You are on page 1of 24

PEMERHATIAN, PENEROKAAN, PENGALAMAN LANGSUNG DAN APRESIASI SETIAP BIDANG KEGIATAN.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) (ii) penerokaan (iii) (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) (iv) apresiasi dan perlanjutan 1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid; benda yang konkrit; minat, kecenderongan dan latar belakang murid; bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan mencetus idea dan imaginasi. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas; cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman penggunaan alat bahan dan teknik; tatacara, langkah dan proses membuat; amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja; dan penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

1.4.2.3 Pengalaman Langsung

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam pula kerja ialah seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi dan kreatif, berkomunikasi murid kemahiran memanipulasi membuat

bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis secara berkesan, membuat pilihan, interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pemerhatian tidak langsung secara aktif yang merangkumi langsung kesedaran kepada pemerhatian Selain

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara memberikan pengalaman murid. memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. segala aspek termasuklah yang Selain diberi pengalaman membuat apresiasi persekitaran dan kehidupan mereka. Ini seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai wujud dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai

kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami

pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang

digambarkan.

Ini

membantunya

dalam

memahami

sesuatu

idea

dan

menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.

1.4.2.4 Apresiasi Apresiasi pandai didefinisikan sebagai kajian mengenai seni pelukis-pelukis faktor atau yang

tukang mengenai serta

hasil-hasil gaya dan

mereka,

mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di bahasa sentuh. Apresiasi untuk seni secara aktif lain melibatkan apa yang penggunaan berkomunikasi dengan orang

difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

kandungan.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan

pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Secara Penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. Secara Pemerhatian- Balai menyusun gambar-gambar Secara Perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara Penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman. seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan

Pendekatan Secara Psikologi

Pendekatan ini perasaan peribadi, penghasilan akan lebih

merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada

dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orang yang

meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat digunakan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik

(b) Kontekstualistik (d) Normistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. Kaedah tidak sealiran ini dengan tidak isme pengkritik dan oleh ahli otak kaedah diterjemahkan (pemikiran) ini cuma psikologi menyatakan

berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. dari aspek persoalan fahaman, Ianya berkait dengan pengetahuan interaksi pemerhati, pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi rentak pengkaryaan, Ianya karya, kefahaman konsepsi, hujah dan penilai karya. mantap dalam pengamatan akan menyediakan

konsep, kepelbagaian

bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. tata letak, Penilaian di buat serata melihat konteks seni Penekanan kriteria tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. kepada aspek akan

dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi

warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan Contohnya pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.

lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk penilai untuk cara seni bersepadu tentang dan holistik, positif rawak, ianya dan tidak

adalah gabungan persepsi alat dan bahan. Kaedah menjurus kepada dan kurang baik. ini

tanggapan secara

negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan pemerhatian aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana

Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis )

(c) Tafsiran (d) Penilaian Menggambarkan

( Intrepetation ) ( evaluation )

Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya.Sebagai contoh : Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,

prinsip rekaan dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. (iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu

juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)

untuk menjelaskan makna tersebut.

(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat.

Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

1.4.3 TEMA, ISI KANDUNGAN, ALAT DAN BAHAN UNTUK SETIAP BIDANG KEGIATAN 1.4.3.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. meja Daripada dan objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, sebagainya.

Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek

dimana peringkat seterusnya

akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentu b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi penggerak minda dalam berkarya. Menurut atau motivasi

c. Aliran dan tema sejagat Tema menjelaskan idea konsep yang dalam berbagai, agenda hal kehidupan subjek ciptaan manusia. yang berlaku Ia dan

menunjukkan kekerapan manusia diperkatakan. Dari akhirnya alam aspek konteks yang lebih sekitar

mengambil

sering

keunikan dalam

mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam besar, jelmaan perasaan berkarya mengguna satu menjadi suatu keunikan ciptaan mencabar dan dan mengwujudkan sanggup

kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu pengkaryaan yang berani, menerima rintangan.

d. Keperluan dan pengalaman hidup harian Ciptaan Pada cawan, bidang sudu, yang senduk, lebih periuk dan alat-alat mencipta domestik dan yang

lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. besar, manusia membuat

kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek yang mewatakkan keperluan asas sebuah Lalu masyarakat

gunaan

lain

dan negara. Idea konkrit

datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. diciptanya bentuk-bentuk yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.

1.4.3.2 Isi kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3.Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan, Gurisan, Capan, Mozek dan Poster. Bidang ini menekankan perkembangan

imaginasi,

kreativiti

dan

ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi

penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau Catan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan

membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri, Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.4.3.2 ALAT DAN BAHAN Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil pastel

Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping Seterusnya objek. Pada realiti. memerhati menentukan dan meneliti dan sfera-sfera rupa bentuk objek yang akan dibuat. melalui akan pertimbangan di asaskan rangka bentuk konkrit

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar kebiasaannya, sesuatu berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek

2.4.1 MENEROKA / MEMBUAT EKSPERIMENTASI PELBAGAI JENIS ALAT DAN BAHAN Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. pelbagai alat, olahan menggambar, menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat anda bahan dan seharusnya tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti bahan untuk alat dan

menggambar. Anda boleh

menggunakan pelbagai

akrilik atau kekuda dan alat masking.

Permukaan untuk catan adalah seperti

kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat masking. Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan

bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu

kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh

menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokohtokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. 3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: 1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; 2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; 3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; 4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan 5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Mengaplikasikan alat, membuat

bahan dan teknik dengan

dalam bidang proses yang

membentuk dan mesti dilakukan

binaan berkaitan

dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada realiti. Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya? Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek; 3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan; 6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek

10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya; 11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan;

PENENTUAN ALAT DAN BAHAN Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula; 2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan 4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus yang

patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan

membentuk

dan

membuat idea dan

binaan kreativiti

memberi ada

peluang dan

kepada makna.

pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa fungsi Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh: (a) Rujukan kepada Objek Sebenar 1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek; 2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;

3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran; 4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa

kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek . 3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering

kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,manikmanik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat. . Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat 'papier mache', mesin untuk menggaul 'papier mache', mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

Proses Penghasilan Tembikar Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. 1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah. 2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga

hari.

3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. 4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk

proses penyambungan tanah liat yang digelungkan. 5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap. 6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.

Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian

badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap ('leather hard'). 9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. 10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: a. Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat..

Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij. Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya : Bola,baju,kasut,kotak ubat

gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,jam,cawan,botol,gulagula,kacang,tiket, ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana. iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya

You might also like