You are on page 1of 94

WARISAN KEPELBAG AIAN BUDAYA MALAYSIA

NAMA: wong li xuan Kelas: 2 gigih NO. KAD PENGENALAN: 970520-15-5012 GURU PENILAI: en. Wayup bin ali

Tajuk kajian

Tajuk Kajian
Saya WONG LI XUAN telah diarahkan oleh guru pendidikan sivik dan kewarganegaraan untuk membuat satu kajian yang tentang warisan kesenian pelbagai kaum.Kajian dibuat supaya dapat mengaplikasikan segala

pengetahuan dan kamahiran kesenian pelbagai kaum yang telah dipelajari dalam kehidupan harian.Saya telah memilih tajuk WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA.

KANDUNGAN

KANDUNGAN
Tajuk Tajuk Kajian Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rujukan Muka Surat 1 3 5 8 10 12 14 92

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya,En. WONG HUI YEE dan Pn. TEO SIEW WONG atas sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan kajian ini.Tidak ketinggalan kepada guru

pebdidikan sivik dan kewarganegaraan saya,En. WAYUP BIN ALI atas segala bimbingan,tunjuk ajar,teguran berguna.Saya penghargaan dan juga kepada nasihat ingin yang amat

menyampaikan sekolah,Pn.

Pengetua

HAJAH ROSNI BINTI WAHAD kerana telah memberikan keizanan kepada saya untuk

menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan dalam kajian ini.Akhir ING

sekali,kepada

rakan-rakan

saya,LEE

FONG,SEAH PEI JEAN dan ROLLAND CHUA KAI LUN kerana sudi membantu yang saya

mengambil

gambar-gambar

berkaitan

dengan kajian ini dan mencari,mengumpul serta bertukar-tukar maklumat.

pendahuluan

Pendahuluan
Saya WONG LI XUAN pelajar Tingkatan 2 GIGIH di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.Saya dan rakan-rakan WARISAN MALAYSIA. menjalankan kajian tentang BUDAYA

KEPELBAGAIAN

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan Kerja Kursus Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut : 1. Menerangkan jenis-jenis warisan kesenian pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. 2. Melibatkan mengekalkan kaum . 3.Berbangga dengan kekayaan warisan diri warisan dalam kesenian usaha pelbagai

budaya Malaysia. 4. Menerima dan menghormati warisan

kesenian pelbagai kaum.

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.

1. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di kelab kebudayan sekolah dan membuat

catatan.Perkara yang saya pehatian ialah warisan kesenian pelbagai kaum. 2. Rujukan Saya merujuk internet dan buku teks untuk mendapatkan maklumat tambahan.

HASIL KAJIAN

HASIL KAJIAN
SENI TARIAN PELBAGAI KAUM
TARIAN ASLI Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan

seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama

Semenanjung Malaysia.

TARIAN ASYIK Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian

tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.

TARIAN AYAM DIDIK

Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN BALAI Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-

gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi.

TARIAN BARONGAN Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu

turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.

TARIAN CALOK Tarian Calok pada satu masa dahulu ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding, berinai

dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.Tujuannya ialah untuk membuatkan pengantin tersenyum dan berasa gembira. Pada asalnya kemunculan penari tidak akan diketahuai oleh orang ramai. Penari akan muncul sama ada dari arah dapur atau tingkap pada bila-bila masa. Namun gendang akan dibunyikan. Langkah kaki dalam tarian ini mengikut kiraan satu, dua dan tiga dengan mengikut muzik.

TARIAN CANGGUNG Tarian Canggung merupakan sejenis tarian

rakyat Melayu traditional. Perkataan tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian

Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular Tarian di ini negeri Kedah, Perlis dan Pulau dicipta oleh seorang ahli Pinang. tarian

dari Kangar selepas Perang Dunia II.

TARIAN CERACAP INAI Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan Mahmud Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesarpembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan

bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

TARIAN SITI WAU BULAN Tarian Siti Wau Melayu tradisional. negeri Kelantan, Bulan merupakan sejenis tarian Tarian ini pada berasal musim dari menuai

ditarikan

sempena dengan temasya dan permainan wau.

TARIAN CINTA SAYANG Tarian Cinta Sayang merupakan sejenis tarian

Melayu traditional. Tarian ini berasal dari yang menggambarkan menunjukan keluarga bagaimana nelayan. keluarga Tarian ini

nelayan

mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

TARIAN DABUS Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak.

TARIAN PIRING Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban,Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.Tarian

piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.

TARIAN GAMELAN Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian

Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak tahun 1811 ramai dalam di

Pekan, Pahang dalam

upacara

persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan

Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam

kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN GAYONG OTAR Tarian Gayong Otar-Otar adalah sebuah tarian

pahlawan. Tarian ini ditarikan secara berpasangpasangan (lelaki sahaja). Pakaian penari-penari pula adalah pakaian silat Melayu. Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil. Dua baris penari akan bergerak sambil menyerang antara satu sama lain. Kemudiannya dua baris penari akan berundur namun

barisan penari itu tidak berpecah. Alat-alat muzik iringan adalah gong dan gendang.

TARIAN HADRAH Di Malaysia, kesenian sekitar tarian Hadrah mula

diperkenalkan

tahun 1910 di Pulau

Pinang. [1] Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di

Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur

pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30 orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul kompang. Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa tetapi berpakaian wanita akan keluar menyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini.

TARIAN INANG Tarian Inang merupakan versi moden

bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan

gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

TARIAN INAI Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian Inai ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan

diraja.Tarian ini mempunyai asal istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang terdapat dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk, dalam mana penari membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang kelantai. Pada masa lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua lelaki.

TARIAN JOGET Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.Pada masa kini terdapat

pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramairamai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

TARIAN JIKEY Jikey ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia sekitar 60-an. Ia juga popular di selatan Thailand dan dikenali sebagai Likey dan popular di Satun dan Phuket.Persembahan Jikey turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalampersembahan MakYong, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung.Tarian Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan dan mempunyai dialog lucu, muzik dan tarian. Muzik jikey terdiri dari muzik dan muzik mengiringi nyanyian. Watak tertentu dalam drama jikey dikenali dengan unsur tertentu dalam

muzik.Alatan muzik Jikey biasanya terdiri daripada violin, 3 rebana, dan 2 cerik (ketuk buluh).

TARIAN ANAK INDUNG Tarian Anak Indung merupakan persembahan upacara tradisional masyarakat Ulu Tembeling,

Pahang. Tarian ini memiliki berhubung rapat dengan bidang pertanian. Tarian ini memiliki nyanyian dan bentuk tarian yang mengambarkan konsep gotongroyong masyarakat dahulu dalam mengerjakan

penanaman sawah padi dan padi huma. Tarian Anak Indung memiliki beberapa persamaan dengan Tari Pulai.

TARIAN LABI-LABI Tarian Labi-Labi merupakan sejenis tarian

Melayu traditional. Tarian Labi-Labi dikatakan berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi alat musik biola dan gong. Tarian ini bercorak komedi. Para penarinya terdiri daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian Melayu tradisi selengkapnya iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya seperti gerak labi-labi. Penari yang berlagak sebagai anaklabi-labi akan keluar daripada sarangnya lalu cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penaripenari. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana,

gong, keketuk dan serunai.

Tarian

Labi-Labi

juga

popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di daerah Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.

TARIAN KUDA KEPANG Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.Tarian Kuda kepang amat digemari oleh

penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul

tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

TARIAN LILIN Tarian Lilin pada asasnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.

TARIAN MAK INANG Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.

TARIAN MAK YONG Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau Indonesia.Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara

perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

TARIAN PELANDUK Tarian Pelanduk berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis, Pahang. Tarian ini menggambarkan bagaimana pemburuan pelanduk dilakukan oleh penduduk kampung. Ia menggambarkan bagaimana orang-orang kampung pada masa dahulu memburu pelanduk. Mereka mereka pergi memburu dengan menggunakan parang dan mengunakan daun terap bagi memanggil pelanduk.

TARIAN RANDAI Tarian Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong.

Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.

TARIAN SARAH Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan

berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

TARIAN ZAPIN Tarian Zapin (Jawi: ) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan

penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang

sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini di Malaysia, Brunei, Singapura danIndonesia. seperti Zapin

telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan

Tarian Payung Tarian Payung atau Siti Payung ini membawa erti yang menarik. "Siti" bermaksud anak gadis bangsawan yang disayangi. Manakala "payung" pula bererti sangat dikasihi. Tarian Siti Payung dimulai dengan penari lelaki mempelawa penari wanita dengan melambaikan selendang yang tersilang pada bahunya. Penari-penari lelaki cuba mendekati penari-penari wanita namun penari-penari wanita akan cuba menjauhkan diri. Ia ditarikan secara berpasang-

pasangan iaitu lelaki dan wanita. Namun begitu tarian ini sudah jarang ditarikan.

Tarian Rodat Tarian Rodat terkenal di Negeri Terengganu. Tarian ini pada mulanya ditarikan di istana sahaja. Dahulu tarian ini ditarikan di atas tilam dengan berdiri lutut sahaja. Tetapi ianya sekarang ditarikan di atas pentas. Para penari Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa rebana. Kumpulan kedua dikenali sebagai pelenggok. Dua kumpulan ini berganti-ganti menarikan tarian ini. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong.

TARIAN NAGA Tarian naga (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: w lng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: lng de chun rn) sebagai lambang identiti etnik.Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadangkala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-

belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

TARIAN SINGA Tarian Singa (bahasa Cina: ; pinyin: wsh) adalah sebahagian daripada tarian tradisional

dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan

menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu

akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa dan ini akan diiringi

oleh gong, dram,

dentuman mercun yang

dikatakan akan membawa tuah.

TARIAN KIPAS Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di

mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

TARIAN SUMAZAU Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian

tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang

berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki

dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.

TARIAN LIMBAI Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN SUMAYAU Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak

sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN MAGUNATIP Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN ADAI-ADAI Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.

TARIAN DALING-DALING Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orangorang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah

tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

Tarian Ngajat Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulubulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Datun Julud Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulangulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Tarian Bunga Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia.Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan

aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Iajuga sebagai bukti secara simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh sekuruh dunia.

GIDDHA Tarian Giddha merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. Ia diibaratkan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian(rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

BHARATA NATYAM Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulin dan Nritya mengandungi adarus atau unit tarian asas. Setiap adarus mengandungi tiga unsur, asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan tangan. Rentaknya adalah berdasarkan rentak yang panjangnya yang dipanggil Jatis. Muzik tarian ini berasaskan rentak yang penting atau ragas seperti Bahairavi, Kalyani dan Kambodhi. Penyanyi akan mengawal pegerakkan tarian yang dipanggil Shollukatus atau sukukata rentak.

KHATAK Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita(penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Ia mengndungi Thata cerita pembukaan, Amad yang menghubungkan dengan Alarippu dalam Bharata Natyam, Sangeet yang menyerupai Jatiswaram dalam Bharata Natyam, Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan akhirnya Tarana yang menghubungkan dengan Thilland dalam Bharata Natyam. Ia dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

SENI MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA


Ghazal Ghazal merupakan seni dan nyanyian Melayu yang mulaberkembang.Pada abad ke-19 di istana RiauLingga.Mempunyai pengaruh Arab, seni ini dikatakandi perkenalkan oleh para pedagang India dan Parsi.Kata ghazal merupakan kata Arab yang bererti,lagu dan puisikasih.Alatalat muzik yang digunakan ialah harmonium, tabla,biola, gambus, gitar, tamborin, dan maracas. Seni ini popular di negeri Johor, mulanya seringdi persembahkan di istana Johor dan menarik minatmasyarakat melayu di sini lalu berkembang dengan baik.Kebanyakan kumpulan ghazal mengadakanpersembahan dalam :-majlismajlis keramaian,majlis perkahwinan dan upacara berkhatan. Boria Sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysiaterutama Pulau Pinang. Mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang(biasanyaakan memegang tongkat penunjuk ketikamenyanyi). Rangkap karangan boria yang hujungsukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsayang di persembahkan.Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakangtukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat

muzik boria telah berubah mengikut peredaranmasa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti biola, marwas, gendang, paniang, akordian, dan harmonikaadalah digalakkan. Dikir Barat Juga dikenali sebagai Dikir Karut dan terkenal di Kelantandan selatan Thai.Berasal dari selatan Thai dan dianggap masih baru lagi.Diselitkan dengan pantun, syairdan lagu selain tarian.Kumpulan dikir barat terdiri dari pada tukang karut, juara,dan awak-awak. Tukang karut berperanan untuk bercerita atau berpantun(mengarut), juara pula menyanyi sebagai pembuka persembahan, manakala awak-awak pula bertindak sebagai penyanyi latar yang mengulang setiap penghujung ayattukang karut. Alat muzik yang sering di pakai adalah rebana ubi, rebanabesar, rebana kecil, gong, sepasang buah rumba ataumarakas, seruling dan rencana. Kebiasaannya, semuaahli berpakaian seragam atau samakecuali tukang karut dan juara

ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA


Tempura

Pengenalan Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada. Fungsi Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Cara Bermain Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Erh-Hu

Pengenalan Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello Gambus

Pengenalan Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara Bermain Dipetik bagaimana cara bermain guitar. Pipa

Pengenalan Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Fungsi Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. Cara Bermain Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari

dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik. Rehab

Pengenalan Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah

urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan. Cara Bermain Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th. Sapeh

Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Fungsi Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit

di Sarawak. Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya. Satong

Pengenalan Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar. Fungsi Dimainkan ketika mengisi masa lapang. Cara Bermain Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan. Sitar

Pengenalan

Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. Fungsi Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. Cara Bermain Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo. Sundatang

Pengenalan Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Fungsi Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga

untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Cara Bermain Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. Venna

Pengenalan Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain

Fungsi Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan. Cara Bermain Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bungabunga melodinya. Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.

Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong

dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagubudaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelandukpelanduk. Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

SENI BINA MALAYSIA,WARISAN YANG TIDAK TERNILAI


Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan

diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996) Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncakBukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara Telekom Menara Telekom ialah bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menara ini yang mempunyai 55 tingkat merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas. Tingginya 310 meter atau 1,017

kaki.Pencakar langit ini direka oleh Hijjas Kasturi Associates, menyerupai sebatang buluh yang bercambah dan dibina oleh PECD Berhad pada tahun 1998. Menara ini siap dibina pada di tahun 2001.

Pembinaan Menara Maybank

Pembinaan Menara Maybank telah dimulakan pada tahun 1984 di Court Hill, di atas tapak bangunan mahkamah seksyen era koloni, dan telah disempurnakan pada tahun 1988. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun

1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada ketinggian 244 m (801 ka), hampir separuh dari Menara Berkembar Petronas Twin Towers. Menara masih lagi menjadi sebahagian daripada pencakar langit bandaraya. Menara KOMTAR

Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12.Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya.

PERMAINAN TARDISIONAL DI MALAYSIA


Permainan Batu Seremban

Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Cara Bermain Permainan Gasing Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya

mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan sepak Raga

Pengenalan Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa

juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia Cara Bermain Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layanglayang.Permainan wau amat digemari oleh pendudukpenduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. Congkak Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadangkadang sebagai ganti papan congkak, lubanglubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Mahjong Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang

permainan yang mudah. Go hanya menggunakan bijibiji berwarna hitam dan putih. XiangqI Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua

batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Kho-kho 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan khokho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak pesertapeserta lain.Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan.

Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselangselang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

KABADI Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya

sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

RUJUKAN

RUJUKAN
1) www.google.com.my 2) www.scribd.com 3) www.yahoo.com.my 4) www.flickr.com

You might also like