P. 1
12 jenis 'UbatBabi'

12 jenis 'UbatBabi'

|Views: 195|Likes:
Published by shahaizatrazali

More info:

Published by: shahaizatrazali on Oct 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2014

pdf

text

original

EDISI PERCUMA

Laporan Percuma ini menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Melalui laporan ini, ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi. Anda boleh dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.rahsiaubatbabi.com Oleh : Abd Rahman, B.Pharm [+] Laporan ini boleh diedarkan secara PERCUMA tetapi tidak boleh dijual

Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

1

[HAKCIPTA]

Rahsia Ubat Babi

RAHSIA UBAT BABI (Edisi Percuma) Hakcipta Terpelihara © Rahman Baco 2011
Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dari ebuku ini boleh diterbitkan semula atau dipindahkan kepada apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara, elektronik atau mekanikal termasuk fotostat, rekod atau apa-apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Had Liabiliti. Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan pendidikan dan panduan para pembaca. Usaha sedaya upaya telah dilakukan untuk memastikan maklumat di dalam buku ini tepat dan benar. Maklumat di dalam buku ini tidak boleh digunakan oleh sesiapapun untuk tujuan diagnosis diri, rawatan atau alasan untuk menerima atau menolak sebarang terapi perubatan untuk apa apa penyakit. Setiap orang disaran untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pengamal perubatan profesional. Buku ini juga tidak memberikan apa-apa nasihat perubatan. Sebarang aplikasi daripada maklumat di dalam buku ini adalah di atas pertimbangan dan risiko pembaca sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan harus mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan masing-masing sebelum mengambil atau menghentikan pengambilan sebarang ubat. Penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab kepada mana mana individu atau kumpulan yang mengalami kerugian, kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh maklumat di dalam buku ini secara langsung atau tidak langsung.

Diterbitkan oleh: Inspired Partners Publication www.inspiredpartners.com.my

Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

2

[PENULIS]

Rahsia Ubat Babi

MENGENAI PENULIS
Abd Rahman Baco merupakan seorang penulis, penyelidik dan penceramah isu ubat ubatan halal di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sg. Hj. Matahir sebelum menyambung pelajaran ke Sek. Men. Agama Kota Kinabalu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Kulliyyah Farmasi, UIAM. Beliau kini merupakan seorang Ahli Farmasi berdaftar di Malaysia dan berpengalaman berkhidmat sebagai ahli farmasi di hospital, kedai farmasi dan juga sebagai penganalisa di makmal kimia ubat. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini penulis di laman blog beliau di http://www.rahmanbaco.com

rahmanbaco@gmail.com http://www.facebook.com/abdrahman.bpharm

Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

3

[KANDUNGAN]

RAHSIA UBAT BABI

Isi Kandungan
Prakata ...................................................................................................... 5 Pengenalan ................................................................................................. 6 Ubat Daripada Sumber Babi ...................................................................................................... Isu Kontemporari, Sensitif dan Kontroversi ...................................................................... 7 Mengenali Babi......................................................................................... 18 Istilah-istilah Berkaitan Babi ................................................................................................ 19 Kenapa Babi Diharamakan ....................................................................... 24 Adakah Babi Itu Najis ? .......................................................................................................... 27 Bahaya dan Penyakit Berkaitan Babi ................................................................................ 29 Babi Dalam Bidang Perubatan.................................................................. 37 Mengapa Babi Digunakan Dalam Bidang Perubatan ? ............................................... 38 Kajian Perubatan Menggunakan Babi ............................................................................... 38 90 Jenis Ubat Daripada Sumber Meragukan ............................................ 42 Dan Pilihan Alternatif Yang Ada. ......................................................................................... 43 Farmaseutikal Halal ............................................................................... 134 Cabaran dan Peluang. ........................................................................................................... 135 Pengajaran Dari Farmaseutikal Kosher .......................................................................... 137 Apa Peranan Anda ? ............................................................................... 143 Peranan dan Sumbangan Agensi Kerajaan dan Swasta di Malaysia .................. 144 Penutup.................................................................................................. 159

Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

4

saya sebagai seorang ahli farmasi Islam merasa bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan ilmiah tentang perkara ini dan menulis buku ini bagi menjaga kepentingan umat Islam. Saya berdoa agar Allah Subhanahu wa Ta’ala menjauhkan kita daripada kekeliruan. Ebook Rahsia Ubat Babi ini akan memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubatan-ubatan dan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengannya. Semoga usaha dan niat kita diterima olehNya. mengilhamkan kita jawapan yang betul.rahsiaubatbabi. Pendedahan media mengenai ubat-ubatan yang mengandungi babi di pasaran Malaysia menimbulkan kebimbangan ramai pihak.com 5 . senarai ubat daripada sumber babi dan pilihan alternatif yang ada turut didedahkan di dalam buku ini sebagai panduan kepada pesakit dan pengamal perubatan. B. Ebook ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa terkini tentang ubat dari sumber babi yang dikeluarkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain daripada itu.[PRAKATA] RAHSIA UBAT BABI Prakata Asssalamualaikum. Pharm Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Akhir-akhir ini umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya banyak berhadapan dengan isu halal dan haram dalam kehidupan mereka. menjauhkan kita dari melakukan kesalahan dan menggerakkan kita ke arah jalan keredhaanNya. namun belum ada senarai ubatan-ubatan daripada sumber babi dan garis panduan yang dikeluarkan. Abd Rahman. Antara isu halal dan haram yang hangat diperkatakann ialah penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan. Justeru itu.

cerita dan pengalaman sebenar mengenai isu ubat daripada sumber babi. saya mengumpulkan berita.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Pengenalan Ubat daripada sumber babi: Isu kontemporari. ubat pembedahan. sensitif dan kontroversi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti Malaysia. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Sebagai pengenalan kepada isu ini. mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut. kencing manis dan sakit jantung dipercayai banyak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. namun bagi pesakit yang menitikberatkan soal halal dan haram.rahsiaubatbabi. Maklumat ini saya kumpulkan daripada akhbar.com 6 . Produk ubat-ubatan seperti vaksin. Indonesia dan Brunei. sensitif dan kontroversi? Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari. internet dan blog dari dalam dan luar negara sebagai pengajaran dan gambaran isu sebenar.

Penolong pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat (POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Emel itu. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.com 7 . Emel sapu yang dikesan in disebarkan orabase” suntikan mengandungi tersebut oleh dua turut sejak tahun lepas mendakwa ubat “Kenalog untuk ulser mulut. Emel itu didakwa dihantar oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan. tablet selesema “Drixoral”.rahsiaubatbabi. yang disertai ucapan salam dan kalimah “wallahu’alam” turut menyeru umat Islam agar mengambil langkah berhati-hati dengan bertanya mengenai kandungan ubat-ubatan yang diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi yang memberikannya kepada mereka. Kamarudin Ahmad apabila dihubungi hari ini pula mengakui pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan penyebaran emel tersebut.[PENGENALAN] UBAT ADA KANDUNGAN BABI DIJUAL DI MALAYSIA ? Dipetik daripada akhbar mStar Online RAHSIA UBAT BABI 21 Jun 2006. “Fraxiparine” babi. syarikat ubat mencairkan darah “Clexane” dan “porcine” iaitu nama saintifik bagi Ubat-ubatan dipasarkan vendor yang dikatakan farmaseutikal antarabangsa beroperasi di Malaysia. PETALING JAYA: Kesahihan emel yang mendakwa empat jenis ubat yang dipasarkan di Malaysia mempunyai kandungan babi masih menjadi tanda tanya berikutan tiada pihak yang ingin mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.

Kamarudin pula mengatakan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa JAKIM.[PENGENALAN] “Emel itu boleh dipanggil spam saja. Datuk Seri mencari menggunakan alternatif bahan sekiranya ada ubat berkenaan Liow Tiong Lai.” SEMUA UBAT DIBEKAL HOSPITAL ADALAH HALAL : LIOW Kementerian cari alternatif jika bahan haram Dipetik daripada akhbar Berita Harian Online 12 April 2009. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Menteri Kesihatan. Ditanya tentang kesahihan kandungan emel tersebut. jawapan yang diberikan adalah: “Pengesahan halal JAKIM tidak meliputi ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.rahsiaubatbabi. Kita percaya ada orang gunakan nama pegawai jabatan ini untuk menghantar emel berkenaan. KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan semua ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit di negara ini diperbuat daripada sumber halal dan akan berusaha terbukti haram. Walaubagaimanapun.” katanya kepada mStar Online. RAHSIA UBAT BABI BPFK tidak pernah mengeluarkan arahan kepada sesiapa untuk menghantar emel tersebut.com 8 . berkata semua ubat yang dibekalkan di hospital kerajaan halal sekarang meskipun dipastikan harganya mungkin lebih mahal melainkan sesetengah ubat yang tiada alternatif lain. Emel tersebut telahpun mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun lepas di dalam lawan web rasminya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan. Dato’ Eisah A.com 9 . UBAT GELATIN BABI DITARIK BALIK Dipetik daripada akhbar Kosmo Online 7 Mei 2010. telah KUALA LUMPUR: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Imodium mengarahkan yang babi syarikat disahkan supaya pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Capsule unsur mengandungi menarik balik produk itu dari pasaran.” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Parkinson Sedunia.rahsiaubatbabi. Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI “Kita tahu bahawa ubat tertentu seperti fraxiparine bagi mencairkan darah pesakit jantung mengandungi bahan haram tetapi alternatif kepada ubat berkenaan terlalu mahal dan mungkin di luar kemampuan sesetengah pesakit. “Kita di kementerian perlu mengutamakan tanggungjawab menyelamatkan nyawa pesakit namun kita sentiasa mencari jalan memastikan kaedah rawatan dan ubat-ubatan memenuhi tahap piawaian halal. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.

65. Kak Teh cakap diapun fikir cam tu gak.rahsiaubatbabi. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.45 pagi. SEMUA TINGGAL KENANGAN Dipetik dari Blog Ibnu Zain Rembawi 14 OKT 2009: Pukul 9. “Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan. jantung abah stop tadi. Kak Teh keluar dari bilik doktor dan panggil aku. Hanafiah Omar. doktor tanya nak bagi ke tak? Dia suruh kita bincang”. ada khinzir. Kalau tak halal buat apa nak bagi. ubat yang doktor nak bagi abah tu tak halal.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Rahman berkata. pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut. tapi tunggulah beradik lain. Doktor terus mendesak dengan pertanyaan “dah bincang hal tadi?” Ku jawab nanti dulu sambil istighfar dan selawat mohon kebaikan untuk abah.com 10 . kebaikan tak datang dengan melanggar perintah Allah. Yang paliing jauh Ijan di Kuantan dan Kak Chik di Johor Bahru. yang diberi ubat Imodium Capsule oleh kakitangan sebuah hospital swasta di Hulu Klang pada 29 Mac lalu tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi.” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam. Datuk Mohd. Kenyataan beliau itu adalah susulan kepada laporan Kosmo! Ahad pada 4 April lalu yang mendedahkan rasa tidak puas hati seorang pesakit. Ada 6 beradik aku yang belum sampai lagi. “Aid.

tapi aku bukan nak berhujah dengan dia. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Pukul 1. Dr Ardiff yang masih muda lingkungan 27 tahun di hospital ini. Abang Aji. Ya Allah bantulah kami. Kenapalah umat ini masih bergelumang dengan benda haram dari segi hukum.15 pagi. Kami berbincang ubat dan mencari lain yang bimbit kawan doktor. aku.rahsiaubatbabi.30 tengahari. memang tiada kejayaan. Kami buntu sambil meninggalkan kaunter farmasi. Amat menyedihkan apabila ubat yang dikeluarkan ialah “Fraxiparine” masih ada ekstrak khinzir. Di situ juga aku guna komputer untuk cari ubat dan nombor telefon hospital swasta yang berhampiran. Seingat aku pengarah cakap “Yelah. Aku dan abang sibuk dengan merujuk kawan telefon kepada yang Akhirnya dengan izin Allah kami dapat satu petunjuk. Surat dari Dr Ardiff kami ajukan kepada Bahagian Farmasi di Hospital Pantai. Lepas Zohor.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Pukul 10. tapi kan Rasullulah pun cakap kalau takde makanan khinzir pun boleh makan” berdesing telinga aku. alternatif halal. Kak Long ke Hospital Pantai di Melaka setelah kami hubungi Colombia dan KPJ di Seremban yang tidak mempunyai ubat tersebut. cuma dia benarkan oklah. ‘Fondaparinux’ iaitu ubat yang halal dan boleh digunakan.com 11 menyuruh kami merujuk kepada pengarah hospital untuk membenarkan penggunaan ubat luar . Abang Aji dan Kak Lang sampai.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku dihubungi supaya datang ke Hospital Pakar Putra untuk mengambil ubat tersebut.. boleh bercakap dengan kuat. Pukul 4. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Tekanan darah abah telah naik melebihi 100.30 petang.00 petang kami masih di Hospital Pantai tanpa ada perbualan.rahsiaubatbabi... Tapi. Seolah tiada apa yang berlaku. Ijan dan abang Aji. semua tinggal kenangan . Tapi natijahnya sama apabila pegawai farmasi itu mengatakan bahawa di sana hanya ada clexane dan fraxiparine. dengan izin Allah abah semakin baik. Pukul 2. Maka pukul 6. Maka aku minta bantuan darinya supaya mencari di mana terdapat Fondaparinux.com 12 .00 petang semua beradik dan ipar beredar meninggalkan hospital balik ke kampung. Kak Long dan Abang Aji memerhati orang yang keluar masuk hospital sedang aku menggenggam telefon bimbit yang biasanya di pinggang dengan harapan ada berita baik untuk abah dan kami. Yang masih di sisi abah aku.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI kulihat masih ada nombor telefon Hospital Pakar Putra yang belum dihubungi. Al Fatihah. tersenyum dan boleh bangun seperti biasa.

Tetapi doktor menolak dengan alasan denyutan nadi saya belum teratur dan keputusan MSCT kurang tepat. semakin hari semakin jelas keadaan tersebut berdasarkan keputusan ujian EKG yang dilakukan setiap kali saya mengalami sakit dada.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI MALPRAKTIK? UBAT DARIPADA SUMBER BABI TIDAK DIMAKLUMKAN KEPADA PESAKIT Dipetik daripada tulisan Firmansyah Stanley 10 April 2007 JAKARTA : Saya dimasukkan ke wad VIP sebuah Rumah Sakit di Indonesia kerana mengalami Angina Pectoris dan GERD. Pembedahan jantung telah berjaya dilakukan pada 11 Jun 2007 dan saya kembali ke Indonesia pada 28 Jun 2007. Pada 13 April 2007.rahsiaubatbabi. saya diberikan suntikan ubat bernama Lovenox dua kali sehari selama 4 hari. Pada 12 April 2007 saya mengalami serangan jantung dan segera dipindahkan ke bahagian penjagaan rapi (ICU). Akhirnya. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Doktor di Malaysia membuat kesimpulan saya harus menjalani Pembedahan Pintasan Jantung Kecemasan. pada 27 April 2007 saya dibenarkan pulang dengan dibekalkan ubat-ubatan. Kerana sakit dada yang terus hilang timbul saya memutuskan untuk berubat ke Malaysia dan berlepas pada 6 Jun 2007.com 13 . Oleh itu saya meminta ‘MSCT 64 slice’ dilakukan. Sejak awal terdapat tanda tanda kekurangan oksigen pada otot jantung saya. setelah mendapati terdapat penyumbatan di beberapa titik salur darah jantung saya. Setelah berada di rumah berkali-kali sakit dada masih terus menyerang saya sehingga saya menyiapkan oksigen di rumah untuk membantu mengurangkan rasa sakit di dada. Pakar Jantung mengdiagnosis berlaku penyempitan pada salur pembuluh darah jantung saya di sebelah kiri serta kerosakan otot jantung bahagian kiri.

saya mengambil kertas sisipan (package insert) yang terdapat pada ubat tersebut. Pada saat itu. Dia membacanya dari tulisan pada label bahagian luar ubat tersebut. Saya meminta perawat saya untuk mengumpulkan semua maklumat perubatan termasuk ubat-ubat yang telah saya pakai. Ternyata terdapat tulisan “BERSUMBER BABI. Pada suatu kesempatan. benar telah berlaku penzaliman terhadap saya dan agama saya.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Beberapa hari setelah kepulangan saya ke Indonesia. Kemudian. saya bertanya kepada seorang Imam Besar Masjid Istiqlal yang juga wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia. dan kepada doktor dan pakar jantung supaya memerhatikan hak-hak pesakit untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.rahsiaubatbabi.com 14 . Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Kemudian saya mengetahui dari Pakar Jantung yang lain bahawa terdapat ubat sejenis lain yang tidak mengandungi babi. saya mengupah seorang perawat di rumah. perawat saya bertanya apakah saya mengetahui bahawa ubat suntikan Lovenox yang saya gunakan bersumber babi. saya mengingatkan kepada saudara-saudara muslim agar berhati hati dalam menerima ubat suntikan apabila mengalami serangan jantung. Sumber bahan baku obat harus diinformasikan dokter kepada pasien (pesakit)”. Apakah telah berlaku penzaliman ke atas saya atau agama Islam oleh Pakar Jantung bukan Islam kerana tidak memberitahu tentang sumber bahan ubat Lovenox tersebut atau tidak menggunakan ubat sejenisnya yang halal? Beliau menjawab. Oleh kerana itu.

com 15 . makan tengahari dan makan malam – lima kaspul besar setiap hidangan – untuk membekalkan enzim yang tidak dapat dihasilkan oleh badan mereka. New York: Pankreas Babi Potong mungkin tidak menyelerakan didengar. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI MENCARI ALTERNATIF KEPADA UBAT DARI SUMBER BINATANG Dipetik daripada The New York Times 1 April 2008.rahsiaubatbabi. Tetapi kebanyakan pesakit yang menghidap Cystic Fibrosis memakannya dalam bentuk yang telah diproses setiap kali sarapan pagi.

Sejak sebelum heparin ditarik-balik lagi. penyakit keturunan yang menyerang paru paru dan saluran pencernaan. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. yang dikaitkan dengan 19 kematian dan kandungan utamanya yang berasal dari usus babi. ubat sintetik yang dipasarkan oleh Syarikat GlaxoSmithKline dan merupakan salinan kebanyakan struktur bahan aktif heparin. usaha untuk menghasilkan ubat alternatif secara sintetik telah dijalankan.com 16 . telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan ubat-ubatan dari sumber haiwan meskipun kita telah berada dalam era kemodenan kejuruteraan bioteknologi. Tidak seperti heparin. Syarikat Scientific Protein Laboratories yang membekalkan bahan aktif heparin kepada Baxter International juga merupakan pembekal kebanyakan enzim pankreatik babi yang digunakan oleh pesakit Cystic Fibrosis. Penarikan balik (recall) terbaru ubat pencair darah heparin oleh Baxter International. Tetapi. telah berjaya digunakan dalam beberapa pembedahan.rahsiaubatbabi. Setakat ini. ia mempunyai satu kekurangan utama. Arixtra tidak mempunyai antidot yang spesifik untuk membolehkan doktor menghentikan aktiviti pembekuan darahnya apabila pesakit mengalami masalah pendarahan. tiada ubat sintetik yang ideal ditemui. Arixtra.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Ubat-ubat ini diperlukan oleh hampir 30 000 orang di Amerika Syarikat yang menghidap Cystic Fibrosis. Berjuta-juta vial heparin digunakan setiap tahun untuk mencegah pembentukan darah beku semasa pembedahan dan dialisis buah pinggang. selain harganya yang hampir sepuluh kali ganda mahal berbanding heparin.

” BEKALAN VAKSIN MENCEVAX MENCUKUPI Dipetik daripada akhbar Berita Harian 3 Dis 2002. “Ini menjadikan kita bergantung kepada heparin China kerana sekurang-kurangnya 70 peratus bekalan heparin datang dari China. majlis Fatwa meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium. bulan depan. Penarikan-balik di Amerika Syarikat baru baru ini melibatkan kandungan heparin dari babi China yang dibekalkan oleh Scientific Protein Laboratories kepada Baxter International. dan 400 juta daripadanya disembelih di China. isu dari mana sumber babi diperolehi adalah lebih serius daripada penggunaan heparin daripada sumber babi.rahsiaubatbabi. Linhardt.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI Menurut Robert J. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan lebih 110 000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam di negara ini yang berhasrat menunaikan haji di Mekah. Pakar Heparin dari Institut Politeknik Rensselaer.com . Jumaat Muzakarah Kebangsaan memutuskan vaksin hanya meningococcal lalu. New York.” Menurut Dr Linhardt. diharuskan oleh dan 17 penggunaannya mengerjakan haji umat Islam yang mahu Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. “Terdapat lebih 700 juta babi disembelih setiap tahun.

katanya. Ini kerana vaksin jenama berkenaan didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa daripada susu. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.com 18 . babi dan itik. Kementerian Kesihatan Malaysia. Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata. “Penggunaan vaksin jenama Mencevax itu harus. Pengerusi majlis itu. kerana hanya ada dua jenama sahaja yang didaftarkan dan boleh didapati dalam pasaran. jenama yang tidak langsung menggunakan sumber babi iaitu Mencevax diharuskan”. keputusan menghalalkan penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambilkira maklumat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi.[PENGENALAN] RAHSIA UBAT BABI umrah. lemak dan jantung lembu. Bagaimanapun. bukannya halal kerana ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan sama ada ia disembelih atau sebaliknya. Bagaimanapun vaksin ACYW 135 jenama Menomune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asid amino dari lembu.rahsiaubatbabi.

Walau bagaimanapun. haiwan babi dianggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran yang buruk.com 19 .[MENGENALI BABI] Rahsia Ubat Babi Mengenali Babi Berkenalan dengan Babi Istilah babi dalam masyarakat melayu sinonim dengan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa pula. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. dimana Tahun Babi dimasukkan ke dalam kalendar cina. ada juga masyarakat seperti puak asli di Papua New Genia mengganggap babi sebagai mata wang yang bernilai.rahsiaubatbabi.

Babi ialah haiwan omnivor yang bererti mereka memakan daging dan tumbuhtumbuhan. babi merupakan haiwan meragut terutamanya makan daun. Babi juga diketahui memakan bangkai dan sebarang jenis makanan termasuk serangga mati. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Kadangkala semasa dalam kurungan. buah dan bunga. cacing. babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Ungulata adalah kelompok mamalia yang menggunakan hujung kuku untuk menahan berat badannya sewaktu bergerak. babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar.rahsiaubatbabi. Secara liar. rumput. Babi biasanya memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal dan rawan. Muncungnya yang boleh bergerak digunakan bagi menggali tanah untuk mencari makan dan merupakan organ deria yang sensitif. Selain itu. babi mungkin memakan anaknya sendiri sekiranya ia tertekan.com 20 . kulit pokok. bangkai reput malah bangkai babi yang lain.[MENGENALI BABI] RAHSIA UBAT BABI Realitinya. akar. dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Babi jantan menjadi aktif secara seksual sekitar usia 8 hingga 10 bulan. Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi. tetapi kelahiran memuncak semasa musim hujan. Lumpur turut memberi perlindungan terhadap lalat dan parasit lain. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8 hingga 18 bulan. Babi juga menggunakan lumpur sebagai bentuk pelindung matahari bagi menggelakkan kulit mereka dari terbakar oleh pancaran matahari. Selepas anak babi berhenti menyusu. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. dua tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan seterusnya. Gigi taring yang dipanggil gading tumbuh berterusan dan ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri.[MENGENALI BABI] RAHSIA UBAT BABI Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan.rahsiaubatbabi. oleh itu babi menyejukkan diri mereka dengan berendam di dalam air atau lumpur semasa musim panas. Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor. Pembiakan babi berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika.com 21 .

berat melebihi 50kg. [PENTING!] Boar: Babi liar. Contohnya: Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.[MENGENALI BABI] RAHSIA UBAT BABI Istilah-istilah berkaitan babi Dalam Bahasa Melayu. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.com 22 . perkataan babi atau khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya be maksud babi muda.rahsiaubatbabi. Hog: Istilah untuk babi dewasa. bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam Bahasa Inggeris. berat kurang 50kg. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi. atau daging babi yang diperap dengan garam. Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai. Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun.[MENGENALI BABI] RAHSIA UBAT BABI Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan. Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan. Mungkin ramai orang melayu yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari babi”.com 23 .rahsiaubatbabi. istilah Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal daripada babi. atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin babi”. [Istilah Porcine ini PENTING untuk anda ingat!].

[PENUTUP] RAHSIA UBAT BABI Kenapa Babi diharamkan? Laporan Percuma ini menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Anda boleh dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.com Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.com 24 .rahsiaubatbabi.rahsiaubatbabi. ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi. Melalui laporan ini.

terdapat beberapa produk farmaseutikal terkenal yang sebelum ini didakwa mengandungi sumber babi tetapi tidak disenaraikan di dalam buku ini. Tujuan senarai ubat-ubatan daripada sumber babi ini dibuat bukanlah untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jenama.rahsiaubatbabi. Ini disebabkan oleh kekurangan sumber maklumat dan bukti selain pihak syarikat farmaseutikal yang terlibat telah menukar sumber babi yang digunakan kepada sumber lain seperti lembu dan sayur-sayuran. produk ataupun syarikat farmaseutikal yang terlibat. Senarai ubat-ubatan ini merupakan sebahagian daripada produk farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi bahan-bahan daripada sumber babi.com 25 . Walaubagaimanapun. Dalam bab ini juga saya cuba mengenalpasti bahagian babi yang digunakan di dalam ubat dan sebarang pilihan alternatif yang ada. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada orang ramai selain memberi sedikit tekanan kepada industri farmaseutikal agar menghormati sensitiviti orang Islam dengan menghasilkan produk daripada sumber alternatif yang lain.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Ubat Daripada Sumber Babi dan pilihan alternative yang ada Bab ini menyediakan panduan ringkas dan berguna untuk pesakit dan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ubat mengandungi sumber babi yang menjadi keprihatinan mereka.

Hormon tiroid sintetik Levothyroxine atau kombinasi hormon T4 dan T3 Laman web rasmi Armur Thyroid www.rahsiaubatbabi. Terapi gantian hormon tiroid semulajadi untuk pesakit yang mengalami kekurangan hormon tiroid.armourthyroid. Ekstrak daripada kelenjar tiroid babi.com 1.com 26 . Amerika Syarikat. Pengeluar Kegunaan Forest Pharmaceutical. Tiada maklumat pendaftaran dan penjualan di Malaysia tetapi pilihan alternatif sintetik berdaftar di Malaysia. Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 1: Armour Thyroid Jenama Ubat Armour™ Thyroid (Kelenjar Tiroid) Tablet untuk dimakan.

Pelalian campak untuk individu berusia 12 bulan ke atas.rahsiaubatbabi.com 27 .vaccinesafety. Institute for Vaccine Safety John Hopkins Bloomberg.3 mg dan serum janin lembu < 1 ppm. School of Public Health www. Mengandungi gelatin babi terhidrolisis 14. Pengeluar Kegunaan Kandungan meragukan Merck & Co.5mg. Tiada maklumat pendaftaran dan penjualan di Malaysia.edu Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. albumin manusia 0. Amerika Syarikat. Jenama Ubat Attenuvax™ Vaksin hidup virus campak (measles).[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 2: Vaksin Attenuvax 2. Serbuk kekuningan untuk suntikan. Terdapat vaksin virus campak di pasaran Malaysia yang menggunakan gelatin lembu terhidrolisis.

com/topc. Jenama Ubat Benadryl™ For The Family Original Cough Syrup Sirap ubat batuk jenama asli Benadryl. 1 & 2: Ubat (Benaadryl) haram kerana mengandungi bahan dari babi. Pengeluar Kegunaan Johnson & Johnson. Melegakan batuk. 1. dan hidung tersumbat yang disebabkan oleh selesema biasa atau alergi. Merujuk kepada label produk yang yang dibeli dari kedai farmasi tempatan.rahsiaubatbabi.com 28 . Label produk menyatakan produk tidak mengandungi Alkohol tetapi mengandungi sumber babi dan lembu. Australia.php?uid=173177062174&topic= 11539 Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternative Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. bersin. Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia (MAL05092231A).[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 3: Ubat batuk Benadryl 3. 2.facebook. Kemungkin glycerin yang digunakan diperoleh daripada sumber babi. Pengilang: McNeil. Ms-my. Hanya boleh diberikan oleh ahli farmasi atau doktor perubatan. Artikel: Bah. Banyak produk ubat batuk lain yang tidak mengandungi sumber babi tetapi mengandungi bahan aktif yang sama iaitu DIphenhydramine.

Sel Islet yang diambil dari pankreas babi.com/medicine-health/ Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Masih dalam proses pendaftaran dan pengujian klinikal USFDA .[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 4: Sel Islet berkapsul 4. Rawatan kenicng manis untuk pesakit diabetes jenis 1 yang menjalani pemindahan buah pinggang.rahsiaubatbabi.allbusiness. Artikel: VivoRx’s Diabetes Cell Therapy Product. Jenama Ubat BetaRx-P™ ( Sel Islet Babi) Kapsul yang mengandungi sel Islet babi. Santa Monica.com 29 . Pemindahan sel islet manusia. Pengeluar Kegunaan VivoRx Inc. (on immunosuppresion). www.

Digunakan secara meluas untuk imunisasi tentera Amerika Syarikat. Tidak didaftarkan di Malaysia. Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Bahan babi digunakan dalam kultur penghasilan vaksin antraks seperti Brain Heart Infusion Porcine (kultur dari tisu jantung dan otak babi). Fatwa Penggunaan Vaksin BioThrax dan Rotateg yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 81 pada 31 March 2008. Jenama Ubat BioThrax™ Vaksin Antraks.com 30 . Amerika Syarikat. Pengeluar Kegunaan BioPort Corporation.rahsiaubatbabi. Digunakan sebagai imunisasi aktif untuk individu berusia 18 hingga 65 tahun yang berisiko terdedah kepada antraks.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 5: Vaksin Antraks 5. Ia tidak dilesenkan untuk digunakan selepas jangkitan antraks. Sila rujuk fatwa Biothrax di ebook FatwaFatwa Perubatan. Tiada vaksin antraks berdaftar di Malaysia pada masa ini.

rahsiaubatbabi. blepharospasm (pengecutan kelopak mata). Kasein daripada susu babi dan trypsin daripada pankreas babi digunakan dalam kultur media penghasilan. strabismus (mata juling).com 31 . Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Fatwa Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTXA) yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 73 pada 4-6 April 2006. Ireland. axillary hyperhidrosis (penyakit berpeluh di ketiak yang teruk). Digunakan untuk merawat distonia leher (kekejangan abnormal otot leher).[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 6: Suntikan Botox 6. Jenama Ubat BOTOX™ (Botulinum Toxin Type A) Serbuk untuk suntikan mengandungiToksin Botulinum Jenis A Pengeluar Kegunaan Allergen Pharmaceutical. Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia Sila rujuk fatwa suntikan Botulinum Toksin Jenis A di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan.

Fatwa Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTXA) yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 73 pada 4-6 April 2006. Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Ireland.rahsiaubatbabi. Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia . Pengeluar Kegunaan Allergen Pharmaceutical.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 7: Suntikan Kosmetik Botox 7. untuk kesan jangkamasa pendek.com 32 . Jenama Ubat BOTOX™ Cosmetic (Onabotulinumtoxin A) Serbuk untuk suntikan mengandungi Toksin Botulinum Jenis A. Ubat preskripsi yang disuntik ke dalam otot untuk mengurangkan kedutan di antara kening untuk individu berusia 18 hingga 65 tahun. Sila rujuk fatwa suntikan Botulinum Toksin Jenis A di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan. Kasein daripada susu babi dan trypsin daripada pankreas babi digunakan dalam kultur media penghasilan.

rahsiaubatbabi. Pernah berdaftar di Malaysia pada 1989. Perancis. Pengeluar Kegunaan Sanofi Winthrop Industrie. penyakit jantung yang tidak stabil. PE. thromboprofilaksis dan sistem pencegahan pembekuan darah semasa proses hemodialisis.com 33 . Sila rujuk Arixtra (Fondaparinux) di bahagian Fatwa Mengenai Clexane dan Fraxiparin di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan. Terdapat produk Heparin Sodium dari mukosa usus lembu yang berdaftar di Malaysia. Medicine Partnership www. DVT.mcb.uk Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Jenama Ubat Calciparin™ (Kalsium Heparin) Cecair untuk suntikan. Bergantung kepada dos yang digunakan.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 8: Vial suntikan (Sekadar hiasan) 8. Kalsium heparin dihasilkan dari selaput mukosa usus babi. Informed Choice of Medicine Taking: Drugs of Procine Origin & Clinical Alternatives.org.

Portugis. Pengeluar Kegunaan Ebewe Pharmaceutical – EVER Neuro Pharma GmbH. Asid amino dalam bentuk pepton Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia. Belanda. Jenama Ubat Cebrium / Xebrium Kapsul mengandungi asid amind dalam bentuk pepton.cebrium. Laman web rasmi Cebrium www.com 34 . Dipasarkan di Austria. Digunakan sebagai suplemen kesihatan untuk meningkatkan fungsi sistem saraf.rahsiaubatbabi.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 9: Kapsul Cebrium 9. Asid amino tertentu boleh berfungsi sebagai penghantar impuls (neurotransmitter). Switzerland dan United Kingdom. Terdapat pelbagai pilihan suplemen kesihatan di Malaysia yang dipercayai bebas daripada sumber babi.com Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. Austria.

Kegunaan utama dalam rawatan penyakit Alzheimer. Austria.hypermed. demensia dan kecederaan otak. Kegunaan Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan HyperMED Australia Clinical Research www.au Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. turut digunakan untuk merawat angin ahmar. mendapat kelulusan USFDA dan 44 negara di seluruh dunia.rahsiaubatbabi. Pengeluar Ebewe Pharmaceutical – EVER Neuro Pharma GmbH. Tiada maklumat.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 11: Suntikan Cerebrolysin 11. Jenama Ubat Cerebrolysin™ Suntikan intravena mengandungi peptida cerebrolysin.com 35 . Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia. Digunakan untuk meningkatkan fungsi kognitif dan kelakuan dalam aktiviti seharian.com. Sejenis peptida yang dihasilkan daripada penulenan protein otak babi melalui proses pemecahan enzim.

Aventis Pharma. PE. thromboprofilaksis dan sistem pencegahan pembekuan darah semasa proses hemodialisis. Jenama Ubat Clexane™ . Bhd. Bergantung kepada dos yang digunakan.. Fatwa mengenai ubat Clexane dan Fraxiparine yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 87 pada 23 Jun 2009. Sila rujuk Arixtra (Fondaparinux) di bahagian Fatwa Mengenai Clexane dan Fraxiparin di dalam ebook FatwaFatwa Perubatan. Perancis. Enoxaparin Sodium (Heparin Berat Molekul Rendah) dari heparin yang dihasilkan dari selaput mukosa usus babi. Pengeluar Kegunaan Sanofi Aventis (M) Sdn. Lovenox™ Cecair untuk suntikan mengandungi Sodium Enoxaparin. DVT. 6 jenis produk Clexane berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Gambar 12: Suntikan Clexane atau Levenox (Enoxaparin) 12. penyakit jantung yang tidak stabil. Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com 36 .

ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi.rahsiaubatbabi.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Edisi Percuma ini hanya menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Anda boleh dapatkan senarai penuh di dalam Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.com Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com 37 . Melalui laporan ini.

Seperti penggunaan ilmu hitam.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Penutup Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan.rahsiaubatbabi.  Menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.com 38 . maka DIA lah yang menyembuhkan penyakitku”.w. Cara-cara dalam mengubati sesuatu penyakit itu mesti tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam. sebagai orang Islam kita harus memamahi bahawa :    Kuasa penyembuh bagi sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah. Surah Asy Syu’araa : Ayat 80 Dalam konteks perubatan.  Bahan-bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan Islam seperti suci dan tidak mengandungi najis. Firman Allah s. di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar berubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Manusia hanya dikehendaki berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit. atau lain cara yang ditegah oleh Allah. Kecuali dalam keadaan darurat.t : Maksudnya : “Dan apabila aku sakit.

Penulis. Oleh itu. cadangan atau pertanyaan boleh dibuat dengan melayari laman facebook: http://www. pesakit dan orang awam mengenai aspek ubat-ubatan dari sumber babi dan pilihan alternatif lain yang ada. Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www. saya berharap Laporan Percuma ‘RAHSIA UBAT BABI’ ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengamal perubatan. saya ingin memohon maaf jika terdapat kesilapan atau kekurangan dalam ebook ini dan saya berharap para pembaca yang budiman dapat memberikan teguran atau pandangan kepada saya dalam usaha untuk memantapkan dan memperbaiki kandungan ebook ini untuk edisi yang akan datang.com “Sesungguhnya Allah s. Terima Kasih.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek pengubatan sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. komen.com/RahsiaUbatBabi atau hantarkan emel kepada admin@halalscience.rahsiaubatbabi.com 39 .facebook.w. Akhir kata.t lebih Mengetahui” Sekian. Sebarang ulasan.

Panduan Ringkas untuk Pesakit Menyediakan panduan ringkas untuk pesakit mengenalpasti dan mengelakkan ubat mengandungi babi. mengapa bahan ini digunakan dan untuk apa ia digunakan.rahsiaubatbabi. Apakah 5 kriteria darurat yang perlu dipenuhi? Fatwa-Fatwa Perubatan Terkini Ebook ini menyenaraikan fatwa-fatwa perubatan terkini dan mengupas pendapat-pendapat ulama mengenai permasalahan ubat dari sumber babi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain menerangkan hak-hak pesakit dan soalan yang pesakit perlu ajukan kepada doktor.rahsiaubatbabi. Konsep Darurat dan Halal Haram dalam Perubatan Membincangkan konsep darurat dan halal haram yang sering disalahertikan oleh ramai orang. Hanya di: http://www.com Hakcipta Terpelihara © Inspired Partners Publication 2011 | http://www.[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI] RAHSIA UBAT BABI Dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi yang mengandungi: Rahsia 7 Kandungan Ubat Mencurigakan Membongkar rahsia 7 kandungan ubat yang diragui kehalalannya.com 40 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->