You are on page 1of 57

Pengenalan Laporan kumpulan kami bagi mata pelajaran UWS 10303 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia adalah

bertajuk sebagai Warisan Kerajaan Tradisional. Dalam laporan ini, kumpulan kami akan membincangkan tentang warisan kerajaan tradisional di Alam Melayu yang telah banyak memberi sumbangan kepada agama, bahasa, budaya, dan peradaban negara zaman sekarang. Isu yang akan difokuskan dalam laporan kami ini adalah perkembangan ketamadunan tradisional dengan merujuk kepada pengasasan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Kesultanan Melayu Johor-Riau. Hal ini penting kerana ketamadunan tradisional tersebut berpengaruh besar ke atas pembangunan negara moden iaitu Malaysia pada kini.

Secara khususnya, objektif- objektif bagi laporan ini adalah seperti berikut:
i. ii.

mengenalpasti dengan lebih lanjut tentang penempatan alam Melayu mengenalpasti hubungkait antara perkembangan kerajaan tradisional dan pembinaan negara moden (Malaysia)

iii.

menilai keberkesanan sistem yang sedia ada dalam kerajaan tradisional yang telah dipraktikan dalam negara kini.

iv. v.

memahami dan memperoleh iktibar dan pedoman dari sejarah kerajaan tradisional memupuk semangat patriotism dalam diri dan setiap ahli kumpulan

Sesungguhnya, laporan ini diharapkan dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang tersirat dalam pencapaian dan kegemilangan Alam Melayu kepada golongan ilmuwan, aktivis ekonomi serta masyarakat keseluruhannya bagi membantu melaksanakan strategi pembangunan dengan lebih berkesan. Kumpulan kami juga amat berharap hubungan dan semangat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan dan juga pelajar-pelajar yang lain dapat dieratkan dan diperkuatkan lagi melalui pengalaman yang telah didedahkan kepada kami dalam laporan ini.

Page 1 of 57

Topik 3.1: Pengenalan Alam Melayu Alam Melayu dapat ditakrif sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh wilayah yang kaya dengan budaya Melayu-Polinesia.1 Istilah Alam Melayu juga boleh merujuk kepada pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kawasan-kawasan kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik seperti negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Langkasuka (selatan Thailand), kelompok-kelompok di Kampuchea, Campa (Vietnam), Funan (Kemboja) serta Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea. Istilah Melayu yang dipakai di sini juga dipakai dalam pengertian yang luas dan menggambarkan keserumpunan bahasa dan bangsa yang dikenali dengan pelbagai nama, iaitu Melayu, Melayu-Indonesia, Melayu-Polinesia, Nusantara dan Austronesia.2 Ilmu arkeologi, linguistik sejarawi dan antropologi membuktikan ketamadunan Alam Melayu dan jati dirinya telah berlaku selama lebih dari 5000 tahun dari zaman Neolitik. Kelompok manusia Mongoloid selatan, khususnya Malayo-Polinesia atau Austronesia, yang menguasai rantau kepulauan Asia Tenggara ini telah bermastautin alam Melayu. Terdapat pelbagai teori yang dapat mengesahkan kewujudan alam Melayu: i. Teori dari India: Terjumpanya makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah Pasai yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah pertama di Kepulauan Melayu telah mengukuhkan teori Islam yang hanya tersebar di rantau Melayu sekitar abad ke-13M. Selain itu, catatan Marco Polo dan Ibn Batutah yang pernah melawati Alam Melayu sekitar abad ke13 dan 14 M telah mengukuhkan bukti kemunculan nusantara ini.1 dan membina sistem kemasyarakatan, kenegaraan serta ekonomi pertanian dan perdagangan yang mentakrifkan nama serta jati diri kepada alam ini sebagai

Page 2 of 57

1 P. Lunde, The Indian Ocean and Global Trade, Saudi Aramco World, Julai / Ogos 2005 2 D.G.E. Hall 1955. History of Southeast Asia;B. Harisson 1963; Pearl, B.R. 1963. An Introduction to The History of Southeast Asia; Prof. Dr. Slametmulyana 1975. Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara.

ii.

Teori dari China Terdapat bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah, batu bersurat Phanrang di Kemboja, batu nisan Pahang dan batu bersurat Terengganu 1303M. Pengaruh China juga dapat dibuktikan dengan bentuk kubah masjid di Melaka dan Jawa yang menyerupai Pagoda.3

iii.

Teori dari Arab Penggunaan tulisan jawi yang meluas di Alam Melayu di mana huruf jawi sama dengan huruf Arab dan Cuma berlaku penambahan seperti ga dan cha ialah pengaruh dari Parsi. Selain itu, terdapat Syed dan Syarifah yang merupakan keturunan Arab di Tanah Melayu. Bukti catatan sejarah pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah, contohnya Maharaja Drebar II yang memerintah Kedah pada 1136M telah memeluk Islam dari S.Abdullah bin S. Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baru iaitu Sultan Muzafar Syah. Begitu juga dengan Parameswara yang pula memeluk Islam dari Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah.3

Daripada segala gambaran di atas, jelasnya bahawa Alam Melayu mempunyai keistimewaan yang boleh dicontohi oleh rakyat negara kini. Sejarah, kebudayaan dan tamadun Melayu di Alam Melayu ini juga memainkan peranan penting sebagai daya penggerak untuk memperteguh pencapaian dan kemajuan Malaysia pada abad ke-21 ini. Oleh sedemikian, warisan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Johor-Riau dan Kedah Lama dan kerajaan tradisional lain serta sumbangan kerajaan tradisional tersebut ke atas pembentukan negara moden kini akan dibincangkan dalam laporan yang seterusnya.

Page 3 of 57

P. Lunde, The Indian Ocean and Global Trade, Saudi Aramco World, Julai / Ogos 2005

Topik 3.2: Petempatan dan Kerajaan Awal di Alam Melayu Kerajaan awal di Asia tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk kerajaan iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Kerajaan Agraria didefinisikan sebagai sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai dan perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Ciri-ciri lain yang terdapat dalam Kerajaan Agraria ialah kemahiran membina empangan dan saliran untuk tujuan kegiatan pertanian dan sistem pengaliran dikawal oleh pemerintah. Beberapa contoh kerajaan awal yang berkerajaan agraria ialah Kerajaan Funan, Kerajaan Angkor dan Kerajaan Dvaravati.4,5 Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Kerajaan Maritim lazimnya berkembang di persisiran pantai dan muara sungai. Laut dan sungai menjadi laluan utama Kerajaan Maritim. Aktiviti utama Kerajaan Maritim adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pelabuhan amat penting bagi Kerajaan Maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual-beli, tempat menyimpan barang dagangan dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Pelabuhan membenarkan kedatangan para pedagang dari merata tempat. Ini juga menyebabkan Kerajaan Maritim berfungsi sebagai orang tengah untuk tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Masyarakat Maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Contoh kerajaan awal yang berkerajaan Maritim ialah Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Champa, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Funan.4,6 Kerajaan awal di Malaysia merupakan Kerajaan Maritim dan melakukan aktiviti pelabuhan, perikanan dan pedagangan sejak awal lagi. Sejak dahulu lagi sebelum Malaysia dipersempadankan, Malaysia terletak di tanah Melayu yang mempunyai zaman prasejarah yang panjang dan berkembang secara perlahan-lahan menjadi Kerajaan Pemerintahan Beraja sebelum bertransformasi menjadi Kerajaan Melayu Islam Bersultan.7

Page 4 of 57

4 Norazita Md Nor. (2011). Tamadun Awal Asia Tenggara Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Dipetik daripada http://mindazeta.blogspot.com/2011/03/tamadun-awal-asia-tenggara-kerajaan.html 5 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_agraria 6 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_maritim 7 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Sejarah Petempatan dan Kerajaan Awal di Malaysia (Asia Tenggara) 1. Prasejarah Malaysia (40,000 2,000 SM) Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatanperalatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan-lukisan Gua Tambun.8 Pengakhiran Zaman Prasejarah di Malaysia memulakan era baru yang berkerajaan Pemerintahan Beraja. Pemerintahan ini dapat didefiniskan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitian dengan kepentingan awam. Terdapat pelbagai bentuk sistem kerajaan dan pemerintahan beraja yang muncul dalam kerajaan awal di Malaysia bertujuan untuk mengurus serta mentadbir hal-hal masyarakat dan menegakkan undangundang dan perpaduan masyarakat. Alam Melayu di linkungan Malaysia kini yang mengamalkan sistem Kerajaan Pemerintahan Beraja adalah seperti Gangga Negara, Langkasuka, Pan Pan, Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit dan Kesultanan Melaka sehinggalah Kesultanan Johor. Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu mengamalkan pemerintahan beraja sebelum abad ke-15M. Sistem beraja yang diamalkan merupakan gabungan sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu serta Buddha. Raja yang berfungsi sebagai pemerintah mempunyai beberapa ciri yang unik membenarkan mereka mentadbir dan mengurus kerajaan mereka. Antara cirinya ialah raja sebagai simbol kosmos. Raja di alam Melayu sebelum abad ke-15M adalah berasaskan konsep kosmologi dan merupakan jelmaan dewa Shiva, Vishnu dan Buddha serta mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Selain itu, raja juga berkuasa mutlak. Kuasa ini menjadikan raja autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Kuasa raja melebihi undang-undang dan hukuman yang ditangannya. Raja juga mempunyai kuasa untuk mengampun segala kesalahan mahupun kesalahan sendiri.9 Di samping itu, raja juga berfungsi sebagai ketua dalam semua bidang: sebagai panglima tentera, ketua hakim,

Page 5 of 57

ketua agama, ketua eksekutif dan sebagainya. Raja merupakan ketua tertinggi dengan bantuan golongan bangsawan dan golongan kerabat diraja.9

8 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia 9 Jumali. (2008). Pemerintahan Beraja Alam Melayu. Dipetik daripada http://fastnote.wordpress.com/pemerintahan-beraja-alam-melayu/

2. Gangga Negara (abad ke-2 11) - Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.10 3. Langkasuka (abad ke-2 14) - Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang terawal sekali di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Lagenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Adalah dipercayai yang Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.11 4. Pan Pan (abad ke-3 5) - Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga sehingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya.12 5. Srivijaya (abad ke-3 1400) -Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina. Agama Islam memasuki Sumatra menerusi Aceh yang telah disebarkan menerusi perhubungan dengan pedagang Arab dan India. Pada tahun 1414, putera terakhir Srivijaya, Parameswara, memeluki agama Islam dan berhijrah ke Tanah Melayu di mana dia telah mengasas Kesultanan Melaka.13
Page 6 of 57

10 11 12 13

Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya

6. Kedah Tua (abad ke-5 ) - Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.14 7. Majapahit (1293 1500) - Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara termasuk negeri-negeri di semenanjung Malaysia. 15 Gambar 1

Gambar 1 di atas menunjukkan bekas tanah jajahan bagi Kerajaan Majapahit

Page 7 of 57

14 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua 15 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Majapahit

8. Kesultanan Melaka (1402 1500) - Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehingga tewas di tangan armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.16 Perkara-perkara dan maklumatmaklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian topik 3.3 bagi laporan ini. 9. Kesultanan Johor (1528 sekarang) - Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (14001511) di mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi danTanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulaupulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.17

Page 8 of 57

16 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka 17 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Johor

Topik 3.3: Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu di Melaka Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Negeri Sembilan di utara, Johor di tenggara dan Selat Melaka di barat.18 Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.19 Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya.19 Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, muncul pula kerajaan Majapahit yang bertindak mengambilalih pucuk pemerintahan kerajaan Srivijaya dan kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasankawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasek. Penguasaan Majapahit ditentang oleh Parameswara dan baginda berusaha membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya telah berundur ke Temasek.20 Di situ, Parameswara telah bertemu dengan pemerintah Temasek pada masa tersebut iaitu Temagi. Temagi ialah seorang wakil kerajaan Siam dan beliau telah menyambut Parameswara dengan baik. Parameswara berpandangan bahawa Temasek boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik. Temasek pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya. Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasia Temasek selama lima tahun. Baginda berusaha memulihkan semula kemilangan kerajaan Srivijaya. Namun, Siam akhirnya bertindak menyerang Parameswara dan baginda terpaksa berundur sekali lagi ke Muar untuk mencari perlindungan.21 Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan. Pada tahun 1400, Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli dan pekerjaan utama mereka ialah nelayan. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan kotanya.21
Page 9 of 57

18 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka 19 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka 20 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://lucky100star.blogspot.com/2009/02/pengasasan-kesultanan-melayu-melaka.html 21 Zahari Rusdi. (2009). Sejarah Tingkatan Satu Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dipetik daripada http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/pengasasan-kerajaan-kesultanan-melayu.html

Asal-usul Nama Melaka Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah. Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.22 Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.23 Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan 'Malagas'. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut. Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai 'Malagas' atau 'Mulagas', sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.22 Dalam buku 'Suma Oriental', nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan 'Malaya' yang bermaksud 'tempat perlindungan'. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, "kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil 'Melayo', oleh itu baiklah tempat ini dipanggil 'Malaya' kerana tempat ini tempat perlindungan kita". Selain itu,

Page 10 of 57

kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka.22
22 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/tyt_portal/bm/akhbar/akhbar6.html 23 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA

Perkembangan Empayar Melaka Bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik. Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara negara India dan China. Pedagang-pedagang dari Negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara iaitu, Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Di samping itu, pelabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus. Bahan- bahan ini merupakan bahan dagangan yang amat penting pada zaman itu. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Parameswara membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Ini memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Bagi menjamin keselamatan negeri Melaka, Parameswara telah mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengelakkan serangan Siam terhadap Melaka, Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Selain dari Kerajaan Siam, Parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China. Langkahlangkah ini menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur. Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Ia menjadi tumpuan dan minat pedagang-pedagang dari timur dan barat. Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu kedudukan yang strategik, perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapalkapal besar, pentadbiran yang cekap dan tersusun, pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan, perluasan

Page 11 of 57

Empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan, dan penggunaan matawang dalam hal ehwal perdagangan.24
24 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA

Melaka Sebagai Pusat Pentadbiran Dari segi struktur, raja merupakan individu penting dan menduduki kedudukan tertinggi di dalam hierarki pemerintahan Melaka. Kedudukan raja mempunyai pengaruh Hinduisme kerana raja dianggap sebagai anak tuhan di muka bumi. Namun, apabila Islam telah tersebar ke Melaka dan raja memeluk Islam, penggunaan konsep raja sebagai ketua kerajaan telah ditukar kepada sultan. Hal ini disebabkan oleh konsep sultan yang bertepatan dengan tuntutan bahawa setiap individu adalah khalifah Allah dan setiap individu itu juga merupakan hamba Allah. Rajah 1 di bawah menunjukkan senarai pemerintah Empayar Kesultanan Melayu Melaka dari Parameswara sehingga Sultan Ahmad Syah.25 Parameswara Sultan Iskandar Syah Sultan Muhammad Syah Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Syah Sultan Mansur Syah Sultan Alauddin Riayat Syah Sultan Mahmud Syah Sultan Ahmad Syah Rajah 1 25 1400-1414 1414-1424 1424-1444 1444-1445 1445-1458 1458-1477 1477-1488 1488-1510 1510-1513

Sistem pemerintahan Melaka yang diamalkan oleh raja/sultan adalah berbentuk raja berkuasa mutlak. Hal ini bermaksud kedudukan, hak dan segala keputusan yang dibuat oleh raja adalah tidak boleh dipersoalkan. Kedudukan raja/sultan sebagai pemerintah Melaka diperkuatkan lagi dengan beberapa konsep yang digunapakai iaitu taat setia, daulat, derhaka, tulah dan nobat. Setiap rakyat harus tunduk dan patuh bagi menunjukkan taat setia kepada kepimpinan raja/sultan yang berdaulat (berkuasa). Bagi mereka yang tidak berbuat demikian adalah dianggap menderhaka dan akan dikenakan tulah (pembalasan).25 Selain itu, raja/sultan juga bertindak sebagai ketua kehakiman dan mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan. Selain itu, raja/sultan juga merupakan ketua angkatan tentera.

Page 12 of 57

Walaubagaimanapun, sultan tidak perlu berperang dan tugas peperangan dipertanggungjawabkan kepada bendahara.26
25 Zahrul Akmal Damin, etc. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Edisi 1. Johor. Penerbit Uthm. Hlm 12-13 26 Jumali. (2008). Pemerintahan Beraja Alam Melayu. Dipetik daripada http://fastnote.wordpress.com/pemerintahan-beraja-alam-melayu/

Di bawah raja/sultan, sistem pentadbiran kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri bagi mentadbirkan negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat 8 orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat Seri pula, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan dan sistem ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 27 Rajah 2 di bawah menunjukkan susunan jawatan dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan Pembesar Empat Pembesar Lapan Pembesar Enam Belas Pembesar Tiga Puluh Dua Rajah 2 28 Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Setiap jawatan pembesar mempunyai tugas, tanggungjawab, peranan dan bidang kuasa yang berlainan. Antara peranan-peranan penting yang umumnya dipegang oleh pembesar-pembesar tersebut adalah seperti: a) Bendahara - Menteri utama - Penasihat utama sultan dalam pentadbiran - Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar - Ketua istiadat - Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara b) Temenggung - Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri - Penguasa bandar dan kota Melaka

Page 13 of 57

- Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul - Hakim di darat
27 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA 28 Zahrul Akmal Damin, etc. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Edisi 1. Johor. Penerbit Uthm. Hlm 13

c) Laksamana - Ketua angkatan laut - Menjaga ketenteraman laut - Mengawal keselamatan sultan atau pengawal peribadi sultan - Mengetuai utusan diraja ke seberang laut - Ketua duta d) Penghulu Bendahari - Pemungut hasil atau ufti - Menjadi ketua urusetia istana - Menjadi ketua segala bendahari 29

Pada zaman pemerintahannya, Parameswara telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri itu. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Pada tahun 1403, Maharaja China itu mengutuskan Laksamana Yin Ching ke Melaka. Hubungan erat antara Melaka dan China menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam Kerajaan Melaka. Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cap mohor, satu persalinan pakaian daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa Kerajaan China bersedia melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh.30 Pada tahun 1409, Maharaja China telah mengutuskan laksamana Cheng Ho ke Melaka bagi mengeratkan lagi perhubungan Melaka-China dan juga bagi memperluaskan kawasan perdagangan China di Asia Tenggara. Parameswara juga turut menghantar rombongan persahabatan ke Negara China. Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan pemerintahan Melaka diambil-alih oleh putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah. Selepas kemangkatan Parameswara, hubungan Melaka-China terus dijalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan Melaka. Hubungan antara Melaka-China bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po,

Page 14 of 57

anak Maharaja China. Di sinilah bermulanya kehadiran masyarakat imigrans di Semenanjung Tanah Melayu.30
29 Zahari Rusdi. (2009). Sejarah Tingkatan Satu Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dipetik daripada http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/pengasasan-kerajaan-kesultanan-melayu.html 30 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Melaka berkembang dengan pesat daripada sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah utama dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi pedagang Portugal bernama Duarte Barbosa yang berkata: Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia.31 Empayar Kesultanan Malayu Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat iaitu Selat Melaka yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab, dan Kepulauan Melayu sendiri. Iklim tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut turut membantu pedagang-pedagang China dan India untuk berlabuh di Melaka dan menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan mereka. Kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli seperti rempah ratus, kayu gaharu, kapur barus, rotan dan lain-lain.31 Selain daripada faktor geografi, kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil. Empayar Kesultanan Malayu Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dengan wujudnya Sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Sistem-sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan. Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang Portugis bernama Tom Pires yang mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kirakira 30 hungga 40 buah kapal kecil tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menmpung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa. Malahan lebih daripada 84 jenis bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka, menunjukkan betapa sibuk dan pesatnya pelabuhan tersebut. 31
Page 15 of 57

31 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka, orang laut telah dijadikan sebahagian besar daripada angkatan laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting dalam bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan. Sultan juga menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbanga yang selaras, kemudahan membaiki kapal dan lainlain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka.32 Selain itu, terdapat jawatan-jawatan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi yang menghantar dan menyebarkan barangan dagagan, dan menguruskan hal-hal perdagangan pada masa yang sama. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga dan ini memudahahkan lagi setiap pembelian atau urusniaga di pelabuhan Melaka. Pada masa yang sama juga, Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar, salah satunya adalah China (1403-1433). Hubungan Diplomatik tersebut dapat menjamin keselamatan Melaka supaya tidak menjadi sasaran dan diserang oleh negara-negara yang berdekatan. Malah, Melaka yang merupakan empayar Islam secara tidak langsung telah menarik ramai pedagang Islam dan golongan Islam pada masa tersebut merupakan satu masyarakat yang amat besar. Langkah-langkah tersebut telah menjadikan pelabuhan Melaka semakin berkembang pesat.33 Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Fungsi Melaka sebagai pelabuhan enterpot menjadikan Melaka sangat terkenal. Kepesatan perdagangannya telah menarik minat Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluk Melaka pada tahun 1511. Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis dan digantikan oleh Acheh sebagai pusat perdagangan di Nusantara.33

Page 16 of 57

32 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html 33 Gender and Society. (2009). Dipetik daripada http://atie-diaryseorangguru.blogspot.com/2009/04/perkembangan-melaka-sebagai-pusat.html

Melaka Sebagai Pusat Kemasyarakatan Rentetan daripada Melaka sebagai pusat perdagangan, empayar ini juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan (sosial). Penduduk Melaka yang bersifat majmuk ini telah menjadi asset utama di dalam pengembangan dan pertukaran kebudayaan. Istana Melaka telah dijadikan sebagai pusat pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan (rujuk Gambar 2). Di antara contoh penulisan yang terkenal ialah Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Seribu Satu Malam iaitu karya sastera dan sejarah yang diterjemah daripada bahasa Arab menggunakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi. Selain itu aktiviti penulisan asal juga turut berkembang dengan penghasilan Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang. Bagi tujuan berkomunikasi sama ada untuk bersosial dan urusan berjual beli, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa lingua franca walaupun terdapat bahasa-bahasa lain. Hal ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama pertuturan dan bahasa perdagangan rakyat Melaka. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Al-Quran juga telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Islam mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti kesenian iaitu corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan dengan terdapatnya dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat serta amalan-amalan iaitu khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah yang masih dikekalkan sehingga kini dalam kehidupan masyarakat Melayu negara.34

Page 17 of 57

Gambar 2
34 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Kedatangan agama Islam ke Melaka, antara cara agama Islam mula disebarkan ke Empayar Kesultanan Melayu Melaka ialah melalui perkhawinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dengan Bustanus Salatin, Islam turut disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. Selain daripada pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Terdapat antara mereka yang berkhawin dengan masyarakat Melaka dan secara tidak langsung menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah manarik golongan istana dan rakyat untuk menganuti agama Islam. Pada abad ke-15, kedudukan Islam di Melaka semakin kukuh apabila ia diisytiharkan sebagai agama rasmi semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Hal ini telah menyebabkan Melaka menjadi pusat pengajian, pendakwahan, dan penyebaran Islam di Gugusan Kepulauan Melayu. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Sultan Melaka amat menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Islam telah memberi impak yang besar dan berjaya memperkukuhkan kedudukan Melaka bukan sahaja di dalam aspek kehidupan individu (spiritual) malahan ia telah mempengaruhi aspek kelangsungan Melaka dari aspek undang-undang. Peraturan-peraturan Islam telah diterjemah
Page 18 of 57

berdasarkan al-Quran dan diaplikasikan di dalam Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka. Sultan Melaka juga menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran. Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka. Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk menjadi tempat mempelajari agama dan membaca al-Quran. Selain itu, Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. Kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Melaka juga merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan salah satu ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil.35
35 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Cara-cara Melaka menyebarkan agama Islam (i) Perkahwinan Diraja - Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam. Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan Diraja menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu dalam menyebarkan agama Islam (ii) Penaklukan (Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak) Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contohnya di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri. (iii) Peranan pendakwah, ulama, dan ahli agama (Sufi) - Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantar oleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke Kalimantan, Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Dakwah tersebut disampaikan dengan cara berhemah dan bukan paksaan. (iv) Pedagang - Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dalam perdagangan. Kemudian, mereka menyebarkannya apabila balik ke tempat asal mereka.

Page 19 of 57

(v) Usaha Pemerintah - Contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam.36 Walaubagaimanapun, Kerajaan Melaka yang kelihatan kuat dan teguh itu turut menemui saatsaat kejatuhannya. Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah terpaksa berundur ke Muar dan akhirnya ke Johor kerana telah diserang oleh kuasa luar iaitu Portugis. Di situ, Sultan Mahmud Syah enggan menyerah kalah dan baginda telah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Usaha baginda tersebut akhirnya membuahkan hasil dan membawa kepada tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu yang baru di Johor.

36 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Topik 3.4: Penerusan Legitimasi Kesultanan Melayu di Johor Riau Pengasasan Kerajaan Johor dan Penerusan Warisan Melaka Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511-Masihi, Sultan Mahmud Syah telah berundur ke Hulu Muar, kemudian ke Pahang, Johor dan akhirnya ke Bentan. Pengunduran Sultan Mahmud Syah dan pengikutnya bukan bererti baginda mengaku kalah. Baginda masih berusaha untuk menawan kembali Melaka dengan melancarkan beberapa serangan tetapi semuanya gagal. Apabila orang Portugis menyerang Bentan, Sultan Mahmud Syah berundur ke Kampar di Sumatera. Pada tahun 1528, Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar dan meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja Alauddin. Raja Muzaffar telah mendirikan ibu kotanya di tebing Sungai Perak dan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah. Raja Alauddin berkahwin dengan puteri Sultan Pahang dan mendirikan ibu kotanya di tebing Sungai Johor Lama dan memajukan kawasan itu. Sultan Alauddin merupakan pengasas kerajaan Johor yang merupakan warisan Kerajaan Melayu Melaka. Baginda digelar sebagai Sultan Alauddin Riayat Syah II dan turut dikenali sebagai Raja Ujong Tanah. Baginda menubuhkan kerajaannya di Johor kerana Johor ialah negeri taklukan Melaka. Walaupun baginda telah bertapak di Johor, baginda ingin dan berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis. Pada awal pengasasannya, kedudukan kerajaan Johor masih belum kukuh. Pada ketika itu, Acheh telah muncul sebagai kerajaan Islam yang baru di Selat Melaka. Acheh menjadi sebuah kerajaan yang kuat selepas kejatuhan Melaka. Sultan Ali Mughayat Syah telah mengasaskan kerajaan di Acheh. Pedagang Islam dari India dan Asia Barat lebih gemar singgah di Acheh kerana
Page 20 of 57

Acheh bebas daripada ancaman Portugis. Acheh berminat untuk mendapatkan Melaka kerana mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka. Pada masa yang sama, Johor juga berminat dan berusaha untuk mendapatkan Melaka semula. Portugis mahu mempertahankan kedudukannya di Melaka serta memusuhi Acheh dan Johor yang menjadi pesaingnya dari segi ekonomi. Suasana yang tegang ini mencetuskan peperangan yang dikenal sebagai Perang Tiga Segi. Perang ini melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Acheh dan Melaka yang diwakili pihak Portugis. Peperangan Tiga Segi berlaku selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak secara berterusan. Dalam peperangan ini, Johor yang paling teruk menerima kesannya, manakala Acheh sentiasa menjadi pencabar utama kepada Johor dan Melaka. Peperangan ini berlarutan sehinggalah Johor dan Belanda bergabung buat kali ketiga untuk menyerang Portugis. Pada tahun 1641, Belanda dengan bantuan Johor berjaya menewaskan orang Portugis di Melaka.37
37 Yew Chee Wai (2000), Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari PMR Sejarah, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya, hlm. 63-64.

Sejarah Kerajaan Johor-Riau Pada tahun 1718, Raja Kecil daripada kerajaan Siak, yang mendakwa dirinya sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah yang mangkat pada tahun 1699, telah menyerang dan menguasai kerajaan Johor dan baginda kemudiannya berpindah ke Riau setahun kemudian. Setelah tiga tahun kemudian, Raja Sulaiman iaitu putera Sultan Abdul Jalil yang telah mangkat di Pahang, telah berjaya mengalahkan dan menurunkan Raja Kecil daripada takhta kerajaan Johor dengan bantuan putera Raja Bugis lima bersaudara. Raja Sulaiman kemudiannya telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar, dan kerajaan Johor kini dikenali sebagai Kerajaan Johor - Riau. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menabalkan seorang daripada putera Raja Bugis lima bersaudara iaitu Opu Daeng Merewah yang juga dikenali sebagai Kelana Jaya Putera untuk menjadi Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Shah, sebagai wakil baginda memerintah kerajaan Johor Riau. Kisah mengenai kejayaan putera Raja Bugis lima bersaudara yang telah membantu Sultan Sulaiman mendapatkan kembali takhta kerajaan Johor telah tersebar luas dirantau ini. Pada masa itu, dua daripada putera Bugis yang bernama Opu Daing Menambon dan Opu Daeng Kemasi telah pun meninggalkan Riau pergi ke Mempawah dan Sambas di Kalimantan dan masing masing menjadi raja disana. Pada 1723, Sultan Kedah telah menulis surat meminta bantuan daripada Opu Daeng Parani, saudara yang tua daripada putera Raja Bugis untuk mendapatkan kembali takhta kerajaan Kedah yang telah dirampas oleh adinda baginda Sultan Kedah. Tidak lama kemudian, dengan bantuan Opu Daeng Parani berserta adindanya, Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah and Opu Daeng Celak, Sultan Kedah dapat semula menaiki takhta baginda.
Page 21 of 57

Kekuatan kerajaan Johor Riau dari segi ketenteraan telah berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya. Setelah beberapa tahun, kerajaan Johor Riau yang berpusat di Riau telah bertambah makmur dan terkenal sebagai pelabuhan dagangan yang masyhur dirantau ini. Setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah, Sultan Sulaiman telah menabalkan adinda almarhum iaitu, Opu Daeng Celak untuk menjadi Yang Dipertuan Muda berikutnya dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Alauddin Shah. Yang Dipertuan Muda Daeng Celak memerintah kerajaan Johor Riau selama tujuh belas tahun, putera baginda yang sulong, Raja Lumu telah menjadi Sultan Selangor yang pertama pada 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Manakala putera kedua baginda iaitu Raja Haji, kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Muda didalam kerajaan Johor Riau pada tahun 1777.38
38 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam 1991, Ali al-Haji Riau (Raja),Virginia Matheson Hooker, M. A. Fawzi Mohd. Basri, Dewan Bahasa dan Pustaka

Johor Sebagai Pusat Perdagangan Jajahan takluk yang luas meliputi Klang, Batu Pahat, Muar, Pahang, Bentan, Lingga, Bengkalis, Kampar dan Siak menyebabkan Johor dapat mengumpulkan hasil dagangannya. Tambahan pula, Johor juga dikenali sebagai pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu dengan adanya kapal dagang Johor yang berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Selain itu, ramai pedagang asing datang ke Johor seperti pedagang China dari Canton dan Amoy serta pedagang Eropah seperti Belanda dan Inggeris. Pelabuhan Batu Sawar menjadi terkenal disebabkan oleh tampok pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah II yang cekap. Baginda telah belayar ke pantai Koromandel dan Teluk Benggala India untuk membeli pakaian dan menjualnya di Pelabuhan Batu Sawar. Aktiviti perdagangan ini telah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum kejatuhannya lagi. Di Pelabuhan Batu Sawar ini terdapat pelbagai hasil perdagangan dan kemudahan seperti gudang dan peralatan untuk membaiki kapal para pedagang. Malahan, baginda telah menentukan sistem ukuran dan timbangan yang tetap serta mengenakan cukai kastam yang berpatutan. Ketika itu, Syahbandar Johor diberikan tugas mengawasi perniagaan lada hitam di jajahan takluk seperti Bengkalis, Kampar, Siak, Rokan, dan Inderagiri. Kepesatan perdagangan Johor berterusan sehingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 1699). Pada masa itu, pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau. Pelabuhan Riau adalah pelabuhan yang sangat sibuk.39 Hal demikian adalah kerana pelabuhan ini telah mempertingkatkan kemudahan seperti menjamin keselamatan pedagang daripada ancaman
Page 22 of 57

penjenayah. Setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung, dan Laksamana. Manakala keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut yang bertugas sebagai pembantu pelabuhan, pengawal perairan Johor, penunda, dan penunjuk arah kepada pedagang. Johor juga merupakan pembekal barangan tempatan dan luar negeri. Antara barang tempatan yang diperdagangkan ialah damar, tikar, bijih timah, sagu, munyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gaharu, dan beras. Manakala, barangan dari luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.

39 Gambaran kesibukan pelabuhan riau digambarkan melalui kata-kata seorang Gabenor Melaka; Bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga sungai itu sukar untuk dilalui kerana terlalu banyak kapal dagang(Gabenor Thomas Slicher, Gabenor Melaka)

Perdagangan di Johor dijalankan melalui sistem barter iaitu pertukaran barang dan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah II yang memperkenalkan sistem mata wang. Terdapat tiga jenis mata wang iaitu emas dikenali sebagai mas, perak dikenali sebagai kupang, dan timah dikenali sebagai katun. Selain itu, mata wang asing juga digunakan seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan mata wang Belanda. Disamping itu, kedudukan yang strategik menjadi faktor pelabuhan Riau menjadi tempat tumpuan para pedagang. Sebagai contoh, pelabuhan ini terlindung daripada tiupan angin monsun. Jesteru itu, pelabuhan ini menjadi pintu masuk di selatan Selat Melaka dan sekaligus dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.40

Page 23 of 57

40 Yew Chee Wai (2000), Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari PMR Sejarah, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya, hlm. 65-68

Kejatuhan Empayar Johor Secara kasarnya, abad ke-18 merupakan abad keruntuhan empayar Johor-Riau yang kehilangan peranannya samada sebagai pelabuhan utama di perairan Selat Melaka mahupun sebagai pusat kuasa politik di Tanah Melayu. Pelabuhan Riau yang merupakan pusat pelabuhan empayar Johor-Riau kehilangan fungsi penyumbang aktiviti ekonomi dan perdagangan rantau Asia apabila masyarakat melayu dan Bugis di bawah Sultan Mahmud keluar dari Riau. Fenomena ini berlaku sejak tahun 1787 apabila dunia Melayu yang diterajui oleh golongan Bendahara dan pentadbiran Yamtuan Muda Bugis mula kehilangan kuasa dan pengaruh disebabkan oleh persaingan kuasa dan keadaan politik yang tidak stabil. Antara sebab utama kemunduran Johor itu ialah tiadanya pegawai yang cekap yang dapat mentadbir negeri dengan baik seperti yang pernah yang dilakukan oleh Laksamana Paduka Raja Tun
Page 24 of 57

Abdul Jamil dan Bendahara Sri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Disamping itu, sikap ganas dan zalim Sultan Mahmud telah menyebabkan negeri itu diabaikan oleh pedagang sehingga menyebabkan baginda dibunuh oleh seorang pembesar ketika baginda sedang dijulang dipasar.41 Kemangkatan Sultan Mahmud menyebabkan berakhirnya zuriat Kesultanan Melaka di Johor apabila Bendahara Abdul Jalil telah diangkat menjadi Sultan Johor pada 3 September 1699 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Perlantikan seorang yang bukan daripada keturunan Bukit Seguntang Mahameru (Palembang) sebagai sultan telah menimbulkan pelbagai tentangan. Penentangan pertama yang dihadapi oleh Sultan Abdul Jalil Riayat Syah adalah daripada Orang Laut yang menganggap perlantikan itu tidak sah. Bukan setakat itu sahaja, Orang Laut turut mengancam akan mengambil tindakan balas keatas orang Johor kerana pembunuhan Sultan Mahmud.42 Namun begitu, akhirnya mereka pasrah menyokong pemerintah Johor yang baru apabila diberi pilihan samada menolak daripada memainkan peranan mereka dalam sebuah kerajaan Melayu dan mengikut cara mereka sendiri, atau mengambil sikap bertolak ansur dengan suatu keluarga baharu sebagai suatu cara mengekalkan kedudukan mereka dalam masyarakat Melayu.

41 Leonard Y. Andaya .Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 249- 252. 42 O.W. Walters ,The Falls of Srivijaya in Malay History. Ithaca,1970. fol. 12

Dalam masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah,orang bugis mula bertumpu ke semenanjung Tanah Melayu.43 Orang Bugis yang semakin ramai di wilayah-wilayah takluk Johor ini kemudian menjadi masalah besar kepada kerajaan Johor. Berikutan dengan Perang saudara Kedah pada tahun 1715 Masihi, berlaku perselisihan faham antara pemimpin-pemimpin Bugis iaitu Daeng Merewah dan Daeng Manompok dengan Sultan Johor. Pertelagahan ini kemudian telah membawa kepada kehancuran Kesultanan Johor. Pertelagahan ini disebabkan oleh permintaan Raja Muda Tun Mahmud menghantar utusan menuntut setengah daripada harta rampasan negeri Kedah44 untuk Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Namum begitu, orang bugis enggan menurut perintah tersebut menyebabkan berlakunya peperangan antara Raja Muda Johor dengan orang Bugis di Selangor.45 Kekuatan angkatan tentera Johor yang mendapat bantuan daripada tentera Minangkabau tidak dapat menewaskan angkatan perang Bugis. Oleh kerana kekalahan-kekalahan yang dialami oleh tentera Johor, Raja Muda telah kehilangan pengaruh menyebabkan pembesar-pembesar Johor mendesak
Page 25 of 57

Sultan supaya berpindah semula ke tanah besar Johor. Pada bulan Ogos 1717, tamatlah perang JohorBugis dengan terpisahnya Selangor daripada wilayah takluk Johor. Tamatnya perang Johor-Bugis bukanlah penamat kepada permasalahan kerajaan Johor. Timbulnya masalah yang lebih besar menggolakkan kerajaan Johor apabila munculnya seorang ketua orang Minangkabau di Siak iaitu Raja Kecil. Beliau telah mendakwa bahawa dirinya adalah putera kepada Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang) dan mengisytiharkan beliau sebagai pewaris takhta Johor.46 Kekacauan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Raja Kecil ini telah menimbulkan keadaan huru-hara dalam kerajaan Johor dan bertambah buruk dengan pertelegahan yang berlaku antara pembesar-pembesar Johor. Raja Kecil telah memanfaatkan situasi tersebut dengan mempengaruhi ramai pembesar Johor termasuk Bendahara Tun Abdullah dan panglima tentera Johor,Seri Bija Wangsa supaya berpihak kepadanya.47

43 Orang bugis ini telah keluar dari tanah air mereka kerana keadaan huru-hara yang timbul akibat daripada kekalahan kerajaan Gowa di tangan Belanda (1667- 1669 Masihi). Di samping itu mereka juga telah meninggalkan tanah air mereka untuk mengelakkan penindasan daripada pemerintah kerajaan Bone,Arung Palakka yang dibantu oleh Belanda (L.Y. Andaya; 1987:156-157). 44 KA 1760,AB 1716,Laporan oleh Syah Bandar Cornelis Hasselaer Melaka tentang temuramahnya dengan seorang peniaga bebas Belanda bernama Frans Harbier mengenai peristiwa-peristiwa di Kedah, April 1715, fol.117-18. 45 Leonard Y. Andaya .Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 308-314. 46 Tuhfat al-Nafis ada mencatatkan beberapa cerita tentang asal keturunan Raja Kecil. Lihat Virginia Matheson; 1982:16-17. 47 Laporan daripada seorang kapten kapal bangsa Portugis,Tavares yang telah melihat sendiri kejadian itu menunjukkan bahawa Bendahara telah belot semasa pasukan Raja Kecil menyerang Pancor (L.Y. Andaya; 1987:341). Akan tetapi mengikut Tuhfat al-Nafis,yang belot itu bukannya Bendahara tetapi Laksamana (V.Matheson (ed); 1982:57). Kisah Bendahara belot itu mengikut Salasilah Melayu dan Bugis merupakan satu fitnah sahaja (Mohd Yusof Md. Nor(ed); 1984:32).

Justeru itu, Raja Kecil berjaya menguasai dan menaiki takhta Johor. Namun begitu, terdapat pelbagai dakwaan akan kejayaan Raja Kecil menaiki takhta Johor disebabkan oleh perasaan tidak puas hati Orang Laut dan Melayu terhadap perampasan takhta golongan Bendahara dan menyebabkan mereka menyokong Raja Kecil yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Mahmud Syah. Sultan Abdul Jalil telah melarikan diri ke Pahang apabila berlaku pertelagahan antara dirinya dengan Raja Kecil setelah dilantik sebagai Bendahara. Sementara Bendahara Tun Abdullah yang dapat melarikan diri ke Melaka telah meminta bantuan daripada orang Bugis untuk menyerang Raja Kecil yang telah kembali ke Siak pada waktu itu. Perjanjian damai antara Raja Kecil dengan Daeng Merewah dilaksanakan apabila tentera Minangkabau yang dipimpin oleh Raja Kecil telah dikalahkan. Pada 1721 Masihi berlaku semula perang antara orang Bugis dengan orang Minangkabau di Linggi untuk merebut kawasan perlombongan timah disitu. Walaupun serangan Raja Kecil itu hebat,
Page 26 of 57

namun dapat dipatahkan oleh tentera Bugis. Tentera Raja Kecil berjaya membunuh Sultan Abdul Jalil pada November 1721 dan menyerang kembali Linggi namun beliau tetap kalah dan terpaksa melarikan diri ke Lingga. Riau telah berjaya ditakluk oleh tentera Bugis yang dipimpin oleh putera Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Celak dan Daeng Kumasi. Setelah keadaan reda, orang Bugis telah menabalkan putera Sultan Abdul Jalil, Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah namun tidak mendapat sokongan daripada Orang Laut yang masih menganggap Raja Kecil sebagai pewaris yang sah. Justeru itu, Sultan Sulaiman terpaksa bergantung kepada kekuatan orang Bugis dan bermulalah pengaruh Bugis di Johor-Riau. Peperangan antara orang Bugis dan Minangkabau masih terus berlaku sehinggalah mangkatnya Raja Kecil pada 1745.48 Dalam masa kekuasaan Bugis ini, Johor-Riau terbiar langsung. Tidak ada usaha dijalankan untuk mengembalikan keagungan kerajaan Melayu itu. Justeru itu, Sultan Sulaiman telah membuat perhubungan terus dengan pihak Belanda di Melaka. Matlamat utama Baginda adalah untuk meminta bantuan Belanda menghapuskan kekuasaan Yam Tuan Muda Bugis di Johor dan sebagai balasan Siak diserahkan kepada Belanda. Namun begitu, Belanda gagal mengalahkan tentera Bugis dan menyebabkan orang Bugis kembali menduduki Johor dan akhirnya pada 1759 Masihi Sultan Sulaiman mangkat dengan perasaan kecewa.

48 Raja Kecil telah dapat menyerang dan mengalahkan orang Bugis dalam dua pertempuran iaitu pada tahun 1725 dan 1727 Masihi. Pada tahun 1728 Masihi, orang Bugis pula telah mengalahkan orang Minangkabau.

Belanda telah mencuba untuk menawan Riau pada tahun 1783 Masihi tetapi gagal. Orang Bugis kemudiannya telah menyerang Melaka dan mengepungnya dari 7 Januari hingga 24 Julai 1784 Masihi. Namun begitu,bantuan yang tiba dari Betawi telah menyelamatkan tentera Belanda yang terkepung di dalam A Famosa. Orang belanda kemudian mengikut mereka sampai ke Riau dan menghalau orang Bugis keluar dari wilayah Johor - Riau. Keluarnya Bugis dari Johor- Riau tidak membawa makna kepada kerajaan Johor kerana Sultan Johor tetap menjadi boneka kepada Belanda. Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor ketika itu ingin mengembalikan kuasa rajanya dan telah meminta bantuan daripada pihak Illanum (Iranum) dari Kepulauan Sulu menyerang Belanda. Namun begitu, pihak Belanda telah bertindak balas menyerang Riau dan menyebabkan Sultan Mahmud melarikan diri. Baginda hanya dapat kembali setelah pihak Inggeris mengambil alih tempat Belanda di Melaka pada tahun 1795 Masihi.49
Page 27 of 57

Semenjak kewujudannya, kerajaan Johor-Riau jarang sekali dapat melepaskan dirinya daripada pertelagahan dan peperangan. Serangan-serangan keatas ibu kotanya sejak dari zaman Sultan Mahmud Syah telah mengakibatkan tidak adanya monumen besar yang tinggal bagi menunjukkan keagungan malah kewujudan kerajaan itu. Selain itu, peperangan yang dihadapi oleh kerajaan Johor-Riau juga menyebabkan tiada tinggalan warisan sejarah yang dibawa dari Melaka. Perpindahan ibu kotanya berulang kali juga telah menyebabkan tumpuan terhadap perkembangan ilmu diabaikan. Sikap pemerintah-pemerintah dan pembesar-pembesar Johor-Riau yang tidak bermoral yang telah menyebabkan jatuhnya empayar Johor-Riau.

49 Melalui Surat-surat Kew, Prince of Orange, pemerintah Belanda yang lari ke England telah memberi kuasa kepada pihak Inggeris mentadbir wilayah takluknya di timur kerana ketika itu Belanda telah ditakluki oleh tentera Napoleon dari Perancis.

Topik 3.5: Pengaruh Warisan Kerajaan Tradisional ke Atas Pembentukan Negara Kini

Page 28 of 57

Pentadbiran Konsep kerajaan telah diwujudkan semasa Alam Melayu. Alam Melayu telah melalui pelbagai corak kehidupan sosiopolitik, disebabkan oleh Alam Melayu melalui tiga zaman yang penting iaitu zaman prakolonial, kolonial dan pascakolonial.50 Persamaan yang terdapat dalam ketigatiga zaman ialah kewujudan sistem berkerajaan, hanya konsep yang digunakan seperti ilmu dan asas sebagai latar belakang sistem pemerintahan dan pentadbiran terdapat perbezaan. Sistem berkerajaan yang wujud pada zaman Alam Melayu telah menjadi satu praktik untuk membentukan sebuah negara. Kerajaan awal di Alam Melayu iaitu seperti kerajaan Melaka telah mewujud sistem pemerintah beraja yang cekap dan teratur seperti wujudnya sistem Pembesar Empat Lipatan. Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya. Pada zaman Alam Melayu, Raja mempunyai autoriti yang tertinggi iaitu berbentuk sistem raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga mempunyai kuasa yang melebihi undang-undang iaitu boleh diampunkan daripada segala hukuman dan kesalahan dirinya sendiri. Pada masa itu, Raja dikenali sebagai ketua dalam semua bidang, seperti dalam bidang ketenteraan, Raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Manakala dalam hal-hal keagamaan, Raja juga dikenali sebagai ketua agama dan bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja juga dikenali sebagai ketua eksekutif, dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu, Raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Sebagai contoh, dalam kerajaan Melaka, Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain. Namun begitu, kini, negara kita Malaysia telah memansuh bentuk pentadbiran yang dipamerkan oleh kerajaan tradisional dan menggantikannya dengan sistem Raja Berperlembagaan. Sistem Raja Berperlembagaan telah dimaktubkan di dalam Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui peruntukan ini, Yang Di-Pertuan Agong akan dilantik sebagai ketua negara dalam kalangan sembilan orang Raja atau Sultan.50 Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketuaketua
50 MuBaroque (2009) Tamadun Dunia STPM. Dipetik daripada http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-danpertahanan.html

Page 29 of 57

Menteri. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat.51 Malaysia juga mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif. Selain daripada itu, rakyat telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara iaitu melalui pilihan raya umum. Rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil-wakil mereka melalui undian supaya memilih kerajaan yang akan memerintah negara kita. Sistem Demokrasi Berparlimen dan sistem pemerintahan raja merupakan lambang struktur demokrasi kepada negara kita dan mestilah dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia supaya ia akan berterusan melambang sistem pendemokrasian untuk selama-lamanya.

Pertahanan dan Ketenteraan Pada zaman Alam Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu telah mempunyai kesedaran tentang mempertahankan kerajaan sendiri serta pengetahuan untuk membuat peralatan senjata tentera. Tujuan terutamanya mempunyai pertahanan dan ketenteraan yang kuat dalam sesebuah kerajaan adalah untuk mempertahankan dan memelihara kerajaan sendiri daripada sebarang serangan dan ancaman musuh supaya tidak mudah dilunturkan dalam perjuangan serta memperluaskan wilayah dan empayarnya. Untuk mempertahankan kerajaan sendiri, mereka juga akan melalui hubungan luar seperti negara lain untuk mendapatkan perlindungan. Sebagai contoh, Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Melaka pernah diancam oleh Siam dan Majapahit pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China untuk mempertahankan Melaka dari ancaman-ancaman luar. Sehubungan dengan itu, beberapa jawatan telah diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri Melaka iaitu seperti jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka adalah berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka telah membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera.51 Selain daripada itu, Alam Melayu telah
51 MuBaroque (2009) Tamadun Dunia STPM. Dipetik daripada http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-danpertahanan.html

Page 30 of 57

mempunyai teknologi untuk membuat peralatan senjata sebagai pertahanan. Peralatan senjata tradisional digunakan dalam peperangan adalaah seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya. Mereka juga mahir dalam menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang. Dalam kes contoh yang atas telah mempamerkan kerajaan Melayu awal berjaya membina empayar kerana memiliki organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik untuk mengukuhkan keselamatan negeri sendiri. Hal ini telah menjadi satu iktibar yang sangat penting untuk menubuh sebuah negara yang aman dan stabil. Pada hari ini, negara kita masih terdapat organisasi kententeraan yang kuat dan mempunyai peralatan perjuangan yang lebih moden. Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan dan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manaka Angkatan Tentera Malaysia(ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.52 Terdapat juga beberapa jabatan ataupun agensi tentang pertahanan negara seperti Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE). Ia merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang melaksanakan penyelidikan dan pembangunan teknologi pertahanan, memberi bantuan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Tidak boleh dinafikan dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi perlu diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang. Manakala Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) adalah untuk mengurus dan membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan pesara ATM. Ia juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi tambah nilai kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan pasaran guna tenaga negara. Jabatan lain yang terbabit dalan pertahanan negara adalah seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN), Jabatan Ketua Hakim Peguam dan lain-lain.53

52 Wikepedia (2011). http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pertahanan_Malaysia

Page 31 of 57

53 Norlida (2010) Kementerian Pertahanan. http://kakba.blogspot.com/2010/10/kementerian-pertahanan.html

Sains dan Teknologi Penerokaan sains dan teknologi pada zaman Alam Melayu telah membawa kebanyakan sumbangan terhadap nagara masa kini. Pemikiran saintifik telah bermula di Alam Melayu sejak timbulnya produk-produk yang dihasilkan di Alam Melayu ini.54 Pembuatan produk-produk yang menggunakan prinsip sains adalah seperti tanggam, peranti pengubatan, bilah keris, kincir air Melayu, dan sebagainya. I Tanggam Penciptaan kaedah tanggam telah memberi kesan yang banyak kepada negara kita iaitu merupakan satu teknologi untuk pembinaan rumah dan juga kewujudan kebudayaan dan melambangkan suatu identiti seni bina warisan Melayu yang kita kenali masa kini. Kaedah tanggam telah diamalkan oleh orang Melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Ia merupakan sesuatu teknik penyambungan kayu iaitu menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu ikatan kerangka yang kukuh. Sambungan tanggam boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan iaitu dengan meleraikannya mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu. Ini telah membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan juga tidak akan merosakkan bahagian kayu yang terbabit.55 Kaedah tanggam boleh didapati pada bahagian lantai, bumbung, tiang, dan juga dinding. Kepakaran seseorang tukang pada zaman dahulu untuk menghasilkan ketepatan dan kekuatan kaedah tanggam adalah berkait rapat dengan empat faktor penting, iaitu tukang, peralatan, mutu kayu serta reka bentuk tanggam. Teknologi yang seperti kaedah tanggam yang wujud pada Alam Melayu telah mengagumkan kami tentang pengetahuan masyarakat orang Melayu. Walaupun kaedah tanggam merupakan kaedah yang tradisional tetapi tanpa kewujudanya, pembinaan rumah akan mennghadapi kesukaran. Pada masa kini, dengan perkembangan teknologi yang seterusnya, kaedah tanggam telah dikembang dengan kemunculan paku dan skru daripada logam sebagai pilihan penyambungan moden.

Page 32 of 57

54 Prof. Dr. Abdul Latif Samian(2010) Pemikiran Saintifik http://peradabanmelayu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=108%3Apemikiran-saintifik&catid=27%3Aprof-dr-abdul-latif-samian&Itemid=41&showall=1 55 Ar. Mastor Surat dan En. Rosdan Abdul Manan (2010) Tanggam. http://peradabanmelayu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=173%3Atanggam&catid=36%3Aar-mastor-surat&Itemid=41

II Peranti Pengubatan Konsep sakit dan segar telah diberi perhatian semasa Alam Melayu, terdapat beberapa biobahan Alam Melayu masih digunakan sehingga hari ini. Tarifan biobahan ialah bahan yang di gunakan sebagai peranti perubatan dan diandaikan berinteraksi dengan sistem biologi dikaji.56 Peranti ortopedik telah dikenalkan pada Alam Melayu. Ia ialah suatu ikatan untuk membalut patah tulang. Seorang bomoh bertindak untuk membalutkan bahagian patah sebagai rawatan penyembuhan. Rawatan penyembuhan termasuk pantang larangan pemakanan dan penggunaan farmakopia alamiah ke atas tulang patah. Masyarakat Melayu tradisional juga mempunyai peranti luar dan dalam jasad sebagai pelidungan. Biobahan seperti tangkal, azimat, dan susuk merupakan pelidung dalam jasad yang disebut susuk. Mengikut kajian Windstedt (1925) tangkal dan azimat adalah peranti yang digunakan oleh masyarakat untuk kegunaan seperti

Mengaruh cinta, mencantikkan atau memberi kekuatan jasmani, ketahanan atau keberanian. Mendapat perlindungan daripada sebab tampak dan ghaib penyakit. Melidung harta daripada dicuri serta menundukkan musuh Menurut buku Sains dan Teknologi Alam Melayu, tangkal-tangkal yang terdapat pada Alam

Melayu tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tangkal moden sekarang. Jadi, dapat diperhatikan warisan peranti pengubatan tradisional adalah sangat penting dan berpengaruh dalam kaedah pengubatan moden kini. Manakala susuk adalah sejenis prostetik yang digunakan untuk memberi kesan kekuatan fizikal, kecantikan, dan ketahanan kepada penyakit. Lazimnya, masyarakat melayu mengaitkan kegunaan susuk sebagai pengaruh kecantikan, namun kini, susuk seperti rawatan yang hampir serupa dengan akupuntur digunakan untuk menyembuh pelbagai penyakit. III Bilah Keris Pembuatan bilah keris telah diwujudkan sejak zaman Alam Melayu, ia melambangkan suatu warisan dan tradisi Melayu sehingga hari ini. Keris adalah sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai alat pertahanan diri pada zaman Alam Melayu. Fungsinya telah mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa iaitu dari senjata untuk menukam atau menusuk kepada melambangkan sistem sosial masyarakat. Dipercayai bentuk keris mempunyai hubungan secara langsung dengan latar belakang bangsa yang membuat dan menciptanya. Zaman Alam Melayu telah
Page 33 of 57

menghasilkan teknik pembikinan keris yang sangat baik, kerana ia ialah suatu keluli yang terdiri daripada besi dengan sedikit tambahan karbon dan perlu mengalami proses pemanasan logam untuk
56 Che Husna Azhari (2009) Sains dan Teknologi Alam Melayu. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

mengakibatkan logam berada dalam keadaan separa-pepejal supaya campuran besi dan karbon tidak akan bercampur dengan seragam dan memberi kekuatan yang ketidaksamaan. Bahagian yang mempunyai kandungan karbon yang lebih akan memberikan kekuatan yang lebih dan sangat sesuai untuk mata keris yang tajam. Selain daripada itu, tukang-tukang keris juga perlu dapat menilai sesuatu besi yang sedang panas dan menentukan masa serta suhu yang paling sesuai untuk deketukan. Walaupun tukang-tukang besi pada zaman dahulu tidak mempunyai pengetahuan sains dengan kandungan serta fungsi karbon, tetapi pembuatan bilah keris yang mengalami proses yang kompleks tidak menyukarkan mereka. IV Kincir Air Kincir air telah lama digunakan di Alam Melayu untuk pelbagai kegunaan pertanian, khususnya perairan dan saliran serta pemprosesan bahan tani seperti menumbuk padi atau beras, megairi sawah, dan lain-lain. Kincir air boleh dikatakan sebagai suatu kebudayaan masyarakat Melayu yang mengrangkumi Semenanjung Tanah Malayu. Misalnya, negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita.57 Kincir air dibina dengan mengikut kaedah dan prinsip-prinsip kejuruteraan iaitu perlu mangambil kira arah dan laju aliran air, sudut bilah roda saiz, saiz komponen, kapasiti angkat, ketinggian daya angkat dan sebagainya. Kincir air ialah suatu alat yang berbentuk roda yang mempunyai pengaut dan dibangunkan di atas aliran air sungai. Alat ini sekaligus mengambil air dari sungai dan memindahkannya ke tempat penampungan air. Seterusnya air dari penampungan itu dialirkan secara semula jadi dengan menggunakan graviti ke tempat yang memerlukannya, misalnya sawah, ladang dan lain-lain.58 Sehingga kini, walaupun masyarakat berkurang minat untuk menggunakan kincir air sebagai pertanian, tetapi masih terdapat kincir air di Malaysia digunakan sebagai sektor pelancongan seperti kincir air yang terdapat di Melaka sejak zaman kesultanan Melaka merupakan kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia dengan diameter 13.2m.

Page 34 of 57

57 Ekonomi Malaysia (2011). http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia 58 Prof. Dr. Che Hassan Che Haron dan En. Gusri Akhyar Ibrahim(2010) Kincir Air Melayu (2010). http://www.peradabanmelayu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=170%3Akincir-air-melayu&catid=35%3Aprof-dr-che-hassan-che-harun&Itemid=41

Ekonomi (i) Perdagangan - Alam Melayu pernah menempa sejarah sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini terutamanya pelabuhan Kedah Lama (yang juga dikenali sebagai Kataha atau Kallah) pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Banyak pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu dan ianya berdasarkan bukti sumber-sumber berikut iaitu: i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan
ii. sumber Yunani (Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria

iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga


iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah 59

Pelabuhan Kedah Lama yang mula muncul dalam sejarah sekitar abad ke-2M telah memainkan peranan penting sebagai pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal yang berlayar ke China atau ke India, baik yang menggunakan Selat Melaka atau yang menggunakan jalan darat merentasi utara Semenanjung ke Langkasuka di pantai timur. Pada abad ke-11M, Kedah Lama merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang besar. Pengkalan Bujang dan Sungai Emas ketika itu menjadi pelabuhan entrepot yang penting bagi hasil-hasil dagangan Timur-Barat. Sebagai bukti wujudnya perdagangan ini, telah ditemui pelbagai peninggalan barang dagangan di kawasan ini seperti lampu kaca Arab, botol-botol Arab dan tembikar Parsi. Selain daripada itu, terdapat juga serpihan-serpihan tembikar China zaman Sung dan Yuan serta bahan-bahan tembikar yang dipercayai berasal dari India (H.G.Q.Wales; 1976:135) yang dapat membuktikan kewujudannya.59 Pada abad ke-15 M, kedudukan Melaka yang strategik telah menjadikannya sentiasa sibuk disinggahi oleh kapal-kapal perdagangan dari negeri-negeri Arab, India, Parsi, China, Sulawesi, Portugis dan Kepulauan Alam Melayu sendiri yang menjalankan urus niaga barang-barang perdagangan mereka. Masyarakat Melaka juga terkenal sebagai masyarakat maritim di mana perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama mereka. Sesungguhnya, kemahiran di bidang pelayaran dan perkapalan berkaitan rapat dengan kewujudan Orang Laut yang menghuni di sekitar Selat Melaka, pelabuhan Johor-Riau, Filipina dan Maluku. Selain daripada masyhur sebagai pakar pelayaran dan kehidupan di laut, Orang Laut juga terkenal sebagai pahlawan yang berani dan cekap
Page 35 of 57

dalam peperangan di laut atau pantai. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik, sistematik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera

59 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf

pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar juga merupakan salah satu jawatan terpenting yang berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dengan tugas-tugasnya termasuk: menguruskan gudang dan pasa; menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.60 Selain daripada pelabuhan Melaka dan pelabuhan Kedah Lama, Johor juga menjadi salah sebuah pusat perdagangan untuk mengeksport lada hitam dari negeri-negeri naungannya yakni Kampar dan Inderagiri dan bahan rempah lain dari Kepulauan Maluku. Peranan Johor dalam perdagangan di Alam Melayu juga bertambah teguh selepas ia dapat menjalin persahabatan dengan Belanda pada tahun 1602. Jalinan persahabatan ini membuka jalan ke arah peningkatan kuasa dan ekonomi Johor dalam persaingannya dengan Portugis dan Acheh untuk menguasai perairan Selat Melaka. Secara keseluruhannya, kerajaan tradisional yang kaya dengan tradisi perdagangan, pelayaran dan perkapalan telah memberikan saham peranannya yang amat penting dalam sejarah perdagangan dunia.60 (ii) Hubungan Diplomatik antara negara - Hubungan diplomatik antara pelabuhan Melaka dengan negara lain turut membawa impak yang besar dalam pembentukan sistem pencukaian, dasar perniagaan dan dasar luar negara Malaysia. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara. Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Kewujudan perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kedua-dua kerajaan ini dapat ditunjukkan dengan kerajaan Melaka membantu Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan bantuan ketenteraan dan kerajaan Pasai pula bertukar pendapat mengenai perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera negara ini kerana kegiatan perdagangan di mana Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras; Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah; dan Kampar serta Siak membekalkan emas. Hubungan diplomatik dengan negara China bermula apabila utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Ching tiba di Melaka sejak tahun 1404 dan kerajaan Ming bersetuju memberikan perlindungan dan mengiktiraf Parameswara
Page 36 of 57

sebagai raja Melaka dengan menghantar cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. Oleh itu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Melaka dengan China adalah merupakan asas perkembangan hubungan antarabangsa Melaka.60
60 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf

(iii) Penggunaan Sistem Mata Wang - Perubahan ketara kepada struktur sistem ekonomi zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan Malaysia pasca merdeka dapat dilihat dengan pertukaran sistem mata wang. Daripada perdagangan yang menggunakan sistem barter, Melaka telah berjaya memperkenalkan penggunaan syiling emas dan wang logam di era pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Nama sultan yang memerintah Melaka pada ketika itu terpahat pada permukaan wang timah. Di samping itu, mata wang emas, perak dan timah yang dibawa oleh Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat juga digunakan. Sistem mata wang turut diguna pakai seperti jongkong timah, manik, dan cangkerang cowrie di negeri-negeri Melayu lain serta kedatangan pedagang asing untuk melancarkan urusan perniagaan.61 (iv) Sistem Pencukaian - Kesultanan Melayu Melaka merupakan tunas awal dari kerajaan Melayu yang memperkenalkan sistem pencukaian yang kekal digunakan sehingga kini. Dua jenis cukai telah diperkenalkan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi tujuan perdagangan ialah cukai rasmi seperti duti import dan cukai tidak rasmi dalam bentuk ufti atau hadiah. Sistem cukai juga dikenakan mengikut kawasan:
i. ii.

Pedagang dari Burma, India dan Sri Lanka dikenakan cukai sebanyak 6% Pedagang dari China, Jawa dan Maluku tidak dikenakan cukai tetapi merekadikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah atau kepada Sultan, Temenggung dan Syarbandar

iii.

Pedagang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai sejumlah 3% Sistem Cukai Berkeutamaan yang dikenakan oleh kerajaan Melaka telah dijadikan rujukan

dan negara Malaysia kini telah mengenakan beberapa jenis cukai bagi memastikan urusan jual-beli diadakan dengan lancer dan sebagai sumber pendapatan kerajaan seperti: cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti import dan duti eksais.62

Page 37 of 57

61 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf 62 Gender and Society. (n.d.). Jenis-jenis Cukai. Dipetik daripada http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant %20Topics/MoneyTaxInvestment/NonCitizen/nTaxation/nTypesOfTaxes/Pages/TypeofTaxes.aspx

Sosial (i) Agama Hasil-hasil karya sejarah mengenai perkembangan tamadun Islam di Alam Melayu memberikan perhatian tentang kepentingan agama Islam dalam mewujudkan suasana yang lebih memberangsangkan ke atas perkembangan ekonomi dan perdagangan. Kesultanan Melayu Melaka sering dirujuk sebagai lambang pusat keilmuan Islam selain daripada keagungan kuasa ekonomi dan perdagangan sejak agama Islam dibawa masuk pada penghujung abad ke-14. Agama ini disebarkan melalui penaklukan, perdagangan dan perkahwinan. Kedudukan Islam di Melaka menjadi semakin kukuh apabila agama Islam dimartabatkan sebagai agama rasmi semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada abad ke-15. Hal ini telah mendorong Melaka menjadi pusat pengajian, pendakwahan dan penyebaran Islam di Gugusan Kepulauan Melayu. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.63 Kesan agama Islam terhadap aspek politik ialah Sultan Muhammad Shah merupakan sultan yang pertama menggunakan gelaran sultan bagi menggantikan gelaran seri yang berunsur agama Hindu. Agama Islam juga telah memberikan impak yang besar dalam aspek kelangsungan Melaka dari segi aspek undang-undang dan pemerintahan, mahlahan juga dalam aspek kebudayaan tempatan. Ini dapat diperlihatkan dari peraturan-peraturan Islam diterjemahkan berdasarkan al-Quran dan diaplikasikan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Kini, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi persekutuan dan telah dimaktubkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhpun agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi. namun agama-agama lain seperti agama Hindu, agama Buddha dan agama Kristian masih bebas diamalkan sehingga kini.63 (ii) Bahasa Sejak Melaka menjadi pusat pengajian Islam, bahasa Melayu telah dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka dan juga digunakan di
Page 38 of 57

negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan
63 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf

Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitabkitab agama. Contoh penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Kini, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan dimaktubkan dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Kepentingana bahasa Melayu di negara Malaysia dapat ditinjau dari penggunaan bahasa ini sebagai bahasa rasmi dalam setiap agensi kerajaan dan bahasa perpaduan di negara yang mempunyai masyarakat majmuk.64 Tambahan pula, bahasa-bahasa asing lain seperti bahasa Arab, Portugis, Itali dan Cina telah digunakan dalam komunikasi perdagangan di perlabuhan Tanah Melayu. Dalam aspek pengukuhan bahasa sepanjang hubungan China-Malaysia, sekurang-kurangnya terdapat 1046 kata pinjaman bahasa Cina (khasnya dialek Hokkien) dalam bahasa Melayu (termasuk Indonesia). Perkataan tersebut misalnya amoi, apek, bangsat, beca, capgomeh,cuka, ginseng, hongsui, kuih, popia, sampan, taugeh, tauhu, takua, teh,teko dan tong. Manakala dalam bahasa Cina terdapat 233 kata pinjaman bahasa Melayu seperti sarung, pinang, durian, duku dan datuk (Kong Yuanzi 2000:129).Tidak kurang pentingnya sumbangan pendeta China iaitu Yi Jing pada abad ketujuh yang menuntut ilmu Buddha di Kelantan dan Asia Tenggara telah berjaya mencatat bahasa Melayu kuno dengan nama bahasa Kunlun. Catatannya sangat berharga untuk pengajian sejarah bahasa Melayu telah banyak diserapkan ke dalam Bahasa Melayu dalam aspek berkaitan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Antara usaha yang agak penting dalam pertembungan bahasa Cina dan Melayu ialah lahirnya kamus Cina-Melayu yang tertua, iaitu Man La Jia Guo Yi Yu (Perkataan Negeri Melaka).64 Interaksi antara Alam Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah yang terdiri daripada Syarikat India Timur Inggeris, Syarikat India Belanda dan pedagang Eropah lain yang terdiri daripada pedagang Portugis, Denmark, Sepanyol dan Perancis telah menyumbangkan perkembangan bahasa Inggeris di Alam Melayu. Begitu juga dengan kejatuhan kerajaan tradisional seperti Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau ke atas tangan pihak Inggeris yang turut mendorong bahasa Inggeris dibawa masuk ke Tanah Melayu. Penggunaan bahasa Cina dan bahasa Inggeris masih kekal digunakan seperti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Inggeris juga
Page 39 of 57

menjadi prasyarat kemasukan ke kebanyakan pusat pengajian tinggi dan mempunyai nilai kompetitif yang tinggi dalam pasaran pekerjaan semasa.64
64 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://docs.google.com/viewer? a=v&q=cache:rKoHVFCsd18J:journalarticle.ukm.my/1147/1/1.pdf+bahasa+cina+di+alam+melayu+awal&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESgcr e9dg4KY8ssyxGAWpfnbh7FvjEM9Ytuy9LunylC24LDTZqQyr0QE-xEevH2aBmRyQj3JUrPfX4qmpMPnMC0pw8-gapfVsvjfeGUdFvcC28YFM9ztrtrJkHWP4AaEKnJ2mBA&sig=AHIEtbToMXn-PXBMILgYPUulTdAphF6U8w

(iii) Korpus Kesusasteraan Melayu Semenjak wujudnya kerajaan Melayu-Islam Pasai di Sumatera Utara pada hujung abad ke-13 hingga berpecahnya Empayar Melayu yang akhir di Riau-Lingga pada penghujung abad ke-19, telah lahirnya banyak penghasilan kesusteraan berbahasa Melayu yang merupakan pustaka rujukan atau gedung kajian. Karya bercorak sejarah dapat membekalkan data bersejarah tentang sesuatu kesultanan pada sesuatu tempoh tertentu, contohnya: Sejarah Raja-Raja Riau, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya. Falsafah penulisan sejarah bukan sahaja mengisahkan hal ehwal yang telah berlalu, tetapi juga menerangkan pengalaman hidup generasi lepas yang boleh dijadikan teladan dan panduan serta menimbulkan kemungkinan keseragaman budaya dan keselarian dalam tradisi kesusasteraan. Di samping itu, koleksi naskah perundangan dan adat yang bertulis juga menjadi asas kewujudan negara dan corak perhubungan susunan kemasyarakatan Melayu seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka (di Melaka);Hukum Kanun Dato Kota Setar di Kedah; Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan di Perak; dan Undang-undang Laut Johor di Johor. Naskah perundangan Melayu memperlihatkan paduan antara hukum adat dan hukum Islam yang pemerintahan.65 Selain itu, bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka yang telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamma d Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain manakala karya sastera saduran pula merangkumi Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Yusof. Secara keseluruhannya, tradisi kemasyarakatan dan kesusasteraan yang sedia ada semasa zaman kerajaan tradisional memberikan pengaruh yang besar terhadap bentuk penghasilan kesusasteraan yang selanjutnya.65 (iv) Kebudayaan Pembangunan sesebuah negara dan tamadun tidak dapat dinafikan mempunyai hubung kait yang sangat rapat antara manusia sesama manusia. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa
Page 40 of 57

memandu perlaksanaan hukum dan juga

dalam beberapa abad yang lalu, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, Interaksi positif daripada pertembungan ini memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Namun begitu, skop perbincangan ini lebih tertumpu kepada pertalian awal kedatangan masyarakat India dan Cina
65 Winstedt,1928:1-44; Winstedt, 1956:22-59; Kempe, 1952: 1-19

ke Alam Melayu yang menyebabkan kemunculan masyarakat baru.66 Kesan pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka dan komuniti Cina Peranakan di Kelantan dan Terengganu. Asal usul masyarakat Baba dan Nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk tempatan khususnya orang Melayu Semenanjung Malaysia, Indonesia dan masyarakat Thai. Proses akulturasimenjadi mudah melalui perkahwinan campur pada zaman awal pembinaan komuniti Peranakan Cina. Di Semenanjung Malaysia pada hari ini, hanya Melaka mempunyai perkampungan komuniti Baba. Mereka didapati menetap di Melaka Tengah dan Bandar Melaka antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu berendam, Bukit Rambai di samping di Daerah Jasin. Di samping itu, kewujudan penempatan komuniti Cina Peranakan di pantai Barat (Pulau Pinang) dan pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan dan Terengganu) merupakan rentetan pertalian pedagang Cina dengan Alam Melayu. Berdasarkan kajian Tan Chee Beng, peranakan Cina di Kelantan kini menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Kerai di hulu, sehingga ke Tumpat di bahagian muaranya dan sekitar Kampung Tanah Merah di Machang. Kesan yang paling ketara daripada penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan Cina Peranakan ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian mereka.66

Page 41 of 57

66 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf

Kesimpulan Kami dari kumpulan satu berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani tugasan tentang kajian warisan kerajaan tradisional Alam Melayu. Setelah melalui proses kajian terhadap tajuk ini, kumpulan kami dapat simpulkan bahawa banyak hasil yang kami memperolehi. Kajian ini telah membuka mata dan hati kami mengenai warisan Kerajaan Tradisional dan pengaruhnya terhadap masa sekarang yang dijulang pada zaman Alam Melayu sehingga hari ini. Antaranya ialah, 1. Kami dapat memahami tentang pengertian dan takrifan Alam Melayu. Teori-teori kewujudan Alam Melayu juga diperkenalkan sama ada dari India, China dan Arab. Sehubungan dengan itu, kami mendapati kewujudan Alam Melayu mempunyai pengaruh yang luas di kalangan negara Asia Tenggara kerana terdapat monumen yang melambangkan sebagai seni bina zaman Alam Melayu di kawasan tersebut. Hal ini telah membuktikan perkembangan kebudayaan Alam Melayu telah bertapak dan meliputi beberapa kawasan-kawasan kepulauan di Asia Tenggara.
2. Kegemilangan Empayar Melaka telah menjadi suatu iktibar atau acuan moden pada hari ini.

Kerajaan tradisional seperti kerajaan Melaka telah mempunyai sistem politik dan pentadbiran yang kompleks. Untuk mengukuhkan keselamatan dan kestabilan kerajaan, sistem perundangan dan kententeraan juga diperkenalkan. Selain daripada itu, kebijaksaan mereka dapat ditunjukkan dalam bidang perdagangan serta ekonomi. Mereka menggunakan kedudukan geografinya dan menjadinya sebagai pusat perdagangan dengan mengurusnya dengan kecekapan dan bersistematik. Hubungan dengan luar negara dan masyarakat pluralistik juga telah diwujudkan pada masa itu. Dengan sedemikian, ketamadunan tradisional Empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan suatu signifikan dalam proses

Page 42 of 57

penubuhan negara, kerana masih terdapat beberapa tradisi sosio-politik perlu diamalkan sehingga hari ini sebagai pengukuhan keamanan dan kestabilan negara. 3. Melalui kajian ini, kami juga mendapati bahawa sejarah Johor perlu dihubungkaitkan dengan keruntuhan kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan Kesultanan Johor Lama adalah disebabkan kejatuhan Melaka kepada Protugis. Empayar Johor Riau juga dikenali sabagai suatu manifestasi penentangan masyarakat Melayu terhadap pendudukan kuasa Portugis di Melaka. Selain daripada itu, perkembangan politik, ekonomi, sejarah dan warisan empayar Johor Riau juga dapat dipelajari dalam tugasan ini. 4. Pengaruh warisan kerajaan tradisional memberi kesan yang sangat penting dalam pembinaan negara moden samada dalam bidang sistem pentadbiran, keselamatan dan ketenteraan, identiti suatu negara seperti agama dan kebudayaan. Kerajan tradisional merupakan suatu iktibar yang kami perlulah mengambilnya sebagai suatu pengajaran dan juga mestilah sentiasa mengingatkannya pada masa depan.

Kajian mengenai tajuk ini telah mendalamkan pemahaman kumpulan kami terhadap sejarah dan warisan kerajaan tradisional Alam Melayu, terutamanya terhadap Kerajaan Kesultanan Melayu di Melaka dan Kesultanan Melayu di Johor Riau. Tugasan ini telah memberi peluang kepada kumpulan kami untuk mencungkil maklumat terperinci tentang kerajaan tradisional ini. Di samping itu, melalui tugasan ini dapat diperhatikan bahawa terdapat banyak manfaat, selain daripada pembelajaran dan pengetahuan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kumpulan. Bekerjasama dan pemberian komitment yang sepenuhnya telah diwujudkan antara ahliahli kumpulan dalam semua perkara, ianya juga merupakan salah satu sebab yang membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah diperuntukkan.

Page 43 of 57

Rujukan Rujukan Buku 1. D.G.E. Hall 1955. History of Southeast Asia; B. Harisson 1963; Pearl, B.R. 1963. An Introduction to The History of Southeast Asia; Prof. Dr. Slametmulyana 1975. Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara. 2. Zahrul Akmal Damin. etc. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Edisi 1. Johor. Penerbit Uthm. Hlm 12-13. 3. Yew Chee Wai. (2000), Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari PMR Sejarah, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya, Hlm 63-64. 4. Tuhfat al-Nafis. (1991). Sejarah Melayu-Islam. Ali al-Haji Riau (Raja),Virginia Matheson Hooker, M. A. Fawzi Mohd. Basri, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Leonard Y. Andaya. Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 249- 252. 6. Leonard Y. Andaya. Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 308-314. 7. O.W. Walters. The Falls of Srivijaya in Malay History. Ithaca, 1970. fol. 12. 8. Winstedt, 1928:1-44; Winstedt, 1956:22-59; Kempe, 1952: 1-19 9 Che Husna Azhari. (2009). Sains dan Teknologi Alam Melayu. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Page 44 of 57

Rujukan Laman Web 1. P. Lunde, The Indian Ocean and Global Trade, Saudi Aramco World, Julai / Ogos 2005 2. Norazita Md Nor. (2011). Tamadun Awal Asia Tenggara Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Dipetik daripada http://mindazeta.blogspot.com/2011/03/tamadun-awal-asia-tenggarakerajaan.html 3. Jumali. (2008). Pemerintahan Beraja Alam Melayu. Dipetik daripada http://fastnote.wordpress.com/pemerintahan-beraja-alam-melayu/ 4. Zahari Rusdi. (2009). Sejarah Tingkatan Satu Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dipetik daripada http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/pengasasan-kerajaan-kesultananmelayu.html 5. Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA 6. MuBaroque. (2009) Tamadun Dunia STPM. Dipetik daripada http://tamadunduniastpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-dan-pertahanan.html 7. Norlida. (2010) Kementerian Pertahanan. http://kakba.blogspot.com/2010/10/kementerianpertahanan.html 8. Prof. Dr. Abdul Latif Samian. (2010). Pemikiran Saintifik. Dipetik daripada http://peradabanmelayu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=108%3Apemikiransaintifik&catid=27%3Aprof-dr-abdul-latif-samian&Itemid=41&showall=1 9. Ar. Mastor Surat dan En. Rosdan Abdul Manan. (2010). Tanggam. Dipetik daripada http://peradabanmelayu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=173%3Atanggam&catid=36%3Aar-mastor-surat&Itemid=41 10. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron dan En. Gusri Akhyar Ibrahim. (2010). Kincir Air Melayu (2010). Dipetik daripada http://www.peradabanmelayu.my/index.php?option=com_content&view= article&id=170%3Akincir-air-melayu&catid=35%3Aprof-dr-che-hassan-che-harun&Itemid=41

Page 45 of 57

Rujukan Laman Web (Tanpa Pengarang) 1. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/tyt_portal/bm/akhbar/akhbar6.html 2. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html 3. Gender and Society. (2009). Dipetik daripada http://atie-diaryseorangguru.blogspot.com/2009/04/perkembangan-melaka-sebagai-pusat.html 4. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab %202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf 5. Gender and Society. (n.d.). Jenis-jenis Cukai. Dipetik daripada http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant %20Topics/MoneyTaxInvestment/NonCitizen/nTaxation/nTypesOfTaxes/Pages/TypeofTaxes.aspx 6. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://docs.google.com/viewer? a=v&q=cache:rKoHVFCsd18J:journalarticle.ukm.my/1147/1/1.pdf+bahasa+cina+di+alam+melayu+ awal&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESgcre9dg4KY8ssyxGAWpfnbh7FvjEM9Ytuy9LunylC 24LDTZqQyr0QE-xEevH2aBmRyQj3JUrPfX4qmpMPnMC0pw8-gapfVsvjfeGUdFvcC28YFM9ztrtrJkHWP4AaEKnJ2mBA&sig=AHIEtbToMXnPXBMILgYPUulTdAphF6U8w 7. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://lucky100star.blogspot.com/2009/02/pengasasan-kesultanan-melayu-melaka.html 8. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pertahanan_Malaysia 9. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia 10. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_agraria 11. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_maritim
Page 46 of 57

12. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia 13. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia 14. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara 15. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka 16. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya 17. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua 18. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Majapahit 19. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka 20. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Johor 21. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka 22. Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka

Page 47 of 57

Lain-lain Rujukan 1. Gambaran kesibukan pelabuhan riau digambarkan melalui kata-kata seorang Gabenor Melaka; Bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga sungai itu sukar untuk dilalui kerana terlalu banyak kapal dagang(Gabenor Thomas Slicher, Gabenor Melaka) 2. Orang bugis ini telah keluar dari tanah air mereka kerana keadaan huru-hara yang timbul akibat daripada kekalahan kerajaan Gowa di tangan Belanda (1667- 1669 Masihi). Di samping itu mereka juga telah meninggalkan tanah air mereka untuk mengelakkan penindasan daripada pemerintah kerajaan Bone,Arung Palakka yang dibantu oleh Belanda (L.Y. Andaya; 1987:156-157). 3. KA 1760,AB 1716,Laporan oleh Syah Bandar Cornelis Hasselaer Melaka tentang temuramahnya dengan seorang peniaga bebas Belanda bernama Frans Harbier mengenai peristiwa-peristiwa di Kedah, April 1715, fol.117-18. 4. Laporan daripada seorang kapten kapal bangsa Portugis,Tavares yang telah melihat sendiri kejadian itu menunjukkan bahawa Bendahara telah belot semasa pasukan Raja Kecil menyerang Pancor (L.Y. Andaya; 1987:341). Akan tetapi mengikut Tuhfat al-Nafis,yang belot itu bukannya Bendahara tetapi Laksamana (V.Matheson (ed); 1982:57). Kisah Bendahara belot itu mengikut Salasilah Melayu dan Bugis merupakan satu fitnah sahaja (Mohd Yusof Md. Nor(ed); 1984:32). 5. Raja Kecil telah dapat menyerang dan mengalahkan orang Bugis dalam dua pertempuran iaitu pada tahun 1725 dan 1727 Masihi. Pada tahun 1728 Masihi, orang Bugis pula telah mengalahkan orang Minangkabau. 6. Melalui Surat-surat Kew, Prince of Orange, pemerintah Belanda yang lari ke England telah memberi kuasa kepada pihak Inggeris mentadbir wilayah takluknya di timur kerana ketika itu Belanda telah ditakluki oleh tentera Napoleon dari Perancis.

Page 48 of 57

Lampiran

Page 49 of 57

Kawasan litupan Tanah Melayu (Malaysia, Singapore dan Indonesia)

Page 50 of 57

Bekas tanah jajahan Kerajaan Majapahit

Page 51 of 57

Biodata Parameswara Pemerintahan: Kesultanan Melaka: c. 1400-1414 Gelaran: Putera Sriwijaya Lahir: 1344 Mangkat: 1414 Pendahulu: Paduka Seri Rana Wira Kerma, Raja Temasek Pengganti: Megat Iskandar Shah Kerabat diraja: Kerabat Diraja Melaka, Sriwijaya Ayahanda: Paduka Seri Rana Wira Kerma

Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek. Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399). Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Paramesawara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka.

Page 52 of 57

Parameswara Sultan Iskandar Syah Sultan Muhammad Syah Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Syah Sultan Mansur Syah Sultan Alauddin Riayat Syah Sultan Mahmud Syah Sultan Ahmad Syah

1400-1414 1414-1424 1424-1444 1444-1445 1445-1458 1458-1477 1477-1488 1488-1510 1510-1513

Senarai pemerintah Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Pembesar Empat Pembesar Lapan Pembesar Enam Belas Pembesar Tiga Puluh Dua Susunan jawatan dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan

Page 53 of 57

Istana Melaka dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka

Gambaran Melaka sebagai pusat perdagangan dunia

Page 54 of 57

Biodata Laksamana Cheng Ho

Cheng Ho (1371 - 1435; nama Arab: Haji Mahmud Shams) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po, beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sidasida Sanbao ke Lautan Barat" atau "Zheng He ke Lautan Barat". Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Cheng Ho merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Dikembiri, beliau dilatih menjadi sidasida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. Dalam tempoh 20 tahun, Cheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Cheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang. "Lautan Barat" merujuk kepada tempat di Asia dan Afrika yang dilawati Laksamana Zheng He, termasuk: Asia Tenggara Sumatra Pulau Jawa Sri Lanka India Parsi Teluk Parsi Semenanjung Arab dan Laut Merah jauh ke utara sehingga ke Mesir Biodata Alfonso de Albuquerque
Page 55 of 57

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember 1515) adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu. Dilahirkan di Alhandra, berhampiran dengan Lisbon, Portugal, Albuquerque pernah dikenali sebagai "Yang Agung", serta "Marikh Portugis" buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonalo de Albuquerque, Herr von Vila Verde dos Francos, memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah. Albuquerque menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Afonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau kelihatan telah berkhidmat di Afrika buat satu tempoh. Pada kepulangannya, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II. Albuquerque merancang untuk menguasai dunia Islam dan mengawal rangkaian dagangan rempah ratus. Satu serangan yang gagal ke atas Calicut (moden Kozhikode) pada Januari 1510, di mana panglima besar cedera parah, dan segera diikuti dangan pelaburan dan penaklukan Goa. Albuquerque, mendapati dirinya tidak mampu memegang bandar takluk pertamanya, meninggalkannya pada Ogos, sebelum kembali dengan bantuan tambahan pada November, apabila beliau memperolehi milik mutlak. Dia kemudian mengsasarkan tenteranya kepada Kesultanan Melaka, yang diitewaskannya pada 24 Ogos 1511 selepas pertempuran hebat sepanjang Julai. Beliau kekal di bandar tersebut sehingga November 1511 dengan tujuan memperkukuhkan kedudukan Orang Portugis dari serangan balas orang-orang melayu. Beliau turut mengarahkan pembunuhan semua penduduk Islam dalam usaha untuk mengurangkan perpecahan keagamaan dengan harapan ini akan memaksa penganut Hindu dan Muslim untuk bertukar ke agama kristian.

Biodata Sultan Mahamud Shah


Page 56 of 57

Pemerintahan: Kesultanan Melaka: 1488-1511 Mangkat: 1528 Kampar, Riau, Sumatera Pendahulu: Sultan Alauddin Riayat Shah Pengganti: Sultan Ahmad Shah Kerabat diraja: Kerabat Diraja Melaka Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, ialah anak Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah. Pada tahun 1488, selepas kematian ayahandanya, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mulamula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara baru Melaka. Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Hang Nadim. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Page 57 of 57

You might also like