P. 1
NORRA HBML3203

NORRA HBML3203

3.0

|Views: 1,753|Likes:
Published by Kinniku Mantaro

More info:

Published by: Kinniku Mantaro on Oct 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2013

pdf

text

original

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER MEI 2011

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

660207045112002 660207-04-5112 019-3004967 norra.ismail@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MELAKA

1 Pengenalan 1. Lahuma 2.2.2.1 Tema Utama 2.4 Latar 2.3.2 Latar Belakang Novel Ranjau Sepanjang Jalan 1.Perkara 1.1 Persoalan Sampingan 2.1 Watak Utama i.0 PENDAHULUAN 1.1 Tempat 12 3.2 2.3.2 Watak Pembantu i.1 Tema dan Persoalan 2.3 Mesej Watak dan Perwatakan 2.0 RUMUSAN RUJUKAN 13 .3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS 2. Jeha Muka surat 1 2 3 2.0 2.4.

misalnya puisi (seperti pantun) atau perbilangan adat. Aminudin Mansor (2011). Menurut Dr. boleh menghayati pergolakan jiwa dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa sasteranya. kesusasteraan kita mestilah merupakan sumbangan untuk memahami segala aspek kemanusiaan tanpa mengetepikan estetik dan idealisme. memberi ketenangan dan merehatkan fikiran dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani. dengan analisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan. autobiografi.0 1.1 PENDAHULUAN Pengenalan Dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) oleh Ali Ahmad (1994) memberikan definisi kesusasteraan sebagai kehalusan atau estetika bahasa. Kesusasteraan sebagai satu kegiatan kesenian mendapat perhatian penting oleh masyarakat. Ciri-ciri kesusasteraan mestilah memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar. mudah difahami. Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya kreatif pihak yang mengukir karya sastera. Tujuan itu menjadi milik orang yang menghasilkannya. Ali Ahmad (1994) menjelaskan. iaitu atas sebab tidak ada batas yang jelas antara kegiatan-kegiatan keagamaan. Dewasa ini kegiatan sedemikian tidak berlaku lagi. kesenian dan ekonomi. cerpen. kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. biografi. budaya atau pendidikan moral. khususnya bagi masyarakat lama. Minat yang sedemikian mendalam. Genre-genre prosa dalam Kesusasteraan Melayu Moden antaranya ialah novel. Sesebuah karya sastera dihasilkan untuk memenuhi sesuatu tujuan. mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang tinggi. Selaras dengan sastera-sastera agung dunia. drama.HBML4203 1. Menurut Muhammad Haji Salleh (1995). esei dan kritikan. Kesusasteraan memberi pengetahuan. digunakan ketika melaksanakan kegiatan ekonomi. seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar. 1 . mempertahankan kehalusan kesenimanan. Dalam hal ini. Pada zaman lampau. Ini bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa itu amat berguna kepada khalayak.

Padi menjadi segala-galanya kerana merupakan sumber rezeki. Makanan dan wang diperolehi daripada hasil padi. Penulis juga boleh menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya.HBML4203 Ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan. Semek. Lebar dan Kiah yang hidup pada pertengahan abad ke-20. pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi. Oleh sebab itu. Milah. terdapat pengarang yang memilih untuk: a) b) c) d) Berterus terang Menggunakan cara halus dan kasar Menumpukan kepada keindahan Mementingkan isi semata-mata Karya sastera moden yang dipilih ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah. Shahnon Ahmad (1997). Liah. Jenab. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penuh kesusahan. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Setiap musim hasil padi mesti mencukupi untuk kegunaan mereka sekeluarga.2 Latar Belakang Novel Ranjau Sepanjang Jalan Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Aliran yang diikuti oleh penulis novel Ranjau Sepanjang Jalan ini pula merupakan aliran realisme iaitu menumpukan perhatian kepada gambaran isu masyarakat. Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Hala tuju pemikiran Shahnon Ahmad lebih kepada berterus terang tentang kehidupan yang dilalui oleh golongan petani terutamanya bagi Lahuma sekeluarga. 2 . 1. menganggap novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cerita.

1999). Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan fenomena politik semasa yang berlaku di tanah air seperti tergambar dalam novelnya Menteri (1967). Namun tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya tidak mampu untuk menggantikan tenaga Lahuma. Banjir. Shahnon juga merupakan pelopor penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan Melayu. Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban untuk mengerjakan sawah. Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri. Rusia. burung tiak pula datang menyerang. memakan padi. 1. Sutan Baginda (1990) dan Shit (novel satira. Jepun. Dia merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua pada tahun1982. Perdana (1969). Novel Shahnon yang terkenal. Ranjau Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap. pengkritik sastera dan ahli politik. dan Denmark. Sweden.0 ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS 3 . Sebelum itu Lahuma yang mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir. Sik. Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Bila padi mula menguning. Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan moral masyarakat kesan daripada pengaruh pemodenan seperti terlukis dalam novelnya Kemelut (1977) dan Tivi (1995). Di samping itu. serangan ketam dan burung-burung tiak. 2. Umi dan Abang Syeikul (1988) dan Tuk Guru (1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam menyampaikan kesedaran beragama dan pelaksanaannya.3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad Datok Shahnon Ahmad ialah penulis. serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak boleh bertahan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anaknya. novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq (1986). Iceland. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Belanda.HBML4203 Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. serta anak-anaknya. Tunggul Gerigis (1988). Jeha. Setelah ketiadaan Lahuma. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Patriarch (1991).

( hal: 4). sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). sanak saudaranya miskin. kerana keluarganya sendiri miskin. Contohnya Lahuma cuma memiliki sawah 14 relung sahaja sedangkan pada awalnya keluarganya mempunyai sawah sebanyak 20 relung. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon. Kedah. Enam relung terlepas ke tangan Cina kerana jual janji. 4 .1. Penulis memilih tema ini berdasarkan pengalamannya sendiri semasa kecil yang tinggal di Kampung Derdap. peristiwa.HBML4203 2. pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung. Ini kerana 6 relung sawah telah dijual seperti petikan di bawah: Bapanya dulu mempunyai dua puluh relung bendang. Tinggal empat belas relung. Yusof Hasan (1990 : 1). 2. sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. kesusahan dan penderitaan hidup petani-petani Melayu dalam menghadapi bencana alam. Sik. Di dalamnya terkandung objek.1 Tema Tema yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini berkisar tentang kemiskinan iaitu perjuangan.1 Tema dan Persoalan Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya. murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. Menurut Mohd. Tema merupakan buah fikiran atau idea penulis. Antara penderitaan dan kesusahan yang dialami kaum petani yang diwakili oleh keluarga Lahuma dan Jeha dalam novel ini ialah luas sawah yang semakin berkurangan dan ini menunjukkan kemiskinan keluarga ini. kejadian dan sebagainya.

... Jeha sakit akibat ular tedung senduk..Mahu rasanya dia merentap pisau cukur dan memotong kaki yang reput itu. Contohnya. Mahu rasanya dia memicit kaki itu hingga terlompat keluar duri nibung yang tersumbat itu. (hal: 123).. Lahuma dan isterinya sahaja yang bekerja dan tiada orang lelaki lain yang boleh membantunya di sawah.. banjir dan burung tiak seperti petikan di bawah: Bahana ular tedung senduk masih liar menjelajah kehidupan Jeha sejak peristiwa di pinggir paya dekat belukar semai tempoh hari..... Ketam sudah mula menyerang sawah Kampung Banggul Derdap (hal: 151) Tetapi banjir di sebelahnya masih juga belum surut .... Lahuma sudah mati... Itu lebih kurang lima belas ekor burung tiak yang hitam kelabu. . (hal: 45)..HBML4203 Lahuma hanya mempunyai isteri dan 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan.. Tenaga kerja orang perempuan tidak sama dengan tenaga orang lelaki. Kenyataan ini dapat dilihat seperti petikan di bawah: “Kaulah yang akan menajak kalau aku sakit... Ketam sudah datang... Langkah-langkah dan gerak-gerinya masih juga terketar-ketar dan terhinggut-hinggut ketakutan.Tak ada Lahuma. (hal: 91)..... Bendang itu tentu tak sanggup dihabiskan olehnya dan oleh Sanah dan Milah..”Jeha Cuma mengiya saja.. Lahuma sakit dan mati akibat terkena duri nibung dan padi mereka diserang ketam.. Jeha sedar tentang kedudukan yang sebenar.. (hal: 217). Kesusahan yang seterusnya pula ialah bencana alam termasuk juga bencana dari binatang perosak. 5 . Tiba-tiba timbul dari dalam semak-semak padi.. (hal: 239). tak adalah beras nanti untuk anak-anak (hal: 80)..

1. (hal: 99) Lahuma dalam kubur masih juga lakinya. Jeha juga tetap setia dan beranggapan bahawa Lahuma adalah suaminya dan tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya walaupun Lahuma sudah meninggal dunia. Persoalan yang keempat ialah. Dia teringat kepada ular tedung senduk di bekas semai. kesusahan yang dialami kaum petani untuk menanam padi.Ubat ramuan dicari tambah. Banjir besar. Onak nibung yang membunuh Lahuma.Lintah gajah. dan burung tiak yang menyerang dan menimpa kepada Jeha. Petang itu Jeha tidak turun ke sawah. Kemarau panjang.. ketaatan seorang isteri kepada suaminya. Ketam-ketam. (hal: 176). Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan.batang menerung.(hal: 263) Persoalan yang kedua ialah.HBML4203 2. Lahuma sekeluarga percaya sepenuhnya kepada Allah dan bergantung terus kepada maha penciptaNya. Ketaatan seorang isteri ditunjukkan melalui watak Jeha yang sentiasa berada di sisi Lahuma walaupun disaat Lahuma yang sedang menderita sakit akibat bisa onak nibung.2 Persoalan Persoalan pula bermaksud perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema. Burung Tiak yang banyak. Dipegang oleh Allah Azzawajalla. Antara persoalan yang wujud dalam novel yang dikaji ini ialah yang pertama.. berpegang teguh pada agama dan berserah kepada Tuhan semata-mata merupakan pendirian watak utama dan juga keluarganya. Watak Sanah sebagai anak sulung kepada Lahuma dan Jeha yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan adik-adiknya dan sawah milik keluarga mereka setelah ayahnya meninggal dunia dan emaknya menjadi gila. Rumput-rumput bulu landak. Kaki lakinya dicelur dan didemah lagi. duri nibung. banjir. Lahuma yang disayanginya itu. Lahuma dan sawah mereka.. tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga amat penting dan amat berat. ketam. (hal: 1) Persoalan yang ketiga ialah. Batang. Dalam novel tersebut terdapat pelbagai kesusahan yang dialami oleh keluarga Lahuma iaitu masalah bencana alam seperti ular tedung senduk. 6 .

7 . Latar merupakan kompenen yang penting dan berperanan menerangkan situasi peristiwa itu berlaku.(hal: 180). Jeha tidak dapat menanggung seksaan itu. tekanan jiwa dan perasaan sehingga menjadi gila. Bencana sawah macam-macam dan menjadi-jadi pula tahun ini. Anaknya tujuh orang. Menurut Ramli Isin (1984:60). Jeha dalam novel tersebut telah mengalami gangguan jiwa kerana dia terpaksa menanggung kesengsaraan hidup bersama anak-anaknya yang ramai untuk menjaga sawah mereka setelah kematian suaminya. “The theme of a work is not its subject but rather its central idea which may be stated directly or indirectly. Sebagai contoh tema dan persoalan yang telah menjadi renungan penulisnya. Bendang ada empat belas relung.. Demikianlah tema utama yang menjadi fikiran atau persoalan diutarakan oleh pengarang novel ini.. (hal: 222) Persoalan yang kelima yang saya kaji dalam novel ini ialah.2 Latar untuk menghasilkan karya yang sempurna.Dia mahu menghadapi segala-galanya itu dengan adik-adiknya yang enam orang itu. sesebuah karya yang sempurna bukanlah dibangunkan oleh sesuatu unsur tertentu sahaja. tetapi dari jalinan dan paduan pelbagai unsur.A Cuddon (1977:679).” Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan hidup petani di Kampung Banggul Derdap. Persoalan-persoalan berbagai unsur begini telah memberi kekuatan jalinan yang padu 2. Di dalamnya terungkap pandangan hidup atau cita-cita pengarang yang akan turut menimbulkan motif dan persoalan-persoalan lain. Tema ini selaras dengan pendapat J. Latar juga berfungsi menimbulkan suasana atau keadaan penceritaan menjadi lebih menarik minat pembaca dan merangsangkan mereka untuk terus membaca. mendefinisikan. Kedah. Lakinya telah tidak ada. Sedangkan semasa suaminya hidup dahulu banyak pekerjaan yang melibatkan sawah mereka diuruskan oleh Lahuma dan Jeha hanya membantu sahaja. Rumah sudah robek-robek. Shahnon Ahmad mengambil latar kampungnya sendiri.HBML4203 Tetapi kini Sanah tidak melepaskan tangan lagi.

(hal: 4) Perkuburan – “Kecuali keinginannya untuk pergi ke tanah perkuburan yang terletak di bahagian tenggara desa…. menyebutnya sebagai kata-kata denotasi dan konotasi.Husin (1988 : 91) menyebut latar adalah “setting” bagi sesebuah cereka. fikiran. Penyampaian cerita secara pelbagai bentuk seperti imbas kembali. Ini bermakna kata-kata abstrak itu bergantung kepada cara mana seseorang itu mentafsirkannya.. pengarang telah mewujudkan latar-latar realistik yang menggerakkan plot dan watak agar memberi kesan yang mendalam dan adanya unsur sejarah. monolog dan bercerita biasa menampakkan realistik yang indah indah dan berkesan. Permainan bahasanya dibuat dengan cara yang berkesan sekali. mayarakat dan suasana.1) Kesimpulannya.. Keris Mas (1988: 20).1 Latar Tempat Shahnon Ahmad memperkenalkan sebuah desa yang mempunyai sawah padi yang luas dan ada juga semai di penjuru rimba untuk mereka menabur benih. iii. ii. Merujuk perkara yang sama. Pemilihan kata-kata abstrak yang mengkehendaki pembaca memikirkan makna secara tersendiri. Ini juga disokong oleh Kamarudin Hj. dialog. Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan oleh pengarang diaplikasikan semasa menyampaikan cerita yang bertindak sebagai pengarang yang tahu serba serbi mengenai peristiwa. turut menyatakan bahawa sudut pandangan orang ketiga merupakan teknik penceritaan yang paling utama kerana ia mudah digunakan.HBML4203 2.” (ha: 16 Belukar/penjuru rimba – “Bila nak tanam semai di belukar?.” ( hal. masa. 2. Bagi beliau terdapat 4 jenis latar iaitu latar tempat. Antara latar-latar tempat dalam novel ini ialah.. perasaan dan tingkah laku watak. Sawah padi/bendang – “Aku nak turun ke bendang sebentar…. i. Hashim Awang (1981:194). menerangkan bahawa gaya bahasa itu ialah manipulasi penggunaan bahasa sesuai dengan apa yang ingin dinyatakan atau disampaikan penulis hingga membawa kesan-kesan tertentu kepada para pembaca.3 Watak 8 . Ini bertepatan dengan pendapat Umar Junus (1980)...2.

(hal: 12) 9 . tetapi beliau rela menerimanya. budi bahasannya dan tabiatnya. Situasi ini dapat dilihat seperti petikan ini: Kemudian dia berjalan terhinggut-hinggut dan berjengket-jengket di atas permatang itu. Menurutnya lagi pasti terdapat watak utama dan watak-watak lain. (hal: 182) Lahuma juga seorang yang sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan apa yang diberi Allah kepada dirinya dan keluarganya. tindak-tanduk dan gerak geri mereka untuk menuju matlamat penulis dalam menyampaikan ceritanya.Lahuma Watak beliau digambarkan secara langsung oleh pengarang dengan menjelaskan sifat dan ciri pewatakannya. rupanya. 2. pemikiran. Di dalam novel ini.3. (hal: 84) Watak Lahuma yang digambarkan di atas bertepatan dengan pendapat Kassim Ahamad (1964:10). Walaupun hidup dalam kemiskinan. Contoh petikan: Tuk penghulu teringat kepada Lahuma dahulu yang bekerja tanpa menghiraukan hujan panas. Contoh petikan. Kegigihannya dalam mencari rezeki dengan mengerjakan sawah dapat dilihat sehingga kakinya tercucuk dengan duri nibung. Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah tangannyan tercantum menadah langit………Masing-masing bermohon kepada Allah Azzawajalla. mendefinasikan watak dalam novel sebagai orang-orang yang ada dan mengambil bahagian dalam cerita itu. pakaiannya. Lahuma merupakan seorang yang kuat bekerja dan mementingkan kebajikan anak-anaknya. Shahnon Ahmad telah mencipta beberapa watak yang mendukung tema novel dengan ciri-ciri khusus dengan latar fizikal. Mati hidup hanya bergantung kepada padi sahja. keperluan asas seperti makanan dapat disediakan. Contohnya.HBML4203 Ismail Ahmad (1974:27). Walaupun menempuh berbagai-bagai dugaan hidup.1 Watak Utama . perasaan. watak sebagai usaha penulis-penulis dengan menggunakan pelbagai teknik membuat gambaran-gambaran yang selengkapnya tentang keadaan seseorang.

pada suatu tempat dan waktu (latar) dengan tujuan yang tertentu (tema) pula. Contoh petikan: Emak mereka telah gila.5 Mesej Mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang ialah manusia perlu bersedia dan sanggup menerima perubahan-perubahan dalam hidup seperti menerima takdir yang ditentukan antaranya kemiskinan. Apa sahaja kurniaan Allah S. (hal: 1) 10 . Watak yang digambarkan ini selaras dengan pendapat Othman Puteh (1988:22) yang menjelaskan watak terlibat untuk melakukan sesuatu (plot). watak-watak yang ditonjolkan oleh penulis ini hidup dan dapat menjalin cerita dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain sehingga peristiwa tersebut terlerai dikesudahan cerita.T. Dipegang oleh Allah Azzawajalla.W. Akhirnya Jeha menjadi gila. perlu diterima dengan penuh kesyukuran antara petikan penulis yang disampaikan ialah: Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. 2. (hal: 224) Kesimpulannya.HBML4203 Pada keseluruhannya. kehilangan dan sebaganya. 2.3. Jeha Watak Jeha pula seorang wanita yang telah membantu Lahuma dan taat kepada suaminya. Ini diketahui oleh semua adik-adik Sanah. watak Lahuma sebagai watak protagonis yang ideal terpaksa mengharungi masalah kehidupan serba kekurangan dan penderitaan lahiriah mahupun batiniah.2 Watak Pembantu i. Emak mereka akan dibawauntuk diubati. Wanita yang telah melahirkan 7 orang anak perempuan ini sentiasa berada di sisi suaminya yang hidup dalam serba kekurangan. Namun akhirnya dia gagal melawan dugaan hidup setelah kematian Lahuma. kematian.

Makan bergantung kepada sawah. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah.HBML4203 Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Itulah hidup kita. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin.Dia mesti dipupuk dan dijaga. tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. kekurangan tenaga dan juga tiadanya teknologi moden pada masa itu.. Mesti dijaga. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam. kita wajib melawan.. Malahan hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap. 11 .” “. Petikan di bawah menggambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma . Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Biar siapa datang menyerang. kita mesti lawan.Anak-anak kita perlu makan siang malam. masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. kekurangan modal. “Padi mesti ditanam. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Biar datang seribu musuh.” (hal: 185) Sememangnya bagi penduduk kampung. namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Itulah hidup anak kita. anak-anak kita akan mati. Tidak ada nasi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan mereka tidak ada sumber untuk dimakan.

Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa melalui novel ini. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Shahnon Ahmad juga menggambarkan Lahuma seorang yang sangat tabah dan redha dengan kemiskinan yang telah diwarisi dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah S. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu dan perhatian dari pihak kerajaan. Shahnon Ahmad juga ingin memberitahu kepada khalayak kesusahan yang dihadapi oleh golongan petani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini bagi menghasilkan beras seperti kata “sebutir nasi merupakan setitis peluh petani”. sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Menurut Mohd..0 KESIMPULAN 12 . 3. Kelemahan golongan anita telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap seperti yang menimpa Jeha yang menjadi gila setelah kematian suaminya Lahuma. Jalan cerita yang sederhana inilah yang berjaya menunjukkan serba sedikit kekurangan atau kemiskinan yang dialami dalam kalangan masyarakat desa. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Begitu kritis.HBML4203 Traktor yang adapun hanya digunakan oleh penghulu kerana sewanya mahal. Yusof Hasan (1990 : 1). Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Dalam novel ini juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani digambarkan dengan jelas kerana penulis pernah melalui kehidupan tersebut. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad.T.W. Shahnon berjaya membawa pembaca merasai kesan kemiskinan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel ini. sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskinan secara terperinci.

novel ini menimbulkan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan golongan petani dan kesusahannya untuk menghasilkan beras sebagai makanan utama di negara ini. 13 . barulah kita tahu betapa sukarnya kehidupan seorang petani dan kita akan lebih menghargai beras yang kita makan.Okt. Asas Menganalisa Cereka. Novel ini membawa aliran realisma iaitu menumpukan perhatian kepada gambaran isu masyarakat yang terdiri daripada petani. RUJUKAN Abdul Aziz Abdul Talib. A. Lakaran sebuah kisah hidup masyarakat petani yang begitu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tergambar menerusi novel ini. Ali Ahmad.Wahab Ali. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Setelah kita membaca dan menghayati novel ini.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Akhir sekali. (1988). ternyata novel ini memperlihatkan penguasaan yang seimbang antara isi. Shahnon Ahmad telah memperlihatkan ketrampilannya dan menguasai persoalan yang diutarakan dengan teknik penceritaan yang menarik. Walaupun kehidupan Lahuma dan keluarganya melalui hari-hari yang penuh kesukaran dan menghadapi cabaran dalam pertanian sawah padi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jilid 32. teknik dan aduanan bahasa yang sangat berkesan kepada emosi dan fikiran pembaca.HBML4203 Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai estetika atau nilai keindahan yang sangat tinggi. (1989). Bil 10. Pada pendapat saya. Konsep Dalam Penulisan: Implikasi Daripada Sudut Pengajaran.(1989). namun mereka masih lagi mampu berpegang kuat kepada ajaran agama iaitu agama Islam. Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Mereka berdoa dan berserah kepada qada dan qadar dalam menjalani kehidupan mereka.

Keris Mas. 22 Mei 2011 Dr. Open University Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Kadir. (2011) Subjel Sastera Membina Insan.HBML4203 Dr. 14 . (1988). Kuala Lumpur. Harun Jaafar. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Fajar Bakti. (1988). (1982). Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd. (1985). (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan.Husin. Tanggapan Sastera. Hamzah Hamdani. (2011). Universiti Malaya Nik Hassan Basri Nik Ab. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. Novel-Novel Melayu Melayu Dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Online. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden. HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Mana Sikana.Aminudin Mansor. Kamarudin Hj. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Jurnal Pengajian Melayu. Teknik Mengkaji Novel. (2005) c. Tg. (2005) b. http://eprints.webs.depdiknas.pdf http://simahmamat. (1985). (1979). Ranjau Sepanjang Jalan. Rahman Shaari. Shahnon Ahmad.Bhd.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.usm. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.HBML4203 Nik Hassan Basri Nik Ab.wordpress. (1984).go. Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. (1985). Shahnon Ahmad. Kadir. Kadir. Stilistik Komsas. Memahami Istilah Sastera. Syed Othman Kelantan. Kuala Lumpur: Karya Bistari.0 15 . Faktor Interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Nik Ab.html1. Umar Junus.id/lamanv4/?q=detail_artikel/1311 http://jurnalperadabanipm. “Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu”. Petaling Jaya: Karya Bistari. Sastera Melayu Moden.blogspot.com/ http://pusatbahasa. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.my/6557/1/KAJIAN_MENGENAI_KESATUAN_IDEA__DALAM_DIA LOG_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BIDANG_ESTETIK_DALAM_MATA_ http://jpmipgmtaa.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Kajian_Komsas.

HBML4203 16 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->