You are on page 1of 8

Amelia

: Salam 1Malaysia dan salam sejahtera saya hulurkan kepada Yang Dihormati Ahli Dewan Undangan Negeri Cheras, guru-guru, ahli-ahli panel dan hadirin yang dimuliakan sekalian. Sebelum kami bersama-sama menghangatkan topik yang bakal dibincangkan dalam sesi forum kita pada hari ini, saya mewakili pihak rancangan televisyen TV5 ingin merakamkan setinggitingginya penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang sudi hadir menyerikan forum kita pada hari ini, hadirin sekalian yang datang menyokong kami dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli panel kami. Untuk pengetahuan semua di sini, saya, Amelia Yong, selaku Ketua Pelajar Perempuan SMK Seri Bintang Selatan bersama-sama dengan rakan sejawat saya, Tan Tze Chung, yang memegang jawatan Ketua Pelajar Lelaki SMK Seri Bintang Selatan, akan mengendalikan sesi forum kita pada hari ini.

Tan

: Seperti yang baru diperkatakan oleh Saudari Amelia tadi, forum pada kali ini akan disertai oleh pelajar-pelajar biasa dari SMK Seri Bintang Selatan. Forum ini, selain bertujuan untuk mengupas tajuk kita pada hari ini dengan sepenuhnya, turut bermatlamat untuk mencungkil bakat terpendam serta sebagai wadah untuk memperkembang buah fikiran dan kematangan pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah. Isu yang akan dibincangkan pada hari ini bertajuk Kedatangan Pekerja Asing tanpa Izin Mendatangkan Pelbagai Akibat kepada Negara ini. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan ahli forum kita yang akan menghuraikan dengan terperinci setiap persoalan yang berkaitan dengan tajuk kita. Ahli panel yang pertama di sebelah saya ialah Saudari Amanda Leong Shu Yi, diikuti dengan Saudari Gan Pearly dan akhirnya, Saudari Sara Wong Li Wen. : Sebelum satu demi satu pendapat generasi bakal pemimpin dapat dilontarkan untuk santapan bersama, izinkan saya mendefinisikan satu per satu ikatan-ikatan frasa yang membina mauduk forum kita pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kedatangan bermaksud perihal datang, sampai atau tiba. Pekerja pula membawa pengertian orang yang memegang sesuatu jawatan lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan. Asing merujuk kepada berasal dari daerah atau negeri lain. Tanpa izin pula saya rumuskan sebagai tiada persetujuan membenarkan. Frasa mendatangkan pelbagai

Amelia

akibat pula saya interpretasikan sebagai memberikan banyak kesan. Akhir sekali, negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Setelah meneliti dengan intuisi dan mata hati, keseluruhan tajuk dapat saya simpulkan perihal datang sumber manusia dari negara lain yang tidak diundang dapat membawa banyak kesan kepada masyarakat. Tan : Sesi berkenalan telah berlalu, sidang pentakrifan sudah diperjelas, kini bertandanglah kita kepada bermulanya sesi forum kita pada hari ini. Sebelum kita membincangkan kesan-kesan kemasukan pendatang asing yang tidak diundang, yang sudah pastinya menjadi topik perbualan hangat antara kami, adalah lebih baik bagi kami untuk memperincikan kajian kami dalam isu ini. Oleh itu, sebagai cara meneliti sehingga ke akar umbi, ingin sekali saya meninjau pendapat Saudari Amanda Leong tentang faktorfaktor yang mempengaruhi kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara ini. Dipersilakan, saudari. : Terima kasih, saudara Tan. Antara faktor yang membawa kepada kedatangan pekerja tanpa izin ialah kemakmuran ekonomi negara Malaysia. Ledakan maklumat serta bahang industrialisasi yang menyelubungi negara kita kini ialah petanda baik ek arah pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan. Walau bagaimanapun, pembinaan bangunan pencakar langit dan infrastruktur bagi memenuhi keperluan masyarakat telah membenarkan kemasukan buruh asing ke negara kita. Pada zaman pascaglobalisasi ini, kita memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir untuk menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang. Selain itu, pekerja tempatan kurang berminat dalam kerja-kerja berat dalam sektor pembinaan turut menyumbang kepada kemasukan buruh asing. Negara kita mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang positif dan turut menggalakkan banyak pelaburan asing serta sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bersertakan kadar upah yang tinggi. Oleh itu, buruh asing yang kebanyakannya tidak mempunyai permit yang sah telah membanjiri negara kita. Di samping itu, kemasukan buruh asing tanpa izin juga disebabkan oleh masalah ekonomi negara mereka yang mengalami kemiskinan serta

Amanda

kurang menyedia peluang pekerjaan dan kadar upah yang rendah. Tan : Terima kasih, Saudari Amanda, atas pendapat saudari yang begitu berinformasi itu. Sekarang, saya menjemput Saudari Pearly untuk membincangkan pendapat saudari mengenai fenomena ini. Dipersilakan, saudari. : Terima kasih, Saudara Tan. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor keadaan geografi juga menyumbang kepada kemasukan buruh asing tanpa izin. Perairan pantai yang panjang, negara bersempadan dan jarak perjalanan yang dekat menyebabkan kedatangan pekerja asing dengan lebih mudah. Mereka bermastautin di negara kita disebabkan kemakmuran ekonomi yang sedia ada, lalu mengirimkan wang kepada keluarga mereka di seberang laut. Hal ini demikian kerana nilai ringgit Malaysia yang sedikit sebanyak mampu mendapatkan mata wang rupiah; begitulah juga dengan mata wang negara-negara lain. Bertitik tolak daripada itu, faktor berlakunya bencana alam juga membawa kepada kebanjiran pekerja asing ke negara Malaysia. Contohnya, kemarau yang sering berlaku menyebabkan kebuluran. Tsunami telah menyebabkan kerosakan harta benda, memusnahkan alam sekitar dan makhluk yang bernyawa. Banjir yang sering melanda negara mereka turut mendatangkan pelbagai kesan yang buruk. Oleh itu, kebanyakan buruh asing telah emmilih untuk bermastautin di negara kita. Selain itu, penyakit berjangkit yang berbahaya yang kian berleluasa serta merebak dengan cepat sepertia taun, hepatitis dan AIDS serta kes jenayah seperti rompakan, samun, rogol dan sebagainya yang berlaku di negara luar turut menyebabkan banyak penduduknya datang mencari rezeki di negara Malaysia

Pearly

Sara : Boleh saya mencelah, saudara pengerusi? Saya mempunyai pendapat alternatif yang ingin saya kongsi bersama hadirin pada hari ini. Tan : Dipersilakan, saudari Sara.

Sara : Terima kasih, Saudara Tan. Lanjutan daripada huraian kedua-dua orang sahabat saya tadi, kebanjiran pekerja asing tanpa izin juga disebabkan oleh persamaan budaya. Kedatangan mereka

disebabkan oleh negara kita dan negara mereka mempunyai sejarah, agama, bahasa serta budaya yang hampir sama dan ini telah menyebabkan mereka berasa selesa serta memudahkan mereka untuk berkomunikasi. Dalam zaman yang serba canggih ini, kita mengakui hakikat bahawa keadaan anarki negara buruh asing turut menyebabkan mereka untuk membanjiri negara kita. Contohnya, rakyat mereka yang tidak mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup serta menimbulkan pelbagai isu-isu sensitif telah menyebabkan berlakunya huru-hara, rusuhan kaum dan sebagainya. Selain itu, pertelingkahan antara pemimpin-pemimpin negara telah menjejaskan kemajuan negara mereka dalam bidang politik, sosial dan ekonomi sehingga menyebabkan rakyat mereka hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan. Kita sering membaca di dada-dada akhbar bahawa masalah pengeboman sering berlaku di negara mereka. Hal ini telah menyebabkan kematian orang awam dan juga membimbangkan segenap strata sosial. Oleh itu, kesemua ini menyumbang kepada kedatangan pekerja asing ke negara Malaysia yang mempunyai politik, ekonomi dan sosial yang mantap serta berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. Tan : Terima kasih, Saudari Sara atas kesudian saudari untuk berkongsi pendapat saudari yang penuh makna itu. Hadirin sekalian, setelah faktor-faktor yang menyumbang kepada kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah dikenal pasti serta dikupas dengan begitu teliti, kini tibalah masa bagi kita untuk meneliti pula kesan-kesan yang dibawa oleh kemasukan pekerja asing tanpa izin yang tidak dapat dikawal. Dengan ini, saya menjemput Saudari Amanda untuk memberikan pendapatnya. Dipersilakan. : Terima kasih, Saudara Tan. Sebenarnya, banyak perkara negatif timbul akibat pendatang tanpa asing ini. Antara permasalahan yang timbul ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial yang serius seperti jenayah, pengedaran dadah, penyeludupan dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana pendatang asing tanpa izin yang memasuki negara kita ini akan melakukan pelbagai pekerjaan hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka melakukan perkara itu setelah gagal untuk mencari

Amanda

pekerjaan di sini kerana pendatang asing yang datang ke negara kita memerlukan permit yang sah untuk mendapatkan pekerjaan. Tan : Terima kasih, saudari Amanda. Sekarang, bolehkah saudari Pearly memberikan salah satu lagi kesan kedatangan pekerja asing untuk dikongsi bersama-sama hadirin sekalian? : Terima kasih, Saudara Tan. Kedatangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia juga berkemungkinan akan menimbulkan huru-hara di Malaysia. Perkara ini mungkin berlaku sekiranya mereka melancarkan mogok untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada majikan mereka. Hal ini juga mungkin akan menyebabkan ketidakstabilan di negara kita lalu menyebabkan pelabur kurang yakin dan enggan melabur di negara kita. Sehubungan itu, negara kita juga akan menerima kesannya, iaitu ekonomi akan mengalami kemerosotan dan permasalahan lain yang akhirnya akan merugikan kita sendiri. : Terima kasih, Saudari Pearly. pendapat saudari itu tadi. Saya amat bersetuju dengan

Pearly

Amelia

Sara : Saudari pengerusi, saya juga mempunyai pandangan yang ingin saya luahkan. Oleh itu, saya ingin memohon izin saudari untuk berkongsi pendapat saya. Amelia : Dipersilakan, saudari.

Sara : Terima kasih, saudari, atas peluang bercakap itu tadi. Seterusnya, kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang serius. Oleh sebab kemasukan mereka secara haram maka pihak kesihatan dan imigresen tidak dapat melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan tubuh mereka. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di engara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Sebab itulah kita dapati banyak wabak penyakit yang turut dibawa oleh pendatang asing tanpa izin ini menular ke dalam negara kita. Suatu ketika dahulu, kita digemparkan dengan penyakit yang dibawa oleh kuman Bangla iaitu sejenis kuman yang dibawa masuk oleh penduduk tanpa izin dari Bangladesh. Kini negara sedang dilanda pula dengan wabak penyakit coxsakie B yang menular terutamanya di Sarawak yang membawa maut kepada

kanak-kanak. Ada antara pendatang asing yang menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepatkan jangkitan AIDS. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah memikirkan langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini. Tan : Terima kasih, Saudari Sara, atas pendapat saudari tadi. Dengan ini, berakhirlah sesi perbincangan akibat-akibat yang wujud apabila fenomena kebanjiran pekerja asing di negara ini berleluasa. Hal ini secara tidak langsung membuka ruang kepada kita untuk membuka satu lagi ruang bicara, iaitu mengenai langkahlangkah pragmatik yang boleh memulihkan keadaan-keadaan negatif yang dihasilkan oleh masalah ini. Saya mempersilakan Saudari Amanda untuk berkongsi serta menghuraikan pendapatnya berkaitan dengan isu ini. : Terima kasih, Saudara Tan. Seperti yang telah diperkatakan tadi, kedatangan buruh asing ke negara juga menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Masalah ini tidak boleh dibiarkan daripada terus menjadi barah yang sukar diubati. Pihak berkuasa, melalui polis dan pasukan RELA telah menjalankan operasi bersepadu untuk menangkap pendatang tanpa izin. Operasi yang dijalankan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan penuh rasa dedikasi sehingga tertangkapnya mereka yang bersalah, bak kata peribahasa, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Selain itu, kawasan perairan akan ditingkatkan kawalan keselamatannya untuk menghalang sebarang pencerobohan perairan negara. Dengan kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat, kerja-kerja menangkap pendatang haram ini dapat dilakukan dengan mudah. Maklumat yang diberikan oleh masyarakat amat diperlukan oleh pihak berkuasa untuk menjalankan tugas penangkapan dan pencegahan dengan lebih berkesan. Ganjaran yang lumayan juga akan ditawarkan oleh pihak berkuasa kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat yang tepat dan benar sehingga pendatang haram itu berjaya ditangkap. Pihak penguat kuasa juga perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti supaya dapat

Amanda

membersihkan negara kita daripada pendatang asing yang banyak mencetuskan pelbagai kesan negatif kepada negara. Tan : Terima kasih, Saudari Amanda. Nampaknya, Saudari Amanda begitu ghairah mengeluarkan buah fikirannya sehingga begitu berpanjang lebar mengenai penjelasannya juga. Kini, tibalah giliran Saudari Pearly untuk menghuraikan pendapatnya. Dipersilakan, saudari. : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Selain daripada pendapat Saudari Amanda tadi, kerajaan juga harus mengambil langkahlangkah tertentu untuk mengatasinya. Untuk mengurangkan persaingan kepada rakyat tempatan mencari pekerjaan, kerajaan telah menetapkan supaya buruh-buruh asing hanya diambil bekerja dalam sektor-sektor yang tidak menarik minat buruh tempatan seperti dalam pembinaan dan pembantu rumah. Rakyat tempatan mestilah diutamakan dalam sektor lain. Kerajaan turut menetapkan kadar gaji buruh asing yang perlulah lebih rendah daripada kadar gaji buruh tempatan. Semua ini dilakukan untuk memelihara kebajikan rakyat di negara mereka sendiri. Terima kasih, Saudari Pearly. Nampaknya, kita sudah berjaya meraih pelbagai idea untuk santapan minda kita bersama. Tetapi sebelum kita menutup sesi forum kita pada hari ini, ingin sekali saya tujukan persoalan ini kepada Saudari Sara. Adakah Saudari Sara ingin menambah apa-apa pendapat saudari untuk kami kaji bersama?

Pearly

Tan

Sara : Ya, Saudara Tan. Pendapat saya berkaitan dengan peranan kerajaan dalam usaha menangani masalah kebanjiran pekerja asing tanpa izin di negara ini. Tan : Bolehkah saudari berikan penjelasan yang lebih mendalam tentang pandangan saudari itu? Hal ini demikian kerana ada dalam kalangan hadirin yang tidak begitu memahami kata-kata saudari tadi.

Sara : Boleh, apa salahnya. Kerajaan perlu membuat operasi besar-besaran untuk mendaftarkan semua buruh asing yang bekerja di negara ini. Tujuannya untuk mengetahui jumlah sebenar mereka dan mengatur program yang sesuai untuk kepentingan negara ini.

Tempoh enam bulan diberikan sejak Disember 1991 untuk semua buruh asing dan majikan mereka mendaftarkan diri. Faedah sepenuhnya daripada buruh asing ini dapat dicapai dan kuota kemasukan mereka dapat dirancang melalui pendaftaran seperti ini. Tan : Oh, begitu! Terima kasih, saudari Sara. : Terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel atas kupasan isu yang cukup bernas itu tadi. Semoga hadirin dan hadiran pada malam ini memperoleh panduan dan bimbingan yang amat berguna sebagai imput untuk kita membangunkan masyarakat yang dinamis dan prihatin serta dapat menyumbang kepada produktiviti negara. Kami mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa kerana sudah mentakdirkan forum kita pada hari ini untuk berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya, sesuatu yang baik datang dari Tuhan manakala apa-apa yang tidak memuaskan merupakan usaha dan ikhtiar kami sebagai manusia yang penuh dengan ketidaksempunaan. Sepuluh jari kami susun, kemaafan kami pohon sekiranya sepanjang forum kami ada kata-kata yang menyinggung perasaan atau ada tingkah yang mencolok mata. Dengan serangkap pantun, maka berakhirlah forum kita pada hari ini.

Amelia

Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kami berjumpa lagi. Tan : Sekian, terima kasih

You might also like