You are on page 1of 14

KERELEVANAN SAINS SOSIAL KEPADA PERKEMBANGAN ILMU DAN MASYARAKAT

Definisi Sains Sosial

Pengetahuan tentang manusia dan masyarakat,merangkumi semua aspek kehidupan sosial. Andaikan tingkahlaku manusia dapat di perhati,terdapat regularitiesdan patternsdalam kehidupan bermasyarakat dan hukum-hukum yang mendasari kehidupan sosial. Contoh sains sosial ialah sosiologi,psikologi,antropologi,sains politik dll.

Definisi Ilmu

Ilmu biasanya di definisikan sebagai proses memperoleh pengetahuan, atau pengetahuan terorganisasi yang diperoleh melalui proses tersebut. Proses keilmuan adalah cara memperoleh pengetahuan secara sistematik tentang sesuatu sistem. Perolehan sistematik ini umumnya berupa metode ilmiah, dan sistem tersebut umumnya adalah ilmu sains dan ilmu kemanusiaan.

Definisi Masyarakat

Masyarakat adalah sekelompok manusia yang membentuk sebuah sistem semi tertutup atau semi terbuka, dimana sebagian besar interaksi adalah antara individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Lebih abstraknya, sebuah masyarakat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antara entiti-entiti. Masyarakat adalah sebuah komuniti yang saling bergantung antara satu sama lain. Umumnya, istilah masyarakat digunakan untuk dituju kepada sekelompok orang yang hidup bersama dalam satu komuniti yang teratur. Menurut Syaikh Taqyuddin An-Nabhani, sekelompok manusia dapat dikatakan sebagai sebuah masyarakat apabila memiliki pemikiran, perasaan, serta sistem/aturan yang sama. Dengan kesamaankesamaan tersebut, manusia kemudian berinteraksi sesama mereka berdasarkan kemaslahatan.

Sejarah Perkembangan Ilmu. Zaman Pertengahan (500-1400)

Miliki tradisi ilmu yang: *dibina oleh gol agamawan. *Bersifat teleologikal kerana diasaskan kepada kepercayaan bahawa tuhan adalah sumber pengetahuan. *Galakkan penelitian tentang isu abstrak seperti penciptaan (creation),sifat tuhan,sifat malaikat dsb. *Anggap kajian tentang alam gunakan penaakulan tidak wajar dan tidak boleh dilakukan(salah dari segi agama,sebar ajaran sesat).

Zaman Renaissance (1450-1650)

Sarankan segala yg wujud dlm alam adalah hasil pemikiran manusia(cerminan kesedaran manusia). Sarankan selain daripada tradisi dan autoriti ilmuan-agama (religious scholars) keupayaan manusia berfikir & buat penaakulan perlu diambil kira utk bina pengetahuan.

ZAMAN PENCERAHAN (1650-1800).

Ahli-ahlinya terdiri daripada reformis politik, pengkritik kebudayaan,sejarahwan dan pemikir sosial seperti Mary Wollstonecraft,, Adam Smith, Thomas Hobbes,Montesquieu dll. Terdiri daripada puak moderate dan ekstrimis/radikal. Keyakinan orang kepada sains dan kaedah sains untuk dapatkan pengetahuan meningkat (zaman Isaac Newton). Suasana intelektual berubah penyiasatan kritis dan saintifik seperti alam fizikal dan sosial amat dialu-alukan cetuskan gerakan intelektual yg berusaha memertabatkan sains.

Perkembangan Ilmu Pada Masa Kini .

Timbul pelbagai disiplin khusus(specialist desciplines); Sains ekonomi(economic sciences),sains politik,sosiologi,undang-undang,sossiologi agama,sosial ekonomi,dan sosiologi seni lukis (sociology of arts). Penubuhan fakulti,jabatan ilmiah, program pengajian dan institut penyelidikan yg menyokong pengkotakan dan pengkhususan ilmu pengetahuan: Contohjabatan sejarah,sains politik,geografi dll.

Sambungan

Kini terdapat beberapa disiplin SS seperti (psikologi, geografi,sejarah,sosiologi,antropologi,linguistik, komunikasi, demografi);bawa diri masing-masing tidak berinteraksi. Usaha pertemukan disiplin: Penyelidikan antara disiplin (interdisciplinary research) dan multidisiplin (multidisciplinary research) e.g. penyelidikan mengenai migrasi pekerja Indonesia ke Malaysia libatkan ahli ekonomi, antropologi, geografi, pskilogi dll. Latihan diberi kepada specialist tentang generalities iaitu prinsip umum dan sejagat yang mendasari kehidupan bermasyarakat.

Manfaat Ilmu Kepada Masyarakat

Membawa kemajuan kepada masyarakat sosial,ekonomi,politik,teknologi dll. Meningkatkan taraf hidup masyarakat. Dapat membuat sesuatu keputusan secara rasional dan terbaik. Menjadikan sesuatu masyarakat itu berkaliber dan berintelektual. Dapat mengubah stratifikasi sosial masyarakat.

KERELEVANAN SAINS SOSIAL. Definisi Kerelevenan.

Menurut Hyperdictionary kerelevenanmerujuk kepada kebolehan sesuatu perkara itu untuk diaplikasikan. Sesuatu perkara dianggap mempunyai kerelevenan logikal sekiranya ia menyebabkan consequent suatu perkara itu lebih mungkin atau kurang mungkin terjadi. Kerelevenan sains sosial boleh di bincangkan daripada dua aspek penting iaitu aplikasi dan kesan yang boleh di dapati daripada kajian bidang sains sosial.

Kerelevenan Sains Sosial.

Bagi membolehkan perbincangan secara menyeluruh,aplikasi sains sosial akan di lihat pada sudut keperluan manusia. Keperluan manusia dapat di bahagikan kepada lima peringkat iaitu: #Fisiologi. #Keselamatan. #Keakraban dan kasih sayang. #Kepercayaan kepada diri sendiri. #Self-Actualisation.

Kegunaan sains sosial pada masa kini (di Malaysia).

Amat berkait rapat dengan pembangunan negara. Dari pelbagai aspek seperti pendidikan,sains politik,ekonomi dan sebagainya. Wujudnya pelbagai bidang-bidang baru di Malaysia.

Kesimpulan.

Sains sosial sekarang ialah satu gergasi besar yang merangkumi berbagai-bagai aspek kehidupan manusia. Aspek pengetahuan tentang sains sangat perlu di tekankan sebagai usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan negara.

You might also like