Unit 1_Erti Dan Matlamat Pendidikan

Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 1

UNIT 1 ERTI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SERTA MODEL PENGAJARAN
HASIL PEMBELAJARA N
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membezakan erti pendidikan mengikut beberapa perspektif ilmu ekonomi, politik, sosiologi dan psikologi. 2. Menyatakan dan mentafsir matlamat pendidikan di Malaysia. 3. Menghurai beberapa erti pengajaran dan pedagogi. 4. Membezakan beberapa model pengajaran. 5. Menghuraikan model pengajaran UPSI dan memberi contoh langkah-langkahnya.

PENGENA LAN
Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspektif. Anda boleh bertanya, apakah erti ‘pendidikan’ dari kaca mata seorang ibu? Seorang murid Tahun 5? Guru Bahasa Melayu di sekolah menengah? Atau Guru Pendidikan Islam Tahun 6? Guru besar? Pensyarah pendidikan di Fakulti Pendidikan di IPT? Pegawai kurikulum di Pusat Kurikulum? Apakah tafsiran anda? Bab ini akan membincang pengertian konsep pendidikan, pengajaran, beberapa model besar pengajaran serta kemahiran-kemahiran penting dalam pengajaran. Tujuannya adalah supaya anda mendapat gambaran keseluruhan konsep-konsep penting yang kemudian akan dihurai dengan lebih terperinci dalam unit-unit seterusnya.

ISI KANDUNGA N
Apakah erti

pendidikan?

2 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

T

idaklah

kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap mereka ini, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.

mustahil

sekiranya

terdapat

Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 3

Berikut adalah beberapa erti mungkin pernah anda baca.

‘pendidikan’

yang

1. Proses asuhan kanak-kanak oleh ibu bapanya supaya anaknya pandai bertutur, membaca dan menulis serta kelakuan yang beradab sopan. 2. Proses perbincangan dan dialog antara ahli kumpulan pelajar tentang sesuatu isu supaya isu itu dapat difahami dengan lebih jelas dari beberapa segi. 3. Proses mengajar murid supaya mereka pandai berfikir dalam matematik dan sains dan dapat menyelesaikan masalah dalam kedua-dua mata pelajaran ini. 4. Proses membimbing murid untuk meneroka dan mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dan membuat analisis dan sintesis tentang maklumat itu.

Buat perbandingan pengertian pendidikan di atas dan lihat apakah persamaan dan perbezaannya. Bolehkah anda membuat kesimpulan apakah maksud pendidikan berdasarkan pengertian di atas? Setujukah anda dengan pengertian ini? Mengapa? Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat berbagai-bagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif teori sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

Apakah pendidikan dari sosiologi dan antropologi?

perspektif

ari perspektif sosiologi, pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masingmasing dalam konteks sesuatu masyarakat itu. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.

D

Ahli antropologi melihat pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu. Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada

Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Apakah pendidikan perspektif ilmu ekonomi? dari I lmu ekonomi melihat pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment). dan ini tentunya juga berbeza dengan masyarakat yang memberi tumpuan kepada kemahiran dalam perniagaan. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang. 4 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Ilmu dan kecekapan yang diperolehi dijangka akan membawa . atau sebagai satu ‘consumption’.pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila. masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan.

Britain dan Singapura. dan sayang kepada alam sekitar negara kita. mengibar Jalur Gemilang. mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. I Negara kita Malaysia juga mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara. dan kemudian mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 5 pulangan yang menguntungkan pada masa hadapan. atau oleh negara amnya. Murid-murid belajar sejarah dan geografi negara Malaysia. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh . begitu juga Amerika Syarikat. melalui pekerjaan yang lebih baik. menghormati Yang Di. Indonesia. menyanyi lagu ‘Negara-ku’. ibu bapa membelanja wang untuk anaknya mendapat latihan tambahan di pusat tuisyen supaya anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Contohnya. Apakah pendidikan dari perspektif ilmu sains politik? lmu sains politik pula melihat pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja. Kita dididik secara langsung dan tidak langsung supaya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi. tata susila dan undang-undang negara kita. Negara juga melaburkan banyak wang untuk memberi pendidikan kepada murid di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi untuk membentuk modal insan yang yang lebih berkemahiran dan menjadi pekerja yang cekap dan produktif.Pertuan Agong. Pelaburan dalam pendidikan boleh dibuat oleh sama ada individu dan keluarganya. Apakah pendidikan dari psikologi pendidikan? perspektif akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. atau oleh sesuatu organisasi. supaya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun.

• ilmu ekonomi: . aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. tuliskan erti pendidikan dari perspektif. Setiap individu mempunyai bakat.P dididik. mari kita pastikan anda telah memahami pengertian ‘pendidikan’ dari pelbagai perspektif ilmu. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Sekarang. bakat dan sahsiah murid-murid. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri. 6 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi.

diploma atau ijazah. (2) non-formal dan (3) informal. formal. Apakah pendidikan non-formal? Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti kegiatan kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan. bukan untuk memperkotakkannya. atau memisahkanmisahkannya. dan informal? non- S ecara amnya. bengkel. latihan khas. Biasanya pendidikan formal yang dirancang ini mempunyai peperiksaan atau penilaian formalnya dan membawa kepada penganugerahan sesuatu sijil. dan belajar sambil bekerja yang dirancang oleh jabatan kerajaan atau syarikat swasta untuk menambah kecekapan pekerjanya. Pendidikan non-formal termasuk kursus pendek. iaitu pendidikan (1) formal. pendidikan seseorang itu ialah pengalaman yang ia terima hasil daripada interaksinya dengan orang lain dan alam sekitar dalam berbagai-bagai situasi: dalam keluarga. kolej. dan sebagainya. masyarakat di sekeliling. . Pembelajaran sebenarnya berlaku dalam ketiga-tiga jenis atau mod pendidikan tersebut secara serentak. Pendidikan yang kita lalui dan yang diterima boleh dibahagikan kepada tiga bentuk. politeknik dan universiti. Pembahagian ini sekadar untuk melihat jenis sistem penyampaian pendidikan sahaja.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 7 • ilmu sosiologi: • seorang ibu atau bapa: • perspektif anda sendiri: Pilih dua erti pendidikan dari sebuah buku atau artikel dalam internet. Apakah pendidikan formal? Pendidikan formal ialah pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan khas seperti sekolah. media massa. sekolah. persatuan dan kegiatan beruniform). Apakah pendidikan formal. Dari perspektif manakah definisi atau tafsiran itu dibuat? Bincangkan.

DVD. Kadangkadang kita tidak sedar yang kita dididik dan dipengaruhi oleh apa saja di sekeliling kita. Pendidikan informal juga diperolehi melalui pemerhatian tentang apa yang berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . 8 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. ahli-ahli masyarakat. kawan.Apakah pendidikan informal? Pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai-bagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi kita dengan orang lain. filem atau mendengar radio atau membuat lawatan ke sesuatu tempat. Persepsi dan pemikiran kita dibentuk melalui pendidikan informal ini. dengan ahli keluarga.

Seseorang boleh belajar mengikut kadar yang ia mahu. We must start to think . Kita belajar secara formal. sejarah yang telah dirancang dalam sukatan pelajaran. cara dan tempat untuk kita belajar sesuatu. program pengajian dan kemudahan. pendidikan nonformal dan informal di sekolah anda. Cuba anda fikirkan kembali pendidikan anda semasa di sekolah dahulu. dengar. kantin. Latihan dan pendidikan berterusan di peringkat dewasa penting untuk seseorang terus menjadi produktif dalam kerjanya. Jacques Delors (1996) Learning: The Treasure Within. pembelajaran apakah yang kesannya berpanjangan sehingga sekarang? Apakah erti pendidikan sepanjang hayat? endidikan berlaku sepanjang hayat. Secara informal. bila-bila sahaja. Murid diajar oleh guru mata pelajaran tertentu seperti matematik. sejak kita dilahirkan hingga ke akhir hayat. none of which ought to be exclusive. memahami dan menyesuaikan diri dengan ilmu pengetahuan baru yang pesat berkembang. Tidak ada had umur. Mungkin kaedah atau gaya pembelajaran itu sahaja sedikit berbeza mengikut umur. Simply speaking. memproses apa yang kita terima itu dalam minda kita. rasa dan hidu). dan memberi makna kepadanya. education takes place throughout life in many forms. P Mengikut kajian psikologi perkembangan kanak-kanak. pendidikan pada umur lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah terpenting dalam memberi asas pendidikan dan perkembangan pembelajaran seterusnya. murid-murid mengambil bahagian dan saling berinteraksi dengan kawan-kawan dalam pelbagai aktiviti di bilik darjah. Murid juga belajar secara terancang dalam aktiviti kokurikulum. tempat. di mana sahaja. Sekarang orang sudah menerima bahawa pendidikan bukan berakhir dengan tamatnya pelajaran di sekolah atau di universiti. sentuh. dengan cara apa sahaja dan dari siapa atau sumber apa sahaja.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 9 Dalam konteks pendidikan di sekolah ketiga-tiga jenis pendidikan ini berlaku secara serentak. padang permainan. semasa rehat dan lain-lain. non-formal dan informal melalui interaksi dengan berbagai persekitaran dengan mengguna pancaindera kita (lihat. sains. Beri contoh pendidikan formal. Mengikut Laporan UNESCO.

Education throughout life is based upon four pillars: learning to know. memahami bagaimana terjadinya tumbuh-tumbuhan. learning to live together and learning to be. Cuba imbas kembali mana dan bagaimanakah anda belajar perkara berikut: Belajar mengguna komputer. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 about education in a more all-encompassing fashion. berkawan dengan kawan-kawan anda. dan menghayati dan mengamal agama anda? .10 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. learning to do.

Sebelum kemerdekaan 1957. 1. Matlamat pendidikan negara lebih umum dan berbentuk jangka panjang. Apakah objektif pengajaran ’mendarab’ kepada murid Tahun 4? Perhatikan soalan-soalan di atas meliputi beberapa peringkat pendidikan: dari peringkat umum. Kita akan bincangkan perbezaan ini dengan lebih lanjut dalam Unit 2. Cuba anda fikirkan soalan berikut. di Indonesia atau di Jepun? 2. lebih 90% penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Jadi jawapan bagi setiap soalan di atas itu berlainan sedikit. Apabila ramai kaum Cina dan Tamil berhijrah masuk ke Tanah Melayu. di Amerika Syarikat. sistem pelajaran formal di Tanah Melayu terpisah-pisah. iaitu objektif pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran pelajaran di bilik darjah. ke peringkat sekolah. mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dari Darjah 1 hingga ke Universiti. Adakah tujuan pendidikan di sekolah rendah berbeza dari pendidikan di sekolah menengah? 3. Apakah matlamat pendidikan negara kita? Adakah ia sama atau berbeza dengan matlamat pendidikan di Thailand. Terdapat sekolah aliran Inggeris terutama di bandar-bandar. dan ke peringkat yang lebih khusus. iaitu matlamat pendidikan negara. Apakah matlamat pendidikan di Malaysia? Pendidikan sebelum kemerdekaan Sebelum penjajah British bertapak di Tanah Melayu (iaitu kira-kira sebelum 1800).Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 11 Apakah matlamat pendidikan? Selalu orang bertanya dan berbincang tentang matlamat atau tujuan pendidikan. Objektif pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran matematik Tahun 2 lebih dekat dan jelas. Kemudian aliran sekolah Melayu yang terhad kepada pendidikan rendah sehingga ke . sekolah Cina dan sekolah Tamil ditubuh secara berasingan. terutama sekitar 1900-an hingga 30-an. Kemudian tertubuhlah sekolah rendah Melayu untuk anak-anak Melayu. Sistem pendidikan bagi anak-anak Melayu ialah pendidikan agama Islam seperti mengaji Quran dan belajar hal-hal rukun Islam. Selepas British bertapak di Tanah Melayu sekolah Inggeris pertama iaitu Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 di Pulau Pinang. Apakah tujuan pengajaran sains dan matematik di sekolah rendah? 4.

Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . Sekolah aliran Cina. Kebanyakan pelajarnya terdiri dari murid-murid India di ladang-ladang getah. Sekolah Tamil hanya setakat sekolah rendah. menyediakan pendidikan dari Darjah 1 hingga ke peringkat menengah mengguna kurikulum. buku teks dan guru dari negeri China. 12 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Hanya di sekolah aliran Inggeris sahaja terdapat murid daripada pelbagai kaum belajar bersama-sama. untuk kebanyakan murid Cina. yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kebanyakan murid Melayu belajar di Sekolah Melayu. Jadi sistem pelajaran sebelum merdeka terpisah-pisah.Darjah 6 saja. murid-murid dari berbagai kaum belajar di sekolah yang berlainan.

Laporan Razak dan Ordinan 1957 dikaji semula oleh Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib. walaupun proses ini hendaklah dibuat secara beransur-ansur. Cina. iaitu akta yang menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan formal di Malaysia membuat penyataan tentang matlamat pendidikan di Malaysia seperti berikut. Akta ini merupakan akta penting dalam mencorak perkembangan sistem pelajaran di Malaysia sehingga sekarang. Bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar utama untuk semua mata pelajaran di semua sekolah. mengesyorkan. Dengan itu Ordinan Pelajaran 1957 diperkemas dan dijadikan Akta Pelajaran 1961. India dan sebagainya. sosial. Kemudian Akta ini dikaji semula dan dipinda dan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Bagi mencapai matlamat di atas. ekonomi dan politiknya. Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan. Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 ini telah menjadi tunggak untuk melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia sepanjang 35 tahun (1961 – 1996). Pada tahun 1960.Melayu. termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan secara progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa dasar dan pelaksanaan dalam Laporan Razak itu baik. antara lain. supaya satu sistem pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi sistem menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbagai kaum .Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 13 Pendidikan pada awal kemerdekaan Sebagai persediaan untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sehingga kini. Sebahagian besar Akta 1996 mengandungi perkara dan dasar yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961. Syor Laporan Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. dan perlu diteruskan. dan dilaksanakan di seluruh negara. satu jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak telah ditubuhkan pada tahun 1956 bagi mengkaji dan membuat syor tentang bentuk dan sistem pelajaran kebangsaan sebagai alat menyatukan murid dari pelbagai kaum. Laporan Jawatankuasa Razak. Akta . dan perlu diajar di semua sekolah. menteri pelajaran pada masa itu. Bahasa Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan.

1996 ini menjadi undang-undang asas dalam melaksanakan sistem pelajaran di negara kita. . Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 dinyatakan dalam Bahawasanya mengaku bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan Negara dan penyelamat Negara. Akta Pendidikan 1996 Falsafah dan matlamat pendidikan di Malaysia mukadimah Akta Pendidikan 1996 sebagai berikut : 14 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran.

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu. kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. liberal dan dinamik. kesan daripada perkembangan pesat sains." Huraikan kedudukan sistem pendidikan di Malaysia sebelum 1957. moral dan etika. Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan Negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi. rohani. dan kekuatan rohani. teknologi dan maklumat. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dan bahawasanya Dasar Pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang dizahirkan seperti berikut: Kebangsaan adalah "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 15 Dan bahawasanya tujuan pendidikan ialah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu. Apakah persamaan dan perbezaannya? Apakah tujuan pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia? alah satu matlamat pendidikan negara kita ialah supaya murid kita dapat menguasai ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasil sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia. Bagaimanakah matlamat ini hendak dicapai di peringkat sekolah rendah? Apakah tujuan pendidikan di sekolah rendah? Kita boleh . Pada pendapat anda apakah tujuan pendidikan pada masa itu? Cuba baca dengan teliti mukadimah Akta Pendidikan 1996 dan bandingkannya dengan Akta Pelajaran 1961. demokratik. keadilan sosial.

dan menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Inggeris.menyatakan misalnya. iaitu pandai membaca. rajin belajar dan berdaya usaha mencari pengetahuan sendiri dari pelbagai sumber – daripada guru. S 16 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. memerhati hal-hal di keliling mereka. berfikir. geografi. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . Selain itu. berbincang bersama kawan. suka bertanya. sejarah. membaca pelbagai bahan termasuk dalam internet. salah satu tujuan utama murid belajar di sekolah adalah supaya mereka menguasai kemahiran 4M. menulis. seni dan sebagainya. buku. mengira dan menaakul dalam Bahasa Malaysia. tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah supaya mereka bersikap ingin tahu. kerana kedua-dua bahasa ini ialah alat penting untuk pembelajaran pelbagai ilmu pengetahuan lain seperti sains.

murid dan kemudian membuat kesimpulan tujuan pendidikan sekolah menengah. murid. Pengajaran juga boleh dilihat sebagai satu ‘seni’ perlakuan yang kompleks. Apakah erti pengajaran dan pedagogi? T erdapat berbagai-bagai istilah yang kerap diguna yang sama erti atau hampir sama ertinya dengan ‘mengajar’ (teaching).persoalan ini. teori kurikulum dan taksonomi ilmu pengetahuan. Anda mungkin juga boleh membuat temu ramah dengan beberapa orang guru. 4. Internet dan sumber lain-lain untuk mengumpul maklumat tentang persoalan. kaedah dan teknik pengajaran yang boleh memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran. melatih (train). (Pedagogy is the art and science of teaching). kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu muridnya belajar. mendidik (educate) dan membimbing (guide). Profesor Elliot Eisner di Stanford University. ibu bapa dan Kementerian Pelajaran. Ilmu pedagogi sebagai sains pengajaran bersandar kepada berbagai-bagai teori pembelajaran. 2. teori komunikasi. Pedagogi pula merujuk kepada seni dan sains pengajaran. yang mengkaji kaedah proses pengajaran dan prinsip di sebalik sesuatu pendekatan atau kaedah itu. Berbagai-bagai erti umum dikemukakan tentang pengajaran. pendekatan. 1. teori interaksi sosial. misalnya mengkaji pentingnya ‘pendidikan seni’ untuk dimasukkan ke dalam kurikulum . sekolah dan individu dan mengikut perspektif guru. proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Hasil kajian tentang proses pengajaranpembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu ini memberi kefahaman dan idea kepada kita untuk menggubal pendekatan. proses membantu murid supaya pembelajaran mereka cepat dan berkesan. Antaranya: instruksi (instruction). sekolah berasrama penuh dan sekolah harian akademik biasa? Matlamat atau tujuan pendidikan menengah mugkin berlainan sedikit mengikut peringkat yang berlainan: peringkat negara.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 17 Bagaimana dengan sekolah menengah? Apakah tujuan pendidikan di sekolah menengah di Malaysia? Sejauh manakah terdapat persamaan dan perbezaan matlamat pendidikan di sekolah vokasional. proses interaksi antara guru dan murid untuk memudahkan (facilitate) murid belajar dan berfikir mengenai sesuatu isu. California. pengajaran ialah. Rujuk buku. Antaranya. 3.

Perlakuan pengajaran guru di hadapan sekumpulan murid boleh dianggap sebagai suatu seni lakon atau drama. seni lakon dan seni berkomunikasi boleh diaplikasikan dalam latihan guru untuk memperbaiki kaedah dan gaya pengajaran guru. terutama dari segi teknik persembahannya. Guru yang berpengalaman dan cekap mempunyai ‘seni’ atau ‘gaya’ pengajarannya tersendiri. untuk menarik perhatian murid dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti pembelajaran. 18 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. gaya berkomunikasi dan interaksi guru dengan murid. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 .sekolah. adunan pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran kepada pelbagai jenis murid. Hasil kajian tentang seni drama. supaya pendidikan di sekolah lebih seimbang dan memperkayakan pemikiran murid. Pengajaran boleh dilihat sebagai satu seni dan kraf tingkah laku guru.

Dengan mengguna komputer anaknya menunjuk ibunya langkah-langkah mengguna e-mel supaya ibunya tahu mengguna emel.1 Senarai sinonim discuss role play to find out to answer to dramatise to play motivate motivate to correct cultivate to develop to care to care and develop to listen pendidikan Senarai di atas boleh ditambah lagi. Menyuburkan coach facilitate Memperkemban gkan question Menjaga interact Mengasuh communic Mendengar ate Rajah 1. 2. 1. supaya anaknya pandai membaca dan menghafal ayat-ayat itu. ‘mengarah’ sebagai kaedah ‘guru’ mengajar. Sarjan mengarah polis kadet berlatih berkawat dengan kemas setiap pagi supaya mereka dapat menunjukan kecekapan berkawat . Ibu melatih anaknya membaca ayat-ayat Quran dengan betul di rumah. baik secara formal atau informal. 3. ‘berbincang’. Misalnya ‘mengasuh’ berlainan sedikit kaedahnya berbanding dengan ‘menerangkan sesuatu’ atau ‘melatih’. Jikalau kita kumpul istilah atau perkataan yang sinonim dengan ‘pengajaran’ dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ‘melatih’. Di bawah adalah beberapa contoh situasi penggunaan perkataan ‘menunjuk’. kita akan dapat senarai seperti berikut: Mendidik Membimbin g Menghurai Menerangk an Menunjuk Memberi tahu Mencerita Mengarah Mengurus Melatih Memudahka n Bertanya Berinteraksi Berkomunik asi educate Berbincang counsel Memainkan peranan jawapan elaborate Mencari explain Menjawap demonstra Melakonkan te tell Bermain narrate Menggalakkan direct Mendorong manage Membetulkan train. Banyaknya sinonim atau rangkai kata yang hampir sama erti dengan ‘pengajaran’ sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris menggambarkan betapa kayanya dan beragamnya seni dan gaya pengajaran yang diamalkan oleh ‘guru’ dalam sistem pendidikan kita.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 19 Pelbagai kaedah. Berlainan istilah yang kita gunakan menggambar berlainan sedikit gaya atau teknik guru mengajar. gaya dan teknik pengajaran ini boleh kita lihat daripada berbagai-bagai istilah yang kita gunakan untuk menghuraikan tingkah laku atau proses pengajaran. Kita boleh mengambil mana-mana perkataan di atas dan cuba menggunanya dalam beberapa konteks atau situasi.

4. Pengurus syarikat berbincang dengan jurujual syarikat itu tentang berbagai-bagai teknik menjual komputer kepada pelanggan di pasar raya. 5.20 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. . Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 pada akhir tempoh latihan. Guru bercerita kepada murid Tahun 5 tentang peperangan Melaka dengan Portugis dalam tahun 1511.

K Rajah 1. Apakah itu Model Pengajaran? ita boleh mengkaji proses dan hasil pengajaran dengan lebih sistematik dengan melihatnya dalam bentuk model. amalan. Model-model ini dipengaruhi oleh berbagai-bagai disiplin ilmu seperti psikologi pendidikan. Banyak kajian dibuat untuk melihat bagaimana kaedah pengajaran boleh dirancang dan direka bentuk untuk memberi kesan yang optimum kepada pembelajaran murid.2 Pengajaran-Pembelajaran dalam konteks Sistem Pelajaran Rajah 1. psikologi sosial dan komunikasi.2 di atas menunjukkan hubungan antara pengajaran dengan proses pembelajaran dan hasil pembelajaran. dan sosiologi pendidikan.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 21 Bolehlah kita simpulkan bahawa adunan semua kata kerja di atas merupakan perbuatan. Tiga aliran ilmu psikologi yang besar mempengaruhi pendekatan membina . dan tingkah laku yang terangkum di bawah konsep pengajaran dan pedagogi. dan memikir hubungan di antara bahagianbahagian itu dengan lebih mudah kerana sifatnya yang meringkaskan suatu proses yang kompleks. Proses pengajaran-pembelajaran ini akan tambah berkesan jika terdapat sokongan yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah dan peralatan yang mencukupi untuk pengajaran-pembelajaran. Ia berdasarkan hipotesis bahawa kualiti pengajaran mempengaruhi kualiti proses pembelajaran dan hasil pembelajaran: lebih baik kualiti pengajaran lebih mudah dan berkesan pembelajaran murid dan lebih tinggi hasil pembelajarannya. Model ialah satu kerangka konseptual untuk membantu kita melihat bahagianbahagian yang berkaitan di dalamnya.

1.kurikulum dan pengajaran. aliran psikologi behavorisme 2. 3. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . aliran psikologi sosial. ialah. yang secara popular dipanggil juga mazhab konstruktivisme. aliran psikologi kognitif. 22 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran.

David Ausubel. Persepsi dan skima pemikiran ini akan disusun semula (reconstruct) apabila seseorang itu terdedah dengan pengalaman. dan Lee S. Jerome Brunner. termasuk bagaimana murid belajar. Berdasarkan teori ini Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan ‘programmed instruction’ atau pengajaran yang terancang. Markah dan gred digunakan untuk menggalakkan murid belajar. Hadiah tahunan diberi kepada kepada murid terbaik. dan ‘cuba lagi’ bagi jawapan yang tidak tidak tepat. Secara ringkasnya aliran psikologi kognitif berpendapat bahawa corak pemikiran seseorang bergantung kepada cara ia membina (construct) dan memberi makna kepada apa yang dipelajari atau dialaminya. Misalnya dalam pengajaran guru kerap menggunakan pujian ‘bagus’ atau ‘betul’ bagi jawapan murid yang betul. Antara tokoh yang mempelopori mazhab ini ialah John Dewey. kerana tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur. Aliran psikologi sosial . informasi dan perspektif baru. Teori dalam aliran ini pada asasnya melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada ransangan (S  R: stimulus  response). Aliran psikologi kognitif: konstruktivisme Aliran psikologi kognitif lebih menekankan perkembangan corak pemikiran manusia – cara ia berfikir dan membentuk makna. berbanding dengan aliran behavorisme yang lebih menekan tingkah laku (behaviour) manusia. Hilda Taba.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 23 Aliran psikologi behavorisme Teori-teori dalam psikologi behavorisme memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia. Shulman. Jean Piaget. Sejak kebelakangan ini psikologi kognitif (terutama kefahaman konstruktivisme) banyak mempengaruhi pendekatan pengajaran. Pengajaran guru di sekolah pun banyak mengguna teori ini. F. Skinner. Teori ini juga menegaskan pentingnya ‘pengukuhan’ (reinforcement) melalui ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu. susunan kurikulum dan penilaian. Antara penganut dan pengkaji yang berpengaruh dalam mazhab behavorisme ini ialah B. untuk ‘mengukuhkan’ jawapan murid itu. Pemikiran seseorang murid akan memperkembang dan ‘pengertiannya’ mengenai sesuatu diperluaskan apabila pengalamannya bertambah. Semua amalan ini didasari ilmu psikologi aliran behavorisme. Pengertian atau makna yang diberi kepada sesuatu itu bergantung kepada persepsinya dan skima atau rangka pemikiran yang ada padanya.

bertanggung jawab untuk menyiapkan kerja kumpulan dan sebagainya. dari segi bahasa. rakan sebaya. cara bekerja. kumpulan dalam kelas atau kumpulan dalam kokurikulum. sikap dan nilai. meniru (modeling) orang lain.Psikologi sosial dan mikrososiologi memberi tumpuan terhadap kesan kepada perkembangan pemikiran dan sosio-emosi individu apabila ia berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Pendekatan pembelajaran kooperatif atau projek kumpulan dan pengajaran rakan sebaya (peer teaching) adalah di antara pendekatan pedagogi yang berasaskan teori psikologi sosial dan mikrososiologi. sikap bertolak-ansur dalam kerja kumpulan. ia memahami orang lain. baik secara berdua atau secara kumpulan. Melalui perbincangan dan aktiviti kerjasama secara kooperatif misalnya. Kesan daripada ini adalah seseorang belajar nilai menghormati orang lain. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . Seseorang banyak belajar dari peranannya dalam sesuatu kumpulan: dalam keluarga. 24 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran.

Kita akan membincangkan empat model yang berkaitan. 1. E Evaluate: Menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan bahan dan proses pembelajaran. media dan bahan pengajaran-pembelajaran. Model ASSURE Model ini berasaskan buku Robert Gagne. S State: Nyatakan objektif atau hasil pembelajaran. Kemudian kita akan menggabungkan beberapa elemen daripada empat model tadi untuk membentuk Model UPSI. iaitu kandungan sesuatu pengajaran (Apa yang hendak diajar?). Susunan isi kandungan: turutan unit-unit pelajaran (Bagaimanakah bahan yang hendak diajar itu disusun dalam beberapa unit pelajaran?). Mengikut Tyler. Events of Instruction (1992). Penilaian hasil pembelajaran (Bagaimanakah hasil pembelajaran hendak diukur dan dinilai?) Hasil penilaian pembelajaran kemudiannya digunakan untuk menambahbaik empat komponen di atas. dan Model Inkuiri. darjah prestasi yang boleh diterima S Select: Pilih kaedah. Model Masteri.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 25 Dalam proses pengajaran di bilik darjah. U Utilise: Buat ‘preview’ bahan dan media: sediakannya dan laksanakan. . Model ASSURE. iaitu Model Tyler. Objektif pengajaran (Kenapa mengajar?). 2. pedagogi dan penilaian. teori daripada ketiga-tiga perspektif psikologi di atas boleh digunakan untuk kita memahami proses pengajaran dan pembelajaran. 4. ialah model Ralph Tyler (1949). Model ini amat berguna untuk guru membentuk pengajaran di bilik darjah. Berdasarkan tiga aliran disiplin ilmu di atas terbentuklah beberapa Model Pengajaran. Kurikulum. R Require: Tentukan murid mengambil bahagian aktif dalam pembelajaran: mencari dan membuat analisis maklumat. pendekatan membina kurikulum dan pengajaran mengandungi empat bahagian atau langkah utama seperti di bawah. A Analyze: Buat analisis kesediaan dan gaya pembelajaran murid. 3. ASSURE ialah akronim kepada huruf pertama dalam tujuh bahagian atau proses dalam model ini. Model Tyler Salah satu model atau sistem pembangunan kurikulum dan pengajaran klasik yang banyak mempengaruhi perancangan kurikulum dan pengajaran di sekolah. Teori dan prinsip pembelajaran dari ketigatiga aliran psikologi ini sama penting untuk kita gunakan bagi menggubal perancangan kurikulum.

dan diberi . Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Model Masteri Model Masteri dipelopori oleh John Caroll (1963) dan diperkembangkan oleh Benjamin Bloom (1970.an).26 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. (iaitu prestasi yang ditentukan guru). Model atau pendekatan Masteri ini didasarkan kepada hipotesis atau anggapan bahawa semua murid normal boleh belajar dan dapat menguasai sesuatu pelajaran di sekolah sehingga ke tahap Masteri. jika murid diajar sesuai dengan keperluannya.

Dalam kurikulum standard. 3. 1. Masa untuk setiap murid belajar dan membuat latihan itu mencukupi. kuiz. Penerangan guru jelas dan mudah difahami oleh semua murid. 3. Model Masteri sekarang menjadi asas untuk menggubal Kurikulum Standard dan Penaksiran Standard di Amerika Syarikat. penaksiran dan penilaian dibuat untuk menaksir sejauh manakah hasil pembelajaran murid itu mencapai ‘standard’ yang ditetapkan itu. 9. Model Masteri ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Unit 7. 8. model ASSURE dan model Masteri? Senaraikan langkah-langkah utama dalam pendekatan pengajaran Masteri. bersoal-jawab) . . Australia dan New Zealand dan Malaysia. guru tidak membantu murid membuat pembetulan segera di mana murid menghadapi masalah. Kemudian setelah proses pengajaranpembelajaran. 2.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 27 masa yang mencukupi. masa untuk belajar dan membuat latihan tidak mencukupi bagi sesetengah murid. Guru membuat pembetulan atau pemulihan segera jika murid atau kumpulan murid menghadapi apa-apa masalah. Unit-unit pengajaran-pembelajaran dibahagikan dan disusun secara berturutan beransur maju (sequential). Setiap murid menguasai 80% dari apa yang perlu dipelajari sebelum ia terus belajar ke unit baru. Kemajuan pembelajaran murid dipantau melalui penilaian formatif (pemerhatian kerja latihan murid. perbezaan ‘kesediaan’ kognitif (pengetahuan sedia ada) dan afektif (motivasi) murid untuk belajar sesuatu unit. misalnya di akhir kursus untuk menaksir dan menilai pencapaian murid Dalam pembelajaran untuk Masteri perbezaan prestasi murid di akhir kursus disebabkan oleh. Langkah-langkah pengajaran untuk Masteri sesuatu pelajaran adalah seperti berikut: 1. 4. Jenis penglibatan murid atau latihan untuk murid pelbagai dan mencukupi (latihan individu atau berkumpulan) 5. United Kingdom. Apakah persamaan dan perbezaan antara model pengajaran Tyler. 6. Penaksiran dan penilaian summatif diberi pada akhir sesuatu program. sambungan kepada unit yang telah dikuasainya. 7. jenis dan tahap pembelajaran yang murid perlu kuasai pada sesuatu peringkat itu dinyatakan secara jelas. Objektif atau tahap hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid itu ditentukan secara realistik dan jelas. 2.

dan diberi perhatian oleh ahli-ahli falsafah. bertanya dan belajar apa saja. berfikir.28 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. mencari jawapan dan memberi makna tentang sesuatu sudah lama wujud. memerhati dan mengguna semua panca indera untuk ‘menyelidik’. Idea bahawa manusia selalu bertanya. Mereka cepat belajar. Perhatikan kanak-kanak pada umur 1 – 5 tahun amat suka meneroka. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Model Inkuiri Inkuiri bererti menyelidik atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. mencuba sendiri. Misalnya ahli falsafah Greek Socratis (459-399 SM) .

pendekatan pengajaran dan penilaian. Ajaran Islam sendiri sentiasa menyuruh penganutnya memerhati fenomena alam. David Ausubel. . Seseorang murid akan memperkembang dan memperluaskan ‘pengertiannya’ tentang sesuatu (misalnya tentang ‘hujan’) apabila pengalaman dan informasi tentang ‘hujan’ bertambah. Secara ringkas aliran ini berpendapat bahawa pembelajaran ialah proses pembentukan corak pemikiran seseorang. 4. misalnya ‘Bagaimana hujan berlaku?’ 2. pendekatan pengajaran inkuiri adalah untuk membantu murid menyelidik atau mengkaji sesuatu sendiri atau secara berpasukkan mengguna pelbagai sumber informasi. Jerome Brunner. Murid berbincang dan membuat hipotesis tentatif (working hypotheis) tentang kemungkinan bagaimana hujan berlaku. Dengan ini persepsi. Murid mencari dan mendapat maklumat tentang bagaimana hujan berlaku.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 29 menggalakkan orang berfikir dan mencai jawapan melalui dialog – siri ‘bersoal-jawab’ mengenai sesuatu. informasi dan perspektif baru tentang hujan. Murid (dengan bimbingan guru) membentuk soalan yang hendak dicari jawapannya. dan dengan itu menghayati pemberiannya dengan membuat pertanyaan melalui ayat yang bermaksud “Maka apakah kamu tidak memerhatikan?”. dan cara seseorang membina (construct) dan memberi makna kepada apa yang dipelajarinya. discovery learning (pembelajaran penemuan). Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Ini berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada pada murid. merenung dan berfikir tentang ciptaan Allah SWT. Lee S. Terdapat beberapa variasi dalam pendekatan inkuiri. pengertian dan rangka pemikiran murid tentang hujan ‘disusun semula’ dan bertambah luas. iaitu guided-inquiry (inkuiri terbimbing). Persepsi dan skema pemikirannya tentang ‘hujan’ akan disusun semula (reconstruct) dengan bertambahnya pengalaman. Kebelakangan ini psikologi kognitif (terutama fahaman konstruktivisme) banyak mempengaruhi susunan kurikulum. untuk dibincangkan. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran pada amnya adalah sebagai berikut: 1. 5. Ini merupakan skema atau rangka pemikiran awalnya terhadap perkara itu 3. Antara tokoh yang mempelopori aliran pemikiran ini ialah John Dewey. Shulman dan Carl Rogers. Dapatan atau hasil kajiannya itu ditulis dan dibentangkan kepada rakan-rakannya. Hilda Taba. Murid membuat kesimpulan dan memberi jawapan kepada soalan asalnya ‘Bagaimanakah hujan berlaku’. Jadi berdasarkan mazhab konstruktivisme ini.

Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Model Pengajaran UPSI (2009) Model UPSI ini digubal berdasarkan model Tyler. Tujuan model ini adalah untuk dijadikan panduan yang praktikal bagi memikir. Kaedah yang berbeza ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Unit 10 modul ini. teknologi dan penaksiran sesuatu mata pelajaran di sekolah. dan diperluas untuk memasukkan beberapa komponen tambahan. dan 4 dalam Modul 2.problem-based teaching (pengajaran berasaskan masalah). merancang dan mereka bentuk kurikulum. mengambil kira beberapa ciri dalam Model Masteri dan Model Inkuiri. project method (kaedah projek) dan sebagainya. 3. dan Unit 2. pengajaran. 30 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. .

iaitu tahap hasil pembelajaran yang realistik yang perlu dicapai oleh murid. dari segi ‘pengetahuan’ di dalamnya: fakta. menulis laporan. dan sebagainya. 1. Membuat analisis kandungan kurikulum: kandungan topik yang hendak ajar. klasifikasi. 6. 4. Membuat analisis keperluan dan kesediaan murid dalam konteks pembelajaran yang akan dilaksanakan. memilih dan mengguna alat dan media bantu pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memudahkan . Berdasarkan (1) dan (2) di atas guru menentukan objektif pengajaran.3 Model Pengajaran UPSI 2009: Universiti Pendidikan Sultan Idris (disesuaikan daripada Model Tyler) Model ini terdiri daripada lapan (8) komponen utama yang perlu guru mengambil kira dalam merancang atau mereka bentuk kurikulum dan pengajaran sesuatu mata pelajaran atau topik. dan ‘kemahiran’ seperti membuat eksperimen. prosedur. kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kesediaan murid dan sifat isi kandungan topik berkenaan. bersambungan. Menyusun turutan (sequence) unit-unit pengajaran supaya beransur maju. prinsip dan teori. dan berkembang. 3. Memilih dan mengguna kombinasi pendekatan.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 31 Rajah 1. 2. mencari maklumat dalam internet. 5. konsep. Membina.

.32 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Menyedia latihan yang sesuai dan mencukupi untuk semua murid supaya pembelajaran mereka berkesan dan mencapai Masteri. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 proses pengajaran-pembelajaran 7.

kendiri’ ini adalah untuk memudahkan (facilitate) murid belajar sendiri: bertanya. berfikir. Perubahan dalam mana-mana komponen akan mempengaruhi komponen atau bahagian lain. memilih dan mengguna kaedah dan alat penaksiran yang sesuai untuk mengukur. Neill (1960) juga berpegang kepada falsafah yang hampir sama. Rogers mengutarakan konsep ‘freedom to learn’ menamakan pendekatan pendidikan ini pendekatan ‘pembelajaran terarah-kendiri’ (self-directed learning). kandungan kurikulum. dengan cara apa yang dipilih sendiri dan dalam masa yang ditentukannya. kerana semua aspek dalam proses pembelajaran seseorang murid ditentukan oleh murid itu sendiri. yang kerap dilabel sebagai pembelajaran ‘berpusatkan murid’. merancang sendiri. mentaksir proses pembelajaran (penaksiran formatif bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran murid) dan penaksiran summatif untuk menilai hasil pembelajaran. Perubahan dalam alat media (misalnya mengguna komputer sebagai alat utama pengajaran-pembelajaran) akan mempengaruhi susunan unit-unit pengajaran dan interaksi antara guru dan murid. Perhatikan setiap lapan komponen dalam model ini berkait antara satu sama lain. alat pembelajaran seperti buku teks. menyelidik dan mencari sendiri jawapan supaya jawapan itu bermakna kepadanya. Tugas guru dalam konteks pendekatan ‘pembelajaran terarah. kaedah pengajaran dan latihan murid. .S.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 33 8. dan menilai sendiri hasil apa yang dipelajarinya. N. Seorang lagi ahli psikologi di United Kingdom. Apakah akan terjadi kepada komponen lain jika anda ubah objektif pengajaran dan tahap hasil pembelajaran murid? Isu Pendekatan ‘Berpusatkan Murid’ dan ‘Berpusatkan Guru’ arl Rogers (1994) adalah di antara ahli psikologi yang berpendapat bahawa pendidikan yang bermakna bagi seseorang murid ialah pendidikan yang murid itu sendiri tentukan apa yang ia perlukan. belajar mengikut gayanya sendiri. kaedah pembelajaran. Membina. susunan unit-unit kurikulum. bukan oleh guru atau kurikulum badan luar seperti Kementerian Pelajaran. bengkel dan kaedah penilaian dan tafsiran hasil pembelajaran ditentukan oleh murid. C Ini bererti kurikulum. Misalnya perubahan dalam kaedah penaksiran akan mempengaruhi objektif pengajaran. Jadi dalam mereka bentuk dan merancang pengajaran semua komponen utama ini perlu diambil kira. iaitu setiap murid harus diberi ‘kebebasan’ kepadanya untuk belajar sendiri apa yang ia mahu: setiap murid bebas untuk belajar apa saja.

34 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. guru atau orang dewasa. iaitu akibat daripada interaksinya dengan orang lain terutama bimbingan ibu bapa. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 .Pendekatan yang bebas ini dilaksanakan di Summerhill School. Pembelajaran seseorang murid boleh dipercepat dan lebih berkesan jika murid diberi bimbingan untuk melakukan tugasan pembelajaran yang ‘lebih tinggi sedikit’ dari apa yang sudah dikuasainya. Guru lebih berperanan sebagai pembantu dan fasilitator saja.kanak atau murid ialah fenomenon sosial dan budaya. Dengan cara beransur-ansur pembelajaran murid berkembang. Pendekatan pendidikan ‘berpusatkan murid atau terarah-kendiri ini’ oleh Rogers dan Neill ini dikritik oleh Lev Vygotsky (1978) yang berpendapat bahawa pembelajaran dan perkembangan kognitif kanak. di United Kingdom oleh Neill sendiri.

ms 23) menegaskan tidak seharusnya kaedah inkuiri sahaja yang menjadi pegangan guru dalam pengajaran sains. jadual waktu. sistem penaksiran. Sistem berasaskan ‘other directed’ kerap dilabelkan sistem ‘berpusatkan guru’ yang agak mengelirukan. Teachers should use different strategies to develop the knowledge. apa yang murid ingin pelajari (kurikulum). buku teks. kaedah penilaian dan sistem pentadbiran sekolah. buku teks. bukan oleh murid. ‘other directed’ iaitu sistem yang ditentukan oleh agensi luar seperti Kementerian Pelajaran. Hampir semua aspek pendidikan di sekolah sekarang didasarkan kepada prosedur dan peraturan yang digubal oleh ‘pihak luar’ bukan ditentukan oleh murid. Sistem pendidikan di Malaysia misalnya lebih bersifat ‘centralised’. atau guru. kaedah pengajaran guru. jadual waktu. latihan murid. Tetapi buku panduan Inquiry and the National Science Education Standards (2000. Apa yang perlu . Kedua ialah sistem pendidikan yang terkawal ketat dari ‘luar’ (other-directed) sama ada oleh Kementerian Pelajaran.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 35 Dalam pengajaran sains pendekatan inkuiri amat digalakkan supaya murid mendapat kemahiran seperti apa yang ahli sains lakukan. understandings. and abilities described in the content standards." Pada amnya pendekatan pendidikan boleh dibahagi kepada dua yang ekstrem. "Although the Standards emphasize inquiry.Neill: pendidikan yang terbuka. badan luar. Dalam sistem ini murid bebas menentukan kenapa ia ingin belajar sesuatu (objektif). this should not be interpreted as recommending a single approach to science teaching. cara belajar. Tetapi sistem pendidikan di kebanyakan masyarakat atau negara adalah lebih cenderung kepada sistem yang lebih terancang. ialah sistem yang bebas (freedom to learn) seperti yang cadangkan oleh Rogers dan diamalkan oleh N. dari siapa ia ingin belajar (guru). Pada amnya mazhab konstruktivisme lebih cenderung kepada sistem yang lebih ‘terbuka’. ‘over standardised’ dan ‘over controlled’ dari segi kurikulum. ‘pembelajaran terarah-kendiri’ (atau kerap disebut ‘berpusatkan murid’).S. nor is reading about science incompatible with inquiry. sekolah dan institusi seperti universiti. Attaining the understandings and abilities cannot be achieved by any single teaching strategy or learning experience. Antara dua pendekatan ekstrem ini terdapat pelbagai kombinasi atau ‘darjah’ kebebasan untuk murid belajar atau guru mengajar. Conducting hands. cara menilai kemajuannya. dan pentadbiran aktiviti sekolah.on science activities does not guarantee inquiry. 2. 1. Pertama. dari segi kurikulum.

Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 . kaedah pengajaran-pembelajaran dan tempoh 36 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. pada hal konteks budaya tempat-tempat ini berbeza.dipelajari dan buku teks yang perlu diguna di sekolah rendah di Petaling Jaya adalah sama dengan apa yang diajar di sekolah rendah di Gua Musang. Kelantan atau di pendalaman di Sabah dan Sarawak. di mana Pusat (misalnya Kementerian Pelajaran) menentukan ‘matlamat’ dan ‘Standard’ hasil pembelajaran yang diharapkan untuk murid mencapai bagi setiap mata pelajaran. dan membenarkan sekolah. guru dan murid memilih dan menentukan bahan pengajaran. Sekarang terdapat pendekatan alternatif ‘pertengahan’ antara dua ekstrem. susunan bahan. Kebebasan guru untuk mencipta atau membuat inovasi pendekatan alternatif dan cara murid belajar adalah tertakluk kepada keperluan dan peraturan yang dibuat oleh Pusat (Kementerian Pelajaran) dan oleh sekolah.

tetapi berasaskan sains tingkah laku manusia. United Kingdom dan New Zealand untuk memenuhi keperluan negara. Pendidikan Pengajaran Pedagogi Model pengajaran Model Tyler Pendidikan formal 7. Sistem pendidikan yang benar-benar bebas berasaskan ‘pembelajaran terarah-kendiri’ sebenarnya tidak berlaku: hampir semua sistem pendidikan di setiap negara dibentuk dan dirancang badan ‘luar’ daripada murid (misalnya Kementerian Pelajaran) dari segi kurikulum. Model ASSURE 8. Pengajaran adalah satu seni atau kraf. bahan pembelajaran (buku teks) dan sistem peperiksaan atau penilaian. 4. di samping itu menggalakkan kreativiti dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pada pendapat anda sejauh manakah guru bebas mengajar kaedah apa saja? Dan sejauh manakah murid bebas belajar mengikut gaya pilihannya? RUMUS AN lmu pedagogi ialah satu ‘sains dan seni pengajaran’ (pedagogy is the science and art of teaching). 3. 6. menyusun unit-unit bahan pengajaran dan mengadunkan kaedah untuk memudahkan muridnya belajar dengan berkesan dan bermakna. Walau bagaimanapun masih ada ruang untuk guru dan murid membuat inovasi kaedah pengajaran-pembelajaran untuk memudah pembelajaran yang bermakna dalam konteks bilik darjah masing-masing. Model Masteri 10.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 37 masa belajar ke arah mencapai Standard itu. Pendidikan non-formal 12. Ertinya terdapat pemikiran dan amalan supaya sistem pengajaran-pembelajaran ini lebih fleksibel untuk mencapai sesuatu ‘standard’. Aliran pemikiran ini sekarang diamalkan di Amerika Syarikat. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang meningkatkan hasil pembelajaran murid bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan yang lebih luas. 5. Model Inkuiri 9. I KATA KUNCI 1. Model UPSI 11. 2. Berpandukan ini guru dapat memilih. Model-model pengajaran adalah contoh-contoh rangka konseptual untuk kita memikir dan mereka bentuk pendekatan pengajaran. Pendidikan informal .

.tiganya? 2. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 PENILAIAN KENDIRI 1. pengajaran. Beri contoh bagaimana setiap aliran pemikiran yang dibincangkan mempengaruhi kaedah dan amalan pedagogi di sekolah. Apakah matlamat ketiga. Huraikan perbezaan antara pendidikan.38 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. dan pedagogi.

UNESCO. & Wager. Shulman L. Harcourt. (1949). (1996). Minds in society. J. C.). Mathematics. Inc. & Putnam. Summerhill: a radical approach. (1987). Brace. The process of education. Briggs L. (2000). L. Washington. New York: Vintage. MA: Harvard University Press. 129–135. W. Delors. Orlando. S. Bruner. Vygotsky. New York: Simon & Schuster Macmillan. . Apakah akan terjadi kepada komponen lain jika anda ubah objektif pengajaran dan tahap hasil pembelajaran murid? 5. Apa akan terjadi dalam perancangan pengajaran anda jika anda tidak mengambil kira ‘susunan unit-unit pengajaran’? RUJUKAN Borko. (1960). D. 4. Carl. C. Javanovich. Chicago: University of Chicago Press. 1-22. (1960). Teacher Development: Roles of Domain Expertise and Pedagogical Knowledge.S. W. R. In D.. 57. J. Gagne R. T.S. Tyler. edition.C: National Academy Press. Basic principles of curriculum and instruction.Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 39 3. Handbook of Educational Psychology. (1996) Learning: the treasure within: The Report of Commission on Education for the Twenty First Century. Shulman. Journal of Applied Developmental Psychology. Berliner & R. R. Principles of Instructional Design. Harvard Educational Review. H. Calfee (Eds. Freedom to learn (3rd ed. 673-708. (1978). and Engineering Education National Research Council. (1994). Cambridge. R. Committee on Development of an Addendum to the National Science Education Standards on Scientific (2000). Huraikan komponen-komponen penting dalam Model Pengajaran UPSI. L.) New Jersey: Prentice Hall. 4th. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. New York: Hart Publication Co.. 21(1). (1992). Inquiry and the National Science Education Standards: A Guide for Teaching and Learning. Neill A. Inquiry Center for Science. Learning to teach.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful