikan. Ini menunjukkan pendidikan sangat penting dalam usaha ekonomi negara dalam menghadapi cabaran luaran dengan menyediakan garis panduan hala tuju negara pada dekad akan datang berikutan keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu. 4.0 Objektif kajian Dalam kajian ini diinterprestasikan pendidikan masa lalu, masa kini dan masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan menggunakan psikologi melalui analisis Hermeneutik Pedagogi. Pengkaji ingin melihat sejauhmana pendidikan dapat membantu melahirkan modal insan yang berketrampilan yang memberi kesan piskologi kepada guru dan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut: 4.1 4.2 Untuk mengkaji ciri-ciri modal insan yang diperlukan. Untuk mengenalpasti kepentingan-kepentingan membangunkan modal insan kelas pertama. 4.3 Untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai selaras dengan falsafah pendidikan untuk pembangunan modal insan. 4.4 Untuk mengkaji bagaimana perwatakan dan keupayaan pelajar yang memenuhi konsep modal insan dapat memberi sumbangan kepada negara. 4.5 Untuk mengenalpasti kesinambungan pendidikan dari zaman dulu hingga kini mampu melahirkan generasi yang mempunyai nilai yang tinggi. 4.6 Untuk memastikan dasar-dasar pendidikan dan rangka dalam bidang pendidikan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat melahirkan golongan kelas pertama 5.0 Tinjauan literatur

Kepentingan pembangunan modal insan dalam pendidikan Kajian ini menunjukkan pendidikan dapat mengeluarkan modal insan dan modal insan tidak akan dapat dicapai tanpa pendidikan. Bagi memastikan pembentukan modal insan tercapai, masalah pengangguran perlu dielakkan, memastikan kurikulum sesuai dengan keperluan semasa dan mengelakkan pembaziran sumber manusia. Untuk tujuan ini, mahsiswa yang dilahirkan mampu memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Ciri-ciri modal insan yang berketrampilan adalah dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang menggambarkan perwatakan dan keupayaan indvidu pelajar baik dari segi dalama mahupun luaran. Konsep modal insan menumpukan kepada perkembangan potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara.

Ia berfokuskan kepada sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri di samping kompeten dalam sains, berdaya kreatif dan mempunyai kebolehan pasaran. Justeru itu adalah penting bagi membangunkan pelajar yang idealisme demi membuat perubahan ke arah kesempurnaan. Penekanan diberikan dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan, sikap progresif dan pengenalan nilai, etika dan moral. Apabila pembangunan modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan, diharapkan golongan ini berkemampuan memberi sumbangan dalam mencapai status negara maju. Dalam merealisasikan harapan tersebut, sejarah sistem pendidikan di Malaysia telah diinterpretasikan melalui kaedah analisis hermeneutik yang dilihat dari sudut pandangan psikologi yang meliputi kesannya kepada emosi, motivasi, perwatakan, konsep kendiri, proses penerimaan maklumat dan sebagainya terhadap melahirkan modal insan yang berketrampilan. Halatuju pendidikan masa lepas, kini dan depan Halatuju pendidikan masa lepas memfokuskan kepada kemahiran secara tidak formal bagi

memenuhi tuntutan kehidupan di samping keseimbangan dari segi kerohanian melalui penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madarasah. Dasar pendidikan masa lalu hingga ke sekarang memperlihatkan kita bahawasanya sistem pendidikan di Malaysia mengalami beberapa perubahan pada setiap zaman akibat daripada pembentukan perlembagaan negara pihak yang memerintah. Persoalannya disini adakah setiap perubahan yang dilakukan itu mampu melahirkan golongan generasi yang mempunyai nilai yang tinggi dari segi semua aspek bagi menjamin kejayaan negara. Perubahan dasar pendidikan berlaku semasa kedatangan penjajah dimana dasar pecah dan perintah sedikit sebanyak telah membantu kepada pembasmian buta huruf dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Selain itu kemasukan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris meningkatkan tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan masyarakat. Laporan-laporan berkaitan pendidikan terus digubal bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai. Maka segala aspek keseimbangan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan diwujudkan tanpa mengira kaum.

Selepas kemerdekaan negara, halatuju sistem pendidikan terus diubahsuai bagi tujuan penambahbaikan sehingga wujudnya idealisme-idealisme ke arah pembentukan rancanganrancangan pendidikan yang berkualiti seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bagi memastikan pembangunan modal insan dapat tercapai secara menyeluruh, beberapa pelan rancangan terus dirangka dalam sistem pendidikan sebagai persediaan terhadap cabaran persaingan hebat globalisasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam penyampaian yang berkualiti dan berkemampuan. Dalam artikel yang ditulis oleh Hasnah Husin (2011) berjudul Membentuk Modal Insan telah memperlihatkan bagaimana sistem pendidikan negara dapat mencapai objektif bagi melahirkan modal insan untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Modal insan yang berkesan bukan sahaja digunakan untuk pembangunan negara, malahan modal insan penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang aman damai, berjiwa penyayang dan bebas dari gejala sosial. Bagi mencapai pembangunan modal insan tersebut, sistem pendidikan di Malaysia perlu sentiasa dikaji dan dinilai semula agar relevan dan memenuhi kehendak negara pada masa hadapan. Beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan matlamat dalam pendidikan tercapai. Antaranya ialah: 1. 2. 3. Pengurangan julmlah pengangguran Memastikan kurikulum sesuai dengan keperluan semasa Membantu penggunaan sumber manusia secara maksimum agar tidak berlaku pembaziran. Industri pengajian tinggi dan memastikan tidak berlaku industri perlu mempunyai kerjasama yang erat agar yang mengutamakan pendidikan sebagai proses transformasi dalam mengukuhkan keberkesanan

mahasiswa yang dikeluarkan mampu memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Ini bagi pembaziran tenaga manusia pada masa akan datang. Pelbagai penyelidikan dijalankan antara institusi pengajian tinggi dengan pihak-pihak tertentu bagi

mengetahui kehendak industri dari segi tenaga kerja yang meliputi kemahiran yang diperlukan, pengkhususan, perancangan masa depan dan sebagainya. Selain itu, sistem pendidikan di negara ini perlu memberi tumpuan terhadap meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran adalah sebahagian daripada modal insan. Kita perlu menambah nilai terhadap apa jua yang dilaksanakan. Subjek mengenai globalisasi perlu disentuh dalam setiap kurikulum. Usaha ini bagi mendedahkan generasi masa kini terhadap isu-isu globalisasi dan secara tidak langsung dapat membentuk pemikiran kreatif dan mampu membuat perubahan seiring peredaran zaman dalam kalangan graduan IPT. Era globalisasi menuntut agar modal insan yang dilahirkan nanti boleh berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain. Kerajaan telah menggariskan teras kedua daripada lima Misi Nasional iaitu untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Mewujudkan rakyat minda kelas pertama adalah satu cabaran yang perlu difikirkan terutama oleh institusi pendidikan. Pemupukan mida kelas pertama hanya akan wujud sekiranya insan yang mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupannya baik dari segi pendidikan, tingkah laku, pekerjaan, cara berfikir dan kelakuan, kesedaran sivik yang tinggi serta tahu apa peranannya kepada agama, masyarakat dan negara. Rakyat yang kurang kesedaran sivik, cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan semata-mata sudah pasti tidak mampu untuk memiliki minda kelas pertama. Kebergantungan negara kepada mutu modal insan pada masa hadapan bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga kepada keperibadian. Justeru itu, pihak berwajib perlu melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh. Institui pendidikan negara khususnya di peringkat pengajian tinggi perlu menyediakan persekitaran yang menggalakkan atau menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Bagi menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan kemahiran insaniah (KI) (soft skills). Ianya merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan

elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Sebagai usaha penambahbaikan, sistem pendidikan perlu menyediakan infrastruktur bagi membolehkan individu memperkembangkan ilmu dan bukan hanya menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai aset di perpustakaan semata-mata. Selain itu, perlu disedari juga peranan kegiatan ko-kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Tidak dinafikan aktiviti ko-kurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh badan, mental dan fizikal. Kegiatan ini mendatangkan faedah dan pada masa yang sama modal insan dapat dijana melalui aktiviti yang dijalankan. Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui ko-kurikulum secara tidka langsung dapat menjana kerjasama berpasukan, membuat keputusan, disiplin dan gaya kepimpinan dalam kalangan pelajar. 6.0 Metodologi Kajian (Analisis Hermeneutik Pedagogi)

Hermeneutik mengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterpretasikan dan memahami ciri-ciri rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya (Loganathan , 1992/1995). Analisis lebih berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning). Kaedah Hermenutik adalah satu daripada kaedah yang menganalisis teks (hasil penulisan) yang tertua digunakan oleh para penyelidik. Ia digunakan untuk menginterprestasikan kitab injil dalam kajian Greek lama. Menurut Suppiah (2003) analisis yang mendalam terhadap elemen di bawah sedar yang tersirat di dalam teks akan membolehkan akan membolehkan pengkaji mencapai suatu pemahaman yang bermakna. Pemahaman ini adalah metateks yang boleh memberikan makna kepada teks atau hasil penulisan pelajar. Sesuatu teks, iaitu sebagai contoh, esei, cerpen atau catatan hasil temu bual yang mengandungi pelbagai maksud yang tersirat yang tidak boleh ditanggap melalui pembacaan sekali lalu sahaja. Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau

membayangkan bahawa Hermeneutik bererti suatu teori dan praktis bagi aspek interpretasi.

Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami untuk memahami maknanya. Manakala, Md Salleh Yaapar (1995) melihat teks sebagai mempunyai fungsi semantik atau ,makna dan rujukan. Ada beberapa ciri yang berkaitan dengan analisi Hermeneutik, iaitu teks sebagai bahan yang dikajinya. Teks merupakan segala produksi manusia yang berkemampuan untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah laku dan pemikiran manusia. Dilthey (1976) menyatakan bahawa, sains Hermeneutik melibatkan seni membaca suatu teks untuk mengetahui dan memahami dengan penuh keinginan makna yang tersembunyi. Ciri berikut ialah kewujudan Struktur Luaran dan Struktur Dalaman secara serentak. Struktur luaran merujuk kepada perkara yang tersurat, yang dapar dikesan dengan mudah secara langsung daripada teks yang dikaji. Apabila teks sukar difahami, maka pengkaji terpaksa bersugguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi di dalam Struktur Dalaman untuk membongkarkan kebenaran di sebalik teks yang dikajinya. Hermeneutics teaches us accordingly to discover and avoid misunderstandings, misrepresentations, for these have caused much evil in the world. Admittedly, much harm may have been done by the lack of rules for proper interpretation. (Chladenius, Johann Martin, 1710-1759). Kita juga boleh melihat pendapat lain berkenaan Hemerneutik dimana: General hermeneutics is related to critism as to grammar and since there can be no communication or even acquisition of knowledge without all there, and since all correct thinking is based on correct speaking, all there are related to dialectics. Since the art of speaking and the art of understanding stand in relation to each other, speaking being only the puter side of thinking, hermeneutics is a part of the art of thinking, and is therefore philosophical. (Schleiermarcher, Friedrich D. E, 1768-1836). Hermeneutik dari konteks sains sosial merujuk kepada:

Capabilitywhich we acquire to the extent that we come to master a natural language-with the art of understanding the meaning of linguistic communication and in the case of distrupted communicationof making it understandable. Understandable of meaning focuses on the semantic content of speech, but also the meaning contained in written forms of expression or in nonlinguistic symbol systems, so far as such meanings can in principle be recorded in speech. 7.0 Dapatan dan perbincangan kajian (Jurgen Habermas, 1929)

Interpretasi menggunakan analisis Hermeneutik


Teks asal PIPP Teks yang yang diinterpretasikan Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi (Kesan Psikologi)

i)

Pendidikan Masa Dulu Sistem pendidikan zaman pramerdeka dianggap penting kerana Malaysia mulai mengenal identiti bangsa Malaysia dengan pemerintah Inggeris. (Kesan Psikologi Identiti bangsa)

Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, selari dengan corak pemerintahan pecahperintah yang diamalkan penjajah Inggeris. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka, iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Hanya dalam sekolah Inggeris sahaja kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan tersebut tidak dipersetujui majoriti penduduk. Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: a. Laporan Barnes (1951)-menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum melayu; b. Laporan Fenn-Wu (1951)-menyemak pendidikan kaum cina; c. Ordinan Pelajaran (1952)-mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak Sistem Persekolahan Kebangsaan; dan d. Laporan Razak (1956)-meletakkan asas bagi perkembangan dan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sistem pendidikan zaman Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk pasca merdeka mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, mengutamakan perpaduan

Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras dasar pendidikan kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, (DEB, 1971-1990) bermatlamat untuk mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi perhatian. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1951, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa cina atau bahasa tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata Pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Pendidikan sains dan teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Pada tahun 1979, semakan semula perlaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan insfrastruktur terutama di luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti skim pinjaman buku teks (SPBT), televisyen pendidikan, sekolah berasrama penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, rancangan makanan tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha

pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. (Kesan Psikologi berfokus perpaduan)

Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Ekonomi Baru mengukuhkan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui pembasmian kemiskinan. (Kesan Psikologi pemantapan perpaduan melalui pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan kebangsaan)

merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguhkan hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi perlaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut: a. Akta Pendidikan 1996-menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa- Kuasa Menteri Pelajaran Dan Penginstitusan Prasekolah; b. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996bermatlamat menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan; c. Akta Majlis Pendidikan Pendidikan Tinggi Negara 1996-membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; d. Akta Perbadanan Tabung Tinggi Negara 1996menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; e. Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1996memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan; f. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996- memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; g. Akta Institut Teknologi Mara (Pindaan) 2000membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan h. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (pindaan 2000) membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: a. peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; b. perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999; c. menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Pembangunan Negara mengukuhkan ketrampilan modal insan (pelajar) pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui penggubalan akta dan perundangan. (Kesan Psikologi perubahan dinamik untuk melahirkan pelajar sebagai modal insan yang berketrampilan)

kepada diploma; d. penubuhan kolej matrikulasi; e. penubuhan kolej komuniti; f. menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan g. menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional Kepada Sekolah Menengah Teknik.

ii)

Pendidikan Masa Kini Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Wawasan Negara mengukuhkan ketrampilan modal insan (pelajar) menyahut cabaran globalisasi dengan menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. (Kesan Psikologi perubahan dinamik untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia) . Celik ICT: ICT merujuk kepada Teknologi Komunikasi dan Maklumat. Celik ICT bermaksud mengetahui dan mengenal serta dapar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran ICT dalam kehdiupan. Berkemahiran: Mahir merujuk kepada ilmu kecekapan untuk melakukan sesuatu secara teknikal. Berakhlak mulia: Mempunyai budi pekerti dan tabiat yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2000-2010) Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, penghantaran dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahun atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semuala program yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen pembangunan pendidikan (20012010) KPM. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf baru ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama seperti berikut: a. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003; b. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); c. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; d. Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8); e. Pemberian Bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluaraga miskin pada tahun 2002-2003 bagi perlaksanaan Pendidikan Wajib (bajet 2002 dan 2003). Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

f.

g.

h.

i.

j. k.

l.

m.

n.

o.

p.

mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); Skim Baucer Tuisyen (SBT) memberi bantuan Tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); Anugerah Pengetua JUSA C dan Guru Gred Khas C diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan pangkat kepada guru di sekolah (Keputusan Jemaah Menteri, 2004); Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004 (Berasaskan Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003); SPBT diperluaskan kepada anak-anak semua pegawai pendidikan mulai 2006 (Pengumuman Timbalan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Perayaaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, 2005); Program Pemulihan dimantapkan dengan memperuntukkan guru pemulihan (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan mulai 2005 (Keputusan Jawatankuasa Tan Sri Murad Mengenai Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, 2005); Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menegah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh; Menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah dilaksanakan mulai tahun 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabnagsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia (Keputusan Jemaah Menteri,

2006); dan q. Kerjasama antara KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru, dan menambah baik norma perjawatan daripada 1.5n (n bilangan kelas) kepada 1.7 (Keputusan Jemaah Menteri, 2006). Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004. dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Matrikulasi dan Pendidikan Guru. iii) Pendidikan Masa Depan Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai wawasan 2020. Sepanjang fasa 15 tahun pertama, banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam wawasan 2020. Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju. Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan. Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020. Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama, iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Pendidikan masa depan yang telah dirancang oleh kerajaan berteras kepada membina Negara bangsa melalui pendidikan bertujuan untuk melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Pembangunan modal insan ini telah diselenggarakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. Seterusnya, perancangan pendidikan masa depan dengan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan Sekolah Kebangsaan dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, Sistem pendidikan Masa Depan merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Justeru, membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan untuk melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. (Kesan Psikologi perubahan dinamik untuk melahirkan warganegara yang memperkasa jati diri sebagai pelajar yang inovatif dan berketrampilan dalam semua bidang yang diceburi)

berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya di luar bandar seperti Sabah dan Sarawak. KPM juga akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih. Selain itu, memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.

Perbincangan Sistem pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan ilmu dan kemahiran yang pesat terutamanya pada zaman dunia tanpa sempadan. Justeru itu, kita dapat lihat setiap perubahan itu disusuli dengan dasar-dasar dan kerangka pendidikan yang dibangunkan untuk mencapai matlamat agar selaras dengna falsafah pendidikan kebangsaan. Namun kesinambungan perubahan yang berlaku membawa kepada satu idealisme baru dalam bidang pendidikan iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai modal insan minda kelas pertama sebagaimana yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. a) Pendidikan masa dulu Pada peringkat awal sebelum falsafah pendidikan kebangsaan dibentuk, hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk pra-merdeka yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu era masyarakat tradisional dan era masyarakat penjajahan. Ciri-ciri pendidikan era masyarakat tradisional ialah pembelajaran secara turun-temurun yang diwarisi. Hala tuju pendidikan pada era masyarakat tradisional berbeza dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berasaskan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Perkembangan pendidikan era masyarakat tradisional ialah menghasilkan sekolahsekolah pondok dan madrasah yang berteraskan agama Islam. Selain itu, pendidikan pada masa itu berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam yang mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai dan mengaplikasikan agama dalam kehidupan harian. Hala tuju pendidikan pada masa

itu lebih menekankan aspek teknik dan praktikal berbanding Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan potensi individu secara menyeluruh dalam semua aspek. Era penjajahan telah mengubah sistem pendidikan tradisional dengan amat ketara. Kedatangan Inggeris telah mengubah corak pendidikan era tradisional yang berorientasikan keperluan identiti kaum. Terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza iaitu orang Barat telah menubuhkan sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah pondok, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Falsafah pendidikan sekolah Melayu berbentuk kemahiran yang sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang selain mendapat pendidikan dasar selama empat tahun. Falsafah pendidikan Cina lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang Matematik, sains dan sebagainya. Manakala hala tuju sistem pendidikan Tamil telah mengalami perubahan kerana dasar pentadbiran Inggeris yang memberi bantuan dan kemahiran. Penubuhan sekolah Inggeris pula berteraskan falsafah untuk mengembangkan agama Kristian dan ideologi penjajah Inggeris. Landasan yang digunakan pada era penjajahan adalah mengikut dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah. Dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan, ilmu dan kemahiran adalah penting dalam pembentukan identiti bangsa Malaysia sebagaimana yang telah diwujudkan semasa zaman pemerintahan Inggeris. Sekalipun dasar yang dilaksanakan menyebabkan jurang perkauman itu luas, namun ilmu yang diberi kepada masyarakat dapat membasmi masalah golongan buat huruf dengan memperkenalkan kemahiran 3M (Mengira, membaca dan menulis) disamping kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam memastikan kelangsungan hidup. Akibat ketidakseimbangan pihak Inggeris dalam pendidikan, beberapa Laporan seperti kajian Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), dan Laporan Razak (1956) telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. Pada era 1971-1990, dasar ekonomi baru diperkenalkan bagi merapatkan jurang sosio ekonomi antara kaum. Bahasa Melayu juga diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama. Skim pinjaman buku teks dan rancangan makanan tambahan juga dilaksanakan. Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dilaksanakan pada tahun 1987), Falsafah Pendidikan

Kebangsaan diperkenalkan bagi menjadi landasan pendidikan di Malaysia. Setahun berikutnya iaitu pada tahun 1988, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan bagi menerap matlamat di dalam Falsafah Kebangsaan Malaysia. Laporan-laporan pendidikan yang dihasilkan bagi memastikan peluang pendidikan diberi kepada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang. Setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan dalam bidang pendidikan telah berjaya menyatukan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. Zaman pasca merdeka telah memperkenalkan dasar pendemokrasian pendidikan yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Sistem pendidikan zaman dasar ekonomi baru menekankan kepada keseimbangan antara perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial bagi mengukuhkan lagi perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru itu, pemantapan perpaduan melalui pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilakukan dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum dengan mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Langkah ini diambil bagi menyemai semangat jati diri pelajar dan semangat patriotik yang tinggi bersama tanpa ada sikap kepentingan kepada kaum masing-masing. Pada peringkat ini pembasmian kemiskinan menjadi cabaran utama dan dalam masa yang sama penghasilan tenaga kerja mahir sangat diperlukan. Justeru itu, langkah inisiatif diambil dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Ini hanya dapat direalisasikan dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum supaya dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Selain itu, antara usaha lain adalah penambahbaikan kemudahan fizikal dan infrastruktur di luar bandar. Bagi memastikan pendidikan menyeluruh dan bersepadu dapat dicapai, falsafah pendidikan digubal bagi pembentukan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman terus berlalu menyaksikan banyak peubahan berlaku dalam bidang pendidikan. Zaman dasar pembangunan negara membawa sistem pendidikan kepada pengukuhan

ketrampilan modal insna pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui penggubalan akta dan perundangan yang bersangkutan dengan pendidikan. Pada zaman ini perubahan yang berlaku adalah bersifat dinamik bagi melahirkan pelajar sebagai modal insan yang berketrampilan. Modal insan adalah pelajar yang dilengkapi dengan pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang baik dan dapat menyeimbangkan ilmu akademik dan kerohanian dalam diri. b) Pendidikan Masa Kini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemaskan lagi sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan iaitu zaman ledakan teknologi maklumat. Negara menghadapi cabaran globalisasi pada alaf ke-21 menyebabkan Malaysia harus bersaing dalam memperkasakan pembangunan pendidikan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Ini bertepatan dengan halatuju dan falsafah pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Melalui Dasar Wawasan Negara pula, satu Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001 hingga 2010 telah dilancarkan. Setelah menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, memperkukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan. Berdasarkan kepada Dasar Wawasan Negara, strategi dan dasar rangka RRJP3 sebelum ini berjaya menyumbang ke arah pengukuhan dan pemodenan asas industri. Kesannya, Malaysia mencapai pembangunan pesat, walaupun dilanda krisis kewangan pada tahun 1997/1998. Pemeluasan kepada akses pendidikan yang berkualiti tidak akan lengkap tanpa memastikan pelajar menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. Menurut Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan beliau pada hari Perutusan Tahun Baru (2010), sebanyak RM 450 juta peruntukkan telah disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama di mana kerajaan telah membekalkan pelbagai kemudahan pendidikan untuk membela dan memulihkan sekolah yang berada dalam keadaan daif yang memerlukan pembaikan segera. Era ini telah menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara bagi mencapai perpaduan nasional melalui pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang. Dimensi baru dalam pelaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah

membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan; menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri; menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik; membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin; mencapai matlamat penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi; dan mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan (Mok, 2008). Penambahbaikan dan pemantapan halatuju dan falsafah pendidikan diperkemaskan dalam perundangan, dasar dan program utama pendidikan bagi menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 ini antaranya : Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002); Program Bimbingan dan Kaunseling (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; pemberian bantuan one-off RM 120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002 - 2003 (Bajet 2002 & 2003); digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar (KWAPM) pada tahun 2004; Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan pada tahun 2004; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); serta banyak lagi program-program pendidikan yang diperluaskan. Pada tahun 2004, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah ditubuhkan. Ini merupakan perubahan paling ketara dalam sejarah perkembangan pendidikan negara maka dengan pembahagian ini, pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). c) Pendidikan Masa Depan Dalam era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (PIPP) telah diperkenalkan untuk memantapkan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Enam teras strategik yang termaktub dalam PIPP adalah membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan di luar bandar, memartabatkan

profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini, halatuju dan falsafah pendidikan negara lebih bersifat global dalam melahirkan masyarakat yang mampu berdaya saing. Selain itu, Kementerian pelajaran telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang kamil dan seimbang. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar. Dengan langkah ini, sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Di jangka pada akhir tahun 2012, Kementerian pelajaran ingin memastikan semua murid normal bolah menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah, memperbanyak sekolah berprestasi tinggi, dan memperkenalkan tawaran baru iaitu Baiah kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Program LINUS juga dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah. Kesimpulannya sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Pendidikan dilihat sebagai wacana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi. Pembentukan golongan muda yang lengkap dengan pelbagai aspek penting dalam memacu kelangsungan pembangunan negara. Penambahbaikan dalam perundangan, dasar dan program utama pendidikan ditekankan supaya halatuju dan falsafah pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam setiap Rancangan Malaysia tersebut, kerajaan menitikberatkan perpaduan negara dan pendidikan merupakan salah satu aspek terpenting bagi memastikan kemajuan negara terus terancang. 8.0 Cadangan dan kesimpulan

Antara langkah-langkah bagi memastikan modal insan yang berketrampilan dapat dilahirkan secara berterusan melalui pendidikan ialah menetapkan dasar-dasar yang benar-benar berkesan, relevan dan berfaedah untuk tempoh yang panjang. Justeru itu, seharusnya isu politik tidak dilibatkan dalam pendidikan agar dasar-dasar yang ditetapkan selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan generasi modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Selain itu, dalam kementerian sendiri perlu memastikan setiap pemimpin yang terlibat mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi agar segala dasar yang diusulkan ataupun sebarang idea yang dicetuskan dalam sistem pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Kita dapat lihat sejauhmana perlaksanaan PPSMI dalam merealisasikan keupayaan pelajar bagi menguasai Bahasa Inggeris tercapai. Dalam hanya beberapa tahun perlaksanaannya, akhirnya ianya dibubarkan dan digantikan dengan MBMMBI. Perlaksanaannya amat sukar dan setelah beberapa usaha dilakukan bagi memastikan idea ini dapat disesuaikan dengan guru dan pelajar, sekali lagi ianya ditukar. Begitu juga cadangan untuk memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengurangkan kebergantungan kepada sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Selain itu, pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu mengaplikasikan konsep JERI kepada pelajar agar selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 9.0 Rumusan

Memang ternyata di antara zaman jajahan dengan zaman selepas kemerdekaan telah banyak kemajuan dan pembangunan dalam bidang pendidikan terutama teknik dan vokasional. Kadar pembangunan ekonomi negara telah melampui perubahan sikap masyarakat keseluruhannya. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 terdapat beberapa cabaran dan di antara yang paling mendesak ialah pembinaan identiti negara, perpaduan dan pembangunan

asas dalam bidang ekonomi dan sosial. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an lebih berbentuk kepada pembangunan ekonomi khususnya yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi yang meningkatkan permintaan kepada keperluan tenaga mahir. Pembentukan sosioekonomi dan kebajikan juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi untuk pembangunan ekonomi terutama dalam membasmi kemiskinan. Kesan Psikologi yang dapat diinterpretasikan adalah seperti pengenalan identiti bangsa, perpaduan, pemantapan perpaduan, perubahan dinamik pelajar untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, berakhlak mulia, berinovatif dan berketrampilan pada masa akan datang. Dengan menyusuri kekayaan khazanah pemikiran dan sikap kritis masyarakat terdahulu terhadap kehidupan dan persekitaran, maka generasi pelajar sedikit sebanyak telah mempelajari dan mewarisi kekayaan mentifak. Di samping artifak kebudayaan dan peradaban bangsa dan berkeupayaan menjadikannya sebagai idealisme kehidupan moden yang berkecenderungan mempertahankan suara kebenaran dan keadilanm memahami makna derita kalangan terbanyak dan masyarakat marhaen merempat, erti derita dan kelaparan, erti perjuangan dan pegnorbanan dan sebagainya. Secara tidak langsung mereka akan membina, memperkukuh dan membangunkan keperibadian unggul berorientasikan kepimpinana pendidik yang seterusnya berkeupayaan mendidik.

10.0

Bibliografi

Dilthey, W. (1976). Selected Writings (Terj. Diedit) Rickman. H.P. Cambridge University Press. Loganathan, (1992). Hermeneutic Analysis of Discourse, International School of Dravidian Linguistics, India. Loganathan, (1995). Pedagogic Hermeneutics and The Unification of Positive Hermeneutic Sciences, Paper presented at the International Seminar of Asian Bishops Association, New Delhi dan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, November, 1995 (Tanpa Terbit). Md Salleh Yaapar, (1995). Mysticism & Poetry: A Hermeneutical Reading of Poems of Amie Hamzah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suppiah, Nachiappan. (1997). Imageri Dalam Esei: Kajian Hermeneutik Esei-Esei Terpilih Pelajar Sekolah Menengah Atas, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Suppiah, Nachiappan. (2003). Proses Kognitif Dalam Penulisan Esei Melalui Analisis Hermeneutik, Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia. Weinsheimer, J. (1991). Philosophical Hermeneutics and Literary Theory, Yale Press. Dasar Ekonomi Baru dalam http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru, capaian 17 September 2011 University

Dasar

Ekonomi

Baru

dalam

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/237-dasar-ekonomi-baru-.html, capaian 17 September 2011. Pembangunan Modal Insan Dalam Wawasan 2020.

http://www.pmo.gov.my/modalinsan/index.html, capaian 13 September 2011 Rancangan September 2011 Zahir Zainudin, 2008. Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan dalam Malaysia Ke-9 capaian dalam 17

http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9/bahasa/Bab11.pdf,

http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/08/pendidikan-dan-pembinaan-modal-insan.html, capaian 13 September 2011. http://www.pemudaumno.org.my, capaian pada 22 Ogos 2011, 10.30pm http://kulanzsalleh.com/bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-pendidikan/ , capaian pada Julai 30, 2011, 11.15 a.m.

You might also like