You are on page 1of 16

SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

MEI /

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

PUSAT PEMBELAJARAN

HBEF3203
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 2.1 Pengenalan 2.2 Konsep JSU 2.3 Fungsi JSU 2.4 Kepentingan JSU 2.5 Ciri-ciri JSU 2.6 Penggunaan Taksonomi Bloom dalam JSU 3.0 INDEKS KESUKARAN ITEM 4.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM 5.0 Analisis Item 6.0 7.0 8.0 9.0 Maklumat Pentadbiran Ujian Item yang diubah Impak Kesimpulan

m.s. 2 3

5 6 9 13 14 15

RUJUKAN / REFERENSI

HBEF3203 1.0 PENGENALAN Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

HBEF3203 Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya perlu membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran, melalui JPU berkenaan saya perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan (Bahagian A) sebanyak 30 soalan dengan item-item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan seterusnya mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya saya perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih subjek Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Berdasarkan subjek ini saya telah membina satu unit JPU bagi memudahkan saya untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan dan soalan-soalan subjektif berjawapan pendek yang akan saya tadbirkan di sekolah. Setelah soalan ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepada murid-murid Tahun 4 Dahlia yang terdiri daripada 30 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Kuala Lumpur.

2.0 2.1

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Pengenalan Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkesan. DIsamping itu ia juga disebut sebagai test print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU dibina hanya setelah Pembina ujian menetapkan jenis dankandungan ujian yang hendak dibina.

2.2

Konsep JSU Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendakdiukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. 4

HBEF3203

2.3

Fungsi JSU Fungsi utama pembinaan JSu adalah untuk : mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian menjadi garis panduankepada penggubal soalan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain menentukan pemberatan terhadap bidang/topic tertentu membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain menyelaraskan aras kesukaran ujian menstabilkan taraf dan mutu ujian

2.4

Kepentingan JSU kertas ujian dapat digubal secara sistematik kesahan dari segi perampelan sukatan pelajaran adalah terjamin taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain

2.5

Ciri-ciri JSU Ciri-ciri utama JSU ialah : penentuan tajuk aras kemahiran yang hendak duji paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran paksi mendatar adalah kemahiran atau konstrak, bilangan soalan, dan menentukan kesahan setiap ujian

HBEF3203 2.6 Penggunaan Taksonomi Bloom dalam JSU Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DELIMA KG. BATU, JLN. IPOH,

KUALA LUMPUR JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Nama Kertas: Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Ujian : PKSR 1 Rujukan dalam Sukatan pelajaran Peringkat Kemahiran II III Peratusan Bilangan soalan

Tajuk

M P S M P S M P S

Bilangan soalan

Daya Tahan Kardiovaskular Fleksibiliti Kordinasi 1.Kecergasan Imbangan Fizikal Ketangkasan Daya Tahan otot Kekuatan Masa Tindak balas Permainan 2.Kemahiran Pendidikan Pergerakan 3.Kesukanan Keselamatan Pengurusan 4.Kesihatan Diri Kesihatan diri dan Keluarga Perasaan Kekeluargaan 5.Pemakanan Piramid makanan Penyalahgunaan bahan 6.Kebersihan Keselamatan Penyakit berjangkit Jumlah soalan / peratusan

4 5 5 8 6 40 10 12.5 12.5 20 15 100 12 30

I : Pengetahuan/Pemahaman M - Mudah II : Pemahaman dan Aplikasi P - Pertengahan III: Analisis, Sintisis, dan Penilaian S - Sukar

HBEF3203 3.0 INDEKS KESUKARAN ITEM Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut : p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item. Nilai (p) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah Pengkelasan Item Terlalu Sukar

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada murid bagi setiap 7

HBEF3203 tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan. Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh murid selepas melaksanakan ujian di sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah diperolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual berikut : Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa indeks kesukaran: Contoh soalan 3 : p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab p = 15 30 = 0.5 Indeks kesukaran = 0.50 sederhana sukar Contoh soalan 18 : p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab p = 19 30 = 0.63 Indeks kesukaran = 0.63 mudah

HBEF3203 No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran BAHAGIAN A 1 0.73 2 0.66 3 0.50 4 0.60 5 0.86 6 0.83 7 0.73 8 0.56 9 0.53 10 0.40 11 0.50 12 0.43 13 0.86 14 0.60 15 0.56 16 0.53 17 0.06 18 0.63 19 0.43 20 0.93 21 0.36 22 0.26 23 0.20 24 0.06 25 0.60 26 0.36 27 0.33 28 0.60 29 0.56 30 0.20 BAHAGIAN B 1a 0.50 1b 0.60 1c 0.53 1d 0.56 2a 0.60 2b 0.60 2c 0.80 2d 0.86 2e 0.80 2f 0.76 Jadual : Indeks Kesukaran Item Bahagian A dan B 9 Pengkelasan Item Mudah Mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu mudah Terlalu mudah Mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu Sukar Mudah Sederhana Sukar Terlalu mudah Sukar Sukar Terlalu Sukar Terlalu Sukar Sederhana Sukar Sukar Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah Mudah Mudah

HBEF3203 4.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara murid yang berkeupayaan rendah dengan murid yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut : Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL) (1/2 T (L+U) ) Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item : Nilai ( d ) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak Baik Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding murid pandai. Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian 10

HBEF3203 kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada murid pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti murid yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bidang tertentu. Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh murid selepas melaksanakan ujian di sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah diperolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual di bawah. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa adalah sepeerti berikut: Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL) (1/2 T (L+U) ) Contoh soalan 5 : Markah Tinggi (RU) Markah Rendah (RL) T(L+U) (RU-RL) T(L+U) =85 8 = 7 orang = 2 orang = 8 orang = 0.62 Sangat Baik = 0.37 Baik = 8 orang = 5 orang = 8 orang

Contoh soalan 25 : Markah Tinggi (RU) Markah Rendah (RL) T(L+U) (RU-RL) T(L+U) =72 8

11

No.Soalan Nilai (d) / Aras Diskriminasi BAHAGIAN A 1 0.37 2 0.37 3 0.37 4 0.25 5 0.37 6 0.62 7 0.62 8 0.37 9 0.25 10 0.37 11 0.50 12 0.25 13 0.37 14 0.50 15 0.75 16 0.75 17 0.12 18 0.62 19 0.62 20 0.25 21 0.87 22 0.75 23 0.37 24 0.00 25 0.62 26 0.75 27 0.37 28 0.25 29 0.25 30 0.00 BAHAGIAN B 1a 1.00 1b 1.00 1c 0.87 1d 0.87 2a 0.75 2b 0.87 2c 0.50 2d 0.37 2e 0.62 2f 0.62 Jadual : Indeks Diskriminasi Item 12

Pengkelasan Item Baik Baik Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Kurang Baik Sangat Baik Sangat Baik Sederhana Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Tidak Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Sederhana Baik Sederhana Baik Tidak Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Sangat Baik Sangat Baik

HBEF3203

HBEF3203 5.0 Analisis Item Soalan/ Item 1, 2 & 3 - Indeks diskriminasi item bagi soalan 1, 2 dan 3 adalah 0.37. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Manakala untuk soalan 2 seramai 7 orang kumpulan tinggi dan 4 orang dari kumpulan rendah dapat menjawabnya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. -Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/ Item 4 - Indeks diskriminasi item bagi soalan 4 adalah 0.25. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sederhana baik untuk Penilaian Rujukan Norman (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/ Item 24 & 30 -Indeks diskriminasi item bagi soalan 24 dan 30 adalah 0.00. Bilangan murid yang berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama bilangannya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. -Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai.

13

HBEF3203 6.0 Maklumat Pentadbiran Ujian 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 Jenis ujian Subjek : : Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) -pertengahan penggal Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Aneka pilihan ( 30 soalan ) dan subjektif berjawapan pendek ( 10 soalan ) Masa : Satu jam Tahun 4 / Tahap 2 10 tahun 30 orang ( L = 14 orang, P = 16 orang ) Sekolah Kebangsaan Sri Delima Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kelas / Tahap : Purata Umur : Bil. Murid Sekolah : : Bentuk soalan :

7.0

Item yang diubah

Soalan asal no.24 24. ________________ ialah jenis dadah yang boleh meningkatkan kekuatan dan keupayaan otot seseorang. A. Amphetamines C. Ephedrine B. Oxymetholone D. Steroids Anabolic Soalan baru
Perkhidmatan doktor pakar boleh didapati di _______________ kerajaan. A. B. klinik pusat kebajikan C. D. wad hospital

14

HBEF3203 Soalan asal no.30 30. Vitamin K mempercepatkan ____________ darah dan menghentikannya daripada terus keluar dari tempat luka. A. menghentikan C. pencairan B. pengaliran D. pembekuan Soalan baru
Mangsa yang diberikan pertolongan cemas perlu dihantar ke _____________ atau hospital yang berdekatan. A. B. balai polis rumah guru C. D. klinik pusat pemulihan

8.0

Impak Setelah menyiapkan tugasan ini memberi peluang kepada kita untuk lebih mendalami

lagi tentang perlunya dan pentingnya menggunakan Jadual Spesikasi Ujian (JSU) di dalam menyediakan sesuatu ujian. Di mana ianya lebih menampakkan keberkesanannya ke atas apa yang hendak kita uji terhadap pencapaian murid-murid. Indeks kesukaran item dan pengiraan indeks diskriminasi item juga berguna dan amat berkesan di dalam menentukan sesuatu soalan atau ujian itu memenuhi objektif yang dikehendaki. Kita dapat belajar dan mempraktikan cara-cara mengira dengan berpandukan formula yang betul.

9.0

Kesimpulan JSU, indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item sememangnya amat berguna

dan kaedah ,menganalisis soalan dan ujian yang perlu dibuat untuk memastikan soalan dan ujian sesuai digunakan. Analisis soalan dibuat bagi mengesan kesesuaian soalan tersebut, terutama dari segi aras kesukaran dan kuasa diskriminasinya. Seterusnya, ujian yang terdiri daripada soalan-soalan tertentu, perlu dianalisis untuk menilai kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan tertentu. Selain menjelaskan analisis-analisis di atas, tugasan ini juga menurunkan beberapa kaedah pengiraan untuk mendapatkan indeks kesukaran, dan diskriminasi. 15

HBEF3203 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Azizi Ahmad, (2011), Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan, Open Universiti Malaysia(OUM) Dzulkifli Ismail, (2008)Pendidikan Jasmani & Kesihatan Th.4, Sasbadi Sdn. Bhd Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997, PJPK. Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum http://www.scribd.com/doc/45098352/Final-Assignment-2009-Hbef-3203-Pp http://www.scribd.com/ http://www.scribd.com/doc/50185973/JSU-UPPM12006

16

You might also like