You are on page 1of 39

APA ITU KAJIAN TINDAKAN DAN BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA?

By : Pn Hjh Umi Salmah bt Zachariah Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SR

Apa itu Kajian Tindakan (KT) Dalam Kontek Pengajaran dan Pembelajaran?

Kajian tindakan
merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

RASIONAL GURU SEBAGAI PENYELIDIK


Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik. (Gray 1988)

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN


Membantu guru menghadapi cabaran. Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin. Memberi kuasa (empowerment) untuk membuat keputusan dalam bilik darjah. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman. Menjadi agen perubahan.

GELUNG KAJIAN TINDAKAN


KT bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat atau langkah: Peringkat l : Mereflek Peringkat ll : Merancang Peringkat lll : Bertindak Peringkat lV : Memerhati

MEREFLEK
Muhasabah/mereflek diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri

TINJAUAN AWAL
-Pengumpulan awal data bagai mengesahkan isu/masalah sebenar -Mengenalpasti fokus masalah yang menjadi keperihatinan

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan

Gelung 1

MERANCANG
Merancang tindakan/intervensi/bagi mengatasi masalah

BERTINDAK
Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah Yang menjadi fokus MEREFLEK TERUSKAN KE GELUNGAN SETERUSNYA (JIKA PERLU) MERANCANG

MEMERHATI

Gelung 2

BERTINDAK

Definisi Refleksi
Satu aktiviti penting di mana seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikirkan dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian. Muhasabah diri / cermin diri sejauh mana kita dapat melihat dengan penuh kesedaran.

REFLECTIVE TEACHER
Reflective teacher is one, who, all during the day, is checking back and saying, Did that work? What could I do to help that child? Its (reflective thinking) an on-going process that you do before you arrive at school, during the school day, and in the evening at home. Its an on-going check of child progress. You dont get to the end of the year and find out that one of your student cant read.

TUJUAN REFLEKSI
Mentafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya. Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakannya. Menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran. Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan. Mencuba membina satu penjelasan tentang murid, interaksi bilik darjah serta proses-proses P &P. (David Frost 1993)

Contoh soalan untuk refleksi bersama


Apakah masalah dalam kelas/saya? Mengapa? Bagaimana masalah itu boleh ditangani dan diselesaikan? Apakah strategi yang perlu digunakan dan bagaimana? Bagaimana saya menilai keberkesanan strategi saya?

TINJAUAN AWAL
1. Pengumpulan Data - Kumpul data awal melalui beberapa instrumen untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang ada - Bertujuan membantu guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang dikenalpasti

Contoh instrumen 1. Dokumen * kerja pelajar * jadual kedatangan * rekod keputusan ujian/peperiksaan * rekod latar belakang murid * buku diari * buku log * jurnal * nota aktiviti kerja

2. Rakaman video dan audio mengenai P&P dalam kelas 3. Transkripsi temubual 4. Gambar 5. Borang Soalan Soal Selidik 6. Borang Pemerhatian

2. Analisis Data
- Data-data yang dikumpul melalui instrumen yang dipilih hendaklah dianalisis untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi semasa P&P - Hurai dan persembahkan data

MENGENALPASTI FOKUS KAJIAN


Melaksanakan kajian tindakan MESTILAH berdasarkan: Fokus yang jelas Tujuan dan sasaran yang benar-benar difahami.

FOKUS KAJIAN TINDAKAN


Fokus kepada aspek yang mempunyai kaitan langsung dengan minat dan keperluan anda dalam bilik darjah. Data yang diperlukan bagi memperjelaskan persoalan tersebut boleh dikumpul, bukan sesuatu diluar kemampuan. Fokus kepada aspek/bidang yang anda mempunyai kuasa/keupayaan untuk mengubah atau melakukan sesuatu.

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


a. Skop Kajian Adakah situasi/masalah itu wujud dalam kelas anda? Bolehkah anda melakukan sesuatu terhadap situasi/masalah tersebut bagi membaikinya? Adakah anda terlalu bergantung kepada orang lain bila hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap masalah/situasi tersebut?

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


b. Kerelevenan Sejauhmanakah pentingnya persoalan/ masalah ini untuk diperbaiki? Jangka masa pendek? Jangka masa panjang?

Adakah anda berminat untuk membaiki permasalahan/situasi itu?

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


c. Kebolehurusan Adakah anda mempunyai masa untuk menangani persoalan/ masalah tersebut? Apakah persiapan yang perlu anda lakukan?

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


d. Keserasian Adakah ianya melibatkan kerja-kerja yang sememangnya selalu anda lakukan? Adakah mungkin aktiviti-aktiviti kajian ini boleh digabungkan dengan kerja-kerja mengurus/menyelia/memantau/mengajar?

Pengumpulan Data dan Analisis Data


Pengumpulan pelbagai bentuk data adalah penting untuk mendapat maklumat yang lengkap dan bermakna dalam KT. Data boleh dikumpulkan melalui kaedah penyelidikan yang sistematik seperti berikut:

1. Soal selidik 2. Pemerhatian 3. Temubual 4. Analisis dokumen (Jurnal, Buku log, Dairi, Ujian)

MERANCANG
a) Guru merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti dalam fokus kajian. b) Perbincangan disyorkan dijalankan bersama rakan penyelidik yang lain.

c) Setelah mengumpul, menganalisis dan menentukan fokus kajian yang hendak dijalankan guru perlu: a. Menentukan objektif kajian i) Objektif umum ii) Objektif khusus *Pastikan objektif kajian selaras dengan matlamat tindakan intervensi *Tempoh pelaksanaan setiap aktiviti

d) Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian untuk keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan i) Maklumat yang diperlukan ii) Cara pemerhatian iii) Alat pemerhatian: - senarai semak/gambar/ rakaman video iv) Individu yang menjadi pemerhati Pengetua/Guru BesarPenolong Kanan/ Ketua Panitia/Rakan Sejawat/ Murid v) Cara penilaian formatif/sumatif vi) Instrumen penilaian ujian,latihan, soal selidik, temubual

e) Menyatakan keperluan-keperluan lain : - sumber rujukan - kewangan - tenaga pembantu - kelengkapan dan sebagainya

SELEPAS MERANCANG APAKAH TINDAKAN ANDA SELANJUTNYA ?

Format Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan


1. Tajuk kajian 2. Ahli Kumpulan Penyelidik dan Nama Sekolah 3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian 5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian 6. Kumpulan Sasaran 7. Strategi Tindakan Yang Dicadangkan 8. Bahan-Bahan Yang DiPerlukan 9. Jadual Pelaksanaan Kajian 10.Anggaran Kos Kajian

Bil Jenis bahan


1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jumlah Bahan &Kos setiap unit Kertas A4 10 rim x 10.00 Markerpen 10 set X 6.00 Gunting 5 unit X 4.0 Manila Kad 50 kad X 0.50 Diskette 1 dozen X 20.0 Buku Catatan 2 buah X 2.00
Jumlah

Jumlah kos RM 100.00 RM 60.00 RM 20.00 RM 25.00 RM 20.00 RM 4.00 RM 229.00

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil 1. 2. 3. 4. Aktiviti Menulis proposal Merancang aktiviti Melaksanakan kajian gelungan 1 Menyediakan laporan kajian Tarikh 1 April 2-4 April 5 -12 April 13 April

Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan


Tajuk kajian Penghargaan Abstrak Halaman Kandungan Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian Objektif Kajian/ Tujuan Kajian Kumpulan Sasaran Perancangan Tindakan Perlaksanaan Tindakan Dapatan Kajian Refleksi Cadangan Tindakan seterusnya Rujukan Lampiran

ABSTRAK

Guru matematik sekolah rendah sering menghadapi masalah menyampaikan konsep penambahan pecahan kepada muridmurid tahun 4. Ini disebabkan penambahan dua pecahan yang penyambutnya tidaksetara melibatkan banyak konsep pecahan asas yang lain.Dengan itu, kajian telah dijalankan dengan kaedah kajian tindakan dengan tujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid sukar menguasai konsep tersebut. Lanjutan dari itu,kajian ini bertujuan mendapatkan satu pendekatan yang paling efektifuntuk membantu murid-murid menguasai konsep tersebut. Kajian ini telah dilakukan ke atas 30 orang murid tahun enam Merah di Sekolah SJK Khoon Aik, Kangar perlis. Segala maklumat yang diperlukan untuk dianalisis dalam kajian ini diperolehi dengan temubual dengan guru dan murid serta meneliti hasil kerja murid. Kajian ini mendapati, faktor utama yang menyebabkan murid-murid sukar untuk menguasai konsep penambahan pecahan dengan penyebut tidak setara ialah mereka lemah dalam konsep pecahan setara. Masalah seterusnya ialah mereka tidak permudahkan jawapan yang diperolehi ke bentuk teringkas atau permudahkannya dengan cara yang salah.

TAJUK-TAJUK KAJIAN TINDAKAN


- Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am 1 (Kenegaraan Malaysia) melalui Kemahiran Belajar secara Kooperatif. - Mengingat Nama Pelajar sebagai Teknik Pengajaran Mesra Pelajar - Using 12 Strategic Steps to increased pupils knowledge and skill in writing sentences in the Simple Present Tense.

- Peningkatan Kemahiran Menguasai Konsep Operasi Tambah dan Tolak Pecahan yang Penyebut Tak Sama. - To increase pupils vocabulary through One to Many Programme. - Sehari Selembar Benang dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam kosa kata - Bijak Peta satu pendekatan membantu pelajar mengingati fakta sejarah.

- Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Murid Menggunakan PAK - Adding Vocabulary List By Building Words from a Series of letters. (Mastering Vocab) - Penggunaan 4 Kaedah Untuk Meningkatkan Kemahiran Istilah Dalam Sains. - Meningkatakan Penguasaan Tajwid Hukum Nun Mati dan tanwin Melalui Teknik Mengingat Gabungan Hkum Lab Fak Har Gham (LEPAK HARAM)

- JEJAK KASIH : Kearah Meningkatkan Kehadiran Pelajar Di sekolah. - Peningkatan Kaedah Kualiti Sistem Pengurusan Kokurikulum - LDK vs Sikap Pembelajaran Pelajar Tahun 5 dan 6 - Steps to Correct Sentence Construction helps pupils to write better essay

MODEL PROFESIONALISME GURU (Gillmeeva)


6 5
Guru Profesional Guru Penyelidik

4
3 2 1

Guru Inovatif
Guru Pakar Guru Biasa

Guru Percubaan/kurang berminat

RENUNGAN
Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah pemikiran, sikap dan amalan

You might also like