You are on page 1of 3

Definisi Kognitif Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan

masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Ciri-ciri pembelajaran Kognitif Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja. 1. Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di dalam sekitar. 2. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk pembelajaran. 3. Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedaranya terhadap kewujudan rangsangan-rangsangan baru.

Pandangan ahli-ahli psikologi mengenai teori pembelajaran kognitif Teori Pembelajaran Kohler Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam perkitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang diadapi.Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Teori Pembelajaran Piaget Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur

mereka. Piaget membahagikan empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atau abstrak.Pada peringkat operasi konkrit pembelajaran berkesan bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah Aplikasi pendekatan Kohler:Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajar menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Contoh yang nyata ialah semasa guru hendak mengajar karangan

bergambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perlu didedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapat hubung kaitkan penerangan tentang gambar-gambar tersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dan secara tidak langsung pelajar dapat menghasikan satu karangan yang lengkap dengan menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pembelajaran baru mereka. Aplikasi Piaget:Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,daripada kasar kepada halus,mengikut perkembangan otot-otot individu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dan digalakkan melibatkan secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.Contoh pembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk

pencemaran air dapat dijelaskan kepada pelajar dengan menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan pencemaran ini.Pelajar dapat menghayati pengajaran guru dengan berpandukan gambar dan penerangan guru serta memahami keburukan pencemaran secara keseluruhannya.Proses ini akan akan memotivasikan pelajar agar memelihara alam semulajadi untuk kesejahteraan umat manusia.

Kesimpulan Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang penting dalam segala amalan pembelajaran . Semua ahli psikologi yang memberi penekanan kepada teori kognitif memberi penekanan kepada perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Alam belajar yang kondusif akan memerangsangkan lagi pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

You might also like