DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1

)

lk Ya Allah Ya Karim, Sesungguhnya kami berhimpun pada hari yang mulia, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan rezekiMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur kepada nikmatMu samada nikmat yang sedikit ataupun yang melimpah ruah kepada kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menyambut dan menunjukkan rasa syukur dan cinta kepadaMu Ya Allah. Kami menyambut rasa kesyukuran ini dengan mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran Aidilfitri dengan penuh taqwa dan tawaddu’ kepadaMu. Menyemai rasa kekitaan, merapatkan ukhwah yang sedia terjalin dan bermaafmaafan sempena bulan Syawal yang mulia ini. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya RezekiMu lagi dan berkatilah keluarga JPN amnya dan warga SPP khasnya, semoga kita dapat mengadakan lagi majlis-majlis perhimpunan seperti ini. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu, sinarilah hati2 kami dengan rasa keinginan untuk berbakti dan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Semoga dengannya kami mudah menerima hidayah dan keampunan daripadaMu ya Allah

Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di dunia dan diakhirat serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful