You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ...................... Penghargaan ........................... 1.0 Pengenalan kepada scamper dan peta minda .................. 2.0 Scamper ................................. 2.1 Strategi mengembangkan idea.............................. 2.2 Cara mencetuskan idea ........................ 2.3 Membuat keputusan ............................ 2.4 Menyelesaikan Masalah ......................... 2.5 Menjana kemungkinan idea ........................ 3.0 Peta minda................................................... 3.1 Kaedah melakar peta minda ............................ 3.2 Pengguna peta minda.................................. 3.3 Kegunaan peta minda ................................ 3.4 Elemen-elemen utama peta minda..................... 3.5 Contoh-contoh peta minda..................... Kesimpulan ......................................... Rujukan ........................................ Lampiran .............................................

1 2 3-5 6 6 8-9 9 10 10 11 13 14 14 14 15-17 18 19 20

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.r.t..... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan RekaBentuk Industri ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Rekabentuk Industri kami iaitu Encik Yusri bin Kamin. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakanrakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam..

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.0 PENGENALAN Rekabentuk industri adalah satu perkara yang baru dalam industri di malaysia. Pada masa kini, rekabentuk industri sangat berkembang dengan pesatnya disebabkan oleh negara Malaysia merupakan salah satu negara yang maju dan berkembang dalam sektor industri. Kerajaan telah banyak menjalankan usaha-usaha untuk menjadikan rekabentuk industri ini sebagai salah satu bidang yang sangat penting dalam negara bagi menghasilkan produk-produk yang semakin canggih dan berkualiti bersesuaian dengan zaman globalisasi sekarang. Menurut kamus dewan edisi ketiga, industri membawa maksud perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; Menurut kamus dewan edisi ketiga, reka dan bentuk membawa maksud yang seperti berikut: reka (rka) 1. = reka-reka aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawapan yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencitacitakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. anganangan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bentuk pula membawa maksud: bentuk 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar; bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; Disini dapat kita mengetahui bahawa maksud rekabentuk adalah rancangan ataupun corak, bentuk dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur, atau aspek-aspek sesuatu produk sama ada binaan atau sebagainya. Rekabentuk industri pula merupakan satu cabang seni dan sains di dalam perekaan produk yang dihasilkan oleh mesin. Ianya menitikberatkan penampilan nilai-nilai estetika yang terbaik bersesuaian dengan kecekapan fungsian yang telah ditetapkan. Kejayaan sesuatu rekabentuk industri boleh diukur melalui faedah-faedah yang dihasilkan di dalam sesuatu pembuatan dan perkhidmatan serta kepuasan yang dirasai oleh pemilik. Untuk mengeluarkan sesuatu rekacipta baru, perkara yang paling asas dan paling penting adalah idea. Menurut kamus dewan edisi ketiga idea membawa maksud buah fikiran, gagasan: semua ~ yg dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan. Tanpa idea, sesuatu rekacipta tidak akan terhasil. Idea tidak akan terhasil jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan maklumat tentang sesuatu perkara. Idea kritis dan inovatif sangat penting dalam penghasilan sesuatu rekabentuk. Sumber idea dapat diperolehi melalui cetusan idea dan perlu menggunakan teknik pengembangan idea iaitu scamper dan juga menggunakan peta minda untuk membuat nota dan menjana idea.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Peta minda pula adalah satu teknik yang sangat berguna dalam membuat nota dan menjana idea serta mempunyai hubungan yang rapat dengan peta konsep. Peta minda merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota. Teknik ini mengambil kira faktorfaktor yang berhubung dengan fungsi otak dan faktor membantu ingatan. Ia juga sesuai digunakan untuk mengulangkaji kerana ia senang untuk dilihat dan mudah untuk mendapatkan maklumat. Ia sangat penting dalam mendapatkan rekabentuk yang berkualiti.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.0 SCAMPER

Scamper adalah strategi yang boleh digunakan untuk mambantu pelajar menghasilkan idea-idea yang baru. Ia adalah sebagai alat untuk menyokong dengan kreatif , perbezaan pendapat. Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan idea-idea dengan berkesan. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar supaya bertanyakan soalan yang memerlukan mereka untuk berfikir di luar pengetahuan pemikiran mereka. Sebagai contoh ia membantu memperkenalkan kemahiran pemikiran kritikal dan membantu mereka dalam mendapatkan daya imaginasi mereka sendiri. Ia menggunakan pengetahuan kerjasama dan dorongan sebagai memainkan peranan.

2.1 STRATEGI MENGEMBANGKAN IDEA Strategi ini boleh digunakan untuk pelajar kerana ia adalah salah satu startegi yang baik untuk digunakan selepas pelajar memperuntukkan masa untuk mempelajari sesuatu. Terangkan tujuan startegi tersebut kepada pelajar, menggalakkan pelajar untuk membuka mindanya untuk lebih kreatif. Contoh dibawah adalah bagaimana SCAMPER boleh digunakan untuk mengambangkan idea. S: Substitute (tukarganti) Apakah yang boleh ditukar? Siapakah yang diganti? Apakah bahan, proses, tempat yang boleh ditukar ganti?

C: Combine ( cantum ) Apakah yang boleh dicantum? Bolehkah dua perkara dicantum? Bolehkah idea, pendapat, cara, konsep, objektif digabungkan?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

A: Adapt ( sesuaikan ) Adakah sesuatu yang tidak sesuai? Apakah yang boleh disesuaikan? Pernahkah pendapat yang lebih sesuai dikemukakan sebelum ini?

M: Modify ( ubahsuai ) Bolehkah sesuatu diubah? Bolehkah makna, bentuk, warna, suara, masa diubah? Besarkan? Kecilkan? Tinggikan? Kuatkan?

P: Put to other uses ( guna dengan cara lain ) Bolehkah digunakan dengan cara yang lain? Boleh digunakan untuk tujuan yang baru? Bolehkah digunakan dalam keadaan yang lain?

E: Eliminate a feature of the story ( hapuskan ) Bolehkah ditiadakan? Apakah bahagian yang boleh disingkirkan? Bolehkah dikurangkan komponen supaya lebih ringkas, menarik dan jimat?

R: Rearrange or reverse the sequence of the story ( susun semula ) Bolehkah disusun semula? Adakah komponen, kedudukan, rancangan, aliran, turutan yang boleh diatur semula?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Putarkan? Terbalikkan? Songsangkan?

2.2 CARA MENCETUSKAN IDEA

Dalam sesuatu ciptaan, idea adalah perkara yang paling penting kerana tanpa idea sesuatu yang baru tidak akan terhasil. Sesuatu rekabentuk bermula dengan idea. Idea yang berkualiti akan menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. Idea akan dapat dihasilkan oleh seseorang dengan berbekalkan pengetahuan yang banyak dan maklumat tentang sesuatu perkara tersebut. Jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat, mereka tidak akan dapat menghasilkan sesuatu rekabentuk atau rekacipta yang baik. Terdapat juga idea kritis dan idea kreatif dimana idea kritis adalah bersifat reaktif dan terjadi apabila kita tersua atau disuakan dengan perkara menimbulkan dengan perkara yang menimbulkan kritikisme kepada pemikiran. Idea kritis sangat penting untuk tujuan mengenalpasti, mengecam, membuat kesimpulan, tentang sesuatu perkara dari sekecil-kecilnya hinggalah kepada sebesar-besarnya. Idea kreatif pula adalah idea yang baru, asli dan boleh dijelmakan dalam bentuk tindakan. Teknik cetusan idea dapat digunakan untuk mendapatkan idea yang berkualiti. Teknik cetusan idea ini diperkenalkan oleh Bob Eberle dan ia digunakan ketika ingin mendalami kemungkinan idea. Ia sangat baik untuk idea yang sukar untuk mendapatkan sesuatu yang baru dan berbeza. Terdapat beberapa kaedah untuk mencetuskan idea. Antaranya adalah seperti: I. Pembacaan dan penyelidikan II. Soal selidik III. Terdapat keperluan IV. Galakan daripada pihak tertentu V. Secara kebetulan VI. Pengalaman VII. Bakat semulajadi VIII. Pemerhatian dan pengamatan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

IX. Pemkiran lateral

Ketika proses pencetusan idea dilakukan, semua pendapat perlu diterima dan dianalisis. Pemilihan idea mengambil kira faktor-faktor yang berikut: I. II. III. IV. V. VI. Keupayaan kendiri Pengetahuan dan pengalaman Bahan dan komponen Cara pembuatan Kepentingan produk Mesra alam

Bagi membina idea yang kreatif, teknik SCAMPER sering digunakan secara berulangulang sehinggalah berjaya menghasilkan sesuatu yang baru. Kebiasaanya, kita akan memikirkan apa yang kita lakukan lebih baik atau lebih kreatif daripada bentuk atau idea asal. Contohnya, daripada papan seterikan yang biasa digunakan sekarang, apabila di ubahsuai dengan menggunakan kaedah SCAMPER, kita boleh menukar papan seterika tersebut supaya boleh dilipat kepada bentuk yang lebih kecil dan mudah disimpan. Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan boleh ditukar kepada bahan yang lebih bermutu. Fungsinya juga boleh ditambah. Contohnya, bukan setakat membuat tempat menggosok malah boleh dijadikan tempat menyimpan seterika dan radio.

2.3 MEMBUAT KEPUTUSAN

Membuat keputusan ditakrifkan sebagai proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti. Strategi asas dalam proses membuat keputusan adalah mencadangkan, menganalisis, dan menilai pilihan-pilihan, meramal akibat setiap pilihan, dan akhirnya memilih pilihan yang terbaik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.4 MENYELESAIKAN MASALAH

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk memutuskan cadangan yang terbaik bagi mengatasi suatu kesukaran, halangan atau kekurangan yang dihadapi. Strategi asas dalam menyelesaikan masalah adalah mengenalpasti masalah dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian yang mungkin, menilai dan meramal, dan mencadangkan penyelesaian yang terbaik.

2.5 MENJANA KEMUNGKINAN IDEA

Menjana idea merupakan satu kemahiran menghasilkan idea-idea baru yang dapat digunakan untuk menghasilkan ciptaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang nyata. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar menghasilkan idea yang pelbagai, menentukan idea yang terbaik berdasarkan idea yang telah disumbangsaran. Cara menjana kemungkinan idea: Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Secara kumpulan adalah seperti dibawah: semua idea ahli kumpulan dicatat. jangan menilai atau menghukum pendapat orang lain. sebaik-baiknya semua ahli diberi peluang untuk memberikan pendapat.

4.

setelah semua idea dicatat, idea-idea itu boleh dinilai,

disaring, digugurkan, dan dipinda atau diubahsuai.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.0 PETA MINDA Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya. Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Peta minda adalah satu teknik yang sangat berguna dalam membuat nota dan menjana idea serta mempunyai hubungan yang rapat dengan peta konsep. Peta minda merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota. Teknik ini mengambil kira faktorfaktor yang berhubung dengan fungsi otak dan faktor membantu ingatan. Ia juga sesuai digunakan untuk mengulangkaji kerana ia senang untuk dilihat dan mudah untuk mendapatkan maklumat. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut: Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik: Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya: Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea. Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal. Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang. 3.1 KAEDAH MELAKAR PETA MINDA

Idea atau konsep utama dipilih. Ia dimulakan dengan imej atau simbol berwarna untuk menggambarkan tajuk di tengah-tengah kertas. Idea-idea penting yang berkaitan dikenalpasti dan ditulis berhampiran dengan idea utama. Kemudian kembangkan idea-idea dengan lebih spesifik dan terperinci. Idea utama dan idea-idea penting dihubungkan menggunakan garisan dan penghubung yang bersambung antara satu sama lain. Simbol digunakan seberapa banyak untuk keseluruhan peta minda. Perkataan ditulis dengan jelas. Gunakan kata kunci. Lakarkan dengan bebas.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.2 PENGGUNA PETA MINDA Peta minda berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan tahap kreativiti. Pereka bentuk industri memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dalam penghasilan sesuatu produk itu atau pun dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain daripada itu, perekabentuk industri memerlukan peta minda untuk melakar konsep-konsep produk yang hendak dihasilkan. 3.3 KEGUNAAN PETA MINDA Tujuan mempelajari dan mengenali sesuatu kandungan rekabentuk lebih jelas. Dapat digunakan sebagai alat pencetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan. Menjadikan kandungan rekabentuk industri lebih bermakna. Pereka bentuk industri terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat. Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik dan jenis kemahiran berfikir. 3.4 ELEMEN-ELEMEN UTAMA PETA MINDA Pengelolaan Cara mengelolakan maklumat-maklumat penting dengan cara keseluruhan supaya lebih mudah dirakam dalam ingatan jangka panjang. Perkataan kunci Menggunakan kata kunci yang mewakili sesuatu idea atau tema supaya dapat memberi bayangan secara kreatif kepada pembaca.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bayangan pandangan Ianya boleh dibuat dalam pelbagai cara contohnya penggunaan warna yang memfokuskan kepada idea utama atau gambarajah 3 dimensi yang menekankan kepentingan idea dan mudah diingat berbanding jika menggunakan perkataan. 3.5 CONTOH-CONTOH PETA MINDA

1.

2.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.

4.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

5.

6.

KESIMPULAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Dalam rekabentuk industri, scamper dan peta minda sangat penting kerana ianya membantu dalam pemahaman dan membantu mendapatkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk mereka bentuk sesuatu produk yang baru. Peta minda dapat memudahkan perekabentuk industri dalam proses membangunkan konsep sesuatu produk baru. Disini, dapat kita lihat bahawa scamper dan peta minda sangat penting kepada kenajuan industri untuk menghasilkan produkproduk yang berkualiti.

RUJUKAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1. Tony Buzan(1994). The Mind Map Book. Butler and Tanner Ltd.London 2. "http://www.mindtools.com/pages/article/newISS_01.htm"

3. "http://www.mycoted.com/SCAMPER" 4. http://draft.discover.tased.edu.au/english/_borders/bottom.htm 5. (http://sourceforge.net/forum/forum.php?forum_id=320014). 6. www.google.com.


7. wikipedia.com

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You might also like