You are on page 1of 19

MODUL LITERASI (PROGRAM LINUS) TAHUN 2

KONSEP DALAM PEMBINAAN MODUL a) Pendekatan literasi secara bersepadu Guru memperkenalkan perkataan berdasarkan tema yang ditetapkan. Perkataan yang bermakna ini boleh digandingkan menjadi frasa. Perkataan dan frasa yang dipelajari boleh digabungkan menjadi ayat berkisar pada tema yang diberi.

b)Konsep Ansur Maju Aktiviti pengajaran disampaikan secara ansur maju. Bermula dengan perkataan diikuti frasa dan kemudian ayat. Bermula dengan perkataan yang senang kepada yang susah. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak Daripada kontekstual kepada konstruktif.

c. Didik Hibur Murid LINUS adalah murid yang perlu diberi perhatian yang lebih khusus. Aktiviti perlu disampaikan dengan aktiviti yang menarik. Aktiviti didik hibur berunsur nyanyian, permainan, main peranan, lakonan dan pelbagai aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak tetapi memberi kesan yang mendalam dalam proses pembelajaran murid

d) Konsep Penggabung Jalinan Kemahiran Mulakan dengan mendengar bunyi perkataan frasa atau rangkai kata dan ayat. Bimbing murid menyebut apa yang didengar Tekankan kemahiran mengeja dan membaca serta menulis perkara yang sama. Modul ini mengaplikasikan gabungan beberapa kemahiran literasi.

e) Konsep Pengulangan
Aktiviti ini merupakan aktivti terpenting dalam mengukuhkan aspek sebutan, bacaan dan ejaan. Pengulangan aspek kosa kata juga ditekankan bagi mengukuhkan pemahaman murid dari segi makna perkataan dan mampu menggunakan dalam ayat yang dibina sendiri. Latih tubi menjadikan murid LINUS lebih menguasai literasi.

f) Pembelajaran secara kumpulan kecil atau Individu Pembelajaran secara kumpulan kecil atau individu perlu bagi murid LINUS.tahun 2. Modul ini memuatkan aktiviti kumpulan. Modul ini menampakkan aktiviti membimbing sambil melatih murid yang sama kebolehan.

g) Bimbing perkara yang belum dikuasai dan Kukuhkan perkara yang telah dikuasai Perkara ini penting bagi memastikan keseluruhan kemahiran literasi dapat dikuasai oleh murid LINUS. Jadikan 12 konstruk dalam saringan literasi sebagai tanda aras penguasaan murid literasi Adakan juga ujian diagnostik bagi mengesan secara terperinci penguasaan literasi murid.

h) Pengajaran mengikut keupayaan individu

Perkara ini perlu dilakukan supaya murid yang paling lemah tidak terabai dan murid yang maju tidak terkongkong dengan perkara yang sudah dikuasai. Latihan yang disediakan dalam modul mestilah di pelbagai peringkat iaitu mudah, sederhana, dan susah. Dicadangkan guru menyediakan diagnostik yang berupaya menentukan kebolehan setiap murid.

i) Latihan menjadikan murid lebih baik (sempurna) Cadangan latihan yang dimuatkan dalam modul murid perlulah banyak dan dibuat melalui pelbagai pendekatan dan cara yang menarik. Latihan mampu memperkukuh kemahiran literasi murid.

j. Cerakinan Pola Sama


Perkataan atau kosa kata yang dipersembah dalam perkataan dicerakin menggunakan grid berwarna dan digabungkan perkataan perkataan tersebut Dalam rangkai kata atau frasa dan ayat Kemahiran pada perkataan KV+KV dan KV+KV+KV contoh: Kereta bapa biru Kereta bapa warna apa ? Kereta bapa biru

UNIT YANG DICADANGKAN Pengenalan: Pengenalan Konsep modul Tahun 2.


Unit 1 : Membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka KV+KV,KV+KV+KV, VKV, KVK+KV, KVKK+KV Membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup KVK, KV+KVK,KVK+KVK, KVKK, VK+KVK,KVKK+KVK

UNIT YANG DICADANGKAN Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi e taling dan e pepet dan o Membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup 'ng' KVK+KVKK, V+KVKK, KV+KVKK, KVKK+KVKK, VK+KVKK Membaca dan memahami perkataan yang mempunyai vokal berganding dan diftong Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf nga, nya dan sya dan konsonan bergabung

UNIT YANG DICADANGKAN


Membaca dan memahami perkataan Berimbuhan awalan dan Akhiran Unit 2: Membaca dan menulis Unit 3: Membaca dan memahami frasa Unit 4: Membina dan menulis frasa Unit 5: Membaca dan memahami ayat Unit 6: Membina dan menulis ayat Unit 7: Membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan Akhiran Unit 8: Membaca ayat mudah dan ayat majmuk dengan kata hubung Unit 9: Membaca dan memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan

PENGAJARAN BERDASARKAN TEMA Unit 1 : Tema Persekitaran Saya (Keluarga) Tajuk 2 : Sekolah Saya Tajuk 3 : Alam Haiwan Tajuk 4 : Makanan Tajuk 5 : Kampung Saya Tajuk 6 : Flora dan Fauna Tajuk 7 : Cerita Rakyat Tajuk 8 : Permainan Rakyat Tajuk 9 : Kaum-kaum di Malaysia

OBJEKTIF
Pada akhir tahun 2 murid berupaya: 1.membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup serta mencerakin perkataan Kepada suku kata dan huruf dengan betul. 2. membina dan menulis perkataan yang mengandungi Suku kata terbuka dan tertutup dengan betul serta Tulisan yang kemas 3. membaca perkataan yang mengandungi digraf, diftong dan mencerakin perkataan kepada suku Kata dengan betul. 4. membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan diftong dengan betul serta tulisan yang Kemas 5. membaca dan mencerakin perkataan yang mengandungi vokal dan konsonan bergabung Dengan betul

6. membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal Berganding dan konsonan berganding dengan betul serta Tulisan yang kemas 7. membaca dan mencerakin perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan sebutan yang betul. 8. menulis perkataan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul serta tulisan yang kemas. 9. membaca dan memahami frasa dengan betul. 10membaca dan menulis frasa dengan betul serta tulisan yang Kemas 11membaca ayat tunggal, ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 12membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul serta tulisan yang kemas

khairulzamanishak@yahoo.com

Tel:0132361714

Terima Kasih

You might also like