You are on page 1of 11

DEFINISI KERJAYA. Menurut Zunker(2006,p.

9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Omar Awang(2008,p.1)menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan di dalam kehidupan seseorang. Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

DEFINISI PENDIDIKAN KERJAYA. Terdapat pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasi mengikut bidang masing-masing.Berikut diterangkan perkara tersebut.

Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokus kepada kerjaya.Perkara ini bermula dari peringkat awal,mungkin pada peringkat rendah dan berlanjutan hinnga ke peringkat dewasa.pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran,tetapi pendidikan pendidikan kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi,psikologi,social mahupun ekonomi.

Dari sudut lain pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan. Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi,melatih,memberi kaunseling, dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan.Ia juga memberi penekanan kepada nilai instrumental semua jenis ,

pendidikan dalam menolong individu melibatkan diri, menyumbang dan memenuhi tuntutan sebagai warganegara. Pendidikan ini mempunyai misi agar setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam konteks social,individu, dan sistem kerja.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KERJAYA.

Pendidikan kerjaya bertujuan untuk member makna kepada semua pendidikan dengan menghubungkaitkan kandungan pelajaran dengan dunia pekerjaan. Melalui pendidikan kerjaya,semua pelajar mestilah meninggalkan sistem persekolahan dengan atribut yang menarik kepada bakal majikan atau kebolehan-kebolehan yang boleh digunakan untuk berkerja sendiri. Sekolah tidak sepatutnya di pertanggungjawab menyediakan pekerjaan,tetapi sekolah mestilah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap produk pelajar keluaran mereka memiliki kemahiran yang sesuai ddengan sesuatu pekerjaan . Walaubagaimana pun pendidikan kerjayaialah satu konsep yang bukan sahaja di tujukan kepada remaja malahan juga kepada orang dewasa yang berminat untuk mempertingkat kemahiran,mengemas kini pengetahuan dan jika perlu atau bersesuaian mendapatkan latihan semula untuk pekerjaan yang baru. Pendidikan kerjaya tidak boleh di anggap sebagai pendidikan akedemik atau vokasional kerana perkara ini memerlukan kedua duanya untuk menyediakan sikap,pengetahuan, dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk kejayaan sesuatu kerjaya. Pendidikan awal kanakkanak,pendidikan menengah dan pendidikan tinggi adalah tempat dimana remaja dan orang dewasa boleh memperolehi ilmu yang bersesuaian dengan dunia kerja. Pendidikan kerjaya juga dapat mengembangkan semangat pelajar untuk terus berusaha mendapat keputusan yang baik dalam pembelajaran. Hal ini kerana kerjaya yang cemerlang memerlukan kualiti pelajar yang baik supaya dapat mengimbangi diantara keperluan kerjaya dengan kemahiran pelajar. Pendidikan kerjaya sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar sejak memasuki alam persekolahan dan seharusnya mengaitkan pembacaan,penulisan dan pengiraan dalam

pelbagai cara kehidupan dewasa dan mendapatkan sumber pendapatan.selari denganperkembangan pelajar melalui pembelajaran di sekolah,kemahirankemahiran,pengetahuan dan sikap yang perlu untuk Berjaya dalam sesuatu kerjaya mestilah ditekan dan diterap dalam semua matapelajaran di sekolah,bukan semata-mata melalui kelas berasingan yang khusus untuk mereka yang ingin memulakan kerja. Pendidikan kerjaya tidak seharusnya dilihat secara sempit,iaitu mengaitkan dengan pekerjaan semata-mata,tetapi seharusnya mampu mengintegrasikan segala ilmu yang dirperolehi melalui proses pembelajaran kea rah suasana rumah,komuniti,sekolah dan tempat kerja agar lebih mencabar dan produktif.pendidikan kerjaya juga seharusnya mampu menggalakkan individu untuk membuat pemilihan kerjaya sementara member makna dan motivasi kepada pembelajaran dan pengalaman.pendidikan ini juga seharusnya mampu menggalakkan mereka supaya menangguhkan pemilihan kerjaya yang kekal sehinggalah segala fakta tentang diri dan pekerjaan diperoleh. Pendidikan kerjaya seharusnya mampu meningkatkan kepentingan sekolah dengan member focus kepada tanggapan pelajar terhadap kerja dan dirinya sebagai pekerja.pendidikan kerjaya mestilah mengiktiraf kewujudan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman sendiri dan yang lain pula melalui pendekatan yang lebih teoritikal.berasaskan ini,pendidikan kerjaya seharusnya tidak dihadkan kepada pembelajaran dalam bilik darjah semata mata.pendidikan kerjaya adalah berkaitan dengan keseluruhan persekitaran dan pengalaman pembelajaran sejak dari kanak-kanak sehinggalah tahun-tahun produktif seseorang individu. Pada zaman kanak-kanak,pendidikan kerjaya seharusnya memberikan kesedaran tentang keadaan dunia pekerjaan di samping kepentingan pekerjaan itu sendiri dalam sesebuah masyarakat.apabila kanak-kanak bergerak melalui zaman persekolahan,ia seharusnya memiliki pengetahuan yang lebih mendalam tentang dunia pekerjaan dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut apoabila meninggalkan dunia persekolahan.Mereka sepatutnya berkebolehan untuk kembali ke sekolah pada bila-bila masa sepanjang kehidupannya bagi mempertingkatkan keupayaan supaya sesuai dengan keperluan kerja yang sentiasa berubah atau untuk memperkeya keperibadiannya.

PENGENALAN. Setiap manusia telah diciptakan tuhan untuk memjadi khalifah di muka bumi tuhan yang indah ini.Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita yang dirancang untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Untuk memiliki kehidupan yang lebih baik manusia itu mestilah menuntut ilmu serta mengamalkan ilmu tersebut kea rah yang betul.Melalui ilmu personality manusia dapat dibezakan dengan seseorang personaliti lain.Menurut sabda Nabi Muhammad SAW,Baginda bersabda Barangsiapa yang melangkah di jalan pencarian ilmu Allah akan membawanya terus kejalan syurga.Selain itu Islam juga menggalakkan umatnya untuk bekerja bagi memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia. . Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat
ke 105, maksudnya "Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah ayat ke 7 - 8 , maksudnya; "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula".

Daripada firman dapatlah kita ketahui bahawa setiap pekerjaan di muka bumi akan dihitung di hari pembalasan kelak.Dalam konteks,kajian saya amatlah berkait rapat dengan kewajiban menunutut ilmu bagi memperolehi kerjaya yang cemerlang.Melangkah kealam pekerjaan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan ilmu yang cukup untuk meronai kehidupan di alam pekerjaan ini.Oleh itu pendidikan mula ditekankan di peringkat sekolah lagi bagi membekalkan murid dengan pengetahuan tentang kerjaya. Pendidikan kerjaya ialah program pengajaran yang menyeluruh dan tersusun yang membolehkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan,kemahiran dan atribut-atribut lain bagi membina rancangan peribadi yang bersesuain dengan dan kebolehan mereka.Pendidikan kerjaya sebahagian daripada proses pendidikan yang member focus kepada kejayaan penyesuaian diri individu dalam dunia pekerjaan.Perancangan kerjaya yang terbaik dapat menyediakan individu yang terbaik dalam duni pekerjaan.Kertas ini akan membincangkankan aspek kerjaya secara lebih teperinci seperti definisi kerjaya dan pendidikan kerjaya,kepentingan,komponen

utama,contoh pelaksanaan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti proram kerjaya dengan lebih effektif Komponen pendidkan kerjaya ini perlu dikenalpasti kerana ia akan menentukan kandungan pendidikan kerjya itu sendiri.Kandungan pendidikan kerjaya dibentuk daripada lima komponen asas yang penting yang membantu individu berkembang di sepanjang kehidupannya. KOMPONEN PERTAMA. MENGENAL POTENSI DIRI. Kaunselor akan menerangkan kepada pelajar tentang asas utama dalam pendidikan kerjaya iaitu mengenal potensi diri.Antara aspek-aspek yang penting dalam menilai kebolehupayaan diri,kaunselor akan membantu pelajar untuk menjalankan ujian minat kerjaya,ujian ,ujian personality,dan ujian nilai pekerjaan.Pelajar akan diminta kaunselor untuk menerangkan tentang cita-cita dan kehendak kerjaya yang mereka ingini di masa hadapan.Kaunselor akan memantau pencapaian akademik pelajar dan akan menilai sama ada kerjaya yang dicitakan bersesuian atau tidak dengan pencapaian akademik. KOMPONEN KEDUA; PENETAPAN MATLAMAT Dalam komponen kedua ini,kaunselor akan meminta pelajar supaya membina matlamat dalam diri sendiri.Proses pembinaan matlamat ini terbahagi kepada dua iaitu proses mendapat kan maklumat kerjaya,dalam proses ini kaunselor akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya yang bersesuain dengan kemampuan akademik mereka melalui pengedaran risalah-risalah yang berkaitan dengan kerjaya supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kerjaya yang dicitakan selepas tamat alam persekolahan.Proses kedua ialah membuat keputusan kerjaya,iaitu kaunselor akam meminta pelajar untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kemampuan diri dan melihat tahap pencapaian akademik sama ada sesuai atau tidak dipadankan dengan kerjaya yang diingini. KOMPONEN KETIGA: MOTIVASI DIRI

Dalam komponen ketiga,terdapat dua langkah motivasi diri.Pertama,kaunselor akan meminta pelajar untuk memuhasabah diri untuk member motivasi dalam diri sendiri supaya kerjaya yang ingin dicapai dapat dihasilkan dengan baik.Dalam hal ini kaunselor akan menerangkan maksud motivasi diri,jenis motivasi,formula kejayaan,tabiat berjaya,dan cerita-cerita motivasi yang sangat mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya individu.Kedua sekiranya pelajar merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah,kaunselor akan meminta mereka berkongsi kejayaan mereka dengan pelajar lain supaya mereka lebih bermotivasi untuk terus berjaya mencapai citacita yang mereka inginkan dalam hidup. KOMPONEN KEEMPAT; TEKNIK ASAS Dalam komponen keempat,kaunselor akan membantu pelajar untuk berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting seperti SPM atau STPM yang menjadi salah satu syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke university.Antara teknik-teknik asas pembelajaran yang berkesan dipengaruhi oleh teknik membuat nota,teknik mengingat,teknik menghadapi peperiksaan,pengurusan masa dan teknik mengurus tekanan psikologi. KOMPONEN KELIMA: TEKNIK LANJUTAN Bahagian akhir komponen pendidikan kerjaya yang akan diterangkan oleh kaunselor ialah teknik lanjutan yang terdiri daripada teknik menghadiri temuduga yang melibatkan proses sebelum,semasa dan selepas temuduga serta teknik menulis resume yang mengandungi jenis dan cara menulis resume yang baik untuk rujukan pelajar.

PELAKSANAAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH SAYA. Terdapat pelbagai program pendidikan kerjaya yang telah dijalankan di sekolah lama saya dahulu. Pertama,sekolah menengah Kebangsaan Mutira Impian telah menjalankan program pameran kerjaya.Pameran kerjaya di sekolah saya telah diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling smk mutiara impian.Perancangan untuk program pameran kerjaya ini melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu pelajar sijil pelajaran malaysia dan sijil tinggi pelajaran malaysia yang lebih mengkhususkan pelajar tingkatan 5 dan 6.Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang kerjaya dan peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan.Terdapat banyak badan awam dan swasta dalam kementerian pengajian tinngi terlibat.Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang,Universiti Malaya,Universiti Malaysia Malaysia Pahang,Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang,KDU Kolej,Olimpia kolej,Shahputra Kolej dan banyak lagi.pameran dari pusat pengajian tinggi ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar syarat untuk memasuki universiti dan pusat pengajian tinngi yang lain.Dengan ada nya program sedemikian ia dapat menyuntik semangat pelajar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang mendatang.Selain itu pelajar yang lebih berminat kepada bidang kemahiran telah diberi taklimat oleh badan pendidikan kemahiran seperti Giatmara Pongsu Seribu,institut latihan perindustrian,Kolej komuniti dan lain.program kemahiran ini memberi semangat bahawa pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran.Program ini juga mendedahkan tentang jurusan jurusan yang ada di setiap pusat pengajian tinggi tersebut serta peluang yang bakal menanti mereka selepas mengikuti proram tersebut.Program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik sekolah kerana ,selepas pelajar mengikuti program kerjaya ini,mereka lebih bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk memasuki pusat pengajian tinggi yang mereka kehendaki.

Kedua,Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Mutiara Impian juga menjalankan ceramah dan bengkel kerjaya khas untuk semua pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 6.Bengkel ini telah dijalankan selama dua hari pada waktu lepas rehat pelajar iaitu pada pukul 10:30 pagi hinga 2 petang berturut sehingga hari yang seterusnya.Pengisian bengkel kerjaya ini telah menjemput kaunselor dari Sekolah Menengah Agama Nibong TebalEncik Mohammad Zaili bin Idris untuk menyampaikan motivasi.Bengkel dimulakaan dengan penerangan terhadap aspek kerjaya dan slot (APA YANG AKU CITA-CITAKAN).Kaunselor memberi gambaran awal tentang bidang kerjaya pilihan yang akan ditempuhi pelajar selepas tamat alam persekolahan.Selepas itu,kaunselor membahagikan kumpulan dan membuat latihan dalam kumpulan bagi slot mengenal personaliti dan kerjaya yang sesuai.Pada hari kedua,kaunselor memberi ceramah untuk memperbaiki kelemahan diri dengan ceramah yang bertajuk SIAPA AKU PADA HARI AKAN DATANG.Pelajar diberi pemahaman yang jelas berkenaan cara-cara menetapkan matlamat hidup dan memuhasabah diri untuk menjadi lebih baik.Ceramah ini telah memberi suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat untuk belajar dan menjadi personaliti tertentu selepas tamat persekolahan. Ketiga, Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah yang bertemakan CITACITAKU.Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori menengah rendah dan kategori menengah atas.Lukisan dinilai oleh guru pendidikan seni visual sekolah dan pemenang ditentukan melalui lukisan terbaik.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh pengetua sekolah pada perhimpunan mingguan sekolah tersebut.Pertandingan ini bertujuan untuk menyemaikan dalam diri pelajar tentang cita-cita pelajar perlu ditanam sejak awal lagi bertepatan dengan matlamat unit bimbingan dan kerjaya SMK Mutiara Impian iaitu berusaha berusaha membantu pelajar untuk mencapai cita-cita murni mereka. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pelajar. Keempat,Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Mutiara impian,menjalankan Program Pemantapan Kerjaya yang dikenali sebagai program Masih Ada Yang Sayang.Program ini memfokuskan pelajar yang bermasalah di sekolah berpandukan buku rekod pemantauan sekolah.Program ini bertujuan untuk membentuk tingkahlaku pelajar bermasalah ini kepada yang lebih baik.Guru kaunselor menerangkan tentang peluang pekerjaan yang berkaitan unit awam seperti kerjaya sebagai pegawai polis,pegawai tentera,pegawai bomba dan lain lain unit

keselamatan sera bagaimana untuk menyertai pasukan tersebut dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.Program ini amat berkesan,setelah mendapat respon positif daripada pelajar yang banyak ingin memilih berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.Program ini diadakan di dewan sekolah tersebut yang disertai oleh badan disiplin dan badan kaunseling sekolah. CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH. Terdapat beberapa cadangan saya yang agak sesuai untuk menambahkan keberkesanan yang lebih menyeluruh terhadap program kerjaya di sekolah antaranya ialah; Pertama,Program Pendidikan Kerjaya perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah lagi dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah sahaja.Hal ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang kerjaya sejak di bangku sekolah rendah lagi.Hal ini akan lebih memudahkan pembentukan terhadap pelajar di peringkat menengah kerana mereka sudah mempunyai asas di peringkat rendah. Kedua,pengajaran subjek kerjaya sebagai subjek teras dalam kokurikulum.Pelajar diwajibkan mengikuti kelas kerjaya pada setiap kali program kokurikulum.Ianya perlu dijalankan di setiap kali program kokurikulum dijalankan pada jangka masa tertentu.Subjek ini boleh dikelolakan oleh Unit Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah yang dipandu oleh kaunselor sekolah dalam satu sesi kerjaya ringkas sebelum memulakan aktiviti kokurikulum.Selain itu juga penubuhan kelab kerjaya juga diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program kerjaya di sekolah.Kelab ini perlu sentiasa peka terhadap sumber-sumber kerjaya yang sediada dan yang terkini untuk disampaikan kepada semua pelajar.Kelab ini boleh di anggap sebagai media kepada pelajar untuk mengetahui tentang hal-hal kerjaya. Ketiga,Menubuhkan makmal kerjaya di setiap sekolah.Makmal kerjaya ini perlu disediakan dengan kelengakapan yang lengkap untuk membantu pelajar dalam bidang kerjaya seperti dipenuhi maklumat-maklumat kerjaya,terdapat borang penilaian personaliti yang dapat membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai,dan terdapat seorang penjaga makmal yang mahir tentang ilmu kerjaya untuk membantu pelajar yang menggunakan makmal tersebut.

PENUTUP Pendidikan kerjaya adalah sangat penting kerana bermatlamat untuk merangsang dan menggalakkan individu dalam mencari maklumat,memproses maklumat dan mengintegrasikan maklumat.Pendidikan kerjaya juga mampu mempertingkatkan keupayaan individu dalam membuat keputusan,memberi alternatif untuk membuat tindakan melalui program yang terancang bagi melengkapkan individu dengan kemahiran-kemahiran yang berguna untuk memulakan sesuatu kerjaya. Pendidikan kerjaya juga berperanan memberi maklumat yang berterusan, membuat keputusan dan tindakan melalui latihan semula dan peningkatan kemahiran.Umumnya,pandidikan kerjaya sama penting dengan bimbingan kerjaya dan kaunseling kerjaya. Dengan memiliki pendidikan dalam bidang kerjaya,ia akan dapat memudahkan pelajar lebih bersedia untuk menerokai bidang kerjaya.Pendidikan kerjaya amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat memaksimakan potensi diri di tahap yang optima berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki.Oleh itu,pendidikan dari hari ke hari akan meningkat keperluannya dalam diri setiap individu,jesteru itu seharunya kita bersama-sama sentiasa memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan yang positif.

KANDUNGAN

PENGENALAN

DEFINISI

KEPENTINGAN

KOMPONEN UTAMA

PELAKSANAAN PROGRAM

CADANGAN

PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

You might also like