You are on page 1of 5

SEBELUM PERKHEMAHAN Seperti perkhemahan-perkhemahan sebelum ini, kami seharusnya melantik jawatankuasa pengelola bagi menjalankan aktiviti perkhemahan

ini agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar tanpa mengalami sebarang masalah kecil mahupun masalah besar. Pada 27 Julai yang lalu, unit kami telah pun melantik beberapa jawatankuasa pengelola bagi membantu jawatankuasa induk menjalankan tugas. Setiap ahli Bulan Sabit Merah (BSMM) mempunyai tugas yang tersendiri. Pengerusi perkhemahan bagi unit BSMM memberi pengharapan yang tinggi terhadap komitmen setiap ahli bagi menjayakan program-program yang telah dijalankan sepanjang kem diadakan. Setelah beberapa kali perjumpaan dijalankandan setiap program telah disusun dan didokumentasikan dalam buku program dan juga tentatif, kami seluruh ahli unit BSMM telah diarahkan oleh pengerusi perkhemahan unit BSMM untuk hadir bagi memeriksa peralatan seperti khemah, pinggan, mangkuk, ubat-ubatan dan juga beberapa alat untuk mengemas kawasan iaitu cangkul, pencakar dan beberapa bilah parang. Peralatan-peralatan ini disediakan oleh AJK peralatan dan AJK Makanan. Buku program dan juga tentatif disediakan oleh AJK buku program dan AJK tugastugas khas. Seterusnya, kami semua telah diberi sedikit taklimat oleh Shahrul Azmir selaku pengerusi perkhemahan unit BSMM pada sesi kali ini. Taklimatnya berkaitan dengan barang-barang yang harus dibawa contohnya tali, kain anduh dan peralatan menulis yang lain. Selain itu, kami juga mendapat satu tugasan yang berkaitan dengan amali tali-temali. Tugasan tersebut haru dijalankan dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan harus disiapkan secepat mungkin. Kemudian, kami juga telah diberi penerangan tentang program-program yang bakal dijalankan dan apa yang harus kami bawa sebagai persediaan. Segala kelengkapan perkhemahan dan program-program telah disediakan oleh setiap ahli unit BSMM. Kemudian, kami telah diberi taklimat tentang jadual bertugas di dapur yang diketuai oleh Abdul Sharil Hazri. Setiap ahli mempunyai masa tertentu untuk membantu AJK Makanan bertugas di dapur bagi menyiapkan juadah makan pagi, tengahari, petang dan juga malam. Selain itu, jadual sentri dan jadual bertugas untuk masakan telah

diedarkan kepada setiap ahli unit. Setiap ahli telah mengambil inisiatif sendiri bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. SEMASA PERKHEMAHAN ISNIN (3 OKTOBER 2011) Tepat jam 7.30 pagi, setiap ahli unit telah berkumpul di hadapan bagunan GERKO bagi bersiap sedia mengambil khemah masing-masing serta membawa alatan yang telah ditempat ke tempat perkhemahan. Pada jam 8.00 pagi, semua unit beruniform telah berkumpul di tapak perkhemahan Sri Banai untuk sedikit taklimat sebelum mendirikan khemah masing-masing. Tetapi, bagi unit BSMM, aktiviti talitemali diadakan pada jam 8.30 pagi. Penceramah jemputan ialah pensyarah daripada Jabatan Kajian Sosial iaitu Tuan Haji Azmi Bin Mat. Beliau telah mengajar sebanyak 10 ikatan yang bermula dari ikatan mudah hingga ke ikatan sukar. Setiap ahli diminta untuk mencuba setiap ikatan yang diajar dengan betul. Selain itu, Tuan Haji Azmi juga memberitahu kepentingan setiap ikatan tersebut. Hal ini kerana setiap ikatan tersebut mempunyai kepentingannya masing-masing. Tetapi malangnya, saya tidak dapat meneruskan sesi tali-temali tersebut. Hal ini kerana saya terpaksa menjalankan tanggungjawab saya sebagai AJK Makanan bagi unit BSMM. Setiap unit harus menghantar dua orang pelajar bagi bertugas di bahagian dapur. Oleh itu, bagi tugas memasak juadah tengahari, saya dan rakan saya, Nur Bazilah bertugas pada waktu itu. Setelah selesai menjalankan tugas dan setiap pelajar diminta untuk mencuci pinggan dan cawan masing-masing. Hal ini kerana pembantu ketua Komanden telah memberi amaran kepada setiap pelajar untuk menjaga pinggan dan cawan masing-masing agar tidak hilang atau letak di merata-rata tempat. Selepas solat zohor secara berjemaah, aktiviti petang itu mengikut unit masing-masing. Bagi unit BSMM, ceramah radio amatur diadakan dan amali radio amatur dijalankan dengan jayanya. Saya dapati kebanyakan ahli begitu teruja dan seronok jalankan aktiviti tersebut. Pada malamnya, sesi ceramah motivasi yang dianjurkan oleh unit BSMM telah mendapat sambutan hangat daripada unit-unit lain iaitu Unit Pandu Puteri Kadet (PPK), Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Unit Pengakap (KLM 20). Hanya Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja yang tidak mengikuti sesi ceramah ini. Hal ini kerana mereka mempunyai agenda yang

tersendiri. Setelah berakhirnya sesi ceramah tersebut, setiap unit dibenarkan untuk membuat aktiviti bebas asalkan tidak melanggar peraturan ketika berkhemah. SELASA (4 OKTOBER 2011) Pada awal pagi selasa, setiap unit diminta berkumpul di hadapan bagunan GERKO untuk sesi menaikkan bendera. Setiap unit berada dalam keadaan kawad dan memakai baju T-Shirt unit masing-masing. Kemudian, setiap unit diminta berbaris untuk mengambil sarapan pagi. Selepas semua orang makan sarapan pagi, unit BSMM menjalankan sesi kursus kecemasan oleh Puan Hajjah Nooraini, penceramah Bulan Sabit Merah Kedah. Kemudian, juadah minum pagi disediakan. Seperti biasa, setiap ahli akan beratur ketika mengambil makanan. Hal ini adalah untuk melatih setiap ahli supaya lebih berdisiplin pada masa akan datang. Sebelum ini, pada hari isnin, terdapat beberapa unit yang berebut ketika mengambil makanan. Seterusnya ditegur oleh penolong ketua komanden. Kemudian, setelah selesai nikmati juadah minum pagi, kami menyambung semula sesi kursus malah Unit PPK juga turut serta dalam kursus ini. Setelah selesai makan tengahari dan solat zohor, terdapat beberapa orang yang bertanggungjawab menjalankan semua aktiviti BSMM Daerah Kubang Pasu dan Seluruh negeri Kedah Darul Aman. kami menyambung semula sesi ceramah daripada Ahli BSMM yang berdaftar. Kemudiannya, slot ceramah disambung oleh Encik Zainal Abidin bin Saad selaku pensyarah penasihat BSMM. Slot ceramah itu merangkumi slot Raid Cross yang merupakan salah satu permainan halangan seperti radio amatur. Permainan Raid Cross sangat menarik dan menghiburkan. Setelah selesai slot ceramah tersebut, kami seluruh unit BSMM membuat perbincangan mengenai pertandingan yang bakal diadakan pada keesokan harinya. Pertandingan yang bakal kami anjurkan ialah Bantu Mula iaitu berkaitan dengan pertolongan cemas. Saya dan Nur Bazilah bertugas untuk memasak makan malam pada hari ini. Saya mula bersiang ikan keli dari jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang. Kemudiannya, saya perlu sediakan Pada sesi malamnya selepas solat maghrib dan makan malam, kursus orieentaring yang dikelola oleh unit BSMM yang menjemput penceramah daripada unit BSMM juga iaitu Encik Yusri bagi menyampaikan kursus tersebut. Kursus itu diadakan selama 1 jam 30 minit. Tepat jam 11 malam, kursus tersebut tamat dan kami diminta untuk berkumpul sebentar, seterusnya kami dibenarkan untuk masuk tidur di dalam

khemah. Tetapi bagi unit BSMM, kami bertungkus-lumus berlatih untuk persembahan unit dan kawad kaki sehingga jam 2.30 pagi. Tepat jam 3.30 pagi, penolong ketua komanden telah jalankan rocall. Aktiviti rocall ini merupakan perkara wajib yang dijalankan tiap-tiap kali perkhemahan diadakan. Kami dikerah untuk menukar pakaian t-shirt unit masing-masing, menukar kasut bertutupdan memakai kad pengenalan perkhemahan. Sebanyak tiga kali saya terpaksa berlari ke khemah untuk memenuhi tiga-tiga syarat ini. Kami tidak dapat tidur sehingga waktu subuh. Kenangan yang paling saya ingati ialah berkawad dalam keadaan duduk. Sangatlah menyakitkan kerana keadaan tanah yang berpasir dan berbatu besar. RABU (5 OKTOBER 2011) Pada hari ketiga perkhemahan, menjadi adat dan rutin ketika berkhemah, kami perlu berkawad di hadapan bangunan GERKO bagi upacara menaikkan bendera. Akan tetapi hujan turun begitu lebat sehinggakan kami tidak dapat menjalankan aktiviti pertandingan antara unit. Saya begitu sibuk menyiapkan sarapan pagi dan bantu memasak untuk makanan tengahari. Setelah selesai makan sarapan pagi, saya sambung membantu di dapur. Kemudiannya, ahli BSMM telah memanggil saya dan rakan sekerja saya untuk pulang ke tempat pertandingan kami dijalankan untuk siapkan tempat tersebut. Tepat jam 10.30 pagi, saya dipanggil oleh unit Pengakap supaya mendaftar diri dan kumpulan bagi pertandingan masakan dalam hutan. Sejujurnya saya mengatakan bahawa pertandingan ini merupakan pertandingan yang sukar bagi saya. Walaupun saya ada sedikit kebolehan dalam memasak, tetapi masakan survival ini benar-benar menguji saya. Kumpulan saya tidak sempat untuk masak beras dalam tempurung sekali dengan sabut kelapa. Berikutan kumpulan kami tidak dapat menyalakan api dalam masa yang ditentukan oleh pihak penganjur. Kami perlu mengikut segala peraturan dan syarat pertandingan agar kumpulan kami tidak disingkirkan. Setelah selesai memasak dalam tempoh 2 jam, para juri telah bersiap sedia untuk menikmati masakan resepi istimewa setiap kumpulan. Pada petangnya, saya membantu untuk memasak juadah makan malam. Manakala ahli kumpulan yang lain sedang berkawad untuk pertandingan kawad antara unit. Saya berasa bangga kerana setiap ahli BSMM telah berikan komitmen yang sepenuh dalam setiap tugas yang telah diberikan.

Setelah solat maghrib dan semua ahli unit bersiap sedia untuk mengadakan pertandingan persembahan malam kebudayaan. Kemudian, tetamu kehormat iaitu Pengarah IPG KDA, Tuan Haji Mohd. Mustafa Bin Ahmad dan Tuan Haji Hashim Bin Asman, Timbalan Pengarah IPG KDA. Setelah Pengarah IPG KDA memberikan ucapan perasmian dan sebagainya, pertandingan persembahan dimulakan dengan unit BSMM. Sejujurnya saya mengatakan bahawa saya sedikit gementar untuk berlakon, tetapi saya cuba yang terbaik dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah selesai semua persembahan, semua unit dibenarkan untuk berehat dan tidur. KHAMIS (6 OKTOBER 2011) Hari terakhir perkhemahan telah tiba. Kami diminta untuk bersedia dan duduk di tempat yang telah disediakan bagi sesi pentauliahan ahli unit KRS. Setelah selesai pentauliahan tersebut, semua unit dijemput makan tengahari dan bergambar bersama pengarah dan pensyarah penasihat unit masing-masing. Kami diminta untuk bersihkan tempat perkhemahan dan merata-rata lagi sehingga bersih. Kemudian, sesi break camp pula diadakan. Sesi ini tamat pada jam 3.00 petang. Seterusnya, perkhemahan tamat dan semua ahli boleh bersurai.

SELEPAS PERKHEMAHAN Selepas tamat perkhemahan, setiap ketua AJK membuat laporan bagi setiap AJK yang dipegang. Segala peralatan dan perkakasan yang dipinjam daripada Stor Gerko IPG KDA dan Stor Utama IPG KDA sudah dipulangkan dalam keadaan yang asal.

You might also like