You are on page 1of 45

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Bahagian A 1. Bincangkan konsep tamadun serta ciri-ciri umum manusia.

pembentukan tamadun awal

Pendahuluan (3 markah) 1. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun. 2. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho. 3. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat 4. Tamadun-tamadun awal manusia. Isi isi Jawapan (21 markah) a. Konsep Tamadun (3 markah) - Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar. - Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud bandar Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adapt resam. Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun, iaitu kemunculan Bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian. Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak. Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian

b. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah) 1. Petempatan kekal - Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal - Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun 1

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning) 2. Pembandaran pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia Organisasi sosial Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir. Sistem pemerintahan dan pentadbiran Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan Agama dan kepercayaan Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China Pengkhususan kerja Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir. Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh

3. -

4. -

5. -

6. -

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
7. -

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Bahasa dan tulisan Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia Kemajuan Ekonomi Kemajuan sains dan teknologi Kemajuan undang-undang

8. 9. 10.

Kesimpulan (1 markah) - Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman sebelumnya. - Apa sahaja yang berkaitan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

2. Bincangkan peranan Shih Huang Ti dalam membina dan mengukuhkan Dinasti Chin. Pendahuluan (3m) a. Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China. perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin. b. Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim. Latar belakang Shih Huang Ti - Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. . - Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama. - Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

c.

Isi-isi Jawapan: (7isi x 3m = 21mkh) Peranan Shih Huang Ti a. Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah - Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya. - Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya - Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

b. Mengukuhkan kedudukan Ekonomi - Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar. . - Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi. - Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara. c. Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat - Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat. d. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar - Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh. e. Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur - Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan. - Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya. f. Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua wilayah dan daerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama. 5

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
-

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

g. Menghapuskan sistem feudal. Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal. h. Memperkenalkan scholar system Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja. i. Melantik pemerhati/perisik wilayahUntuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawaipegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya. Wujudnya Hubungan antara Jajahan: Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.

j.

k. Penyatuan bahasa dan budaya - Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin. - Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah. Kesimpulan:[ 1 markah ] - Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. - Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. - Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas 6

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


membantu

3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk pemerintah mengukuhkan kuasa. Pendahuluan ( 3m )

1. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta. 2. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi. 3. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah ) Idea- idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra 1. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar. (i) Mementingkan keamanan iaitu saman iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah. (ii) Persediaan untuk berperang (iii) Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama. (iv) Bersekutu dengan musuh. (v) Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain. (vi) Melancarkan serangan pertama. 2. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan (i) Memujuk musuh dengan rasuah atau danadan perbincangan. (ii) Meencetuskan persengketaan (iii) Menanamkan benih-benih permusuhan (iv) Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal. 3. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan kelahiran semula jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu. 4. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih. 5. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan. 7

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

6. Pemerintahm Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak Untuk menghadapi musuh, bheda digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep danda iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh. 7. Kautilya memperkenalkan teori mandala. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita. 8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah. 9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

10. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun. Kesimpulan ( 1 Markah ) - Apa sahaja yang berkaitan

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi sara diri. Jelaskan faktor-faktor perubahan ekonomi tersebut kepada ekonomi perdagangan di Alam Melayu. Pendahuluan ( 3 Markah ) a. Kepulauan Melayu telah menjadi pusat persinggahan dan pusat perdagangan antarabangsa b. Beberapa buah kerajaan yang muncul telah menjadi pusat kegiatan ekonomi di Kepulauan Melayu seperti Sailendra, Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara , Lembah Bujang, Melaka, dll. c. Kegiatan ekonomi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi sara diri untuk memenuhi keperluan keluarga berubah kepada ekonomi perdagangan. d. Kegiatan perdagangan bermula setelah wujudnya kerajaan-kerajaan dan pelabuhanpelabuhan enterport yang menghubungkan pedagang-pedagang dari India, China, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. e. Alam Melayu mempunyai kekayaan bahan mentah, hasil hutan, rempas ratus, galian bijih timah dan emas , bekalan makanan dan minuman. Isi-isi Jawapan (20 markah) Ciri-ciri ekonomi sara diri ( 5 isi x 2 markah = 10 markah ) a. Tumpuan kepada kegiatan pertanian. Ia merupakan kegiatan utama. Jenis-jenis pertanian meliputi bercucuk tanam, menternak haiwan, menangkap ikan, memburu dan memungut hasil hutan. b. Jenis-jenis tanaman seperti padi yang menjadi tanaman utama (padi sawah atau bukit) dan tanaman-tanaman lain seperti sayuran, berubi, sagu dll. c. Pertanian dilaksanakan melalui dua cara iaitu penanaman tetap seperti tanaman padi sawah dan kedua melalui kaedah pertanian pindah. Kaedah kedua ini digunakan untuk mencari kawasan subur. Hasil pertanian yang diperolehi hanya cukup untuk keperluan keluarga petani sahaja. Pertanian pindah umpamanya dilaksanakan di daeah Deli di timur laut Sumatera hingga ke Aceh. d. Perkembangan masa telah mengubah pertanian pindah kepada pertanian tetap. Perubahan ini disebabkan oleh faktor pertambahan penduduk dan kemajuan sistem pengairan yang baik yang dapat mengekalkan kesuburan tanah. e. Bekalan sumber protein diperolehi dari kegiatan menangkap ikan, menternak haiwan dan memburu. f. Kegiatan tambahan seperti memungut hasil hutan buah-buahan, rotan dll yang boleh dijadikan sebagai barang tukaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan lain seperti pakaian yang tidak mereka hasilkan. g. Ekonomi sara diri berskala kecil, melibatkan tenaga buruh yang ramai dan sistem barter atau tukar barang untuk keperluan keluarga sahaja. Faktor faktor Perubahan ekonomi perdagangan ( 5 isi x 2 markah =10 markah ) i. ii. Sumber-sumber bertulis China, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan ini telah berkembang pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan mata wang juga telah bermula iaitu dengan menggunakan mata wang emas, perak dan timah. Mata wang diukir dalam bentuk haiwan atau berupa jongkongan sahaja. Di sesetengah tempat kulit siput kowrie juga digunakan sebagai mata wang. 9

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
iii.

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

iv. v.

vi.

vii.

Barang-barang yang diperdagangkan bergantung kepada sesebuah pelabuhan. Contohnya: Pelabuhan Langkasuka gading gajah, tanduk atau sumbu badak, kayu gaharu dan kapur barus ditukarkan dengan beras, sutera dan barang porselin. Tambralinga madu lebah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu dan kayu laka yang ditukarkan dengan sutera, wain, beras, garam, gula, emas dan perak. Kalah kayu alges, kapur barus, kayu cendana, gading gajah, timah dan ebony. Kedudukan geografi terletak di persimpangan jalan laut antara India dan China. Pertukaran tiupan angin monsun yang tetap sepanjang tahun. Kekayaan sumber asli hasil-hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, dammar dll amat diperlukan di India dan China. Ia menjadi barang tukaran dagangan yang utama. Kekayaan hasil galian. Sejak abad 7M delta Sungai Sarawak adalah puast pengeksport besi lebur dan jongkong emas ke tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu. Tanah Melayu pula kaya dengan bijih timah. Kekayaan sumber hasil laut tumbuh-tumbuhan laut, mutiara,cengkerang. Kemudahan pelabuhan enterport. Beberapa buah kerajaan yang muncul telah menjadi pusat kegiatan ekonomi perdagangan bermula setelah wujudnya kerajaan-kerajaan dan pelabuhan-pelabuhan enterport yang menghubungkan pedagang-pedagang dari India, China, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. Kemudahan infrastruktur seperti gudang yang selamat untuk stor menyimpan barang, tempat rehat untuk mengambil bekalan air. Hubungan diplomatik dengan mana-mana kuasa luar seperti China , India dan Arab telah menggalakkan kegiatan perdagangan.

Kesimpulan ( 2 Markah ) - Alam Melayu berperanan penting sebagai tumpuan pusat perdagangan / rempah ratus yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari timur dan barat. - Mana-mana isi yang bersesuaian

10

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

5. Huraikan objektif dan perlaksanaan sistem pendidikan di Athens dan Sparta. Pendahuluan (3 Markah ) a. Pendidikan merupakan suatu proses untuk melatih dan mendidik yang bertujuan meningkatkan pemikiran individu melalui kaedah pengumpulan ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, falsafah, agama dll. b. Sejarah pendidikan telah bermula sejak awal kewujudan manusia. Bentuk dan corak sistem pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan kehendak masyarakat. c. Sparta dan Athens mempunyai objektif pendidikan yang berbeza dari segi dasar, matlamat dan perlaksanaan. Isi-Isi Jawapan: (20 markah) Objektif Pendidikan Athens dan Sprata ( 8 Markah) a. Objektif pendidikan di Athens (4 markah) - Melahirkan warga negara yang berguna dan sempurna dari aspek mental dan fizikal. - Mendidik kanak-kanak menjadi seorang yang berani, tunduk dan patuh kepada pemimpin dan negara. - Mengasah bakat, potensi dan intelek kanak-kanak unuk berfikiran inovatif/ terbuka - Mengabdikan diri pada kerja-kerja kebajikan - Meningkatkan intelektual rakyat menjadi ahli falsafah dan sofis b. Objektif pendidikan di Sparta (4 markah) Melahirkan tentera yang kuat dan lasak untuk memenuhi kehendak Negaramemperluaskan wilayah. - Mendidik kanak-kanak yang sihat sebagai kadet tentera. Kanak-kanak yang cacat dibiarkan mati atau diserahkan kepada Helots - Mengkongkong pemikiran rakyat dan tiada kebebasan intelek. - 30 tahun berkhidmat di sempadan selepas itu mendapat hak menjadi warga negara yang bebas. - Menjadi rakyat yang sanggup berkorban nyawa untuk negara. Perlaksanaan Pendidikan Athens dan Sprata (12 markah) a. Pelaksanaan Pendidikan Athens ( 2 isi x 3m = 6 markah ) i. Dalam memenuhi dasar pendidikan lama Athens, langkah langkah telah dilaksanakan. Kanak kanak yang berusia antara 1 8 tahun akan diletakkan di bawah pengawasan ayah/keluarga, ketua kaum atau kuil. Kanak kanak perempuan pula akan menimba ilmu dari ibu. Kanak kanak yang berusia antara 8 16 tahun ke sekolah yang pelbagai. Antaranya ialah sekolah Tatabahasa yang mengajar menulis, membaca dan mengira. Sekolah Muzik mengajar kecapi dan seruling, Sekolah Gimanstik yang menekankna sukan dan permainan. Matlamat akhir pendidikan adalah untuk membentuk individu yang seimbang dalam pertumbuhan minda, jiwa dan fizikal. Mereka yang mencapai usia 16 18 tahun pula akan gimanasium dan di situ mereka diajar atelit dan aspke ketenteraan.

11

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

ii. Pendidikan Athens Zaman Baru : Dasar pendidikan di Athens pada zaman Baru adalah untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka dengan mengamalkan nilai individulisme. Untuk memenuhi falsafah hidup baru ini, pendidikan zaman baru berorganisasikan seperti di bawah ini; Sekolah Rendah untuk kanak kanak berumur 7 13 tahun dan penekannan kepada pembacaan, penulisan, arimetik dan nyayian. Pengajarnya dikenali sebagai Sofis. Sekolah Menengah atau Akademik : untuk kanak kanak berusia 13 16 tahun dan penekannan kepada geometri, lukisan, muzik, tatabahasa dan retorik. Pendidikan Tinggi atau Universiti : selepas usia 16 tahun subjek diubah dari ketenteraan kepada kesusasteraan. Tujuannya adalah untuk menyediakan individu kepada kerjaya awam. - Banyak sekolah falsafah dan retorik dibentuk. - Universiti Athens adalah gabungan sekolah falsafah. - Pendidikan tinggi berkembang ke Alexanderia dan kawasan kawasan lain. Pendidikan Zaman Baru dipengaruhi oleh perubahan perubahan yang berlaku dalam masyarakat selepas Perang Parsi. Masyarakatnya kini lebih terbuka, warganegara baru yang sukakan kesenangan dan mementingkan perkembangan individulisme. b. Pelaksanaan Pendidikan Sparta (2 isi x 3m = 6 markah) i. Dalam memenuhi dasar pendidikan Sparta untuk membentuk disiplin individu dan ketahanan Negara maka antara langkah yang telah dilaksanakan seperti anak anak yang dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak berupaya dihapuskan. Kanak kanak yang berusia 8 18 tahun dan belia dikehendaki tinggal di berek dan mereka dilatih untuk membina ketahanan diri. Latihan mereka termasuklah aktivit sukan seperti berlari, melompat, melempar cakera, lembing, bergusti dan latihan-latihan tempur pada setiap hari. Apabila kanak kanak mencapai usia 18 20 tahun, mereka diberikan latihan ketenteraan yang profesional. Dalam usia 20 30 tahun, mereka ditugaskan diperbatasan. Apabila mencapai usia 30 tahun, mereka dipaksa untuk berkahwin. ii. Mengamalkan dasar pendidikan khusus untuk wanita bagi melahirkan anak yang sihat seperti menyediakan tempat latihan fizikal. Bagaimanapun mereka tidak menjalani latihan diberek tentera, sebaliknya mendapat pendidikan di rumah daripada kaum ibu dan latihan yang mereka terima lebih kepada latihan sukan,menari dan menyanyi. Kesimpulan ( 2 Markah ) Dasar pendidikan Sparta dan Athens mempunyai perbezaan yang jelas. Pendidikan Sparta hanya bermotifkan untuk melahirkan individu yang lasak untuk berkhidmat dalam ketenteraan. Di Athens pula, ia terbahagi kepada dua zaman dengan dasar yang berbeza. Pada Zaman Lama, ia menekankan konsep yang memenuhi kehendak minda, jiwa dan fizikal. Kekuasaan intelektual ( intelectual power ) bukan objektif pendidikan zaman ini. Ia hanya menekankan kesederhanaan dalam segala hal dan matlamat akhir adalah untuk berkhidmat dalam negara kota. Pada Zaman Baru pula ia lebih bersifat universal dan menekankan penghargaan terhadap keindahan alam, kesenian dan sastera, perkembangan intelektual, pembentukan moral, kebebasan politik dan kemajuan sosial. Pendidikan zaman ini memberi kebebasan untuk menentukan nilai moral, mengutarakan idea idea agama dan tugas tugas kebajikan atau hak dan tanggungjawab warganegara. 12

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

6. Bincangkan perkara-perkara utama yang terkandung dalam Kod Undang-Undang Hammurabi dalam tamadun Mesopotamia. Pendahuluan ( 3 markah ) 1. Latar belakang tamadun Mesopotamia - terletak di lembah Sg Tigris dan Sg Euprates merupakan tamadun awal yang muncul di lembah sungai. 2. Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua kaum Amorite pada tahun 1894 S.M. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi (1792-1750 S.M.) 3. Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan sistem pentadbiran yang teratur. Semasa pemerintahannya, Babylon telah menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal. 4. Tamadun Mesopotamia telah mencapai kemajuan dalam Ilmu undang-undang yang paling terkemuka kerana Kod Undang-Undang Hammurabi yang terdiri daripada 280 kod undang-undang. Hammurabi telah menerima pengiktirafan daripada Tuhan Shamash ( Tuhan Keadilan ) untuk memerintah dan mewujukan keamanan di seluruh tamadun Mesopotamia. Isi-isi penting ( 5 isi x 4 markah = 20 markah ) Perkara-perkara utama yang terkandung dalam Kod Undang-Undang Hammurabi 1. Undang-undang Pentadbiran kod undang-undang Hammurabi-Masyarakat dibahagi kpada 3 kelas merdeka, miskin dan hamba . Awelu ( rakyat merdeka ), Mushkenu ( rakyat miskin ) , dan Wardu ( hamba). hukuman dan denda yang dikenakan berbeza mengikut status sosial orang yang melakukan kesalahan. hukuman mati akan dikenakan kepada orang yang mengubah mana-mana hukuman dalam Kod Undang-undang Hammurabi. ganti rugi dalam bentuk wang dalam Undang-undang Sumeria ( undang-undang lama) diganti dengan hukuman mati dan hukuman korporal. Hukuman berat terhadap orang yang melakukan jampi mentera serta kesalahan merompak.

2. Undang-undang keluarga isteri curang dihukum bunuh. Hukuman dikurangkan jika suami memaafkan. isteri berkelakuan tidak senonoh akan diceraikan tanpa ganti rugi. isteri yang mandul boleh diceraikan suami dibenarkan berkahwin lain jika isteri berpenyakit. suami mesti menjaga isteri yang sakit. harta simati hanya boleh dibahagikan kepada anak lelaki. isteri dibenar memiliki harta suami. Undang-undang memelihara hak wanita dan kanak-kanak

3. Undang-undang jenayah mengenakan hukuman berat keatas perompak contoh hukuman bunuh dikenakan keatas perompak ditempat kejadian atau dibuang terus ke dalam api seorang bangsawan yang mematahkan tulang bangsawan lain maka tulangnya pula akan dipatahkan. 13

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
-

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Seorang bangsawan yang mencederakan mata rakyat biasa maka bangsawan itu akan didenda satu mina perak Seorang paderi perempuan yang dijumpai masuk ke dalam kedai arak akan dikenakan hukuman bunuh.

4. Undang-undang sivil - menekankan peraturan memelihara hak pengguna. - peniaga dan pedagang mesti menjaga mutu barangan dan perkhidmatan. - peraturan digubal untuk memelihara hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga - Kadar bayaran sewa serta urusan menjual dan membeli hamba. - Dalam pewarisan harta harta si mata akan dibahagi kepada anak lelakinya. - Isteri mempunyai hak untuk menikmati harta dan menjual tanah ladang atau rumah yang diberikan oleh suaminya. 5. Sistem Kehakiman untuk menjamin keadilan satu sistem perbicaraan sistem kehakiman dibahagikan tiga peringkat termasuklah Mahkamah Majistret, Mahkamah Hakim dan Mahkamah Ulang Bicara / Rayuan telah diwujudkan . Kod etika mengawal perlakuan hakim diperkenalkan untuk memastikan keadilan dalam perbicaraan sesuatu kes. Hakim tidak dibenarkan mengubah keputusan yang dibuat dalam sesuatu kes. Hakim yang melakukan perubahan akan didenda dan dibuang kerja. Kod undang-undang ditulis pada batu dan tiang-tiang besar serta tinggi untuk makluman semua rakyat. beliau menubuhkan Assembly of Elders di peringkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili kes-kes kecil

Kesimpulan ( 2 markah ) Kod Hammurabi merupakan undang-undang yang unik yang melambangkan tahap tamadun yang tinggi yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia. Apa-apa sahaja yang berkaitan

14

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia. Pendahuluan (3 markah ) a. Latar belakang Cheng Ho: Cheng Ho adalah seorang Muslim yang menjadi orang kepercayaan Maharaja Yung Lo dari China (berkuasa tahun 1403-1424) dari Dinasti Ming. Lahir sekitar tahun 1370 Masehi dan meninggal pada tahun 1432. Cheng Ho yang nama asalnya adalah Ma He dalam Bahasa Arab adalah Muhammad Siddiq lahir dari keluarga Cina Muslim kebanyakan di Provinsi Yunnan. b. Ketika pasukan Ming menakluki Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dikembirikan untuk menjadi sida-sida raja (hamba raja). c. Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya melakukan pelayaran ke negara di Selatan dan Barat. d. Cheng Ho melakukan tujuh ekspedisi pelayaran ke berbagai daerah di Asia dan Afrika, antara lain:Vietnam, Taiwan, Melaka, Sumatera, Jawa, Sri Lanka, India bahagian Selatan, Persia, Teluk Persia, Arab, Laut Merah, ke utara hingga Mesir, Afrika, ke selatan hingga Selat Mozambique Isi-isi Jawapan ( 5 isi x 4 m = 20 markah) Sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia. a. Sumbangan dalam pelayaran - Peta-peta pelayaran Cheng Ho sangat berguna untuk pelayaran ke negara-negara Asia dan Afrika. - Peta pelayaran itu 20 halaman dan mengandungi gambar-gambar laluan pelayaran Cheng Ho yang bertolak dari Nanjing ke pelbagai kawasan, pulau dan kota di negaranegara Asia dan Afrika. - Peta tersebut bukan sahaja merupakan peta dunia yang paling terperinci tentang Asia dan Afrika di China pada abad ke-15, tetapi juga peta pelayaran ke Asia dan Afrika yang paling awal terdapat di China. Sebagaimana diketahui Dao Yi Zhi Lue (Catatan tentang Pulau-pulau di Luar Negeri) yang ditulis oleh Wang Dayuan pada tahun 1349 telah menyimpulkan pengetahuan orang China tentang negara-negara seberang laut sejak Dinasti Tang (608-907) dan Dinasti Song (960-1279). Namun jumlah nama tempat asing yang tercatat dalam Dao Yi Zhi Lue tersebut hanya 1/3 daripada yang ada pada Peta Pelayaran Cheng Ho. b. Sumbangan dalam perdagangan antarabangsa - Menurut catatan buku sejarah China, barang yang dibawa ke Samudera Barat oleh armada Cheng Ho termasuk kain sutera, tembikar, emas, perak, gangsa, alatan besi untuk kegunaan sembahyang atau memasak, beras, kapur barus dan buku. Sehinggakan sebahagian genting istana negera asing juga merupakan barangan yang dibawa oleh Cheng Ho. - Barangan yang dibawa pulang oleh armada Cheng Ho ke China termasuk mutiara, intan, gading, singa, zirafah, rempah ratus seperti cengkih, kemenyan, tanduk-tanduk haiwan liar Afrika, wangi-wangian, pelbagai jenis kain dan kayu. - Di samping itu, pada zaman Dinasti Ming terdapat banyak rempah ratus yang dibawa dari Melaka, Johor dan Pahang ke China.

15

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

c. Sumbangan dalam penyebaran Islam - Dari tahun 1405 ke 1433, selama tujuh ekspedisinya, banyak catatan dan cerita di negara-negara Asia Tenggara yang menggambarkan secara jelas bahwa Cheng Ho memang membantu penyebaran Islam di sana. - Robert Morrison (782-1843), seorang misionaris Inggeris, mengatakan, Di antara pulaupulau di Asia Tenggara, Jawa adalah yang paling kaya. Di tahun 1405, seorang penyiar Islam (Cheng Ho) memimpin tentaranya untuk memaksa penduduk setempat untuk meninggalkan pemujaan berhala dan masuk ke dalam agama Islam. Ini menjelaskan bahawa pada awal abad 15, Cheng Ho benar-benar menyebarkan Islam di Jawa. Bagaimanapun kenyataan bahawa Cheng Ho menggunakan kekerasan untuk mengubah kepercayaan masyarakat tempatan kepada Islam adalah menyalahi kebenaran sejarah kerana sehingga abad ini tidak ada artikel ataupun buku yang mencatat kejadian kekerasan seperti yang dikatakan oleh Robert Morrison. d. Sumbangan dalam membentuk hubungan diplomatik - Laksamana Cheng Ho telah meletakkan landasan sejarah dalam hubungan diplomatik China-Nusantara. Banyak contoh yang membuktikan bahwa kedatangan Laksamana Cheng Ho dengan armadanya semata-mata untuk menyebarkan benih persahabatan, Buktinya, setelah kedatangan Cheng Ho Melaka, hubungan diplomatik dan berbalas utusan hadiah antara Melaka China telah diwujudkan. e. Sumbangan dalam mengujudkan keamanan - Memberantas lanun di Laut China Selatan demi memperlancar hubungan dan perniagaan antara China dengan Nusantara. Pada masa awal Dinasti Ming, Laut China Selatan tidak aman, sering diganggu oleh lanun. Di antaranya yang paling ganas adalah lanun-lanun yang bermarkas di di Palembang pimpinan Chen Zu Yi. Pada tahun 1407 armada Laksamana Cheng He berhasil membasminya. f. Memberikan jaminan keselamatam - Membina perdamaian dan keadilan untuk menstabilkan situasi di kawasan Asia Tenggara. Maharaja Ming menganggap dirinya sebagai Maharaja Sejagat yang berkewajiban membela perdamaian dan keadilan antarbangsa, maka ketika terjadi persengketaan, negara yang berkaitan lebih suka mencari bantuan dari Maharaja Ming untuk mendamaikannya. China pun selalu membela perdamaian dan keadilan dengan berdiri di pihak yang lemah dan yang dicederakan, berusaha menyelesaikan persengketaan dengan jalan damai tanpa menggunakan kekerasan. Dalam hal ini Cheng Ho telah menggunakan kedudukannya untuk memberikan jaminan keselamatan kepada kerajaan-kerajaan kecil daripada pencerobohan kerajaan besar seperti jaminan keselamatan yang diterima Melaka.. Cheng Ho sendiri telah memberikan amaran kepada siam supaya tidak mengganggu kesultanan Melaka.

Kesimpulan (2 markah) Apa sahaja yang berkaitan

16

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

8. Bandingkan peranan lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir dan Mesopotamia. (Nota : Jawapan hendaklah menggunakan wacana perbandingan dan perbandingan secara berselang). Pendahuluan (3markah ) a. Struktur masyarakat merujuk kepada pembahagian anggota-anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Melvin Tumin mengatakan organisasi sosial (struktur masyarakat) adalah penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan rohani. b. Kewujudan strafikasi sosial dalam masyarakat awal dapat dikesan sejak zaman Neolitik atau kira-kira 5000 tahun silam. Revolusi Pertanian meletakkan asas kemajuan peradaban manusia dan menyebabkan wujudnya perkampungan-perkampungan Neolitik. Kewujudan petempatan-petempatan kekal menyebabkan munculnya tiga lapis sosial iaitu golongan paderi yang bertindak sebagai ketua atau pemimpin agama dan menduduki tangga teratas dalam susun lapis masyarakat awal. Golongan Askarberperanan mempertahankan kedaulatan petempatan. Golongan askar ini terus berkembang menjadi golongan bangsawan dan pegawai-pegawai istana yang membantu raja menjalankan fungsi sekular. Golongan petani pula merupakan lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat tamadun-tamadun awal. Golongan ini berperanan penting dalam mengusahakan kawasan pertanian. Perkembangan bandar, perkembangan dalam pengkhususan ekonomi dan perkembangan dalam teknologi perindusterian telah mengujudkan pula dua kelas / lapis masyarakat lain iaitu masyarakat kelas menengah ( pedagang ) dan masyarakat kelas pekerja (artisan dan tukang kraf). c. Latar belakang tamadun Mesopotamia dan Mesir. Isi-isi Jawapan (4 isi x 5 Markah = 20 markah )
(Bagi setiap isi beri 4m iaitu 2m utk Mesopotamia dan 2m untuk Mesir. 1m bonus jika calon dapat memberikan perbandingan yang menarik)

Aspek perbandingan (1) Struktur masyarakat

Tamadun Mesopotamia
a. Golongan atasan ( raja dan

Tamadun Mesir

(2) Golongan pemerintah

a. Golongan atasan (firaun atau raja dan golongan bangsawan) keluarga diraja) b. Golongan menengah b. Golongan menengah atas (golongan profesional) (bangsawan dan paderi). c. Golongan rendah (rakyat biasa c. Golongan menengah bawah (terdiri dan hamba) dari anggota tentera, pembantu raja, tukang-tukang mahir dan petani). d. Golongan bawahan (hamba) Konsep raja Mesopotamia Konsep raja atau firaun Mesir - Menerajui takhta - kedudukan yang tertinggi pemerintahan. - dianggap sebagai Tuhan dan - mempunyai kuasa tertinggi pelindung kepada rakyat. - berperanan penting dalam - merupakan lambang Maat pentadbiran dan keagamaan. (kebenaran atau keadilan) - sebagai wakil Tuhan untuk - dianggap mempunyai kuasa dan mentadbir sesebuah bandar. kesaktian untuk memerangi kuasakuasa jahat. - pemerintahan beraja yang - Peranannya

17

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011


bersifat ketuhanan telah wujud sejak zaman dinasti awal. pada peringkat awal, pemerintah yang dikenali sebagai ensi atau lugal i. Ensi dikenali juga sebagai patesi (ketua paderi). Patesi dianggap sebagai pasangan lelaki kepada dewi bandar. ii. Lugal pula adalah ketua tentera sesuatu bandar. - perkembangan masa telah menyebabkan ensi dan lugal mengisytiharkan diri sebagai raja dan mendakwa mendapat mandat serta restu daripada Tuhan. Dengan itu bermulalah sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia. -

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


Sebagai sumber kekuasaan kerajaan menjadi ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim, memperkenalkan peraturan-peraturan dan undang-undang bagi memelihara keamanan. Sejarah kewujudan institusi raja @ firaun Zaman Kerajaan Lama hingga Zaman Dinasti keempat - firaun dianggap sebagai penjelmaan Tuhan Horus. - anggapan tersebut telah meningkatkan lagi status raja-raja Mesir. ii. Zaman Dinasti Kelima - berlaku perubahan dalam status ketuhanan ekoran ideologi baru yang diperkenalkan oleh paderipaderi Heliopolis iaitu raja sebagai anak Tuhan Matahari (Re). - perubahan tersebut telah mengurangkan status dan pengaruh raja. iii. Akhir Zaman Kerajaan Lama - lahir kepercayaan bahawa raja yang memerintah adalah Tuhan Horus. Selepas meninggal dunia beliau mnjadi Osiris iaitu raja di dunia yang terletak di dalam bumi (raja di kalangan orang-orang yang telah mati). Anak raja yang meninggal akan menjadi Horus yang baru. - kepercayaan tersebut berterusan sehingga ke Zaman Pertengahan dan Zaman Kerajaan Baru yang seterusnya meningkatkan semula satatus dan kewibawan raja.
i.

Bidang tugas / peranannya Pentadbiran dan ketenteraan - memberi arahan dan khidmat nasihat kepada pembesar, melantik pembesar, menerima aduan rakyat, menerima kunjungan diplomat, ketua tentera dan merangka pelan bagi kempen ketenteraan. - melantik pengganti untuk meneruskan pemerintahan (biasanya raja akan melantik anak lelakinya). ii. Keagamaan - sebagai wakil Tuhan dan ketua paderi. - mengawasi kerja-kerja pembinaan rumah berhala. - melantik paderi bagi melaksanakan tugastugas keagamaan.
i.

Pemerintahan raja @ firaun dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi seperti wazir yang dilntik dari kalangan keluarga diraja kerana dipercayai mereka yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah pentadbiran dibahagi dua iaitu di peringkat pusat dan wilayah. Di peringkat wilayah ia diketuai oleh 18

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


gabenor. sebagai ketua hakim raja mempunyai kuasa memberi pengampunan, menjatuhkan hukuman mati. Putera-puteri raja bakal mewarisi takhta diberikan didikan yang sempurna dan latihan ketenteraan dikahwinkan sewaktu masih kanakkanak sama ada dengan adik kandungnya ataupun sepupunya dianggap untuk mengekalkan kesucian keturunan. Golongan bangsawan Mesir diberikan kedudukan yang tinggi dan penting kerana mereka adalah pentadbir dalam negara kota seperti sebagai gabenor wilayah, pegawai istana atau pemungut cukai. merupakan golongan kaya yang hidup mewah.

(3) Golongan pembesar

Golongan bangsawan Mesopotamia (dikenali sebagai marbanuti) a. Bidang tugas - memilih calon pengganti takhta kerajaan - mereka mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak caloncalon yang diperkenankan oleh raja. a. - sebagai penasihat raja. - menjadi calon untuk jawatan panglima tentera, ketua paderi dan gabenor. - menumpahkan kesetiaan b. kepada raja.

Pendeta golongan yang sangat penting dalam masyarakat Mesir kerana orang Mesir sangat kuat pegangan agamanya bahkan kehidupan orang Mesir berpusat kepada hal keagamaan. pendeta dianggap mempunyai kuasa dan pengetahuan dalam menjalankan upacara agama. b. Corak kehidupan c. pendeta dipercayai boleh - memiliki rumah yang besar di mententeramkan tuhan. pusat bandar - mempunyai ramai pekerja Golongan artisan, peniaga dan - mendapat sebahagian dari sebagainya jumlahnya tidak harta rampasan perang dan begitu ramai. cukai yang dibayar rakyat.

(4) Golongan yang diperintah

Rakyat biasa dan hamba Mesopotamia : Mereka adalah Golongan bawahan Mesir golongan paling bawah i. Golongan petani dikenali sebagai Hupsi iaitu - 2/3 hasil tanaman diserahkan golongan bukan profesional kepada kerajaan sebagai ufti yang bekerja sebagai petani - mengamalkan kehidupan yang atau askar dan hamba. Dalam sederhana. 19

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011


sesetengah keadaan golongan hamba lebih bernasib baik. i. rakyat biasa - rakyat biasa yang miskin dan tidak menikmati sebarang keistimewaan. ii. Hamba - boleh dijual beli. - mendapat layanan yang baik. - dibenarkan untuk memiliki harta. - boleh mempelajari pekerjaan. - sebilangan kecil berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


ii. Golongan hamba - merupakan orang tawanan perang - jenis-jenis hamba

Kesimpulan (2markah) Apa sahaja yang berkaitan

20

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011


Bahagian B

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

9. Terangkan corak kehidupan masyarakat Arab jahiliyah. Pendahuluan: ( 3 markah ) 1. Dari segi bahasa Arab jahala bererti jahil atau jahlun atau jahlatun bererti bodoh dan sesat. 2. Dari segi istilah atau syarak: - Ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum agama Allah. - Arab Jahiliah juga merujuk kepada satu zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan dan kebodohan atau zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup serta tidak mempunyai peraturan yang sah di sisi Allah. 3. Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah: - Tidak mempunyai Nabi atau Rasul sebagai pembimbing. - Tidak mempunyai kitab sebagai petunjuk. - Tiada perkembangan ilmu (menyebabkan keseluruhan masyarakat buta huruf dan jahil) - Tidak mempunyai peradaban atau tamadun - Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. - Masyarakatnya tidak patuh kepada syariat Allah dan tidak mengesakannya. - Wujud selama kira-kira 300 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan Saba / Himyar hingga zaman kelahiran Islam. Isi-isi Jawapan (7 isi x 3markah = 21markah) a. Corak perhubungan masyarakat - Berdasarkan sistem kabilah. Pembentukannya berlandaskan pertalian darah kekeluargaan dan keturunan. - Mengamalkan fahaman asabiyah / semangat kesukuan - setiap kabilah berbangga terhadap kabilah sendiri sahaja - tidak menerima suku-suku Arab lain memandang hina kabilah lain - masyarakat tertutup. - Memberi perlindungan terhadap ahli-ahli suku walaupun mereka bersalah. - Peperangan antara kabilah sering berlaku Sebab-sebab peperangan selalunya berpunca dari perebutan sumber air / padang rumput, mempertahankan anggota suku / kabilah atau kerana menuntut bela kematian ahli suku yang dibunuh oleh suku lain. Contoh perang ialah Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib. Kemenangan dalam peperangan dianggap penting kerana meningkatkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan sesuatu kablah. Kabilah yang tewas akan dijadikan hamba.

b. Corak susun lapis masyarakat - Susun lapis masyarakat (bangsawan / hamba). Wujud jurang sosial yang luas antara golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bangsawan seperti pemidato dan pahlawan dianggap mulia sementara golongan miskin dan hamba dianggap hina. - Sistem perhambaan hamba terdiri daripana hamba asal / keturunan atau hamba tawanan perang. Sistem perhambaan ini menjadi ukuran kekayaan seseorang. - Perdagangan hamba - Layanan terhadap golongan hamba - Penindasan golongan atasan terhadap golongan bawahan / lemah

21

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
c.

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Kelompok masyarakat Arab Jahiliah : Terbahagi 2 iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadhari. Golongan Hadhari tinggal di kawasan bandar. Mereka lebih bersikap terbuka kerana berpeluang berhubung dengan masyarakat luar. Golongan Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman / padang pasir secara nomad. Masyarakat mereka lebih tertutup. Struktur Masyarakat Arab Hadhari terdiri daripada golongan bangsawan pemerintah dan para pedagang, Golongan agama - ketua agama, tukang tilik dan penyair, Masyarakat awam rakyat biasa, golongan wanita dan golongan hamba Amalan-amalan perkahwinan poligami secara berlebihan , polyandri dan alibtiza. Kedudukan wanita rendah dan hanya menjadi alat pemuas nafsu. Wanita isteri bangsawan mempunyai kedudukan tinggi dari golongan rakyat biasa / hamba. Pembunuhan kanak-kanak perempuan pembunuhan disebabkan kelahiran anak perempuan akan membawa bencana / sial kepada keluarga pembunuhan kadang-kala dilakukan oleh ibu bayi itu sendiri lazimnya ditanam hidup-hidup tujuannya bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh. Rompakan dan pergaduhan juga sering berlaku rompakan mendorong ke arah pembunuhan dan menjadi kayu pengukur keberanian seseorang. Tiada peraturan / undang-undang yang wujud hanya undang-undang membalas dendam. Arab Jahiliah terutamanya golongan Badwi tidak suka dikongkong oleh undangundang. Mereka gemar gaya hidup liar dan bebas. Ciri-ciri Akhlak - Mengamalkan amalan-amalan tradisi / kebiasaan. - Berakhlak rendah - tingkah laku yang kasar - Minum arak, berjudi, pelacuran / zina. - Sikap bongkak, sombong - Tiada peraturan sosial untuk dipatuhi mereka hanya menurut peraturan dan undang undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kegiatan hidup berasaskan kehendak diri sendiri mereka mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan serta keredhaan Allah. - Dua sikap positif mereka ialah : Amat menghormati tetamu: Walaupun orang orang Arab jahiliyah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliyah memiliki sifat sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Amat berpegang teguh kepada janji. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang orang Arab jahiliah juga memiliki sifat sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

d. e. f.

g. h.

i.

22

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
j.

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Ilmu pengetahuan / tamadun masyarakat Arab Jahiliah - Buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. - Kamahiran bersyair (sastera) hanya digunakan untuk melahirkan perasaan secara spontan. - Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berpidato hanya berkaitan pekara-perkara lampau yang tidak ilmiah. - Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

k.

Corak Kepercayaan i. Mengamalkan agama dan kepercayaan yang sesat dan tidak diredhai. AJ (Arab Jahiliah) menganggap segala yang boleh memberikan keuntungan / manfaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau secara tahyul. ii. Antara kepercayaan mereka ialah menyembahan berhala, Penyembahan cakrawala, Polydemonisme / penyembahan jin dewa-dewa, Majusi / Zoroester, Penyembahan Tuhan Padang Pasir, Animisme, Agama Yahudi, Agama Nasrani dan Kepercayaan berunsur adat / tahyul yang tidak dipastikan asal-usulnya. Seperti mempercayai tangkal azimat, roh orang mati akan menjadi burung, Mempercayai binatang yang melintas di tengah perjalanan jika ke kanan akan membawa kebaikan dan jika ke kiri akan membawa kecelakaan dll. l. Corak Ekonomi i. Keadaan ekonomi keseluruhan: Merosot berikutan keruntuhan empangan Maarib dan kejatuhan beberapa kawasan kaya kepada pihak penjajah. Ekonomi tidak berkembang kerana mengamalkan kehidupan nomad. ii. Aktiviti ekonomi: - Masyarakat Hadhari menjalankan aktiviti perdagangan di kota-kota dan wilayah utama seperti Mekah, Hirah, Ghassan, Syam dan Yaman. Kecuali Mekah, perdagangn wilayah-wilayah Arab lain kurang menggalakkan kerana dimonopoli oleh penjajah. Barang-barang dagangan terdiri dari buah-buahan, pakaian, hamba, berhala, rempah dan emas. Perdagangan dijalankan secara bermusim iaitu pada musim sejuk pedagang2 akan ke selatan (Yaman) dan musim panas ke utara (Syam). Perdagangan secara tukar barang. Unsur penipuan dalam perdagangan (timbang sukatan, kualiti dll) dan amalan riba berleluasa. Golongan bawahan paling menderita ekoran wujudnya penindasan ekonomi. Wujud juga hubungan dagang dengan masyarakat Badwi untuk mendapatkan haiwan ternakan. - Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti pertanian seperti kurma dan bijirin. Keseluruhannya dilakukan secara nomad berikutan masalah sumber air. Sebelum zaman jahiliyah, Yaman memperlihatkan aktivti pertanian tetap yang menggalakkan berikutan adanya Empangan Maarib sebagai sumber pengairan. Namun pada zaman Jahiliah, aktiviti pertanian mengalami kemerosotan berikutan runtuhnya empangan tersebut dan masyarakat mula berpindah ke tempat lain untuk mencari sumber ekonomi baru. Aktiviti ternakan seperti unta, kuda dan biribiri yang juga dilakukan secara nomad kerana kekurangan kawasan ragut dan sumber air. - Aktiviti ekonomi lain: Aktiviti pengukiran dan penjualan berhala merupakan antara aktiviti yang menguntungkan terutama pada musim mengerjakan haji. Berhala diukir menggunakan kayu dan batu dalam pelbagai bentuk. Justeru itu mereka menentang Islam yang mengharamkan pengukiran, penjualan dan penyembahan berhala. 23

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

m. Corak politik - Pemerintah cenderung untuk menjaga kepentingan diri sendiri. - Politik berkabilah Ketua digelar syeikh. Ketua dilantik berdasarkan kekayaan, keberanian dan kehebatan berpidato. Anggota kabilah hanya setia pada anggota kabilah masing-masing. Pembentukan kabilah bermula dari keluaga/khemah, Hayy/ Kawasan, Kaum/Suku dan akhirnya Kabilah. - Sikap berpuak-puan dan sering berperang kerana perebutan kuasa untuk menjadi pentadbir urusan haji dan penjaga Kaabah (dua jawatan yang dipandang mulia), aktiviti perdagangan / persaingan ekonomi atau persaingan ketenteraan. Kesimpulan ( 1 markah ) Apa sahaja yang berkaitan. Selepas kedatangan syiar Islam corak kegiatan masyarakat Arab jahiliyah telah berubah kepada nilai-nilai keIslaman dari segi politik sosio, ekonomi dan keagamaan.

24

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


Rasulullah s.a.w menyatukan

10. Huraikan konsep ummah. Jelaskan bagaimanakah pelbagai golongan masyarakat di Madinah.

Pendahuluan: ( 3 markah ) a. Latar belakang perkembangan Islam di Madinah. b. Latar belakang penduduk Madinah dan permasalahan mereka. c. Latar belakang hijrah. Isi-isi Jawapan: 1. Konsep ummah ( 3 markah ) Ummah dari segi bahasa berasal dari bahasa Arab yang bermaksud masyarakat atau umat manusia. Umat juga bermaksud pengikut sesuatu agama atau nabi. Dari sudut istilah ia merupakan masyarakat yang bersatu atas ikatan persefaham keugamaan dan persaudaraan agama. Ummah dalam konteks zaman Rasulullah s.a.w. adalah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti Yahudi di Madinah. Masyarakat ini mematuhi undang-undang negara Islam sama ada mereka seagama atau tidak. Bagaimanapun tindakan Yahudi yang mengkhianati Islam telah menyebabkan mereka dikenakan tindakan buang daerah. Dengan itu mereka terkeluar dari penyatuan ummah Madinah. 2. Langkah-langkah Menyatukan Pelbagai Golongan Masyarakat Madinah ( 6 isi x 3 markah = 18 markah ) a. Pembinaan masjid: Ia merupakan langkah pertama baginda Rasulullah s.a.w. setelah hijrah. Masjid amat penting dalam masyarakat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tempat beribadat, tetapi juga sebagai tempat perbincangan, pusat pendidikan Islam dan tempat tinggal sementara bagi orang-orang yang tidak mempunyai kediaman / pengembara. Sebelum kedatangan Islam setiap kabilah Arab mempunyai tempat khas untuk membincangkan sesuatu masalah yang mereka hadapi. Tetapi setelah kedatangan Islam, mereka mula bersatu dan mengadakan perbincangan di masjid-masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. ialah Masjid Nabawi dan diikuti Masjid Quba Qiblatain, al-Fath, Khandaq, Ridwan dan Namira. b. Penyatuan masyarakat: Rasulullah s.a.w. berusaha untuk menyatukan orang-orang Auz dan Khazraj yang kemudian dikenali sebagai golongan Ansar. Sebelum kedatangan Islam, kedua-dua kabilah Arab itu saling bermusuhan ekoran hasutan Yahudi serta akibat dari dasar perpaduan Arab yang hanya terbatas pada suku, puak atau kabilah mereka sahaja. Sebaliknya penyatuan masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah ini tidak lagi berdasarkan ikatan keturunan atau suku, sebaliknya melalui ikatan ugama. Dasar ini telah menyedarkan kaum Auz dan Khazraj dari meneruskan sikap permusuhan antara mereka. Baginda juga menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan adalah terhapus setelah mereka memeluk Islam. Tiada sesiapapun sesudah itu boleh menuntut bela atau menuntut hutang darah. c. Ikatan persaudaraan Islam -Dalam masa yang sama pula, golongan Ansar itu telah disatukan dengan golongan Muhajirin iaitu umat Islam yang berhijrah dari Mekah juga melalui ikatan persaudaraan Islam. Umpamanya baginda telah mempersaudarakan Hamzah bin Abd Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar al-Khattab dengan Itban bin Malik, Abd. Rahman bin Auf dengan Sad al-Rabi dll. Bagaimanapun perhubungan persaudaraan itu dilakukan tanpa mempunyai implikasi persaudaraan nisab (keturunan) termasuk hak pusaka. Dengan penyatuan tersebut maka umat Islam menjadi golongan majoriti di 25

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Madinah. Keadaan ini menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan ugama Islam. d. Hidup bekerjasama dan bantu-membantu Sebagai langkah penyatuan Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan kedua-dua golongan tersebut supaya saling bekerjasama dan bantumembantu. Golongan Ansar digalakkan membantu golongan Muhajirin untuk membina penghidupan semula disebabkan perpindahan mereka ke Madinah tanpa membawa harta. Di samping itu juga Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan perkahwinan campur di antara kedua golgan tersebut supaya ikatan persaudaraan sesama mereka semakin erat. Langkah ini telah meninggalkan kesan positif. Dalam masa singkat sahaja umat Islam menjadi golongan terkuat di Madinah dan sentiasa pula bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya dalam menghadapi ancaman Quraisy di Mekah. e. Menjamin hak-hak golongan bukan Islam. Selanjutnya pula Rasulullah s.a.w. berusaha pula untuk menyelesaikan masalah perhubungan di antara orang Islam dan bukan Islam terutamanya Yahudi yang sentiasa mencari ruang untuk menghalang perkembangan Islam. Melalui Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w. akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut. Menerusi piagam tersebut, umat Islam dan bukan Islam dapat disatukan dalam sebuah masyarakat / ummah dan seterusnya dapat saling bekerjasama dan bantu membantu. Golongan bukan Islam juga telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya serta sama-sama berperanan untuk mempertahankan kota Madinah dari sebarang pencerobohan luar. f. Piagam Madinah - yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. mengandungi 39 fasal. Di dalamnya terkandung perkara-perkara yang menyentuh mengenai kebebasan berugama, mengeluarkan pendapat, keselamatan harta peribadi serta larangan-larangan dari melakukan jenayah. Dengan wujudnya piagam tersebut, maka wujudlah era baru dalam politik dan peradaban dunia. Ia menjadi satu dokumen politik yang pertama di dunia yang seterusnya juga telah mengujudkan negara Islam yang pertama. Kewujudannya juga telah membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. Kota Madinah dan sekitarnya menjadi wilayah yang aman ekoran dari larangan-larangan melakukan sebarang bentuk jenayah dan ketetapan yang mewajibkan agar seluruh penduduknya menjaga keamanan dan kemakmuran tersebut serta sentiasa bertanggungjawab menjaga hubungan antara kaum. Konsep satu ummah sebagai manan tercatat di dalam Piagam Madinah juga telah memperkukuhkan lagi persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Peruntukan Piagam Madinah ini telah mewajibkan kepada setiap penduduk Islam supaya berkerja sama dalam menegakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh membiarkan saudara seagamanya dibebankan dengan hutang, berperang dan membunuh sesama sendiri dan menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi umat Islam. Nabi Muhammad telah memperuntukan di dalam Piagam Madinah hak hak golongan Yahudi seperi memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat agama mereka, kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, sosial, adat istiadat mereka dan mereka pula diminta supaya bersedia untuk mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh. Disebaliknya, mereka pula meminta jasa baik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama. g. Penyingkiran Orang-orang Yahudi Madinah Golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah hanya mematuhi Piagam Madinah pada peringkat permulaan sahaja. Selepas itu mereka mula mengingkarinya. i. Bani Qainuqa telah menghina Piagam Madinah dan mempersendakan kemenangan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dalam Perang Badar (2H). Mereka 26

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

tidak mematuhi amaran Rasulullah s.a.w. supaya menjaga kedamaian dan keharmonian di Madinah. Mereka juga telah mengganggu maruah wanita Islam secara terang-terangan. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah menghalau mereka keluar dari kota Madinah ke suatu kawasan berhampiran dengan Syam. ii. Bani Nadhir telah melakukan dua kesalahan besar. Kedua-dua kesalahan tersebut merupakan pengingkaran Piagam Madinah. Dengan arahan Rasulullah s.a.w. mereka dikepung oleh tentera Islam selama enam hari. Apabila mereka menyerah kalah, mereka bersetuju untuk meninggalkan kota Madinah. Kesalahan tersebut ialah: - Mereka berkomplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w. semasa baginda mengadakan perundingan dengan salah seorang daripada ketua mereka. Baginda terselamat apabila turunnya wahyu (Surah al-Maidah Ayat 11) yang menerangkan rancangan Yahudi tersebut. - Mereka menyokong Quraisy Mekah ketika Perang Uhud (3H) iii. Bani Quraizah pula telah mengingkari Piagam Madinah dengan menimbulkan masalah besar kepada umat Islam semasa peristiwa Perang Khandak / Ahzab (5H). Huyai bin Ahtab (pemimpin Bani Nadhir yang telah dihalau keluar dari Madinah telah menghasut pemimpin Bani Quraizah iaitu Kaab bin Asad sehingga akhirnya mereka bersetuju membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah s.a.w dan seterusnya memihak kepada Quraisy yang sedang mengepung Madinah. Bani Nadhir tidak mengendahkan amaran Rasulullah s.a.w. mengenai kesan pengkhianatannya itu. Setelah Perang Khandak tamat dan dimenangi oleh pihak Islam, umat Islam telah mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 hari. Akhirnya mereka menyerah kalah dan bersetuju melantik Sad bin Muaz (pemimpin Suku Auz) membuat pengadilan terhadap mereka. Saad telah membuat keputusan bahawa harta mereka dirampas, kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita ditawan, sementara orang-orang lelaki pula dihukum bunuh. Hukuman ini adalah setimpal dengan pengingkaran mereka terhadap perjanjian sebelum ini. Dengan penghapusan ancaman Yahudi ini maka kedudukan dan penyatuan Islam Madinah semakin kukuh. h. Menghapuskan pengkhianatan orang-orang munafik- Rasulullah s.a.w. telah mengambil beberapa tindakan termasuk melancar serangan ketenteraan ke atas mereka. i. Dasar-dasar perundangan negara menurut Al Quran -Rasulullah s.a.w. juga telah meletakkan dasar untuk membangunkan sesebuah negara Islam seperti di Madinah. Dalam hal ini baginda telah menetapkan bahawa dasar-dasar perundangan negara mestilah berasaskan al-Quran, Hadis, ijmak ulamak dan qias. Pemilihan ketua negara Islam pula hendaklah dilakukan mengikut suara ramai. Di kalangan rakyat pula hendaklah diberikan hak dan kebebasan masing-masing dalam meneruskan tradisi kehidupan mereka asalkan ia tidak bertentangan dengan tatasusila kemasyarakatan.

j.

Hak dan taraf yang sama - Baginda Rasulullah s.a.w. juga menegaskan bahawa dalam sesebuah negara Islam setiap rakyat mempunyai hak dan taraf yang sama. Perbezaan antara manusia hanya terletak pada ketinggian taqwa mereka sahaja. Hukum kekeluargaan dan sistem kemasyarakatannya hendaklah juga berdasarkan kepada ajaran-ajaran Islam. k. Sistem ekonomi - Begitu juga dalam sistem ekonomi. Baginda telah berusaha untuk membentuk satu sistem ekonomi Islam yang berbeza dari amalan-amalan ekonomi kapitalisme dan sebagainya. Tujuannya supaya dalam sesebuah negara Islam tidak akan wujud golongan yang terlalu kaya atau telalu miskin. Meskipun demikian, setiap anggota masyarakat mempunyai kebebasan dan berhak untuk menguruskan dan menambahkan 27

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

kekayaan mereka asalkan sahaja mereka tidak menindas, mengamalkan riba dan segala bentuk kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan Islam. Zakat dan fitrah juga telah dilaksanakan supaya akan terjalin hubungan yang harmonis di antara golongan kaya. Baginda juga amat menggalakkan agar umat Islam melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ekonomi terutamanya kegiatan perdagangan kerana kegiatan tersebut memberikan hasil ekonomi yang memberangsangkan. Baginda sendiri telah menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pedagang. l. Menjamin keadilan sosial.

m. Menunjukkan contoh teladan / peribadi yang mulia. Setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan segala masalah sosial dan menetapkan dasardasar sesebuah negara Islam, baginda kemudian menumpukan pula perhatian kepada usaha-usaha pertahanan supaya keselamatan negara Islam Madinah dan umat Islam sentiasa terjamin. Keamanan yang wujud ekoran dari Piagam Madinah telah memberikan kesempatan kepada baginda untuk menyusun pasukan tentera Islam dan memperbesarkannya. Penyusunan, pembesaran dan pengukuhan pasukan tentera Islam itu bukablah bertujuan untuk berperang, sebaliknya untuk menjaga keamaan, keselamatan dan kepentingan negara Islam dalam hal ini tentera Islam hanya akan berperang apabila merasa tergugat. Buktinya segala peperangan yang berlaku pada zaman baginda keseluruhannya berpunca dari provokasi-provokasi pihak musuh yang berhasrat untuk menghancurkan negara,ugama dan umat Islam. Di sebalik maksud tersebut, penyusunan tentera Islam itu juga bertujuan untuk mengimbangi kekuatan pihak musuh Islam terutamanya Quraisy. Dengan langkah yang diambil oleh baginda itu akan membolehkan keselamatan ugama, umat dan negara Islam sentiasa terjamin dan berkembang. Untuk memperkembangkan lagi pengaruh Islam, maka baginda telah menghantar utusan-utusan dakwah ke seluruh Tanah Arab. Hasilnya jumlah umat Islam di seluruh Tanah Arab semakin meningkat. Baginda juga telah menjalin hubungan baik dengan kuasa-kuasa / kabilah-kabilah luar. Langkah yang diambil ini juga telah memberikan kesan yang positif. Hubungan baik ini telah mengurangkan jumlah penyokong Quraisy dalam menentang Islam. Situasi ini tentu sahaja menggalakkan usaha perkembangan Islam seterusnya. Kesimpulan ( 1 markah ) Setibanya Rasullah s.a.w di Madinah dari Makkah, beliau terpaksan menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh beberapa golongan penduduk di Madinah yang tidak senag terhadap kedatangannya. Dengan pimpinan dari Allah s.w.t dan dengan sifat seorang pentadbir yang cekap, pendamai yang dihormati, panglima berakhlak mulia dan pemimpin berwibawa baginda telah dapat menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan adil. Akhirnya, baginda telah dapat menyatukan pelbagai kaum dan golongan masyarakat yang terdapat di kota Madinah.

28

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

11. Penggubalan Sahifah Madinah telah menyelesaikan pelbagai masalah penduduk di kota Madinah.Terangkan inti pati kandungan Sahifah Madinah dan kepentingannya. Pendahuluan: (3 markah ) a. Prinsip-prinsip umum pemerintahan Islam seperti prinsip musyawarah / syura. persamaan taraf dan hak, prinsip keadilan, prinsip persaudaraan dan perpaduan Islam, Islam sebagai landasan (landasan politik, ekonomi, sosial, perundangan dsb). b. Pembentukan Negara Islam Madinah - Proses ke arah pembentukan negara / pemerintahan Islam bermula selepas terbentuknya Perjanjian Aqabah I (pada tahun ke-12 kerasulan baginda) dan Perjanjian Aqabah II pada tahun berikutnya. c. Latar belakang Piagam Madinah - Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun ke-2 hijrah, merupakan perlembagaan bertulis yang tertua di dunia walaupun sebelum kemunculan tamadun Islam telahpun wujud pelbagai tamadun dunia lain seperti Mesir, Yunani, Rom dan sebagainya. Piagam Madinah berbeza dari segi tulisan tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang undang tertinggi di Madinah, selain itu Al Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Arthasastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak anak raja . Isi-isi Jawapan Intipati / Kandungan Umum Piagam Madinah ( 8 markah ) a. Syahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal membabitkan hak kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. Di dalam Perlembagaan Madinah ini telah digariskan beberapa prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat (ummah) dan negara Islam Madinah yang dianggotai oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan, mengikut keperluan semasa. b. Pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.. Sebagai ketua negara baginda mempunyai kuasa di dalam urusan pemerintahan negara dan sebagai ketua agama bagi umat Islam. Bagaimanapun setiap ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah dalam kaum masing-masing. c. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota syahifah hendaklah menjalin hubungan yang erat sesama mereka tidak kira agama atau asal keturunan. Umpamanya umat Islam tidak boleh membiarkan saudara-saudara mereka dibebani hutang. Mereka mesti menolong dengan jalan yang benar apabila timbul soal-soal membayar tebusan wang dan darah.Penganut Islam dan Yahudi mestilah hidup bersama di dalam bentuk kewarganegaraan dengan hak yang sama dalam lingkungan konsep ummah. d. Semua penduduk tanpa mengira latar kaum dan agama hendaklah bersatu padu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari sebarang ancaman luar. Begitu juga penegakan keadilan dan pembanterasan kezaliman adalah 29

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

tanggungjawab bersama, bukan dipikul oleh umat Islam semata-mata. Penyembah berhala dan Yahudi di Madinah tidak boleh menyebelahi pihak-pihak lain untuk menentang Islam. e. Wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sumber utama undang-undang negara. f. Semua anggota syahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama. Orang-orang Yahudi bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi mereka menghormati hak umat Islam. g. Memberikan jaminan keselamatan terhadap orang-orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan-peraturan syahifah. Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian itu. Mereka akan dilindungi daripada sebarang gangguan dan berhak mendapat sebarang perlindungan dan perkhidmatan. h. Fungsi Syahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman, mencegah jenayah, maksiat dan kemungkaran dll. Kepentingan Piagam Madinah ( 6 isi x 2 markah = 12 markah ) a. Kepentingan Politik - Rasulullah s.a.w. sebagai Ketua Negara. - Tertubuhnya secara rasmi negara Islam yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. - Terhapusnya ancaman Yahudi sebagai musuh dalam selimut dalam kerajaan Islam. Golongan Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa telah dapat dihapuskan kerana mengkhianati Syahifah Madinah yang mereka persetujui. Contohnya apabila mereka membantu pihak Quraisy dalam Perang Ahzab (5H). - Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi sebagai Rasulullah s.a.w. b. Kepentingan Keagamaan - Perlembagaan ini membolehkan syariah Islamiah dilaksanakan di Madinah secara total. Pelaksanaan syariah Islamiah merupakan matlamat utama penegakan negara Islam. Syariah Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara Islam. - Keamanan yang wujud ekoran daripada pelaksanaan syariah Islamiah dipergunakan sepenuhnya oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia, khususnya Semenanjung Tanah Arab. - Kebebasan beragama umat Islam dan bukan Islam bebas untuk mengamalkan kepercayaan masinh-masing memberi perluang kepada umat Islam dan bukan Islam untuk bergaul dan sekaligus menarik minat mereka kepada Islam. c. Kepentingan Sosial - Piagam Madinah telah mendamaikan permusuhan suku-suku Arab yang telah lama berlaku. Suku Auz dan Khazraj hidup aman dalam persaudaraan Islam. - Sesama Islam digalakkan saling bantu-membantu, hidup secara aman dan ditegah membantu musuh untuk menyerang sesama Islam.. - Orang orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh musuh Islam.

30

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

d. Kepentingan Ekonomi - Kemunculan Madinah sebagai pusat perdagangan berikutan keamanan. Umat Islam secara beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan sekitarnya. - Kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk sebagai langkah untuk mengelakkan pemboikotan ekonomi Yahudi terhadap umat Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Quraisy di Mekah. - Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan kawasan persekitarannya. d. Kepentingan Keamanan dan Keselamatan - Semua penduduk bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Islam sahaja. - Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan juga mempertahankan negara dari ancaman luar. - Jaminan keselamatan ke atas semua penduduk selagi mereka mematuhi perjanjian / perlembagaan tersebut. - Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. - Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam - Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam e. Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam f. Dakwah Islam tersebar luas ke seluruh Tanah Arab. Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar wakil / pendakwah ke Rom , Parsi dan Habsyah. Bilangan umat Islam semakin bertambah

Kepentingan Pengiktirafan Negara Islam Madinah Pembesar Quraisy Mekah telah mengiktiraf kewujudan kerajaan Islam di Madinah dan mengakui Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara. Kerajaan-kerajaan luar seperti Rom dan Parsi mengiktiraf nabi sebagai ketua negara dan kerajaaan Islam Madinah serta menerima wakil / menjalin hubungan diplomatik dengan dunia luar.

Kesimpulan ( 2 markah ) Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafah Al-Rasyidin terus mengamalkan politik Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Syahifah Madinah juga dikekalkan. Ini terbukti dengan beberapa tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengatasi golongangolongan yang mengancam kedaulatan negara Islam. Namun begitu beberapa pertambahan struktur pentadbiran telah dilakukan, tetapi tidak bertentangan dengan Islam dan Syahifah Madinah.

31

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

12. Bagaimanakah syarat-syarat Persetujuan Hudaibiyah memberikan kemenangan kepada umat Islam dan kaitannya kepada peristiwa pembukaan Kota Mekah. Pendahuluan (4 markah) a. b. Perjanjian Hudaibiyah (PH) merupakan perjanjian damai antara Islam (diwakili Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy Mekah (diwakili Suhail b. Amru) pada Zulkaedah 6H atau Mac 628M di perkampungan Hudaibiyah ( di pinggir kota Mekah). Peristiwa-peristiwa ke arah perjanjian: Keinginan Rasulullah saw dan kira-kira 1500 orang pengikut untuk melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Mekah. Salah anggap Quraisy dan tindakan cuba menghalang kedatangan umat Islam dengan menghantar tentera pimpinan Khalid al-Walid Rasulullah menggunakan laluan lain. Peristiwa Baiah ar-Ridwan

Isi-isi Jawapan 1. Kandungan Perjanjian (3 markah) i. Gencatan senjata selama 10 tahun. ii. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain. iii. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati herta benda di antara satu dengan lain. iv. Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dikembalikan ke Mekah. v. Pengikut nabi yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak perlu dikembalikan ke Madinah vi. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun tersebut tetapi dibenarkan pada tahun berikutnya dengan syarat melaksanakan ibadat haji tidak lebih 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan memasuki Mekah setelah Quraisy keluar dari kota tersebut. 2. Kemenangan-Kemenangan Yang Pihak Islam Perolehi. ( 4 isi x 3m= 12 markah ) a. Kemenangan Jaminan Allah: - Firman Allah dalam Surah al-Fath : Sesungguhhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan dating serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus (Ayat 1-2). Wahyu di atas Rasulullah saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah setelah selesainya PH dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah dengan tindakan Rasulullah saw mempersetujui kandungan PH yang dikemukakan oleh Quraisy kerana pada pandangan umat Islam PH seolah-olah memberi kemenangan kepada Quraisy. b. Kemenangan dari sudut pengikhtirafan iaitu Quraisy mulai mengakui kewujudan ugama Islam, mengikhtiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul dan mengakui kewujudan Negara Islam sebelumnya Quraisy tidak mengikhtiraf kewujudan Islam dan kerasulan baginda . Ini menjatuhkan kedudukan dan maruah Quraisy. c. Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10 tahun membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatic dengan kabilahkabilah / kerajaan luar dan menyampaikan Islam kepada mereka. Utusan-utusan diplomatic dihantar ke seluruh Tanah Arab,Kerajaan Byzantine dan Yaman. Hasilnya 32

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

berlaku pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari 1500 kepada 10000 orang. Ramai pemimpin Quraisy juga mula menerima Islam. Antaranya ialah Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut Quraisy mulai merosot. d. Gencatan senjata juga telah mengujudkan keamanan dan ia memberi kesempatan kepada Rasulullah saw untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mengatasi masalah yang timbul. e. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian: Tindakan mengembalikan semula umat Islam ke Mekah kerana pengislaman mereka tidak mendapat izin walinya juga menguntungkan Islam kerana jika mereka telah menjadi Islam sejati mereka dapat menyebarkan Islam di Mekah dan boleh menjadi pengintip terhadap sebarang perancangan Quraisy untuk menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan apabila Quraisy mendapati ia merugikan Quraisy, terutama apabila Abu Basyar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Mekah (untuk mematuhi perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk mengganggu perjalanan kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara Mekah dan Syam. Akibatnya ekonomi Mekah mengalami kemerosotan dan akhirnya Quraisy sendiri yang meminta syarat ini digugurkan. f. Membersihkan musuh dalaman: syarat yang mengkehendaki agar orang-orang Islam yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak dikembalikan ke Madinah juga menguntungkan Islam kerana ia sekaligus dapat membersihkan musuh dalam selimut.

g. Kemenangan mendapat kebenaran menunaikan ibadat haji: Pada tahun berikutnya umat Islam telah dibenarkan menunaikan ibadat haji di Baitullah. Kebenaran ini amat besar ertinya seetelah tujuh tehun mereka tidak melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah laku mereka sentiasa dicuri pandang oleh Quraisy yang semakin berbelah bagi terhadap kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin ramai orang Mekah tertarik kepada Islam termasuk pemimpin Quraisy sendiri yang sebelumnya begitu kuat menentang Islam seperti Khalid al-Walid. 3. Kaitan Sahifah Madinah dengan peristiwa Pembukaan Mekah (4 markah) a. Sahifah Madinah menetapkan bahawa baik di pihak Islam mahupun Quraisy tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan lain. Setelah dua tahun persetujuan Hudaibiyah dimenterai, pihak Quraisy mendapati syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh wakil mereka ternyata merugikan pihak mereka. b. Pada 8H pihak Quraisy secara sengaja telah melanggar perjanjian PH dengan membantu sekutunya iaitu Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam iaitu Bani Khuzaah. Quraisy sengaja melakukan tindakan tersebut setelah menyedari segala kandungan perjanjian yang mereka tetapkan sebenarnya lebih menguntungkan Islam. Tindakan Quraisy itu menyebabkan Rasulullah s.a.w. berserta kira-kira 10000 orang umat Islam bergerak ke Mekah dan akhirnya berjaya menawan kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Kesimpulan (1markah) Perjanjian Hudaibiyah merintis kea rah pembukaan Mekah pada 8H PH membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. berpandangan jauh. Tentangan dan pengaruh Quraisy lenyap setelah Mekah ditakluki Islam. 33

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

13. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan perlaksanaannya dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Pendahuluan; ( 3 markah) i. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yg selaras dengan tuntutan syariat Islam dari segi peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredaan Allah swt. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dpd. cara hidup Islam yg menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, spiritual dan material. ii. Khalifah Umar b. Al Khattab merupakan khalifah ketiga dalam zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin telah memainkan penting perkembangan dan perlaksanaan ekonomi Islam. Aktiviti perluasan wilayah Islam yang pesat dan pertambahan harta negara semakin meningkat menyebabkan pengurusan ekonomi yang teratur dan sistematik telah dilaksanakan.. Prinsip-prinsip asas ekonomi Islam berdasarkan Al Quran merupakan sesuatu ketetapan yang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun. Ia terbahagi kepada tiga iaitu hak milik, kebebasan terpimpin iaitu aktviti yang diharuskan dan aktiviti yang diharamkan dan campurtangan pihak berkuasa. Isi-isi Jawapan a. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam ( 3 isi x 2 markah = 6 markah ) i. Hak Milik : Hak milik yg sebenar bagi segala isi kandungan di atas muka bumi ini ialah Allah swt. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manafaat dpd anugerah swt sbg satu amanah yang akan dipersoalkan d iakhirat. - Hak milik individu : Islam telah membenarkan pemilikan harta secara individu selaras fitrah manusia. Namun Islam telah membenarkan pemilikan harta ini dalam ruang lingkup yang halal dan dibenarkan sahaja. Sebaliknya Islam melarang keras pemilikan harta secara haram seperti mencuri , merompak dan menipu. Pemilikan harta individu boleh diperolehi dpd harta pusaka, wasiat, derma, hadiah, bekerja sendiri. - Hak milik umum (masyarakat dan negara) :Harta yang dikhaskan untuk kepentingan umum dan kepentingan nasyarakat seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, sungai, padang rumput, udara bersih, sumber galian, keindahan alam semula jadi dll. Harta milik umum adalah hak asasi manusia yang diuruskan oleh pihak pemerintah atau berkuasa dan diagihkan secara adil dan saksama. ii. Kebebasan terpimpin: - Tujuan amalan ekonomi ini untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya sentiasa dapat mendisiplinkan diri, mengawal nafsu serta melahirkan manusia yang berjiwa bersih dan bertaqwa. - Aktiviti ekonomi yang diharuskan (halal): Aktiviti ekonomi yang diharuskan ialah aktiviti ekonomi yang dijalankan secara halal yang menepati beberapa syarat: barangan pengeluaran mestilah suci, bersih,memberi manafaat dan tidak membahayakan. Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaa hak kebajikan pekerja. Proses penggunaan mestilah dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil sebaliknya digalakkan berjimat cermat, berhemah dan saling membantu. 34

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ
-

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Aktiviti ekonomi yang dilarang (haram) : Merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi yang jelas bercanggah dengan syariat Allah swt, ketidakadilan dan kezaliman dalam pengeluaran dan penggunaan seperti riba, judi, menipu timbangan dan sukatan, pelacuran monopoli dan lain-lain.

iii. Kawalan pihak berkuasa Islam mengharuskan campurtangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi sama ada dalam bentuk pengurusan perancangan dan agihan. Tujuannya untuk mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi harta antara individu dengan individu dan masyarakat. Bidang kuasa pihak berkuasa dalam ekonomi termasuklah pengagihan pendapatan negara, jaminan persamaan peluang golongan yang berhak, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah, penipuan dan monopoli serta menentukan polisi kerajaan dan upah buruh daripada ditindas dan dieksploitasi. b. Perlaksanaan prinsip-prinsip ekonomi Islam dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi dalam Zaman khalifah Umar b. Al Khattab ( 3 isi x 5 mmarkah = 15 markah ) i. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan pengurusan ekonomi (5m). Aspek ini berkaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa bagi mewujudkan keadilan dalam ekonomi masyarakat. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah: - Penubuhan Baitul Mal : Pada zaman Umar telah berlaku penaklukan wilayah yang sangat luas menyebabkan banyak harta benda diperolehi. Sehuhungan itu Baitul Mal ditubuhkan secara rasmi untuk mengurus dan mengawal kewangan negara. Perlaksanaan Baitul mal pada zaman Umar dijalankan secara sistematik . Khalifah menentukan dasar kewangan negara dan sumber yang diperolehi daripada Baitul mal serta kegunaanya menurut kehendak syarak. - Menyediakan buku kira-kira : Khalifah Umar menyediakan sebuah buku kira-kira negara untuk mengetahui keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Semua maklumat tentang kutipan dan agihan cukai boleh dirujuk dari buku ini. - Perlantikan Pegawai Baitul dan penubuhan Baitul Mal pusat dan wilayah : Madinah menjadi pusat pentadbiran Baitul Mal dan penubuhan cawangan Baitul Mal di wilayah-wilayah yang ditakluki. Umar melantik amil-amil bertauliah untuk mengutip hasil-hasil negara dengan amanah. ii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan aktiviti ekonomi (5m). Dalam aspek ini Khalifah Umar sentiasa memastikan prinsip kebebasan memiliki harta dan keadilan dilaksanakan - Aktiviti perdagangan: Dalam bidang ini Khalifah Umar telah menetapkan beberapa undang-undang di pasar-pasar perdagangan. - Aktiviti pertanian: Khalifah Umar turut memajukan sektor pertanian. Rakyat telah digalakkan membuka tanah-tanah baru dan menyerahkan hak milik tanah kepada sesiapa yang mengusahakan tanah tersebut..

35

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

iii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan sumber-sumber ekonomi (5m). Aspek ini juga mempunyai kaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa, terutama untuk menjamin keadilan dalam pengagihan sumber-sumber ekonomi negara. Antara sumber ekonomi negara yang dikawal selia oleh kerajaan bagi maksud tersebut ialah: Zakat : Zakat ialah bayaran ke atas hasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati hasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan perak mereka mencukupi syarat zakat yang ditentukan zakat. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmal untuk diuruskan dan Baitul Mal akan menilai semua bayaran. Pengagihan zakat dilakukan mengikut lapan asnaf yang ditentukan syarak untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika berlaku lebihan agihan, Baitul mal yang bertindak menyimpan harta zakat dan berhak menggunakan harta tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam. Ghanimah iaitu harta rampasan perang : Kemenangan dalam peperangan bermakna penguasaan ke atas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil bagi manafaatkan oleh orang lain. Selain itu Fay atau harta yang diperolehi semasa menduduki kawasan yang ditinggalkan oleh tuannya atau harta tidak bertuan. Baitul Mal memperuntukkan 1/5 daripada kutipan ghanimah dan Fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkan kepada tentera-tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu. Jizyah : Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang- orang bukan Islam yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal kawasan-kawasan mereka. Kadar cukai ini ditetapkan di antara 12 hingga 48 dirhan setahun mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya lelaki yang merdeka, nerakal dan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil cukai ini digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan. Dalam memastikan keadilan untuk golongan Dhimmi ini, beliau dan pegawai-pegawainya sering meninjau sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan ke atas mereka itu menyusahkan atau tidak. Kharaj ; Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai kharaj kepada Baitul Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau, cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal pusat. Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin. Sekirannya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitul Mal diberi kuasa untuk menyerahkan tugas mengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakan mengikut jenis tanaman. Usyur : Cukai perniagaan juga dikenakan kepada para peniaga yang memperolehi pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniaga Islam dan bukan Islam dikehendaki membayar cukai usyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh khalifah. Peniaga kafir harbi yang tidak membuat perjanjian 36

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5 peratus dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus. Sumber-sumber lain : Baitul Mal turut menerima dan mentadbir culai-cukai lain seperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan perang dan disahkan benar selepas siasatan dijalankan.

Kesimpulan ( 1 markah) Khalifah Umar Al khattab telah berjaya melaksanakan prinsip-prinsip ekonomi Islam yang ditetapkan syarak secara tersusun dan sistematik. Rakyat jelas tentang apa cukai yang perlu ditunaikan dan mengpa ianya wajib dibayar. Pihak pengurusan sumber dan pengagihan pendapatan di peringkat pusat dan cawangan diingat supaya jujur dalam mentadbir amanah Allah. Khalifah Umar berjaya membangunkan negara dengan hasil pendapatan negara yang diuruskan oleh Baitul Mal.

37

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

14. Bincangkan kepentingan aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam. Pendahuluan ( 3 markah) a. Kamus Dewan mentakrifkan penjelajahan sebagai mengelilingi atau berjalan ke merata tempat atau daerah untuk sesuatu tujuan, sementara penerokaan pula didefinasikan sebagai perihal perbuatan menyelidiki, menjelajah dan mengharungi. b. Penjelajahan dan penerokaan telah berlaku sejak sebelum wujudnya tamadun awal manusia. Namun aktiviti ini dalam bentuk yang tidak teratur dan tidak langsung. Ketika itu matlamat penjelajahan dan penerokaan manusia lebih bermatlamatkan kegiatan mencari rezeki dan membuka petempatan. Penjelajahan dan penerokaan yang teratur dan hanya bermula setelah wujudnya tamadun awal manusia. c. Agama Islam menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Dalam hal ini, banyak ayat Al Quraan yang menyuruh umat Islam menjelajah ke seluruh muka bumi Allah s.w.t. seperti surah Yusof ayat :9, Surah Al Fatir ayat : 44 dan Surah Al-Anam ayat:11. d. Galakkan yang berulang-ulang dalam surah-surah Al-Quran menunjukkan kepentingan aktiviti tersebut kepada umat Islam. e. Tokoh-tokoh penjelajah dan penerokaan Islam seperti Ibn Batuttah, Ibn Hawqal, al-Masudi, Ibn Majid dll. Isi-isi Jawapan : (7 isi x 3markah =21 markah ) Kepentingan aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam 1. Kepentingan keagamaan (pengukuhan keimanan) - Mengagungkan serta membesarkan Allah swt. Matlamat ini dapat dicapai setelah manusia memerhati segala ciptaan Allah. - Menambahkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah swt. Matlamat ini juga dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah. - Dorongan al-Quran: Firman Allah yang bermaksud - Katakanlah berjalan di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah swt menjadikannya sekali lagi. 2. Kepentingan dalam penyebaran Islam. - Kepentingan dalam penjelajahan dan penerokaan Islam ialah menyebarkan dakwah Islamiah. - Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman untuk berdakwah di sana. Begitu Khalifah Umar Al Khattab, umat umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom dan China untuk menyebarkan Islam. 3. Kepentingan Politik: - Memperkukuhkan politik Islam dan kekuasaan pemerintahan Islam hingga disegani dan dihormati musuh. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini banyak dilakukan oleh umat Islam. Pada zaman Khalifah Umar bin Al khattab (634 644) berjaya mengislamkan Rom, Parsi, Iraq, Baitulmaqdis dan Mesir dan semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685-705) dan al-Walid bin Abd Malik (705-715) sehingga Islam akhirnya berjaya menguasai Sepanyol. - Penjelajahan ketenteraan Islam zaman Khalifah a-Walid b Abd Malik ke Sind telah bejaya menghapuskan kekejaman pemerintah Sind. 4. Kepentingan dalam perhubungan diplomatik- antarabangsa: - Penjelajahan telah berjaya mengukuhkan hubungan diplomatik antara kerajaankerajaan Islam di Timur Tengah dengan India, Asia Tenggara dan China. Hubungan 38

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

terjalin hasil dari aktiviti penjelajahan dan penerokaan Islam seperti Ibnu Batuta, Ibu Majid, L-Masudi dsb. 5. Ekonomi : - Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Di samping itu umat Islam juga dapat memperkenalkan kaedah perniagaan Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran. 6. Perkembangan ilmu pelayaran dan teknologi perkapalan - Peningkatan ilmu pengetahuan (geografi dan pelayaran). Disiplin geografi telah diterokai oleh umat Islam menerusi aktiviti penjelajahan ini. Selepas wilayah Islam berkembang luas hingga ke negara China dan Asia Tenggara, pengetahuan umat Islam mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang. 7. Ilmu Pengetahuan & intelektual - Kepentingan p & p telah menemukan umat Islam dengan bidang-bidang keilmuan baru seperti ilmu perubatan , ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu pentadbiran dan ilmu Farsi. Umat Islam dapat mencari dan mendapat ilmu dari tamadun sebelumnya atau melalui pemerhatian alam. 8. Perasaan inquiri (ingin tahu) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. - Umat Islam mempunyai perasaan ingin tahu mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang. - Mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti penjelajahan terutama yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu . 9. Kepentingan kebudayaan, - Penjelajahan dan penerokaan menemukan bangsa-bangsa di dunia berlainan nila dan ciri budaya. - Islam telah menetapkan bahawa sebarang nilai dan ciri budaya hidup setiap bangsa atau kaun di dunia boleh diterima pakai selama tidak bertentangan dengan prinsipprinsip ajaran Islam. - P & P membawa masuk nilai dan ciri budaya Islam ke negeri-negeri yang dijelajahi dan diterokai. - Kepentingannya umat Islam menjadi berbilang bangsa dan menjadikan kebudayaan umat Islam kaya. Kesimpulan ( 1 markah ) - Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam. Kelahiran tokoh p & p Islam banyak memberi sumbangan berharga dalam pelbagai bidang intelektual Apa sahaja yang berkaitan.

39

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

15. Jelaskan sumber-sumber ilmu menurut tamadun Islam dan Barat. Pendahuluan ( 3 m ) a. Pada zaman Arab jahiliyah bidang keilmuan tidak begitu dititikberatkan menyebabkan tidak berlaku perkembangan intelektual . b. Keilmuan merupakan aspek penting bagi pembangunan manusia dan kepentingannya dapat digambarkan dalam Al Quran melalui Wahyu pertama surah Al Alaq yang diterima oleh Rasulullah s.a.w bermaksud - Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan.. c. Rasulullah s.a.w. juga amat menitikberatkan supaya umat Islam menuntut dan menghormati ilmu. d. Galakan Islam terhadap keilmuan itu maka telah melahirkan tamadun Islam yang berjaya memberikan sumbangan besar kepada dunia seluruhnya. e. Konsep ilmu - Ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah-kaedah dan syarat-syarat tertentu. Ilmu dikaitkan dengan khalimah dari bahasa Arab yang bermakna tahu Ilmu sama erti dengan perkataan science dalam bahasa Inggeris. Istilah science berasal dari perkataan Latin scio, scire yang bermaksud tahu. - Imam Al Ghazali : Ilmu ialah satu demostratif, cahaya(nur) merupakan anak kunci ilmu dan untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman langsung. - Ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu: o Ilmu besifat cahaya (nur) yang dianugerahi Allah kepada manusia yang dikehendakinya. o Ilmu yang berdasarkan kepada pendidikan iaitu penghasilan secara menyeluruh (kulli) dan tersusun atau bersistem menerusi wahyu atau latihan mental dan jasmani. Isi-isi Jawapan Sumber-sumber ilmu menurut tamadun Barat ( 5 isi x 2 m = 10 markah ) a. Empirikal / Penggunaan Pancaindera sebagai sumber ilmu Ilmu Pengetahuan yang diperolehi melalui cara ini dihasilkan melalui pengetahuan sedia ada serta pengalaman seseorang . Pancaindera yang menjadi sumber pengetahuan yang utama dan sebenar. Tokoh yang mendukung sumber empirikal Demokritos dari Yunani. Tokoh emprikal zaman moden John Locke dan Aguste Comte Akal sebagai sumber ilmu Diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Aristotle dan Plato. Menurut sumber ini ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang membawa kepada rumusan yang bersifat deduktif. Mereka menggalakkan penggunaan akal dan fikiran yang dikaitkan dengan pengamatan terhadap alam sekeliling. Akal adalah sumber utama untuk memperolehi pengetahuan hakiki / sebenar. Aliran ini dikembangkan oleh Descartes, Spinoza dan Leibnz

b.

c. Ilmu wujud daripada fakta-fakta alam Menurut Plato alam berbentuk kekal menjadi objek ilmu. Alam memainkan peranan penting untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Segala fakta alam melalui proses pemerhatian, pengumpulan dan penyusunan dengan menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang betul sebelum menjadi 40

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

ilmu pengetahuan. d. Sejarah sebagai sumber ilmu Warisan dan kebudayaan klasik sesuatu bangsa digunakan sebagai asas dalam proses mencari ilmu baru. Kitab Injil merupakan sumber warisan sejarah yang menjadi asas dalam mencari ilmu baru yang berkaitan dengan kerohanian dan moral. e. Hasil-hasil tulisan Sumber ilmu juga diperolehi daripada hasil-hasil tulisan masyarakat zaman lampau, Hasil hasil tulisan ahli ahli falsafahbYunani telah dikumpul dan diterjemah serta diterbitkan semula. Hasil-hasil tulisan ini sebenarnya berperanan sebagai sumber ilmu pengetahuan yang baru. Sumber ilmu menurut Islam (5 isi x 2 m = 10 markah ) a. Al- Quran - Al-Quran adalah sumber ilmu yang paling asas kepada umat Islam - Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan oleh Jibrail ke atas hati Rasulullah s.a.w dengan bahasa Arab sebagai penghantarnya. - Lafaz-lafaz serta maknanya adalah mukjizat. - Al-Quran terpelihara daripada sebarang penyelewengan - Kandunganya terdiri dari 30 juzuk, 114 surah dan ayatnya berjumlah 6666 - Al-Quran mengandungi segala ilmu yang diperlukan oleh manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. b. Sunnah/Hadis i. Dari sudut bahasa Sunnah bermaksud jalan. Dari sudut istilah sunnah bermakna apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan. Sunnah berada dikedudukan kedua selepas AlQuran dari segi sumber ilmu. ii. Sunnah berperanan untuk: - Menetapkan hukum yang tidak disebut dalam Al-Quran (seperti hukum memakai sutera, memakai emas bagi lelaki dan haram mengumplkan dua mahram sekaligus dalam perkahwinan). - Sunnah juga berperanan untuk menerangkan kandungan Al-Quran iaitu menghuraikan nas-nas yang ringkas atau menerangkan nas-nas Al-Quran yang agak sukar difahami. - Mengkhususkan perkara-perkara umum di dalam Al-Quran. c. Akal i. ii. Akal adalah sesuatu yang wujud namun tidak dapat dikesan oleh pancaindera yang lima , ruang , skopnya juga tidak diketahui. Namun kesannya dapat dilihat selepas sempurnanya sesuatu pekerjaan berfikir. Menerusi akal manusia mampu membuat pertimbangan sebelum mengambil sebarang keputusan. Justeru itu Al-Quran mencela orang-orang yang enggan menggunaakan akal untuk mencari kebenaran dan meletakkan mereka setaraf dengan haiwan. Imam Al Ghazali mentakrifkan akal sebagai cahaya kebenaran. Beliau meletakkan akal di bawah martabat roh, tetapi masih menyanjung peranan akal. Akal terbahagi kepada dua iaitu - aqli dan fikri. 41

iii.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

d. Pancaindera i. Pancaindera sebagai sumber ilmu ialah pancaindera lima yang berperanan sebagai pintu perhubungan antara insan dan alam luarnya. ii. Ia adalah sumber yang dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. iii. Setiap pancaindera mempunyai derianya sendiri iaitu deria sentuh, deria rasa, deria bahu, deria dengar dan deria lihat. e. Ijtihad i. Ijtihad bermaksud menggunakan sepenuh usaha untuk mendapatkan hukum syarie amali daripada dalilnya yang terperinci dengan mengijtihad hukum daripada dalilnya. ii. Ijtihad merupakan salah satu di antara dua sumber hukum perundangan Islam. Ini kerana sumber perundangan Islam terbahagi kepada dua iaitu nas-nas dan ijtihad. Termasuk dalam nas-nas Al Quran , sunnah, fatwa para sahabat dan sebahagian bentuk ijmak. Sementara termasuk dalam ijtihad ialah segala dalil yang selain dari yang tersebut iaitu sebahagian bentuk ijmak.qias. al-istislah dll. iii. Skop ijtihad hanyalah pada perkara yang tidak terdapat tentangnya nas qatie dan jelas. f. Sejarah i. Sejarah dalam erti kata yang luas merujuk kepada seluruh kegiatan manusia. ii. Keistmewaan ilmu sejarah sebagai sumber ilmu dapat dilihat sebagaimana yg dinyatakan oleh Ibnu Kaldun iaitu - Ia mendedahkan hal ehwal akhlak orang-orang dahulu dan sirah kehidupan nabi-nabi. Demikian juga hal ehwal raja-raja dari segi pemerintahannya dan negara mereka. Dengan itu sempurnalah faedah bagi sesiapa yang mahu menjadikannya sebagai ikutan dalam urusan dunia dan keagamaan mereka. iii. Dengan merujuk sejarah silam sebagai rujukan manusia tidak akan mengulangi kesilapan sebaliknya menjadikan sesuatu peristiwa sebagai teladan yang harus dicontohi.

g. Alam Nyata i. Pengamatan terhadap alam telah melahirkan beberapa disiplin ilmu seperti sains. Ibnu Rusyd mengaitkan sumber ilmu dengan hukum dan peraturan alam nyata yang dicipta dan dipelihara oleh Allah s.w.t serta dapat membezakan antara alam ghaib dan fungsinya. ii. Ilmu Allah dan ilmu manusia dapat dibezakan. iii. Kedudukan alam sebagai sumber ilmu berhubung rapat dengan peranan pancaindera dan akal. iv. Umat Islam digalakkan menggunakan akal mereka untuk membongkar seluruh rahsia alam. Kesimpulan (2 m ) - Bagi sarjana barat, ilmu hanya dibatasi oleh kemampuan akal dan fikiran manusia semata-mata. Menurut sarjana Islam, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk mencapai tahap pengetahuan melebihi wahyu. - Sumber berasaskan wahyu adalah mutlak kerana ia daripada ilham yang diberikan oleh Allah. 42

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

16. Bandingkan matlamat dan sistem pendidikan di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam sehingga abad 18M. Pendahuluan (3 markah) Perkembangan sistem pendidikan di Alam Melayu dapat di kesan sebelum kedatangan agama Islam. Sistem pendidikan sebelum kedatangan agama Islam dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Selepas kedatangan Islam, lahir sistem pendidikan yang sistematik dan terancang. Kedatangan Islam memulakan era baru dalam sistem pendidikan di Alam Melayu yang menyaksikan kelahiran rarnai golongan intelektual. Perkembangan lni menyebabkan berlaku kemajuan dalam pelbagai bidang intelektual. Isi isi Jawapan ( 5 isi x 4 markah = 20 markah) Matlamat dan Prinsip Pendidikan Islam 1. Matlamat pendidikan Perbezaan dalam sistem pendidikan di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam dapat dilihat dan segi matlamat pendidikan. Sebelum kedatangan Islam, matlamat pendidikan adalah mengagungkan golongan pemerintah dan bangsawan. Pendidikan juga bertujuan untuk mengajar bahasa Sanskrit dan agama Buddha. Untuk tujuan tersebut, karya-karya Hindu berasaskan. Epik Ramayana dan Mahabharata diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa Kuno dan Bali. Pendidikan juga bertujuan melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang berwibawa. Selain itu, pendidikan juga bertujuan melahirkan rahib- rahib Buddha. Menurut I-Tsing, Srivijaya merupakan pusat latihan rahib-rahib Buddha yang terulung pada abad ke-6 S.M. Selepas kedatangan Islam, matlamat pendidikan mengalami perubahan. MatIamat pendidikan selepas kedatangan Islam adalah melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia. Selaras dengan objektif ini, tumpuan diberikan kepada pembeiajaran ilmu agama seperti membaca kitab suci al-Qur'an. Pendidikan juga bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan agama supaya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. 2. Kurikulum

Perbezaan antara sistem pendidikan sebelum dan selepas kedatangan Islam juga jelas ketara dalam aspek kurikulum. Sebelum kedatangan Islam, kurikulum menekankan penmbelajaran bahasa Sanskrit dan kitab-kitab Hindu-Buddha. Antara teks-teks yang dipelajari termasuklah Narayanatha Rvasirpanisad dan Veda Parikrama Sarasamkitakirani. Teks-teks ini mengandungi maklumat tentang amalan pemujaan harian dan mantera. Teks Jawa-kuno dan Bali seperti Sang Hyang Kamahayanikan, Sumanasantaka Harisraya, Arjunavijaya, Harivamsa Smaradahana dan Bhomakavya turut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Berbanding dengan kurikulum sebelum kedatangan Islam kurikululum pendidikan Islam menekankan ilmu agama dan nahu Arab. Kurikulum pendidikan di masjid dan madrasah meliputi bacaan al-Qur'an, Fardu Ain, Qasidah, Fikah, Usuluddin, Tasawuf, Hadis, Tafsir, Tajwid, pelajaran sembahyang dan ibadat lain. Kurikulum di Rangkang pula meliputi semua cabang ilmu kalam, falsafah, tasawuf, tajwid, Al-Quran, hadis tatabahasa Arab dan lain-lain. Sementara itu, kurikuhum di pusat pengajian tinggi seperti Jamiah Bait al-Rahman tidak tertumpu kepada bidang agama tetapi juga ilmu-ilmu sekular seperti pentadbiran, perubatan, pertanian, matematik, pertukangan besi, undang-undang dan ilmu peperangan. 3. Institusi Pendidikan Perbezaan juga jelas ketara dalam institusi pendidikan. Sebelum kedatangan Islam, institusi pendidikan di Alam Melayu terdiri daripada institusi pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan formnal. Institusi keluarga merupakan institusi pendidikan tidak formal yang penting. 43

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

Institusi keluarga berperanan dalam mendidik anak-anak tentang nilai budaya, adat istiadat, pantang larang serta kemahiran dalam pertukangan serta pekerjaan lain. Institusi pendidikan formal yang muncul pada zaman ini terdiri daripada pusat-pusat pengajian Hindu-Buddha. Pusat-pusat pengajian terdiri daripada istana dan kraton diraja yang didominasikan oleh golongan bangsawan. Pada zaman Hindu-Buddha juga muncul institusi pengajian tinggi Buddha di Alam Melayu. Institusi pengajian tinggi Buddha yang terkenal di Alam Melayu pada abad ke-6 M ialah Srivijaya. Srivijaya merupakan pusat latihan rahib- rahib Buddha. Antara rahib rahib Buddha yang pernah menerima latihan di Srivijaya ialah Dharmapala, Vajrabodhi dan Amoghavajra. Selepas kedatangan Islam institusi pendidikan terdiri daripada institusi pendidikan formal dan tidak formal. Sebelum kemunculan pendidikan formal, kanak- kanak mendapat pendidikan secara tidak formal. Kanak-kanak mendapat bimbingan daripada ibu bapa . Selepas kedatangan Islam, muncul banyak institusi pendidikan seperti rumah ulama, masjid, madrasah, sekolah pondok dan istana raja. Istana di Melaka, Acheh dan Pasai memainkan peranan sebagai pusat pengajian, penterjemahan pengumpulan karya dan pusat pertemuan golongan cendekiawan. Masjid, surau dan madrasah juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian formal. Selain itu, sekolah- sekolah pondok juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian Islam kepada rakyat jelata. Pelajar-pelajar sekolah pondok akan melanjutkan pelajaran ke Makkah. Sementara itu, Rangkang merupakan institusi pendidikan yang mempunyai tingkatan . Pelajar di sekolah ini didedahkan dengan subjek ilmu kalam, falsafah, tasawuf, taj'wid, alQur'an, hadis dan tatababasa Arab Terdapat jugs institusi pendidikan tinggi seperti Jamiah Bait al-Rahman yang menawarkan subjek agama dan sekular. 4. Bentuk Pendidikan Perbezaan seterusnya dapat dikesan daripada bentuk pendidikan. Sebelum kedatangan Islam, terdapat dua bentuk pendidikan, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. Pendidikan tidak formal dijalankan di kalangan rakyat jelata. Institusi keluarga memainkan peranan mendidik anak-anak tentang nilai budaya, adat istiadat , pantang larang, dan kemahiran dam pertukangan . Pendidikan formal hanya untuk golongan bangsawan dan kerabat diraja. Pendidikan formal dijalankan di istana dan Kraton. Bentuk pendidikan juga mengalami perubahan selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Pada peringkat awal, kanak-kanak mendapat pendidikan secara tidak formal di rumah. Pendidikan formal dijalankan di rumah-rumah ulama, masjid, madrasah atau pondok dan istana. Institusi pendidikan formal mempunyai kurikulum , buku teks, guru serta jadual pembelajaran yang terancang. 5. Tenaga pengajar Perbezaan juga jelas dari segi tenaga pengajar . Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha. Pendeta-pendeta Brahmin memainkan peranan sebagai guru yang mengajar anak-anak golongan bangsawan dan kerabat raja. Golongan pendeta Brahmin mengajar anak bangsawan dan kerabat diraja di istana dan kraton. Sementara itu, guru-guru di institusi pengajian Buddha pula terdiri daripadaa rahib- rahib Buddha. Antara rahib-rahib Buddha yang terkenal di Alam Melayu khususnya di Srivijaya ialah Dharmapala, Vajrabodhi dan Amoghavajra. Selepas kedatangan Islam, tenaga pengajar terdiri danpada ulama yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Guru-guru agama atau ulama mendapat naungan daripada sultan dan bertindak sebagal penasihat kepada sultan. Dalam pada itu, guru- guru yang mengajar di madrasah dikenali sebagai Teungku Meunasah. Guru- guru dibantu oleh murid-murid yang lebih pintar di kenali sebagai sida. Guru-guru yang mengajar di sekolah pondok terdiri daripada ulama yang menerima pendidikan di Makkah. Guru-guru ini tidak 44

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SULIT

JPNJ

Pep.Percubaan STPM 2011

Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

menerima bayaran tetapi sebaliknya mendapat bayaran zakat atau sedekah daripada orang ramai. Kesimpulan (2 markah) Kesimpulannya, jelas ternyata sistem pendidikan di Alam Melayu dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman sebelum kedatangan Islam dan zaman selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan dimonopoli oleh golongan atasan iaitu golongan bangsawan dan kerabat diraja. Pada zaman ini pendidikan berteraskan pengajian agama Hindu dan Buddha. Selepas kedatangan Islam, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Alam Melayu ekoran daripada kemunculan institusi pendidikan dan kurikulum yang terancang. Perkembangan ini melahirkan revolusi intelektual di Alam Melayu dan menyaksikan kemunculan golongan cendekiawan dalam pelbagai lapangan ilmu.

Daripada; Cikgu Sarifah Othman Smk Labis, Johor.

45

http://sejarahstpm.blogspot.com/

You might also like