P. 1
Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu

Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu

|Views: 2,607|Likes:
Published by BAKRI

More info:

Published by: BAKRI on Oct 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2013

pdf

text

original

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1
SINOPSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis

1

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Perubahan Struktur Kata Perubahan Golongan Kata Contoh : Perubahan Maksud tupai Kata – tupai-tupai

Contoh :
beri – pemberian

MORFOLOGI

Contoh :
cari – pencarian

Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

2

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep Imbuhan. 2. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. 3. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK

IMBUHAN

Konsep Imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan

Konsep Pembentukan Kata

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

3

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

4

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhanimbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu. 1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

5

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Awalan

• Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif • Kata Nama • Kata Kerja

Akhiran

Apitan Bentuk-Bentuk Imbuhan Sisipan

• Kata Nama • Kata Adjektif • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif Tidak Wujud dalam BM

Morfem kosong

Fleksi

Tidak Wujud dalam BM

Rajah 1.3 :

Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.2.1.1 Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

6

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, 1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

7

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

8

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak

kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in -at -ah

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin hadirat munafikat qariah solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan proantipoliautoprobarat antikerajaan poliklinik autograf 9 -isme -isme -ik -ik

Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

subsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainter-

subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal

-si -si -al -al -is -is

sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

10

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaan

Akronim

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

11

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan. Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an Ber-....-an -er-emKata dasar bawa kuat nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi gilang Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ). Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan. Berikut ialah beberapa contoh lain :

12

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN Kata Dasar libat lanjur balik sambung Imbuhan terlibat terlanjur terbalik sinambung Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apaapa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. 1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu : 1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya : urus niaga - berurus niaga cari gali - mencari gali reka bentuk - direka bentuk daya serap - daya serapan 1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum, Contohnya :

13

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa 1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda Timbalan Naib Canselor rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan. Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawabtanggungjawab

1.3.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak. 14

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu : • Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Contohnya : Sekolah makan besar baju
• • • • •

sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya :

1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata pelari • pelari-pelari perbualan • perbualan-perbualan kekasih • kekasih-kekasih kejadian • kejadian-kejadian dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan

suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami 15

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari siku sungut pohon laki

jejari sisiku susungut popohon lalaki

jejari sesiku sesungut pepohon lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang

berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi membantu mencuit menari mengejar Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

1.3.3.3 Penggandaan Berentak

16

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal 2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan 3 Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur

Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai. 1.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk 17

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya. 1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak 1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar

18

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton # Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

1. 2.

Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat

mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA
19

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK KATA

BENTUK KATA TUNGGAL DAN TERBITAN

BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA GANDA Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN TERBITAN

20

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan. 2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata Kata Tungga Dua Suku Kata Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas) had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi ABIM, UMNO, ADUN, MAS. cerpen, purata, tadika, taska, cereka Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional)

21

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif) peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, telemeN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diperter-, se-, te-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -kan, peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--, memper-…-kan, memper-…ke-…-an -el-, -em-el-, -er-, -em-, -in-

22

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan 2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah. Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab alat-alat tulis, guru-guru besar, kapalkapal terbang, semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit, dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan mencampuradukkan, pengenalpastian. pengambilalihan,

Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap

Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak - semua, banyak, sekumpulan, persatuan, para, pertubuhan, barisan, sebahagian) Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) Kata Majmuk Terbitan (Apitan)

23

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.

2.4

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata

dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah. Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau lelaki, lelayang, tolong-menolong berlari-lari, tertanya-tanya,

lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpangperenang, gunung-ganang

2.5

Golongan Kata Tunggal

Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

24

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) Kata Nama Am (Abstrak) Kata Nama Khas (Hidup - Manusia) Kata Nama Khas (Hidup - Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) baju, seluar, kucing, masjid mimpi, perasaan, kehendak, keadaan kemahuan, idaman,

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin. Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah

Kata Ganti Nama (Diri Pertama) ku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya a Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka Kata Ganti Nama (Tunjuk) Kata Ganti Nama (Tanya) Kata Ganti Nama (Tempat) ini, itu apa, siapa, mana, berapa sana, sini, situ

LATIHAN : Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.

25

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Aktif) Kata Kerja Transitif (Pasif) Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk, tinggal, beransur, berbantalkan

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya. 2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Pancaindera Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan berani, cerdik, cerdas, gopoh hitam, putih, merah, biru cetek, dalam, kecil, nipis, tebal bukur, bundar, bulat, leper ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus Baru, lama, spontan, segera cepat, deras, laju, perlahan benci, cinta, ghairah, ingin

26

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya. 2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen

dan,

atau,

tetapi,

serta,

lalu,

malahan, sambil, kemudian. yang bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat

wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

2.5.4.3 Prafrasa

27

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah 2.5.4.4 Kata Pascakata Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan

akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam

yang, -nya -nya

LATIHAN : 1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata.

BACAAN TAMBAHAN

28

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 3

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu • Kata Tunggal • Kata Terbitan

29

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan. HASIL PEMBELAJARAN Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PROSES PEMBENTUKAN KATA

DEFINISI DAN JENIS KATA

KATA TUNGGAL

KATA TERBITAN

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

30

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.1 Definisi Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004). Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. 3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

Satu Suku Kata

KV KKVK KKKV

VK

KVK KVKK KKKVK

31

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Dua Suku Kata V + KV V+KVK VK+KVK KV+KVK KVK+KVK V+VK VK+KV KV+V KV+KV+VK

Kata Tunggal

Tiga Suku Kata

KV+V+KV V+KV+V

KV+V+KVK KV+KV+V

KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK dan lain-lain

Empat Suku Kata dan Lebih

KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV dan lain-lain

Akronim

Mara Kugiran ABIM

Bernama Tabika Gapena

Rajah 3.2

3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 3.1.3.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): 32

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i. ii. iii. Kamu. Sudah? Ini?

ii.

Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan

sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. ii. iii. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu

3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV 2. VK 3. KVK Contohnya : yu, ru, ya Contohnya : am Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,

33

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat 4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria 7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih 8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko 9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris 10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda 11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 34

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar 6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat 8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi 9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat 10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama 11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna 12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu 13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun 14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah 15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat 16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan 17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda 18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 35

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur 7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana 9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional 10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela 3.1.3.1.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak 3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia 36

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton # Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu 3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 37

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. 2. 3. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil, akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, 4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung. Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. 3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif

3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, Contohnya : Awalan peN= pepemPerkataan pelukis, pewangi, penyanyi pembalut, pembeli, pemberi 38

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU penpengpengeperpekejurumahatataprasubsupraekadwipendatang, pencari, penjual pengguna, pengayuh, pengukur pengebom, pengetin, pengecat perasap, perbara, pertapa pesara, pekedai, peguam ketua, kehendak, kelepek jurubahasa, jurujual, juruterbang mahasiswa, mahaguru, maharaja tatabahasa, tatanegara, tatanama prasejarah, prakata, prasangka subbidang, subsistem, subkategori suprakelas, suprasistem, suprakategori ekabahasa, ekasuku, ekahala dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

3.2.1.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Contohnya : Awalan Perkataan

39

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU meN= mememmenmengmengemelukis, menari, merasa membeli, memberi, membalut mendaki, menduga, mentadbir mengaji, mengasuh, menghasut mengebom, mengetin, mengecat

memperberterdidiper-

memperisteri, memperbesar, memperoleh berkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyum diatur, dibeli, disuruh diperisteri, diperbesar, diperoleh

3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu : Awalan ter sePerkataan terpandai, termerah, terpanjang seputih, sehalus, sejernih

3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja 3.2.1.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : Akhiran 40 Perkataan

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah ajaran, silaan, bacaan ilmuwan, budayawan, usahawan budiman, seniman seniwati, peragawati nasionalisme, sosialisme, komunisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat ustazah, sultanah

3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i . Contohnya : Akhiran -kan -i 3.2.1.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif. Perkataan lahirkan, ambilkan, hulurkan ikuti, jalani, sertai

3.2.1.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. Contohnya : 41

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Apitan peN-.....-an: pe-....-an pem-.....-an pen-....-an peng-.....-an penge-.....-an pe-......-an per-.....-an ke-...-an Perkataan pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pendakian, pencucian, pentauliahan penguduran, penggandaan, pengkhayalan pengesahan, pengeboman, pengekodan pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Contohnya: Apitan meN-......kan me-.....-kan mem-.....kan men-....-kan meng-....kan menge-....ka n ber-....-kan ber-....-an di-...-kan meN-.....-i me-....-i men-...-i mem-...-i meng-....-i di-......-i diper-.....-kan diper-....-i memper-.....-kan memper-....-i ke-....-an perkataan memajukan, melakukan, menanyakan membezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan beralaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapan ditaburkan, didorongkan, digulingkan melalui, menyedari, mewarnai mendahului, mencucuri, menjauhi membanjiri, membelakangi, membasahi menghendaki, mengawasi, mengkhianati dianugerahi, didekati, dianuti diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan diperingati memperdengarkan, memperlihatkan, memperingati kehujanan, kepanasan, kecurian

42

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....an. Contohnya : Apitan ke-.....-an ke-.....-an ke-.....-an Perkataan kemelayuan keinggerisan kearaban

3.2.1.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif. 3.2.1.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk, telapak, kelemumur seruling, keruping kemuning, kemuncup

3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. Contohnya : 43

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak, gelembung serabut, gerodak gemilang, gemuruh, sementara sinambung

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

LATIHAN

1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut: 44

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

(i)

ghairah

(vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat

(ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau

2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

TAJUK 4

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu • Kata Majmuk • Kata Ganda

SINOPSIS 45

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya. HASIL PEMBELAJARAN Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda Melayu. Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK dalam bahasa

Proses Pembentukan kata

Definisi dan Jenis-jenis kata

Kata Majmuk

Kata Ganda

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4 4.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut

46

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. 4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). 4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu : i. ii. iii. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan

4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih 47 bom tangan kuning langsat campuk aduk

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU guru besar segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya : Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya 4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara medan sinaran segi empat panjang Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk

4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu : antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari

48

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. Antaranya : Kata Nama Contohnya : peribadi, hulubalang Kata Adjektif Contohnya : sukacita, dukalara Kata Sendi Nama Contohnya : daripada, kepada Kata Hubung Contohnya : manakala, walhal, barangkali Kata Tanya Contohnya : bagaimana 4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Contohnya : Warganegara-warganegara, setiausaha 4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk tandatangan-tandatangan, setiausaha-

49

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu : a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya : campur aduk ambil alih daya serap menjadi menjadi menjadi bercampur aduk mengambil alih daya serapan

b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya : campur aduk ambil alih satu padu menjadi menjadi menjadi mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan

4.3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1.kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak

4.3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. 50

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian 4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit

Langit-langit menjadi 2.

kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang

penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar berlari-lari cinta-mencintai mencari-cari bantu-membantu sepandai-pandai kejar-mengejar 51

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki

2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ; mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai ipar-duai rempah-ratus lintang-pukang

AKTIVITI

52

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa Melayu. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk dan kata terbitan tersebut.

LATIHAN

1.

Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut. a. b. c. d. e. Simpang siur Mengadu domba Penyahtaksaan Melatih tubi Pengambilalihan

2.

Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut. a. b. c. d. e. Gunung-ganang Lintang pukang Lelabi Pokok-pokok Anak beranak

BAHAN BACAAN

53

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

TAJUK 5

GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 54

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

• • • •

Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh

digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; 2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa 55

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Melayu; 3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; KERANGKA TAJUK-TAJUK

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

5.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. 5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli

56

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut: a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

57

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu 58

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja. 5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama 59

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. a. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5.6: Kata nama khas b. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada 60

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

Rajah 5.7: Kata Nama Am c. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, 61

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

62

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

AKTIF

PASIF

BERPELENGKAP

TAK BERPELENGKAP

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif. (a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) ii) Samad membacakan ayahnya surat. Pengarang itu menulis buku. 63

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii) iv) Aminah sedang mencuci pakaian. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. (b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian. Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning. Pemuda itu sedang berbual.

(c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu (i) (ii) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. (iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya. 64

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:

Tugu Negara Cangkul Sepet Siti Meja Sedih Kamu

Dia Cantik Hospital Mereka Kuala Lumpur Komputer Tun Ali

2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut: i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. ii.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.

LATIHAN 65

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______ nama _____dan nama_______. ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______. v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________ vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Kuala Lumpur:

66

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.

67

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang

menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

68

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

6.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. 6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. 69

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.

6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: kuat keras bijak Contoh ayat: pintar lemah cergas nakal sihat jahat

i. Budak nakal selalu kena marah ii. Dia lemah dalam matematik 70

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iv. Anak Pak Kamar bijak sekali. v. Peserta itu berdiri dengan cergas. Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: jingga putih Contoh ayat: i. ii. iii. v. perang biru hitam kelabu

Adik suka pakai baju hijau. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. Baju kesukaan saya berwarna kuning. Dia memiliki mata berwarna biru.

iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: tebal nipis tinggi Contoh ayat: i. ii. iii. gemuk kurus rendah panjang pendek kecil

Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi. Badannya semakin kurus.

iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi. Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: 71

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

lurus bengkok lonjong Contoh ayat: i.

bulat leper buncit

bujur bundar tajam

Jalan lurus mudah dilalui.

ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong. iii. Mukanya bujur sirih. iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. v. Matanya tajam memandang ke hadapan Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: kerap jarang baharu Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. awal lewat dahulu sering silam lampau

Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: nyaris hampir Contoh ayat: i. ii. dekat jauh

Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. 72

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: pantas lambat laju Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. deras gopoh cermat ligat perlahan cepat

Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berpusing ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: kasih sayang cinta Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. takut hendak rindu malu geram marah

Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

73

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut: ♣ Indera sentuh lembik halus i. ii. iii. iv. v. ♣ Indera dengar nyaring merdu i. ii. iii. iv. v. ♣ Indera pandang comel cantik i. hodoh buruk molek segak lembut garau mersik serak kasar kesat licin keras

Lantai itu licin kerana baru dicuci. Kulit mukanya sangat halus. Kain yang kesat itu ialah kain lap. Buku itu berkulit keras. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Alunan musik itu mersik.

Pemuda segak itu guru saya. 74

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ii. iii. iv. vi. ♣ Kakaknya suka berpakaian cantik. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

Pakaian pengantin itu molek sungguh. Indera bau wangi busuk i. ii. iii. iv. v. hanyir hancing harum tengik

Bunga ros itu harum baunya. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Indera rasa manis masin i. ii. iii. iv. v. kelat payau masam lazat

Setiap hari kita minum air tawar. Semua orang suka makanan lazat. Buah limau masam rasanya. Saya tidak suka minum ubat pahit. Kuih tradisional itu terlalu manis.

6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas 75

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan, atau, tetapi wah,amboi,cis apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

76

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan 1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. • Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian • Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah. Kata Tugas Ayat

(ii) Kata Hubung Pancangan 1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. • Relatif yang • Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

Komplemen

bahawa

Keterangan

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata,

Pertandingan badminton akan

77

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera. 2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.

78

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tegas beliau, “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.” Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta. Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

79

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut. Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya. Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. "Hilwah... kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan." "Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

BAHAN BACAAN 80

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur:

81

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->