You are on page 1of 22

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2011

KOD KURSUS: HBSL3103

PENDIDIKAN KHAS: KEMAHIRAN HIDUP ASAS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

FATIMAH BINTI MURAD 720516025010002 720516-02-5010 013-5180897 timahmurad@gmail.com SUNGAI PETANI

HBSL3103

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan. 2.0 Konsep Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB). 3.0 Kepentingan Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB). 3.1 Berdikari dalam menjalani aktiviti harian. 3.2 Menyediakan dan menghadapi pada situasi sebenar.

MUKA SURAT 2 3 3 3 4 4 5 5 5 6 6 6 6 9 11 11 13 15 16 18 20 21 1

3.3 Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri dan persekitaran. 3.4 Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar. 4.0 Modul Kemahiran Urus Diri. 4.1 Pengenalan. 4.2 Matlamat. 4.3 Objektif. 4.4 Rasional. 5.0 Komponen-komponen Pengurusan Diri. 5.1 Contoh 1: Kemahiran urus diri yang diperlukan untuk rumah dan keluarga/Sekolah. 5.1.1 Analisis tugasan. 5.1.2 Manual pengguna. 5.2 Contoh 2 : Kemudahan dan perkhidmatan awam. 5.2.1 Analisis tugasan 5.2.2 Manual pengguna. 6.0 Penilaian/Senarai Semak 7.0 Kesimpulan. RUJUKAN

HBSL3103

1.0 PENDAHULUAN. Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahu pun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak merupakan satu tanggungjawab sosial yang perlu diambil berat oleh masyarakat. Kurikulum Kebangsaan yang ada sekarang ini tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran kerana tahap penguasaan mereka di dalam bidang akademik adalah amat rendah serta peningkatan pencapaian adalah terlalu perlahan dan minimum. Oleh itu, keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan serta memberi pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan murid pendidikan khas. Untuk mencapai hasrat murni dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas ini, Kemahiran Hidup Asas Untuk Berdikari (KAUB) diwujudkan dalam pendidikan khas yang memfokuskan kepada prinsip penjagaan diri, perkembangan sosial, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga. Ini bersesuaian dengan Akta Pendidikan Khas 1996, perkara Pendidikan Khas telah dijelaskan di bawah Seksyen 2; Pendidikan Khas ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan untuk murid-murid khas. Kategori murid yang: a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. b) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau cacat anggotanya atau terencat akal yang ringan. c) Seorang murid dengan keperluan khas, jika dia mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh pakar perubatan. Oleh itu, KAUB merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid pendidikan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang lebih selesa, mampu bersosial, berdikari dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat serta dapat menjaga imej diri sendiri yang akan memberi jaminan ke arah penerimaan masyarakat sekeliling dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih bermakna.

HBSL3103

2.0 KONSEP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB). Berdasarkan konteks pendidikan khas, kemahiran hidup perlu diberikan kepada murid pendidikan khas sebagaimana murid normal. Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu terutamanya bagi murid-murid berkeperluan khas untuk memebolehkan mereka mengalami dan menguasai agar kelak kehidupan mereka bertambah baik, selesa dan dapat bersosial dalam persekitarannya dengan selamat dan diterima oleh masyarakat sekitar mereka. Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) juga membolehkan seseorang individu itu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di mana melalui kemahiran-kemahiran yang diberikan pada seseorang murid akan dapat membantu dan menjamin kesihatan yang baik sepanjang masa. Keadaan ini amat sesuai diajar kepada murid yang mengalami masalah dalam pelajaran terutamanya bagi golongan yang kurang upaya atau berkeperluan khas. Adalah menjadi tanggungjawab bagi guru-guru pendidikan khas untuk mendidik dan melatih murid-murid ini demi masa depan yang lebih baik tanpa terlalu bergantung hidup pada orang lain dan dapat diterima oleh masyarakat.

3.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK HIDUP BERDIKARI Murid-murid pendidikan khas perlu diajar dan dididik untuk berdikari. Ini membolehkan mereka melaksanakan tugas harian dengan sempurna, teratur, sistematik dan tanpa banyak bergantung hidup kepada orang lain. Amalan berdikari membolehkan murid-murid pendidikan khas membiasakan diri degan kehidupan sebenar sebagaimana orang lain.Muridmurid pendidikan khas juga perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari segi emosi, rohani, jasmani dan juga fizikal. Kepuyaan yang terpendam dalam diri juga dapat dilatih serta boleh digunakan dalam kehidupan harian. Komponen pengurusan diri membolehkan murid: 3.1 Berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Menjalani aktiviti kehidupan harian merupakan faktor penting kepada setiap manusia di muka bumi ini. Aktiviti harian merangkumi pelbagai aspek daripada mengurus diri hinggalah kepada urusan keluarga, dan kehidupan berumah tangga. Dalam hal ini, murid-murid

berkeperluan khas perlu diberi pendedahan serta tunjuk ajar yang sesuai dengan tahap dan 3

HBSL3103

keupayaan mereka mengenai aktiviti seharian yang perlu mereka lakukan. Antara aktiviti seharian yang perlu diberi perhatoan dalammelatih murid-murid pendidikan khas ini untuk berdikari ialah: a) Aspek urus diri. b) Menyikat dan mendandan rambut. c) Memilih dan memakai pakaian. d) Menyediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri. e) Mencucidan membasuh pinggan mangkuk. f) Menggunakan tandas dengan cara yang betul. g) Membeli makanandi kantin sekolah. h) Mengemas beg sekolah. i) Melaksanakan kerja rumah tanpa di arah. j) Dapat menyertai dalam aktiviti dalam pembelajaran tanpa dipaksa. k) Perkara lain yang difikirkan perlu oleh guru dan murid sangat perlu dilatih. 3.2 Menyediakan dan menghadapi pelbagai situasi sebenar. Murid pendidikan khas perlu dilatih mengahadapi sesuatu situasi sebenar supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan melibatkan dirinya dalam keadaan tersebut seperti: Menyediakan makanan dan minuman. Membasuh dan mencuci pakaian. Mengemas tempat tidur. Mengemas bilik atau rumah Membeli makanan dan keperluan harian. Apek situasi sebenar seharian yang difikirkan perlu oleh guru. Ini bertujuan untuk melatih murid pendidikan khas dan menyediakan diri untukmenghadapi situasi sebenar. Latihan dan tunjuk ajar yang diberi akan membiasakan diri mereka dan membolehkan mereka berdikari tanpa terlalubergantung pada orang lain seperti ahli keluarga. 3.3 Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri dan persekitaran. Murid-murid pendidikankhas perlu dilatih untuk mengamalkan kebersihan dan kesihatan diriyang baik untuk diri sendiri dan juga persekitaran. Kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan perlu diterapkan agar mereka dapat hidup dengan lebih 4

HBSL3103

sihat dantahu menjaga kebersihan persekitaran sebagaiman orang biasa lakukan. Ini bertujuan untuk memberikan: Keselesaan diri murid dan orang persekitaran mereka. Hidup tanpa berpenyakit. Menjalani aktiviti harian tanpa sebarang gangguan. Membantu rakan dalam menikmati kehidupan yang selesa. 3.4 Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar. Guru berperanan dalam memastikan murid pendidikan khas dapat mengaplikasikan kemahiran asas berdikari dalam bilik darjah. Penganplikasian pengetahuan tersebut membolehkan murid khas dapat menikmati suatu pembelajaran yang bermakna dan dan selesa. Ini dapar\t mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sangat baik serta membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang baik. Antara kemahiran atau pengetahuan berdikari yang boleh diaplikasiakan dalam bilik darjah seperti: Menjaga kebersihan dan amalan kebersihan dalam bilik darjah. Menjaga keselamatan peralatan dan perabot dalam bilik darjah. Melibatkan diri dengan rela dalam tugasan menjaga kebesihan dan keselamatan dalambikik darjah. Sentiasa mengikuti peraturan tanpa diarah dan dipaksa. Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan rela. Melaksanakan tugasan dengan kerelaan hati. Sentiasa mengamalkan sikap menghormati guru dan rakan di dalam kelas. Bersopan dan bertatasusila dalam bilik darjah.

4.0 MODUL KEMAHIRAN URUS DIRI. 4.1 PENGENALAN. Modul yang disediakan ini adalah sebagai rujukan bagi memudahkan guru melaksanakan langkah-langkah pengajaran dengan teratur dan berkesan. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disarankan di dalam modul ini boleh diubahsuai mengikut tahap

HBSL3103

keupayaan dan kebolehan murid. Diharap modul ini akan dapat menjadi rujukan guru dalam member maklumat serta pemahamn semasa menjalani pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Matlamat. Modul ini dihasilkan bagi tujuan membantu para guru pendidikan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Juga dapat dijadikan panduan kepada guru untuk merancang aktiviti untuk melatih murid pendidikan khas berdikari serta berkemahiran ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan baik, selesa dan sempurna serta berkeyakinan dalam menempuh kehidupan kelak. 4.3 Objektif . Membolehkan guru: Merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid pendidikan khas. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pengurusan diri yang lebih berkesan. Sebagai panduan dalam membuat aktiviti dalam pengajaran pengurusan diri. 4.4 Rasional. Memberi kemudahan kepada guru sebagai buku panduan dalam membuat perancangan, strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan mengikut tahap dan keperluan murid dengan menggunakan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. 5.0 KOMPONEN-KOMPONEN PENGURUSAN DIRI. TAJUK/TEMA 1. Urus Diri STANDARD KANDUNGAN 1.1 Mengamalkan cara minum yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Peralatan yang digunakan untuk minum. 1.1.2 Pelbagai cara minum. 1.1.3 Adap sebelum dan selepas minum.

1.2 Mengamalkan cara makan yang betul. 6

1.2.1 Peralatan yang digunakan untuk makan.

HBSL3103

1.2.2 Cara makan yang betul. 1.2.3 Adap sebelum dan selepas makan. 1.3Mengamalkan cara berpakaian yang betul. 1.3.1 Jenis.jenis pakaian.. 1.3.2 Prosedur menanggalkan pakaian. 1.3.3 Prosedur memakai pakaian.

1.4 Mengenal jenis-jenis pakaian mengikut situasi.

1.4.1 Pakaian seragam sekolah. 1.4.2 Pakaian sukan. 1.4.3 Pakaian unit beruniform. 1.4.4 Pakaian menghadiri majlis rasmi.

1.5 Berdandan dengan betul dan kemas.

1.5.1 Kepala. 1.5.2 Badan. 1.5.3 Tangan dan kaki.

1.6 Mengetahui pengurusan diri semasa mencapai akil baligh.

1.6.1 Penjagaan sebelum,semasa dan selepas.

2.Kebersihan dan kesihatan.

2.1 Menyebut, menama dan melabel anggota badan.

2.1.1 Anggota badan.

2.2 Menyatakan fungsi anggota badan.

2.2.1 Fungsi anggota badan. 2.2..2 Deria.

2.3 Menama dan melabel alat penjagaan diri dan fungsi.

2.3.1 Alat penjagaan diri. 2.3.2 Fungsi alat penjagaan diri.

2.4 Membersih bahagian anggota

2.4.1 Kepala.

HBSL3103

badan.

2.4.2 Badan. 2.4.3 Tangan. 2.4.4 Kaki.

3. Penggunaan tandas dan bilik air.

3.1 Memaklumkan apabila perlu ke tandas.

3.1.1 Latihan memberitahu hendak ke tandas.

3.2 Mengenal simbol dan perkataan tandas

3.2.1 Simbol dan papan tanda.

3.3 Menama dan memperkenalkan 3.3.1 Jenis-jenis tandas. jenis-jenis tandas.

3.4 Menggunakan tandas dengan cara yang betul.

3.4.1 Cara penggunaan tandas.

3.5Menjaga kebersihan tandas/bilik air selepas menggunakannya.

3.5.1 Penjagaan tandas dan bilik air di sekolah,rumah dan tempat awam.

4. Pengurusan Dalam dan Luar Bilik Darjah.

4.1 Menyebut dan menyenaraikan alatan dalam dan luar bilik darjah.

4.1.1 Alatan untuk membersih bilik darjah dan fungsinya.

4.2 Mengamal kebersihan dalam bilik darjah.

4.2.1 Peraturan menjaga kebersihan dalam bilik darjah.

4.3 Menyusun benda-benda dalam 4.3.1 Barang-barang sendiri di tempat bilik darjah/ruang pada tempat yang sesuai. khas. 4.3.2 Kedudukan barang-barang di tempat tertentu. 4.3.3 Susunan peralatan yang telah digunakan.

HBSL3103

4.4 Menjalankan tugas harian di dalam bilik darjah.

4.4.1 Pintu dan tingkap. 4.4.2 Suis elektrik. 4.4.3 Susunan perabot.

4.5 Menceriakan kelas.

4.5.1 Hiasan kelas.

4.6 Menamakan perkakas dan kegunaanya.

4.6.1 Alatan untuk membersihkan luar bilik darjah dan fungsinya.

4.7 Mengetahui alatan untuk membersih dan mengemas persekitaran luar bilik darjah.

4.7.1 Kawasan kaki lima dan longkang. 4.7.2 Kawasan sekitar bilik darjah. 4.7.3 Tempat makan.

5. Pengurusan Tempat tinggal.

5.1 Jenis-jenis ruang bilik di rumah dan fungsinya.

5.1.1 Jenis-jenis ruang di rumah.

5.2 Langkah-langkah mengemas dan menyusun peralatan di setiap ruang/bilik.

5.2.1 Alatan di setiap ruang/bilik.

5.3 Penjagaan kebersihan ruang/bilik. 5.4 Mematuhi peraturan penggunaan ruang/bilik.

5.3.1 Cara-cara menjaga kebersihan ruang/bilik. 5.4.1 Peraturan penggunaan ruang/bilik.

5.1 Contoh 1 TAJUK : Pengurusan Tempat Tinggal/Pengurusan di bilik darjah. 5.3 5.3.1 Penjagaan kebersihan ruang/bilik. Cara-cara menjaga kebersihan ruang/bilik. 9

STANDARD KANDUNGAN: STANDARD PEMBELAJARAN:

HBSL3103

OBJEKTIF

Membolehkan murid membersih kekotoran pada cermin tingkap.

TEMPOH MASA KATEGORI MURID

: :

Satu jam. Down Syndrom, Autisme, perkembangan lewat. Gambar, baldi, kain pengesat lembut, air, cuka/gasoline serta cermin tingkap.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

LANGKAH Set Induksi (5 minit)

AKTIVITI

BBM/CATATAN

1.Memperlihatkan gambar orang sedang mencuci Kad gambar cermin tingkap. 2. Bersoal jawab tentang gambar yang dilihat. 3. Penerangan tentang apa yang akan diajar.

Langkah 1 (10 minit)

1. Tunjuk gambar alatan untuk membersih kekotoran Kad gambar: tingkap. 2. Menyatakan nama alatan. 3. Murid menyebut nama alatan. 2.Baldi. 1.Kain lembut. pengesat

3.Air. 4.Bahan pencuci. Langkah 2 (15 minit) 1. Tunjuk alatan yang digunakan untuk membersih Bahan maujud: cermin tingkap dan bersoal jawab. 1.Kain pengelap

2. Tunjuk cara langkah membersih kekotoran cermin lembut. tingkap satu persatu. 2.Baldi.

3. Murid melihat langkah-langkah untuk membersih 3. Air di dalam cermin tingkap. baldi.

3. Bersoal jawab tentang langkah membersih cermin 4.Bahan pencuci. tingkap secara individu.

10

HBSL3103

Langkah 3 (20 minit)

1. Pembahagian kumpulan. 2. Aktiviti membersih kekotoran cermin tingkap secara berkumpulan (2 orang). 3. Guru memantau aktiviti murid.

Penutup (10 minit)

1. Penilaian hasil kerja murid. 2. Bersoal jawab tentang langkah-langkah membersih cermin tingkap. 3.Penerangan kelas/rumah. kepentingan menjaga kebersihan

5.1.1 ANALISIS TUGASAN: 1. Ambil kain pengesat lembut.

Membersih kekotoran pada cermin tingkap.

2. Lapkan habuk pada cermin tingkap dengan kain pengesat lembut yang kering. 3. Celup kain pengesat lembut ke dalam air yang bercampur dengan sedikit cuka atau gasolin. 4. Perah dan lapkan dengan gerakan lurus dari atas ke bawah. 5. Semburkan agen pembersih yang mengandungi ammonia dan kesat dengan kain pengesat lembut secara gerakan lurus dari bahagian atas ke bahagian bawah.

5.1.2 Manual Pengguna. Set Induksi: 1. Guru tunjuk gambar/video (ikut pilihan) orang yang sedang membersih tingkap. Meminta murid bercerita tentang gambar/video yang dilihat. 2. Guru membantu murid mengingat kembali pengalaman murid tentang tingkap dan aktiviti yang dibuat oleh ibu/keluarga untuk membersih tingkap. 3. Guru menyatakan pelajaran hari ini kepada murid. Guru perlu menjelaskan apa yang akan dipelajari iaitu membersih kekotoran pada cermin tingkap. Langkah 1. 1. Guru menunjukkan gambar alatan yang perlu digunakan untuk membersih tingkap iaitu kain pengelap lembut, baldi, air dan bahan pencuci. 2. Guru menyatakan satu persatu alatan yang perlu digunakan berdasarkan gambar. 11

HBSL3103

3. Guru meminta murid menyebut satu persatu alatan yang perlu digunakan untuk membersih kekotoran cermin tingkap. 4. Guru meminta murid menyebut alatan yang digunakan untuk membersih tingkap mengikut guru satu persatu. 5. Guru menerangkan aktiviti membersih kekotoran cermin tingkap kepada murid. Langkah 2. 1. Guru menunjukkan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membersih cermin tingkap satu persatu. Ambil kain pengesat lembut. 2. Lapkan habuk pada cermin tingkap dengan kain pengesat lembut yang kering.

3. Celup kain pengesat lembut ke dalam air yang bercampur dengan sedikit cuka atau gasolin. 4. Perah dan lapkan dengan gerakan lurus dari atas ke bawah. 5. Semburkan agen pembersih yang mengandungi ammonia dan kesat dengan kain pengesat untuk membersihkan lembut secara gerakan lurus dari bahagian atas ke bahagian bawah. 6. Guru perlu memastikan murid melihat langkah yang ditunjukkan oleh guru cara membersih kekotoran di cermin tingkap. 7. Bagi memastikan murid benar-benar faham cara untuk membersih tingkap, guru boleh menyoal murid tentang langkah yang dilihat . Langkah 3. 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil iaitu 2 orang setiap kumpulan. 2. Guru menetapkan kawasan pada setiap kumpulan dan meminta murid saling bekejasama ketika aktiviti membersi cermin dijalankan 3. Aktiviti membersih kekotoran cermin tingkap dijalankan. Langkah Penurup. 1. Guru membuat penilaian setiap kerja yang dilakukan . 2. Guru melihat setiap cermin tingkap yang telah dibersihkan oleh murid. 3. Guru menyoal tentang aktiviti yang dijalankan pada hari ini. 4. Guru memberi penerangan tentang kepentingan menjaga kebersihan iaitu: Kebersihan menjamin kehidupan yang lebih baik dan selesa. 12

HBSL3103

Menjaga kebersihan juga menjamin kesihatan yang baik. Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai amalan dalam hdup.

5. Guru memberi nasihat kepada murid: Tempat kediaman atau rumah perlu sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Membersih dan mengemas di rumah adalah tugas penting. Tugas ini akan menjadi ringan dan menyeronokkan jika setiap ahli keluarga bekerjasama dan bantu membantu. Apabila kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan kita, sudah pasti kita akan hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan sejahtera. # Peringatan: Membersih kekotoran cermin tingkap adalah berseuaian digunakan di rumah dan keluarga juga boleh dilakukan di sekolah.

5.2 Contoh 2. TAJUK : Pengurusan di bilik darjah. 3.4 3.4.1 Menggunakan tandas dengan cara yang betul. Cara penggunaan tandas..

STANDARD KANDUNGAN: STANDARD PEMBELAJARAN: OBJEKTIF :

Membolehkan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.

TEMPOH MASA KATEGORI MURID

: :

Satu jam. Down Syndrom, Autisme, perkembangan lewat. Kad gambar, bahan maujud (tandas dan alatan yang ada di dalam tandas).

BAHAN BANTU MENGAJAR:

KEMAHIRAN SEDIA ADA:

Murid sudah diajar tentang simbol tandas.

13

HBSL3103

LANGKAH

AKTIVITI

BBM/CATATAN

Set Induksi (5 minit)

1.Memperlihatkan gambar simbol tandas. 2.Bersoal jawab tentang simbol yang pernah dilihat ketika berada di kawasan awam. 3.Guru mengingat kembali tentang simbol yang pernah diajar. 4.Meminta murid bercerita tentang pengalaman yang pernah dialami. 3.Guru menerangkan tentang apa yang akan diajar.

Kad gambar

Langkah 1 (10 minit)

1. Tunjuk gambar tandas cangkung dan tandas duduk. 2. Bersoal jawab tentang gambar tandas.

Kad gambar: 1.Tandas

3.Meminta murid bercerita tentang tandas yang biasa cangkung. mereka guna. 4.Guru menyatakan jenis-jenis tandas. 2.Tandas duduk.

Langkah 2 (15 minit)

1. Guru membawa murid ke tandas.

Bahan maujud:

2. Bersoal jawab tentang alatan yang ada di dalam -Tandas sebenar. tandas. 3. Murid menyatakan alat/barang yang ada di dalam tandas. 4. Guru menunjukkan cara menggunakan tandas cangkung. 5. Guru menunjukkan cara menggunakan tandas duduk. 6. Murid menyatakan dan tunjuk cara guna tandas.

14

HBSL3103

Langkah 3 (20 minit)

1.Bersoal

jawab cara

membersih tandas

selepas

menggunakan tandas. 2.Murid menyatakan cara membersih tandas selepas menggunakan tandas. 3.Guru memberi tahu cara membersih tandas selepas menggunakan tandas. 4.Murid menunjukkan cara membersih tandas selepas menggunakan tandas secara individu. 5.Guru mengedar lembaran kerja.

Penutup (10 minit)

1.Bersoal

jawab

tentang

kepentingan

menjaga

kebersihan tandas. 3.Penerangan guru tentang kepentingan menjaga

kebersihan tandas.

5.2.1 Analisis Tugasan: Cara yang betul menggunakan tandas dan membersih tandas. 1. Cara yang betul menggunakan tandas cangkung. -Pastikan murid memakai kasut sebelum masuk ke tandas. -Buka pintu tandas dan masuk. -Tutup pintu tandas. -Duduk secara mencangkung. Pastikan murid duduk dalam keadaan selesa. -Selepas selesaai membuang air, pastikan basuh alat sulit hingga bersih. -Flash tandas/pancut atau curah air ke dalam lubang tandas. -Buang sampah ke dalam bekas sampah. -Basuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas. -Jangan membuang benda ke dalam mangkuk tandas bagi mengelakkan tandas daripada tersumbat. 15

HBSL3103

2. Cara yang betul menggunakan cara tandas duduk. -Pastikan murid memakai kasut sebelum masuk ke dalam tandas. -Buka pintu tandas, masuk dan tutup pintu tandas. -Angkat penutup tandas, duduk. -Setelah selesai menggunakan tandas, pastikan tandas dicurahkan air/flash. -Buang sampah ke dalam bekas sampah. -Basuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas. -Jangan membuang benda ke dalam mangkuk tandas bagi mengelakkan tandas daripada tersumbat.

5.2.2 Manual pengguna. Set Induksi: 1. Guru menunjukkan kad simbol tandas.

2. Guru menyoal tentang symbol yang pernah diajar dan dilihat murid. 3. Guru menjelaskan symbol tandas iaitu tandas yang menunjukkan arah tandas, tandas lelaki, tandas perempuan dan tandas untuk OKU. 4. Guru menyatakan pelajaran yang akan diajar pada hari ini cara yang betul menggunakan tandas. Langkah 1. 1. Guru menunjukkan jenis-jenis tandas iaitu tandas cangkung dan tandas duduk. 2. Guru meminta murid menyatakan jenis tandas yang ditunjukkan pada kad gambar. 3. Guru meminta murid bercerita tentang tandas yang biasa murid gunakan ketikadi rumah, di sekolah dan juga di kawasan awam.

16

HBSL3103

Langkah 2. 1. Guru membawa murid ke tandas untuk melihat sendiri stuasi sebenar dalm tandas. 2. Guru menyoal benda yang terdapat di tandas. 3. Guru meminta murid menamakan alatan yang ada di dalam tandas. 4. Murid perlu menyebut dan menunjukkan benda yang ada di dalam tandas. 5. Guru menunjukkancara yang betul menggunakan tandas. 6. Murid melihat dan membuat aktiiviti. 7. Guru menyoalmurid tentang cara menggunakan tandas dengan betul. 8. Murid melakonkan cara menggunakan tandas dengan betul iaitu: Cara yang betul menggunakan tandas cangkung. -Pastikan murid memakai kasut sebelum masuk ke tandas. -Buka pintu tandas dan masuk. -Tutup pintu tandas. -Duduk secara mencangkung. Pastikan murid duduk dalam keadaan selesa. -Selepas selesaai membuang air, pastikan basuh alat sulit hingga bersih. -Flash tandas/pancut atau curah air ke dalam lubang tandas. -Buang sampah ke dalam bekas sampah. -Basuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas. -Jangan membuang benda ke dalam mangkuk tandas bagi mengelakkan tandas daripada tersumbat. Cara yang betul menggunakan cara tandas duduk. -Pastikan murid memakai kasut sebelum masuk ke dalam tandas. -Buka pintu tandas, masuk dan tutup pintu tandas. -Angkat penutup tandas, duduk. -Setelah selesai menggunakan tandas, pastikan tandas dicurahkan air/flash. -Buang sampah ke dalam bekas sampah. -Basuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas. -Jangan membuang benda ke dalam mangkuk tandas bagi mengelakkan tandas daripada tersumbat.

17

HBSL3103

6.0 PENILAIAN. Contoh 1 SENARAI SEMAK Nama Murid Kelas :__________________________________________________ :__________________________________________________

Arahan: Tandakan () pada ruang Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid. BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI 1. Lap habuk pada cermin CATATAN

tingkap dengan kain pengesat lembut. 2. Celup kain pengesat ke dalam air yang dicampur dengan bahan pencuci. 3. Perah dan lapkan dengan

gerakan lurus dari atas ke bawah. 4. Sembur agen pembersih yang mengandungi ammonia.

Refleksi: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Tandatangan guru: ......................................... 18

HBSL3103

Contoh 2 SENARAI SEMAK Nama Murid Kelas :__________________________________________________ :__________________________________________________

Arahan: Tandakan () pada ruang Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid. BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI 1. Pakai kasut sebelum masuk ke tandas. 2. 3. 4. Buka pintu tandas. Tutup pintu tandas. Curah air/flash selepas CATATAN

menggunakan tandas. 5. 6. 7. Cuci tangan selepas ke tandas. Tutup air selepas digunakan. Buang sampah ke dalam bekas sampah.

Refleksi: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

Tandatangan guru: .........................................

19

HBSL3103

7.0 KESIMPULAN. Pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi, dan pengurusan rumah tangga perlu diberi kepada murid berkeperluan khas. Komponen pengurusan diri bertujuan melatih murid supaya berdikari dan berkemahiran ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih cekap dan berkeyakinan. Ini akan memberi ruang kehidupan kepada murid berkeperluan khas ini dengan lebih baik lagi tanpa bergantung pada orang lain. Adalah menjadi tanggungjawab bagi guru untuk memastikan murid pendidikan khas di jar dan dilatih untuk berdikari. Keperluan ini adalah untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas harian

dengansempurna, teratur dan sistematik.Amalan berdikari yang diterapkan ini membolehkan murid pendidikan khas membiasakan diri mereka dengan kehidupan sebenar sebagaimana orang lain. Selain itu mereka juga diberipeluang untuk mengembangkan potensi diri mereka serta keupayaan yang terpendam untuk digunakan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Oleh itu, KAUB merupakan satu mata pelajaran yang amat penting dan perlu diambil berat bagi member latihan dan tunjuk ajar yang bersesuaian dengan keperluan murid pendidikan khas.

20

HBSL3103

RUJUKAN Thirugnana Sambathan Muthusamy, (2008). HBSL3103 Pendidikan Khas: Pengajaran Kemahiran Hidup Asas. Selangor Darul Ehsan:Open University Malaysia Ee Ah Meng, (2001). Pedagogi 11. Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah, (2003). Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan, (2010). Kementerian Pelajaran Malaysia Buku Panduan Pengurusan Diri Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah & Menengah, (2004). Jabatan Pendidikan Khas Kmenterian Pelajaran Malaysia http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/cara-membuka-dan-memakai-pakaian http://www.scribd.com/doc/22252322/Kemahiran-Asas-Untuk-Berdikari http://www.slideshare.net/zulmi/991/pengenalan-kaub

21

You might also like