P. 1
Pembungkusan

Pembungkusan

|Views: 6,970|Likes:

More info:

Published by: Mohd Taufik Bin Abd Rashid on Oct 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/31/2015

pdf

text

original

PENGENALAN Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang dipasarkan dalam memasaran dan menjamin

keselamatan produk. Pengguna pula memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah pembungkusan produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yang dikeluarkan mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik. Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan.

ISU – ISU PEMBUNGKUSAN PRODUK YANG BIASA TERJADI Isu – isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit (Stewart-Knox and Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini, sehingga 71 hingga 88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan kedudukan produk keluaran mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999; Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph, 1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan telah meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995). Selain itu, persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan yang digunakan bagi memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk (Ampuero dan Vila, 2006). DEFINISI PEMBUNGKUSAN Pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan lansung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara lebih spesifik, terdapat 3 kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua. fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk. Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama sesuatu produk. Antaranya pendapat yang disuarakan oleh Evans dan Berman (1992) yang menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau sifat produk. Daripada pendapat yang disuarakan oleh beliau, dapat ditakrifkan bahawa pembungkusan melambangkan ciri-ciri atau sifat sesuatu produk. Seperti mana produk-produk yang terdapat dipasaran, pasti terdapat gambar atau maklumat yang berkaitan dengan produk pada bungkusan produk yang dipasarkan. Gambar atau maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna berkenaan produk yang dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh Olson dan Jacoby (1972) yang menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat beliau, pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang dimaksudkan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan produk. Akan tetapi, tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu sendiri. Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk. APA ITU PEMBUNGKUSAN Pembungkusan itu boleh dikaitkan dengan kepelbagaian dimana didalam setiap sektor akan menggunakan cara & teknologi yang berbeza contohnya : a) Menggunakan medium-medium yang ada untuk menghasilkan produk yang terkini dan bermutu. b) Setiap sektor mempunyai headline dimana didalamnya terdapat bahan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai imej tersendiri. c) Pemilihan material yang paling sesuai untuk melindungi produk tersebut dari kerosakan. FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN 1. Mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan. 2. Untuk melindungi produk dari faktor-faktor yang mempengaruhi seperti masa, rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah. 3. Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi rekabentuk dan pemilihan warna. 4. Salah satu cara memasarkan produk secara tak langsung. 5. Memudahkan pengangkutan. 6. Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik 7. Menyimpan dan melindungi produk sesuatu produk dibawa kemana-mana dan untuk proses

http://tangkapgambar.blogspot.com/

8. Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing. 9. Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk 10. Mempromosikan produk 11. Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar. MEDIUM-MEDIUM PEMBUNGKUSAN 1. Kertas dan kadboard kertas 2. Bahan-bahan dari plastik contohnya botol dan bekas makanan. 3. Aluminium contohnya tin minuman ringan. 4. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula JENIS – JENIS PEMBUNGKUSAN Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama. Contoh: Tiub ubat gigi Darlie Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan. Contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk kepada pembeli.

LANGKAH - LANGKAH MENINGKATKAN INOVASI PEMBUNGKUSAN PRODUK MASA KINI http://tangkapgambar.blogspot.com/

Terdapat pelbagai cara yang di jalankan oleh usahawan – usahawan kini untuk membangunkan pembungkusan produk yang dihasilkan supaya mendapat tempat di pasaran antaranya adalah melalui: Penggunaan teknologi Pelbagai mesin dan alatan yang berteknologi digunakan untuk menginovasikan produk yang sedia ada menjadi lebih baik supaya mendapat kehendak pasaran, malah dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk tersebut. Menggunakan khidmat pereka design Untuk menghasilkan pembungkusan label yang menarik usahawan – usahawan kini telah menggunakan pereka design untuk menghasilkan label yang menarik dengan menggunakan rekaan dalam grafik. Oleh itu pereka design akan mengklaskan jenis label yang akan direka bentuk mengikut jenis pembungkusan yang di hasilkan, contohnya label terus pada botol plastik/cup dan tin label cetakan atas kotak, label cetakan atas plastik berlapis, label plastik PVC (shrinkable) dan lain-lain lagi.

Bantuan agensi kerajaan Terdapat banyak agensi yang di gunakan untuk mambantu dalam perkembangan pembungkusan produk yang dihasilkan, contohnya SMIDEC, iaitu menawarkan skim yang di panggil Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan RekaBentuk Pembungkusan Produk dengan objektif memberi bantuan kepada enterprais kecil dan sederhana (EKS) untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan rekabentuk pembungkusan dan perlabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan memenuhi keperluan dan peraturan pasaran. Selain itu SIRIM,Yayasan Pembangunan Usahawan, Kraftangan Malaysia, MARDI dan lain-lain lagi yang di iktiraf oleh kerajaan http://tangkapgambar.blogspot.com/

turut membantu dalam memperkembangkan pembungkusan produk yang di hasilkan oleh kilang – kilang di malaysia Kemudahan Pegangkutan Dengan adanya kemudahan pengangkutan, sesuatu pengurusan untuk

penghantaran produk akan lebih sistematik dan kualiti pembungkusan dapat dijaga. KAEDAH PEMBUNGKUSAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI Terdapat beberapa kaedah pembungkusan menggunakan teknologi iaitu: Pembungkusan hampagas MenggunakanVacuum Packaging’ iaitu mengeluarkan udara daripada bungkusan, ia bertujuan untuk mengelakkan proses pengoksidanan makanan berlemak/berminyak. Selain itu kaedah ini dapat mengawal aktiviti mikroorganisma serta memanjangkan jangkamasa simpan makanan

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Hampagas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Hasilan produk dari pembungkusan hampagas.

Pembungkusan Bergas ‘Gas Packaging’berfungsi menggantikan udara di dalam pembungkus dengan gas nitrogen, gas karbon dioksida atau kombinasi kedua-dua gas tersebut. Gas N2 berfungsi mengelakkan proses pengoksidanan makanan berlemak/berminyak dan memberikan kesan ‘cushioning’ pada makanan, manakala Gas CO2 berperanan menyekat aktiviti mikroorganisma serta memanjangkan jangkamasa.

Contoh pembungkusan jenis bergas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pembungkusan Regang Stretch wrapping’menggunaan plastik LDPE atau PVC yang boleh diregang dan dulang daripada polistirena (PS). Plastik ini mempunyai ketelapan wap air dan gas yang tinggi. Selain itu, ia sesuai untuk buahan, sayuran dan ikan malah sesuai juga untuk kuih muih, makanan basah Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Regang

Pembungkusan Aseptik Aseptik atau basmi kuman diperkenalkan di Sweden pada awal 1960an, susu dibungkus secara basmikuman selepas melalui proses pempasteuran pada 140 0C selama 2 ke 3 saat, disejukkan dengan pantas dan dibungkus dalam bahan pembungkus yang dibasmikuman dengan gas hidrogen peroksida. Kelajuan pengisian adalah 60 karton per minit . Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Aseptik

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pembungkusan retort PEMATERIAN Makanan berasid rendah seperti hasilan daging kurma, rendang dan sebagainya. Oleh itu, makanan tersebut perlu diproses dalam Retort sehingga suhu 121 C untuk membunuh kuman terutamanya Clostridium Botulinum. Bahan pembungkus yang sesuai perlu tahan tekanan dan suhu tinggi. Kebiasaannya 4 ke 5 lapis plastik tanpa lapisan aluminum. Produk tersebut boleh disimpan dan dijual pada suhu biasa dengan tempoh penyimpanan sehingga 2 tahun.

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Retort.

Pembotolan http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pemprosesan dan pembotolan makanan dan minuman bergantung secara asasnya sama ada makanan dan minuman tersebut berasid tinggi atau berasidRendah. Botol terdiri daripada botol kaca atau botol plastik(untuk makanan berasid tinggi). Makanan berasid tinggi termasuklah sos tomato, sos cili,jem, jus dan lain-lain. Makanan berasid rendah termasuklah sri kaya, makanan bayi, mentega kacang, minuman kacang soya dan lainlain. Contoh Mesin Pembasuh Botol

PERSEPSI PENGGUNA Persepsi atau reaksi pengguna merupakan maklumbalas yang diberikan oleh pengguna terhadap produk atau sesuatu yang ditawarkan kepada mereka. Ia berupa sejauh mana rasa kepuasan hati atau luahan pendapat pengguna ke atas produk yang ditawarkan (Olga Ampuero dan Natalia Vila, 2006). Pengguna merupakan seseorang yang mempunyai kehendak dan mempunyai peranan penting kepada syarikat untuk mencapai keuntungan atau kebaikan samada untuk mereka sendiri atau untuk syarikat (Leon Bean, 2000).

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Dalam mencapai apa yang dikehendaki oleh pengguna, pihak pengeluar memerlukan kemampuan teknikal, kemampuan integrasi dan kemampuan pengetahuan mengenai pasaran (Shepherd dan Ahmed, 2000). Kemampuan pasaran memerlukan pemahaman berkenaan kehendak pengguna (Lagrosen, 2001). Pengguna yang berpuas hati dengan apa yang ditawarkan kebiasaannya akan setia pada pada produk yang ditawarkan dan bersedia untuk menyediakan asas tunai yang mampan (Matzler et al., 1996). Dengan erti kata lain, apabila pengguna dengan produk yang ditawarkan oleh pihak pengeluar, mereka akan terus setia menggunakan produk keluaran syarikat dan tidak cerewet untuk membelanjakan wang mereka bagi membeli produk keluaran syarikat. KAJIAN LEPAS Ampuero dan Vila (2006), mempersoalkan kebolehan pembungkusan untuk

mempengaruhi respon pengguna kepada produk. Mereka mengenalpasti warna, tipografi, gambarajah grafik dan gambar sebagai pembolehubah yang terdapat persepsi pengguna terhadap produk. Kajian yang dijalankan mendapati, perlunya kombinasi elemen-elemen ini bagi memastikan kesan yang dikehendaki dapat dicapai. Selain dari elemen ini, terdapat juga elemen yang dapat dikenalpasti, iaitu status, nilai, keselamatan, negara asal, keunggulan dan prinsip kualiti. Selain itu, terdapat satu lagi kajian terbaru berkenaan bungkusan, iaitu tentang kepentingan pembungkusan produk yang dihasilkan oleh L.E. Wells, H. Farley dan G.A. Armstrong (2007). Kajian yang dihasilkan oleh mereka menyiasat tentang kepentingan rekabentuk pembungkusan bagi produk makanan dengan memahami bagaimana pengguna melihat label pada bungkusan dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keputusan membeli mereka. Hasil daripada analisis yang dijalankan mendapati pengaruh pada bungkusan mempengaruhi pengguna untuk membeli produk.

CADANGAN http://tangkapgambar.blogspot.com/

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, beberapa cadangan dapat dibuat dalam membantu dalam penambahbaikan pada bungkusan yang sedia ada selain meningkatkan prestasi syarikat – syarikat di malaysia yang terlibat dalam pembungkusan produk. Selain usahawan – usahawan di malaysia, cadangan ini juga boleh digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Cadangan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: a)Pihak syarikat perlu mengekalkan kaedah bungkusan yang sedia ada kerana majoriti pengguna mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang sedia ada. b)Dalam merancang untuk memilih bungkusan, 5 elemen utama pembungkusan hendaklah dikaji terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik dapat dihasilkan. Setiap elemen yang digunakan hendaklah diaplikasikan dengan baik pada bungkusan agar fungsi setiap elemen tersebut mencapai matlamatnya c)Mungkin pihak syarikat boleh menggunakan bahan lain seperti tin dan balang plastik untuk membungkus produk mereka. Ini bagi memberi lebih banyak variasi dan kelainan kepada pengguna dalam memilih produk keluaran syarikat. d)Selain bahan yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah mengikut satu kadar waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend semasa. Reka bentuk bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna untuk melihat dan seterusnya membeli produk keluaran syarikat. e)Maklumat pemakanan yang dipaparkan pada bungkusan hendaklah disemak dari masa ke semasa agar maklumat yang dipaparkan benar-benar bertepatan dengan kandungan bungkusan, jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

KESIMPULAN http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kesimpulan dari tugasan ini, didapati pengguna mempunyai persepsi dan penilaian tersendiri ke atas pembungkusan produk – produk di pasaran. Walaupun terdapat pengguna yang mempunyai persepsi negatif, namun jumlahnya amat sedikit. Akan tetapi pihak syarikat tidak boleh mengabaikan perkara ini dan harus mengenal pasti kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat. Ini adalah untuk kebaikan bersama bagi pihak syarikat dan pengguna. Melalui bungkusan yang menarik, berkualiti dan terbaik, pihak syarikat mempunyai kemampuan menjual produk mereka dengan mudah di pasaran. Manakala para pengguna pula dapat membeli produk yang berkualiti dengan bungkusan yang menarik dan terjamin. Selain itu, pihak syarikat tidak perlu menukar bungkusan yang sedia ada kerana pengguna mempunyai tahap penerimaan yang baik terhadap bungkusan tersebut. Pihak syarikat hanya perlu membuat penambahbaikan kecil pada bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah pengolahan warna pada bungkusan agar kelihatan lebih menarik, sesuai dengan bungkusan dan menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah berdasarkan nilai min yang rendah bagi elemen warna pada bungkusan yang menunjukkan kekurangan pada warna yang digunakan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->