You are on page 1of 17

nsep dan Budaya Masyarakat I

Pengertian Budaya http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negaramalaysia-yang-berdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/ Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsurunsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsurunsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items.

Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Perlakuan dan Kawalan Sosial Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Anika budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan

budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan. Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan

atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat. Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturanperaturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan budaya Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent. Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.

Difusi Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman prasejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic. Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan. Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem. Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta. Asimilasi Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain. Akulturasi

Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20. Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain. Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima. Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini. Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.

http://pkukmweb.ukm.my/terjemah/images/stories/AlamTamadun2010012NEW.pdf Budaya dalam Mempromosikan Keharmonian di Asia Tenggara 183 Peranan Budaya dalam Mempromosikan Keharmonian di Asia Tenggara MOHAMAD ZAIN MUSA & NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satunya ialah peranannya dalam mempromosikan keamanan dan keharmonian antara pelbagai bangsa dan masyarakat. Dalam usaha untuk memahaminya, kita hendaklah jelas mengenai makna budaya itu sendiri. Ini adalah kerana budaya boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara. Definisi itu bergantung pada apa yang kita faham. Raymond Williams, misalnya, mendapati budaya adalah salah satu daripada dua atau tiga perkataan yang paling rumit dalam Bahasa Inggeris. Menurut Mary Sabina Zurbuchen dan Alan Feinstein, asalnya merujuk kepada proses pertumbuhan semula jadi, budaya bererti apa yang sedang dinilai atau penting dalam masyarakat [dan] dikandungi [dalam pemikiran Eropah] sebagai berdiri kontras dengan apa yang vulgar atau common. Hanya pada abad ke-20, budaya - dengan berhuruf kecil b atau c dalam bahasa Inggeris diiktiraf maknanya sebagai keseluruhan cara hidup (hal. 126). Oleh sebab itu, budaya adalah set khas kerohanian, kebendaan, intelektual dan ciri emosi masyarakat atau kelompok sosial. Budaya juga menggalakkan, selain seni dan sastera, gaya hidup, cara hidup bersama, sistem nilai, tradisi dan kepercayaan (UNESCO). Budaya boleh jadi dalam bentuk nyata atau tidak nyata. Bercakap tentang budaya dalam bentuk nyata, ia merujuk kepada pelbagai bentuk budaya kebendaan, seperti pakaian, rumah, hiasan, benteng, istana, peralatan memasak, senjata dan banyak lagi; manakala budaya dalam bentuk tidak nyata terdiri daripada bahasa, sistem kepercayaan, sistem makanan, sistem tarian, sistem muzik dan lain-lain. Sisa-sisa budaya masa lalu adalah dalam bentuk warisan yang boleh menjadi nyata atau tidak nyata. KESIMPULAN Budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa dan antarabangsa, selain dapat mewujudkan kedamaian dan keharmonian jika ditangani dengan hati-hati. Tetapi, budaya juga boleh menjadi sumber perpecahan serta konflik. Oleh itu, dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya. Sekiranya tidak ada sekatan dikenakan dalam demokrasi budaya, pihak majoriti tidak akan berpuas hati; maka boleh mencetuskan ketidak-harmonisan. Oleh itu, pembuat polisi harus mempertimbangkan isu ini dengan bijak agar dapat melahirkan dasar yang terbaik. Yang penting adalah warisan budaya boleh membantu negara-negara Asia Tenggara mencapai tahap ekonomi yang lebih baik jika dipelihara dan dikembangkan menjadi produk pelancongan. Seelokeloknya pemuliharaan warisan budaya itu dilakukan melalui kerjasama di kalangan negara Asia Tenggara.

Monday, November 15, 2010 http://drghazali.blogspot.com/2010/11/karangan-budaya-pelbagaikaum.html Karangan: Budaya Pelbagai Kaum [Karangan sumbangan : Hasmah Yusuf, Semester 3, PBMP, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM] Negara kita kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum. Namun demikian generasi muda semakin melupakan kebudayaan yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum di negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usahausaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa. Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebaginya. Selain dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka. Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar

terutamanya sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi. Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa. Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masingmasing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempenkempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah Bersama Kita Mengekalkan Budaya Kita atau Budaya Melambangkan Bangsa. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan. Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang

mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

q
DEFINISI TAMADUN http://www.scribd.com/doc/11462951/DEFINISITAMADUN DEFINISI TAMADUN Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah , madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebuda aan dalam bahasa Mela u. KONSEP TAMADUN http://ctu151.blogspot.com/2010/09/pertama-sekali-sayaingin-menerangkan.html Ustaz Abd Aziz bin Harjin Saturday, September 18, 2010 Peristilahan Tamadun Setiap bangsa di dunia ini mempunyai istilah yang berbeza mengenai tamadun. Ini untuk menunjukkan tahap kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang telah dicapai. Dalam buku ini telah membahagikan istilah tamadun kepada beberapa istilah mengikut pandangan individu dan bahasa yang berbeza. Setiap pandangan individu itu mewakili bahasa yang tertentu, seperti : BAHASA MELAYU Tamadun istilah popular dalm bahasa Melayu yang menceritakan tentang dg kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai. (Amdun Husain, 1986;548). Perkataan Tamadun berasal dari perkataan Arab madana, madinah, madaniyyah bermaksud masyarakat bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Kemakmuran diambil daripada perkataan Umran. Peradaban yang merangkum maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta kehalusan dan keluhuran budi.

Hasil gabungan ketiga-tiga istilah di atas, memberi makna : Sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan tatsusila hidup serta berbudi luhur. Namun, jika istilah tamadun dilihat dari sudut perspektif Islam, ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak. Dapatlah dilihat bahawa penulis menunjukkan bahawa istilah tamadun dalam bahasa Melayu menitikberatkan pembangunan urbanisasi dan keluhuran tatasusila. BAHASA INGGERIS Apa yang dapat dilihat, penulis cuba memaparkan maksud tamadun atau civilization dari beberapa individu Barat. Menurut Collingwood : Civilization merupakan Suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civill(sopan), membawa lahirnya ciri-ciri masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi. Dalam bahasa Greek disebut Civitas bermaksud bandar atau kota. (The World Book of Encyclopedia, 1981 ; 494) Gordon Childe pula mendefinisikan sebagai : Suatu proses revolusi perbandaran yang memberi penekanan kepada pencapaian material. E. B Taylor(ahli antropologi) menyamakan istilah tamadun dengan budaya sebagai suatu yang merangkumi makna keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni moral, undang-undang, adapt dan keupayaankeupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggot masyarakat. Berdasarkan kenyataan dan pandangan yang dikemukakan, istilah civilization jika dikaitkan dengan perkataan asal dalam bahasa Greek, kelihatan penekanan yang diberikan lebih kepada aspek moral sebagai asas lahirnya masyarakat Bandar atau kota yang bertamadun. Mungkin disebabkan muncul beberapa ahli falsafah terkenal seperti Aristotle, Socrates dan Plato yang menekankan hubungan kehidupan manusia dengan tamadun. BAHASA ARAB Terdapat beberapa istilah tamadun dalam bahasa Arab yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini. Antaranya : Jurji Zaidan menggunakan istilah tamaddun al-Hadarah membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan. Ibnu Khaldun Dalam bukunya al-Muqaddimah, memperkenalkan istilah Umran, membawa maksud, kawasan tanah dan rumah yang diduduki dan tinggal menetap dalam keadaan berkembang subur dan makmur. Ia merangkumi perkataan Mohammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi menggunakan istilah almadanniyah yang membawa maksud pembinaan kota dan tempat tinggal menetap.

Perbezaan madanniyah dan hadarah terletak pada lapangan masing-masing. Hadharah merupakan pembinaan insaniah manusia(kerohanian) sementara madanniyah menjurus pembinaan material. Hasil gabungan dua maksud di atas memberi maksud sebenar tamadun menurut perspektif Islam. CIRI-CIRI UNIVERSAL SESEBUAH TAMADUN Di sini penulis menyenaraikan beberapa ciri-ciri universal dalam asas pelengkapan tamadun Islam. Ciri-ciri asas tamadun menurut pandangan global ialah, seluruh masyarakat dunia menerima pakai bahawa ciri-ciri yang dinyatakan sebagai ciri-ciri asas bagi seluruh tamadun selain Islam. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut : Penempatan kekal Peningkatan kualiti hidup yang lebih sempurna Wujud organisasi dan institusi social(stratifikasi sosial) Kehidupan beragama Wujudnya bandar(Urbanisasi) Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi Berkembangnya sistem teknologi maklumat Organisasi politik dan pemerintahan yang kuat dan mantap

Scribd HUBUNGAN ETNIK 4http://www.scribd.com/doc/10302206/Hubungan-Etnik-Di-MalaysiaSecara-Umum PISMP RBT IPKS09 M elahirkan Kebudayaan Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkankebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu puladiwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian. M engalami Perubahan

Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatuperubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri.Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahankepada masyarakat itu. Berinteraksi Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuanberhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlakuapabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain. T erdapat Kepimpinan Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negaradan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercoraktertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan. Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yangharus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasisosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta.Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikanharta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelasbawahan

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK 5 PISMP RBT IPKS09 Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakatseperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialahkelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalamhidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisionalIndia yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra B UDAYA Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaranmanusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. KONSEP B UDAYA

D Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya D hasil cantuman budhi dan daya . D Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal D daya ialah perkataan Melayu Polynesiabermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh . D Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawamaksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa . ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ). Budaya juga diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often toopervasive to be readily noticed from within .( Dictionary Of Philosophy, 1996 ). Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggotakumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasiekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

6 PISMP RBT IPKS09 budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggotamasyarakat.( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).Kesimpulan Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia,manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hiduporang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiatberfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu : budaya kebendaan budaya bukan kebendaan Budaya kebendaan Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjatadan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbezadengan orang Inggeris atau orang Eskimo Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undangundang.Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-bezadalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang manapihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagimasyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuankepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga pentingsebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalanbagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK 7 PISMP RBT IPKS09 Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskanciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu DanPembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi caraia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepadasatu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satuhimpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhikehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengankeadaan sekeliling. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapatperbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupanmasyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungandengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakanbahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budayaakan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbitdaripada tingkahlaku dan akal manusia : D ipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagaicontoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibubapanya untuk berbahasa dan berhubung. Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajarananggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK 8 PISMP RBT IPKS09 a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihandan sebagainya.b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.c. Umur seseorang.d. Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. y

D ikongsi Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong olehsekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerananmasyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyatMalaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuanyang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budayaseperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpaperkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuanmasyarakat. y Sejagat Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan ituwujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidakmemiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbezaantara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahappenyesuaian anggota y Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budayaiaitu:i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.iii. sistem sosial.iv. bahasav. kesenianvi. sistem pengetahuan.

You might also like