You are on page 1of 36

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA 1.

0 Pengenalan

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.

1.1

Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

1.1.1

Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

1.1.2

Ciri-Ciri Didik Hibur (i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ( ii ) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( iii )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

( iv )

Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia.

(v)

Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

( vi )

Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

( vii )

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. ( ix ) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3

Bagaimana Pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun (dua kerat). Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu: (i) ( ii ) ( iii ) Pelbagai bidang ilmu serta tema, Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah. Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dua kerat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

1.1.4

Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu: (i) ( ii ) ( iii ) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur; Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita; dan Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

1.1.5

Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif ataupun negetif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan berpantun dua kerat. 4

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA 1.1.6 a.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: (i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid-murid. ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi ) ( vii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. Guru boleh membuat pelbagai suara. Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

( viii ) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. ( ix ) (x) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

b.

Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (i) ( ii )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii )

Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv )

Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

(v) ( vi ) ( vii )

Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

1.2

Nyanyian dalam Didik Hibur

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.

1.2.1 a.

Aktiviti Nyanyian Definisi Nyanyian Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. 6

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA b.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Kebaikan Aktiviti Nyanyian (i) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. ( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. ( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah. (v) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan. ( vi ) Lagu juga membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat. ( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.

( viii ) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa.

c.

Prinsip Nyanyian (i) Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

atau dialek negeri tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard (bahasa baku) dan diguna pakai sehari-harian. ( ii ) Pilihlah lagu yang mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik-baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut. ( iii ) Lagu yang dipilih mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan. ( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi, perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlaku melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran. (v) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat. Contohnya lagu Balik Kampung dan Ayah dan Ibu nyanyian Sudirman Hj. Arshad, Perigi Biru nyanyian Dato M. Daud Kilau dan sebagainya. ( vi ) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran mereka.

d.

Standard Kandungan Kurikulum (1) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 1.1 1.2 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA e.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian (i) Pra Persediaan Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian. ( ii ) Penyampaian Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan muridmurid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat. ( iii ) Penutup Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam senikata lagu berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran pensel yang tidak berwarna. 9

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA f.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) Santai Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. Lucu Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. Seronok dan gembira Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. Semangat mencuba Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan. (v) ( vi ) Tidak takut Guru turut menyanyi bersama-sama murid. Tidak stres Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan.

g.

Kaedah Mengajar Nyanyian Ciptaan Sendiri

Murid dengan bimbingan guru bersama-sama mencipta sebuah seni kata lagu ciptaan sendiri berdasarkan cerita yang pernah dibaca di papan tulis. Bila selesai murid-murid akan diperdengarkan melodi lagu yang lazim didengari dan murid menyanyikan seni kata lagu tadi menggunakan melodi berkenaan. (i) Kaedah keseluruhan lagu. Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek dan sesuai untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya iaitu tiga atau empat kali. Guru menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk membaca seni kata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan yang betul secara berulang-ulang.

( ii )

Kaedah baris demi baris. Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah. Caranya, guru akan

memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan 10

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan diajar membaca seni kata lagu. Jika murid mula menguasainya, guru akan membimbing murid menyanyi dengan seni kata lagu sebaris-sebaris dan berulang-ulang. Guru meminta murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama sebelum meminta mereka menyanyi sendiri dengan iringan atau tanpa iringan muzik.

h.

Cadangan Aktiviti Lanjutan (i) Murid diperlihatkan seni kata lagu Wajah nyanyian Jaclyn Victor yang dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru membimbing muridmurid menyebut seni kata dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.
Tajuk/Lirik Lagu: Wajah Penyanyi: Jaclyn Victor Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat lagi menggalas bebannya Belum sempat menitis ke pipi tangisan kering sendiri Berkali tersungkur pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur Engkaulah perwira di medan derita Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah ... Usah kau berputus asa

( ii )

Seterusnya murid-murid diperdengarkan CD lagu berkenaan dan mereka menyanyikannya bersama-sama dengan iringan lagu berkenaan.

( iii )

Murid diminta menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau kandungan lagu yang telah dipelajari.

( iv )

Seterusnya guru meminta murid menggambarkan idea dalam lagu itu dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.

11

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (v)

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi atau kandungan lagu tadi dan melakonkannya menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal.

( vi )

Akhir sekali murid-murid diperdengarkan sekali lagi lagu berkenaan dan dalam masa yang sama, mereka diminta melengkapkan seni kata lagu hingga selesai.

( vii )

Di akhir sesi guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

1.3

Bercerita dalam Didik Hibur

Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

1.3.1 a.

Aktiviti Bercerita Definisi Bercerita Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.

12

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA b.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Kebaikan Aktiviti Bercerita (i) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita umpamanya, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya. ( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya. ( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid. ( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid. (v) Bercerita merupakan asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid. ( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa murid secara sihat. Cerita Si Tenggang umpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat 13

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid. Pengajaran yang diperoleh daripada cerita itu juga boleh dijadikan panduan hidup mereka.

c.

Prinsip Aktiviti Bercerita (i) Cerita yang hendak digunakan perlu mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka. ( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan. ( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dan ada kesudahan cerita. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang pelbagai dan menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwaperistiwa tertentu dan sebagainya. ( iv ) Penglibatan murid hendaklah menyeluruh dan maksimum. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.

d.

Standard Kandungan Kurikulum (1) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

14

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA 1.1

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

1.2

Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

e. (i)

Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita Permulaan cerita (a) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. (b) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.

( ii )

Pembentukan cerita (a) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid. Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.

15

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (b)

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.

(c)

Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka.

(d)

Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan.

(e)

Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan.

(f)

Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya hubungan cerita dengan cerita, lebih konsisten dan menyakinkan pendengar.

(g)

Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid mengenal pasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan.

16

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (h)

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikkan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini.

( iii )

Penutup Cerita (a) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai. (b) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.

f.

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita (i) ( ii ) Santai Murid dapat mendengar pelbagai tajuk cerita yang mereka digemari. Kelakar dan lucu Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan, maka adegan lucu sudah pastinya akan terjadi. ( iii ) ( iv ) Seronok dan gembira Penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan. Semangat mencuba Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan rakan-rakan sebagai pencerita berdasarkan tajuk cerita yang digemari. (v) Tidak takutkan guru cerita lebih berkesan. ( vi ) Kurang stres Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita atau pendengar cerita dihargai. Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan

mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian

17

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA g.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Cadangan Aktiviti Lanjutan (i) Aktiviti Menyanyikan Cerita Isi dan fakta yang diperoleh menerusi cerita, digubah menjadi senikata lagu seterusnya dinyanyikan bersama melodi yang digemari. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik minus one lagu berkenaan. Contoh cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya yang dinyanyi menggunakan lagu Aci-Aci Buka Pintu nyanyian P. Ramlee. ( ii ) Aktiviti Lakonan Cerita Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan penghayatan mereka. Guru membimbing murid supaya membaca dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. ( iii ) Aktiviti Ceritadra Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada bentuk drama. Aktiviti ini memerlukan murid mendalami dan menghalusi isi cerita dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam aktiviti ini, muridmurid perlu mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerita tersebut. ( iv ) Aktiviti Kerusi Panas Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya, murid-murid lain bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan. (v) Aktiviti Improvisasi merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dari permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan. ( vi ) Aktiviti Pemaduan Seni bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak tersebut, dalam masa yang sama murid lain akan 18

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

melukis gambaran watak manakala sekumpulan murid lain akan menyanyikan lagu tentang watak berkenaan.

1.4

Lakonan dalam Didik Hibur Di sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh muridmurid kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai. Mereka akan tertarik dan teruja untuk berlakon jika guru merakam lakonan tersebut dalam bentuk CD atau VCD dan kemudian dipersembahkan semula di hadapan rakan-rakan mereka. Untuk aktiviti lakonan, murid-murid biasanya diberi peranan untuk berdialog secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi ia pasti membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.

1.4.1 a.

Aktiviti Lakonan Definisi Lakonan Lakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatankegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

b.

Kebaikan Aktiviti Lakonan (i) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul. ( ii ) Murid-murid dapat menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul. 19

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( iii ) ( iv )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Melatih murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. Melatih mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran.

(v)

Melatih murid menjadi pendengar yang baik dan mampu memahami apa yang didengarinya itu dengan tepat.

( vi )

Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.

( vii )

Mendorong pembentukan pemikiran murid yang aktif, kreatif dan kritis.

( viii ) Mengikis perasaan rendah diri, malu dan pelbagai sifat negatif lain kepada sifat positif seperti yakin, tegas dan sebagainya. ( ix ) Melatih murid memahami pelbagai aspek kehidupan menerusi lakonan sebelum mereka menghadapi keadaan sebenar.

c.

Prinsip-prinsip Berlakon Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar, berkesan dan memenuhi tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memiliki beberapa prinsip tertentu ketika mengendalikan aktiviti berlakon, seperti berikut: (i) Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ( ii ) Berlakon memerlukan tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar. ( iii ) Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh pelbagai peringkat murid. 20

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( iv )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

(v)

Semua

murid

dibenarkan

berlakon

secara bebas.

Guru

hanya

boleh

membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan atau membunuh minat serta semangat berlakon dalam kalangan mereka. ( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal berkembang secara seimbang.

d.

Standard Kandungan Kurikulum (i) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 1.1 Mengujarkan (mengucapkan) dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. 1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

e.

Jenis Lakonan Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu: (i) Lakonan Berdasarkan Permainan Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan.Murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka buat sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang telah dipilih secara rawak, kemudian diminta keluar ke hadapan dan guru 21

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut mengikut gaya dan kreativiti sendiri. Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan dan meneka apakah jenis permainan tersebut. Contoh lain ialah permainan pukul berapa datuk harimau, ayam dan musang, dan sebagainya. ( ii ) Lakonan Spontan Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Muridmurid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya. ( iii ) Lakonan Bisu Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog. Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat sendiri. Contohnya perbuatan membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi, berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan sebagainya. ( iv ) Lakonan Berkait Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan melakonkan perkataan tersebut. Misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut perkataan saya tidur, saya sedang bersikat rambut, saya 22

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

berjalan dan sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dijalankan. (v) Lakonan Berskrip Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal, dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak memerlukan persediaan yang rapi dan guru berperanan memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid bebas berlakon menggunakan perkataan sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di mana murid-murid diberi skrip lakonan berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini. (a) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan skrip untuk diteliti. (b) Seterusnya, pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja. (c) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita berkenaan. (d) Ulasan dan komen boleh diberikan guru selepas selesai aktiviti lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain. (e) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi atau rangsangan dan elakkan mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.

23

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (f)

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih realistik dan berkesan.

( vi )

Lakonan Boneka Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya. Pelbagai versi dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang pemalu. Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan mengenalpasti isi penting dan kesalahan bahasa. Bagi muridmurid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.

( vii )

Lakonan Nyanyian Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai dilaksanakan di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru perlu menjelaskan apakah peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya lagu Ayah dan Ibu nyanyian Sudirman Arshad, Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip, Jangan Tinggal Daku nyanyian P. Ramlee dan sebagainya.

( viii ) Lakonan Puisi Lakonan puisi dijalankan oleh murid berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi Sajak Ke Makam Bonda, Syair Burung Pungguk, Seloka Pak Kaduk dan Gurindam Dua Belas. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-murid dikehendaki melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan. 24

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( ix )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Lakonan Cerita Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakanrakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

(x)

Lakonan Kaku Lakonan jenis ini menyerupai pantomime iaitu melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat statik atau setempat.

f.

Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan (i) Sesi Pernyataan (Permulaan) Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan yang akan dilaksanakan. Guru dan murid membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta melakonkannya di hadapan rakan-rakan. ( ii ) Sesi Berlakon Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masingmasing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

25

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( iii )

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid, atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

g.

Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan a. Santai Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari seperti Seniman Bujang Lapok karya Tan Sri P. Ramlee dan sebagainya. b. Kelakar Murid berlakon menggunakan dialog sendiri. c. Seronok dan gembira Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan. d. Semangat mencuba Murid berpeluang memegang watak yang digemari. e. Tidak takut Guru turut berlakon bersama-sama murid. f. Tidak stres Murid sukarela untuk berlakon.

h.

Cadangan Aktiviti Lakonan (i) ( ii ) Murid membuat lakonan ringkas iaitu meniru gaya pelakon terkenal. Contohnya murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. ( iii ) Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan sedutan cerita Seniman Bujang Lapok menerusi komputer dan LCD. ( iii ) ( iv ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan. Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri. Guru memilih beberapa skrip yang baik dan meminta beberapa orang murid untuk melakonkannya di hadapan rakan-rakan.

26

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA (v)

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan dalam masa yang sama kenalpasti kesalahan bahasa yang ada.

( vi )

Lakonan tersebut boleh dirakam menggunakan CD atau VCD dan ditayang atau diperdengarkan semula kepada murid-murid lain.

( vii )

Sesi perbincangan dijalankan dengan murid-murid yang tidak mengambil bahagian akan membuat komen, ulasan atau sebagainya tentang lakonan yang telah dijalankan. Komen bukan sahaja dari sudut negartif tetapi juga yang positif.

1.5

Pantun dalam Didik Hibur Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang masih wujud sehingga kini. Fungsinya terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan manusia seperti kegiatan berunsur ucapan, seni, budaya dan pendidikan, menyebabkan pantun terus digemari. Kesemua pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga menggambarkan latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat Melayu dalam zamannya.

Aktiviti Pantun a. Definisi Pantun Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.

27

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA b.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Kebaikan Aktiviti Berpantun (i) Melatih murid supaya peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran ini penting supaya murid-murid menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang amat bernilai dalam kehidupan. ( ii ) Melatih murid memahami dan mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai makna dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid untuk mempertingkatkan perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. ( iii ) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. ( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini mendorong mereka memupuk daya kreativiti dengan menghasilkan karya seni. (v) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat. ( vi ) ( vii ) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu bidang kemanusiaan. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang

menyeronokan kerana terdapatnya unsur-unsur santai dan berhibur. ( viii ) Menyuburkan minat murid-murid dan dalam masa yang sama dapat

menghidupkan imaginasi murid-murid semasa membaca pantun dua kerat.

28

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA c.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Prinsip-prinsip Berpantun Untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, guru perlu berpegang kepada beberapa prinsip berikut: (i) Aktiviti berpantun hendaklah dirancang supaya menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ( ii ) Pantun digunakan perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat. ( iii ) Pantun yang dipilih juga perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental, bakat dan minat murid. ( iv ) Pilihlah hanya pantun yang mudah dan senang untuk difahami. Puisi yang terlalu panjang dan kabur perlu dielakkan. (v) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada murid-murid. Ia bermanafaat dan dapat menyumbang kepada proses pembentukan peribadi mulia murid-murid. Pantun yang mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan penggunaanya. ( vi ) Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi sebagai pembayangnya. ( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan. ( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh dapatkan pantun-pantun yang ada dipersekitaran mereka terlebih dahulu. ( ix ) Bimbingan guru perlu semasa murid-murid menjalankan aktiviti mencipta pantun dua kerat. Tujuannya supaya murid-murid tidak terlalu gairah menggunakan pelbagai ungkapan yang kurang sesuai walaupun penggunaannya agak jenaka, tetapi akhirnya merosakan bahasa itu sendiri. 29

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA d.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Standard Kandungan Kurikulum (1) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. 1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

e.

Jenis Pantun Dua Kerat (i) Pantun Kasih Sayang Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Lain hulu lain parang, Lain dulu lain sekarang. Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Daripada cempedak biarlah nangka, Daripada tiada baiklah ada. Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Anak dara pergi ke kedai Rindu di hati rasa nak longlai ( iii ) Pantun Kiasan Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

30

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Sudah garahu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. Pinggan tak retak nasi tak dingin, Orang tak hendak kami tak ingin. Paku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih. Secupak nasi setahil berangan, Tersepak kaki terkehel tangan. Umbut mayang letak di batu, Rambut mengerbang banyak kutu. Cekur dang gamit, Mintak cekur beri kunyit. Ikan tokak makan meranggung, Sedap tekak badan menanggung, Murai gila jadi tekukur, Ajaib hairan hati tafakur. Ratib-ratib buluh nipah, Sudah ratip hendak upah. Kalau tak cengal giam, Kalau tak kenal diam. Duduk inding enggang tap, Senduk di dinding, panggang di atap. Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang.

( iv )

Pantun Nasihat Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Satu dua tiga empat, Siapa cepat dia dapat. 31

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Lima,enam,tujuh dan lapan, Kuat bersenam sihatkan badan. Tinggi rendah panjang lebar, Pergi sekolah mesti belajar. (v) Pantun Jenaka Kapal belayar dalam semak, Perut lapar semua enak. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri. Kayu lurus tengah ladang, Kerbau kurus banyak tulang. Sici,loro,telu,papat, Melayu lari Jawa dapat. Pokok tinggi buruk akar, Matahari tinggi perut pun lapar. Guni kapur kirim pak mertua, Nyanyi di dapur kahwin orang tua. Pat-pat nya, Siapa cepat dia punya. Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tidak tahu. Tuku takal pengancing pintu, Budak nakal memang begitu. Ayam bulat makan padi beras, Bangun lambat dapat laki malas. Tua-tua keladi, Makin tua makin menjadi. Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. 32

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA ( vi ) Pantun Budi

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Kalau padi taruh sama beras, Kalau tak mati boleh balas. Ada beras taruh dalam peti, Ada hajat taruh dalam hati. Ada ubi ada batas, Ada budi boleh dibalas. Terima kasih daun keladi, Kalau boleh mahu lagi. ( vii ) Pantuan Kepahlawanan Kembang jarak kembang jagung, Berani bawak berani tanggung. ( viii ) Pantun Alam Kayu bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang. Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar. ( ix ) Pantuan Perniagaan Berniaga buluh kasap, Untung habis modal lesap.

f.

Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat (i) Sesi Permulaan Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua kerat berserta contoh pantun yang lazim digunakan dalam masyarakat Melayu. Guru boleh membincangkan secara ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis ini dalam masyarakat. Selepas itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Mereka 33

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dalam buku rujukan atau menerusi internet mengikut tema yang telah ditetapkan. ( ii ) Sesi Main Peranan Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan gaya dan intonasi yang betul, dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka cuba melafazkan pantun berkenaan beberapa kali mengikut gaya dan bahasa badan masing-masing, dan dalam masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang bentuk kesalahan atau kelebihan yang ada. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat. ( iii ) Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid, atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

g.

Elemen Didik Hibur dalam Berpantun a. Santai Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis dan tema pantun dua kerat yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu. b. Kelakar Murid membuat pelbagai aktiviti menggunakan perkataan dan kreativiti sendiri. c. Seronok dan gembira Banyak menggunakan aktiviti seni dan gerak badan semasa berpantun. d. Semangat mencuba Murid berpeluang mengambil bahagian beberapa kali mengikut jenis aktiviti yang digemari. e. Tidak takut dan kurang stres Guru turut mengambil bahagian dengan berpantun bersama-sama di hadapan murid-murid. f. Motivasi Pujian guru dan rakan-rakan menyebabkan usaha mereka dihargai. 34

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA h.

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Cadangan Aktiviti Lanjutan (i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai sahaja. Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang. ( ii ) Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut satu sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat dengan pelbagai tema yang disediakan guru. ( iii ) Seterusnya guru memilih lima orang murid bagi setiap kumpulan dan meminta mereka membuat beberapa aktiviti yang ditetapkan guru berdasarkan makna pantun dua kerat yang diterima, seperti berlakon kaku, menyanyi, bercerita, melukis dan bersajak. ( iv ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang digunakan oleh rakan-rakan tadi. (v) Akhir sekali guru boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Penutup Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pendekatan didik hibur merupakan satu pendekatan yang baik dan berkesan yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif menguasai pembelajaran Bahasa Malaysia secara santai dan berhibur setelah kerajaan memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bermula 2012. Tujuan didik hibur supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.

35

MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA RUJUKAN

[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20. Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3. Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 10: 914-920. Nadzeri Isa. (2009), Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Noresah Baharom et al. (Ed.). (2000).Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pullias, E.V. & Young, J.D. (1982). Guru adalah segala-segalanya. (Terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Lutfi Syed Hamzah. (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan bagi mencapai matlamat wawasan. Dlm. Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif. Pahang: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Negeri Pahang.

PANEL PENULIS MODUL 1. 2. 3. 4. 5. Dr. Khairuddin b. Mohamad ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) Dr. Hjh. Maridah bt. Alias ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) Hjh. Rafiah bt. Daud (IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) En. Thahir b. Nuruddin (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur) Pn. Juhana bt. Baba (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)

36

You might also like