You are on page 1of 31

Kami ingim menyatankan penghargaan kepada guru mata pelajaran biologi kami iaitu Puan Yusmiwati Binti Yunus

kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kertas kerja mengenai Ekosistem Terancam. Atas tunjuk ajar yang beliau berikan kepada kami, kami dapat menyiapkan kertas kerja ini dengan sempurna. Kami juga ingin menyatakan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang memberikan dorongan dan sumber kewangan kepada kami untuk kami mendapatkan bahan-bahan yang kami perlukan untuk menyiapkan kertas kerja ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang lain kerana memberikan kami rujukan dan sumber daripada buku atau pun internet. Kami melaksanakan kertas kerja ini secara berkumpulan dan kami bersama-sama mencari maklumat untuk menyiapkan kertas keja ini.

1|Page

EKOSISTEM TERANCAM
KESAN PEMBANGUNAN TIDAK TERANCANG DAN SALAH PENGURUSAN EKOSISTEM KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON PENGURUSAN AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM YANG BETUL

Hakisan Banjir Banjir Kilat Tanah Runtuh Eutrofikasi

Punca Dan Kesan

Impak Ke Atas Ekosistem

Penguatkuasaan undang-undang Penggunaan teknologi

Pencemaran
Jenis Pencemaran Suber Pencemaran Kesan Pencemaran Kesihatan Manusia Habitat Haiwan Dan tumbuhan Bangunan Pertanian Iklim

Pendidikan dalam pengurusan sumber


Pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, hutan paya bakau

Udara

Air

Terma

Bunyi

Amalan kawalan biologi Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui Kecekapan penggunaan teknologi

Pemanasan Global
Penipisan Ozon Perubahan Iklim Kepepusan hidupan Penyahhutanan

2|Page

3|Page

Impak Aktiviti Manusia Ke Atas Ekosistem (Impact Of Human Activities On The Ecosystem)
Aktiviti-aktivit manusia yang mengancam ekosistem adalah seperti: Pembangunan dan perindustrian. Pertambahan bilangan kenderaan. Pertambahan penggunaan pestisid dan baja kimia dalam sektor pertanian. Penerokaan hutan tanpa kawalan. Kesan-kesan dari pembangunan tidak terancang dan salah pengurusan ekosistem adalah: Hakisan tanah. Banjir kilat. Tanah runtuh. Eutrofikasi (penyuburan tasik) Pencemaran air, udara, terma dan bunyi Pemanasan global (fenomena kenaikan suhu Bumi, juga dikenali sebagai kesan rumah hujau) Penyusutan atau penipisan lapisan ozon. Perubahan iklim Kepupusan hidupan.

4|Page

Jadual merumuskan hubungan antara aktiviti pembangunan yang tidak terancang dan disalah urus dan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan yang tidak terancang Pekembangan industri ringan dan berat yang tidak terkawal Kesan buruk terhadap alam sekitar Pencemaran air, udara, teram, dan bunyi Penipisan lapisan ozon Kesan rumah hijau Hakisan tanah Kesan rumah hijau Perubahan iklim Pemanasan global Pencemaran terma Kesan rumah hijau Hakisan tanah Banjir Eutrofikasi Pencemaran air Pencemaran udara dan air Kepupusan hidupan Kesan rumah hujan Pencemaran udara. Pencemaran udara Kesan rumah hijau

Penerokaan hutan tanpa kawalan (penyahhutanan)

Pembinaan bangunan konkrit yang bertingkat-tingkat dan beercermin Perlombongan berlebihan Penggunaan baja yang berlebihan Penggunaan pestisid dan bahan kimia berlebihan Penggunaan bahan api fosil seperti petrolium dan arang batu. Pembakaran bahan buangan domestik

5|Page

6|Page

Pencemaran Udara Punca pencemaran udara adalah seperti berikut: a) Pembakaran i. Sampah sarap ii. Hutan iii. Sisa pepejal kilang b) Kilang perindustrian i. Pembakaran api fosil seperti petrolium, diesel dan gas dalam kilang dan stesen janakuasa. ii. Industri pertanian yang menggunakan bahan agrokimia seperti baja, pestisid, insektisid dan herbisid. c) Kenderaan bermotor. i. Membebaskan gas-gas merbahaya dalam asap ekzos kereta

Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia: Bahan pencemaran gas-gas berasid dan asap menyebabkan penyakit sistem respirasi seperti bronkitis, sesak nafas, kanser peparu, asma dan penyakit saluran respirasi yang lain. Bahan pencemar itu memedihkan mata, menyebabkan penyakit kulit dan konjunktivitis. Kesan pencemaran udara terhadap habitat haiwan dan tumbuhan: Hujan asid meresap ke dalam tanah dan meningkatkan keasidan tanah yang menyebabkan nutrien penting melarutresap. Ini menyebabkan tanah tidak subur. Hujan asid dalam sungai dan tasik menurunkan nilai pH air dan menyebabkan pemusnahan banyak ikan dan organisma akuatik lain. Asap jelaga, dan debu melekat pada permukaan dan menutup stoma. Ini mengurangkan penyerapan cahaya matahari oleh klorofil dan resapan karbon dioksida, menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan menurun. Kesan pencemaran udara terhadap bangunan Hujan asid mengaratkan stuktur logam dan mengakis batu kapur yang digunakan untuk bangunan. Jelaga dan debu menyebabkan bangunan kotor. Kesan pencemaran udara terhadap iklim] Asap, debu dan jelaga bergabung dengan kabus (wap air) untuk membentuk jerebu yang mengancam kesihatan. Peningkatan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera menyababkan suhu bumi meningkat (kesan rumah hijau). Akibatnya, bongkah air kutub melebur lalu menaikkan paras air laut menyebabkan banjir dan perubahan iklim.
7|Page

Jadual merumuskan punca pencemaran udara, bahan pencemar dan kesannya ke atas hidupan dan persekitaran. PUNCA
Kilang simen, kuari, kilang papan. Kolang perindustrian Pembakaran sampah sarap Kenderaan bermotor

BAHAN PENCEMAR
Debu

KESAN BURUK
Jankitan salur respirasi Batuk dan bersin Bangunan menjadi kotor

Debu dan jelaga

Pembakaran bahan api fosil dan sampah sarap Sap dari ekzos kenderaan.

Karbon monoksida

Menyebabkan jerebu Mengaburkan penglihatan Menghalang cahaya daripada sampai ke Bumi dan menutup stoma. Maka, mengurangkan kadar fotosintesis dan mengeluarkan tanaman Menyebabkan kanser peparu. Gas toksik mudah berpadu dengan himoglobin berbanding oksigen. Maka ia mengurangkan kecekapan darah pada oksigen. Menyebabkan kesan rumah hijau yang meningkatkan suhu atmosfera. Perubahan iklim menyebabkan banjir, taufan, dan kemarau Ais di kutub melebur, menyebabkan banjir Memedihkan mata, keradangan saluran respirasi dan peparu Merosakkan tisu peparu Menyebabkan hujan asid Hujan asid mengakis struktur logam pada jambatan dan batu kapur pada bangunan Merendahkan paras pH tanah dan air Menyebabkan pengurangan pengeluaran hasil pertanian dan kematian organisma akuatik.

Karbon dioksida

Sulfur dioksida

8|Page

Asap dari ekzos kenderaan menggunakan petrol berplumbum

Aktiviti industri pertanian

Stesen kuasa nuklear

Industri busa dan aerosol

Menyebabkan hujan asid dan kesan hujan asid Merosakkan tisu peparu dan menyebabkan bronkitis dan kanser peparu Memedihkan mata dan keradangan saluran respirasi. Plumbum Toksik, berbahaya dan tidak terbiodegradasi. Maka, plmbum boleh berkumpul dalam badan. Bila ia mencecah paras toksik yang tinggi. Ia boleh menyebabkan keencatan otot pada kanak-kanak. Bahan organik Boleh disalurkan pada rantai makanan dan berkumpul dalam badan, menyebabkan kemudaratan kepada organisma kerana ia tidak terbiodegrasikan Mengganggu proses fisiologi Toksik kepada badan Sinaran radioaktif Menyebabkan mutasi Mengakibatkan kanser dan penyakit genetik Klorofluorokarbon (CFC) Penipisan lapisan ozon Pemanasan global (perubahan iklim) Kanser kulit.

Nitrogen dioksida

9|Page

Pencemaran air Punca pencemaran air : Pembuangan kumbuhan tidak dirawat dan bahan buangan domestik ke sungai. Pembuangan bahan buangan industri Pembuangan bahan buangan pertanian Tumpahan minyak.

Jadual menunjukkan punca pencemaran air dan kesannya terhadap hidupan dan persekitaran. Punca pencemaran air Bahan pencemar Kesan buruk
Pembuangan bahan buangan domestik ke dalam sungai Kumbahan tidak dirawat (tinja manusia dan air buangan) Sampah sarap Detergen Menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit kolera, tifoid dan disenteri. Ini disebabkan meningkatnya nitrit dan fosfat dalam kumbuhan tidak dirawat. Sampah sarap yang tidak boleh diurai (tidak biodegrasi) menghalang cahaya matahari sampai ke dalam tumbuhan di dalam sungai dan menyukarkan resapan gas oksigen. Kandungan ditergen yang tinggi, mengurangkan kepekatan oksigen dalam air dan mengancam kehidupan akuatik. Mencemarkan air secara fizikal Pereputan sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen dalam air Pengumpulan toksik

Pembuangan bahan buangan industri

Sisa organik daripada kelapa sawit dan getah. Bahan toksik daripada industri elektronik seperti arsenik, plumbum , merkuri dan zink.

10 | P a g e

Bahan buangan pertanian (melarutresap dari ladang ke sungai berdekatan)

Baja dan tinja haiwan mengandungi nitrit dan fosfat

Bahan agrokimia seperti insektisid, pestisid, herbisid, dan fungisid

Tumpahan minyak

Minyak yang tumpah dari kapal tangki minyak

kimia itu tidak dapat diuraikan melalui rantai makanan organisma akuatik menyebabkan keracunan haiwan akuatik dan manusia. Juga menyebabkan penyakit kanser dan mutasi Kepekatan nitrit dan fosfat yang tinggi dalam air menyebabkan eutrofikasi atau penyuburan tasik dan menggalakkan pertumbuhan alga dengan cepat dimana kemudiannya akan menggunakan bekalan oksigen dalam air. Kesannya, membunuh ikan dan organisma akuatik yang lain. Bahan agrokimia ialah bahan yang tidak terbiodegrasikan dan sangat bertoksik dan berbahaya sebab ia boleh disalur dan ke dalam rantai makanan dan berkumpul dalam badan haiwan akuatik dan manusia. Kesannya, boleh merosakkan organ dalam badan, menyebabkan kanser dan mencemarkan bekalan air. Menyebabkan kematian hidupan laut Menyebabkan kematian burung laut dan anjing laut Mencemarkan pantai.

11 | P a g e

Eutrofikasi Eutrofikasi berlaku akibat pertambahan baja atau kumbahan dalam tasik, kolam atau air sungai. Pertambahan kandungan nitrat dan fosfat daripada baja atau kumbahan menggalakkan eutrofikasi. Ia menggalakkan pertumbuhan alga dan mengpertingkatkan populasi alga yang cepat. Bilangan bakteria aerob yang mengurai jirim tumbuhan yang mati juga meningkatkan penggunaan oksigen terlarut dalam air. Pertumbuhan alga yang cepat dan proses penguraian oleh bakteria menggunakan bekalan oksigen di dalam air dan dengan itu meningkatkan keperluan oksogen biokimia (B.O.D.).

Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.) Kaperluan oksigen biokimia adalah jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma (bakteria dan alga) untuk penguraian sisa dalam air. B.O.D. digunakan sebagai satu ukuran bagi jumlah jenis bahan pencemar organik tertentu dalam air. Maka, boleh digunakan untuk mengukur paras pencemaran air. B.O.D. yang tinggi menunjukkan kehadiran menunjukkan bilangan mikroorganisma yang banyak, ini menunjukkan paras pencemaran yang tinggi. Semalin tinggi nilai B.O.D., semakin tercemar sampel air itu. Semakin tinggi nilai B.O.D., semakin kurang kepekatan yang terlarut dalam air. Hubung kait antara nilai B.O.D. dengan pencemaran air, bilangan microorganisma atau bakteria, kepekatan oksigen yang terlarut dan bilangan haiwan akuatik. Nilai B.O.D. tinggi aras pencemaran air yang tinggi bakteria yang banyak kepekatan oksigen terlarut rendah haiwan akuatik berkurang. bilangan bilagan

Larutan metilena biru digunakan untuk nenguji kehadiran oksigen dalam air. Keadaan kekurangan oksigen menyebabkan warna metilena biru diluntur dengan cepat dan mempunyai nilai B.O.D. yang tinggi.

12 | P a g e

Pencemaran terma Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang berlebihan ke alam sekitar. Punca pencemaran terma: Pembuangan air panas daripada kilang, reaktor nuklear dan stesen janakuasa elektrik. Bangunan yang bercermin.

Apabila suhu air menjadi 5C melebihi suhu air biasa, kehidupan akuatik akan mati. Kenaikan suhu air meningkatkan proses penguraian bahan organik dan meningkatkan nilai B.O.D.. Ini mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air dan menyebabkan organisma akuatik mati Bangunan bercermin memantulkan sinaran cahaya matahari daripada satu bangunan ke bangunan bercermin yang lain. Ini menyebabkan haba terperangkap di antara bangunan bercermin dan meningkatkan suhu udara di sekitar kawasan tersebut. Pecemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah keaadan dimana terdapat bunyi yang berlebihan di persekitaran sehingga mengganggu keselesaan hidup. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel (dB) dan manusia hanya dapat menerima bunyi hingga 80dB. Punca pencemaran bunyi adalah: Kapal terbang Kereta api Kerja pembinaan Mesin dan jentera dalam kilang Kenderaan di jalan raya. Kesan pencemaran bunyi ialah: Masalah pendengaran (pekak) Sakit telinga Sakit kepala Gangguan emosi dan mental Tekanan darah tinggi Sakit jiwa
13 | P a g e

14 | P a g e

Kesan rumah hijau adalah satu fenomena peningkatan suhu bumi. Ini disebabkan haba yang diserap dan terperangkap di dalam atmosfera Bumi oleh gas tertentu (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida, metana, kloroflurokarbon, dan oksida nitrogen. Aktiviti manusia yang berikut boleh meningkatkan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera yang menyebabkan kesan rumah hijau: Pembakaran bahan api dalam kilang Pembakaran hutan Penebangan dan penerokaan hutan Pembakaran sampah sarap secara terbuka Pembakaran arang batu oleh stesen janakuasa Kenderaan bermotor Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC)

15 | P a g e

Kesan rumah hijau terjadi melalui proses berikut: Sinaran matahari ke Bumi ,enembusi melalui atmosfera sebagai sinar suria dan sinar ultralembayang. Lebih kurang separuh daripada 70% sinar suria yang menembusi atmosfera, bertukar menjadi haba. Sebahagian tenaga haba dipantul semula ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah dan kebanyakannya diserap oleh karbon dioksida. Akibatnya, tenaga haba terperangkap dalam lapisan bawah atmosfera menyebabkan suhu bumi meningkat dan mengakibatkan pemanasan yang menyerupai keadaan di dalam rumah hijau dimana sinar matahari dan sinar ultralembayang yang menembusi panel kaca rumah hijau tidak dipantulkan semula ke atmosfera. Fenomena ini meningkatkan suhu bumi dan atmosferanya menyebabkan kesan rumah hijau. Akibat kesan rumah hijau (peningkatan suhu dunia) adalah seperti berikut: Kenaikan aras laut Perubahan iklim Produktiviti pertanian.

16 | P a g e

Kesan pemanasan global: Mempercepatkan penyejatan air dan mengurangkan kelembapan tana Perubahan cuaca seperti perubahan arah angin dan taburan hujan akan menyebabkan taufan, kemarau dan banjir. Pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan akan meningkatkan aras air laut dan menyebabkan banjir di kawasan tanah yang rendah. Hasil tanaman dan ternakan haiwan berkurang ] Banyak habitat haiwan akan musnah, akibatnya berlaku perpindahan haiwan.

17 | P a g e

Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen (O3). Lapisan ozon dikenali sebagai stratosfera, iaitu 20-50km dari permukaan bumi Penipisan lapisan ozon berlaku sepanjang kedua-dua artik dan antartik, membentuk lubang ozon. Lubang ozon yang dijumpai di artartik adalah sebesar benua Amerika Syarikat. Bahan pencemar lain seperti halogen, gas klorin dan oksida nitrogen juga boleh memusnahkan ozon dan klorofluorokarbon merupakan punca utamanya. Klurofluorokarbon digunakan dengan meluas sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk dan alat pendingin hawa, bahan semburan aerosol, polisterena untuk pembungkusan makanan, getah busa untuk membuat kusyen, bantal dan tilam. Proses pemusnahan ozon oleh (CFC) Sinar ultra lembayang memutuskan ikatan atom klorin dan CFC.

Cl

C
Cl
Molekul CFC

Sinar Ultralembayang

Cl

Atom klorin dibebaskan

Atom klorin yang terbebas bertindak balas dengan ozon untuk menghasilkan klorin monoksida dan molikul oksigen.

Cl

Cl

+
Oksigen

Ozon

Klorin monoksida

18 | P a g e

Atom oksigen yang terbebas dalam atmosfera akan memutuskan ikatan klorin monoksida. Akibatnya, atom klorin terbebas dan akan memusnahkan molekul ozon yang lain.

Atom oksigen bebas

Cl
Klorin monoksida

Cl
atom klorin bebas

+ molekul oksigen

Kesan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinar ultralembayang yeng berlebihan sampai ke Bumi. Terhadap alam sekitar i. Peningkatan suhu persekitaran (yang menyebabkan kesan rumah hijau) ii. Perubahan iklim dan cuaca iii. Perubahan arah angin Terhadap tumbuhan i. Kadar fotosintesis menurun akibat pemusnahan stoma dan klorofil pada daun. ii. Mengancam keseimbangan ekologi dan pemusnahan organisma akuatik seperti plankton. Terhadap kesihatan manusia. i. Kanser kulit (melanoma) ii. Kerosakan mata atau penyakit katarak iii. Kemerosotan sistem keimunan manusia

19 | P a g e

Penipisan lapisan ozon membenarkan sinar ultralembayang sampai ke Bumi dan memusnahkan plankton dalam rantai makanan. Ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem dan seterusnya mengancam ekosistem lain dalam air. Sinar ultralembayang juga mengurangkan bilangan stoma dan klorofil pada daun. Akibatnya, tumbuhan hijau yang merupakan pengeluar dalam rantai makanan tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan berkesan. Tumbuhan akan mati dan kompenen biosis dalam ekosistem tergangu. Pemanasan global menyebabkan kemarau panjang dan perubahan iklim. Oleh itu, kompenen abiosis dalam ekosistem terganggu dan akan menyebabkan taburan dan populasi kompenen biosis terpengaruh. Akibatnya, keseimbangan pelbagai ekosistem di Bumi terjejas.

20 | P a g e

21 | P a g e

Bidang pertanian Penerokaan hutan dilakukan untuk menyediakan kawasan tanah baru untuk pembangunan perindustrian, perumahan, pertanian dan pembinaan lebuh raya. Projek ini meningkatkan kualiti hidup dengan cara berikut: i. Menyediakan tempat kediaman ii. Menambahkan bekalan makanan iii. Menyediakan kemudahan pengangkutan.

Hutan diteroka untuk sektor pertanian meningkatkan hasil tanaman dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat dan untuk projek perumahan supaya dapat menampung pertambahan populasi. Teknologi moden digunakan dalam pertanian dengan bantuan agensi kerajaan seperti Lembaga Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) untuk meningkatkan produktiviti getah.

Bidang industri Kerajaan berusah untuk menarik pelabur asing untuk melabur. Ini akan membantu mempercepatkan perkembangan dalam sektor perindustrian dandapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meninggikan pendapatan per kapita negara. Strategi pembangunan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar dan dapat menyediakan kemudahan infrastruktur seperti projek perumahan kos rendah, klinik, sekolah, jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.

22 | P a g e

Projek pembangunan terutamanya yang tidak terancang dan tidak terurus mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan mengancamekosistem. Projek pembangunan seperti penebangan hutan akan memberi kesan buruk kepada ekosistem: Pemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan yang mempengaruhi rantai makanan dan jaringan makanan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan alam di dalam ekosistem. Ketidakseimbangan boleh mengakibatkan kematian ataupun kepupusan tumbuhan dan haiwan. Hakisan tanah menyingkirkan lapisan atas tanah yang subur, menyusutkan kandungan garam mineral tanah, mengakibatkan tanah menjadi tidak subur dan terbiar. Pemanasan global dan pencemaran alam.

23 | P a g e

Adanya satu keadaan keseimbangan antara pengurusan pembangunan dengan pemuliharaan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar bagi menjamin kemandirian hidupan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pengurusan aktiviti pembangunan dan pemeliharaan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam. Penguatkuasaan undang-undang i. Kerajaan Malaysia melindungi dan mengawal alam sekitar sebagai contok Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (pindaan), peraturan ini di kuatkuasakan untuk: a. Mengawal dan mencegah pencemaran alam(meliputi pencemaran udara, air, terma, dan bunyi) b. Menyelaras segala aktiviti pembuangan sisa dan menetapkan had maksimun sisa yang dibuang. c. Mengawal pengeluaran dan pembuangan (jumlah, jenis, kandungan dan kesan) supaya tidak mengancam kualiti alam sekitar. d. Mendakwa dan mendenda pihak yang tidak mematuhi undangundang untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar ii. Akta-akta lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan: a. Akta Kilang dan Jentera 1967/1983 untuk melindungi pekerja daripada pendedahan bunyi yang melebihi 95dB selam 4jam berterusan. b. Akta Racun Perosak 1974 untuk mengawal penggunaan racun perosak. c. Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melindungi dan memelihara hutan seta hidupan liar di dalamnya.

Penggunaan teknologi I. Pelbagai penggunaan teknologi telah diperkenalkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran.: a. Menggunakan bakteria pengurai minyak untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. b. Memasang cerobong pada kilang yang mempunyai alat khas untuk menapis zarah halus dan gas toksik sebelum dibebaskan ke dalam udara. c. Mengitar semula sampah sarap untuk melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi.

24 | P a g e

d. Menukar sampah sarapp organik kepada biogas seperti mentena yang digunakan sebagai bahan api. e. Merawat sisa toksik dengan menggunakan mikroorganisma untuk mengurai sisa toksik kepada bahan yang tidak bertoksik. f. Menghasilkan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan pencemaran udara. g. Memasang pengubah mangkin untuk menyingkirkan gas toksik seperti karbon monoksida dan mengurangkan karbon dioksida dari asap ekzos.

Pendidikan dalam pengurusan sumber I. Pendidikan alam sekitar secara formal melalui sekolah atau secara tidak formal melalui ceramah, pameran dan media massa tentang pengurusan sumber semula jadi: a. Pembaharuan sumber Bumi seperti ikan dan kayu balak. b. Penggunaan semual sumber Bumi melalui proses kitar semula bahan buangan yang diperbuat daripada kertas, aluminium, dan kaca. c. Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan logam yang tidak mudah diganti. d. Menggunakan semual sumber bahan seperti plastik dan botol. Pemeliharaan dan pemuliharan ekosistem I. Pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, flora dan fauna yang berhabitat di hutan dan paya bakau: a. Penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara untuk mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan seperti penerokaan hutan, penebangan pokok hutan paya bakau, memburu hidupan liar, dan aktiviti pembalakan haram. b. Penanaman semual pokok, seperti rotan yang telah ditebang, untuk menghalang hakisan dan melarut resp tanah. c. Mencegah pembuangan sampah sarap, bahan toksik dan air panas ke dalam sungai untuk mengelakkan pencemaran air dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. II. Sumber semula jadi ini perlu dipelihara melalui langkah-langkah beriku: a. Penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi tumbuhan dan haiwan yang terancam untuk mengelakkan kepupusan. b. Mencegah aktiviti pembalakan yang tidak terkawal yang memusnahkan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan. c. Mengawal pencemaran air dan udara yang boleh mengancam kehidupan tumbuhan dan haiwan.

Amalan kawalan biologi I. Kawalan biologi adalah penggunaan pemangsa semula jadi untuk mengawal populasi haiwan perosak. II. Kawalan biologi untuk mengurangkan populasi haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain iaitu musuh semula jadi haiwan tersebut.

25 | P a g e

Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui I. Bahan api fosil adalah sumber tenaga yang tidak boleh di perbaharui bermakna ia akan habis apabila ia digunakan sepenuhnya. II. Tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan habis dan tidak mencemarkan alam sekitar III. Contoh-contoh sumber tenaga yang boleh diperbahrui adalah a. Tenaga solar b. Tenaga angin c. Tenaga ombak d. Tenaga geo terma e. Tenaga bio jisim Kecekapan penggunaan tenaga. I. Kecekapan bahan api kenderaan dan mesi perlu dipertingkatkan untuk memberi prestasi yang maksimum. II. Menggunakan tenaga dengan cekap juga akan membantu menjimatkan tenaga.

26 | P a g e

Pengurusan ekosistem ialah usaha untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar melalui pemeliharaan sumber alam serta perlindungan ekosistem. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan secara berleluasa dan boleh menyebabkan ekosistem terancam: Pembuangan sampah sarap di merata tempat terutamnya longkang dan sungai. Pembakaran sampah sarap secar terbuka. Pembuangan air kumbahan ke dalam sungai dan longkang. Pembuangan bahan efluen dari kilang ke dalm sungai menyebabkan pencemran air. Pelepasan gas berasid dari kilang menyebabkan hijan asid yang merencatkan tumbuhan dan pokok. Untuk memastikan aktiviti ini tidak memusnahkan ekosistem, lankah berikut dicadang: Undang-undang yang lebih ketat dan pengawasan yang lebih rapi dilaksanakan oleh pihak berkenaan. Pendidikan diberikan kepada orang rami supaya mengamalkan tabiat menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan menjaga ekosistem. Mengadakan kempen hari Bumi atau kempen kebersihan di kawasan perumaha dan sekolah. Mengadakan program mengitar semula bahan bungan seperti kertas, bahan kaca dan tin aluminium. Mengadakn program Hari Alam Sekita (5 hb Jun) Menggalakkan murid sekoalh menyertai Kelab Pencinta Alam yang menitikberatkan nilai menyayangi alam sekitar. Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk memupuk kesedaran untuk bertanggungjawab menjaga ekosistem di sekoalh dan di rumah seperti menjaga kolam ikan dan taman.

27 | P a g e

28 | P a g e

29 | P a g e

30 | P a g e

BUKU RUJUKAN Longman Bilingual Text Essential Biology Form 4 by Betsy Teh Lay Hong

INTERNET http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/A/AcidRain. html http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/A/AirPollution.h tml http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/O/Ozone. html http;//en.wikipedia.org/wiki/Global_Warming. html http;//www.msnbc.msn.com/id/6889985. html

31 | P a g e

You might also like