Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

AUTOBIOGRAFI 1. Karangan autobiografi biasanya mengisahkan tentang riwayat hidup sesuatu benda. 2. Karangan jenis ini biasanya memerlukan calon membayangkan diri calon sebagai sesuatu benda / perkara secara terperinci. 3. Karangan jenis ini dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah : a) autobiografi benda b) autobiografi binatang c) autobiografi pokok / tumbuhan 4. Karangan calon boleh menyentuh perkara-perkara seperti berikut: a) tempat dibuat atau tempat asal b) rupa bentuk dan sifat c) siapa diri d) tempat-tempat yang dilalui e) fungsi atau tugas pada setiap hari f) pengalaman g) perasaan terhadap sesuatu perkara atau seseorang h) kesudahan hidup 5. Karangan mestilah ditulis secara berperenggan mengikut urutan. 6. Karangan perlu mempunyai pendahuluan, empat isi utama, dan penutup. Isi-isi perlu ditulis dalam perenggan yang berlainan. 7. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan ayat yang pendek serta jelas. 8. Calon boleh memasukkan pendapat dan cadangan terhadap perkara yang diceritakan.

1

Aku Senaskhah Surat Khabar

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Selain aku, ada berpuluh-puluh lagi rakan sejenisku yang sama bentuk fizikalnya denganku. Namaku Harian Metro. Aku siap dicetak pada awal pagi. Pada setiap hari, isi kandunganku berubah-ubah. Dalam badanku terdapat banyak berita dan peristiwa yang terjadi di dalam dan luar negara. Selain berita, aku turut memuatkan maklumat tentang hiburan, sukan, budaya, iklan dan sebagainya. Setelah siap dicetak, aku dihantar ke pusat pengedaran. Kemudian, aku dibawa oleh seorang penjual menaiki motosikal. Aku diikat bersama beberapa orang kawan aku yang berlainan nama. Sampai di sebuah rumah, aku dicampakkan oleh penjual tadi di halaman rumah itu. Aku terasa amat sakit. Nasibku agak baik kerana terjatuh di atas rumput. Sepatutnya aku dijual dengan harga satu ringgit senaskhah. Namun , disebabkan aku mempunyai pelanggan tetap, dia membayar hargaku pada setiap awal bulan. Aku diambil oleh seorang wanita dan dibawa masuk ke dalam rumah. Aku diselak sehelai demi sehelai. Selepas itu, seorang lelaki yang bertali leher mengambilku pula. Aku terus dibawa ke meja makan. Dia membaca aku sambil bersarapan pagi. Kemudian, seorang budak lelaki begitu asyik meneliti isi kandunganku di bahagian rancangan televisyen. Pada hari itu, mereka bertukar-tukar membaca isi kandunganku. Menjelang waktu malam, aku seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Keesokannya aku dimasukkan ke dalam rak. Di sini, aku bertemu dengan kawan-kawanku yang kelihatan sudah usang dan tidak terurus. Seminggu selepas itu, aku bersama kawan-kawanku tadi dimasukkan ke dalam sebuah stor. Tinggallah aku di situ dalam keadaan gelap-gelita.

Aku Sekaki Payung

2

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar . Aku dibuat di sebuah kilang di Malaysia. Badan aku diperbuat daripada kain yang berwarna-warni, rangka besi dan plastik. Badan aku akan dikembangkan apabila hendak digunakan. Jika tidak, badan aku sentiasa menguncup.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Dari kilang tempat aku dilahirkan, aku telah dihantar ke sebuah kedai. Di kedai itu aku digantung di suatu tempat bersama rakan-rakan aku yang lain. Mereka cantik-cantik belaka. Pada suatu hari, seorang gadis telah tertarik kepada kecantikan aku, lalu membeli aku. Apabila hujan atau panas, aku sedia berbakti kepada tuan aku itu. Kawankawan tuan aku memuji kecantikanku. Aku turut berasa gembira kerana aku sentiasa dipuji. Tuan aku sungguh gembira kerana aku berjasa kepadanya. Dia menjaga aku dengan cermat. Aku berasa bangga kerana dapat berbakti serta disayangi tuan aku. Pada suatu hari, tuan aku merungut kerana aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sedih kerana badanku uzur dan tidak dapat berbakti kepada tuan aku lagi. Hayatku berakhir apabila aku dibuang ke dalam tong sampah. Aku Sebuah Tudung Saji Aku sebuah tudung saji. Aku diperbuat daripada daun mengkuang. Aku dihasilkan di sebuah kampung yang terpencil oleh seorang perempuan bernama Mak Limah. Aku mempunyai reka bentuk yang menarik. Tubuhku dibaluti oleh kain baldu berwarna merah dan dilukis dengan gambar setangkai bunga berwarna hijau dan kuning. Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang peniaga. Aku dibawa ke kedainya. Aku dipamerkan di suatu sudut di kedai itu. Pada suatu hari seorang wanita kaya telah tertarik dengan kecantikan aku. Wanita itu membeli aku tanpa tawarmenawar lalu membawa aku balik ke rumahnya. Di rumah, aku menjalankan tugasku menudung makanan supaya tidak dihinggapi lalat. Ketika menjalankan tugas, aku terpaksa menghidu bau pelbagai jenis makanan. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan dan bulan barganti tahun. Masa begitu cepat berlalu tanpa disedari kini badanku mulai uzur. Aku tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Aku kini dijadikan bahan perhiasan oleh tuan aku. Kini, aku digantung di ruang tamu. Aku gembira kerana masih dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku Sebatang Pen 3

4.asal nama diberi 1. Kesudahan – masih berkhidmat Aku sepasang kasut riwayat hidup . penggunaan . Terdapat 20 buah komputer – kerusi dan meja 6. Terletak berhampiran dengan bilik guru 3. riwayat hidup .menulis / mengarang / mengira . 2. Dijaga dengan baik 8. peristiwa sedih .dibawa ke sekolah / ke pejabat .dijaga ii.menyiapkan kerja sekolah iii. peristiwa gembira .habis dakwat / hilang / jatuh / dicuri / rosak / buruk beli baru .tempat tinggal . Dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah 5. Kegunaan makmal 7.menghabiskan sisa-sisa hidup 4 . Sebuah makmal komputer 2. 3. 5. Dibina pada tahun 2003.Nama dan asal usul Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 i. Dibina daripada batu-batan dan simen 4.dibuang / disimpan untuk kenangan tamat riwayat Aku Sebuah Makmal Komputer 1. dipamerkan di kedai dimiliki orang ketika masih baru mendapat sanjungan dan pujian tidak digunakan dengan cermat tidak digunakan lagi .dapat berbakti kepada tuan iv.

tentu ada seorang yang paling rapat dengan kamu. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Sahabat Baik Saya’. pendidikan iii. orang yang paling rapat i. cita-cita v. ‘Sahabat Baik Saya’. latar belakang ii.Di antara sahabat kamu. sumbangan vi. hobi harapan Tajuk-tajuk Karangan Autobiografi Aku sebuah beg sekolah Aku sebuah jam tangan Aku sebuah basikal Aku sebuah kereta Aku sebuah pondok telefon Aku sebiji bola Aku sehelai baju Aku sebatang penyapu Aku sebuah bas sekolah Aku sebilah parang Saya sebuah tudung saji Saya sebuah rumah Saya seorang nelayan Saya seorang guru Saya seekor nyamuk Aku sebuah beg sekolah Aku sebuah jam tangan Aku sebuah basikal Aku sebuah kereta Aku sebuah pondok telefon Aku sebiji bola Aku sehelai baju Aku sebatang penyapu Aku sebuah bas Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 5 . sikap / sifat iv.

ahli perniagaan . 5. Karangan biografi menceritakan diri seseorang seperti riwayat / kisah . 4. kejayaan dan jasa seseorang kepada masyarakat. Nyatakan peranan dan jasanya kepada masyarakat. Penggunaan ungkapan yang sesuai amat penting untuk menulis sebuah karangan biografi yang baik. Antara riwayat hidup tokoh yang dipilih ialah – negarawan . c ) pendidikan . Murid-murid perlu mempunyai maklumat yang cukup tentang tokoh yang ditulis.bangsa. pangkat . b ) asal . negara dan sebagainya. e ) kejayaan dan sebagainya. seniman . anugerah yang diterima atau sumbangan yang diberikannya. universiti . 2. 3.BIOGRAFI Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 1. 7. tarikh lahir . tugas . tokoh akademik dan lain-lain. 2)Pemimpin Yang Saya Hormati 6 . tempat lahir . d ) jawatan . 6. sekolah . Jelaskan keistimewaan . karyawan . Tuliskan latar belakang seseorang itu dengan jelas seperti : a ) umur .

Beliau berjaya dalam bidang politik. Puan Cecelia pula bersahabat baik dengan ibu saya. Isterinya bernama Puan Cecelia Tan. Namun pemimpin yang saya hormati ialah Dato’ Seri Dr. Beliau disanjung di arena dunia. Semua anaknya sudah besar. Mereka selalu pergi ke pasar bersama-sama.Banyak pemimpin yang berjasa kepada negara kita. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Singapura. Dr. Saya berasa gembira kerana mempunyai jiran yang baik seperti mereka. Mahathir Muhammad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Sheikh Muhammad dan Puan Tempawan. 3)Jiran Saya Jiran saya bernama Encik Lim Fong. Beliau menamatkan pengajian sekolah rendah dan menengah di negeri Kedah. beliau dilantik memegang pelbagai jawatan penting. Dia seorang pegawai polis. Oleh sebab itu. Mahathir Muhammad. Dia selalu berbual-bual dengan ayah saya pada waktu petang. Dia bertugas di Balai Polis Buklit Aman.Dr. Encik Lam Fong seorang yang peramah dan baik hati. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 4)Guru Kelas Saya 7 . Mahathir membawa pelbagai pembangunan dan kejayaan kepada negara kita. saya amat menghormati beliau. Sepanjang pengalamannya. Dia mempunyai seoarang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Dia suka menolong orang yang dalam kesusahan. Dr. Pada tahun 1981.

Kami bermain pelbagai jenis permainan bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Semua murid di kelas saya suka akan Cikgu Mala. Beliau juga tidak penat semasa mengajar kami di sekolah. Guru kelas saya ialah Cikgu Mala. di kelas saya.Ramesh ialah sahabat saya yang sungguh mengagumkan. Kami tidak belajar di sekolah yang sama. Sebenarnya.Saya belajar dalam Tahun Enam Bestari. Dia tinggal berhampiran dengan rumah saya. Ramesh bercita-cita hendak menjadi seorang doktor seperti bapanya juga. Ibunya pula seorang guru. Dia berumur sebelas tahun. Bapanya ialah seorang doktor. Ramesh sangat gemar membaca. Kami pergi ke perpustakaan awam pada setiap hari Sabtu. Beliau berasal dari Negeri Kedah. Beliau merupakan guru baru di sekolah saya. Ramesh dan saya bertemu pada setiap petang. Saya sungguh berbangga dengan guru saya. Tetapi sahabat saya yang paling karib ialah Ramesh. Cikgu Mala sangat sayangkan murid-muridnya. Ramesh ialah seorang budak yang pandai. Beliau berumur 26 tahun. Beliau seorang guru yang baik. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik mengambil hati murid-murid. 6) Keluarga Saya 8 . Beliau pandai Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 5)Sahabat Karib Saya Saya mempunyai ramai sahabat. Dia juga seorang budak yang baik. Beliau seorang yang penyabar.Saya sangat menghormati Cikgu Mala. Beliau tidak berasa bosan mengajar kami.

Kemudian. Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau.Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1902 di Alor Setar.beliau menjadi Presiden UMNO. Ibu saya seorang suri rumah .lamanya. Beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 1)Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan. Selepas tamat pengajian. Keluarga saya adalah sebuah keluarga yang kecil . Abang dan kakak saya masih bersekolah. Mereka bernama Siva dan Susi. melanjutkan pelajaran Ke England.Tunku menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Tunku menjadi Perdana Menteri selama 15 tahun. Tunku berusaha keras untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam keluarga saya ada seramai lima ahli.Beliau membawa pelbagai kemajuan kepada negara kita. Ibu bapa saya sangat sayangkan kami. beliau memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan. Saya bersama keluarga saya tinggal di Taman Cenderawasih. Ibu saya bernama Puan Santha. Walaupun Tunku sudah meninggal. Nama ayah saya ialah Encik Maniam. Ayah saya bertugas sebagai posmen. Tunku menjadi Perdana Menteri yang pertama. Dia bekerja di Pejabat Pos Bagan Serai .Pada tahun 1951 . Saya adalah anak bongsu. Setelah itu . 9 .Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Nama saya ialah Barathan. jasanya akan dikenang untuk selama. Mereka selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Saya mempunyai seorang abang dan kakak . Tunku mendapat pendidikan awal di Kedah.

Dialog yang digunakan hendaklah dalam bahasa Melayu baku dan bukan loghat daerah. 7. Untuk menjadikan karangan kamu lebih menarik. atau kehidupan makhluk lain. selitkan dialog dan peribahasa. 10 . 4. 3. 2. Jangan biarkan cerita kamu tergantung. Kamu perlu memahami soalan atau tajuk yang diberikan. 6. Kamu boleh menggunakan bahasa yang kreatif. 8. 5. iaitu tanpa penutup atau tidak lengkap. 9. Akhiri cerita kamu dengan baik. Karangan kamu boleh ditamatkan dengan memberi suatu rumusan atau buah fikiran yang membina. Setiap cerita yang ditulis mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni seperti rajin. iaitu bahasa yang berbunga-bunga. 11. Ia mesti mempunyai perkembangan. pengalaman kamu. suka tolong-menolong.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 CERITA / CEREKA 1. ketegangan/kemuncak dan penutup. dan sebagainya. Cerita itu boleh berbentuk imaginasi. bertanggungjawab. Karangan jenis ini merupakan suatu karangan yang menceritakan sesuatu perkara atau peristiwa. 10. Cerita kamu hendaklah sesuatu yang diterima akal sungguhpun ia hanyalah suatu rekaan. kasih sayang.

11 . Encik Chong segera mengejutkan ahli-ahli keluarganya apabila mendapati bilik tidurnya dipenuhi asap tebal. Mujurlah. Pada masa itu. Akhirnya api dapat dipadamkan. barang kemas dan dokumen penting.00 pagi. Penduduk kampung berusaha sedaya upaya untuk mengawal api yang semakin marak daripada merebak ke rumah-rumah lain. tiada nyawa yang terkorban dalam kebakaran itu. Encik Chong mengalami kerugian sebanyak lapan puluh ribu ringgit. Ahli-ahli bomba bertungkus-lumus untuk memadamkan api. Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 4. semua penghuni rumah sedang tidur nyenyak. Encik Chong dan keluarganya sempat menyelamatkan wang tunai.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kebakaran Suatu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kedai telah berlaku di kampung saya. pasukan bomba tiba di tempat kejadian. Tidak lama kemudian.

Di situ saya dan rakan-rakan dapat melihat sejarah peninggalan orang Portugis. kami menuju ke Perigi Hang Tuah. harimau dan lain-lain lagi. Di sana pelbagai jenis binatang dapat saya lihat antaranya rusa.00 petang. kijang. Di situ kami mengambil gambar untuk kenangan. Tempat yang mula-mula kami lawati ialah Kota A Famosa. kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Setelah mengharungi perjalanan selama tujuh jam . saya telah mengikuti rombongan anjuran sekolah ke Negeri Melaka. Tempat terakhir yang kami lawati ialah Zoo Melaka. Pergi Ke Pasar 12 . Di taman ini saya dapat melihat pelbagai jenis buaya yang dipelihara . buaya katak dan lain-lain lagi.Melawat Ke Negeri Melaka Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Pada cuti penggal pertama yang lalu. Kami seterusnya pergi ke Taman Buaya. Antaranya buaya tembaga. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. akhirnya kami sampai ke Negeri Melaka. Kami bergambar untuk dijadikan kenangan. Kami juga berpeluang untuk melihat pertunjukan bagaimana keberanian seorang penjaga buaya bermain dengan buaya. Tepat pukul 7. Selepas itu.

Selepas itu. Pelanggan-pelanggan pula sibuk tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang paling murah. ikan. kuih-muih dan buah-buahan. saya telah mengikuti emak pergi ke pasar. daging. Suasana di situ sibuk dan riuh dengan jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik perhatian pelanggan. kuih-muih dan buah-buahan. Kami berjalan kaki ke pasar yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Di pasar terdapat banyak gerai yang menjual sayur. Pakaian dan barangan plastik juga ada dijual di situ.Pada hari Ahad yang lalu. Banyak orang sedang membeli-belah di pasar. saya dan emak berjalan menuju ke gerai menjual ikan. Pertandingan Kebersihan Antara Kelas 13 . Saya dan emak keluar dari pasar setelah membeli barang-barang yang diperlukan. Pada mulanya. Emak telah membeli dua kilogram ikan kembung. emak membeli beberapa jenis sayur.

Mereka datang ke kelas untuk menilai dan memberi markah. Pada pukul 9. kerusi. Sambutan Hari Ibu 14 . Kerja kami selesai kira-kira pukul 12. murid-murid mula membersihkan kelas masingmasing. Selepas itu. Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah merupakan hakim bagi pertandingan kebersihan antara kelas ini. sekolah saya telah mengadakan pertandingan tahun empat. lima dan enam.00 pagi. meja. Kami mengelap lantai. Ada kawan yang sibuk menghiasi kelas. Apabila letih. kami berehat sambil minum air. tingkap. Saya dan kawan-kawan sedarjah menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Pertandingan kebersihan itu diadakan bagi kelas-kelas papan putih. saya dan kawan-kawan menyusun meja dan kerusi di dalam kelas dengan rapi dan teratur.00 tengah hari.Pada hari Selasa yang lalu. Saya dan kawan-kawan sedarjah berasa sungguh gembira pada hari itu kerana kelas kami telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan kebersihan itu. almari dan Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 kebersihan antara kelas.

kami menyanyikan Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 lagu khas untuknya. Hari Ibu disambut khas untuk memperingati jasa dan pengorbanan ibu. Saya berasa sungguh gembira dan puas hati pada hari itu. Ibu saya berasa sungguh gembira dan terharu pada ketika itu. saya dan kakak menghadiahi ibu sejambak bunga mawar berwarna merah. Kami tidak lupa mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepadanya. 15 . Pada hari itu. Sebelum pulang ke rumah. saya dan keluarga telah meraikan Hari Ibu dengan meriahnya. Pada 8 Mei yang lalu. Perkhemahan Pasukan Pengakap Pasukan pengakap sekolah telah mengadakan satu perkhemahan pada 13 Oktober 2006 di kawasan perkhemahan Kota Tinggi. Pada waktu malam. Kami juga menghulurkan kad ucapan kepada ibu. kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di tepi pantai. kami sekeluarga makan bersama di sebuah restoran terkemuka di pekan. Ayah memesan beberapa jenis makanan kegemaran ibu. Selepas itu.Hari Ibu disambut setiap tahun. Kad-kad ucapan itu sungguh istimewa dan bermakna bagi ibu.

saya terus bersiap untuk ke sekolah. Selepas itu. Guru penasihat kami. Selepas itu. kami mengutip ranting kayu dan mengambil air. setiap ahli pengakap memulakan tugas masing-masing. saya terlewat bangun dari tidur. Kami bekerjasama mendirikan khemah. Unggun api dinyalakan sebelum makan malam. Beberapa orang pengakap sibuk memasak. kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira. kami pun menikmati makanan yang disediakan. Tidak lama kemudian. Cikgu Ling telah mengetuai kami. Kami duduk mengelilingi unggun api itu. Tanpa berlengah-lengah. Kami makan sambil berbualbual.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Sebanyak dua puluh orang ahli pengakap telah menyertai perkhemahan ini. Hari Yang Paling Malang Bagi Diri Saya Pada suatu pagi. Pada keesokan harinya. Kami berehat sambil berbual-bual. 16 . Setibanya di kawasan perkhemahan. pelbagai jenis permainan telah diadakan.

Tiba-tiba guruh berdentum dan kilat sabungmenyabung. Setibanya di sekolah. kampung saya telah dilanda ribut dan hujan yang lebat. Saya segera berlari ke perhentian bas untuk menaiki bas itu.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Dari jauh. saya pun berjalan pulang ke rumah. Kedua-dua belah kaki saya luka dan berdarah. tiada kereta dan tiada murid lain kecuali saya. Tiba-tiba saya tersepak seketul batu lalu terjatuh. 17 . saya terus membersihkan diri. saya nampak bas berhenti. saya mendapati sekolah sunyi. hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang turun tidak berhenti-henti selama 12 jam menyebabkan air melimpah dan kampung saya mengalami banjir. saya terlupa bahawa hari itu adalah cuti khas bagi sekolah saya. Sejurus kemudian. Hari itu merupakan hari yang paling malang bagi diri saya. Bas itu telah itu telah beredar dari situ . Tetapi. Apabila sampai di rumah. Banjir Di Kampung Saya Pada hari Ahad yang lalu. Nasib saya sungguh malang. Setelah tidak tahu mahu ke mana . Alamak. Saya tetap meneruskan perjalanan walaupun kehujanan. Kakak menyapu ubat pada luka kaki saya. malangnya saya terlambat. Saya terpaksa menaiki bas yang lain.

Kami ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Karangan yang ditulis hendaklah mempunyai fakta yang tepat iaitu bukan rekaan. Kami diberi makanan dan perubatan. Saya berdoa agar banjir seperti itu tidak akan lagi melanda kampung kami. 2. kamu hendaklah memberi sedikit huraian tentang tajuk yang dibincangkan. Banyak rumah telah ditenggelami air. Kami dibawa keluar dengan sebuah bot penyelamat. Karangan jenis ini ialah karangan tidak berformat. Kami bergotong-royong membersihkan rumah. Apabila keadaan agak membimbangkan. 3. Pada bahagian pengenalan. Karangan jenis fakta mesti mempunyai format biasa iaitu: pengenalan. KARANGAN FAKTA 1. kami dibenarkan pulang ke rumah masingmasing.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Pada tahun ini banjir yang berlaku lebih teruk dari tahun sebelumnya. 18 . 4. Beberapa hari kemudian. Tanaman orang kampung saya habis musnah manakala ternakan dihanyutkan air. Karangan jenis fakta juga dikenali sebagai karangan jenis kenyataan atau rencana. logik dan menepati kehendak soalan. 5. kami sekeluarga mengemaskan barang-barang. isi dan penutup.

Untuk menuilis karangan ini kamu hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang dipilih. 9. Malaysia banyak mempunyai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Tulisan kamu juga mestilah jelas agar tidak menyukarkan pemeriksa untuk membaca karangan kamu. dan seterusnya memberikan contoh-contoh yang berkaitan. Tulis suatu karangan tentang tempat-tempat menarik di sebuah negeri di Malaysia. Fakta yang kamu sajikan jangan berulang-ulang. 8. 10. Kamu perlu menyatakan isi terlebih dahulu. Salah satu negeri yang menarik dan popular di Malaysia ialah negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah. Bahagian isi merupakan bahagian yang paling penting dan perlu dihuraikan dengan jelas. Setiap fakta atau isi yang ditulis mestilah disusun mengikut kepentingannya. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Kamu juga boleh mengaitkan karangan kamu dengan peribahasa yang betul. 19 . Gunakan bahasa yang tepat. 11. menghuraikannya. 7.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 6. Pada bahagian penutup karangan. Kamu harus mampu mengeluarkan empat fakta utama. satu kesimpulan ringkas harus dibuat terhadap isi-isi yang telah dikemukakan. Semua negeri di Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong ke negeri itu. ringkas dan mudah difahami.

Selain Bandar Melaka. dan Zoo Melaka. Pendek kata. Dataran Pahlawan. dan Muzium Melaka. 20 . Pelancong boleh mencuba menaiki kereta lembu juga. udara dan sebagainya penting kepada semua kehidupan di muka bumi. pelancong boleh melawat Taman Mini Malaysia. Istana Melaka. Famosa. Taman Buaya. Tulis suatu karangan yang bertajuk “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”. Antara tempat yang popular ialah Air Keroh. Ikan. Di sini.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Banyak tempat menarik yang dapat dilawati apabila berkunjung ke negeri Melaka.ikan yang disediakan juga segar. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat. Setiap insan harus juga ada perasaan tanggungjawab untuk memelihara alam sekeliling. pengunjung boleh melawat perigi Hang Tuah. sungai. Kita perlu menjaga alam sekitar supaya semua dapat hidup harmoni. segala-galanya ada di Melaka. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan manusia. Pada sebelah malamnya pula. laut. Kata orang “Jika ingin melawat Malaysia. maka lawatilah negeri Melaka” kerana segala-galanya bermula di negeri bersejarah itu. Pelancong boleh membeli-belah dan mencuba keenakan masakan Melaka yang terkenal dek kepedasannya. Hutan. pelancong boleh menikmati hidangan ikan bakar di Umbai atau di Serkam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering airnya walaupun ketika musim kemarau. Hal ini dapat mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi dan taun. Bandar Hilir terletak di tengah-tengah Bandar Raya Melaka terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti A.

Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung / Taman (JKKK) diwujudkan hampir di setiap kawasan perumahan. Tulis suatu karangan tentang semangat bergotong-royong di Bandar. Janganlah rosakkan alam ini dan jagailah sebaik mungkin. penerokaan hutan yang tidak terkawal akan mewujudkan ketidakseimbangan ekosistem seperti kurangnya sumber air akibat daripada berkurangnya kawasan tadahan hujan. Oleh itu. Semangat ini masih dapat dilihat di kampung-kampung. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Lazimnya. Amalan bergotong-royong merupakan amalan yang baik dan terpuji. semua pihak harus sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. namun bagaimana pula dengan masyarakat di bandar? Sebenarnya. Penerokaan tanpa kawalan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang berharga. Pepatah ini menyatakan bahawa betapa perlunya semangat gotong-royong diamalkan. ringan sama dijinjing”.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Selain itu. Sebagai contoh . “Berat sama dipikul. hutan balak perlulah ditanam semula dan haiwan-haiwan liar dipindahkan ke hutan simpan supaya hidupan ini tidak pupus. semangat gotong-royong di bandar sememangnya telah lama diamalkan. 21 . Penerokaan perlu demi pembangunan namun haruslah diseimbangkan dengan keperluan akan datang.

Budaya bergotong-royong juga dapat dilihat di majlis-majlis perkahwinan. masyarakat bandar akan mengadakan majlis berkhatan secara beramai-ramai. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. para petani perlu mempunyai tubuh badan yang sihat untuk membanting tulang di tengah bendang. Tulis suatu karangan tentang Makanan Berzat Penting Dalam Hidup Kita. Budaya ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. vitamin. Setiap orang akan diberikan tugas tertentu. Mereka bekerjasama mengadakan majlis. Badan yang sihat memungkinkan kita melakukan pelbagai kegiatan dan pekerjaan. Oleh itu. dan zat-zat lain untuk membesar dengan cergas. Makanan yang berzat dapat menggantikan tenaga yang hilang. Makanan Berzat Penting Dalam Hidup Kita.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Jawatankuasa ini lazimnya akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat di kawasan tersebut. Makanan yang berzat dapat menjadikan badan kita sihat. Contohnya. Otaknya pun cerdas. jika berlaku kematian. garam mineral. Oleh itu. Makanan berzat penting untuk pertumbuhan. Hal ini juga dapat menjimatkan kos. atau tempat ibadat agama yang lain yang akan menguruskannya. Biasanya dua atau tiga minggu sebelum majlis berlangsung. Sebagai contoh . suatu mesyuarat pengagihan tugas akan diadakan. Makanan yang berzat adalah keperluan utama badan. Dengan otak yang cerdas dapatlah kita melakukan sesuatu tugas itu dengan sempurna. jelaslah bahawa semangat bergotong-royong sememangnya turut diamalkan di bandar-bandar besar meskipun tidak secara menyeluruh. surau. zat besi. maka AJK masjid. Kita memerlukan protein. Biasanya. orang yang makan makanan yang berzat lazimnya sentiasa sihat. Majlis berkhatan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tidak kurang meriahnya. 22 .

Makanan seperti ini sebenarnya kurang berzat dan tidak baik untuk kesihatan. Antaranya termasuklah melakukan sesuatu hobi seperti melukis. Kegiatan seperti ini dapat memahirkan diri kita dalam sesuatu bidang yang berguna untuk masa depan. 23 . dan sebagainya. Janganlah memakan makanan ringan dan makanan segera terlalu kerap. membaca. Melalui kegiatan ini. seni pertahanan diri dan kelas muzik. Bagi orang yang berkemampuan . mereka dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Badan kita juga tidak mudah diserang penyakit sekiranya kita makan makanan yang berzat. Kata-kata hikmat ini sering kita dengar kerana masa sangat berharga. Contohnya. Sesetengah orang mengisi masa lapang mereka dengan menyertai kegiatan-kegiatan tertentu. Pelbagai kegiatan dapat kita lakukan untuk mengisi masa lapang. Oleh sebab itu. Kesimpulannya. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Masa itu emas. mereka dapat memenuhi masa lapang dengan melawat ke tempat-tempat yang menarik atau melancong ke luar negeri. kita perlu memakan makanan yang berzat dan seimbang. Utamakanlah kesihatan tubuh badan kerana otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Tulis suatu karangan yang bertajuk “Masa Itu Emas”. Ini kerana badan kita dapat melawan serangan penyakit. kita harus menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. menjahit.

2. Berita ditulis dalam bentuk perenggan dan setiap perenggan mestilah mempunyai satu isi sahaja. Dengan cara yang demikian. 8. 7. jelas. di mana. Tempat dan tarikh kejadian dinyatakan pada permulaan sesebuah berita. Karangan jenis berita memberikan pengetahuan. tempat dan tarikh/hari sesuatu peristiwa itu berlaku. Berita kamu mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat isi selain pendahuluan dan penutup. Sesuatu berita hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang berikut: tajuk. 5. hiburan. kita harus melaksanakannya dengan sebaik mungkin.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Walau apa jua kegiatan yang dilakukan. 24 . 3. Sedutan kata-kata dan pendapat orang tertentu hendaklah ditulis untuk menguatkan lagi berita kamu. maklumat utama dan maklumat tambahan. BERITA 1. barulah kita dikatakan dapat memanfaatkan masa. bila. Isi berita yang paling penting hendaklah digunakan sebagai permulaan berita. 4. Terdapat enam perkara penting dalam sesebuah berita iaitu apa. mudah dan padat. 6. mengapa dan bagaimana serta apa kesudahannya. 9. Isi berita hendaklah tepat. siapa. ringkas. dan maklumat kepada orang ramai. Berita ialah karangan yang melaporkan tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku.

Karangan ini adalah karangan berformat. jadi kamu hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Rangka karangan Pendahuluan -peristiwa / kejadian yang berlaku .Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 10. Contoh Berita 1 Sebagai seorang wartawan majalah sekolah . 25 . kamu diminta menulis satu berita tentang kebakaran .kebakaran kedai emas Isi-isi penting -orang yang terlibat dalam kejadian -tindakan yang dilakukan -bantuan orang ramai -bantuan pihak bomba Penutup -ucap terima kasih KUALA LUMPUR .2 juta apabila kedai emasnya yang terletak di Jalan Chow kit telah dijilat api. Encik Liew Ah Tong berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sahaja akibat pendawaian elektrik yang telah lama . Jumaat – Seorang taukeh emas mengalami kerugian sebanyak 1. Taukeh tersebut.

Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba kerana bertungkus–lumus memadamkan api daripada merebak ke tempat lain . Kumar yang mengalami cedera parah di bahagian kaki dan paha kiri dirawat di Hospital Pantai . kamu ditugaskan untuk melaporkan berita kemalangan tersebut.Seorang murid . Rangka karangan Pendahuluan -seorang murid dilanggar motosikal Isi-isi -murid cedera parah -penunggang motosikal cedera ringan -murid itu tidak berhati-hati -jalan raya menjadi sesak seketika Penutup -menasihati semua pengguna berhati-hati di jalan raya AMPANG.Menurut Encik Liew semua pekerja dan pembeli yang berada di dalam kedai terselamat. 26 . telah dilanggar oleh sebuah motosikal pada jam 4. Selain itu. Sebagai seorang pemberita. 12 .20 petang di simpang jalan masuk ke Jalan Mewah 2/3C di sini . Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Contoh Berita . Dengan berkat kerjasama dan semangat tolong-menolong ini kebakaran tersebut dapat dipadamkan dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku .2 . Dia menggunakan jalan itu berulang-alik ke sekolah dari rumahnya setiap hari . 26 Mei . Kamu telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya antara seorang murid dengan penunggang motosikal . Kumar a/l Muthu . Jurucakap bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menerima aduan tentang kebakaran tersebut. beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang terlibat memadamkan kebakaran tersebut.

7 Ogos . persembahan murid. Chua Boon Seiw .Penunggang motosikal . pameran gerai makanan murid dan guru dimeriahi dengan acara sukaneka Isi-isi penting Penutup PARIT BUNTAR . Dia dirawat di klinik berdekatan. Hari keluarga ini dihadiri oleh guru-guru . 27 . kakitangan sekolah . 27 .Sambutan Hari Keluarga telah diadakan di SJK(T) Saint Mary’s dekat sini semalam . Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang datang membantu. Jalan raya yang menjadi sesak akibat kemalangan itu berjaya dikawal oleh dua orang pegawai polis . Tuliskan berita tentang sambutan Hari Keluarga yang telah diadakan di sebuah sekolah. berkata Kumar tidak menoleh ke kiri dan kanan sebelum sebelum melintas masuk ke simpang itu. hanya cedera ringan di lutut dan pergelangan tangan . Pengguna jalan raya terutama murid-murid juga diingatkan agar berhatihati menggunakan jalan raya. Orang ramai yang berada di situ telah membantu kedua–dua mangsa tersebut . Penunggang motosikal itu tidak sempat memberhentikan motosikal lalu terlanggar Kumar. Ahmad bin Abu . Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Contoh Berita – 3 Kamu ialah seorang pengarang sebuah majalah sekolah. dan juga para ibu bapa murid di sekolah tersebut . 35 . Salah seorang saksi yang melihat kejadian itu . Rangka karangan Pendahuluan tempat diadakan sambutan Hari keluarga tujuan Hari keluarga diadakan pelbagai acara diadakan acara kebudayaan .

Tuliskan berita kamu itu dengan lengkap.Beberapa orang artis tempatan telah dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Keluarga ini . 36 . Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Hari Keluarga tersebut. Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian . guru-guru dan murid-murid. Puan Kalaiarasi . 28 . Kamu ditugaskan membuat liputan tentang pameran Gaya Hidup Sihat yang diadakan ditempat kamu. manfaat -aktiviti yang diadakan sepanjang pameran Penutup -pendapat seorang pengunjung PARIT BUNTAR . Ini bertujuan melatih murid-murid dalam bidang keusahawanan. tarian dan drama oleh murid-murid sekolah .Menurut Guru Kanan Kokurikulum sekolah tersebut. Acara kebudayaan juga diadakan .Majlis perasmian Gaya Hidup Sihat di Dewan Merdeka berlangsung dengan meriah pada hari ini . Pelbagai acara sukaneka telah diadakan yang melibatkan penyertaan ibu bapa . Acara sukan turut memeriahkan lagi sambutan pada hari itu. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Contoh Berita 4 Andaikan kamu seorang pemberita . tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa. Kebanyakan gerai ini diusahakan oleh kakitangan sekolah dan juga murid-murid . 12 April . Rangka karangan Pendahuluan -bila dan tempat berlangsung Isi-isi -pihak yang merasmikan –tujuan diadakan -sebab-sebab perlu menyaksikan pameran -tempoh pameran diadakan . Gerai-gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan juga terdapat di sana sini. Pameran hasil kerja para pelajar turut dipamerkan di dewan sekolah .

barangan yang dijual . majalah serta buku-buku lama . Beliau bercadang untuk mengadakan Hari Kantin lagi pada tahun hadapan .500. Ibu bapa dan penduduk berdekatan turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut. semangat kerjasama juga dapat dipupuk .perasmian oleh Pegawai Daerah . Sabtu – Sekolah Kebangsaan Sungai Duri (SKSD) mengadakan Hari Kantin bermula jam 9. saya akan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan membuat senaman untuk mengekalkan kesihatan. Pameran selam seminggu itu akan memberi pendedahan tentang cara untuk menjaga kesihatan . 29 .” Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Contoh Berita 5 Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin pada Sabtu lepas . Selain jualan barang-barang makanan. Selain itu. “Mulai hari ini .keuntungan sebanyak RM2. Encik Omar Abdul Aziz .Pameran tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan diharap dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat . minuman . Guru Besar .00 NIBONG TEBAL .tujuan untuk melatih berniaga .harapan Guru besar Penutup . barang-barang cenderahati . Encik Nazri Rahim . kempen derma darah dan rawatan kesihatan secara percuma merupakan antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Acara persembahan hiburan seperti nyanyian dan tarian turut diadakan . Kamu dikehendaki menulis berita tentang acara tersebut . pertandingan melukis .00 pagi hingga 1. “Masyarakat perlu menyaksikan pameran ini agar dapat mengetahui caracara untuk membentuk kehidupan yang sihat. Hari Kantin bertujuan untuk melatih sikap suka berniaga di kalangan muridmurid. berasa bangga atas kejayaan Hari Kantin pada tahun ini. Rangka karangan Pendahuluan -bila dan di mana diadakan Isi-isi . murid-murid juga menjual bunga .” kata Menteri Kesihatan. Perasmian Hari Kantin telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan . Salah seorang pengunjung yang ditemui berkata .00 petang hari ini .

Dialog harian menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. saudara dan sebagainya. di rumah orang yang ingin diwawancara . 5. Datin . Perbualan jenis dialog ialah perbualan jenis tidak rasmi. ) dan lain-lain. Puan. 6.500. 4. melalui telefon dan sebagainya . Contohnya penggunaan noktah bertindih ( : ) . Perbualan jenis wawancara pula berbentuk rasmi . Karangan dialog / perbualan dibahagi kepada dua iaitu : a ) dialog harian b ) wawancara / temu ramah . di kantin .00 DIALOG 1. di pentas dan sebagainya. 30 . Penggunaan tanda baca perlu diberi perhatian. Biasanya dilakukan di pejabat . huruf besar (A B C ). Jumlah keuntungan pada hari itu ialah sebanyak RM2. 3. 7.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Beliau juga gembira dengan kesungguhan guru-guru dan murid-murid untuk menjayakan Hari kantin tahun ini . tanda soal ( ? ). tanda koma ( . Tuan . Biasanya melibatkan dua pihak iaitu pihak yang bertanya dan pihak yang menjawab soalan . Wawancara menggunakan bahasa yang lebih formal dan menyebut gelaran bagi orang yang diwawancara seperti Datuk . 2. Boleh dilakukan sama ada di tepi jalan .

00 petang. Sungai Petani. apa salahnya . Suzi ? Suzi : Khabar baik . 31 . Fatimah : Suzi. Suzi : Berapakah harga tiket ? Fatimah : Harganya ialah RM10 sahaja. pada petang ini saya hendak pergi menyaksikan pertunjukan sarkas bersama adik saya. Suzi : Di manakah pertunjukan itu diadakan ? Fatimah : Pertunjukan itu diadakan di Taman Ria Jaya . tak apalah. kita berjumpa di sana.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Perbualan telefon Fatimah : Helo. boleh saya bercakap dengan Suzi ? Suzi : Ini Suzi bercakap . Sudikah kamu mengikut kami ? Suzi : Boleh. Di manakah saya harus menunggu kamu berdua ? Fatimah : Tunggulah berhampiran Kelab Cinta Sayang pada pukul 5 petang. Pukul berapakah kamu hendak pergi ? Fatimah : Pukul 5. Suzi : Baiklah . Suzi : Kalau begitu. Fatimah : Apa khabar.

Harganya tidak boleh kurang lagi. Encik Chong . Nampaknya banyak juga ikan hari ini. kak. Penjual ikan : Terima kasih. pada waktu pagi memang banyak ikan. Penjual ikan : Maafkan saya . timbangkan ikan kembung sekilo.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Perbualan di pasar Puan Kamisah : Selamat pagi. Puan Kamisah : Lima belas ringgit ! Amboi. Puan Kamisah : Berapakah harga ikan parang ini ? Penjual ikan : Lima belas ringgit sekilo . Puan Kamisah : Ini duitnya. ikan parang dan lain-lain lagi. Puan Kamisah : Ikan apa yang ada ? Penjual ikan : Ada ikan merah. Penjual ikan : Selamat pagi. Penjual ikan : Ini ikannya. Apa khabar ? Puan Kamisah : Khabar baik . Kalau kakak mahu yang murah. Kalau begitu. 32 .kak . Puan Kamisah : Sama-sama. Puan Kamisah : Baiklah. Puan Kamisah. mahalnya ! Kurangkanlah sedikit. ikan kembung. Penjual ikan : Ya. ambillah ikan kembung ini.

Semalam saya hanya makan sekeping kuih lapis. Kumari : Selamat pagi.saya akan memberi ubat. doktor. doktor. saya akan periksa kamu sekarang . adik . Doktor : Baiklah. Kumari : Apa sebabnya doktor ? Doktor : Adakah adik makan makanan yang sudah basi ? Kumari : Tidak. Lain kali jangan makan makanan yang dibeli di gerai tepi jalan. Kumari : Oh. doktor . Doktor : Baiklah . Doktor : Kamu sakit apa ? Kumari : Saya sakit perut . Doktor : Mungkin kuih yang kamu makan itu sudah basi .Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Perbualan di klinik Doktor : Selamat pagi. 33 .doktor ? Doktor : Kamu mengalami keracunan makanan. Kumari : Bagaimana . Doktor : Sejak bila adik sakit perut ? Kumari : Sejak pagi tadi. begitu ! Doktor : Di manakah kamu membeli kuih itu ? Kumari : Saya membeli kuih itu di sebuah gerai di tepi jalan.

Selepas waktu rehat tadi saya dapati wang itu telah hilang. Saya ikut nasihat awak itu dan saya menarik balik tuduhan saya tadi. Mungkin betul juga kata awak. Semuanya berpunca daripada kelalaian saya sendiri. Menuduh orang adalah perkara yang tidak baik. ada apa-apa masalah ? : Saya telah kehilangan wang sebanyak sepuluh ringgit. Barulah hidup kita aman. Mungkin beliau dapat menyelesaikan masalah awak ini. Perbualan di sekolah Noni Ramizah Noni Ramizah : Apa khabar Mizah ? Kenapa muram sahaja ni. Saya rasa Mat Zin yang curi sebab dia berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat tadi. doktor. Lagi pun kejadian itu sebenarnya berpunca daripada kelalaian awak sendiri. Semua pelajar sering dinasihati agar tidak menyimpan wang di dalam beg sekolah atau jangan membawa wang yang banyak ke sekolah. Beliau adalah guru disiplin dan guru kaunseling . macam itulah baru betul ! Tindakan yang sebeginilah yang sepatutnya dimiliki oleh semua orang di atas muka bumi ini. : Mizah. Rasanya elok kalau kita berjumpa dengan Cikgu Ahmad. tidak baik menuduh orang tanpa usul periksa.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kumari : Baiklah. Mesti ada orang yang curi wang saya itu ! : Bila wang awak hilang ? Sebelum ini di mana awak letakkan wang awak itu ? : Saya letakkan wang itu di dalam beg saya sejak dua hari lalu. : Baiklah Noni. : Bagus Mizah. Noni Ramizah Noni 34 .

kegiatan persatuan. Karangan jenis ini ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa. 9. Pengakuan pelapor ditulis sebelah kiri laporan iaitu selepas perenggan terakhir. 8. Seseorang yang menyediakan laporan itu mestilah benar-benar mengetahui segala butiran tentang hal atau peristiwa yang dilaporkan. c) Berbentuk cerita. Laporan ditulis sama seperti karangan biasa iaitu mempunya pendahuluan. dan mengapa. contohnya kegiatan persatuan. Cuma yang berbeza ialah formatnya sahaja. pertandingan dan peristiwa lain yang penting. iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian berdasarkan pengalaman sendiri. atau ‘Dilaporkan oleh’. setiausaha. Laporan dibuat dengan berdasarkan soalan-soalan seperti: apa. mengapa dan bila. 3. Ada tiga cara menulis laporan: a) mengikut tajuk-tajuk kecil seperti ahli-ahli jawatankuasa. pembacaan atau mendengar cerita orang lain 7. Nama penuh ditulis di dalam kurungan menggunakan huruf besar dan di bawahnya ditulis nama jawatan dan nama persatuan. iaitu sejajar dengan ‘Laporan disediakan oleh’. ahli jawatankuasa dan sebagainya. Ini diikuti oleh tanda tangan penulis. Tarikh mestilah diletakkan di sebelah kanan. apa. Kamu mesti mengandaikan diri kamu sebagai pengerusi. lawatan.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 LAPORAN 1. 10. siapa. 5. pameran. Kata-kata seperti “Disediakan oleh” ditulis selepas melangkau dua atau tiga baris selepas perenggang terakhir. iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku berdasarkan soalan-soalan siapa. bendahari. sukan. bila. 35 . 11. 2. Tuliskan tajuk menggunakan huruf besar keseluruhannya atau untuk huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk tersebut. dan sebagainya. 12. 6. perenggan dan penutup. Berikan tajuk kepada laporan kamu. rancangan masa depan dan sebagainya b) berbentuk laporan akhbar. di mana. di mana. bagaimana. 4. Karangan jenis laporan ini hampir serupa dengan berita. Karangan ini ialah karangan jenis berformat. jadi kamu harus mengikut format. mesyuarat.

Peraduan mencipta kulit majalah sekolah telah dimenangi oleh Abdul Razak Othman manakala johan pertandingan poster disandang oleh Junid Onn. Laporan Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Guru Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Puan Normah Rejal : Saharah Rahim : Selamat Arbain : Zakaria Johar : Michael Teo : Nanthini a/p Satis : Rohana Idris Persatuan Seni Lukis sekolah ini merupakan persatuan yang paling aktif pada sepanjang tahun. lawatan ke Galeri Seni Lukis Negara di MATIC. Antara aktiviti ini ialah peraduan merekacipta kulit majalah sekolah. Tujuan persatuan ini dibentuk adalah untuk menanam minat murid-murid terhadap bidang seni lukis.13. 36 . Kuala Lumpur. pertandingan melukis poster bersempena dengan kempen antidadah. Anuar Ali muncul sebagai johan dan Esah Jantan sebagai naib johan dalam pertandingan melukis poster. dan melukis mural pada dinding sekolah. Jumlah ahlinya sebanyak 77 orang. iaitu bilangan tertinggi di kalangan persatuan di sekolah ini. Selain itu. Karangan ini ialah karangan berformat. jadi kamu harus mengikut Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 format yang telah ditetapkan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Sementara itu. persatuan ini dapat mencungkil bakat murid-murid yang berpotensi dalam bidang seni lukis.

ARBAIN) Setiausaha Persatuan Seni Lukis.Bersempena dengan ‘Kempen Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Membaca’ peringkat sekolah. Melaka 8 OGOS 2005 37 . Lawatan ke Galeri Seni Lukis Negara telah dapat menambahkan pengalaman para ahli persatuan. Sekolah Kebangsaan Kesang Tua. Selamat (SELAMAT B. Jasin. Laporan disediakan oleh. satu lagi pertandingan melukis poster juga telah diadakan. Akhir sekali. Sekian. kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat dan ahli-ahli yang sama-sama menjayakan semua aktiviti persatuan ini. Lawatan ini berupa suatu pembuka mata kepada mereka yang benar-benar ingin memajukan diri dalam bidang seni lukis. Tujuan pertandingan itu adalah untuk menanam minat membaca dan melukis di kalangan murid-murid sekolah ini.

38 . Seramai 70 orang ahli telah hadir ke mesyuarat itu. antaranya ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara pada 10 Jun 2005 yang lalu.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 LAPORAN PERSATUAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SERI MAJU TAIPING Persatuan ini telah mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 25.2005 yang lalu. Sekian semoga persatuan akan terus maju. Mesyuarat diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru. Pasukan yang menjadi juara ialah Kelas Enam Mawar. persatuan ini juga telah menyediakan sebuah bilik khas yang digunakan oleh ahli-ahli persatuan memberi bimbingan kepada mereka yang lemah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Berikut ialah nama-nama ahli jawatankuasa itu. Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : Anand a/l Tamil Selvan : Rumeswary a/p Gerison : Asiwarya a/p Dramandran : M. Persatuan ini juga turut mengadakan pertandingan Kuiz Kajian Tempatan antara kelas-kelas Tahun Enam.01.Kassim : Thayalan a/l Yoharajan : Indraganthi a/p Tamilarasan Sepanjang tahun ini Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seri Maju telah mengadakan pelbagai aktiviti. Seramai 30 orang ahli telah mengikuti lawatan tersebut.Alaudin a/l M. Selain daripada itu.

30 tengah hari. Disediakan oleh. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman kami. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 20 Oktober 2005 LAPORAN LAWATAN KE SYARIKAT BUKU MURNI Pada hari Sabtu. Seramai 40 ahli persatuan dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh guru kami.30 pagi. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seri Maju. Selepas itu. Persatuan Bahasa Melayu. Buku-buku yang dicetak dibawa ke bilik khas dan disusun dengan teratur. Mula-mula kami dibawa ke bilik mesyuarat. rumeswary (RUMESWARY A/P GERISON) Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan . kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan sungguh gembira.Disediakan oleh. Kemudian. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melihat cara-cara buku dicetak. Pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8. Di situ kami diberi taklimat tentang perjalanan syarikat itu. Pada pukul 12. Kedatangan kami telah disambut dengan mesra oleh pengurus syarikat itu. 5 FEBRUARI 2007 39 . Kami tiba di syarikat itu pada pukul 9. Kami berpeluang melihat cara-cara buku dicetak dan dijilid. Bakiyahletchumi (BAKIYAH LETCHUMI A/P THAYALAN) Setiausaha. 27 Januari 2007 Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Buku Murni di Kuala Lumpur. kami dibawa ke bilik percetakan oleh pengurus syarikat itu. kami dibawa ke bilik khas untuk makan.

Anbarasi (ANBARASI A/P ASOKAN) Setiausaha. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah berucap dan merasmikan sukan tahunan sekolah. Muridmurid berbaris dengan segak mengikut rumah masing-masing. pelbagai persiapan telah dibuat. Rumah Merah menjadi johan sukan tahunan pada tahun ini. Pelbagai acara sukan diadakan. ketua murid melafazkan ikrar sukan. Sukan tahunan ini bermula pada jam 9. lompat tinggi. dan sukaneka. murid-murid berbaris masuk ke padang sekolah. Disediakan oleh. Kawasan padang dihias dengan bendera-bendera yang berwarna-warni. Selepas itu. Kemudian. 31 Januari 2003 40 . Selepas semua acara sukan tamat. lompat jauh. Seminggu sebelum sukan tahunan. Sukan tahunan sekolah saya dimulakan dengan acara perbarisan. Rumah Merah. Guru Besar memberi ucapan. tarik tali. Sambutan hari sukan sekolah saya sangat meriah. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang. Di antaranya lumba lari.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Laporan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang Sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang yang ke 15 telah diadakan pada hari Ahad 25 Januari 2003. Acara-acara untuk ibu bapa dan pegawai sukan turut diadakan. Selepas itu. Muridmurid pula dilatih oleh guru-guru. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Sebanyak lima buah khemah didirikan.00 pagi di padang sekolah.

Nama. Antara panggilan hormat yang boleh digunakan ialah Saudar. Alamat mestilah ditulis dengan lengkap supaya memudahkan penerima membalas surat kamu nanti. Penutup surat hendaklah diakhiri dengan salam hormat.. Terdapat dua cara untuk menulis tarikh. 41 . ayahanda. ucapan terima kasih dan doa. ahli-ahli keluarga atau saudara-mara. 3. 12. surat takziah dan sebagainya. Gunakan ayat-ayat yang pendek tetapi padat. Gunakan panggilan sapaan mengikut pangkat dan usia. Bagi surat jenis ini kata-kata tujuan bergantung kepada siapa penerima surat tersebut. kamu tidak perlu menulis nama selepas tandatangan. Jangan tulis seperti 18/05/06 atau 18. Bonda dan Nenda. Isi-isi surat bergantung kepada tujuan surat itu ditulis dalam bentuk perenggan. 9. 11. penghargaan. 10. Ganti nama-ganti nama yang sesuai mesti digunakan. Kandungan surat kamu ini hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat isi penting. Terdapat beberapa jenis tidak rasmi iaitu surat bertanya khabar. Ganti nama tersebut adalah seperti bi bawah: Pengirim Penerima surat a) Anak (anakanda) Ayah (ayahanda) b) Anak (anakanda) Ibu (bonda) c) Adik (adinda) Abang (kekanda) d) Abang/kakak (kekanda) Adik (adinda) e) Cucu (cucunda/cunda) Nenek/datuk (nenda) f) Saya Saudara/saudari/sahabatku g) Saya Cikgu/tuan/puan 8. 4. Yang ikhlas dan sebagainya. Jika kamu telah menulis nama kamu di atas alamat.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 SURAT KIRIMAN TAK RASMI 1. alamat pengirim dan tarikh ditulis di sebelah kanan atas surat. Akhiri surat kamu dengan pengakuan pengirim seperti Yang benar. Kamu boleh menulis 18 Mei 2006 atau 18hb Mei 2006. Surat jenis ini ialah surat yang ditulis kepada sahabat handai. 7.06. Ini diikuti pula oleh tanda tangan pengirim. surat tahniah. 6. 5. 2.05.

pasukan pandu puteri sekolah saya hendak mengadakan malam unggun api . Pahang Darul Makmur.Saya berasa sedih akan keputusan itu. dia telah mendapat tempat pertama dalam kelas saya . sampaikan salam saya kepada keluarga saudari . Sahabatmu.Kampung Baru. Selepas peperiksaan .Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 38. Saudari.terima kasih. Manakala Lim Chong pula mendapat tempat ketiga.Inilah kali pertama saya menyertai acara tersebut. 28300 Triang. Ke hadapan sahabatku Lim Siew semoga berada dengan sihat dan sejahtera. Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas. Akhir kata . Surat saudari telah selamat saya terima. Saudari tentu masih ingat kawan kita Sim Min .Saya ucapkan terima kasih. Saya berasa gembira dengan rancangan tersebut. Sekian. 20 Oktober 2006. Lam Zien (Law Zien Ee) 42 .Dalam peperiksaan kali ini saya mendapat tempat kedua.

Menemui ayahanda dan keluarga semoga sihat dan sejahtera selalu. Kolej Ampuan..Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Bilik 6.Doakanlah semoga pasukan anakanda mendapat kemenangan. 20000 Kuala Terengganu 5 Februari 2006.pasukan anakanda dimasukkan dalam Kumpulan B bersama pasukan Kedah. 43 . Hanya setakat ini daripada anakanda yang jauh. iaitu Terengganu.30 pagi nanti pasukan Melaka akan menghadapi perlawanan pertama.Asrama Bakti .Dalam pertandingan Hoki Perempuan tersebut . Ayahanda . ( Sheela ) No 3.Kami akan menentang pasukan tuan rumah. Pada pukul 8.dan Perlis.Jln Teratai. Anakandamu.Johor. Anakanda bersama pasukan hoki anakanda telah sampai dan ditempatkan di sini pada petang semalam. Sheela.

Menemui sahabatku Meena yang berada di Parit Buntar .Jumpa lagi.Saya turut berdiri menyanyikan lagu-lagu tersebut. Taman Intan. Selangor Darul Ehsan.Acara sambutan berakhir pada pukul 12. Sahabatmu. Acara perbarisan dimulakan pada pukul 9.lagu negeri Pahang dan lagu tema hari kebangsaan.Jalan Intan. 2 September 2004. mereka melafazkan ikrar.Suasana sambutan sungguh meriah.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Taman Siara.menyanyikan lagu “Negaraku”. Kemudian.00 pagi. Terima kasih. Pada 31 Ogos yang lalu.Pagipagi lagi orang ramai telah datang bagi menyaksikan acara sambutan itu. maisara 41.00 tengah hari. 44 .Peserta-peserta perbarisan memberikan tabik hormat kepada Sultan Pahang. 46400 Petaling Jaya. Saudari Meena.semoga sihat sejahtera.saya berpeluang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pahang.

Sarawak. 45 . Sahabatmu. Akhir kata. Perak.Saya berharap agar saya juga akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Saudara.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 34020 Taiping.Selamat belajar.Taman Bintulu. 97000 Bintulu. Sekian. 18 Disember 2005. Kejayaan saudara itu telah memberi dorongan kepada saya supaya belajar dengan tekun. Reena.sambutlah salam mesra daripada saya. Saya menulis surat ini untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan UPSR. 25A.Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa saudara mendapat 7A dalam peperiksaan itu. Menemui saudara Thanesan yang berada di Kulim dengan selamatnya.

membuat aduan. Saya rasa sampai di sini dahulu untuk kali ini. membuat cadangan dan membuat jemputan rasmi. membuat penghargaan.Bagi saudara. Saudara.elok rasanya kain ini dijadikan perhiasan dinding di bilik saudara. Adakah saudara telah menerima? Untuk pengetahuan saudara. Surat rasmi ialah surat yang mempunyai tujuan tertentu atau rasmi seperti membuat permohonan. meminta kebenaran. Dua minggu yang lepas saya telah mengirimkan sebuah bungkusan untuk saudara .kain yang saya kirimkan itu ialah kain pua kumbu. Bagi masyarakat Iban. kain ini sering digunakan dalam upacara kelahiran dan perkahwinan. 2. membuat pesanan.Selain itu.Kain itu adalah antara barangan kraf tangan yang terkenal di Bumi Kenyalang. 46 . Kemudian buat satu garisan melintang di bawahnya. Sahabatmu. Sekian.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 8 Mei 2006.Sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.kain ini biasanya dijadikan selimut. Menemui sahabatku Rosli. Nama dan alamat pengirim ditulis di penjuru kiri bahagian atas surat. mesra Kanang SURAT KIRIMAN RASMI 1. 3.terima kasih. Surat rasmi ialah karangan berformat.

Sentul. 34. Datin. Gunakan panggilan hormat penerima yang bersesuaian dengannya seperti Tuan. Yang Berhormat. Akhiri surat rasmi dengan pengharapan dan ucapan terima kasih. jawatan dan alamat penerima ditulis di bawah garisan melintang. 8. (c) dan sebagainya. Tan Sri.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 4. 6. 12. (b). 5. Langkau sebaris dan tulis kata-kata penghormatan untuk penerima surat. 14. Setiap perenggan isi diberi nombor serta tanda noktah (. Puan Sri dan sebagainya. Sekolah Kebangsaan Mawar. Tarikh hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah. iaitu di baris yang sama dengan baris yang terakhir alamat penerima. Surat kiriman rasmi memerlukan empat isi. Gunakan huruf besar untuk setiap awal perkataan. Yang Berbahagia. Langkau sebaris lagi untuk menulis tajuk surat. 47 . ______________________________________________________________________________________ Pengurus Pengeluaran . Pengakuan pengirim seperti “Yang benar” atau “Yang ikhlas” hendaklah ditulis di sebelah kiri dan diikuti dengan tanda tangan. nama pengirim dalam huruf besar dan jawatan yang disandang. 51000 Kuala Lumpur. Soalan : Sediakan surat memesan buku kepada syarikat penerbit. Datuk. Penggunaan kata kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam surat rasmi. 13. pendek dan tidak berbunga-bunga iaitu jelas dan terus kepada tujuan surat. Gunakan ayat-ayat yang mudah. Puan. ringkas dan tepat.Taman Dato' Senu. Baris terakhir alamat penerima hendaklah digaris. Tarikh ditulis di sebelah kanan. Tajuk surat ditulis selepas panggilan hormat penerima dan gariskan di bawahnya. 9. 7. 10. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan gunakan huruf abjad seperti (a). 11. Alamt penerima hendaklah ditulis dengan lengkap.) kecuali pada perenggan pertama. iaitu sejajar dengan alamat pengirim. Nama. Isi surat hendaklah tepat.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Penerbit Seri Intan Baiduri, Jalan Intan, Taman Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Tuan, Memesan Buku Sehubungan dengan perkara di atas,saya ingin memesan buku-buku daripada syarikat tuan. 2. Berikut disenaraikan buku-buku yang berkenaan. Bilangan 8 buah 9 buah 17 Harga RM 72.00 RM 81.00 RM 153.00 Judul buku Revisi Cemerlang BM Tahun6 Revisi Cemerlang Bi Tahun 5 Jumlah 3. 4. 5. kasih. Sekian,terima kasih. Yang benar, Badrul Hisham (BADRUL HISHAM ABDUL LATIFF) Setiausaha Persatuan Bahasa, Sekolah Kebangsaan Mawar. 25 JANUARI 2007

Bersama-sama surat ini saya sertakan sekeping kiriman wang pos bernilai RM 153.00 Saya berharap agar tuan dapat menghantarkan buku-buku tersebut kepada saya dengan Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan,saya dahului dengan ucapan terima

(Ringgit Seratus Lima Puluh Tiga Sahaja ) yang bernombor A7654875 sebagai bayaran. secepat yang mungkin.

Soalan : Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu hendak melawat negeri Melaka. Kamu telah diarahkan oleh guru persatuan untuk memohon kebenaran daripada guru besar.Lengkapkan surat tersebut.

Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Jenis Kebangsaan( Tamil) Gemas, 73310 Gemas, Negeri Sembilan.

48

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

________________________________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gemas, Negeri Sembilan. Tuan , Memohon Kebenaran Melawat Tempat Bersejarah di Melaka. Merujuk perkara di atas,saya selaku pengerusi Persatuan Kajian Tempatan di sekolah ini, ingin memohon keizinan daripada pihak tuan untuk melawat ke negeri Melaka. 2. Seramai 42 orang murid daripada Tahun Enam dan Lima orang guru pengiring akan 15 JANUARI 2007

menyertai rombangan ini. Lawatan ini diadakan pada 26 Mei 2007. 3. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keindahan dan kesan-kesan sejarah di negeri

Melaka. Hasil lawatan ini akan dapat membantu kami menambahkan pengetahuan tentang sejarah Melaka. 4. 5. Kami bersedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.Kami berjanji akan Kami berharap permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada

menjaga nama baik sekolah kita apabila tiba di sana nanti. pihak tuan. Sekian,terima kasih. Yang benar, Theebagren (THEEBAGREN A/L JAYASEELAN) Pengerusi Persatuan Kajian Tempatan. Soalan : Selaku Setiausaha Hal Ehwal Penduduk,kamu ingin membuat aduan tentang keadaan kebersihan yang kurang memuaskan di tempat kamu.Tulis sepucuk surat aduan kepada setiausaha Majlis Perbandaran di tempat kamu. Setiausaha Hal Ehwal Penduduk, Taman Pelangi Jati, Jalan Bayam, 48000 Petaling Jaya. ________________________________________________________________________________________ Setiausaha, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Jalan Utama,

49

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

46000 Petaling Jaya. Tuan, Aduan Keadaan Kebersihan

11 SEPTEMBER 2006

Saya mewakili penduduk di Taman Pelangi Jati,ingin membuat aduan tentang keadaan kebersihan di kawasan sekitar taman tersebut. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan,berhampiran dengan Taman Pelangi Jati terdapat kawasan pembuangan sampah-sarap yang terbiar . Keadaan kebersihan di sekitar tempat tersebut amat tidak memuaskan. Di kiri dan kanan jalan raya kelihatan sampah-sarap bertaburan . 3. Di tempat pembuangan sampah-sarap terdapat banyak lalat dan tikus.Nyamuk juga membiak di tempat-tempat air bertakung di sekitar tempat pembuangan sampah-sarap tersebut.Bau dari tempat ini juga mengganggu ketenteraman dan kesihatan penduduk sekitarnya.Kami bimbang keadaan yang tidak bersih ini akan mendatangkan penyakit. 4. Kami amat berharap pihak tuan dapat menghantar pegawai kesihatan untuk memeriksa

tempat kami serta mengambil tindakan.Semoga aduan ini mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak tuan. Sekian,terima kasih. Yang benar, Soh Kim Hui (SOH KIM HUI ) Setiausaha Hal Ehwal Penduduk, Taman Pelangi Jati. Soalan : Kamu ialah ketua pasukan bola sepak sekolah.Pasukan kamu ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah sekolah lain. Tulis sepucuk surat jemputan kepada ketua pasukan bola sepak sekolah tersebut. Ketua Pasukan Bola Sepak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jin Hua, Pandan Jaya, Ampang. ________________________________________________________________________________________ Ketua Pasukan Bola Sepak, Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil ) Sinwa, 45600 Kajang. 2006 Saudara, 06 OKTOBER

50

Jemputan Mengadakan Ceramah 04 JANUARI 2007 51 . 4.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Jemputan Mengadakan Perlawanan Persahabatan Saya selaku ketua pasukan bola sepak Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jin Hua.terima kasih. Guru Besar. Semoga kita sama-sama dapat mengharumkan nama sekolah melalui sukan ini.30 pagi. 45000 Bangsar. Sekian. Saya berharap agar saudara dapat memberi jawapan dengan segera. 2. mengharapkan agar pasukan bola sepak sekolah di daerah kita akan berjaya mencatatkan nama pada pertandingan akhir bola sepak antara daerah nanti. Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 28 Oktober 2006. Yang benar. Soalan : Andaikan kamu sebagai guru besar. Jalan Tengku. Tuan.tulis sepucuk surat kepada Jabatan Pengangutan Jalan di negeri kamu untuk menjemput seorang penceramah dari jabatan tersebut. Jabatan Pengangkutan Jalan . Choong Zheng Feng (CHOONG ZHENG FENG) Ketua Pasukan Bola Sepak. Kami sebagai pasukan tuan rumah. di samping menguji kemantapan setiap pasukan bagi menghadapi pertandingan antara sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi. jam 8. Perlawanan ini bertujuan untuk mengisi masa lapang selepas UPSR. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Ara. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Jin Hua. Cawangan Selangor. Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di sekolah. ingin menjemput pasukan bola sepak sekolah saudara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. 3. Selangor Darul Ehsan.Ini bagi memudahkan kami membuat persiapan. 43100 Hulu Langat. ___________________________________________________________________________ Pengarah.

6. Syarahan pula biasanya disampaikan dalam sesuatu pertandingan.Ceramah tersebut akan diadakan pada 25 Mac 2007.terima kasih. Teknik penyampaiannya berbeza daripada karangan biasa kerana ia perlu disesuaikan mengikut sesuatu pertandingan atau majlis. 2.yang bertempat di dewan sekolah kami pada jam 09. para hakim dan para hadirin mengikut pangkat dan jawatan masing-masing dari yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah. 3. Syarahan perlu dimuatkan dengan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis.saya selaku guru besar di sekolah ini ingin menjemput seorang penceramah dari jabatan tuan untuk memberi ceramah di sekolah ini. Kami berharap ceramah ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya. kata-kata hikmat. 8. 4. kiasan dan ibarat. 2.00 pagi. 5. dan sebagainya di tempat yang sesuai. keraian atau upacara majlis rasmi yang lebih mirip kepada memberi penerangan tentang sesuatu perkara atau isu. Kami amat berharap pihak tuan dapat menghantar seorang penceramah untuk menyampaikan ceramah yamg bertajuk "Keselamatan di Jalan raya Tanggungjawab Setiap Individu". Nyanasambanthan (NYANASAMBANTHAN A/L MURUGAN) Guru Besar. peribahasa.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Merujuk perkara di atas. Gunakan fakta dan isi-isi yang bernas dan padat serta meyakinkan hadirin. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh sekolah kami di kalangan murid-murid sekolah. 4. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Ara. Sekian. SYARAHAN 1. Semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin bagi memudahkan kami membuat persiapan. Untuk menjadikan syarahan kamu lebih menarik. 7. Gunakan ayat yang ringkas dan jelas. Akhiri syarahan dengan ucapan terima kasih. Kemukakan isi-isi itu satu persatu mengikut susunan yang baik dan teratur. 3. 52 . Kamu harus memasukkan empat isi utama. selitkan simpulan bahasa. Yang menjalankan tugas. Syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu pertandingan atau majlis tertentu. 9.

banyak kerja terbengkalai dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya. Contoh seterusnya ialah malas mengemas. sudah tentu kita tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hadirin yang saya hormati. Akibatnya kita akan gagal dalam pelajaran. Jika sikap ini diamalkan. saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Jauhi Sikap Malas”. para hakim yang adil. Lebih buruk lagi jika ada keadaannya busuk dan boleh mendatangkan penyakit. Sikap malas ialah satu sikap yang buruk. Pada pagi ini. Disebabkan sikap malas. Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis. Tajuk syarahan itu ialah “Jauhi Sikap Malas”. 53 . dan hadirin sekalian. Tempat tinggal menjadi berselerak dan tidak terurus. Antara contoh yang boleh dikaitkan dengan sikap malas ialah malas belajar.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan.

jika ia gagal dalam peperiksaan. marilah kita menyemaikan sikap rajin dan menjauhi sikap malas supaya hidup kita sentiasa sejahtera. maka keyakinan diri adalah penting supaya kita tidak mudah berasa putus asa. Sekian. Tanpa keyakinan diri yang kukuh. 54 . setiap orang perlu mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan. terima kasih. Namun begitu. dengan adanya keyakinan diri. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kamu menyertai satu pertandingan syarahan. Pada hari ini. Pada hari ini. dia pasti akan bangkit semula dan berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Tajuk syarahan itu ialah “Memupuk Keyakinan Diri”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. para hakim yang bijaksana dan para hadirin sekalian. Keyakinan diri ialah kemampuan menghadapi cabaran dalam kehidupan. Memandangkan banyak cabaran yang harus ditempuhi.Oleh itu. Selamat pagi kepada Tuan Pengerusi Majlis. seseorang akan berasa takut apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Memupuk Keyakinan Diri”. Misalnya. Hadirin yang saya hormati.

Selain itu. air juga penting untuk kesuburan tanah dan menjadi sumber minuman kepada makhluk lain. Pada hari ini. minum.Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya. Selamat sejahtera kepada tuan pengerusi majlis. kita semua pasti akan mati. Tanpa air. para hakim yang adil dan hadirin sekalian. wajarlah kita menggunakan air dengan berjimat cermat. saya ingin menyeru hadirin sekalian supaya merenung isi syarahan saya pada hari ini. memasak.Oleh itu. Tajuk syarahan itu ialah “Elakkan Pembaziran Air”. Sekian. dan membasuh pakaian. kita pasti dilanda masalah. Hadirin yang saya hormati. Jika air tiada. marilah kita sama-sama memupuk keyakinan diri agar kita menjadi lebih cekal dalam mengharungi kehidupan.saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Elakkan Pembaziran Air”. Air amat penting kepada segala hidupan di muka bumi ini. Oleh itu. Marilah kita sama-sama mengelakkan pembaziran air. 55 . memasak dan mencuci pakaian? Akhir kata. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. terima kasih. Manusia menggunakan air untuk minum. Bagaimanakah kita hendak mandi. Sikap suka membazirkan air akan membawa keburukan.

Tajuk syarahan itu ialah “Memupuk Semangat Perpaduan”. Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi.Tulis teks syarahan kamu itu. terima kasih. Kedamaian ini wujud kerana kita semua bersatu padu. saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Memupuk Semangat Perpaduan”. Kita semua hidup dalam suasana aman dan damai. Hadirin yang saya hormati. wajarlah kita terus memupuk semangat perpaduan ini di kalangan generasi muda agar negara kita aman dan makmur selama-lamanya. Jika kita tidak memiliki semangat perpaduan. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Semangat perpaduan ini memungkinkan negara kita dikagumi di seluruh dunia. serta hadirin sekalian. 56 . Pada pagi ini. Negara kita mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. terima kasih. negara musnah dan rakyat menderita. Selamat sejahtera saya ucapkan kepda pengerusi majlis. Akibatnya.Sekian. Sekian. panel hakim yang adil dan bijaksana. sudah tentu hidup kita kucarkacir dan berpecah-belah. Oleh itu. Lihatlah rakyat negara lain yang sentiasa bersengketa dan berperang.

Bahasa Tamil. Tajuk syarahan itu ialah “Faedah Membaca Surat Khabar”. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Pada pagi yang mulia ini. kita dapat menambahkan kosa kata dan juga kita dapat mempelajari perkara baru saban hari. 57 . Kita harus membaca surat khabar. Contohnya Bahasa Melayu. Kita boleh membawa surat khabar ke mana-mana juga dengan mudah dan harganya pula sangat murah jika dibandingkan dengan media massa yang lain.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Jikalau tidak kita mungkin menjadi “katak di bawah tempurung”. panel hakim yang arif lagi bestari. Surat khabar juga menjadi sebuah alat hiburan yang menarik. kita harus membaca surat khabar. Membaca surat khabar menjadikan seseorang lebih perihatin.Tulis teks syarahan kamu itu. Para hadirin sekalian. Rakan-rakan sekalian. Dengan itu. Surat khabar juga terdapat dalam pelbagai bahasa. Surat khabar merupakan media massa utama di negara kita. Bahasa Cina dan lain-lain lagi. Apabila kita ada masa lapang. Saudara saudari sekalian. saya ingin menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Faedah Membaca Surat Khabar”. guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Teknik penyampaiannya berbeza daripada karangan biasa kerana ia perlu disesuaikan mengikut sesuatu majlis. 9. Ucapan biasanya lebih kepada memberikan penerangan. Ucapan biasa digunakan untuk tahniah atau takziah. perpisahan. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis atau upacara tertentu. Gunakan ayat yang ringkas dan jelas. Sekian. kiasan dan ibarat. pujian. 4. Gunakan fakta dan isi-isi yang bernas dan padat serta meyakinkan hadirin.Akhir kata. Ucapan perlu dimuatkan dengan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis. 7. dan sebagainya di tempat yang sesuai. peribahasa. Akhiri ucapan dengan ucapan terima kasih. penerangan dan ucapan terima kasih. dan penghargaan. 5. 8. Untuk menjadikan ucapan kamu lebih menarik. 58 . Kamu harus memasukkan empat isi utama. perasmian. 3. selitkan simpulan bahasa. kata-kata himat. 2. kita haruslah sentiasa membaca surat khabar untuk menambah ilmu pengetahuan. Kemukakan isi-isi itu satu persatu mengikut susunan yang baik dan teratur. para hakim dan para hadirin mengikut pangkat dan jawatan masing-masing dari yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah. Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 UCAPAN 1. 6. terima kasih.

59 . Tulis ucapan tersebut. saya bagi pihak murid-murid Tahun Enam ingin mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan guru-guru. guru-guru. Oleh sebab itu. Sebelum mengundur diri. izinkanlah saya berpantun: Pisang emas dibawa belayar. Guru Besar. dan mengira. Guru Besar dan guru-guru akan hadir dalam majlis itu. Tanpa disedari sudah enam tahun kita belajar di sekolah ini. menulis. Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati. Masak sebiji di atas peti. kami akan menjaga displin dan berusaha meningkatkan taraf pencapaian akademik dan kokurikulum.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 UCAPAN PERPISAHAN Andaikan bahawa anda ketua murid. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Kami juga ingin meminta maaf atas segala kesilapan kami selama ini. Kalau dahulu kita buta huruf tetapi kini kita sudah pandai membaca. Anda dikehendaki berucap dalam majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. dan pelajar-pelajar sekalian. Pengorbanan dan jasa guru-guru akan kami kenangi hingga akhir hayat. Akhir sekali. Segala ilmu yang kita peroleh ini adalah atas usaha dan penat lelah guruguru yang mengajar kita.

saya mewakili semua murid memohon ampun dan maaf kepada semua guru. Di sini saya mewakili semua murid mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini. Sekian. membaca. guru juga membentuk budi pekerti yang mulia. Guru Besar. Kawan-kawan sekalian. Hari ini ialah Hari Guru. dan membalas jasa baik guru. Kita haruslah sentiasa menghormati. mengingati. dan rakan-rakan yang dikasihi. Mereka telah mengorbankan banyak masa untuk mengajar dan membimbing para murid supaya mereka berjaya dalam pelajaran. Hari Guru diadakan pada setiap tahun untuk mengenang dan menghargai jasa para guru. Kami berjanji akan menjadi murid yang baik dan akan belajar bersungguh-sungguh. Selamat pagi dan salam sejahtera Tuan Pengerusi Majlis. UCAPAN KERAIAN Sekolah kamu meraikan Hari Guru pada 16 Mei 2007. 60 . Di samping itu. Balasan paling baik yang dapat kita lakukan ialah belajar dengan tekun dan mengikuti nasihat mereka. guru bagaikan lilin yang membakar diri sendiri dan menerangi orang lain. Sejak kecil lagi. Semoga semua guru hidup sihat dan bahagia. terima kasih. kita diasuh mengenal huruf. Guru-guru juga banyak menerapkan nilai murni melalui pengajaran yang disampaikan.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 Sekian. Kamu sebagai wakil murid dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari itu. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini. terima kasih. guruguru. dan mengira oleh guru.

dan hadirin sekalian. Puan Rahimah Ibrahim. saya berharap agar masalah kekurangan kelas tidak berlaku lagi di sekolah ini.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 UCAPAN PERASMIAN Andaikan bahawa anda Pengarah Pendidikan Negeri yang dijemput untuk merasmikan bangunan tambahan di sebuah sekolah. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Sekian. Yang Berusaha Guru Besar. Oleh sebab itu. dengan pelbagai kemudahan. terima kasih. Tulis ucapan perasmian tersebut. Saya berasa bangga kerana dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan tambahan sekolah yang serba lengkap ini. Akhir kata. dengan rasa sukacita dan penuh kesyukuran saya merasmikan pembukaan bangunan tambahan sekolah ini. Pembinaan bangunan tambahan ini sudah pasti memberikan keselesaan kepada murid-murid di sini. Hal ini demikian kerana bangunan ini dilengkapi 61 . guru-guru. Pembinaan bangunan tambahan ini pasti akan dapat menampung jumlah murid yang kian bertambah. diharapkan juga segala kegiatan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Saya berharap juga agar kemudahan-kemudahan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya untuk manfaat murid-murid sekolah ini.

Sebagai pengerusi persatuan. dengan secara tidak langsung pencapaian Matematik dapat dipertingkatkan. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini. dan para hadirin sekalian. Saya harap lawatan ini dapat mendedahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Matematik di sekolah ini kepada Persatuan Matematik SJK(C) On Boon. Saya sebagai pengerusi Persatuan Matematik sekolah ini mengalu-alukan kedatangan anda semua dan diucapkan selamat berkenalan. kita juga dapat bertukar pendapat dan juga nota pelajaran dalam Matematik. Sekian. terima kasih. Selain itu. Para murid akan mendapat lebih banyak kawan selain daripada kawan di sekolah yang sama. Kawan-kawan sekalian. anda dikehendaki berucap untuk mengalu-alukan kedatangan mereka.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 UCAPAN ALUAN Serombongan ahli dari Persatuan Matematik sekolah lain telah mengadakan kunjungan persahabatan ke sekolah anda. kunjungan persahabatan ini juga dapat mengeratkan persahabatan sesama murid. Berkumpulnya kami di dewan ini adalah ini adalah untuk menyambut kedatangan semua ahli Persatuan Matematik SJK (C) On Boon yang mengadakan kunjungan persahabatan ke sekolah kami. guru-guru. Oleh itu. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar. Akhir sekali. saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terkasar bahasa. 62 .

Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk berucap dalam majlis ini. belilah barang-barang buatan setempat. Tulis ucapan tersebut. Akhir sekali. Sekian. Sebagai pengguna. Langkah yang paling penting ialah dengan mengawal perbelanjaan. Tajuk ucapan yang anda pilih ialah “Kempen Inflasi Sifar”. kita perlu membantu menjayakan kempen ini. kita dapat mengawal harga barangan jika mengambil langkah-langkah yang betul. kita akan dapat berjimat cermat dan sekali gus dapat mengawal inflasi. terima kasih. Hal ini menyebabkan harga barang dan perkhidmatan bertambah tinggi. Dengan cara ini. Li/sjktsm07. kita digalakkan membeli barang sewaktu jualan murah juga. Sebelum ucapan ini diakhiri. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Semoga Kempen Inflasi Sifar akan berjaya dilaksanakan. 63 . Secara tidak langsung. Oleh sebab itu. saya menyeru semua pengguna agar merancang perbelanjaan dengan teliti. dan para hadirin sekalian. langkah ini menggalakkan kita membuat simpanan. Pengerusi Persatuan Pengguna.Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007 UCAPAN PENERANGAN Andaikan bahawa anda diundang untuk berucap dalam suatu majlis anjuran Persatuan Pengguna. Inflasi bermaksud permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan yang melebihi penawarannya. Guru Besar. Selain itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful