You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU.

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR 2011

Tarikh: 8 SEPTEMBER 2011M / 10 SYAWAL 1432H ( KHAMIS )


Anjuran: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU

1.0 PENDAHULUAN

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 18 yang bermaksud ; Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Dalam usaha kita mencapai kejayaan yang diimpikan, kita tidak dapat lari dari mengharap hanya kepada Allah s.w.t. Setelah berbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan bagi mencapai matlamat yang diimpikan, sudah sampai waktunya kita menadah tangan, bersujud kepada Nya mengharapkan agar diperkenankan doa, terutama kepada kecemerlangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman, Terengganu Dengan berusaha gigih, doa dan tawakkal, mudah-mudahan, usaha yang dilakukan ini akan dapat menjadi pemankin kepada keiayaan yang cemerlang dan berterusan di dunia dan akhirat.

2.0 MATLAMAT Tujuan Program Solat Hajat ini UPSR 2011 ini adalah untuk:

2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.2 Mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. 2.3 Bermunajat kepada Yang Maha Esa 2.4 Mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memohon kepada Allah s.w.t membukakan pintu hati murid-murid agar dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan tenang. 3.2 Memohon kepada Allah s.w.t supaya murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.

3.3 Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat. 3.4 Melatih warga SKSIn supaya sentiasa memohon pertolongan dari Allah s.w.t. 3.5 Memohon kepada Allah s.w.t supaya murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman mendapat kejayaan, keselamatan, rahmat dan berkat dari ALLAH s.w.t. 3.6 Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga pendidik SKSIn dan ibu bapa murid.

4.0 BUTIRAN PROGRAM Rujuk Lampiran 1

5.0 KUMPULAN SASARAN Semua Murid Tahun Enam 2011 ( 130 Orang )

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Aktiviti yang diadakan ialah : 6.1 Solat Maghrib berjemaah 6.2 Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil 6.3 Solat Isyak Berjemaah 6.4 Solat Hajat Bejemaah 6.5 Jamuan Ringan

7.0 SUMBER KEWANGAN Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

BIL 1

AKTIVITI Program Solat Hajat UPSR 2011

JUMLAH MURID 130 Orang

SUMBER KEWANGAN

JUMLAH ( RM ) RM 700.00 ( Makan dan Minum )

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Rujuk Lampiran 2

9.0PENUTUP Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Jawatankuasa Pelaksana amat berharap semua pihak dapat memberi kerjasama agar objektif program mencapai matlamat seperti yang dirancang. Semoga usaha yang dirancang ini mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah s.w.t serta berguna untuk semua pihak demi Agama, Bangsa dan Negara.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................................

...........................................

(SYED MOHD HADDAD B. S. A. KADIR) Setiausaha Program Solat Hajat UPSR 2011, Sekolah Kebangsaan Seri Iman, 24000 Kemaman, Terengganu.

(PUAN NORLIDA BT ISMAIL) SETIAUSAHA PIBG Sek. Keb. Seri Iman, Kemaman,Terengganu.

Disahkan oleh:

....................................................................... ( EN. AHMAD KAMAL BIN ISMAIL) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Iman, 24000 Kemaman, Terengganu.

LAMPIRAN 1

ATURCARA MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, KEMAMAN, TERENGGANU

TARIKH MASA TEMPAT

: 8 SEPTEMBER 2011/10 SYAWAL 1432H ( KHAMIS ) : 7.00 9.00 MALAM : SURAU SEKOLAH ( BARU )

7.00 malam : Kedatangan ibu bapa

7.20 malam : Solat Maghrib berjemaah

7.30 malam : Bacaan Yasin

8.35 malam : Solat Isyak berjemaah

8.45 malam : Solat sunat hajat

9.00 malam : Jamuan ringan

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH MASA TEMPAT

: 8 SEPTEMBER 2011/10 SYAWAL 1432H ( KHAMIS ) : 7.00 9.00 MALAM : SURAU SEKOLAH ( BARU )

IMAM Ustaz Hj.Khairuzaman b. Mohamed Yusof Ustaz Syed Mohd Haddad b. Syed Abd Kadir BILAL Ustaz Firdaus b. Omar

PA SISTEM En.Rosli b.Hj. Yusof ( K ) En.Mohd Keyma b. Ahmad Azani PERSIAPAN TEMPAT SEBELUM En.Abdul b. Mamat (K ) En.Abu Sauffian b. Mohamed Pn.Aizan b. Mokhtar@Ali Pn. Martina bt. Mohamad Basuni Pn.Norfitriah bt. Mokti Pn.Fatmawati bt Khalid Pn.Nurihan bt. Zakaria Pn.Azizah bt. Draman Pn.Asiah bt. Mohamad Pn.Joriah bt. Osman Pn.Nor Asyikin bt. Sulong Pn.Norziana bt. Muda Pn.Norlida bt.Ismail Pn.Ainy Azlin bt. Mat Hassan Pn.Hasliza bt. Hashim Pn.Norhayati bt. Awang Soh Pn.Norsiah bt. Muda Pn.Noor Laila bt.Ab.Kadir *Bersihkan surau, bentang tikar, sediakan surah Yasin dan kipas. KAWALAN MURID En.Mohd Kamal b.Yusof ( K ) En.Badrul Hisham b.Omar En.Mohamed Fuzi b. Omar En. Subry b.Yusuf Ustaz Wan Mohd Haikal b.Wan Muda *Termasuk sediakan peralatan kecemasan PERSIAPAN TEMPAT SELEPAS En.Mohd Adli Azmi b.Abd Rahman ( K ) En.Zul Izzi b.Husin Pn.Rohaida bt. Hemzah Pn.Nik Raihan bt. Nik Wan Pn.Mawarme bt. Hassan Pn.Mazni bt. Mydinsa Pn. Zaipah bt. Abd hamid Pn.Jawahir bt. Yusof Pn.Nuralaini bt. Salleh Pn.Norliza bt. Muhammad baudi Pn.Rahimah bt. Derazak JAMUAN IBU BAPA DAN MURID Pn.Nor Akma bt. Hamzah ( K ) Pn.Norzila bt. Mohd Yunus

Pn.Hayati bt. Darus Pn.Rohana bt. Wahid Pn.W.Noraini bt. Ton Salleh Pn.Zunaidah bt.Mohamad Pn.Siti Saaidah bt. Jaafar Pn.C.W.Hasmawati bt.C.W.Ahmad Pn.Noraswida bt.Mohamad Nor Pn.Wan Samariah bt.Wan Mamat Pn.Tn.Nor Atikah bt. Tn.salleh JAMUAN GURU / PIBG Pn.Zaliha bt. Muda ( K ) Pn.Nur Hasanah bt. Zaki Pn.Nor Hayati bt. Mohd Pn.Khairul Muhaini bt. Ahmad Pn. Noraini bt. Mohamad Pn. Junita Musliha bt. Ibrahim Pn.Suhaila bt.Hj.Yaakub Pn.Emy Noraisha bt. Mohd Pn. Norfarhana Ng bt.Abdullah Pn.Syukriah Mazlinda bt.Abdullah Cik Masnizar bt. Manshor Cik Azura bt.Jaafar

Semoga usaha kita mendapat Redha Illahi


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, 24000 KEMAMAN, Telefon : 09-8502725 TERENGGANU DARUL IMAN. Fax : 09-8502724

: PIBGSKSIn /08/05/02/jld.02(59)

Rujukan Kami

September 2011 : 6 Syawal 1432H

Tarikh

:4 Bersamaan

Kepada, Ibu bapa / penjaga, Murid-murid tahun 5 dan 6 , Sek. Keb. Seri Iman, Kemaman, Terengganu.

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

PERKARA: SOLAT HAJAT UPSR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, solat hajat UPSR bersama ibu bapa dan murid-murid tahun enam akan diadakan sebagaimana butiran di bawah :

Tarikh Hari Masa

8.9.2011 / 10 Syawal 1432h : Khamis : 7.00 9.00 malam

Tempat : Surau baru SK.Seri Iman

3. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai. Semoga anak-anak tahun enam akan berjaya menghadapi UPSR dan mendapat kejayaan cemerlang berkat usaha dan doa bersama.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan

Saya yang menurut perintah,

. ( AHMAD KAMAL BIN ISMAIL ) Guru Besar Sek. Keb. Seri Iman Kemaman, Terengganu.

You might also like