You are on page 1of 17

Hukum lelaki memakai barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG. (Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Fenomena pemakaian gelang bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri. Pemakai-pemakai gelang tersebut tidak mengira sama ada ia daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua. Perkara pemakaian gelang bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara. Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pon dah pakai gelang dan rantai silver. Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya pakai gelang ni Nampak kiut n macho tapi apakah hukumnya. Hukum lelaki memakai gelang Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang. Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma, katanya: Maksudnya: Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadis riwayat al-Bukhari) Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu laihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Taala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama

keduanya. Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: : Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina). Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan? Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya alAnshari Rahimahullahu Taala: Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai). Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki. Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram. Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran. Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata: Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran. Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat. Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh

menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa. Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata. Kesan kaum lelaki memakai gelang Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-adalah iaitu tidak fasiq. Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang sekalipun bagi tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu. Kesimpulannya janganlah orang lelaki memakai barang perhiasan lain selain dr cincin yang tidak diperbuat daripada emas kerana hukumya adalah haram kecuali terpaksa seperti memakai gelang untuk tujuan perubatan.tetapi di sini saya masih lagi sangsi bagaimana pula kalo kita tidak sakit tetapi saja2 jer nak pakai gelang yang bertujuan untuk kesihatan adakah dibulehkan ini kena tanya yang lebih arif bagi saya semuanya berdasarkan niat di hati kita .

1.

Apakah panduan berpakaian dan beraksesori bagi lelaki? Lelaki Islam diharamkan: Memakai emas, tidak kira samada dalam bentuk barang kemas atau aksesori. Memakai sutera, melainkan jika kandungannya kurang dari 50%. Menyerupai wanita dari segi tingkah laku, pakaian dan aksesori. Islam telah memberi panduan yang jelas untuk membezakan antara kedua-dua jantina. Memandangkan emas dan sutera telah dipakai oleh kaum wanita sejak zaman dahulu, maka lelaki dilarang memakainya.

2. Bolehkah lelaki Islam memakai seluar tiga suku?

Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Oleh itu, dibolehkan bagi mereka untuk memakai seluar tiga suku yang menutupi auratnya.

3. Apakah hukum memakai emas bagi lelaki?

Memakai emas dan sutera adalah haram bagi orang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Emas dan sutera adalah haram bagi lelaki umatku, dan halal bagi wanita umatku. Oleh itu, orang lelaki sama sekali tidak boleh pakai emas, samada berbentuk gelang, rantai, anting-anting atau apa jua, kecuali jika ia diperlukan dalam perubatan. Emas putih atau platinum adalah satu nama bagi dua benda. Jika ia adalah logam platinum, maka dibolehkan memakainya bagi orang lelaki. Tetapi jika ia adalah emas tetapi diputihkan, maka ia tetap haram bagi orang lelaki memakainya.

4. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari emas putih (white gold)? Emas putih mempunyai dua maksud, samada ia adalah emas yang diwarnakan putih dengan menggunakan bahan kimia ataupun ia adalah diperbuat dari bahan lain seperti platinum. Jika ia adalah yang pertama, iaitu emas yang diwarnakan putih, maka ia adalah haram bagi lelaki Islam untuk memakainya. Jika ia adalah bermaksudkan yang kedua, maka dibenarkan bagi lelaki untuk memakainya.

5. Bolehkah lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari emas yang bukan tulen iaitu dicampur dengan bahan-bahan lain? Lelaki Islam dilarang dari memakai emas, walaupun kandungannya hanyalah beberapa peratus sahaja, ataupun ia telah diubah kepada bahan lain. Oleh itu, gabungan atau logam campuran emas dari besi atau bahan lain adalah haram bagi lelaki untuk memakainya.

6. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari besi platinum?

Adalah haram bagi lelaki Islam untuk memakai emas. Besi platinum adalah besi yang berwarna perak keputih-putihan yang biasanya tidak menyebabkan tindak balas dari alahan dan ia juga tidak pudar. Ia berlainan dari emas putih. Oleh itu, adalah dibenarkan bagi lelaki untuk memakainya. Memakai berlian juga dibenarkan.

7. Jenis cincin apakah yang dibenarkan dipakai oleh lelaki? Islam melarang lelaki memakai emas. Selain dari itu, adalah dibenarkan bagi mereka memakai apa sahaja jenis cincin selagi mana ia tidak menyerupai wanita.

8. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai? Adalah haram bagi lelaki untuk memakai rantai, tidak kira diperbuat dari emas atau perak atau manamana bahan sekalipun kerana rantai adalah aksesori wanita. Jika seseorang itu terpaksa memakainya bagi tujuan identifikasi maka ia dibolehkan.

9. Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?

Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. Begitu juga adalah haram bagi lelaki atau wanita menindik sebarang anggota badannya dengan tujuan perhiasan kerana ia menyerupai kaum yang tidak percaya pada agama Islam. Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.

10. Apakah hukum menyimpan janggut bagi lelaki?

Menurut mazhab Syafii, menyimpan janggut tidak wajib akan tetapi ia adalah sunnah. Maka menurutnya, adalah baik untuk seseorang lelaki itu menyimpan janggut tetapi hukumnya bukanlah wajib. Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, menyimpan janggut adalah wajib. Sayugia diingatkan bahawa janggut adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan luaran muka. Apa yang lebih penting adalah iman, tingkah laku dan apa yang terkandung di dalam hati seseorang itu. Oleh

itu, jika seseorang itu mahu menyimpan janggut tetapi tidak meneliti akhlak dan aqidahnya, maka ia adalah satu pendekatan yang berat sebelah dan cetek.

11. Apakah hukum bagi perbuatan melancap?

Allah telah berfirman di Surah Al-Mukminun ayat 5-7 yang bermaksud: Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau terhadap yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orangorang yang melampaui batas. Dengan ayat ini, para ulama telah bersepakat bahawa melancap adalah haram kerana ia adalah sesuatu cara untuk melepaskan nafsu dengan cara yang tidak tertera didalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, menurut mazhab Hambali, ia dibenarkan jika seseorang ia bertujuan untuk mengelakkan diri dari berzina.

1. apakah hukum lelaki bertindik? 2. betulkah lelaki yang bertindik x boleh mengimamkan solat? jawapan:


1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga. Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal. Direkod oleh Bukhari (no: 4951). Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547). Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.

2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan. Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadishadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim.

Bertindik Telinga, Lidah, Pusat


Posted by Imam Muda Asyraf on January 26th, 2011

Hukum asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya. Dalam surah al-Baqarah ayat 29 :

(maksudnya): Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya Antara salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, samada berbentuk emas, perak berlian dan sebagainya.

Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki.

Sebenarnya perbuatan bertindik ini merupakan suatu amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Ini dapat dilihat pada hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya : Pada suatu hari raya, selepas baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda SAW pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa : Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan ( barang perhiasan mereka ) kepada Bilal RA. Di dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan oleh wanita-wanita (sahabiyyah ) berkenaan adalah anting-anting. Ianya merupakan perhiasan yang sudah diketahui umum merupakan perhiasan sejak dari zaman awal Islam. Dan perhiasan ini merupakan perhiasan khusus kepada golongan wanita. Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang dari menindik telinga mereka kerana ianya dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Kerana anting-anting itu sudah menjadi perhiasan khusus kepada wanita. Penyerupaan lelaki dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang di dalam Islam. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat alBukhari dari Ibnu Abbas mengatakan: Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Begitu juga pandangan ulama kontemporari seperti Dr Mustafa al-Khin dan Dr Mustafa alBugha dalam kitab mereka Fiqh Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Syafie, yang meletakkan contoh khusus perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah dengan mengenakan anting-anting di telinga. Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula dengan keadaan orang yang menindik di kawasan selain telinga? Boleh atau tidak. Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan Salafussaleh. Namun ianya bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini. Walaupun ianya tidak dibincangkan secara khusus didalam nas yang jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad para ulama semasa. Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias. Antaranya ialah, perhiasan yang dikenakan oleh mana Muslim mestilah tidak digambarkan seolah-olah ianya meniru atau menyerupai orang kafir atau golongan fasiq.Dalil bagi syarat ini ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong dari golongan tersebut. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar r.a.). Menurut Imam Ibnu Kathir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).Ia bukan sahaja mengkhususkan kepada penyerupaan dengan orang kafir sahaja. Namun termasuk juga disini dalam meniru perbuatan orang yang fasiq

(iaitu orang yang biasa dalam melakukan maksiat). Jelasnya disini, amalan bertindik selain anggota telinga ini merupakan amalan yang diambil bukan daripada golongan para solehin. Apatah lagi ianya hasil dari ikutan budaya negatif remaja di barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang kita untuk meniru kebiasaan dan gaya hidup tertentu yang dilakukan oleh orang lain tanpa membawa manfaat yang jelas. Apatah lagi ianya menyeksa diri dan juga dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan si pelaku dengan jangkitan Hepatitis B (rujuk ; http://www.bphealthcare.com, 2 Mac 2007 ) Sebenarnya permasalahan ini sudahpun dijawab dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama 2009, hal. 51, dengan menyatakan bahawa : Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam. Apapun di sini, etika berhias yang terbaik adalah pakaian taqwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu baginda Nabi SAW, maka membuatkan kita terselamat dari segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

Hukum Berpenampilan dan Berperilaku seperti Lawan Jenis Ibnu Abbas radhiallahu anhuma berkata:


Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. (HR. Al-Bukhari no. 5885, 6834) Ath-Thabari rahimahullah memaknai sabda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam di atas dengan ucapan: Tidak boleh laki-laki menyerupai wanita dalam hal pakaian dan perhiasan yang khusus bagi wanita. Dan tidak boleh pula sebaliknya (wanita menyerupai laki-laki). Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah menambahkan: Demikian pula meniru cara bicara dan berjalan. Adapun dalam penampilan/ bentuk pakaian maka ini berbeda-beda dengan adanya perbedaan adat kebiasaan pada setiap negeri. Karena terkadang suatu kaum tidak membedakan model pakaian laki-laki dengan model pakaian wanita (sama saja), akan tetapi untuk wanita ditambah dengan hijab. Pencelaan terhadap laki-laki atau wanita yang menyerupai lawan jenisnya dalam berbicara dan berjalan ini, khusus bagi yang sengaja. Sementara bila hal itu merupakan asal penciptaannya maka ia diperintahkan untuk memaksa dirinya agar meninggalkan hal tersebut secara berangsur-angsur. Bila hal ini tidak ia lakukan bahkan ia terus tasyabbuh dengan lawan jenis, maka ia masuk dalam celaan, terlebih lagi bila tampak pada dirinya perkara yang menunjukkan ia ridla dengan keadaannya yang demikian. Al-Hafidz rahimahullah mengomentari pendapat Al-Imam An-Nawawi rahimahullah yang menyatakan mukhannats yang memang tabiat/ asal penciptaannya demikian, maka celaan tidak ditujukan terhadapnya, maka kata Al-Hafidz rahimahullah, hal ini ditujukan kepada mukhannats yang tidak mampu lagi meninggalkan sikap kewanita-wanitaannya dalam berjalan dan berbicara setelah ia berusaha menyembuhkan kelainannya tersebut dan berupaya meninggalkannya. Namun bila memungkinkan baginya untuk meninggalkan sifat tersebut walaupun

secara berangsur-angsur, tapi ia memang enggan untuk meninggalkannya tanpa ada udzur, maka ia terkena celaan. (Fathul Bari, 10/345) Al-Imam An-Nawawi rahimahullah memang menyatakan: Ulama berkata, mukhannats itu ada dua macam. Pertama: hal itu memang sifat asal/ pembawaannya bukan ia bersengaja lagi memberat-beratkan dirinya untuk bertabiat dengan tabiat wanita, bersengaja memakai pakaian wanita, berbicara seperti wanita serta melakukan gerak-gerik wanita. Namun hal itu merupakan pembawaannya yang Allah Subhanahu wa Taala memang menciptakannya seperti itu. Mukhannats yang seperti ini tidaklah dicela dan dicerca bahkan tidak ada dosa serta hukuman baginya karena ia diberi udzur disebabkan hal itu bukan kesengajaannya. Karena itulah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam pada awalnya tidak mengingkari masuknya mukhannats menemui para wanita dan tidak pula mengingkari sifatnya yang memang asal penciptaan/ pembawaannya demikian. Yang beliau ingkari setelah itu hanyalah karena mukhannats ini ternyata mengetahui sifat-sifat wanita (gambaran lekuk-lekuk tubuh wanita) dan beliau tidak mengingkari sifat pembawaannya serta keberadaannya sebagai mukhannats. Kedua: mukhannats yang sifat kewanita-wanitaannya bukan asal penciptaannya bahkan ia menjadikan dirinya seperti wanita, mengikuti gerak-gerik dan penampilan wanita seperti berbicara seperti mereka dan berpakaian dengan pakaian mereka. Mukhannats seperti inilah yang tercela di mana disebutkan laknat terhadap mereka di dalam hadits-hadits yang shahih. Adapun mukhannats jenis pertama tidaklah terlaknat karena seandainya ia terlaknat niscaya Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tidak membiarkannya pada kali yang pertama, wallahu alam. (Syarah Shahih Muslim, 14/164) Namun seperti yang dikatakan Al-Hafidz rahimahullah, mukhannats jenis pertama tidaklah masuk dalam celaan dan laknat, apabila ia telah berusaha meninggalkan sifat kewanita-wanitaannya dan tidak menyengaja untuk terus membiarkan sifat itu ada pada dirinya. Dalam Sunan Abu Dawud dibawakan hadits dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata:


Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki. (HR. Abu Dawud no. 3575. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata: Hadits ini hasan dengan syarat Muslim). Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah dalam kitab Al-Jamiush Shahih (3/92) menempatkan hadits ini dalam kitab An-Nikah wath Thalaq, bab Tahrimu Tasyabbuhin Nisa bir Rijal (Haramnya Wanita Menyerupai Laki-Laki), dan beliau membawakannya kembali dalam kitab Al-Libas, bab Tahrimu Tasyabbuhir Rijal bin Nisa wa Tasyabbuhin Nisa bir Rijal (Haramnya Laki-Laki Menyerupai Wanita dan Wanita Menyerupai Laki-Laki) (4/314). Dalam masalah laki-laki menyerupai wanita ini, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan: Allah Subhanahu wa Taala menciptakan laki-laki dan perempuan di mana masing-masingnya Dia berikan keistimewaan. Laki-laki berbeda dengan wanita dalam penciptaan, watak, kekuatan, agama dan selainnya. Wanita demikian pula berbeda dengan laki-laki. Siapa yang berusaha menjadikan laki-laki seperti wanita atau wanita seperti laki-laki, berarti ia telah menentang Allah dalam qudrah dan syariatNya, karena Allah Subhanahu wa Taala memiliki hikmah dalam apa yang diciptakan dan disyariatkanNya. Karena inilah terdapat nash-nash yang berisi ancaman keras berupa laknat, yang berarti diusir dan dijauhkan dari rahmat Allah, bagi laki-laki yang menyerupai (tasyabbuh) dengan wanita atau wanita yang tasyabbuh dengan laki-laki. Maka siapa di antara laki-laki yang tasyabbuh dengan wanita, berarti ia

terlaknat melalui lisan Nabi Shallallahu alaihi wa sallam. Demikian pula sebaliknya. (Syarah Riyadhish Shalihin, 4/288) Dan hikmah dilaknatnya laki-laki yang tasyabbuh dengan wanita dan sebaliknya, wanita tasyabbuh dengan laki-laki, adalah karena mereka keluar/menyimpang dari sifat yang telah Allah Subhanahu wa Taala tetapkan untuk mereka. (Fathul Bari, 10/345-346) Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: Apabila seorang laki-laki tasyabbuh dengan wanita dalam berpakaian, terlebih lagi bila pakaian itu diharamkan seperti sutera dan emas, atau ia tasyabbuh dengan wanita dalam berbicara sehingga ia berbicara bukan dengan gaya/ cara seorang lelaki (bahkan) seakan-akan yang berbicara adalah seorang wanita, atau ia tasyabbuh dengan wanita dalam cara berjalannya atau perkara lainnya yang merupakan kekhususan wanita, maka laki-laki seperti ini terlaknat melalui lisan makhluk termulia (Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, pen.). Dan kita pun melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. (Syarah Riyadhish Shalihin, 4/288) Perbuatan menyerupai lawan jenis secara sengaja haram hukumnya dengan kesepakatan yang ada (Fathul Bari, 9/406) dan termasuk dosa besar, karena Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu dan selainnya mengatakan: Dosa besar adalah semua perbuatan maksiat yang ditetapkan hukum had-nya di dunia atau diberikan ancaman di akhirat. Syaikhul Islam menambahkan: Atau disebutkan ancaman berupa ditiadakannya keimanan (bagi pelakunya), laknat9, atau semisalnya. (Mukhtashar Kitab AlKabair, Al-Imam Adz-Dzahabi, hal. 7) Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu memasukkan perbuatan ini sebagai salah satu perbuatan dosa besar dalam kitab beliau yang masyhur Al-Kabair, hal. 145. Adapun sanksi/hukuman yang diberikan kepada pelaku perbuatan ini adalah sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut:

: .:
Nabi Shallallahu alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita (mukhannats) dan wanita yang menyerupai laki-laki (mutarajjilah10). Dan beliau Shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Keluarkan mereka (usir) dari rumah-rumah kalian. Ibnu Abbas berkata: Maka Nabi Shallallahu alaihi wa sallam pun mengeluarkan Fulan (seorang mukhannats) dan Umar mengeluarkan Fulanah (seorang mutarajjilah). (HR. Al-Bukhari no. 5886) Hadits ini menunjukkan disyariatkannya mengusir setiap orang yang akan menimbulkan gangguan terhadap manusia dari tempatnya sampai dia mau kembali dengan meninggalkan perbuatan tersebut atau mau bertaubat. (Fathul Bari, 10/347) Mereka harus diusir dari rumah-rumah dan daerah kalian, kata Al-Qari. (Aunul Mabud, 13/189) Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu menyatakan: Ulama berkata: Dikeluarkan dan diusirnya mukhannats ada tiga makna: Salah satunya, sebagaimana tersebut dalam hadits yaitu mukhannats ini disangka termasuk laki-laki yang tidak punya syahwat terhadap wanita tapi ternyata ia punya syahwat namun menyembunyikannya. Kedua: ia menggambarkan wanita, keindahan-keindahan mereka dan aurat mereka di hadapan laki-laki sementara Nabi Shallallahu alaihi wa sallam telah melarang seorang wanita menggambarkan keindahan wanita lain di hadapan suaminya, lalu bagaimana bila hal itu dilakukan seorang lelaki di hadapan lelaki?

Ketiga: tampak bagi Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dari mukhannats ini bahwa dia mencermati (memperhatikan dengan seksama) tubuh dan aurat wanita dengan apa yang tidak dicermati oleh kebanyakan wanita. Terlebih lagi disebutkan dalam hadits selain riwayat Muslim bahwa si mukhannats ini mensifatkan/ menggambarkan wanita dengan detail sampai-sampai ia menggambarkan kemaluan wanita dan sekitarnya, wallahu alam. (Syarah Shahih Muslim, 14/164) Bila penyerupaan tersebut belum sampai pada tingkatan perbuatan keji yang besar seperti si mukhannats berbuat mesum (liwath/homoseks) dengan sesama lelaki sehingga lelaki itu mendatanginya pada duburnya atau si mutarajjilah berbuat mesum (lesbi) dengan sesama wanita sehingga keduanya saling menggosokkan kemaluannya, maka mereka hanya mendapatkan laknat dan diusir seperti yang tersebut dalam hadits di atas. Namun bila sampai pada tingkatan demikian, mereka tidak hanya pantas mendapatkan laknat tapi juga hukuman yang setimpal11. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengeluarkan mukhannats dari rumah-rumah kaum muslimin agar perbuatan tasyabbuhnya (dengan wanita) itu tidak mengantarkannya untuk melakukan perbuatan yang mungkar tersebut (melakukan homoseks)12. Demikian dikatakan Ibnu At-Tin rahimahullahu seperti dinukil AlHafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullahu (Fathul Bari, 10/345). Kesimpulan: hukum mukhannats memandang wanita ajnabiyyah (non mahram) Dalam hal ini, fuqaha terbagi dua pendapat: Pertama: mukhannats dihukumi sama dengan laki-laki jantan yang berselera terhadap wanita. Demikian pendapat madzhab Al-Hanafiyyah terhadap mukhannats yang bersengaja tasyabbuh dengan wanita padahal memungkinkan bagi dirinya untuk merubah sifat kewanita-wanitaannya tersebut. Sebagian AlHanafiyyah juga memasukkan mukhannats yang tasyabbuh dengan wanita karena asal penciptaannya walaupun ia tidak berselera dengan wanita, demikian pula pendapat Asy-Syafiiyyah. Adapun madzhab Al-Hanabilah berpandangan bahwa mukhannats yang memiliki syahwat terhadap wanita dan mengetahui perkara wanita maka hukumnya sama dengan laki-laki jantan (tidak kewanita-wanitaan) bila memandang wanita. Dalil yang dipegangi oleh pendapat pertama ini adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:


Katakanlah kepada kaum mukminin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka. (AnNur: 30) Adapun dalil yang mereka pegangi dari As Sunnah adalah hadits Ummu Salamah dan hadits Aisyah radhiallahu anhuma tentang mukhannats yang menggambarkan tubuh seorang wanita di hadapan lakilaki sehingga Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang mukhannats ini masuk menemui istri-istri beliau Shallallahu alaihi wa sallam. Kedua: mereka berpandangan bahwa mukhannats yang tasyabbuh dengan wanita karena memang asal penciptaannya demikian (tidak bersengaja tasyabbuh dengan wanita) dan ia tidak berselera/ bersyahwat dengan wanita, bila ia memandang wanita ajnabiyyah maka hukumnya sama dengan hukum seorang lelaki bila memandang mahram-mahramnya. Sebagian Al-Hanafiyyah berpendapat boleh membiarkan mukhannats yang demikian bersama para wanita. Namun si wanita hanya boleh menampakkan tubuhnya sebatas yang dibolehkan baginya untuk menampakkannya di hadapan mahram-mahramnya dan si mukhannats sendiri boleh memandang wanita sebatas yang diperkenankan bagi seorang lelaki untuk memandang wanita yang merupakan mahramnya. Demikian yang terkandung dari pendapat Al-Imam Malik rahimahullahu dan pendapat Al-Hanabilah. Dalil mereka adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:


atau laki-laki yang mengikuti kalian yang tidak punya syahwat terhadap wanita. Di antara ulama salaf ada yang mengatakan bahwa yang dimaksud dengan:


(yang tidak punya syahwat terhadap wanita) adalah mukhannats yang tidak berdiri kemaluannya. Dari As Sunnah, mereka berdalil dengan hadits Aisyah radhiallahu anha (yang juga menjadi dalil pendapat pertama). Dalam hadits Aisyah ini diketahui bahwa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam pada awalnya membolehkan mukhannats masuk menemui istri-istri beliau karena menyangka ia termasuk lakilaki yang tidak bersyahwat terhadap wanita. Namun ketika beliau mendengar mukhannats ini tahu keadaan wanita dan sifat mereka, beliau pun melarangnya masuk menemui istri-istri beliau karena ternyata ia termasuk laki-laki yang berselera dengan wanita. Inilah pendapat yang rajih, insya Allah Subhanahu wa Taala. Adapun bila si mukhannats punya syahwat terhadap wanita, maka hukumnya sama dengan laki-laki jantan yang memandang wanita ajnabiyyah. (Fiqhun Nazhar, hal. 172-176) Wallahu taala alam bish-shawab. 1 Seperti pendapat Mujahid rahimahullahu (Tafsir Ibnu Katsir, 5/402) 2 Kata Ikrimah rahimahullahu: Dia adalah mukhannats yang tidak bisa berdiri dzakarnya. (Tafsir Ibnu Katsir, 5/402). Ibnu Abbas radhiallahu anhuma mengatakan: Dia adalah laki-laki yang tidak memiliki syahwat terhadap wanita. 3 Yakni dengan empat lekukan pada perutnya. 4 Ujung lekukan itu sampai ke pinggangnya, pada masing-masing sisi (pinggang) empat sehingga dari belakang terlihat seperti delapan. Al-Khaththabi rahimahullahu menjelaskan: Mukhannats ini hendak mensifatkan putri Ghailan itu besar badannya, di mana pada perutnya ada empat lipatan dan yang demikian itu tidaklah didapatkan kecuali pada wanita-wanita yang gemuk. Secara umum, laki-laki biasanya senang dengan wanita yang demikian sifatnya. (Fathul Bari, 9/405) 5 Thaif adalah negeri besar terletak di sebelah timur Makkah sejarak 2-3 hari perjalanan. Negeri ini terkenal memiliki banyak pohon anggur dan kurma (Fathul Bari, 8/54-55). Ketika itu Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah mengepung Thaif. 6 Ghailan bin Salamah Ats-Tsaqafi salah seorang tokoh/ pemimpin Bani Tsaqif, yang mendiami Thaif. Pada akhirnya ia masuk Islam dan ketika itu ia memiliki 10 istri, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam memerintahkannya untuk memilih 4 di antaranya dan menceraikan yang lainnya. (Fathul Bari, 9/405) 7 Hadits-hadits seperti ini diberi judul oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu, dalam syarahnya terhadap Shahih Muslim, bab Larangan bagi mukhannats untuk masuk menemui wanita-wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya dengan tanpa hijab, pen.) 8 Tidak termasuk laki-laki yang disebutkan dalam ayat:

Atau laki-laki yang mengikuti kalian yang tidak punya syahwat terhadap wanita. 9 Dan dalam hal ini terdapat hadits yang berisi laknat bagi laki-laki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, wanita menyerupai laki-laki. 10 Al-Mutarajjilah yaitu wanita yang menyerupai laki-laki dalam hal pakaian, penampilan, cara berjalan, mengangkat suara (cara bicara), dan semisalnya. Bukan penyerupaan dalam pendapat/ pikiran/ pertimbangan, dan ilmu. Karena menyerupai laki-laki dalam masalah ini adalah terpuji, sebagaimana diriwayatkan bahwa pendapat/ pikiran/ pertimbangan Aisyah radhiallahu anha seperti laki-laki. (Aunul Mabud, 13/189) 11 Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu berkata: Ulama berselisih pendapat tentang hukuman bagi orang yang berbuat liwath. Yang paling shahih dari pendapat yang ada, hukumannya dibunuh, baik subyeknya (fail) maupun obyeknya (maful) bila keduanya telah baligh. (Ijabatus Sail, hal. 362) 12 Para mukhannats yang ada di masa Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam mereka tidaklah tertuduh melakukan perbuatan keji yang besar, hanya saja kewanita-wanitaan mereka tampak dari ucapan mereka yang lunak/ lembut mendayu, mereka memacari tangan dan kaki mereka seperti halnya wanita, dan berkelakar seperti kelakarnya wanita. (Aunul Mabud, 13/189)

Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram


Posted on January 27, 2011 under Islam by wizvax
0digg 3903Share 1

HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat

tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya. (Surah al-Baqarah, ayat 29) Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.

Advertise Here

Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal. Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah antinganting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita. Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam. Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.

Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa. Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan. (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar) Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat). Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas. Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B. Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam. Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan. Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW. Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika. Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya. Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).

Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari. Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. (Surah Al-Baqarah, ayat 195) Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya. (Surah al-Baqarah, ayat 286) Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

You might also like