P. 1
Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah

Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah

|Views: 568|Likes:
Published by Amirul Iman Anuar

More info:

Published by: Amirul Iman Anuar on Oct 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/10/2013

pdf

text

original

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 128

UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
SYED SOFIAN SYED SALIM, Ph.D MUHAMMAD NASIR BISTAMAM, Ph.D

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud etika. 2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 9.1 PENGENALAN

Rajah 9.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

Selain itu terdapat kes di mana guru . Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid.2 di atas. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. ibu bapa pelajar. berketerampilan. Jelasnya. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. Sebagai sebuah kerjaya keguruan. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar.1 dan 9. mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru? P erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. perniagaan dan sebagainya. anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9. Pada pendapat anda. perubatan. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti. akauntan. rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. kejuruteraan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. kaunseling. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 129 Rajah 9.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru.

’ Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas.. maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu... sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan? . Sekiranya anda mengetahuinya. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. . Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila Profesion Perguruan’. Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu..Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 130 menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. yang taat setia. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. 18 September 2008).. Oleh yang demikian. Selepas anda selesai. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia.. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. ‘Kami guru Malaysia.

baik atau buruk dan lain-lain). kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith. iaitu ‘Mos’ dan dalam bentuk jamaknya ‘Mores’. 2002). yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 131 9. keguruan. Science of Morals. Etika berkaitan dengan norma-norma. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin. Dari aspek kerjaya pula. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. merujuk ‘to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong’. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994). 2006). Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya. Manakala moral pula menurut Keith (2006). Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong.2 Pengertian Etika E tika (etimologi). iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan. etika ialah ‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a sciene which judges this conduct to be right or wrong. sempurna. juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol. berkhemah dan berkesan. Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. to be good or bad or in some similar way‘ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah. pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat. yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan). berasal dari bahasa Yunani adalah ‘Ethos’. Menurut para sarjana. tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan. serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman. etika tidak lain adalah aturan perilaku. nilai-nilai. . Di samping itu. Mengikut William (1971).

2005). 4. Satu sistem dasar akhlak. adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan. 3. Etika : _____________________________________________________________________________ Moral : _____________________________________________________________________________ Rajah 9. 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. etika merupakan: 1. etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Tuliskan secara ringkas.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan . Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary. 2.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 132 Kesimpulannya. apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. Dari persepktif Islam.

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 9.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 133 Berdasarkan Rajah 9. apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut.3 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Rajah 9.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia .3.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 134 Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. Nilai-nilai tersebut ialah: Rajah 9.4 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia. tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. pelajar. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan .5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Kementerian 9. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.5 ETIKA PROFESION PERGURUAN Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.

intelek. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 135 Malaysia Barat (Laporan Aziz. k. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan. e. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. c. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. Dia haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. warna. kepercayaan politik. telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. tempat asal. asal keluarga. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. n. 1971). bahasa. l. daya cipta dan rohani. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. jantina. f. . Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. d. b. o. g. intelek. h. masyarakat awam dan negara. i. m. agama. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. j.matlamat yang diterima oleh masyrakat. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. p. persatuan atau persendirian. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. akademik dan status-status lain.

____________________________________________________________________________ 2. s. t. iaitu berdasarkan kecekapan. Berdasarkan laman web di bawah. bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara. v. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.____________________________________________________________________________ 3. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. r. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 136 q. politik persendirian terhadap muridmuridnya.____________________________________________________________________________ 4.com/watch?v=BfAGv__vcTs Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara 1. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. http://www.____________________________________________________________________________ . Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja. keagamaan.youtube. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. u.

6 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. masyarakat dan negara.          Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan .Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 137 A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. dan ibu bapa. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. rakan sejawatan. Rajah 9.3 Tanggungjawab utama guru 9.

Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. 2. Waktu hadir ke kelas. 5. Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan? 9. 3.2 Tahun 1985 1. Bil 2/1982: 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. . Etika Pengurusan Masa SPI. Semak buku latihan murid. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.2 Tahun 1985 . Politeknik.7 Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian. Berdasarkan peraturan 4(2). Waktu hadir ke sekolah.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 138 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. 2. memberikan bimbingan.

kantin. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). b.U.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a. bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti. melakukan gangguan seksual  Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum  Mengemukakan sijil sakit palsu . Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi. menghantar anak.penyeliaan dan penilaian program/aktiviti. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.kerja setiap hari yang telah dilaksanakan. Mengadakan senarai semak kerja. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar.mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak. bilik guru.U. refleksi P&P.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.(A) Peraturan 11 a.22.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai. pemantauan. Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a.U. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f. GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat. b. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c. c.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 139 Tanggungjawab Asas Guru P. Kawalan kerja. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan. Sukatan Pelajaran P. e. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara.  Berjudi di pejabat  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah  Kesusahan berat kerana berhutang  Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi. d. laluan utama.

Tanda Nama a. temujanji hal-hal peribadi. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. datang lambat. pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a. kawan tolong punch. 9. Etika Perguruan. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas Secara berpasangan. Tidak hadir tanpa cuti.  Keluar negara tanpa kelulusan. Kerap ponteng. Seperti:  Membantah atau melawan pegawai atasan. keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur. j. .8 ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN Cetek pengetahuan mengenai FPK. Rambut melebihi kolar baju.Teknologi Pendidikan.  Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio. Kokurikulum. Psikologi Pendidikan. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. Kurikulum. memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. i. dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. berjubah. berniaga. h. menipu waktu kehadiran. tidak diurus dan berbau. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a. dasar Pendidikan Negara. Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. b.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 140 g. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a.

menghantar markah ujian. Hasil kerja a. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. diamal. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. b. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat. Pekeliling . 6. KATA KUNCI 1. Moral 4. Perofesion 6. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain. Kod Etika 3. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. RUMUSAN Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan. c. 3. Etika 2. dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati. Menerusi kod etika. 4. Duduk bersilang kaki. maka ia perlu dihayati dan diamalkan. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Sahsiah 5. 2. bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. d.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 141 Adab a. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. tidak mengisi rekod kehadiran murid. tidak hantar buku rekod mengajar.

Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. Hasan Langgulung (2002). London: Methuen. An introduction to ethics. RUJUKAN Foo Say Fooi. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Ethics in the workplace. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1971). The Oxford School Dictionary (1994).Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 142 PENILAIAN KENDIRI a. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia. Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. d. Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. New York: South Western Educ Pub. L. Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. Hasan Langgulung (1986). Keith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. 18 September 2008 William. . (2006). London: Oxford University Press. G. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari.

b . Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. c. Tanggungjawab Terhadap Pelajar  Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. bertanggungjawab dan berguna. jasmani. keturunan dan agama.  Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. rakan sejawatan. Tanggungjawab Seorang Guru a.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 143 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. politik.  Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. d.  Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi. emosi. pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan  Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru.  Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia . Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara  Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. mental.  Perawakan yang baik dari segi pakaian. dan ibu bapa. masyarakat dan negara.  Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa. .  Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan.  Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. sosial.  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

 Keluar negara tanpa kelulusan. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.  Mengemukakan sijil sakit palsu. h.  Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi. menghantar anak. Ingkar perintah. melakukan gangguan seksual. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. j. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan? Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas. b. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. g.  Membantah atau melawan pegawai atasan.  Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri. f. Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi . Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. i.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 144 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah.  Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat.  Kesusahan berat kerana berhutang. e. Seperti. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah. Berdasarkan peraturan 4(2). Tidak hadir tanpa cuti. c. d.  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti:  Berjudi di pejabat.  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->