You are on page 1of 62

KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN LIMA

Adakah kamu sudah bersedia?


Jika ya, mari kita belajar satu lagi topik tentang ikan.

IKAN HIASAN

PENYEDIAAN BEKAS
Memilih akuarium/bekas dan aksesori Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan

Memilih akuarium/bekas dan aksesori

PENGENALAN
Apabila kamu bercadang hendak membela ikan hiasan, perkara utama yang perlu disediakan ialah penempatan untuk ikan tersebut.

Antara bahan/barang yang kamu perlukan ialah....

Akuarium Jenis Plastik

Akuarium Jenis Kaca

Pam Air

Penapis

Anti Klorin

Makanan Ikan

Pencuci Dinding Akuarium

Heater atau Pemanas Air

Termometer

Poster

Tumbuhan Akuatik Asli atau palsu

Kayu Buruk

Batu

Pasir

a).Cuba kamu nyatakan kesemua bahan yang diperlukan untuk memelihara ikan hiasan? b).Apakah keperluan penting bagi ikan hiasan yang kamu pelihara?

Fungsi akuarium/bekas dan aksesori

Akuarium

Digunakan untuk menempatkan ikan. Juga sebagai bekas untuk meletak ikan. Lokasi yang sesuai ialah sudut yang sunyi dan aman serta berdekatan dengan sumber elektrik.

Pam air

Digunakan untuk mengepam air bagi menyalurkan oksigen dalam akuarium.

Penapis

Untuk menapis air yang kotor.

Anti Klorin

Untuk menyahkan /membuang klorin yang terdapat dalam air

Makanan Ikan

Sebagai makanan untuk pembesaran ikan.

Pencuci Dinding Akuarium

Untuk mencuci dinding akuarium.

Heater atau Pemanas Air

Untuk memanaskan air. Juga berfungsi sebagai untuk menstabilkan suhu air.

Termometer

Untuk mengukur suhu air.

Aksesori untuk hiasan dalam akuarium

Poster

Sebagai pemandangan dalam akuarium supaya akuarium kelihatan seperti di dalam dasar laut.

Tumbuhan Akuatik Asli atau palsu

Kayu Buruk

Batu

Pasir

a).Apakah kebaikan menggunakan penapis? b).Adakah pam air wajip disediakan bagi sesebuah akuarium?

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalam akuarium

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

i.

ii. iii.

Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil Berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya Menjadi tempat persembunyiannya Tempat berehat

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah Tiger barb.

Contoh tumbuhan akuatik

a). Mengapa kita perlu memilih tumbuhan akuatik? b). Apakah jenis ikan yang tidak sesuai dipelihara dalam akuarium yang mengandungi tumbuhan akuatik? c). Apakah akibat sekiranya kita tidak memilih dengan betul tumbuhan akuatik yang ingin kita tanam di dalam akuarium?

GUPPY

PLATY

ANGEL FISH

PELAGA

IKAN EMAS

HARLEQUIN

COLISA

Aktiviti Mencari Perkataan

Imbas kembali apa yang kamu telah pelajari hari ini

Sekian saja pelajaran kita hari ini

TAMAT

You might also like