Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya

Panduan Pengguna Borang SPA8i

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Dikemaskini : 17 Ogos 2011

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 6.0 7.0

DAFTAR AKAUN BARU ............................................................................ 2 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN .......................................................................................... 8 DAFTAR MASUK BORANG SPA8i ........................................................... 9 LUPA KATA LALUAN .............................................................................. 14 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) ........................................................................................ 17 Maklumat Peribadi Pemohon ................................................................. 19 Maklumat Akademik Pemohon............................................................... 25 Maklumat Ko-Kurikulum ......................................................................... 35 Maklumat Tambahan ............................................................................... 37 Semakan Maklumat Peribadi Pemohon ................................................. 40 Pengakuan Pemohon .............................................................................. 41 Pemberitahuan ........................................................................................ 42 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ...................................................... 43 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8i .............. 46

Muka 1/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

1.0

DAFTAR AKAUN BARU Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini.

Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar akaun baru. 2. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA seperti berikut :

Rajah 1.0-1 Skrin Portal Rasmi SPA

Muka 2/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

3. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-2 Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

4. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan Pengguna Borang SPA8i sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPA8i. 5. Kemudian klik pada pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan MyID dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-3 Skrin Daftar Akaun Baru Muka 3/45

7. Pemohon boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan semua maklumat tersebut.0-4 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru 11. 9. Ini adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan menggunakan e-mel. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dan aktif. Klik pada pautan Daftar Masuk jika ingin kembali ke skrin utama. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. Oleh itu.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6.0-5 Skrin Pasti MyKad dan E-mel Daftar Akaun Baru Muka 4/45 . Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. Mesej ini akan dipaparkan: Rajah 1. pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan) yang akan digunakan sebagai MyID. 8. tekan butang Daftar. Untuk makluman. Setelah semua maklumat dimasukkan. 10.

Ini kerana tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di server e-mel berkenaan. gmail. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA semula sekiranya tidak menerima e-mel selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran. 16. 14.0-7 Skrin E-mel Pengaktifan Akaun Baru Muka 5/45 . Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan e-mel adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui emel.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 12. Berikut merupakan contoh e-mel yang diterima daripada pihak SPA selepas daftar akaun baru : Rajah 1. sila semak di folder ‘junk/spam/bulk mail’ dan set semula e-mel dari SPA sebagai ‘not junk/spam/bulk mail’. hotmail. Sila pastikan konfigurasi ‘auto delete’ bagi folder ‘junk/spam/bulk mail’ tidak diaktifkan. Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo. Pemohon perlu menyemak e-mel yang digunakan bagi membolehkan pemohon mengaktifkan akaun tersebut. sila tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan e-mel berkenaan. Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke folder Inbox tuan/puan. 17. Klik butang Cancel untuk batal dan klik OK untuk teruskan dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. 15.0-6 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru 13. ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain.

0-8 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya 20. 21. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 1. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam. skrin seperti berikut akan dipaparkan: Muka 6/45 . Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk menggunakan MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. Selepas klik (sini). mesej seperti berikut akan dipaparkan: 22. 19. 23. pemohon perlulah klik pada pautan (sini) untuk mendapatkan pautan pengaktifan yang baru.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 18. Sekiranya pemohon menerima mesej seperti ini. Sekiranya pemohon tidak mengaktifkan pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 24. Muka 7/45 . Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik butang Hantar: 26. Pemohon diminta memasukkan MyID dan e-mel yang digunakan semasa mendaftar dan tekan butang Hantar. 25. rujuk nombor 17-20 untuk meneruskan langkah seterusnya. Kemudian.

gov. sistem tidak membenarkan pendaftaran dibuat kerana MyID telah wujud. Alamat. E-mel yang sepatutnya dimasukkan. Nama calon. No. rekod pendaftaran tersebut secara automatik akan dibatalkan dan pemohon dikehendaki mengisi semula daftar akaun baru. dan e. maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah diperlukan seperti : a.my Sekiranya pemohon tidak membuat pengaktifan daftar akaun baru selepas tempoh sebulan. b. c. Hantarkan semua maklumat di atas ke e-mel HantarPengaktifan@spa. Muka 8/45 . kad pengenalan. No. d. Bagi pemohon yang telah berjaya membuat pengaktifan rekod pendaftaran tidak akan dibatalkan. pemohon boleh menghubungi SPA. Jika e-mel pemohon tersilap semasa mendaftar atau tidak menerima emel pengaktifan dari pihak SPA selepas tempoh 48 jam.0 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN Pemohon hanya dibenarkan sekali sahaja untuk daftar akaun baru dan sekiranya pemohon mengisi semula maklumat daftar akaun baru. telefon.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 2. Bagi tujuan verifikasi.

pemohon boleh mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran. 2. Jika tersalah taip kata laluan. 4. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan baru pemohon Rajah 3. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. ralat seperti berikut akan dipaparkan: Muka 9/45 . Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima daripada SPA.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8i Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3. Kemudian tekan butang Log Masuk. Langkah-langkah: 1.

0-3 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk Muka 10/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3. ralat berikut akan dipaparkan: Rajah 3. Jika tersalah memasukkan MyID ataupun MyID tidak wujud.0-2 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk 6.

11. pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang SPA8i.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. Perlu diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Semula Kata Laluan Baru. 9. 10. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul. Kata laluan dalam e-mel SPA Kata laluan baru pemohon Kata laluan baru pemohon Rajah 3.0-4 Skrin Tukar Kata Laluan 8. Jika tiada sebarang ralat. kata laluan baru pemohon dan semula kata laluan baru pemohon sebelum boleh mengisi borang pendaftaran. Semua pemohon baru diwajibkan mengisi kata laluan semasa (kata laluan yang diberikan oleh SPA). Pengguna juga boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan maklumat yang telah diisi. Sekiranya pemohon keluar dari borang SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Muka 11/45 . pemohon perlu masukkan MyID dan kata laluan baru yang telah disi oleh pemohon. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Hantar. skrin untuk menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali mendaftar.

Setelah selesai.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3. 13.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai borang. Sekiranya anda tersilap memilih kelayakan semasa mengisi Maklumat Akademik Pemohon dan medan wajib diisi.0-5 Skrin Borang SPA8i 12. 14. anda isi maklumat tersebut terlebih dahulu dan kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon dan klik kelayakan tertinggi untuk menukar semula kelayakan anda. Untuk kembali ke muka surat borang. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Muka 12/45 . Rajah 3. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Sila rujuk para 5. Kategori borang dan jawatan adalah mengikut kelayakan tertinggi pemohon dan pemohon perlu membuat pilihan yang betul dan semua medan wajib diisi seperti mana yang dikehendaki. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang seperti skrin berikut. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. sila klik butang Seterusnya.0-6 Skrin Penyemakan Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i 15.

Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu Pengakuan Pemohon. jika pemohon masih ingin keluar daripada skrin ini. Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika daftar masuk semula ke dalam borang SPA8i dan boleh kemaskini semula. 18. 19. Muka 13/45 .0-7 Skrin Keluar Daripada Borang 17. Walau bagaimanapun.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 16. Klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan satu tetingkap akan dipaparkan: Rajah 3. semua maklumat yang telah diisi sebelum ini akan disimpan sebagai draf.

Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. Langkah-langkah: 1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. Pemohon perlu mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk dengan menggunakan MyID dan Kata laluan yang disertakan. 4.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 4. Kata lalaun serta pautan pengaktifan. 2.0 LUPA KATA LALUAN Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula e-mel pengaktifan akaun yang mengandungi MyId. Klik pada pautan Lupa kata laluan untuk memaklumkan kepada pihak SPA. Skrin ini akan dipaparkan: Muka 14/45 .0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3.

7. Jika e-mel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan semasa Daftar Akaun Baru.0-3: Skrin Ralat Lupa Kata Laluan 8. Sila rujuk para 2. ralat seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. Kemudian tekan butang Hantar.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i No Kad Pengenalan E-mel yang dimasukkan dalam borang SPA8i Rajah 4. Jika tiada sebarang masalah. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan E-mel yang telah digunakan semasa pengaktifan atau e-mel yang telah dikemaskini dalam Borang SPA8i. 9. 6.0-2: Skrin Lupa Kata Laluan 5. mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin berikut: Rajah 4.0-4: Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan Muka 15/45 .0 Kesilapan Mendaftar E-mel Atau Tidak Menerima Emel Pengaktifan untuk bantuan dan e-melkan maklumat verifikasi tersebut.

Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i atau melihat semakan status permohonan pada bila-bila masa.0-5: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 12. pautan ini tidak lagi boleh digunakan. Contoh e-mel yang dihantar oleh SPA adalah seperti berikut: Rajah 4. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi e-mel pemohon seperti yang dinyatakan.0-6: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 14. 13. Muka 16/45 . Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 4. 15. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel bagi tempoh 48 jam. Jika tidak. 11.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 10.

2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan pemohon Rajah 5.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. Rujuk :Maklumat Jawatan (Diskripsi Tugas/Gaji Permulaan) sebelum membuat pilihan.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i Muka 17/45 . Langkah-langkah: 1.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.

Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan klik pada pautan Log Masuk.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. Walau bagaimanapun maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan sebagai draf dan tidak akan diproses. 6. Jika tiada sebarang ralat.0-2: Skrin Borang pendaftaran (SPA8i) – Berkhidmat/KPSL 5. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Semakan Status Permohonan Tarikh Permohonan / Kemas kini / Proses Keluar Rajah 5. 7. Muka 18/45 . 4. Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. Sila rujuk para 6. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. 8. Tarikh Kemas kini adalah tarikh semasa pemohon Log Masuk dan Tarikh Proses bermaksud tarikh pemohon klik Hantar. pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang pendaftaran SPA8i. Tarikh Permohonan merupakan tarikh permohonan pertama melalui MyID. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. Sebarang maklumat yang telah dikemas kini mestilah dengan klik butang Hantar di bahagian Pengakuan Pemohon untuk diproses dan pemohon akan mendapat tarikh pendaftaran baru. 9. Pemohon boleh klik Keluar pada bila-bila masa.0 Semakan Status Permohonan sebagai panduan untuk menyemak status permohonan jawatan yang dipohon.

1 Maklumat Peribadi Pemohon Rajah 5. 4824163 b. Kelayakan Tertinggi adalah penting pemohon pilih kerana ianya akan menentukan jawatan yang boleh dipohon berserta dengan maklumat yang diperlukan. RF 1234 isikan: isikan: isikan: 4824163 H0432516 RF1234 3. Muka 19/45 . Nombor Kad Pengenalan (Baru) 540603-03-5550 : 540603035550 2. H 0432516 c. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis) a.0-3(1): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon Ruang Nombor Kad Pengenalan tidak perlu dimasukkan oleh pemohon kerana telah dipaparkan secara automatik pada skrin. Rujuk Rajah 1.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.5-2 atau contoh seperti berikut: 1.

Muka 20/45 . Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Ijazah atau Sarjana atau PHD serta maklumat tambahan yang berkaitan.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon – Kelayakan Tertinggi b. sekiranya anda mempunyai Ijazah dan Diploma sahaja atau Ijazah dan STPM/STAM sahaja. sekiranya anda mempunyai Diploma atau Sijil. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma e. Pilihan kategori STPM/HSC/STAM. Sila pilih mengikut kelayakan tertinggi/kategori borang terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik akan bergantung kepada jenis pilihan tersebut.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a. sekiranya anda mempunyai STPM atau HSC atau STAM. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM. Pilihan kategori Ijazah/Sarjana/PHD.. sekiranya anda mempunyai Ijazah atau Sarjana atau PHD. c. Pilihan kategori Diploma/Sijil. Diploma dan Ijazah atau Sijil SPM. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan STPM atau HSC atau STAM serta maklumat tambahan yang berkaitan. Rajah 5. STPM/STAM dan Ijazah serta maklumat tambahan yang berkaitan. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma d. Pilihan kategori Ijazah dan Diploma atau Ijazah dan STPM/STAM. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Diploma atau Sijil serta maklumat tambahan yang berkaitan.

Sekiranya anda tersilap memilih Kelayakan Tertinggi dan ketika itu anda berada dalam Maklumat Akademik Pemohon. h. Kerajaan Tempatan. sistem tidak membenarkan anda untuk kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon kerana medan wajib diisi. 4. Maklumat akademik yang boleh diisi pemohon adalah Sijil SRP/PMR/LCE. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM atau SRP atau PMR serta maklumat tambahan yang berkaitan. Sila kemas kini Alamat e-mel anda yang aktif. sekiranya anda adalah pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. 5. anda isi maklumat tersebut dan klik Maklumat Peribadi pemohon dan pilih semula Kelayakan Tertinggi tersebut. Negeri. Anda juga dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang (Jawatan-jawatan yang dipaparkan adalah mengikut pilihan Kelayakan Tertinggi pemohon). SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM. Untuk mengatasi masalah tersebut. i. Pilihan kategori SPM/SRP/PMR. Contoh : rosniyati@yahoo. STPM/HSC/STAM.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i f. Ijazah dan pengalaman dalam perkhidmatan awam serta maklumat tambahan yang berkaitan. g.com Muka 21/45 . Pilihan kategori Berkhidmat/KPSL. sekiranya anda mempunyai SPM atau SRP atau PMR. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian. Dploma/Sijil. Badan Berkanun dan Perkhidmatan Polis walaupun anda mempunyai Sijil Ijazah atau Diploma. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1.

Sila kemas kini Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad). Contoh : Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR 7. Rajah 5. Sekiranya ruangan tidak mencukupi.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 8. Sila kemas kini Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas. nama jalan. Sila kemas kini Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul. 9. sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. Muka 22/45 . 10. Sila kemas kini Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas. nama taman/kampung.

Sila pilih Keturunan anda. 14. Sila pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Muka 23/45 . b. Contoh : Nombor Telefon : 03-89451010 Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010 12. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut : a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon. sila abaikan langkah ini. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 11.1). Sekiranya anda mengisi no. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). c.1). 15. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. Contoh : Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980 13. 16.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No. sila abaikan langkah ini.

Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan yang berkaitan. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pemegang biasiswa tersebut di Peringkat Diploma dan ke atas sahaja. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR). Sila pilih Warganegara anda. 19. 18. Setelah selesai. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Pendaftaran/Rujukan. 21. sila klik butang Seterusnya. Muka 24/45 . Oleh itu.0-3(3): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 17. sila isikan No. 20. Sekiranya berkaitan. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. a. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. 1. Rujuk contoh seperti Rajah 1.0-4(1): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali pertama. 2002). Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Muka 25/45 .2 Maklumat Akademik Pemohon Rajah 5. b. anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil.Peperiksaan kali pertama Peringatan : Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000. a.5-4(1). 2001.

Muka 26/45 . f. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.0-4(2): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-4(2). d. Rajah 5.Peperiksaan kali pertama e.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i c.

b. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.5-5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.(Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja) 2. Rajah 5.0-5: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. a.Peperiksaan kali kedua -. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Rujuk contoh seperti Rajah 1.0-6: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf Muka 27/45 .

Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan. c. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi.0-8: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas 5.5-7.5-6. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas. d. Rajah 5. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. Rujuk contoh seperti Rajah 1. b. a. Rajah 5. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh Muka 28/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3.0-7: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Matematik Kertas Julai 4. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai /SAP/SPM/STPM/Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. a. b. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan.5-8. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki. a.5-9 di bawah akan dipaparkan. Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas. Rajah 5.0-9: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain b. Muka 29/45 .

d. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir).5-8 akan dipaparkan semula.0-10: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 6.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i c. Contoh : Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010 Rajah 5. a.5-10. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Muka 30/45 . Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy.

75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i b. Institusi tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1.5-10 akan dipaparkan semula. Muka 31/45 .50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah.0-11: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Institusi Pengajian Tinggi i. Contoh : 3. Rajah 5.5-11 di bawah akan dipaparkan. c. ii. Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi. 3. Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih Institusi Luar / Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Institusi. d. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi.

5-10 akan dipaparkan semula. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Pengkhususan tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila pilih Bidang Pengkhususan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Pengkhususan. Rajah 5. Muka 32/45 . f.0-12: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Pengkhususan i. g.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i e. Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara. Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. ii. Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam senarai.5-12 di bawah akan dipaparkan.

Langkah 6 perlu diulang bagi no. Rajah 5.5-13) sekiranya berkaitan. Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut tiada dalam senarai. ulangi proses penyemakan dan penghantaran.3 (rujuk Rajah 1. Muka 33/45 .2 dan no. Rujuk Rajah 1. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i h.5-14 seperti di bawah. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.0-13: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 7. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Untuk kembali ke muka surat borang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke borang Rajah 5.0-14: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) Muka 34/45 .

5-15.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. 2.0-15: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Sukan/Persatuan/Kepimpinan 1. Muka 35/45 . Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat.3 Maklumat Ko-Kurikulum Rajah 5.

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. 5. Muka 36/45 .5-16 seperti di atas. Rujuk Rajah 1.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke Rajah 5. Rujuk contoh yang diberi.0-16: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang 3. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). pilih Sumbangan yang anda berikan dan Peringkat penyertaan. Untuk kembali ke muka surat borang. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang. 4.

0-18: Skrin Maklumat Tambahan – Kategori Ketidakupayaan Muka 37/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.4 Maklumat Tambahan Rajah 5.5-17 di bawah akan dipaparkan. Sekiranya berkaitan. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1.0-17: Skrin Maklumat Tambahan – Kurang Upaya 1. sila masukkan No. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Rajah 5. Pendaftaran.

Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. 4.5. pangkat dalam kategori akan dipaparkan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a.5-19.19 di bawah akan dipaparkan. Selepas pilih kategori. sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Contoh: Kategori : Bekas Polis Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan Muka 38/45 . Pautan kembali ke Rajah 5. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut. 3.0-19: Skrin Maklumat Tambahan – Bakat/Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu/Bekas Tentera/Bekas Polis 2.

5-19 seperti di atas. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Muka 39/45 . ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang. Rujuk Rajah 1. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.

5-20 seperti di atas. Untuk kembali ke muka surat borang. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat.0-20: Skrin Semakan Maklumat Peribadi Pemohon 1. Maklumat Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. Kad Pengenalan Baru. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. sila klik pautan di bahagian atas borang.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon.5 Semakan Maklumat Peribadi Pemohon Pautan kembali ke borang Rajah 5. Maklumat Akademik Pemohon. 2. 3. Rujuk Rajah 1. Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat. Pada peringkat ini. Sila pastikan No. Muka 40/45 .

00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2.6 Pengakuan Pemohon Rajah 5.000. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.21. Rujuk contoh seperti Rajah 1. 2.5. Muka 41/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.0-21: Skrin Pengakuan Pemohon 1.

ulangi proses penyemakan dan penghantaran.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.7 Pemberitahuan Rajah 5. 3.5-22 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. 2. Selamat mengisi borang! Muka 42/45 . Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan dan Cetak Pemberitahuan ini. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 1. Sekiranya anda menerima mesej ralat.0-22: Skrin Pemberitahuan 1.

3.0-1: Skrin Borang SPA8i Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. pemohon boleh menyemak status permohonan di pautan :: Semakan Status Permohonan :: yang berada dipenjuru atas kiri borang seperti Rajah 6.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. klik Semakan Status Permohonan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Muka 43/45 . Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik butang Log Masuk. Selepas berjaya masuk skrin borang SPA8i seperti Rajah 6.0 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN Borang SPA8i juga menyediakan Semakan Status Permohonan dimana pemohon boleh terus melihat status urusan pengambilan yang dibuat oleh SPA bagi tempoh setahun dari tahun semasa. Setelah selesai mengisi dan menghantar borang.0-1.0-1. di sebelah atas penjuru kiri borang SPA8i terdapat Semakan Status Permohonan iaitu ciri terbaru untuk pemohon menyemak status permohonan. 2. Urusan tersebut akan dijana secara automatik oleh sistem SPA. Semakan Status Permohonan Rajah 6.

9. 8. Pemohon boleh menyemak status permohonan jawatan seperti tarikh daftar dan tarikh luput setiap jawatan. Pemohon juga boleh menyemak status urusan pengambilan yang diproses oleh SPA dimana Tarikh Tutup Urusan bermakna urusan tersebut dibuat dalam tempoh setahun ke belakang dari tarikh urusan. 6. No. Urusan adalah nombor urusan yang digunakan untuk menjalankan proses tersebut. Status Permohonan Jawatan Semasa adalah mengikut jawatan semasa yang dipohon calon serta status urusan yang diproses dalam tempoh setahun. Jika urusan pengambilan telah diproses dan pemohon tidak memohon jawatan semasa maka ianya akan dipaparkan dalam Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dipohon.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 6. 5. 7. Status Urusan bermakna urusan jawatan tersebut berada di peringkat mana dan sekiranya status memaparkan ‘Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya’.0-2: Skrin Semakan Status Permohonan 4. Muka 44/45 . pemohon tidak berjaya ke peringkat seterusnya dan paparan tersebut akan kekal.

Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan setahun dari tarikh semasa dengan klik [Klik Sini] pada Untuk melanjutkan tempoh permohonan tanpa perlu menghantar perakuan seperti Rajah 6. Syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya adalah berubah-berubah mengikut kekosongan daripada Kementerian/ Jabatan dan Suruhanjaya. 10. 14.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Walaubagaimanapun sekiranya urusan jawatan tersebut dibuat lagi pemohon akan diproses sekali lagi jika pendaftaran masih belum luput. 12. 11.0-3. Klik pada pautan Keluar sekiranya hendak keluar dari borang pendaftaran pekerjaan SPA8i. Sekiranya pemohon ingin memilih jawatan selain daripada yang dipaparkan pemohon perlu mengemaskini di dalam borang permohonan dan menghantar semula perakuan pemohon untuk diproses.0-3 Skrin Melanjutkan Tempoh Permohonan 13. Muka 45/45 . Klik pada pautan Borang jika ingin kembali semula ke borang pendaftaran pekerjaan SPA8i. Pelanjutan Tempoh Permohonan Rajah 6.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. Pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan). Setiap urusan pengambilan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon. Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini mahupun pemohon baru. g. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. f. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Nombor MyKad ini akan digunakan sebagai MyID semasa hendak masuk ke borang SPA8i. c. e. b. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan sekiranya tempoh sah laku permohonan telah luput. Di samping itu pemohon boleh mengemaskini maklumat borang SPA8i pada bila-bila masa dengan sekali sahaja pendaftaran MyID. j. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. d. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. Terdapat Semakan Status Pemohonan di dalam borang SPA8i di mana pemohon boleh membuat semakan mengenai status permohonan mereka. Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. i. kata laluan dan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel. Muka 46/45 . Pemohon juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS sekiranya dipanggil peperiksaan atau temu duga. Oleh itu. Pemohon perlu memilih kategori borang mengikut Kelayakan Tertinggi pemohon terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik bergantung kepada jenis pilihan tersebut. h. Semua pemohon mesti mempunyai akaun e-mel yang masih aktif kerana MyID.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8i Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah: a.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful