You are on page 1of 16

HBML3103

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2011

HBML3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

730714025280002 730714-02-5280 013-4134609 zuraida737@gmail.com

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS.

HBML3103 PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja khusus ini dengan jayanya. Saya merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada Encik Shahrom bin Shaari, tutor Mata Pelajaran HBML3103 Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu, di atas kesudian beliau mencurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar serta bimbingan yang berterusan kepada saya sepanjang proses untuk menyelesaikan tugasan ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dalam berkongsi bahan, ilmu dan pengetahuan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Jutaan terima kasih juga buat ahli keluarga saya terutama suami, anak-anak dan ibu bapa yang banyak memahami dan tidak jemu memberikan sokongan bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga segala jasa baik anda mendapat keberkatan Allah SWT. Saya memohon kemaafan seandainya terdapat kesilapan atau kekurangan dalam tugasan ini. Sesungguhnya segala yang baik itu anugerah Yang Maha Kuasa dan kekurangan itu adalah daripada kelemahan saya sendiri.

Sekian terima kasih.

Zuraida Binti Othman

HBML3103 ISI KANDUNGAN Muka Surat

Penghargaan Pengenalan 1. Persejarahan Komsas 1.1 1.2 Pra Tahun 2000 Komsas Pascatahun 2000 4 1 2

2.

Kewajaran Komsas Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 2.1 2.2 2.3 2.4

Meningkatkan dan Mengukuhkan Minat Membaca Bahan Sastera 5 Menjadi Pelengkap Mempelajari Kemahiran Bahasa Mengukuhkan Kemahiran Berbahasa di Kalangan Pelajar Melahirkan Suasana Menyeronokkan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 6 6 7

2.5

Pelajar Dapat Mengenali Pelbagai Kebudayaan Antara Kaum

3.

Kepentingan Pengajaran Komsas Dalam Membentuk Jati Diri Bangsa Malaysia Yang Merdeka. 3.1 3.2 3.3 3.4 Pembentukan Emosi dan Rohani Memupuk Semangat Patriotisme Menghargai Kesusasteraan Bangsa Melayu Penyerapan Nilai-Nilai Murni

8 9 10 10

Rumusan Rujukan

11

HBML3103 Pengenalan Menurut Dr Nadzeri Isa (2011), Komsas ialah akronim kepada Komponen Kesusasteraan Melayu. Komsas merupakan pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu dan sistem pendidikan kebangsaan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005), Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu.

Komsas ialah pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu dan sistem pendidikan negara. Hal ini bertitik tolak apabila sastera atau pengajaran kesusasteraan telah dikenal pasti dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi memastikan aspek ini diajarkan kepada semua pelajar, Komsas diperkenalkan sebagai satu komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia mulai 2001 (Dr Nadzeri Isa 2011).

Komsas diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara formal pada bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Secata praktisnya kesemua bahan sastera ini diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Sehubungan itu, semua pelajar sekolah menengah tanpa mengira aliran diwajibkan membaca dan mendalami teks Komsas yang dikhaskan mengikut tingkatan. Setiap tingkatan diperuntukkan sebuah novel dan kumpulan karya dan dibahagikan mengikut zon sekolah yang tertentu.

Pengenalan komponen Komsas ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini mempunyai sejarah, kewajarannya yang tersendiri dan memiliki kepentingan tertentu untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.

HBML3103 Persejarahan Komsas 1.1 Pra tahun 2000

Pendidikan kesusasteraan, baik Kesusasteraan Melayu sebagai subjek yang digelari sebagai S besar atau kesusasteraan Melayu (unsur sastera atau Komsas) dalam pendidikan Bahasa Melayu dikenali sebagai s kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini bukanlah yang baru tetapi sudah bermula sejak sebelum perang lagi (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir 2005). Pada waktu itu, kesusasteraan Melayu diajar kepada semua murid tanpa mengira aliran sama ada sekolah aliran Melayu atau Inggeris di peringkat rendah, menengah dan juga di maktab-maktab perguruan Melayu. Tumpuan pada masa tersebut kepada kurikulum dalam mata pelajaran bahasa Melayu ialah Kesusasteraan Melayu klasik, petikan cerita dan hikayat lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya. Pelaksanaan elemen ini kurang jelas dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu kerana yang menjadi fokus ialah kefahaman bahasa dan ceritanya.

Penggunaan kepada bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu, nyatalah bukan perkara baru. Penggunaannya telah berubah kepada cara yang lebih sistematik, terarah dan tersusun pada tahun 1983 apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan kemudian pada tahun 1988 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui KBSM ini secara rasminya Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan satu waktu dalam seminggu khusus untuk mengaplikasikan bahan kesusasteraan Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, setahun sebelum KBSM dilaksanakan, penekanan tentang penggunaan unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu sudah pun ada melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1987. Pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat KP (BS) 8549/3A/AM/(22) yang bertarikh 24 Disember 1984 telah menyenaraikan buku bacaan kesusasteraan Melayu yang mengandungi semua genre dan sesuai untuk pembacaan pelajar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi tingkatan tertentu menggunakannya.

HBML3103 Kurikulum Kesusasteraan Melayu dilaksanakan, aktiviti mengajar bahan sastera sudah disisipkan dalam mata pelajaran bahasa Melayu sejak tahun 1984 lagi. Pada tahun 1995 dan 1998 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) menjalankan kajian dan mendapati pelaksanaan kurang berkesan, ini kerana tiada teks wajib berkenaan Kesusasteraan Melayu dan guru mengabaikannya. Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahan kesusasteraan Melayu ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, sebuah panel penggubal sukatan pelajaran bagi kursus yang berkaitan dengan penggunaan bahan ini telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali Kementerian Pendidikan Malaysia) pada tahun 1989 (KP.[ B.P.G] 9577/68 Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu 1989:2). Sejarah penggunaan Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu bermula dengan keputusan hasil Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan supaya Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Lima. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu diperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Cadangan ini diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komponen Sastera (Komsas) dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan ke arah pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam perubahan kurikulum Bahasa Melayu yang digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000), tujuan penumpuan kepada ketiga-tiga bidang ini membolehkan murid-murid menggunakan bahasa Melayu secara signifikan dalam kehidupan seharian, kerjaya dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kelangsungan hidup mereka. Melalui bidang estetika murid akan belajar memahami, menghayati, menguasai dan dapat menghasilkan penulisan kreatif. Jesteru itu, dengan pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran bahasa Melayu

HBML3103 pada tahun 2000 merupakan satu anjakan paradigma untuk mentranformasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ke arah yang lebih kreatif dan menarik.

1.2

Komsas Pascatahun 2000

Menurut Naffi Mat (2006), pada bulan Mac 2000, karya sastera digunakan untuk mengajar bahasa Melayu. Pelaksanaan ini sejajar dengan keputusan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil 4/1999 pada 3 Februari 1999 Yang Berhormat Menteri Pendidikan membuat ulasan berkenaan perkara ini, iaitu: Meminta membuat persediaan bagi memasukkan Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen wajib dalam mengajar bahasa Melayu. Pelajar-pelajar akan diuji di peringkat PMR dan SPM... Komponen Kesusasteraan Melayu dilaksanakan berperingkat-peringkat, iaitu bermula pada bulan Mac 2000 dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, tahun 2001 pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 dan pada tahun 2002 diperkenalkan kepada para pelajar Tingkatan 3. Semua pelajar diwajibkan mempelajari komponen Kesusasteraan Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam subjek Bahasa

Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Maka dengan pelaksanaan ini, calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai pada tahun 2001 dan pada tahun 2002 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinilai. Ini bermakna pada tahun 2002 Komsas diajar kepada semua pelajar bermula daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan lima.

Dari segi konsep pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000. Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menekankan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk Komsas. Setiap orang pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan yang bermula daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

HBML3103 Jadual 1: Jumlah Karya untuk Komponen Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1- 5. Genre Novel Cerpen Drama Puisi Moden (Sajak) Puisi Tradisional Prosa Tradisional Jumlah Ting. 1 1 6 3 6 6 4 24 Ting. 2 1 6 3 6 6 4 26 Ting. 3 1 6 3 6 6 4 26 Ting.4 Ting.5 1 6 3 6 6 4 26 1 6 3 6 6 4 26 Jumlah 5 30 15 30 30 20 130

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mulai tahun 2003, bagi memudahkan tugas-tugas guru yang mengajar bahasa Melayu, pihak kementerian telah menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam bentuk Edisi Penyesuaian, iaitu bermula daripada Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 5. Lanjutan daripada itu mulai tahun 2003 Kurikulum Bahasa Melayu edisi semakan dilaksanakan di semua sekolah menengah. Beberapa pengubahsuaian dan unsur terbaru pendidikan diintegrasikan dalam kandungan kurikulum ini. Pendekatan pencapaian hasil pembelajaran menjadi teras kurikulum semakan. Ia dapat

mengintegrasikan kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu juga, ia dapat mengintegrasikan sistem bahasa seperti tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, peribahasa serta sebutan dan intonasi.

2.0 2.1

Kewajaran Komsas Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Meningkatkan dan Mengukuhkan Minat Membaca Bahan Sastera

Penggunaan Komsas dalam pengajaran bahasa Melayu mempunyai kewajaran yang tersendiri dalam pendidikan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan meningkatkan

HBML3103 dan mengukuhkan minat membaca para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para penulis dan sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya ialah: Mengenal genre cerpen, drama, nonel dan prosa tradisional. Mengenal puisi moden dan puisi tradisional. Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi. Memahami binaan dan teknik plot. Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kebudayaan. Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

2.2

Menjadi Pelengkap Mempelajari Kemahiran Bahasa

Dalam sistem pendidikan negara Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib yang perlu dipelajari secara formal oleh semua pelajar di sekolah rendah dan menengah. Penyerapan konsep sastera dalam pendidikan bahasa Melayu adalah pelengkap bagi mempelajari kemahiran bahasa yang difokuskan dalam bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika. Komponen satera merupakan pelengkap kepada kemahiran lisan dan bertutur, membaca dan menulis. Ini kerana bahasa dan sastera sebagai wahana bicara, ujaran tatatertib, tingkah laku, dan percakapan yang baik. Oleh itu, setiap konsep, prinsip dan kewajaran mempelajari bahasa dan sastera perlu difahami dan dihayati. Menurut Naffi Mat (2006), dalam bidang estetik melalui bahasa para pelajar dapat menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Pelajar dapat menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Selain itu juga, bidang ini mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan.

2.3

Mengukuhkan Kemahiran Berbahasa di Kalangan Pelajar

Selain itu, kewajaran penggunaan Komsas ini dapat mengukuhkan kemahiran bahasa para pelajar. Ini kerana bahan sastera dapat membantu meningkatkan proses belajar dan

HBML3103 mengajar bahasa Melayu. Antara kemahiran asas yang mesti diberi penekanan dalam pengajaran bahasa Melayu adalah seperti kemahiran lisan, mendengar, membaca dan menulis. Melalui penggunaan bahan sastera yang pelbagai seperti drama, puisi, syair dan sebagainya dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran asas mereka dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam kemahiran membaca mengikut sebutan dan intonasi yang betul. Bagi mengukuhkan kemahiran lisan para pelajar didedahkan kepada aktiviti membaca dialog dalam sesuatu petikan cerita, melakonkan episod drama, berpantun, bersyair dan membaca puisi mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai.

2.4

Melahirkan Suasana Menyeronokkan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Seterusnya dengan menggunakan bahan sastera juga dapat memberikan keseronokkan kepada pelajar terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana karya sastera adalah karya yang indah dan mempunyai huraian hal-hal yang aneh dan ajaib. Ia disusun dengan kata-kata terbaik dan sekaligus menyeronokkan pelajar kerana mempunyai unsur kecindan. Karya sastera dipilih sebagai bahan dalam pengajaran bahasa Melayu kerana ia juga boleh digunakan mengikut peringkat kesukaran pelajar. Kebijaksanaan guru memainkan peranan penting dalam memilih, menilai dan menyesuaikan bahan sastera dengan objektif pengajaran dan pembelajaran agar tercapai matlamatnya dengan berkesan. Suasana pembelajaran yang menarik akan dapat menarik minat pelajar dalam memberikan penumpuan kepada proses pengajaran guru.

2.5

Pelajar Dapat Mengenali Pelbagai Kebudayaan Antara Kaum

Bahan sastera bentuk prosa moden ataupun klasik mengandungi banyak gambaran adat istiadat dan kebudayaan Melayu. Penggunaan bahan sastera ini dalam pengajaran bahasa Melayu, secara tidak langsung boleh mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan kebudayaan orang-orang Melayu. Demikian juga, bahan sastera yang ditulis oleh orang Cina dan India akan didedahkan kepada pelajar Melayu dan seterusnya membolehkan mereka mengenali dan memahami kebudayaan sesuatu bangsa itu. Apabila sesuatu bangsa itu mengenali dan memahami kebudayaan bangsa lain akan lahirlah semangat

10

HBML3103 saling hormat-menghormati dan toleransi di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang membawa kepada keteguhan semangat 1Malaysia.

Pelajar adalah aset berharga kepada sesebuah negara yang memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu menyimpan khazanah berbudaya tinggi kerana masih ada nilainilai kesantunan yang tersembunyi di celah-celah kehidupan masyarakat. Ini adalah satu cara mengangkat darjat Bahasa Melayu ke peringkat global. Perkembangan sahsiah pelajar dapat dibentuk apabila mereka melangkah ke sekolah menengah dengan mempelajari nilai-nilai murni yang terdapat dalam karya sastera. Perkara utama dalam proses belajar dan mengajar cukup jelas bagi memberi suatu pengalaman suka duka yang terpancar dalam karya sastera. Melalui pembacaan bahan sastera ini juga dapat mengembangkan sahsiah pelajar agar dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Di dalam bahan sastera itu terkandung nilai-nilai kemanusiaan yang boleh dihayati dan dicontohi.

3.0

Kepentingan Pengajaran Komsas Dalam Membentuk Jati Diri Bangsa Malaysia Yang Merdeka.

3.1

Pembentukan Emosi dan Rohani

Jati diri sesuatu bangsa amat penting dalam membina sebuah negara yang teguh dan aman sepanjang masa. Ini kerana bangsa yang teguh dan kuat akan menjamin kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Negara akan hancur andai rakyatnya tidak mempunyai jati diri. Pendidikan merupakan salah satu agenda yang dapat membina dan membentuk semangat jati diri sesuatu bangsa dalam melahirkan generasi yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pelaksanaan pengajaran Komsas dalam

Bahasa Melayu dilihat dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka. Ini kerana komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi dan rohani kerana kesusasteraan Melayu adalah wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan pelajar-pelajar sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Unsur-unsur yang terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu itu dapat membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membentuk sahsiah

11

HBML3103 yang baik, dan bersikap toleransi dalam menjalinkan perhubungan antara sesama manusia.

3.2

Memupuk Semangat Patriotisme

Melalui pengajaran Komsas juga, dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air ke dalam jiwa para pelajar yang mewakili generasi masa hadapan yang mana di bahu mereka akan terpikul tanggungjawab meneruskan agenda pembangunan negara. Ini kerana kemerdekaan negara kita dicapai tanpa ada pertumpahan darah dan seharusnya keamanan yang dikecapi hari ini haruslah dikekalkan. Pendedahan kepada elemenelemen patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan negara yang terkandung dalam karya kesusasteraan Melayu seperti sajak Di Ruang Gemanya yang diluahkan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi pada Malaysia. Begitu juga dengan sajak Negeri Cinta yang mengemukakan tema patriotik yang berjaya mengungkapkan aspirasi dan cita-cita murni penyair untuk mewujudkan perpaduan negara. Paparan kisah-kisah perjuangan seperti dalam novel Kapten Hassan Wira Negara, Merdeka, dan Bukit Kepung akan menjadi sumber inspirasi dan pengajaran buat para pelajar sebagai generasi pelapis pentadbir negara. Ini kerana pada masa dahulu melalui bahasa sastera memancarkan semangat perjuangan generasi lama dalam meniupkan semangat perjuangan mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Oleh itu, semangat cintakan tanah air akan terus tersemat dalam jiwa setiap pelajar apabila mereka menghayati dan memahami karya karya kesusasteraan Melayu ini. Semangat cintakan dan sayangi negara ini penting dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka yang dapat mempertahankan negara daripada diceroboh oleh bangsa lain.

3.3

Menghargai Kesusasteraan Bangsa Melayu

Bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi seharusnya memiliki sifat menghargai kesusasteraan bangsanya. Jesteru itu, dalam usaha memupuk semangat jati diri dalam jiwa generasi pelajar penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilihat berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang bersifat sedemikian. Ini kerana melalui pembacaan karya-karya

12

HBML3103 sastera ini akan dapat melahirkan para penilai, pengkritik, penghasil dan penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama ini dapat meningkatkan taraf dan martabat kesusasteraan Melayu ke tahap profesional yang tinggi.

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, mempunyai tata cara hidup yang berbeza, ketidakfahaman terhadap sesuatu budaya bangsa lain seringkali menimbulkan konflik antara kaum. Pengenalan dan pengajaran komsas yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, terutama dari segi pembangunan dan kerohanian. Impian dan harapan negara akan tercapai melalui pengajaran komsas yang bersifat serampang dua mata seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2003 yang telah menggariskan dasar dan matlamat sosial negara. Ini secara tidak langsung dapat menanam sikap jati diri yang tinggi di kalangan para pelajar melalui pendedahan unsur-unsur yang terdapat dalam karya sastera seperti kemoralan, kemotivasian, keaspirasian, kerasionalan, kesaintifikan dan sebagainya. Semua unsur yang positif ini berkeupayaan untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara sejagat.

3.4 Penyerapan Nilai-Nilai Murni Selain itu, kepentingan pengajaran komsas dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka ialah dengan menanam nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Pendedahan kepada karya-karya kesusasteraan Melayu yang pelbagai genre ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya. Lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu pelajar menghayati nilai-nilai murni seperti baik hati, bekerjasama, tolak ansur, kesyukuran dan sebagainya. Karya-karya yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu itu merupakan cerminan hidup masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai dan menjadi teras dalam kehidupan seharian. Bangsa yang berbudi pekerti

13

HBML3103 mulia dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian akan dihormati oleh bangsa lain walaupun berlainan agama dan budaya. Contohnya dalam sajak Seorang Guru Tua yang mengisahkan seorang guru yang mengangkat keperibadian dan kegigihannya yang banyak berjasa mendidik murid-muridnya sehingga berjaya dalam hidup.

Di samping itu juga, sesebuah karya kesusasteraan waima novel, cerpen, atau sajak ialah lukisan kehidupan masyarakat. Ini kerana karya kesusasteraan memaparkan

penganalisisan aspek-aspek kehidupan masyarakat dan diri kita sendiri. Pengarangpengarang karya mempunyai pemikiran yang tajam dalam menyampaikan pengajaran dan panduan hidup kepada masyarakat. Melalui watak-watak yang terdapat di dalam sesebuah karya itu dapat menjadi teladan kepada para pelajar dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Rumusan Kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai kewajarannya yang tersendiri dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin dan beretika tinggi selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sesungguhnya penggunaan bahan Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan satu keputusan yang amat bijak kerana di sebalik objektif terkandung itu tersimpul makna yang tersendiri. Ini kerana kesusasteraan Melayu mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Jesteru, dengan cara menjadikan bahan sastera sebagai salah satu media untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan para pelajar mengenal dan memahami karya kesusasteraan Melayu. Secara tidak langsung dapat menerapkan semangat menghargai khazanah negara yang amat tinggi mutu keseniannya di jiwa generasi muda agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dengan menyelami segala unsur yang terdapat di dalam karya-karya tersebut.

Walaupun hala tuju pendidikan tanah air bagi menghasilkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berketrampilan ke arah berteraskan sains dan

14

HBML3103 teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, namun aspek kebudayaan bangsa tidak akan dipinggirkan. Melalui sastera sesiapa sahaja boleh dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya kreatif para pengukir karya sastera. Pemilihan genre sastera yang sesuai dan pelbagai ini dapat membentuk geneasi pelajar yang mempunyai wawasan dan semangat jati diri yang tinggi dalam mempertahankan kebudayaan bangsa agar terus bersemadi di jiwa mereka walau pun diasak dengan unsurunsur negatif yang lain.

Sebagai ikatan simbiosis, hubungan antara bahasa dan sastera ditautkan dalam satu perspektif bersifat holistik dan intergral. Bahasa dan sastera dianggap sebagai dua unsur kebudayaan manusia yang berkaitan antara satu sama lain. Dunia sastera tidak pernah terpisah dalam pelbagai persoalan bahasa kerana bahasa adalah satu-satunya media ungkapan bagi sasterawan dalam mencipta kreasi karyanya. Oleh itu, wajarlah Komsas ini dianggap sebagai suatu medium yang diharap akan dapat membentuk dan memantapkan aspek emosi dan rohani seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana pengisian kurikulum Komsas meliputi elemenelemen seperti ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah yang boleh menjadi pemangkin ke arah tranformasi pendidikan Bahasa Melayu ke arah yang lebih berkualiti dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka. Bangsa yang merdeka ialah bangsa yang memiliki semangat jati diri yang teguh melalui penghayatan nilai-nilai murni dalam hidup dan sentiasa berbakti ke arah pembangunan, kemakmuran dan keamanan negara.

15

HBML3103 RUJUKAN

1.

Dr Nadzeri Isa. (2011). HBML3103 Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu. Selangor: Open University Malaysia.

2.

Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar Komsas: Komponen Sastera. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

3.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2005. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2007. Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu. Jurnal Institut Peradaban Melayu Jilid 5. Tg. Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.

5.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

www.scribd.com/.../Sejarah-Pendidikan-Telah-Memainkan-Peranan-Penting-DalamMembentuk-Perpaduan-Negara-Menerusi-Akta-Pelajaran-19... - 28 Jun2011 www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab%202.pdf http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/.../jurnal-peradaban-melayu_04... http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisan/microsoft%20word%20%20kajian_komsas.pdf

16

You might also like