You are on page 1of 7

Nota Ucapan TMDN Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia 2010

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia 1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja majlis kerana dapat saya turut serta bagi memeriahkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 Jabatan Imigresen Malaysia. 2. Istilah cemerlang yang ingin diterapkan didalam penjawat awam adalah merujuk kepada sumbangan dan pengorbanan kita yang sanggup bekerja lebih dari kebiasaan dengan berteraskan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan tahap kerja kepada perkhidmatan awam. 3. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih dan dianugerahkan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan sekalian meneruskan usaha untuk sentiasa cemerlang dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti diri dan usaha. Segala usaha yang dijalankan adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat memberikan dan mempermudahkan urusan kerajaan apabila berurusan. Kepada mereka yang tidak menerima anugerah pada kali ini, tidak bermakna mereka tidak cemerlang kerana Anugerah Khidmat Cemerlang ini ditentukan kuotanya iaitu 8 peratus daripada keseluruhan kakitangan. Oleh yang demikian, kita semua terutamanya warga Jabatan Imigresen Malaysia perlulah bekerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Sebelum melangkau jauh ucapan saya ini, tidak terlewat bagi saya menyampaikan tahniah dan syabas kepada Jabatan Imigresen Malaysia khasnya Caw. KLIA, Sepang kerana telah berjaya merangkul Anugerah Perkhidmatan Imigresen Terbaik Lapangan Terbang Dunia tahun 2011oleh pihak Skytrax di Denmark awal April yang lalu. Saya difahamkan bahawa Jabatan Imigresen telah dua (2) kali berturut- turut iaitu sebelum ini 2010 telah memenangi anugerah tersebut. Hal ini membanggakan kami di Kementerian Dalam Negeri secara amnya. Perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang hendaklah diberikan kepada setiap anggota perkhidmatan awam khususnya Jabatan Imigresen. 4. Dalam hidup kita sentiasa dilumbai orang, dalam pertaruhan kita dilumbai, dalam berkhidmat kita dilumbai dan dalam mencapai sesuatu pun kita dilumbai. Kadangkala kita berasa bahawa keadaan dalam perkhidmatan kita itu statis atau tidak perlu lagi kita tokok, ini adalah pendirian yang tidak positif. Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, bulan depan tentu lebih cemerlang dan tahun depan lebih baik pada bulan ini. Ini mesti kita taruh dalam diri kita. Setiap kali kita menerima ganjaran dari kerajaan ada ertinya dalam diri penerima. Dalam kita mengejar

produktiviti, modal insan yang berpengetahuan tinggi hendaklah dimiliki oleh setiap organisasi samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Bak kata orang lama-lama:Kalau mencari Bukit Dawai Pertama Teluk kedua pantai Kalau mencari para pegawai Pertama elok kedua pandai Pandai yang saya maksudkan bukannya pandai membodek atau sikap negatif tetapi memiliki satu aura atau kebolehan yang berguna kepada Jabatan dan kerajaan secara total. 5. Kita amat memerlukan ramai warga yang mempunyai budaya kerja cemerlang dan mengutamakan rakyat dalam setiap langkah, perbuatan, tutur kata dan isyarat. Ianya bagi memastikan perlaksanaan transformasi total yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri dapat direalisasikan. Menerusi gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pelbagai wacana telah direncanakan dengan begitu rapi oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi. Kesemua ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan berasaskan prestasi yang menjadi nadi utama perjuangan kerajaan pada ketika ini. Oleh itu, kita memerlukan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat khususnya warga Jabatan Imigresen bagi memastikan kesinambungan

kejayaannya. 6. Bagi mengambil cue YAB Perdana Menteri ini, sewajarnya kita menilai setiap perancangan dan proses kerja kita, samada kita benar-benar mendahulukan rakyat seperti memudah cara proses kerja, layanan serta tidak mendapatkan kemudaratan kepada mereka. YB. Menteri Dalam Negeri telah mengutarakan kepada Dato Ketua Pengarah Imigresen mengenai hal ehwal kebajikan Pegawai Imigresen semasa pembentangan Program Transformasi Imigresen pada bulan Februari 2011 yang lalu. 7. Tidak semua pekara baik yang dilakukan oleh jabatan dan kerajaan akan disiarkan didalam media massa, tetapi dalam landskap perubahan ini, kita perlu memanfaatkan saluran-saluran yang pada fikiran saya maklumat akan sampai dengan cepat, berinformasi dan tepat. 8. Kita semua perlu sedar bahawa agensi-agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contohnya, Jabatan Imigresen merupakan sebuah jabatan yang saya rasa mempunyai imej dan kedinamikan yang tersediri berbanding agensiagensi lain, we cant run bussines as usual, sebaliknya kita bersedia untuk mengambil pendekatan

berbeza bila situasi memerlukan sesuai dengan peredaran semasa. Kotak pemikiran kita perlu dimomentumkan supaya tidak bekerja dengan cara statik tetapi pemikiran inovatif hendaklah dibuat agar setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mendatangkan kepuasan dan menjadi buah mulut masyarakat sesuai dengan konsep merakyatkan perkhidmatan Imigresen . Para hadirin yang saya hormati sekalian

PERKHIDMATAN CEMERLANG 9. Perkhidmatan cemerlang yang dimaksudkan dalam perkhidmatan awam merupakan perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang anggota awam yang mutu dan penghasilannya melebihi daripada tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota awam yang lain 10. Walau secanggih mana pun teknologi dan peralatan yang digunakan dalam tugas seharian tidak akan menjamin perkhidmantan yang berkualiti sekiranya ia tidak disertai dengan sikap positif dan komitmen yang bersungguh dari warga Jabatan. Oleh itu, majlis seperti ini diharap dapat menyedarkan semua yang hadir bahawa kecemerlangan sesebuah jabatan berada di bahu anggotanya. Peranan dan tanggungjawab ini perlu sama dipikul. 11. Saya berpendapat untuk cemerlang kita tidak ada alternatif melainkan untuk bersaing dengan secara sihat. Kita bersaing bukan kerana kita mahu mengekalkan apa yang sedang dicapai tetapi kita terus memacu ke hadapan daripada apa yang sedang kita capai pada masa ini. 12. Suka saya ingatkan bahawa tugas sebagai penjawat awam merupakan satu amanah. Tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua sebagai penjawat awam tidak memadai sekiranya kerja yang dilakukan sekadar kata pepatah melepaskan batuk ditangga kepada perkhidmatan berkualiti tinggi. Tuan-tuan/puan-puan sekalian, PERKHIDMATAN BERKUALITI 13. Jabatan Imigresen Malaysia berteraskan slogan Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegriti hendaklah diamalkan oleh semua warga perkhidmatan awam, pasti akan dapat menghasilkan output kerja atau perkhidmatan yang berkualiti. Sistem pengurusan kualiti berteraskan budaya kerja

cemerlang adalah asas penting kearah mewujudkan perkhidmatan awam yang produktif dan berkualiti. Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa membina semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan tahap kualiti supaya cemerlang. DISPLIN KERJA 14. Selain daripada bekerja sebagai satu pasukan, kita juga perlu menekankan aspek displin. Jabatan yang mempunyai warga yang berdisplin tinggi dapat memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan teratur dan tidak menyalahi undang-undang kerajaan. Warga kerja yang mengamalkan budaya berdisplin adalah warga kerja yang bertamadun tinggi dan dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Diantara pekerja yang berdisplin ialah: (i) Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan/perintah (ii) Berpegang teguh kepada ajaran agama (iii) Sentiasa menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji. Tuan/tuan, Puan-puan sekalian, 15. Sebagaimana yang sedia maklum, pada masa ini pelbagai alternatif telah dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Inisiatif-inisiatif yang dianjurkan adalah seperti TQM (Total Quality Management), Piagam Pelanggan, Fail Meja, KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja, e-Government dan kebelakangan ini, ketua-ketua jabatan diminta untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui perwakilan kuasa serta mengkaji semula proses utama di agensi khasnya dikaunter bagi mengurangkan karenah birokrasi. Pekara ini perlu dilakukan kepada system penyampaian yang telus dan cekap seperti yang dituntut oleh pelanggan. 16. Saya berharap agar majlis ini menjadi kayu pengukur kepada sesuatu dan cabaran kepada pegawai-pegawai di jabatan ini untuk bersaing dengan lebih mencabar di dalam skop yang positif. Semoga semangat, kerjasama dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah dan tuntutan kepada agama, bangsa dan Negara. 17. Pada tahun ini, saya difahamkan bahawa seramai 877 orang warga Jabatan Imigresen dari pelbagai jawatan telah terpilih untuk menerima Angerah Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010

Akhir kata, saya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2010

PENYAMPAI TARIKH MAJLIS TEMPAT ISU

: : : : :

MENTERI KATEGORI: UCAPAN PERASMIAN 12-Jul-2008 HARI : Sabtu HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008 SMK SERI AMPANG, IPOH ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

TEKS UCAPAN PENUH : Yang Mulia Pengerusi Majlis, Wakil Pegawai Pelajaran Jabatan Pelajaran Perak, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kinta, Yang Berusaha, Tn. Hj. Muhammad Nawawi b. Yaakob, Pengetua, SMK Seri Ampang. Yang Dihormati, En. Hamdan Yeob Ismail, Yang Dipertua PIBG, SMK Seri Ampang Pn. Salmiah bt. Mat Zin, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Norfadihilah bt. Sharifuddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Khairil Anuar b. Khairuddin, Penolong Kanan Petang, En. Khairuddin b. Saeran, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Pengetua dan Guru Besar, Para ibu bapa, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang, SMK Seri Ampang, Ipoh bagi tahun 2008. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilanggemilang ini. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Abad ke 21 ini telah menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi yang mencabar ini, kita perlu menyedia dan melengkapkan diri para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan generasi muda untuk menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi terutamanya dalam Bahasa Inggeris dan penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pembangunan modal insan ini perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, SMK Seri Ampang, Ipoh akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif. Hal ini berkadar langsung dengan Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) oleh Perdana Menteri pada bulan Januari, 2007. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Usaha ini selaras dengan dua daripada enam teras strategik PIPP iaitu, Membina Negara Bangsa dan Membangunkan Modal Insan. PIPP merupakan wadah terbaik sebagai anjakan paradigma sistem pendidikan

negara ke tahap yang lebih cemerlang pada peringkat tempatan dan global, sekaligus sebagai pemangkin kepada wawasan kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Seri Ampang, Ipoh lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Seri Ampang, Ipoh kerana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2007 / 2008. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Seri Ampang, Ipoh bagi tahun 2008. Sekian, terima kasih.

You might also like