You are on page 1of 19

SULIT* 910/2 Melayu 2 Bahasa 2007 3 jam

910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA _____________________________________________________________ PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2007 ____________________________________________________________ BAHASA MELAYU KERTAS 2 Tiga jam _____________________________________________________________ Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung .

_____________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak STPM 910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT*

SULIT*
Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]

1. Aktiviti kokurikulum merupakan satu komponen penting dalam struktur pendidikan di Malaysia. Namun penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum tidak begitu menggalakkan. Pada pendapat anda, apakah kepentingan aktiviti ini kepada para pelajar dan strategi yang sesuai dilakukan untuk menarik minat mereka.

2. Penggunaan telefon bimbit di Malaysia begitu meluas, sama ada dalam kalangan orang dewasa atau remaja sekolah. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini dan kesannya terhadap masyarakat. Amalan Gaya Hidup Sihat merupakan satu saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat Malaysia menghayatinya.Huraikan langkah-langkah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia bagi memastikan tahap kesihatan yang baik.

4. Bencana alam yang melanda dunia telah menjadi isu yang mendatangkan masalah sejagat. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Mengkaji Bencana Alam, anda diminta menyediakan satu laporan tentang faktor-faktor bencana alam dan kesan kepada masyarakat dan negara. Sediakan laporan itu.

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT*

SULIT*
Bahagian B 5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20 ] Penekanan terhadap pembangunan modal insan yang memiliki minda kelas pertama dalam Misi Nasional, yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad, menuntut komitmen masyarakat ke arah pengamatan budaya ilmu. Bangsa yang tidak didukung oleh kecemerlangan ilmu tidak dapat mempertahankan peradabannya. Banyak empayar runtuh kerana generasinya tidak menjaga peradabannya. Mereka lebih gemar menjejaki hiburan dan keseronokan daripada membina diri dengan ilmu. Oleh hal yang demikian, modal insan yang berilmu, berketerampilan, dan memiliki jati diri kebangsaan amat penting dalam mencorakkan dan membangunkan sosioekonomi dan peradaban bangsa. Ibnu Khaldun dalam bukunya yang berjudul Muqaddimah, mengemukakan bahawa kekuatan ilmu memberikan arah dan makna kepada manusia dan bangsanya. Pembinaan intelektual perlu dijadikan fokus utama oleh negara bagi mencapai matlamat tersebut.Antara faktor yang menjadi ukuran penguasaan ilmu ialah industri buku negara yang memberikan sumbangan kepada sosioekonomi dan kemajuan negara. Di negara kita, jumlah penerbitan buku yang didaftarkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan pada tahun 2005 hanyalah sebanyak 10310 judul. Statistik ini tidak menggapai tahap penguasaan ilmu negara maju yang mengeluarkan 70 ribu hingga 100 ribu judul setahun. Dapatan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, yang diusahakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2005, tidak memberangsangkan perkembangan industri buku negara. Hasil kajian menunjukkan pencapaian celik huruf rakyat tidak bermakna jika mereka tidak memiliki tabiat membaca.Pemilihan bahan bacaan penting untuk meningkatkan intelektualisme masyarakat.Industri buku dan tabiat membaca, serta bahan yang dibaca, saling melengkapi untuk membina minda dan mengekalkan peradaban manusia. Alvin Toffler meletakkan budaya ilmu dan budaya maklumat di tempat teratas dalam memajukan dan memodenkan sesebuah negara pada abad ini.Oleh hal yang demikian, minat membaca sahaja tidak mampu menggerakkan industri buku negara kerana tabiat menulis turut memainkan peranan besar.Negara kita perlu melipatgandakan usaha menggerakkan industri buku negara supaya seiring dengan pengeluaran buku di negara-negara maju dunia dan menjadi maju dalam acuan budaya sendiri. Budaya membaca memerlukan pengisian yang dapat melahirkan

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT*

SULIT*
generasi yang berpegang pada pendidikan sepanjang hayat.Kita tidak mahu melahirkan generasi yang membaca hanya untuk tujuan peperiksaan. Generasi akan datang diharapkan berupaya mengungkapkan ilmu dan mengembangkan budaya ilmu kepada rakyat negara ini. Mereka yang mengamalkan budaya membaca dan bersedia berkongsi ilmu dan idea melalui penulisan inilah yang sebenarnya memberikan sumbangan kepada kepada pembangunan negara bangsa. Negara kita memerlukan lebih banyak karya bermutu sebagai bahan bacaan untuk menarik masyarakat membuat pilihan bahan bacaan mereka.Tanpa penulis yang bepengetahuan luas dan berminda tinggi, bahan penerbitan yang dilambakkan kepada bangsa kita akan hanya merosakkan nilai dan memerosotkan daya pemikiran.. Atas keperluan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka terus menerus menggiatkan penerbitan buku, sama ada buku bacaan umum mahupun buku ilmiah. Perubahan segera yang memberikan penumpuan kepada matlamat pembangunan modal insan yang berkualiti boleh digerakkan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan positif serta sentiasa mementingkan ilmu dan pengetahuan. Golongan profesional, sarjana, cendekiawan, dan sasterawan perlu menggiatkan usaha untuk menghasilkan karya bagi manfaat rakyat negara ini.Kajian oleh Malaysia New Generation Group Intellectuals (MANGGIS) mendapati bahawa tiada penyandang baru jawatan profesor dari tahun 2005 hingga suku pertama tahun 2006 yang membentangkan pemajuan idea dan falsafah disiplin ilmu untuk masa hadapan. Tambahan pula, kehebatan institusi pengajian tinggi dan kewibawaan ahli akademik bergantung pada hasil karya mereka yang berasaskan penyelidikan.Tahap pembacaan yang rendah tidak membolehkan pengolahan teori dengan wacana yang jelas dan baik serta difahami oleh seluruh masyarakat.Pelbagai disiplin ilmu perlu dikuasai oleh rakyat Malaysia melalui aktiviti membaca. Oleh itu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diamanahkan untuk melaksanakan Dasar Buku Negara untuk mempertingkatkan daya intelektual negara bangsa Malaysia melalui pembacaan. Sehubungan dengan itu,kejayaan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang memperlihatkan peningkatan pengunjung dan penglibatan penerbit buku luar negara merupakan manifestasi keseriusan kerajaan dalam meningkatkan tabiat membaca rakyat. Pusat pameran ini bukan sahaja menjadi lambang pembangunan intelektual bangsa Malaysia, malah menjadi pusat industri yang menggerakkan ekonomi negara. Di sini jugalah diharapkan segala kegiatan yang melibatkan industri perbukuan dilaksanakan. Oleh itu anjakan segera amat perlu bagi memastikan kelahiran modal insan yang berketerampilan dan berjati diri kebangsaan. (Dipetik dan dubahsuai daripada Dewan Masyarakat, April 2007 )

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT*

SULIT*
Bahagian C Jawab satu soalan sahaja. 6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. [15] Hei...! Dah siap ke? Tiba-tiba Batin Itam menjerit. Sudah! jawab Budin. Sudah!! jawab seorang pemuda dengan kuat. Sebentar kelihatan Batin Itam dan beberapa orang yang bersamanya tadi bergegas menutup cabang sungai itu.Budin menangkap ikan-ikan sia dan melempar ke tebing. Jaguh ... , orang lama, handal lagi!. Kalau kamu semua tak boleh tanding! Batin Itam terseringai. Tidak, aku dah tua, jawab Budin. Suaranya menggeletar. Dingin air Sungai Kinta ialah dingin air sungai dari gunung. Itulah saya kata ikan dah kurang sangat, tapi rasanya cukuplah untuk makan. Iya, ... aku nanti ambil sekati aje, selebihnya Batin punya. Ah ... tidak, pak cik ambillah semua. Ehh! Tak mahulah! Kami sudah hajat nak tolong pak cik hari ni, ambillah semua. Nanti Batin tak ada? .Kami boleh cari lain, tak ada di Cabang Puyuh nanti, cari di Kuala Senoi, yang ini untuk pak cik. Batin Itam memasukkan ikan-ikan itu ke dalam bujam dan menyerahkannya kepada Budin. Hati Budin menjadi terharu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Baharuddin Kahar,1982. Kampung Halaman : Gulai Rawo. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT*

SULIT*
7 Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk prosa biasa. [15]

Syair Siti Zubaidah Perang Cina Sultan Abidin lalu bercetera, Negeri kakanda Kembayat Negara, dialahkan oleh puteri perwira, ditangkapnya kakanda lalu dipenjara. Sekalian habis diceterakannya, peri dikalahkan puteri negerinya, sebab puteri sangat marahnya, kerana tak mahu diperisterikannya. Adapun baginda berkata-kata, sebagai berhamburan airnya mata, pilu dan rawan dalam cita, terkenangkan azab terlalu nyata. Berkata pula baginda nan tuan, sekarang apa perintah bangsawan, jangan adinda mahu-mahuan, perbuatlah hamba kakanda nan tuan. Mana-mana perintah sultan utama, jahat dan baik kakanda terima, biar di sini selamanya lama, budi ditanggung segenap roma.

Melepaskan daripada fitnah dan bala, mengeluarkan dari tempat yang cela, budi adinda tidak terbalas, melainkan Allah juga membalas. (Dipetik dan diubahsuai daripada Syair Perang Cina dalam Syair Siti Zubaidah, Abdul Mutalib Abdul Ghani, DBP, 1983)

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT*

SULIT*
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Amalan berbudi bahasa paling penting sekali dalam pembangunan negara bangsa. Oleh itu, ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya kita, Perdana Menteri mengatakan tidak ada gunanya jika Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020 dan mempunyai infrastruktur kelas pertama, tetapi mentaliti rakyatnya masih di tahap kelas ketiga. Selepas setahun dilancarkan, didapati bahawa purata 65 peratus rakyat Malaysia menyetujui dan menerimanya sebagai satu aliran terbaik untuk menghadapi masyarakat maju menjelang 2020. Tahap pembinaan dan kesan kempen berbudi berbudi bahasa akan lebih menyeronokkan selepas fasa kedua hingga fasa kelima nanti. Fasa kedua Kempen Budi Bahasa dengan tema Senyumlah telah Timbalan Perdana Menteri lancarkan di Stadium Negara pada 20 Mac 2006. Kempen perlu diperkenalkan dan dilaksanakan sebagai langkah untuk menyedarkan setiap orang anggota masyarakat, khususnya generasi muda tentang amalan berbudi bahasa.

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT*

SKEMA
BAHAGIAN A : KARANGAN 1.Aktiviti kokurikulum merupakan satu komponen penting dalam struktur pendidikan di Malaysia. Namun penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum tidak begitu menggalakkan. Pada pendapat anda, apakah kepentingan aktiviti ini kepada para pelajar dan strategi yang sesuai dilakukan untuk menarik minat mereka. Pendahuluan Kokurikulum pelbagai aktiviti luar bilik darjah dijalankan selepas waktu pembelajaran Merangkumi tiga kategori - aktiviti sukan & permainan, aktiviti kelab dan persatuan, serta unit pakaian seragam. Terdapat kepentingan kegiatan kokurikulum dan strategi yang sesuai untuk menarik minat pelajar.

Isi-isi Kepentingan IS1 Membentuk kecergasan mental dan fizikal. Aktiviti kokurikulum memerlukan ketangkasan dan kekuatan fizikal terutama aktiviti lasak. Sistem perkumuhan dan sistem aliran darah lebih sempurna. Daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit meningkat dan tahap kesihatan tubuh badan turut meningkat. IS2 Membanteras gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk gaya hidup yang positif dalam kalangan pelajar. Disiplin diri dapat dipertingkatkan.Bijak mengatur dan mengurus masa.Masa lapang pelajar dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. IS3 Menanam nilai murni dalam jiwa pelajar. Nilai murni seperti bekerjasama, kesopanan, dan berhemah tinggi dapat dipupuk. Mengamalkan nilai-nilai menurut norma masyarakat dan mereka melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna.Pembentukan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan. IS4 Memupuk dan merealisasikan perpaduan kaum.Kegiatan kokurikulum yang dilakukan secara berkumpulan dapat mempertemukan pelajar daripada pelbagai kaum. Mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama. Semangat untuk bekerjasama bagi menjayakan setiap aktiviti akan menjalin nilai muhibah dan perasaan kekitaan. Sikap prasangka antara kaum dapat dihapuskan.

9 Strategi IS5 Pihak sekolah dan kerajaan harus memperluas dan mempertingkat penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.Peruntukan kewangan dan pelbagai prasarana untuk aktiviti kokurikulum perlu ditambah - para pelajar diberi kebebasan yang terkawal untuk menganjurkan sebarang aktiviti. Aktiviti kokurikulum akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. IS6 Pihak kementerian pelajaran perlu menerapkan elemen kerjaya dalam aktiviti kokurikulum yang dirancang di sekolah. Pelajar perlu didedahkan dengan kerjaya yang berkaitan contohnya aktiviti sukan dan permainan. Tindakan ini dapat membuka minda para pelajar agar mereka mempunyai sasaran kerjaya apabila melangkah keluar dari alam persekolahan. IS7 Ibu bapa melalui persatuan PIBG perlu diberi kesedaran untuk menggalakkan anak-anak terlibat dalam kegiatan kokurikulum. Sikap mereka yang inginkan anak-anak cemerlang dalam akademik sahaja perlu dikikis.Ibu bapa juga boleh diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Contoh program Hari Kantin, Asrama Terbuka pelajar menjalankan aktiviti dengan bantuan/sokongan ibu bapa. Dengan itu, mereka akan menyedari kepentingan aktiviti tersebut. IS8 Kempen kesedaran tentang kepentingan aktiviti kokurikulum. Langkah ini boleh dijalankan di sekolah atau melalui media massa. Faedah aktiviti ini akan disiarkan secara meluas.Para pelajar akan menyedari kepentingan aktiviti kokurikulum dan terpikat untuk menyertai aktiviti yang sihat ini. Kesimpulan Aktiviti kokurikulum mempunyai banyak kepentingan untuk seseorang pelajar. Pemesatan semula aktiviti kokurikulum akan menarik minat para pelajar. Kerjasama semua pihak perlu untuk memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

10 2. Penggunaan telefon bimbit di Malaysia begitu meluas, sama ada dalam kalangan orang dewasa atau remaja sekolah. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini dan kesannya terhadap masyarakat. Pendahuluan Telefon mudah alih merupakan satu alat komunikasi dalam sistem perhubungan di Malaysia. Perhubungan melalui telefon mudah alih merupakan bentuk hubungan yang paling umum dan mudah. Sistem perhubungan di negara kita boleh dikatakan yang terbaik di rantau ini. Terdapat punca yang menyebabkan penggunaan telefon bimbit semakin meluas dan pelbagai kesan terhadap masyarakat. Isi-isi Punca-punca IS1 Harga telefon bimbit di pasaran yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh pelbagai golongan masyarakat. Terdapat pelbagai bentuk dan model yang boleh dipilih mengikut cita rasa pengguna. Telefon bimbit terpakai juga terdapat dalam pasaran dengan jumlah yang besar. IS2 Terdapat pelbagai syarikat yang beroperasi untuk menawarkan khidmat liputan/laluan . Laluan/ liputan yang ditawarkan meliputi kawasan yang luas sama ada di bandar atau di luar bandar.Contoh - contoh Syarikat Maxis, Syarikat Digi, dan Celcom. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan. IS3 Telefon bimbit menyediakan pelbagai perkhidmatan. Contoh-contoh Panggilan, SMS, MMS, Internet, dan sebagainya . Kemudahan ini merupakan tarikan kepada semua pengguna iaitu golongan dewasa dan remaja. Menjadi alat serbaguna dan memudahkan. IS4 Telefon bimbit amat berguna untuk menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai liputan rangkaian.. Alat ini juga mudah dibawa ke mana-mana.Sesiapa yang menghadapi masalah boleh mendapatkan bantuan dengan segera. Kesan IS5 Menambah kecekapan sistem perhubungan. Sistem ini dapat dikendalikan dengan mudah dan cepat. Hal ini amat penting untuk golongan peniaga dan profesional serta aktiviti kehidupan seharian. IS6 Menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang telekomunikasi. Pengguna telefon bertambah, maka perniagaan berkaitan dengannya turut meningkat.Syarikat-syarikat telekomunikasi berkembang dengan pesat seiring dengan penambahan permintaan.

11 Pelbagai peluang pekerjaan dapat dijana daripada pertambahan jumlah pengguna telefon bimbit. IS7 Membazirkan wang dan melekakan seseorang. Caj yang dikenakan oleh syarikat pengendali talian telefon bimbit agak mahal. Caj yang dikenakan termasuk caj akses. Pengguna yang tidak dapat mengawal diri dalam penggunaannya akan leka bercakap dan menyebabkan caj yang dikenakan akan meningkat. Para pelajar akan mengabaikan pelajaran kerana terlalu leka. IS8 Menjejaskan kesihatan seseorang yang terlalu kerap menggunakan telefon bimbit. Walaupun belum dibuktikan, namun terdapat kes pengguna mendapat serangan penyakit barah otak dan sakit kepala yang serius. Telefon bimbit yang menggunakan antena dalaman menghasilkan kadar radiasi yang tinggi. Penutup Terdapat pelbagai punca penggunaan meluas telefon bimbit dan terdapat pelbagai kesan sama ada positif atau negatif. Kita tidak dapat menolak perkembangan teknologi yang tinggi dan teknologi maklumat. Pengguna harus bijak menggunakan dan mengendalikannya.

12 3. Amalan. Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat merupakan satu saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakayat Malaysia menghayatinya.Huraikan langkah-langkah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Pendahuluan Amalan pemakanan yang baik ialah cara pengambilan makanan dan jenis makanan yang memenuhi keperluan tubuh badan. Gaya hidup ialah corak kehidupan termasuk aktiviti yang dilakukan oleh individu sehari-hari. Terdapat beberapa langkah yang perlu diamalkan untuk memastikan tahap kesihatan yang sempurna.

Isi-isi IS1 Mengamalkan makanan dan diet yang seimbang mengandungi nutrien yang diperlukan oleh sistem badan mengutamakan piramid makanan tidak mengambil makanan yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan. IS2 Menjalankan aktiviti senaman dan riadah secara teratur dan berterusan dapat melancarkan perjalanan darah menyihatkan anggota dan organ dalaman meningkatkan kadar metabolisme mengeluarkan toksik daripada badan melalui sistem perkumuhan. IS3 Mengutamakan amalan kebersihan diri dan persekitaran sentiasa memastikan diri bersih, mengamalkan cara hidup yang mengutamakan kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja sentiasa bersih elak penyakit atau serangan serangga/binatang pembawa penyakit. IS4 Mendapatkan rehat, istirehat, dan tidur yang mencukupi anggota dan organ dalaman dapat berehat proses perubahan sel berlaku menguatkan sistem imusisasi dapat mengelak jangkitan penyakit. IS5 Menjauhkan diri daripada amalan dan gejala yang tidak sihat menjauhkan diri daripada amalan merokok, minum minuman beralkohol, melakukan aktiviti seks bebas dan seks rambang, dan sebagainya mengundang penyakit merbahaya dan masalah sosial dan menyalahi norma-norma masyarakat. IS6 Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mencegah penyakit dan mengubati penyakit pada peringkat awal penyakit dapat dikawal daripada menjadi lebih serius dapat menyelamatkan nyawa.

13 Penutup Tubuh badan yang sihat aset penting untuk kehidupan yang sejahtera dan selesa Semua lapisan masyarakat perlu mengamalkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kesihatan yang baik menjamin kemakmuran dan kemajuan negara.

14 4. Bencana alam yang melanda dunia telah menjadi isu yang mendatangkan masalah sejagat. Sebagai setiausaha Kementerian Alam Sekitar, anda diminta menyediakan satu laporan tentang faktor-faktor bencana alam dan kesan kepada masyarakat dan negara. Sediakan laporan itu. Format Laporan Tajuk - 1m Sub tajuk ( Tiada/ Salah pernomboran ) 1m 1.0 Pendahuluan 2.0 Senarai Jawatankuasa 1m 3.0 Faktor-faktor 4.0 Kesan-kesan 5.0 Kesimpulan Tandatangan - 1m Tarikh Nama / Jawatan - 1m Maksimum 5m Tajuk: Faktor-faktor Bencana Alam dan Kesan kepada Masyarakat dan Negara 1.0 Pendahuluan Malapetaka alam yang tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contoh bencana alam yang sering berlaku ialah banjir, ribut taufan, Tsunami, gempa bumi,tanah runtuh, dan sebagainya. Terdapat faktor-faktor penyebab kejadian yang tidak diingini dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiasusaha : AJK : 3.0 Faktor-faktor ___________________ ___________________ ___________________ ___________________

3.1 Perubahan cuaca pemanasan global- lapisan ozon semakin nipis kesan rumah hijau pengeluaran gas CFC keadaan cuaca dunia tidak menentu contoh fenomena El-Nino dan La- Nina

15 3.2 Kegiatan ekonomi manusia aktiviti pembalakan, pertanian, dan penternakan hakisan tanah, pemendapan sungai/pantai. 3.3 Struktur bumi yang tidak stabil pergerakan plat disebabkan tekanan dan regangan di dalam kerak bumi- berlaku gelinciran dan geluncuran sama ada di lautan/ daratan wujud gelombang seismik apabila plat-plat tektonik bertembung -gempa bumi/Tsunami 3.4 Pembangunan tidak terancang secara sempurna di bandar-bandar/ kawasan tanah tinggi sistem perparitan dan saliran tidak sistematik kadar serapan air terhad banjir kilat. 4.0 Kesan-kesan

4.1 Kemusnahan harta benda/ jiwa jumlah besar bencana berlaku dalam masa yang singkat dan tidak terdapat tanda-tanda awal bencana akan berlaku 4.2 Masalah psikologi dan emosi mangsa mangsa alami trauma kehilangan harta benda dan orang-orang yang tersayang 4.3 Ekonomi negara terjejas kemusnahan harta benda menanggung kos yang tinggi pemuliharaan dan pembangunan kegiatan ekonomi seperti bidang pertanian dan penternakan tergendala dan terjejas. 4.4 Mewujudkan masalah pengangguran ramai yang kehilangan pekerjaan - sistem pentadbiran, pengurusan, perniagaan dan perkilangan lumpuh premis-premis musnah/rosak prasarana terjejas 4.5 Masalah kesihatan wabak penyakit berjangkit contoh taun, cirit-birit, penyakit kulit, batuk, malaria menular dengan cepat bekalan air bersih dan makanan serta ubatubatan kurang 4.6 Masalah sosial kecurian, pengemis, pelacuran hilang tempat pergantungan/ tiada pendapatan/ tiada tempat tinggal yang sempurna survival, 5.0 Kesimpulan

Terdapat banyak faktor penyebab dan kesan jangka pendek dan panjang kepada individu dan negara Manusia perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi bencana alam Semua pihak perlu bekerjasama dalam menghadapi bencana alam. Tarikh

Laporan disediakan oleh, (tandatangan) ______________________ NAMA JAWATAN

16 RUMUSAN IU Pembangunan modal insan minda kelas pertama memerlukan masyarakat yang berbudaya ilmu.Modal insan yang berilmu penting untuk membangunkan/ mecorakkan sosioekonomi/ dan peradaban bangsa. Kekuatan ilmu memberi arah/ dan makna kepada manusia. 1-2IU = IUL 3-5IU = IU IS1 Fokus utama ialah pembinaan intelektual/ yang boleh ditentukan oleh industri buku. 1IS = ISL 2IS = IS IS2 Rakyat yang mempunyai tabiat membaca,/ industri buku, dan pemilihan bahan yang betul/ saling berkaitan untuk meningkatkan intelektualisme/ dan mengekalkan peradaban manusia. 1-2IS = ISL 3-4IS = IS IS3 Budaya ilmu/budaya maklumat/ penting untuk memajukan sesebuah negara/dan melahirkan generasi yang mementingkan pendidikan sepanjang hayat. 1IS = ISL 2-3IS = IS IS4 Karya yang bermutu perlu menarik minat pembaca/ penulis yang tidak berpengetahuan akan merosakkan nilai / dan memerosotkan pemikiran masyarakat. 1IS = ISL 2-3IS = IS IS5 Golongan profesional /dan sasterawan perlu meningkatkan hasil karya mereka./ kerana kehebatan IPT/ dan kewibawaan ahli akademik bergantung pada karya mereka. 1-2IS = ISL 3-4IS = IS IS6 Pelbagai disiplin ilmu perlu dikuasai oleh rakyat Malaysia/ untuk meningkatkan daya intelektualisme negara bangsa 1IS = ISL 2IS = IS K Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa membuktikan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan tabiat membaca rakyat./ Anjakan segera perlu untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan/ dan berjati diri kebangsaan. 1-2K = KL 3-4K = K

17 ALIH BAHASA Soalan 6 Secara tiba-tiba Batin Itam menjerit kerana dia inginkan kepastian sama ada mereka sudah siap atau belum. Budin menyatakan bahawa dia sudah menyelesaikan tugasnya. Seorang pemuda dengan nada yang kuat turut menyatakan bahawa dia sudah menyelesaikan tugasnya. Tidak lama kemudian kelihatan Batin Itam dan beberapa orang yang bersamanya tadi bergegas menutup cabang sungai itu. Budin menangkap ikan-ikan sia dan melempar ikan-ikan tersebut ke tebing. Sambil menyeringai Batin Itam memuji bahawa Budin seorang jaguh, orang lama, dan handal pula. Seterusnya dia menyatakan bahawa mereka tidak boleh menandingi Budin. Budin seterusnya menafikan penyataan itu dan menyatakan bahawa dia sudah tua. Suaranya menggeletar. Dingin air Sungai Kinta ialah dingin air sungai dari gunung. Batin Itam menegaskan bahawa ikan sudah terlalu kurang tetapi dia menjangkakan ikan tersebut mencukupi untuk dimakan. Budin mengeyakan penyataan itu dan menyatakan bahawa dia akan mengambil sekati ikan sahaja.Menurutnya lagi, ikan selebihnya ialah kepunyaan Batin Itam. Batin Itam menolak pelawaan Budin dan menyuruh Budin mengambil semua ikan tersebut. Dengan perasaan tidak puas hati Budin menyatakan bahawa dia tidak mahu.Batin Itam menjelaskan bahawa mereka boleh mencari ikan yang lain. Seterusnya dia menjelaskan bahawa jika tidak ada ikan di Cabang Puyuh, mereka akan mencari ikan di Kuala Senoi. Dia menegaskan bahawa ikan itu hanya untuk Budin.Batin Itam memasukkan ikan-ikan itu ke dalam bujam dan menyerahkannya kepada Budin. Hati Budin menjadi terharu.

ALIH BAHASA Soalan 7 Sultan Abidin menceritakan bahawa negeri baginda iaitu Kembayat Negara telah dikalahkan oleh puteri perwira. Baginda juga menyatakan bahawa baginda telah ditangkap lalu dipenjarakan. Baginda turut menceritakan segala hal tentang baginda yang telah dikalahkan oleh puteri negerinya. Keadaan itu berlaku kerana puteri tersebut sangat murka akan baginda kerana tidak mahu memperisterikannya. Ketika bercerita, baginda telah mencucurkan air mata kerana hati baginda pilu dan rawan/sayu apabila mengenangkan azab yang menimpa baginda. Seterusnya baginda inginkan kepastian tentang perkara yang dikehendaki oleh Sultan Utama. Baginda meminta Sultan Utama tidak teragak-agak menjadikan baginda sebagai hamba. Baginda turut menyatakan bahawa baginda akan menurut perintah Sultan Utama sama ada baik atau buruk. Baginda juga menyuarakan keinginannya untuk tinggal di situ selama-lamanya dan baginda akan mengenang budi Sultan Utama. Baginda seterusnya menyatakan bahawa budi Sultan Utama tidak dapat dibalas. Menurut baginda lagi, hanya Allah yang dapat membalasnya kerana telah membantu baginda membebaskan diri daripada fitnah dan bala serta mengeluarkan baginda daripada tempat yang hina.

18

BAHAGIAN D
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Amalan berbudi bahasa paling penting sekali dalam pembangunan negara bangsa. Oleh itu, ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya kita, Perdana Menteri mengatakan tidak ada gunanya jika Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020 dan mempunyai infrastruktur kelas pertama, tetapi mentaliti rakyatnya masih di tahap kelas ketiga. Selepas setahun dilancarkan, didapati bahawa purata 65 peratus rakyat Malaysia menyetujui dan menerimanya sebagai satu aliran terbaik untuk menghadapi masyarakat maju menjelang 2020. Tahap pembinaan dan kesan kempen berbudi berbudi bahasa akan lebih menyeronokkan selepas fasa kedua hingga fasa kelima nanti. Fasa kedua Kempen Budi Bahasa dengan tema Senyumlah telah Timbalan Perdana Menteri lancarkan di Stadium Negara pada 20 Mac 2006. Kempen perlu diperkenalkan dan dilaksanakan sebagai langkah untuk menyedarkan setiap orang anggota masyarakat, khususnya generasi muda tentang amalan berbudi bahasa.

BIL 1

KESALAHAN

ANALISIS

PEMBETULAN ...penting sekali/amat penting

... paling penting Kesalahan kata sekali ... penguat.Kata penguat ( Ayat 1 ) hadapan paling tidak boleh digunakan serentak dengan kata penguat belakang sekali ... mengatakan tidak Tiada kata komplemen ada ... bahawa dalam ayat ( Ayat 2 ) majmuk pancangan komplemen. ... di tahap ... Kesalahan kata sendi nama ( Ayat 2 ) .di KSN .di digunakan untuk tempat. Selepas setahun Kesalahan struktur ayat dilancarkan, di tergantung kerana tiada dapati bahawa ... subjek. ( Ayat 3 ) ... telah Timbalan Kesalahan struktur ayat Perdana Menteri pasif diri ketiga. lancarkan ... ( Ayat 4 ) ... setiap orang Kata Nama Bilangan anggota masyarakat Pisahan tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.

...mengatakan bahawa tidak ada ... ... pada tahap ...

Selepas setahun kempen dilancarkan, ... ... telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri .... ... setiap anggota masyarakat

19

You might also like