You are on page 1of 17

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Disediakan oleh: NUR ALYA AFIQAH BT AZIZAN NUR SYAMIMI BT JOHARI SAFA MASTURINA BT SUKRI ZUHAIRA BT ZULKIFLI

TABURAN HUTAN DI MALAYSIA

Taburan Hutan

Kawasan Hutan dan Bukan Hutan

Sem enanj ung 29%

Sar awak 49%

12.86

Sabah 22%

20.11

PENGENALAN Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.

HUTAN HUJAN TROPIKA

.Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia Pendalaman Sabah dan Sarawak

1. Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia. 2. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa. 3. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 000 meter. 4. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak. 5. Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah: a) Bersifat malar hijau b) Tumbuh rapat-rapat c) Tumbuh berlapis-lapis 6. Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-tumbuhan di dunia. 7. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya. 8. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokokpokok yang tinggi. 9. Pokok di lapisan renjung t u m b u h s a n g a t t i n g g i untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi sokongan dan menahan pokok daripada tumbang. 10. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan. 11. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit. 12. Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari. 13. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari. Pokok : meranti, seraya, kandis, paku tanduk rusa, kulat. Tumbuhan : Jenis epifit, memanjat, parasit dan saprofit. Hidupan : Ular sawa, harimau, orang utan dan pelanduk

HUTAN GUNUNG

Pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sabah

1. Hutan gunung tumbuh subur di kawasan bertanih laterit yang terletak di ketinggian yang melebihi 1 000 meter dari aras laut. 2. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tama AD. Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran. 3. Jenis dan kepadatan tumbuh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian. 4. Semakin tinggi kawasan hutan, semakin jarang tumbuhtumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. 5. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuhakulampair dan pokok-pokok kerdil. 6. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh suhu di kawasan tersebut di mana suhu adalah rendah manakala tanih semakin nipis. 7. Kawasan yang berada melebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus seperti di puncak Gunung Kinabalu.

Pokok : oak, seraya, rumput alpain. Hidupan : Kera, burung dan musang.

HUTAN PAYA

HUTAN PAYA AIR TAWAR MASIN

HUTAN PAYA AIR

1. Hutan paya di Malaysia terdiri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar. 2. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. Manakala akar jangkang yang menyokongnya daripada tumbang. Pokok : Bakau, Gelam, Ramin dan perapat Hidupan :Ikan, ketam dan udang

3. Hutan paya air tawar mempunyai kawasan pedalaman bersaliran buruk dan ditenggelami air. Tiga lapisan : Kanopi, tengah dan lapisan pokok renek Pokok bercampur aduk, lurus ,tinggi dan besar. Pokok gelam, nipah dan mengkuang. Hdupan : Ular, biawak dan udang.

HUTAN PANTAI

1. Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut. 2. Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walaupun ditenggelami air laut semasa air pasang. 3. Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pokok : Kelapa, ru , renek dan mengkuang laut. Hidupan : Ular, tupai dan burung

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN DI MALAYSIA


Hutan adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna. Hutan meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orangorang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara, masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat. Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasankawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan. Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia. Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama. Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau. Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara. Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi. Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah. Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah ( Lampiran 9 ). Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan

haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buahbuahan tempatan seperti manggis ( Garcinia mangostana ) dan rambutan ( Hephelium lappaceum ). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya ( Lampiran 7 ). Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya, satu perempat daripada prekripsi dadah adalah bersumber daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat antiMalaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagianbahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar ( smallpox ) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria. Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah ( Labisia sp. ), mempisang ( Goniothalamus sp.) dan medang ( Cinnamomum sp.). Bunga pakma ( Rafflesia hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran. Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Di antara contohnya ialah bahanbahan seperti getah daripada pokok jelutong ( Dyera costulata ) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah ( chewing gum ). Minyak pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatam. Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayukayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesiesspesies kayu dijalankan secara lebih meluas. Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara

dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Selain itu, ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan. Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lainlain. Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. Manau ( Calamus manan ) adalah rotan yang paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi. Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Bagaimanapun penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia, nipah dan bertam sahaja. Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka ( anak daun ) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira ( palm-wine ). Rumbia atau sagu ( Metroxylon sagu ) dan ( M.rumphii ) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam dan itik. Bertam ( Eugeissona tristis ) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bertam juga boleh dijadikan atap. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput ( Gramineae ). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan, seragam, tegar dan mudah diperolehi. Dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Misalnya, Kedah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan buluh semantan ( Gigantochloa scortechinii ). Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betung ( Dendrocalamus asper ) dan beting ( Gigantochloa levis ) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat. Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies sepang ( Caesalpinia sappan ) yang digunakan untuk mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu ( Morinda sp. ), merbau ( Intsia sp. ), sena ( Pterocarpus indicus ) dan akar kunyit ( Fibraurea chloroleuca ). Di samping kulit bakau, kulit pokok punggai ( Coelostegia griffithii ), bayur ( Pterospermum sp. ), ketapang ( Terminalia sp. ), rhu ( Casuarina sp. ) dan rengas juga boleh digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna. Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat andang, pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot. Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies merawan ( Hopea sp. ) dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies cengal ( Neobalanocarpus heimii ) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan kertas. Agathis borrensis pula adalah pokok damar minyak yang digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional, lampu penyuluh, pemetik api, penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit haiwan. Hutan juga adalah sumber getah yang penting. Misalnya, getah gutta-perca yang didapati daripada pokok nyatoh taban merah ( Palaqquim gutta ) mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik apabila dipanaskan pada suhu 820C ( 1800F ) dengan mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas. Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan, bolabola golf, bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong kegunaan di makmal-makmal kimia. Sebelum tanaman pokok-pokok getah ( Hevea brasiliensis ) diperkenalkan di Semenanjung Malaysia, sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokokpokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit daripada famili Apocynacease. Di antara genera-genera pepanjat daripada famili ini yang menghasilkan getah ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus dan Melodinus .

Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah macang ( Mangifera foetida ), jambu ( Eugenia sp. ), durian ( Durio sp. ), sentul ( Sandoricum koetjape ), rambutan ( Nephelium sp. ), langsat ( Lansium domesticum ) dan manggis ( Garcinia mangostana ). Daun-daun asam gelugor ( Garcinia atroviridis ) dan cemperai ( Champereia manillana ) pula boleh dijadikan sayur-sayuran sementara biji-biji buah hutan seperti petai ( Parkia speciosa ) dan jering ( Pithecelobium jiringa ) pula boleh digulai atau dijadikan ulam. Enau yang dikenali sebagai kabong ( Arenga pinnata ), sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan kelapa dan gula Melaka. Kini sumber pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan. Berbagai bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan. Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. Walaupun demikian, terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk menangkap ikan, racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan anai-anai. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba termasuklah Derris elliptica ( tuba ), Anamirta cocuculus ( kris ), Diospyros wallichi ( tuba buah ) dan Barringtonia scortechinni ( putat tuba ).Racun ipoh yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh ( Antiaris toxicaria ) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli. Minyak-minyak daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh dimakan. Contohnya minyak daripada pokok sengkawang dan ketapang. Terdapat sumber-sumber minyak daripada tumbuhan. Contohnya penaga yang boleh digunakan untuk membuat bahanbahan seperti sabun, cat dan lilin. Minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuh-tumbuhan. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum. Di antara jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan dasar di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah kenangan, bunga tanjung dan keruing gondol. Penaga dan pulasari pula adalah di antara

jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam pembuatan bahan perisa dan haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan. Kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok, palma, pokok renek, herba dan paku-pakis yang berpotensi untuk didomestikasikan, dipilih dan dipopularkan sebagai spesies tumbuhan yang sesuai bagi kegunaan hiasan dan senitaman. Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. Pokok-pokok tempatan seperti medang ( Cinnamomum sp. ), penaga ( Mesua sp. ), palmapalma palas ( Licuala sp. ), pinang hutan ( Pinanga sp. ), pokok-pokok renek delek ( Anisophyllea sp. ), herba-herba setawar ( Costus sp. ), lumbah ( Curculigo sp. ) dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di negara kita. Selain itu, hutan adalah suatu sumber tanah yang penting. Memandangkan kawasan hutan adalah luas, maka dengan pembukaan hutan yang terancang, kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak, tapak penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan. Dengan adanya hutan, ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai, namun masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan membolehlkan penerokaan ilmu secara berkekalan. Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Dengan kepupusan sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan.

Kesimpulan : Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi, menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui. Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika.

Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025. Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang.

You might also like