You are on page 1of 2

Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Ridos dan rakanrakan sekalian.

Hari ini , kumpulan kita akan mengadakan sebuah perbahasan mengenali topic Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar Tuan Pengerusi Majlis- Selamat Petang saya ucapkan kepada barisan hakim yang menegak keadilan, yang dihormati tuan guru besar, guru-guru, para peserta perbahasan ini dan hadirin sekalian. Hari ini kita akan mengadakan sebuah perbahasan kecil Antara pelajar- pelajar dari kelas 2 Setia. Topik kita pada hari ini ialah Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Dari pihak pencadang kita terdapat Siti Salbiah dan Nuraini Ibrahim manakala dari pihak Pembangkang kita terdapat May Mee Win Dan Nuryuzereen. Dipersilakan pihak pencadang. Pihak Pencadang- Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, yang dihormati guru besar, guru- guru, pihak pembangkang dan rakan- rakan sekalian. Seperti kita semua sedia maklum, topik perbahasan pada hari ini ialah Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar Sebelum saya membentangkan hujahhujah, biarlah saya menghuraikan tajuk di atas terlabih dahulu. Kampung dan Bandar merupakan tempat tinggal manusia. Bezanya Bandar telah menerima segala bentuk permodenan manakala kampung masih belum tercemar dengan segala permodenan itu. Antara dua tempat ini manakah byang lebih sesuai untuk dijadikan tempat tinggal? Tuan- Tuan dan puan-puan sekalian, Di kampung, kita Dapat menikmati udara yang segar dan bersih. Udara di kampung masih belum tercemar oleh asap- asap kilang, kenderaan, debu dan sebagainya. Tambahan pula, di kampung banyak terdapat tumbuhan- tumbuhan hijau yang turut menyegarkan udara dan mengekalkan keseimbangan alam. Selain bebas daripada pencemaran udara, kampung juga bebas daripada pencemaran bunyi. Ini kerana tidak banyak kenderaan bermotor yang melalui kawasan kampung ini. Dengan demikian, fikiran kita sentiasa tenang tanpa sebarabg tekanan atau gangguan. Harus diingat bahawa kedua- dua pencemaran sama ada udara atau bunyi yang disebut tadi boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada kesihatan. Tuan Pengerusi Majlis- Sekarang dipersilakan pihak pembangkang Pihak Pembangkang- Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, yang dihormati guru besar, guru- guru, pihak pencadang dan rakan- rakan sekalian. Sebagaiman kita dimaklumkan, topik perbahasan pada hari ini ialah Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar Tetapi saya sebagai pembangkang tetap menyatakan bahawa tinggal di Bandar lebih baik daripada tinggal di kampung. Sebelum saya memulakan pembentangan hujah saya, saya ingin menhuraikan sedikit tentang topik ini. Bandar telah menerima segala macam pembangunan mankala kampung kurang

menerima pembangunan. Segala kemudahan asas dari sgi infrastruktur, pendidkan dan perkhidmatan telah disediakan dengan lengkap.Jadi diantara dua jenis tempatan ini mankah lebih sesuai untuk ditinggal oleh kita? Tuan- Tuan dan puan-puan sekalian, Di Bandar, peluang pendidikan lebih banyak kalau dibandingkan dengan kampung. Kita dapat menerima system pendidikan yang lebih teratur dari peringkat yang rendah hingga ke peringkat pengajian yang tinggi. Pendidikan yang meliputi pelbagai matapelajaran lebih lengkap dan berkualiti serta mencapai standard yang tinggi. Ramai daripada anak muda generasi ini sering melanjutkan pelajaran mereka di kawasan bandar seperti Skudai, Putrajaya dan sebagainya kerana mereka ingin menjaminkan kehidupan masa depan mereka dengan melengkapkan kehidupan mereka dari segi pendidikan. Pihak Pencadang- Pihak pembangkang telah mengatakan bahawa para penduduk di bandar telah menerima pendidikan yang lebih berkualiti daripada masyarakat kampung. Pihak bandar sering dikatakan sebagai masyarakat yang berpengetahuan dengan ilmu literasi, agama dan moral, tetapi mengikut statistik, ramai daripada masyarakat bandar dikelilingi dengan atmosfera hidup yang kurang bermoral dan tidak menjalankan hidup dengan mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan mereka. Budaya lepak, bohsia dan segala macam perlakuan social yang sumbang mempengeruhi remaja kita. Masyarakat di kampung masih berpegang teguh pada nilai- nilai murni ini. Di antara nilainilai murni ini termasuklah amalan bergotong- royong, bantu- menbantu, sapa- menyapa, mengambil berat akan keadaan jiran tetangga dan sebagainya. Nilai- nilaio murni yang diamalkan dan ditubjukkan ini secara tidak langsung akan dapat mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku anak muda yang akan menjadi generasi seterusnya. Pihak Pembangkang- Walaupun imej kehidupan di bandar sering dicemari oleh tuduhan seperti ini, ramai anak muda masih berhijrah ke bandar. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penghijrahan ini ialah terdapatnya peluang pekerjaan yang Dapat menjaminkan masa depan mereka. Di kampung pula, peluang pekerjaan terhad. Ramai orang tidak mempunyai kerja dan pendapatan yang stabil lalu tidak mampu menyara keluarga mereka.Oleh sebab itu mereka berhijrah ke bandar untuk menyara keluarga mereka. Selain itu kemudahan infrastruktur juga lebih banyak terdapat di bandar kalau hendak dibandingkan dengan di kampung. Kemudahan seperti elektrik, air, hospital dan sebagainya nyata lebih lengkap di bandar. Kemudahan ini akan member situasi yang lebih selesa kepada mereka yang tinggal di bandar. Tuan Pengerusi Majlis- Inilah hujah- hujah para peserta kita. Sekarang kita akan tunggu sebentar sambil para hakim mencapai keputusan muktamad mereka. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada para peserta kita.

You might also like