You are on page 1of 10

PERMAINAN ALAM SEKITAR MERENTASI KURIKULUM KBSM/KBSR 1.

0 PENGENALAN Permainan dalam Program pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum KBSM/KBSR merupakan satu pendekatan yang amat berkesan untuk menerapkan kandungan dan konsep yang terdapat dalam program ini. Ianya lebih menyeronokkan dan lebih mudah untuk memahami konsep-konsep tersebut iaitu ekosistem, pameliharaan dan pemuliharaan serta kepupusan spesies. Terdapat tiga tahap dalam permainan alam sekitar ini iaitu: 1.1 Pengenalan kepada konsep dan ilmu pendidikan alam sekitar. 1.2 Gangguan ekosistem. 1.3 Penerapan nilai-nilai serta pemeiharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 2.0 RAMAH MESRA ALAM SEKITAR Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan biasanya sesi ice breking akan diadakan bagi membolehkan permainan dapat dijalankan dalam suasana yang ceria, mesra dan menyeronokkan. Antaran tujuan adalah untuk memberi ruang kepada peserta kursus supaya dapat mengenali antara satu dengan yang lain. Jika telah kenal akan membolehkan mereka saling bercerita tentang pengalaman harian mereka hati ke hati untuk dikongsi bersama. Kaedah Perlaksanaan Ramah Mesra Alam Sekitar i. Aktiviti 1. Peralatan Kertas edaran tanda tangan Hadiah (Gula-gula dan sebagainya) Perlaksanaannya: 2.1 Peserta akan diminta mencari pasangan yang terdiri daripada teman atau rakan yang paling rapat

2.2 Peserta diminta membuat 2 bulatan di mana satu bulatan di luar dan satu bulatan di dalam Bulatan luar

Bulatan dalam

2.3 Peserta mesti berada dalam kedudukan berpasangan di dalam bulatan tersebut 2.4 Peserta akan diminta untuk menyanyikan lagu yang memberikan suasana yang lebih ceria dalam permainan tersebut. Lagunya akan dinyanyikan oleh jurulatih dahulu kemudian akan diikuti oleh para peserta. Peserta juga akan diajar untuk membuat pergerakan mengikut lagu tersebut Lagunya adalah berbunyi seperti berikut : Datang sini seronok sekali, bertemu kawan yang baik hati Langkah ke kanan langkah ke kiri, langkah ke kiri sekali lagi Sambil bernyanyi apabila lagunya menyebut langkah ke kanan, maka peserta hendaklah melangkah ke kanan. Jika di sebut langkah ke kiri, maka peserta akan langkah ke kiri dan seterusnya. Setiap kali nyanyian dilagukan habis, peserta akan berhadapan dengan peserta lain. Maka peserta akan diarah untuk bertanya khabar berita, nama dan apa sahaja yang ingin ditanya bagi tujuan berkenalan. 2.5 Jika boleh atau ada masa ramah mesra ini perlu dihabiskan hinggalah peserta akan bertemu dengan orang pertama sekali beliau bertemu pada permulaan ramah mesra 2.6 Jika tidak, tamatkan sahaja dengan memberi aktiviti yang lain

ii. Aktiviti 2 Peralatan kertas edaran tanda tangan, hadiah ringan (gula-gula dan sebagainya) Kaedah perlaksaan 2.1 Semua peserta akan diberikan sehelai kertas edaran yang berupa gambar yang mengandungi perkataan atau ayat tertentu 2.2 Dalam masa 15 minit peserta diminta untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja untu mendapatkan tanda tangan diruang yang disediakan perlu bersesuaian dengan sifat atau kegemaran mereka. Peserta

mendapatkan biodata ringkas agar dapat mengingati denga tepat siapakah orang yang menandatangi diruangan pada kertas edaran mereka. Contohnya suka minum air Tongkat Ali. 2.3 Selepas masa tamat maka dalam bulatan peserta akan diminta oleh jurulatih untuk menganal pasti peserta yang menandatangi ruangan di dalam kertas edaran masing-masing sekurang-kurangnya 10 orang dengan merujuk dan menyebut nama peserta yang menandatanginya 2.4 Jika betul maka peserta akan diberi cenderahati contohnya gula-gula

PENGENALAN TENTANG KONSEP DAN ILMU ALAM SEKITAR Manusia dan setiap benda di dalam dunia ini samada yang hidup atau tidak mempunyai hubungan yang langsung lepada manusia terutama dari segi ekosistem. Hubungan ini selalunya diambil mudah oleh manusia dan merasakan bahawa ianya tidak akan mendatangkan kesan yang akan menyusahkan mereka. Mereka tidak berusaha untuk mengenali siapa atau apakah yang berada disekeliling mereka yang membantu mereka dalam banyak perkara dalam kehidupan. Contohnya, kita tidak pernah mengambil kira kenapa dan mengapa sesuatu benda itu diciptakan Tuhan, gunung dijadikan untuk apa, sungai itu untuk apa, pokok itu untuk apa, kenapa ada binatang, kenapa ada bunga (flora dan fauna), kenapa diwujudkan bau-bauan, kenapa ada bunyi dan sebagainya. Bagi memudahkan kita memahami ilmu yang diberikan Tuhan ini maka kaedah permainan adalah antara pendekatan yang amat berkesan. Permainan 1. Mengenali haiwan 1 1. Peserta berada dalam bulatan. Setiap peserta dikehendaki memilih satu pergerakan haiwan dan akan diminta mengajuk pergerakan tersebut 2. Pergerakan tersebut mestilah dapat dikenalpasti oleh peserta lain tanpa memberitahu apakah binatang yang sedang beliau ajukkan 3. Peserta juga diminta untuk mengajuk bunyi haiwan tersebut dan tabiatnya 4. Konsep yang ingin ditekankan ialah peserta dapat mengenali aksi haiwan, bunyi dan tabiatnya Permainan 2. Mengenali haiwan 2 1. Kali ini peserta akan diarahkan mencabut 1 gambar haiwan di dalam kotak yang disediakan dan akan menggayakan pergerakan dan bunyi haiwan tersebut 2. Peserta juga akan diarah oleh jurulatih untuk menunjukkan pergerakan atau tabiat lain yang sering dilakukan oleh haiwan tersebut 3. Peserta lain akan diminta meneka apakah haiwan tersebut 4. Konsep yang ditekankan disini ialah bukan semua haiwan yang kita tahu cara pergerakan dan bunyi atau tabiatnya dan kita sepatutnya cuba untuk memahami mereka walaupun itu seakan-akan tidak memberi sebarang faedah kepada kita

Permainan 3 Mengenali bunyi 1 1. Peserta akan diberi 4 jenis haiwan (jika kumpulan seramai 40 orang) dan tiap-tiap orang akan cuba membuat gaya dan bunyi haiwan tersebut tanpa berkata-kata seperti manusia 2. Tugasan mereka adalah untuk mencari kumpulan haiwan yang mereka golongkan dengan cara tidak boleh berkata-kata 3. Peserta akan diberi masa lebih kurang 10 minit untuk mencari kumpulan mereka. Apabila wisel ditiup, tiap-tiap peserta mestilah berada dalam kumpulan masingmasing. Peserta yang tidak mempunyai kumpulan akan didenda 4. Konsep yang hendak ditekankan ialah pembahagian kumpulan, nilai jujur tidak menipu dan perihatin dengan keadaan sekitarnya Permainan 4 Mengenali bunyi 2 1. Setelah peserta mempunyai kumpulan masing-masing, seorang peserta akan dilantik sebagai ketua dan akan mencipta bunyi yang boleh difahami dengan jelas oleh tiap-tiap ahli dalam kumpulan mereka 2. Tiap-tiap peserta akan diberi kain penutup mata dan hanya ketua sahaja yang tidak memakai penutup mata 3. Peserta akan berada dalam keadaan seperti dalam gambarajah di bawah: A Ahli B C D

Ketua C D B A

4. Peserta A akan mencari ketua A berpandukan bunyi yang akan dikeluarkan oleh ketua kumpulan A begitulah seterusnya hinggalah habis semua ahli selamat berada didalam kumpulan masing-masing 5. Dalam masa yang sama kumpulan lain boleh meniru bunyi kumpulan lain untuk memerangkap ahli kumpulan tersebut. Ahli kumpulan yang terperangkap akan didenda

GANGGUAN EKOSISTEM Konsep yang hendak ditekankan di sini ialah bagaimana ekosistem kita terganggu akibat daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Permainan yang akan dimainkan adalah untuk menunjukkan bahawa akibat aktiviti manusia akan merosakkan ekosistem kita. Permainan 1 Simbiosis 1. Peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan 2. Setiap kumpulan akan membentuk bulatan yang rapat antara ahli dalam kumpulan. Kemudian ahli kumpulan diminta berdiri secara mengiring bukan menghadap kedalam bulatan. Semua ahli kumpulan diminta memegang bahu orang yang dihadapannya 3. Dengan berpandukan wisel kesemua ahli di dalam kumpulan akan diarah duduk di atas lutut orang yang dibelakangnya. Wisel yang seterusnya ialah meminta agar mereka mendepakan tangan tanpa memegang bahu orang hadapan 4. Jurulatih akan cuba menarik seorang demi seorang ahli keluar dari bulatan dan meminta ahli yang masih dalam bulatan bertahan setakat mana yang boleh. Jurulatih akan melakukannya sehingga bulatan tersebut jatuh rebah semuanya 5. Konsep saling bergantung dalam ekosistem membolehkan semua makhluk akan hidup harmoni, saling membantu antara satu sama lain Permainan 2 Rantaian Makanan (Foods Chain) 1. Kumpulan lelaki dan perempuan akan dibentuk sekali lagi 2. Peralatan lain yang digunakan adalah kerusi jika tidak mahu menggunakan kerusi boleh juga menggunakan peserta yang badan yang kuat 3. Seorang peserta akan duduk dikerusi yang disediakan, manakala peserta lain akan duduk di atas peha peserta yang duduk dikerusi tersebut dan diikuti oleh peserta lain maka terjadilah 1 barisan peserta yang dimulai dengan peserta yang duduk di kerusi 4. Jurulatih akan menerangkan kepada peserta bahawa inilah bentuk rantaian makanan yang wujud di dalam ekosistem kita katakan bermula dari hutan bakau

HUTAN BAKAU PLANKTON UDANG KECIL ANAK IKAN IKAN PEMANGSA

5. Jika satu daripada rantaian kita rosakkan maka rantaian tersebut akan terhapus dan semua yang ada dalam rantaian itu akan musnah dan pupus maka hilanglah sumber makanan kita

KONSEP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN Penerapan nilai murni alam sekitar boleh kita terapkan dalam permainan alam sekitar di mana konsep pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem akan dapat dijelaskan melalui kesan daripada permainan tersebut Permainan 1 Musang dan Ayam 1. Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli menjadi ayam manakala 4 orang peserta sebagai musang 2. Peserta akan diarah untuk membentuk barisan dan orang dibelakang akan memeluk pinggang peserta dihadapannya 3. Musang akan cuba untuk menangkap ayam apabila wisel permulaan dibunyikan 4. Andainya ahli yang dihadapan lemah maka ayam akan dapat ditangkap jika beliau kuat maka ayam tidak akan ditangkap 5. Konsep yang hendak ditekankan di sini ialah ahli yang dihadapan adalah merupakan pengawal contohnya Renjer Hutan jika renjer tersebut tidak kuat dan senang diberi rasuah maka dengan mudah musang atau pengusaha yang rakus dan tamak ini akan dapat menebang hutan bakau atau hutan dan ini akan merosakkan ekosistem kawasan tersebut

Permainan 2 Pemburu, Hakim dan Harimau 1. Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana seorang ketua akan dilantik oleh kumpulan masing-masing untuk mengetuai kumpulan 2. Peserta akan diajar cara menunjukkan aksi Pemburu, Hakim dan Harimau 3. Aksi Hakim ialah dengan menggenggam kedua-dua belah tangan, menyilangkan dan meletakkan di atas dada 4. Aksi Pemburu pula ialah dengan membuat aksi menembak dengan senapang disamping bunyi letupan senapang 5. Aksi Harimau ialah seperti mana harimau hendak menerkam dengan mengeluarkan bunyi mengaum 6. Apabila semua telah maklum tentang aksi atau pergerakannya maka pertandingan akan dimulakan. Pertandingan akan dilangsungkan sebanyak 3 pusingan atau Best of Three

Contoh-contoh lagu dalam permainan alam sekitar Lagu Lebah.


Satu lebah buzz,buzz,buzz Dua lebah buzz,buzz, Tiga lebah buzz,buzz,buzz,buzz Empat lebah buzz,buzz. Cara lagu dinyanyikan: Bahagikan murid kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan menyanyikan rangkap di atas. Kumpulan ke 2 akan menjawab nyanyian tersebut dengan menukarkan perkataan lebah kepada haiwan lain seperti ayam dan bunyinya. Contoh: Satu ayam kok,kok,kok, Dua ayam kok,kok Tiga ayam kok,kok,kok,kok Empat ayam kok,kok. Selepas kumpulan 2 selesai nyanyian tersebut kumpulan pertama perlu menjawab semula nyanyian di atas dengan mengubah nama haiwan lain, seperti anjing, kucing, kuda dan sebagainya. Kumpulan tidak dibenarkan mengulang semula haiwan yang telah disebut. Ulang lagu sehingga kumpulan yang tidak dapat meneruskan nyanyian akan dikira kalah.

Dua ekor harimau.


Bahagikan murid kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan menyanyikan rangkap di bawah. Kumpulan ke 2 akan menjawab nyanyian tersebut dengan menukarkan perkataan ( bahagian-bahagian harimau). Contoh lagu: Dua ekor harimau X 2 Lari cepat X2 Satu tak da mata, Satu tak ada telinga Sungguh ganjil X2 9

Selepas kumpulan 1 selesai nyanyian tersebut kumpulan kedua perlu menjawab nyanyian di atas dengan mengubah bahagian harimau , seperti kaki, kepala, kuku dan sebagainya. Kumpulan tidak dibenarkan mengulang semula bahagian-bahagian yang telah disebut. Ulang lagu sehingga kumpulan yang tidak dapat meneruskan nyanyian akan dikira kalah.

Nyanyi dalam hujan


Nyanyi dalam hujan, eh..eh..X2 Bergembira selalu, Nyanyi dalam hujan. Tunggu sekejap, Angkat tangan Simpul jari, Siku rapat, Rut cha cha...... Nyanyi dalam hujan.

10

You might also like