Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?

Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan. Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri. Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitat
Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Semua sedia maklum. walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. paus. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut . badak. Keperluan barangan berasaskan haiwan Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. daripada 10 haiwan yang diseludup. Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat. masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit. Pembakaran hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan. kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwanhaiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Menurut kajian yang pernah dilakukan. Harimau. Pemburu haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. memerang. Dianggarkan hampir 200.000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. . Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Perubahan suhu dunia Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia. terutamanya hidupan laut.Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pencemaran Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam.

22 Mac) Oleh Melati Mohd Ariff KUALA LUMPUR. Angka-angka tersebut merupakan sebahagian daripada hasil dapatan Penilaian Sumber . Hutan asas (ditakrif sebagai hutan dengan spesies asli tanpa petunjuk nyata kegiatan manusia serta gangguan besar ke atas proses ekologi) merupakan 36 peratus daripada jumlah hutan tersebut. serangga atau bencana iklim seperti kemarau dan banjir. 21 Mac dan Hari Air Sedunia. Kemusnahan hutan tidak terhenti di situ sahaja. Purata.Hutan dan Air Rencana-Hutan KHAZANAH HUTAN JANGAN DIPUNAH (Sempena Hari Hutan Sedunia. terdapat hampir empat bilion hektar hutan di seluruh dunia dan penyahhutanan terutamanya untuk pertanian berlaku secara berleluasa pada kadar kira-kira 13 juta hektar setahun. 104 juta hektar hutan terjejas setiap tahun akibat kebakaran hutan. Sebanyak enam juta hektar daripada hutan asas ini "hilang" setiap tahun bukan sahaja akibat penyahhutanan antaranya untuk tujuan pembalakan tetapi juga akibat sikap rakus manusia atas nama kemajuan dan pembangunan. 19 Mac (Bernama) -.Pada 2005.

kawalan banjir dan kawalan kepelbagaian hayat. penyahhutanan hutan tanah tinggi akan . HUTAN TANAH TINGGI Menurut Dr Chan. kawalan hakisan. impaknya bukan sahaja mendatangkan bencana kepada komponen sistem tersebut malah kepada manusia. Menurut Pergerakan Hutan Hujan Sedunia (WRM). Beliau memberi amaran bahawa sejarah dan penulisan saintifik menunjukkan pembangunan hutan bukit bukan sahaja boleh memusnahkan persekitarannya yang berhampiran tetapi juga bahagian bawah bukit. "Beberapa bencana akibat penyahhutanan seperti Highland Towers." kata Dr Chan yang juga Presiden Water Watch Penang (WWP). Di antara 1960 dan 1990 adalah dianggarkan lebih dari 20 peratus hutan tersebut lenyap dari muka bumi di mana 33 peratus daripadanya di Asia dan 18 peratus di Afrika dan Amerika Latin. berjuta-juta hektar hutan tropika lenyap setiap tahun. katanya. "Apabila hutan turut menjadi kawasan tadahan air. kegiatan penyahhutanan secara tidak langsung melenyapkan khazanah semula jadi ini dari permukaan Bumi serta meningkatkan suhu bumi. Di sebalik kepentingannya yang luar biasa. Seorang daripadanya ialah Prof Dr Chan Ngai Weng yang turut menyifatkan hutan terutamanya hutan bukit dan tanah tinggi serta persekitaran terdekatnya sebagai sistem semula jadi yang sensitif. "Faedah-faedah tersebut termasuk fungsi ekologi.Hutan Global 2005 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). tanah runtuh berhampiran Genting Highland dan Pos Dipang (Perak). faedahnya lebih banyak selain daripada membilang berapa banyak batang balak yang boleh ditebang daripada hutan tersebut. HUTAN BUKAN SETAKAT POKOK Hutan merupakan salah satu ekosistem yang tidak ternilai harganya di dunia kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia." tambahnya. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan juga ekonomi memandangkan begitu banyak hasil hutan yang boleh dituai di samping menjadi "rumah" bagi kebanyakan puak Orang Asli di seluruh dunia. rangkaian kumpulan rakyat antarabangsa Utara dan Selatan. Paling membimbangkan. kemusnahan yang berlaku tidak boleh diperbaiki. Hutan juga sering dirujuk sebagai "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. KAITAN ANTARA HUTAN DAN AIR Pencinta alam sering mengaitkan bekalan air dengan pemuliharaan hutan. Apabila diganggu. jelas beliau.

sebagai contoh mengembalikannya ke lautan tanpa digunakan. Pulau Pinang. ini akan mencetuskan bahaya alam sekitar dan bencana seperti tanah runtuh." tambahnya. apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin." jelas Dr Chan. Penyahhutanan akan memusnahkan terus kemampuan penyerapan hutan awan ini. Katanya. kata Dr Chan. Tanpa pokok. sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. hutan awan ini mungkin lazimnya boleh ditemui di tanah-tanah tinggi seperti Cameron Highlands. salah satu fungsi utama hutan bukit adalah kemampuan menyerap lembapan di udara atau apa yang dipanggil sebagai "pemendakan mendatar" (horizontal precipitation). Akibatnya. kajian ke atas hutan awan di kawasan tropika yang lembap menunjukkan hutan tersebut sering dilitupi awan atau kabus pada sepanjang masa. dan di samping menyerap air hujan. hutan berkenaan juga menerima lembapan tambahan dalam bentuk pemeluwapan titisan air di udara. bagi kebanyakan penyelidik air dan pakar perhutanan. katanya. "Hutan-hutan tanah tinggi ini mengalami iklim mikro (microclimate) yang unik di mana suhu biasanya di paras rendah sementara kelembapan pula begitu tinggi. ialah hakikat tanpa kawasan hutan yang tebal. SUMBER AIR YANG SEMAKIN BERKURANGAN Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak." kata Dr Chan yang juga profesor Jabatan Ilmu Alam. "Angin akan membawa lembapan itu ke tempat lain. "Apabila keseluruhan kitaran hidrologi semula jadi terganggu. Menurut beliau. kehilangan fungsi kawasan tadahan air menyebabkan empangan kekeringan dan air tercemar akibat kadar endapan yang tinggi. "Apa yang saya sebut tadi semakin kerap berlaku di Malaysia dalam dekad-dekad . banjir di bahagian hilir. Yang lebih penting. sering ada lapisan kabus atau awan meliputi hutan-hutan ini. Penyahhutanan akan mengeringkan tanah yang terdedah menerusi proses penyejatan (evaporation) dan mengurangkan sumber air. Genting Highlands dan juga tanah tinggi di Malaysia Timur. Istilah ini merujuk kepada lembapan yang memasuki ekosistem hutan menerusi pemeluwapan (condensation) wap atmosfera ke atas daun.membinasakan alam semula jadi dan antara yang paling utama ialah kemusnahan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Universiti Sains Malaysia (USM). Kawasan hutan yang mengalami penyahhutanan juga. tidak akan dapat menampung dan mengekalkan lembapan. Fraser's Hill. "Bergantung kepada lokasi. rumput dan permukaan kawasan tumbuhan yang lain. "Kelembapan yang tinggi serta suhu yang rendah merupakan syarat membantu penukaran wap air kepada titisan air. sama ada di udara dan di tanah.

mountain bulbul. Penyahhutanan yang berleluasa akan mengurangkan asas sumber air. black eagle. Sekarang jarang sekali ada kabus. sama ada secara sah atau tidak merupakan salah satu sebab penyahhutanan selain kegiatan pertanian. "Pada masa yang sama. Pembalakan turut mengancam kewujudan habitat hutan. sesetengah spesies burung tempatan seperti Malayan whistling thrush dan silver-eared mesia semakin pupus. singkatan untuk "Regional Environment Awareness Cameron Highlands". Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) melancarkan kempen besar-besaran tahun lalu untuk menyelamatkan hutan simpan Belum-Temenggor daripada kerakusan kegiatan pembalakan. pertubuhan berasaskan kemasyarakatan yang ditubuhkan pada 2001 oleh sekumpulan penduduk Cameron Highlands. ternakan lembu dan pembinaan empangan hidroelektrik. sama ada spesies haiwan atau tumbuhan yang akan akhirnya menyebabkan kepupusan. Kegiatan ini tidak disenangi pencinta-pencinta alam sekitar dan pejuang-pejuang pemuliharaan. Menurut beliau. Dalam masa yang sama. Ramakrishnan yang dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands. sesetengah daripada spesies burung tersebut "menyanyikan lagu yang berbeza. perlindungan hutan bukit iaitu sumber utama air kita merupakan langkah awal ke arah pembangunan sumber air yang lestari. tiada siapa boleh keluar rumah pada waktu pagi tanpa memakai jeket tebal. kata beliau." "Penggemar burung di Cameron Highlands ada melihat kehadiran spesies burung dari tanah rendah seperti rhino hornbill. Beliau juga merupakan Presiden REACH. Hutan . Dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini. Burung silver-eared mesia ini makan buahbuahan dari pokok yang biasanya tumbuh di tepi sungai. meskipun masih ada burung berkicauan di Cameron Highlands. Seluruh Cameron Highlands pada masa itu diliputi kabus. SELAMATKAN BELUM-TEMENGGOR Pembalakan. APABILA TANAH TINGGI MENJADI TANAH RENDAH Melindungi hutan bukit bukan sahaja kebimbangan Dr Chan tetapi juga R. penghijrahan burung-burung dari tanah rendah ke Cameron Highlands merupakan petanda jelas suhu di tanah tinggi itu semakin panas.kebelakangan ini apabila semakin banyak hutan bukit dibangunkan secara mendadak dan membahayakan." jelas Ramakrishnan. Untuk itu. Kebanyakan pokok ini pun sudah ditebang. Asian flycatcher dan burung mynah. beliau berkongsi kebimbangannya mengenai "kegiatan menebang hutan yang berleluasa di Cameron Highlands serta iklim tanah tinggi tersebut yang semakin panas."kata Ramakrishnan mengenai zaman kanak-kanaknya." Dr Chan memberi peringatan." "Semasa saya kecil dan membesar di Cameron Highlands.

Memetik peribahasa purba. Apa yang kita hendak tinggalkan untuk mereka? " tanya Salleh." "Apabila kita meminjam sesuatu. katanya akan terus mendapatkan sokongan untuk kempen tersebut yang disifatkannya sebuah hutan paling istimewa dan perlu diselamatkan. KEMPEN KESEDARAN Seorang lagi pencinta alam sekitar.000 hektar ini dilaporkan berusia lebih 130 juta tahun." MNS." kata Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dari 1985 hingga 1995. kita mesti jaga dan memulangkannya balik dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik kepada anak cucu kita. "Kebanyakan kempen yang dibuat sebelum ini hanya untuk jangka masa yang pendek.simpan seluas 300. Beliau berkata kempen untuk menyemai perasaan sayangkan hutan perlu diadakan seperti kempen anti-merokok dan cintai sungai yang pernah dibuat oleh pihak kerajaan. Di Malaysia ada 10 spesies burung enggang dan hanya di hutan Belum-Temenggor ada kesemua 10 spesies ini. Semua hasil sumber semula jadi ini dipinjamkan kepada kita oleh generasi masa depan. "Tak ramai yang sedar wujudnya bilangan burung enggang yang banyak di hutan Belum-Temenggor yang tidak dapat ditemui di mana-mana bahagian dunia. beliau berkata meskipun pihaknya menerima banyak sokongan tetapi "tak ada perubahan yang berlaku seperti yang kami harapkan. institusi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan perlu berada di barisan depan." kata Pengarah Eksekutif MNS. Datuk Dr Salleh Mohd Nor berpendapat masyarakat umum kurang prihatin terhadap nasib hutan di Negara ini. Hanya di hutan itu juga terdapat kawanan burung enggang. ia juga merupakan kediaman untuk pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang melindungi lebih 270 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia termasuk harimau Malaya dan badak sumbu Sumatra yang semakin pupus. Di samping menjadi kawasan tadahan hujan yang utama. Mengenai kempen untuk menyelamatkan hutan Belum-Temenggor. Pertubuhan Bukan Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk melakukan usaha ini. "Untuk kempen mengenai hutan. Dr Loh Chi Leong. BERNAMA . Salleh berkata "hutan ini bukan diwarisi daripada nenek-moyang kita tetapi sebenarnya dipinjam daripada anak dan cucu kita. sehingga ribuan ekor. "Burung-burung enggang ini ibarat tukang kebun hutan tersebut dan tanpa mereka hutan ini akan terjejas lama kelamaan. Masyarakat perlu dididik dan diberi peringatan dari semasa ke semasa.

Venezuela. Kini. Bahagian sekitar Sungai Amazon yang dulunya kemarau mengalami banjir yang dahsyat sehingga membunuh sekurang-kurangnya 59 orang dengan 423. Sebanyak 13 buah rumah ditelan bukit pasir apabila jangkauan bukit semakin meluas. Amazon menjadi seperti padang savana. Colombia. Tidak lagi kelihatan pohonan rimba malar segar di satu kawasan di Maranhao. Brazil dan hutan Amazon mengalami kesan perubahan cuaca yang ekstrem. Hujan lebat yang berterusan juga menyebabkan empangan di Piaui.Air sungainya susut sebanyak 12 meter berbanding 10 meter sahaja lazimnya. Daripada keluasan keseluruhan tujuh juta kilometer persegi. Brazil sebaliknya yang ada cuma rerumput atau tanah kosong. ancaman bukit pasir pula melanda Ilha Grande. Kemarau selama dua bulan itu telah menyebabkan Sungai Amazon dan beratus-ratus anak sungainya hampir kering-kontang. Foto yang dirakam Reuters pada 13 Mei lalu menggambarkan sebahagian hutan hujan terbesar. Namun begitu. Ia dipercayai berpunca akibat kombinasi cuaca lebih kering daripada biasa dan kegiatan seperti pembalakan serta pertanian pindah. Kemarau Tahun ini.DEFINISI KEMUSNAHAN HUTAN T OPIK pemanasan global dan perubahan cuaca barangkali sudah menjadi subjek tepu. kalau termometer kesedaran penghuni dunia masih belum berada pada aras yang sewajarnya. Bolivia. membuatkan pakar alam sekitar mula berdebat bagaimana perubahan cuaca memberi kesan bukan sahaja kepada Amazon bahkan kepada negara terbesar Amerika Latin yang menjadi 'rumah' kepada sebahagian besar hutan itu? Amazon meliputi sembilan buah negara iaitu Brazil. Pada tahun 2005. ditambah pula dengan ancaman pembasmian hutan pada hutan hujan terbesar di muka bumi yang sepatutnya menyayat hati kita. Ecuador. semakin jauh kita cuba menghindarinya. Apatah lagi. French Guyana dan Surinam. Guyana. agaknya ada yang sudah mulai mual dalam gejolak rasa. timur laut Brazil.000 orang terpaksa meninggalkan rumah. sebuah bandar di timur laut Brazil pecah lalu memburukkan lagi banjir. agak pelik. Glasier mencair dan laut kian panas menjadi permulaan episod kemusnahan seakan belum mampu diinsafi. mungkin semakin dekat implikasi terburuk fenomena alam itu mendatangi kita. Sering disogok dengan isu itu. Peru. 60 peratus daripadanya adalah di Brazil. Kejadian itu. Dua tahun kemudian. . negara itu telah mengalami kemarau yang paling teruk dalam tempoh empat dekad.

Namun.Dalam pada itu. terdapat lebih daripada 70 juta lembu berada di kawasan Amazon pada masa ini. Barangkali. tetapi itulah yang berlaku. ancaman pembasmian hutan di Amazon bukan sekadar terhad kepada masalah cuaca kering ekstrem. ia kedengaran aneh." kata seorang ahli kumpulan Greenpeace. Sektor penternakan Menurut agensi berita antarabangsa itu. Gambar itu menunjukkan tengah hutan Amazon di negeri Para. Brazil sememangnya merupakan negara pengeluar lembu komersial terbesar di dunia. sekiranya anda tersesat jauh di dalam hutan Amazon jangan terkejut jika menjumpai sebidang kandang lembu yang luas. berleluasanya kegiatan memusnah hutan dan kelemahan penguatkuasaan kerajaan negara itu. lembu-lembu Amazon sahaja sudah dianggap sebagai penyumbang terbesar kepada pembasmian hutan di dunia. Mereka bahkan mengatakan. di kawasan selatan Brazil yang jauh dari Sungai Amazon. Mereka juga meramalkan ia bakal menjadi trend berikutan harga tanah yang murah. bahkan juga penternakan. fenomena kemarau melanda disebabkan fenomena La Nina. Mereka seakan mempersoalkan apakah maknanya mengaut laba besar dalam industri penternakan jika ia terbina di atas maruah hutan yang ternoda. Brazil yang 'lompang' dengan kesan tanah terbakar telah dijadikan kawasan penternakan lembu. Aktivis alam sekitar menjangka di kawasan Amazon inilah. Kita mungkin menjangka hanya haiwan liar yang biasanya menghuni belantara. industri itu semakin bergerak rancak kebelakangan ini. Wayne Lindbergh kepada Reuters sambil menunjuk ke arah skrin komputer ribanya yang menunjukkan gambaran terbaru dari satelit. Greenpeace juga cuba membuktikan bahawa sektor penternakan setakat ini adalah pemacu utama kepada kegiatan pemusnahan hutan sekali gus menjadikan Brazil negara keempat terbesar pengeluar karbon. "Ini satu perkembangan baru yang dikesan tahun ini. aktiviti pembalakan haram atau penanaman tanaman. Biarpun begitu. .

Marfrig dan Bertin dalam tempoh lima tahun ini telah memacu industri menternak lembu di Amazon. bank pembangunan peringkat negeri. pernah memberitahu yang mereka akan membuang semua produk daging lembu yang bersumberkan pemusnahan hutan haram. sejak berdekad-dekad lalu lagi. KEMARAU yang panjang mengakibatkan banyak ikan ditemui mati di tebing Tasik Rei berhampiran bandar Careiro da Varzea.3 bilion (RM8 bilion) kepada empat buah syarikat daging terbesar di negeri itu pada tahun 2008. Bentin misalnya. Greenpeace menyatakan cabaran kali ini lebih mencabar. .PEMANDANGAN dari atas ladang penternakan dan industri memproses daging di Maraba. ini bermakna kerajaan telah secara efektif memberi sumbangan kewangan kepada kemusnahan hutan secara haram. Syarikat-syarikat utama memproses daging lembu Brazil seperti JBS. Kumpulan pencinta alam berkata. para peladang dan spekulator sememangnya telah beroperasi di luar radar kawalan kerajaan negeri. sedangkan kerajaan Brazil dikatakan pernah menyasarkan untuk mengurangkan masalah kemusnahan hutan lebih sedekad lalu. BNDES membiayai keseluruhannya AS$2. lalu mewariskan legasi konflik di Amazon. Brazil. Firma-firma daging lembu pula bagaimana pun menafikan kaitan mereka dengan pemusnahan hutan. Setelah berjaya menumpaskan kegiatan menanam soya di Amazon pada tahun 2006. Brazil. Pencerobohan Tetapi. Menurut Rueters juga.

sebagai usaha kerajaan membasmi masalah itu. Seperti seorang mangsa bukit pasir di Brazil. menjadikan hanya 30 peratus sahaja daripada kawasan penternakan yang masih berhutan. kelihatan sekumpulan 12 orang koboi sedang mengawasi 17. "Kami tidak menebang atau mengambil pun kayu dari sini. Survival International. Kata-katanya itu seolah-olah cuba menafikan bahawa aktiviti mereka di situ membinasakan alam. Di kawasan ternakan lembu di Para itu. Orang Asli dari puak Parakana mengakui mereka ada melihat beribu-ribu lembu ditangkap pada tahun lalu. Ketua Puak itu pernah mengadu kepada pelancong asing agar memberitahu pihak berkuasa untuk mengeluarkan para penternak itu dari tempat tinggal mereka. Yang pasti. kata mereka. Agensi berita Associate Press (AP) baru-baru ini melaporkan bahawa lima puak Orang Asli Amazon terutamanya di Peru dan Brazil dikesan berdepan dengan risiko pupus akibat pemusnahan hutan itu yang kian berleluasa. Tetapi.Berbalik kepada isu penternakan lembu di Para. Demikian menurut organisasi pejuang hak asasi Orang Asli. MASYARAKAT Orang Asli di seluruh Amazon turut terjejas ekoran pemusnahan hutan yang kian berleluasa. Mungkin juga ramai di antara kita yang masih bersifat skeptikal tentang kaitan antara perubahan fenomena alam dengan tangan-tangan manusia. Analisis Greenpeace menunjukkan. pencerobohan para penternak dan pemusnahan hutan terus berlaku. kawasan seluas 1. Elcimar Alves de Oliveira yang bermisai tebal kepada Rueters saat ditemui.000 ekor lembu." kata penyelia kandang. . masalah itu semakin menghantui pelbagai puak Orang Asli di seluruh Amazon. Tamakware.500 hektar hutan telah dimusnahkan. termasuklah pagar kayu kandang lembu.

" kata Valdecir Rodrigues de Souza. Sifat pokok spt. mendenda pembalak haram. CIRI-CIRI TUMBUHAN SEMULAJADI Lokasi spesifik / negara. Sifat daun spt lebar. mengeluarkan / menghadkan lesen kepada pembalak. pusat pemulihan hidupan liar spt orang utan. dirian tulen dll."Jangan dengar apa mereka kata. Peranan agensi kerajaan spt FRIM (Menjalankan penyelidikan). padat. gugur pada musim kemarau dll. kayu keras. alternatif lain spt kayu getah sebagai pengganti kayu balak. Ini semua fenomena alam semula jadi. berakar banir. Mewujudkan renjer hutan untuk mengawas pemalak haram / kebakaran hutan. memberi amaran kepada tiga orang anaknya. Peranan pertubuhan antarabangsa spt. mlewujudkan Estet Hutan Kekal + cth lokasi. Kepadatan spt jarang. Kempen kesedaran di sekolah / badan pencinta alam /WWF. Akta perlindungan hidupan liar.garis pusat > 45 cm. menghadkan kawasan pembalakan. latihan teknologi pengurusan hutan kepada pegawai hutan/ pembalak. menebang pokok yang matang sahaja . KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI . Nama tumbuhan Semulajadi spt Monsun Tropika. berduri dll Jenis haiwan. badak. Lapisan / keIompok spt lapisan bawah jarang. mewujudkan hutan simpan / taman negara + cth. menjalankan rawatan spt mencantas akar / sivilkultur. menanam pokok / benih yang bermutu tinggi + cth pokok.bison. ITTA & TFAP. undang-undang menghalang penerokaan hutan. LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN TUMBUHAN SEMULAJADI Penghutanan / Menanam semula pokok yang ditebang. Ketinggian pokok. mengharamkan eksport kayu bulat.

Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan (i. Habitat haiwan terganggu. keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak. Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan. akibat air larian) angin dan cahaya matahari.punca air bagi sungai. Karbon dioksida melebihi oksigen di atmosfera Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan. Tiada pokok untuk menyerap haba matahari. Kawasan tadahan hujan.menghalang berakunya banjir.mengurangkan hakisan tanah. Mengurangkan bebanan sungai .kurangkan hakisan. Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian Habitat kepada haiwan. Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking.membekalkan humus / nutrien. Menghalang tiupan angin kencang. Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh. Mengekalkan kesuburan tanah .e. Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek . Sumber perubatan tradisional. Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer. Akar pokok memperlahankan aliran air hujan . proses fotosintesis dan sejat peluhan. 1. rotan.Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis. Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi . Sumber kayu balak (kayu keras / lembut). Sungai cetek. KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT KEPUPUSAN TUMBUHAN SEMULAJADI PENINGKATAN SUHU Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi. Menggalakkan proses larut resap. Rantaian makanan haiwan terjejas. Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air . Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin. menyederhanakan suhu melalui: 1.mengurangkan kadar luluhawa fizikal. Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi.

. akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m]. kapur. Pembinaan empangan KEH untuk mengairi sawah padi. papan lapis. sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai ubat tradisional (1m]. Peperangan di kawasan hutan. Kesan-Kesan Negatif Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m]. dan merbau [2m]. Pembikinan jalan raya + cth lokasi. Hujan asid akibat industri kilang yang mengeluarkan sulfur dioksida. Perindustrian + cth lokasi. balau. di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m]. Kepentingan hutan kepada Malaysia merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m]. sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m]. sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7 106 juta atau 8. dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal. perlombongan + cth lokasi. Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan. kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran air [1m]. keruing. hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m].AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGHAPUSKAN HUTAN Penebangan hutan kerana pembukaan kawasan: Pentanian / pertanian pindah + cth lokasi.9% jumlah eksport negara [1m]. membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji. Petempatan + cth lokasi. dan perabot [2m]. mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m]. pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam sistem sungai secara perlahan-lahan [1m].

juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m]. seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m]. tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana kekurangan pembentukan hujan [1m].tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m]. kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi [1m] . penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih. gelongsoran tanih dan tanah runtuh [1m]. memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung air [1m]. menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m].

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful