You are on page 1of 3

Terdapat berbagai-bagai kesan yang akan timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram.

a) Kesan Terhadap Mangsa Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut. Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa. Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, keyakinan diri dan maruah yang rendah, rasa bersalah mendorong mangsa menyisihkan diri dan kadangkala mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri. b) Kesan Terhadap Masyarakat Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. Oleh kerana undang-undang di Malaysia tidak mengizinkan pengguguran dilakukan, kehamilan yang tidak diingini ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%. Selain daripada kesan-kesan terhadap kehamilan, terdapat juga kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri, pcychosis yang kronik, obesiti atau anoreksia, pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks, masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah, cemas, ketakutan, murung dan kehilangan maruah diri, pengulangan perbuatan penderaan, histeria, agresif dan kecelaruan personaliti, tidak percaya kepada orang lain serta masalah

penagihan dadah dan ketagihan arak yang menjurus kepada masalah kesihatan yang berkaitan. Ini memberi kesan kepada keadaan kesihatan keseluruhan rakyat yang mana terdapat lebih ramai kelahiran cacat serta timbulnya pelbagai penyakit yang kronik. Kerajaan akan terpaksa menyalurkan lebih banyak dana untuk membendung atau membantu pesakit sedangkan sepatutnya perkara itu boleh dielakkan daripada berlaku. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang tercemar, hina dan dicela oleh masyarakat, hilangnya perasaan sayang, hormat dan mesra sesama ahli keluarga, tidak sah taraf untuk anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram dan lemah mental, kemungkinan nikah sesama mahram, kebajikan generasi yang dilahirkan terabai, anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram), disisih masyarakat, menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab. Selain daripada itu, terdapat juga kesan keseluruhan terhadap masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat, menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya, melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri, tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti. H. Langkah-Langkah Untuk Menangani Sumbang Mahram Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, memberi penerangan bahawa mangsa sumbang mahram adalah tidak bersalah dan menanamkan keyakinan untuk meneruskan hidup baru, meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi mereka, memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita, mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya, rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping

penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undangundang untuk melindungi mangsa.

You might also like