P. 1
Undang2 Berkaitan Dengan Penugasan MPV

Undang2 Berkaitan Dengan Penugasan MPV

|Views: 2,012|Likes:
Published by Mokhtar Abdullah
Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.
Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).
Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.
Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).

More info:

Published by: Mokhtar Abdullah on Oct 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/04/2013

pdf

text

original

Seksyen 96

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan pada menjalankan hak pertahanan
persendirian.

Seksyen 97

Hak Pertahanan persendirian mengenai tubuh dan
harta, selain dari tubuh atau hartanya sendiri
termasuklah tubuh dan harta milik orang lain

SEKSYEN 99 – PERBUATAN YANG TIADA
HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian
terhadap sesuatu perbuatan yang tidak
munasabah menyebabkan ketakutan mati
atau cedera parah, jika perbuatan itu
dilakukan, atau dicuba dilakukan, oleh
seseorang penjawat awam yang bertindak
dengan suci hati atas kuasa jawatannya,
meskipun perbuatan itu mungkin tidak
diluluskan di sisi undang-undang dengan
sepenuhnya.

Samb…SEKSYEN 99 – PERBUATAN YANG
TIADA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN

(2) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian
terhadap sesuatu perbuatan yang tidak
munasabah menyebabkan ketakutan mati
atau cedera parah, jika perbuatan itu
dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut
arahan seseorang penjawat awam yang
bertindak dengan suci hati atas kuasa
jawatannya, meskipun arahan itu mungkin
tidak diluluskan di sisi undang-undang
dengan sepenuhnya.

SEKSYEN 99 – PERBUATAN YANG TIADA
HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

(3)Tidaklah ada hak pertahanan persendirian
dalam hal-hal yang sempat mendapat
perlindungan pihak berkuasa awam.

(4)Hak pertahanan persendirian tidaklah
sekali-kali termasuk mengenakan
kerosakan yang lebih daripada yang perlu
dikenakan bagi maksud pertahanan.

SEKSYEN 99 – PERBUATAN YANG TIADA
HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

Huraian 1

Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu
perbuatan yang dilakukan , atau dicuba dilakukan, oleh seseorang penjawat
awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau
ada sebab mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah
seorang penjawat awam sedemikian.

Huraian 2

Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu
perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang
penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai,
bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah bertindak menurut arahan
tersebut;
Ataupun melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkan ia
bertindak ataupun, sekiranya orang itu mempunyai kuasa bertulis, melainkan
jika ia menunjukkan kuasa itu, apabila diminta.

SEKSYEN 100 - BILA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN?

Boleh menyebabkan kematian atau apa-apa kerosakan kepada
sipenyerang
dalam keadaan kesalahan yang dilakukan adalah;

a)

Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa
kematian
akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak
dijalankan;

b)

Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa
cedera parah akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut
tidak dijalankan;

c)

Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol

d)

Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii;

e)

Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang

f)

Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan
salah
dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia
tidakakan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi kelepasannya.

SEKSYEN 102 – BILA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BERMULA
DAN MASIH ADA

Hak pertahanan persendirian mengenai
tubuh bermula setelah sahaja suatu
ketakutan yang munasabah akan bahaya
kepada tubuh terbit dari sesuatu perbuatan
atau ugutan hendak melakukan kesalahan
itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan;
dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan
bahaya kepada tubuh itu masih ada.

SEKSYEN 103 – BILA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI HARTA TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN

Boleh menyebabkan kematian atau apa-apa kerosakan lain kepada orang
yang berbuat salah itu, jika sipesalah itu melakukan atau cuba melakukan
mana-mana dari kesalahan-kesalahan;

a)

Rompak;

b)

Pecahrumah pada waktu malam;

c)

Khianat dengan api yang dilakukan ke atas mana-mana bangunan, khemah
atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan
sebagai tempat kediaman manusia atau sebagai tempat simpanan harta;

d)

Mencuri, khianat atau pencerobohan rumah, dalam keadaan yang
munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian atau cedera parah
akan berakibat, jika hak pertahanan persendirian tersebut tidak dijalankan

SEKSYEN 105 – BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
MENGENAI HARTA BERMULA DAN MASIH ADA.

1)

Bermula apabila suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada
harta itu bermula.

2)

Bagi kesalahan mencuri, hak masih ada sehingga pesalah itu lepas lari
dengan harta itu, atau sehingga pertolongan pihak berkuasa awam didapati
atau sehingga harta itu telah didapati balik.

3)

Bagi kesalahan rompak, hak masih ada selagi sipesalah itu menyebabkan
atau mencuba hendak menyebabkan kepada seseorang kematian, atau
cedera, atau halangan salah, atau selagi ketakutan akan kematian serta
merta atau cedera serta merta, atau halangan diri serta merta masih ada.

4)

Bagi kesalahan pencerobohan jenayah atau khianat masih ada selagi
pesalah itu masih melakukan pencerobohan jenayah atau khianat itu.

5)

Bagi kesalahan pecahrumah pada waktu malam masih ada selagi
pencerobohan rumah yang dimulakan dengan pecahrumah itu masih ada

SEKSYEN 106 – HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
TERHADAP SERANGAN YANG BOLEH MENYEBABKAN
KEMATIAN BILA ADA BAHAYA KEROSAKAN KEPADA
SESEORANG YANG TIDAK BERSALAH.

-Mesti wujud ketakutan munasabah bahawa
serangan keatasnya boleh mendatangkan kematian

-Keadaan ketika itu menyebabkan beliau terpaksa
bertindak dimana tindakannya mungkin membahaya
orang lain yang tidak bersalah

MODUL LATIHAN (Cadangan)

Telah berkhidmat 3 tahun tugas am
- pengalaman tugas bit, pejabat bertanya dll

Jika kurang dari 3 tahun – Modul lain

Offensive and Defensive driving
- Crew juga mesti boleh memandu

Public Order situation
- training and exposure to deal with crowd control/kiosk/disaster/WMD/Bio-Hazard etc

Latihan dalam perkhidmatan (Compulsory)
– 2 minggu setiap tahun

Pengunaan „Loud-Hailer‟

Pengunaan siren dan lampu beacon

Penggunaan „Shield‟ dan „Cota‟ atau „T- Baton‟

CRIME SCENE

Kawalan tempat kejadian

Keselamatan tempat kejadian
– barang kes
Catatan perlu bagi kegunaan dalam
perbicaraan

THANK YOU

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->