You are on page 1of 18

Pendekatan dan latar belakang sosiobudaya Perhubungan gender dan kuasa dalam masyarakat tradisional, analisis Al Syiqaq 1 Novel

Tunggul-tunggul gerigis, perhubungan gender dan kuasa dalam arus perubahan dan pembangunan Persoalan poligami dan kuasa dalam Tok guru dan Ummi & Abang Syeikhul Wanita dan perhubungan kuasa dalam dunia politik Sutan Baginda dan Patriarch
Saudara Shahnon menyampaikan Tonil Purbawara buat Azizah dan saya. Saya mengikuti hampir semua karya Shahnon yang diterbit dan Tonil Purbawara mudah dibaca dan dihabiskan dalam perjalanan ka Washington DC. Karya-karya terdahulu saperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan Menteri sabelumnya sempat saya baca semasa saya masih di sekolah dan di Universiti Malaya. Novel-novel beliau adalah di antara yang terhimpun dalan khazanah almarhum ibu saya Che Yan di Cherok ToKun. Saya berkesempatan membahas dari dekat beberapa karya beliau sejak dalam ABIM kerana pengalaman beliau dalam UMNO di Kedah sabelumnya dan kemudian berjinak dengan al-Arqam dan Jamaat Tabligh. Tatkala saya mempengerusikan Panel Hadiah Sasterawan Negara,saya saksikan sosok Shahnon dari dekat, seorang pendiam dan sopan. Tetapi sebaik mengungkap pandangan, utamannya dalam wacana rasmi, kalimatnya jelas, tegas dan sinis malakar bait-bait bernas bagaikan dalam prosa. Universiti Sains Malaysia pernah mengundang saya melancarkan novel beliau Tunggul-Tunggul Gerigis yang menyerang keras amalan politik Melayu, imbas UMNO pastinya. Saya bersetuju dan memilih untuk Universiti Sains Malaysia pernah mengundang saya melancarkan novel beliau Tunggul-Tunggul Gerigis yang menyerang keras amalan politik Melayu, imbas UMNO pastinya. Saya bersetuju dan memilih untuk membuat ulasan buku tersebut tanpa teks. Saya arif dengan kritikan pensyarah dan mahasiswa mengenai Menteri yang tidak menelaah buku dan hanya mampu membaca teks ucapan yang disediakan. Maka saya kupas buku tersebut dari sudut analisa kepincangan politik desa, kaedah khutbah pengarang dan kekuatan bahasa dan perbendaharaan kata yang luar biasa hebat. Beliau menggali semula perbendaharaan kata loghat Kedah yang tidak didengar sekian lama. Shahnon kemudiannya menggemparkan negara dengan novel SHIT yang keras menikam kalbu sang penguasa zalim, terlibat secara langsung dalam kontroversi politik dan sempat menjadi YB PAS mewakili kampung halamannya Banggul Derdap, kawasan Sik. Maka Tonil Purbawara bermula dengan cerita Pak Utih yang miskin merayap ka Alor Setar dicelahcelah orang merenyut. Saya terus ka cerpen Tonil Purbawara kerana judulnya, rupa-rupanya kisah Maka Tonil Purbawara bermula dengan cerita Pak Utih yang miskin merayap ka Alor Setar dicelahcelah orang merenyut. Saya terus ka cerpen Tonil Purbawara kerana judulnya, rupa-rupanya kisah pertarungan politik dua penjuru dan pendirian alFalah dari kelompok bebas yang ketiga:

Perjuangan kita cukup mudah, Kita bertolak dari hati bukan dari perut.mulut.nafsu.Kita selesaikan urusan hati. Dan yang lain akan selesai sendiri. Karya tersebut (1982) mungkin di era pengarang bersama Jamaat Tabligh. Dongeng Merdeka sinis dengan makna kemerdekaan. Dalam Gunung (1988) lebih terserlah sikapnya menhentak penguasa angkuh bupala di puncak Gayamahatumpul. (Perhatikan saja nama gunung berkenaan) yang melayah gugur di tengah-tengah gelombang jelataan yang gamat. Pak-pak pacak dan oknum-oknum yang selama ini menenggek untuk tumpang semangkuk terus puyeng, berkelam-kabut... Lakaran kata Shahnon jenuh dan kaya, saperti juga dalam Perempuan (1973) Muka dipendap, terpenyek hidung, terkeronyok daging-daging pipi dan dahi. Kami bangga dengan Shahnon. Semoga sehat walafiat dan sejahtera dipelihara Allah azzawajall ESEI : SUMBANGAN SHAHNON AHMAD DALAM MENGANGKAT ISU KEMISKINAN DALAM NOVEL PILIHAN Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982, selepas Anugerah Sastera Negara diberikan kepada Kamaludin Muhammad atau nama penanya Keris Mas pada tahun 1981. Anugerah Sastera Negara ini diperkenalkan pada awal tahun 1980-an adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan para penulis tanah air dalam menghasilkan karya-karya kreatif mereka. Shahnon Ahmad telah dilabelkan sebagai Anak Kreatif Malaysia Merdeka semasa menerima anugerah tersebut. Antara novel-novel yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad yang sedikit sebanyak menyentuh isu-isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Ranjau Sepanjang Jalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri Di Daerah Daif. Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1) Sasterawan Negara yang ke-2 ini, dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung, sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. Sebagai contoh dalam novel pilihan menurut Ismail Hussien ( 2005 : 24 ) Novelnya yang bertajuk Seluang Menodak Baung timbul daripada kegelisahan rakyat tani di Kedah pada tahun 70-an. Disini kita melihat keprihatinan Shahnon Ahmad dalam mengangkat isu-isu kemiskinan yang berlaku di tempat-tempat yang berdekatan dengan kawasan tempat beliau tinggal. Berbalik kepada latar belakang zaman kanak-kanaknya, Shahnon Ahmad hidup sepenuhnya di kampung Banggul Derdap. Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampurgaul dengan orang lain. Apa yang sering dilakukannya adalah mengikut ibunya ke sawah. Di situlah dia bermain dengan air sawah, mencari ikan serta menolong ibunya mencabut rumput dan sebagainya. Di belukar-belukar dekat sawah, dia memburu burung-burung dan di sungai serta di sawah dia mencari ikan dengan alat-alat yang direkanya sendiri. Apabila masuk ke sekolah rendah, Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan yang penuh dengan keriuhan, perlumbaan dan cabaran. Hal ini menunjukan pahit manis kehidupan Shahnon yang sejak dari kecil lagi telah dibesarkan dan dididik dengan cara yang serba sederhana dengan hasil padi sawah dan ini telah menyebabkan Shahnon cepat matang berfikir dalam melahirkan idea seperti novel Seluang Menodak Baung yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd, pada tahun 1978. Selepas tamat sekolah menengahnya, Shahnon memperlihatkan bakatnya sebagai penulis. Kemunculannya mungkin daripada sebab-sebab peribadi dan alam sekitar yang pernah dilaluinya. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Keadaan keluarganya dan latar belakang hidupnya juga menjadi pendorong yang besar untuk dia menulis terutamanya yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Apa yang boleh digambarkan dengan perkataan kemiskian. Kemiskinan adalah keadaan dimana berlaku kekurangan terhadap perkara-perkara yang biasa diperlukan oleh seseorang individu seperti makanan dan minuman, pakaian serta tempat tinggal kerana keperluan ini sangat berkait rapat dengan kualiti hidup manusia. Makna lain kemiskinan juga adalah apabila sesutau tempat itu tidak mempunyai jaringan pendidikan dan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup sekumpulan masyarakat. Isu kemiskinan merupakan masalah global yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun pada masa sekarang. Istilah kemiskinan ini adalah sangat subjektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evalutif dan lain lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan. Mengapa persoalan kemiskian yang dipilih oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon, kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin, tambahan

juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. Dalam novel Rentong , Shahnon dilihat cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah ruah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya sendiri iaitu Banggul Derdap. Kebijaksanaan Shahnon Ahmad mengangkat watakwatak dalam novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma. Tujuan Shahnon mengetengahkan konflik jiwa orang kampung ini adalah supaya golongan pemimpin sedar akan kebuntuan dan keperluan masyarakat desa yang terus terpinggi oleh arus pemodenan. Begitu mulianya sikap Shahnon Ahmad kerana melalui karyanya masalah masyarakat kampungnya terungkai dan mendapat perhatian dan simpati oleh pelbagai pihak khususnya pemimpin yang bertanggungjawab pada waktu itu. Isu kemiskian dalam novel Rentung jelas mengambarkan kesusahan dan kesukaran hidup penduduk kampung yang hanya mengharapkan hasil daripada cucuk tanam mereka. Malahan juga penduduk-penduduk kampung hidup mengahrapkan hidupan ternakan mereka seperti lembu. Dalam novel ini Shahnon Ahmad berkongsi cerita dengan masyarakat bahawa masyarakat desa berhadapan dengan masalah serangan binatang buas seperti harimau. Kisah mengenai seekor harimau yang ganas sering kali menyerang dan makan lembu ternakan penduduk kampung Banggul Derdap. Pelbagai cara telah dilakukan untuk membunuh harimau tersebut namun tidak berjaya. Hal ini kerana kurangnya kerjasama dalam kalangan masyarakat desa walaupun hidup dalam keadaan miskin dan papa kedana. Penduduk kampung hanya sedar akan kepentingan hidup bekerjasama setelah kematian Dogol akibat diserang oleh harimau yang sangat ganas itu. Mulai saat itu, penduduk kampung Banggul Derdap telah berpakat dan bekerjasama untuk menebus kematian Dogol. Akhirnya, harimau yang ganas tersebut telah berjaya dibunuh oleh orang kampung. Kehidupan di kampung juga digambarkan oleh Shahnon Ahmad amat sukar untuk bersatu bila ada manusia yang ego dan bersikap tidak mahu bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Hal ini ditunjukkan dalam watak Dogol dan Semaun yang sangat sukar unuk bekerjasama dan tidak bertegur sapa antara satu dengan yang lain. Peranan ketua kampung sebenarnya sangat berat dan besar untuk menjaga ketenteraman dan mengalihkan pemikiran penduduk kampung supaya tidak terus berfikiran jumut. Misalnya watak Pak Senik yang sedaya upaya untuk menjaga keamanan di kampung Banggul Derdap. Novel ini sebenarnya ditujukan Shahnon kepada pembaca dalam kalangan pekerja di Jabatan Hidupan Liar supaya bertindak untuk menangkap harimau ganas yang telah menyerang haiwan ternakan mereka dan mereka sentiasa barada dalam ketakutan sekiranya haiwan liar tersebut tidak ditangkap atau diburu. Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segi tempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnya digambarkan seperti petikan ini ; Malam itu kurang menyenangkan penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintang walau sebutir sekali pun. Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban. (Shahnon Ahmad. 1995 :161) Betapa susahnya kehidupan orang kampung yang akan kebasahan setiap kali hari hujan kerana atap rumah yang diperbuat daripada atap nipah. Betapa berharapnya Shahnon Ahmad akan pihak yang bertanggungjawab supaya memberi kemudahan atau pun hak yang sepatutnya diberikan kepada golongan bumiputera khususnya penduduk kampung yang miskin. Dalam novel Rentung ( 1983 ) Shahnon memperlihatkan perhatiannya yang bersungguh-sungguh terhadap permasalahan hidup manusia dan masyarakat bangsanya. Beliau memperlihatkan perasaan simpati yang amat mendalam terhadap nasib golongan yang malang. Apa yang malang itu, seperti biasanya di negara kita ini, adalah golongan orang kampung yang terbatas keupayaannya dalam menghadapi perjuangan hidup. Keterbatasan keupayaan manusia ini diperlihatkan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya dengan amat mengharukan. Karya-karya awal Shahnon menonjolkan keterbatasan keupayaan orang-orang kampung berhadapan dengan kekuatan dan kezaliman alam, termasuk pemusnah-pemusnah di luar kuasa manusia seperti bencana yang dibawa oleh banjir atau kemarau di samping kemusnahan dan ancaman yang dibawa oleh makhluk bukan manusia seperti tikus, ular, katak, burung, ketam serta binatang buas dan lain-lainnya. Juga ditonjolkannnya keterbatasan keupayaan manusia kampung menghadapi kekuatan daripada makhluk alam ghaib yang merosakkan seperti puaka, hantu dan sebagainya. Novel Rentung apabila diteliti ceritanya amat sederhana sahaja; pokoknya ialah konflik antara dua orang gergasi kampung Banggul Derdap iaitu Semaun, anak Pak Kasa yang pada masa mudanya telah terkenal sebagai syaitan betul, sehingga selanjutnya dibenci dan disingkiri oleh orang kampungnya. Nama jahat itu telah beralih kepada anak laki-lakinya, dan sebagai reaksi terhadap benci orang kampung, maka dia dengan penuh perasaan

dendam kesumat terhadap masyarakat desa menyebabkan dia tidak mahu turut serta dalam kerjasama sebagai dikehendaki oleh zaman baharu. Misalnya ketika kepala kampung iaitu Pak Senik, datang mengajak dia turut serta dalam rancangan kampung hendak menanam padi dua kali setahun. Kerajaan akan membantu kampung dengan memberikan baja, traktor dan air, tetapi syaratnya ialah semua orang kampung mestilah turut. Semaun menolak permintaan Pak Senik, katanya kerana dia tidak sanggup menjijak adat turun-temurun, tidak berani menyeksa tanah pusaka, tetapi alasannya yang sebenarnya, walaupun barangkali tidak sedar, ialah sikap orang sekampungnya yang selalu mengasingkannya. Penolakan Semaun sudah tentu sesuai dengan rencana Dogol, gergasi kampung yang kedua yang sudah lam mencari dalih akan menghapuskan keluarga Pak Kasa dari kampung mereka. Pada sangkaannya sekarang telah tiba masanya, tetapi ternyata Pak Senik masih mahu bersikap sabar, masih mahu mencari sepakat dengan cara muafakat supaya mereka berbaik semula. Dalam keadaan yang tegang ini terjadi kemelut kerana Pak Kasa yang sudah lama sakit meninggal dunia; tetapi antara seluruh masyarakat kampung hanya Pak Seniklah yang datang menolong keluarga yang dukacita itu. Dengan kelakuan ini dia memujuk hati Semaun yang sebenarnya bukan syaitan; dia ternyata seorang yang jujur dan setia, tetapi dia mahu mempertahankan tanah pusaka nenek moyangnya dan dia mahu membela adiknya yang sedang remaja. Dalam pada itu Dogol menghasut orang sekampung dengan mengatakan sapinya yang hilang, katanya dicuri dan disembelih oleh Semaun, dan dia mengajak orang kampung supaya mereka bersama-sama membakar rumah Semaun. Tetapi Pak Senik memihak kepada Semaun, dia menghalang orang kampung dan meminta bukti dahulu. Orang kampung pergi mencari sapi yang hilang itu, lalu ternyata sapi Dogol telah menjadi mangsa seekor harimau. Harimau yang merbahaya itu perlu dibunuh, Semaun sanggup membunuhnya dengan pertolongan orang lain. Tetapi ketika dia sedang berjaga-jaga di atas ran, Dogol sendiri telah keluar dalam malam yang gelap hendak membunuh harimau itu supaya memulihkan maruahnya yang telah merosot. Ketika dia menengok Semaun yang sedang tertunggu-tunggu dia tidak dapat tidak mahu membalas dendam, tetapi ketika membidiki musuhnya dia sendiri diterkam oleh harimau yang membunuhnya sebelum harimau tersebut ditembak mati oleh Semaun. Jalan cerita yang sedernaha inilah yang berjaya menunjukan serba sedikit kekurangan atau kemiskinan yang tertonjol dalam kalangan masyarakat desa. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa melalui karya-karyanya. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan pula, sekali lagi Shahnon dilihat mengetehkan isu-isu kemiskian penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelgai konfik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati para pembaca. Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan ini maka telah diterjemahkan novel ini kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Kita dapat melihat bahawa novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahkan novel ini diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat tani pada ketika itu. Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa penyingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ; Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga.

Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. (Shahnon Ahmad. 1995:185) Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bengkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni. Kemiskianan dan keperluan rakyat juga diangkat Shahnon dalam novel Patriarch. Walaupun novel Patrich banyak berkisar kepada isu-isu politik, namun secara dasarnya watak pemimipin dalam novel tersebut iaitu Jasadiah berusaha untuk melangsaikan belenggu-belenggu kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung yang dibawah pimpinannya. Dimana watak Jasadiah yang merupakan seorang wakil rakyat telah bersumpah dan berjanji berhabis-habisan untuk memperjuangkan dan mengubah taraf hidup rakyat yang masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinya Hamidah bersetuju untuk berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Mereka sanggup memilih untuk hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyat terbela dan terjaga.` Masalah rakyat adalah dianggap masalah pemimpin juga. Hal inilah yang dirasakan oleh Jasadiah yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Patriach tersebut. Petikan berikut merupakan janji-janji jasadiah dalam perjuangannya untuk memajukan masyarakat miskin ; kita akan berjuang untuk rakayat. Kita akan berlapar untuk rakyat. Kita akan mati dan hidup untuk rakayat...; Kita berkorban untuk rakyat. Rakyat yang beribu. Rakyat yang berjuta. Berpuluh beribu juta itu sedang menanti pemberian kita. Betapa belas kasihan hati seorang pemimpin terhadap masalah rakyat digambarkan dalam perwatakan Jasadiah semasa dia memberikan ucapan kepada rakyat yang dipimpinnya. Dia tidak menahan rasa terharunya kepada rakyat. Dia dan isterinya sama menangis kerana terlalu sedih dengan nasib golongan miskin yang akan diperjuangkannya. Hutang Jasadiah terhadap rakyatnya melalui janji-janjinya sangat banyak. Setiap janji-janji yang telah terkata tersebut perlu dikotakannya. Hal ini, dialami sendiri oleh Jasadiah dalam igauannya seperti ...di sana itu akan berbaris berjuta rakayat yang bakal menghulur tangan dan mengemis benda daripananya. Shahnon Ahmad mengetengahkan watak Jasadiah dan digelar rakyat sebagai Patriach kerana dia sangat berjiwa rakyat. Menurut Shahnon Ahmad dalam novel ini, sikap Jasadiah seharusnya dicontohi oleh pemimpin pada masa itun dan masa depan. Tanpa pemimpin yang benar-benar jujur dan hanya inginkan kepentingan diri tidak akan mampu mengubah kepritan dan masalah masyarakat desa yang dibelenggu oleh masalah kemiskinan. Kebangkitan Shahnon Ahmad dalam menghasilkan novel ini menunjukkan beliau juga sebenarnya salah seorang masyarakat

yang berjiwa Patriach dan sememangnya layak dianugerahkan pinggat tertinggi dalam bidang sastera seperti Anugerah Sastera Negara. Kehadiran Shahnon dalam bidang sastera memang banyak impaknya. Dengan pelbagai gaya, pendekatan dan persoalan, Shahnon Ahmad telah melukiskan warna kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat desa yang tinggal jauh di ceruk kampung dengan segala kekurangan dan penderitaan , Semua itu sangat berbeza dengan corak kehidupan masyarakat di bandar besar yang penuh dengan segala kemewahan dan keseronokan. Karya-karya yang Shahnon Ahmad hasilkan bukan sekadar hiburan dan ilmu untuk santapan masyarakat. Malah memberitahu golongan atasan bahawa kemiskian dan kesusahan hidup masyarakat desa yang tidak pernah diambil peduli oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Shahnon Ahmad adalah seorang yang bersikap revolusioner dalam mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Banyak ahli politik mengatakan beliau mengucar-kacirkan masyarakat, namun tanggapan tersebut adalah silap kerana Shahnon Ahmad memperjuangkan sesuatu yang murni dan tulus dalam dunia sasteranya. Bagi Shahnon Ahmad amat perlu pengarang-pengarang lain bersikap revolusioner demi membangunkan sebuah negara yang maju dan adil. Revoluisoner menurut pandangan Shahnon Ahmad ialah perlunya bersuara keras dan bertindak keras untuk meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu dan disertakan pula dengan daya cipta untuk membina sesuatu yang baru sebagai ganti yang lapuk, yang diruntuh dan dirubah. Pemikiran seorang intelek seperti Shahnon Ahmad kurang disukai oleh barisan kepimpinan negara kerana boleh mengugat kedudukan mereka melalui karya-karya kreatif Shahnon yang tajam serta memberitahu segala sesuatu yang pincang dalam masyarakat terutamanya golongan miskin. Dalam novel beliau yang bertajuk Sampah pula, sekali lagi falsafah mengenai isu kemiskinan terungkai . Watak Dia dalam novel Sampah telah berusaha berjuang mengeluarkan dirinya daripada lingkungan pengemis. Pelbagai konflik yang berlaku dan dihadapi oleh watak utama iaitu Dia menjadikan novel Sampah sebuah kisah hidup yang panjang dan penuh dengan suka dan duka dalam arus gelora kehidupan. Sumbangan Shahnon Ahmad yang sanagt ketara dan jelas dalam mengangkat isu-isu kemiskinan ialah dalam sebuah novel autobiografi hasil tulisan beliau sendiri yang bertajuk Detik-detik Diri di Daerah Daif (DDDD). Isi kandungan novel ini adalah berkisar kepada permasalahan manusia yang hidup di kawasan desa. Beliau berusaha mengangkat kepritan hidup seseorang individu yang mahu berjaya dan meloloskan diri dari kemiskinan untuk bersaingan dengan orang luar ataupun golongan masyarakat yang mempunyai taraf kehidupan yang mewah dan berharta. Nilai kasih Shahnon terhadap golongan yang miskin sangat tinggi. Hal ini mendorong beliau untuk mengahsilkan karya sebegini supaya masyarakat tahu, sedar dan ingat jika mengahadapi kesenangan kerana di dalam mereka mengalami kesenangan dan kenikmatan hidup, sebenarnya ada segelintir lagi yang malang tidak dapat menikmati kebahagiaan yang sedia ada. Melalui DDDD, Shahnon Ahmad menceritakan tentang keadaan kampung Banggul Derdapseperti juga kampungkampung tradisional yang lain pada masa itu, hidup dengan flora dan faunanya. Hidup masyarakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu terpaksa bergelumang dengan selutdi bendang dan bermandikan keringat di bawah terik matahari. Dengan tulang empat kerat, mereka bergelut melawan serangan burung tiak dan bencana alam seperti banjir dan kemarau. Contoh kesusahan tersebut dapat dilihat melalui petikan dibawah; Demikian apa yang saya teringat tentang Banggul Derdap...Tapi kalau hujan turun dengan lebatnya di sebelah hulu Sungai Ceper, air sungai deras melimpah membawa kotoran yang terlalu banyak sampah sarapnya. Air itu kerabat tebing, menjalar masuk bendang. Kalau musim padi sedang menguning, banyak pokok padi yang rebah, banyak buahnya yang rosak dan banyak tengelam begitu saja. Orang kampung cuba melawan banjir tetapi banjir lebih kuat. (Shahnon Ahmad. 1991 : 5) Dalam Srengenge , Shahnon telah memperlihatkan lagi simpatinya terhadap ketiadaan upaya manusia kampung menghadapi sebuah bukit yang berpuaka. Kuasa atau kekuatan alam ghaib seperti ini adalah salah satu kuasa atau tenaga yang amat besar dan gagah berdiri di hadapan manusia yang lemah dan kerana itu harus dihadapi dengan gigih dan bijaksana. Betapa lemah dan tidak berupayanya manusia kampung namun Shahnon memberikan simpatinya dan memberikan keyakinannya bahawa mereka harus berjuang terus. Dalam novel ini, diperlihatkan satu sistem nilai dalam kalangan kehidupan manusia di kampung. Masing-masing mempunyai kemahuandan minat dalam membuat sesuatu dan sesuatu yang dikerjakan itu membawa nikmat yang tak ada tandingannya. Misalnya, watak Siddik berminat menepuk pelanduk di Srengenge . Perhatiakan petikan ini : Dia gemar melihat kaki pelanduk terkengkeng kena jerut tali ciding...Melihat pelanduk terbingkas ke udara terkengkeng terkoyak paha itu memberi sesuatu yang paling nikmat buat Siddik; sesuatu nikmat yang dia sendiri tak tahu hendak cerita (hlmn 20). Novel Srengenge ini sebenarnya tidak dapat dinikmati oleh orang yang tidak mempunyai nilai nilai kekampungan. Hal ini kerana novel ini cuba mendedahkan satu aspek institusi kedesaan yang komplek yang berhubungan dengan kuasa ghaib yang meliputi cara hidup, kepercayaan, pantang larang atau tabbo, adat istiadat dan sebagainya. Hidup orang kampung dalam novel Srengenge pada lahirnya dan pad a pandangan orang adalah taraf ekonomi

mereka adalah susah dan miskin. Misalnya jika dilihat dari segi kekurangan pendapatan dan dibandingkan dengan kehidupan orang bandar. Akan tetapi, pada hakikatnya semua orang kampung bahagia hatinya, tenteram jiwanya, sikapnya yang kurang riak, dan sola pendapatan kewangan adalah kurang diambil berat oleh mereka. Apa yang pentimng adalah ketenangan dan ketenteraman jiwa mereka. Kisah kehidupan masyarakat desa ini sangat kompleks tetapi riang ria dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup setiap hari. Seterusnya Shahnon melihat lebih jauh, bahawa manusia itu menghadapi cabaran dan penindasan di manamana. Bukan di kampung sahaja dan bukan dalam kalangan orang miskin sahaja, bahkan dalam kalangan orang kota dan orang yang termasuk dalam golongan tidak miskin. Namun sumbangan Shahnon dalam mengangkat isu-isu kemiskinan dalam novel adalah tiada tandingan di negara merdeka ini. Beliau kemudian menyorot pula kelemahan manusia berhadapan dengan manusia. Kezaliman dan penganiayaan manusia terhadap manusia juga sebenarnya boleh menyebabkan kemiskian hidup dan akal dalam masyarakat. Shahnon memperlihatkan sorotannya tentang manusia berhadapan dengan manusia ini dan memberikan simpatinya yang ikhlas kepada golongan yang lemah. Contohnya dapat kita baca dan hayati dalam novel-novel Shahnon Ahmad yang bertajuk Perdana, Menteri, Protes dan Patrich. Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia- manusia riak. Shahnon Ahmad bukanlah seorang pemikir yang mendahului zamannya tetapi beliau tetap merupakan pelopor yang paling sensitif terhadap perubahan-perubahan penting yang melibatkan bangsanya. Apa yang paling mengamit atau menyentuh perasaannya adalah manusia itu tidak mampu merasaai nilai seperti mana yang seharusnya dirasai dan dinikmati oleh seoarang yang bergelar manusia. Persoalan inilah yang ingin ditonjolkan sebenar-benarnya oleh Shahnon Ahmad dalam beberapa novelnya. Ketokohan Shahnon dalam mengangkat isu kemiskinan dengan berkesan dalam penulisan karya kreatif belum ada pengantinya sehingga ke saat ini. Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang berjiwa kemiskinan atau memertabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena. Istilah mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang memperlihatkan ketajaman isu kemiskinan dan kesusahan serta kesakitan yang dialami oleh masyarakat desa sedikit sebanyak terluah dan dimuntahkan dalam karya Shahnon Ahmad. Sumbagan Shahnon ini sebenarnya telah berjaya meringgankan beban yang membelenggu naluri dan jiwa masyarakat desa yang tidak mampu bersuara. Hanya mata pena Shahnon Ahmad yang mampu menjerit dan memanggil meminta pertolongan bagi mengubah nasib golongan hamba Tuhan yang kurang bernasib baik ini.

SEMINAR SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD, 13-14 NOVEMBER 2007 i Seminar pemikiran Shanhon Ahmad (SA) bermula hari ini selama 2 hari bertempat di DBP. Akhirnya seminar yang tertangguh sekian lama itu berjaya juga diadakan. Tahniah Jabatan Sastera, DBP kerana berfikiran terbuka; tidak mencelarukan antara politik dengan sastera, khususnya Kesusasteraan Melayu. SA merupakan sasterawan negara yang benar-benar kuat dan gigih berkarya. Karyanya penuh dengan makna tersirat yang bercakap tentang nasib bangsa, agama dan masyarakat. Sebagai seorang elit-intelek-Melayu, beliau melihat semuanya itu dengan akal budi yang halus. Sejak kecil (usia sekitar 10 tahun) aku sudah didedahkan dengan novel-novelnya oleh ibuku. Ibuku antara manusia yang turut meminati karya SA meski ibuku hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Minat membaca ibu akhirnya tertumpah ke dalam diri. ii. Sempena seminar SA itu, aku turut diminta pihak DBP untuk menulis kertas kerja. Tanpa menolak dan dengan kerja-kerja kongres yang mendesak aku kuatkan juga semangat untuk menulis sesuatu tentang SA. Akhirnya inilah kertas kerja yang mampu aku siapkan. iii: Kertas Kerja aku: MAHABBAH: RASA INSANIAH DALAM TAKAH GELORAHUSNULKHATIMAH Shamsuddin Othman Pendahuluan

Pemikiran Shahnon Ahmad sejak akhir-akhir ini benar-benar menggugah fikiran khususnya golongan penulis mahupun masyarakat yang sentiasa berfikir tentang nasib bangsa dan bahasa. Karya-karya yang terbit daripada akal dan budi Melayu-elit-intelek ini tidak boleh diasing dan dipisah-pisahkan kerana pemikiran minda Melayunya yang tidak pernah menemui titik akhir. Shahnon Ahmad melihat itulah masalah besar yang sedang meracu dalam persekitaran budaya yang rumit dan perlu dijelaskan secara terperinci dan serius. Hal ini dilanjutkan lagi dengan karya terbaharunya berjudulMahabbah. Orientasi minda Islamnya yang sedemikian itu telah berjaya menghasilkan khazanah pemikiran Melayu-Islam dalam dekat ini. Sepintas Lalu Tentang Mahabbah MEMBACA novel terbaharu Shahnon Ahmad iaitu Mahabbah[1] (DBP:2007) membawa pembaca ke alam sedar batiniah yang lain. Menyelak halaman demi halaman kita seperti sedang berhadapan dengan ambang sakaratulmaut yang digugah iman oleh syaitan dan iblis. Shahnon Ahmad mengajak kita merasai satu situasi bawah sedar tentang detik-detik terakhir kehidupan. Pengisahan kehidupan pada saat penghujung hayat itu diolah dengan sebaiknya hingga bayangan dan igauan masa lalu dan masa berada di alam kubur atau barzakhterasa benar-benar berlaku meski semuanya itu merupakan bayangan kreativiti, imaginatif dan sensitiviti Shahnon Ahmad. Novel ini mengemukakan watak Endar sebagai watak utama. Endar yang menderita sakit Myasthenia Gravis (MG) yang mengakibatkan seluruh anggotanya lumpuh termasuk lidahnya hidup terlantar di atas ranjang. Bertemankan isterinya Jawahir (Jawa) dan dua orang gaji bernama Inong dan Ani, kehidupannya benar-benar sepi. Hidup tanpa dipedulikan oleh dua orang anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim menambahkan lagi gelora hatinya. Kedua-dua anaknya ini pula berhadapan dengan kecelaruan kepimpinan yang tidak memungkinkan sehati sejiwa. Kehidupan anak-anaknya yang saling bertubrukan digambarkan oleh Endar sebagai dua batang sungai yang tidak searus dan sentiasa gelombangnya membadai. Endar hanya memiliki seketul hati untuk menentang kemungkaran anak-anaknya, sosial dan politik yang berlaku di dalam fikirannya. Keinginan meninggal dunia dalam makam husnulkhatimah menyebabkan fikirannya berada dalam kecelaruan dihambat peristiwa masa lalu dan masa depan yang berjungkir balik. Bayangan atau igauan daripada bisikan syaitan dan iblis serta keinginan melawan bisikan itu dengan iman zikirullah menyebabkan detik-detik terakhir kehidupannya itu benar-benar derita. Begitu pun, Endar sentiasa berharap agar kehidupannya yang uzur itu akan berakhir dengan kebahagiaan. Dengan kerenggehan anggota tubuhnya dan kelesuan setiap ototnya Endar masih juga mengharapkan bisikan daripada-Nya itu. Endar masih ingin tahu sama ada kedua-dua batang sungai itu masih boleh disatukan ataupun dibisikkan kepadanya wajah-wajah yang lain. Endar hanya ingin menerima bisikan itu, walau dalam bentuk apa sekalipun kerana Endar yakin segala-galanya dalam urusan dan pentadbiran-Nya. (Hlm: 241) Novel ini mempunyai sedikit persamaan dengan karya SA sebelumnya iaituIbu Adalah Pentafsir & Sungai (Fajar Bakti: 1994), Igauan dan Cerita-cerita Lain (Fajar Bakti: 1996) dan Lamunan Puitis (DBP:2005). Bezanya antara ketiga-tiga novel ini dengan novel Mahabbah ialah kelangsungan watak utamanya yang hanya berkomunikasi dengan menggunakan seketul hati, iman dan akal sahaja. Komunikasi dua hala tidak berlaku dalam novel Mahabbahkerana keadaan Endar yang tidak boleh bercakap dan terlantar di atas ranjang sahaja. Ikon lelaki tua yang menderita dilumpuhkan oleh MG penyakit itu hanya berupaya menggerakkan minda pada dua persoalan paling besar, iaitu nasib bangsanya yang berpecah belah dan nasib dirinya yang sudah bersedia meninggalkan alam fana untuk berhijrah ke alam barzakh. Dalam bab Epilog, SA memperlihatkan keadaan sebenar sebuah kehidupan manusia yang perlu memikirkan kehidupan selepas berada di dunia. Persoalan yang ditimbulkan pada peringkat awal iaitu sesungguhnya segala itu adalah perjalanan akhirnya terjawab dengan satu jawapan bahawa manusia yang telah melalui kehidupan pasti menemui kematian. Cuma, kematian yang bagaimana menjadi pilihan, sama ada yang husnulkhatimahatau suulkhatimah? Kematian atau ajal ialah perkiraan yang ditetapkan oleh Allah bagi kesudahan hidup di alam ini. Pengakhiran ini bermakna sudah tamatlah tanggungjawab keagamaan dalam kehidupan seseorang setelah roh dan jasad itu menjadi dua dan tidak bersatu. Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai keyakinan yang tegas bahawa kematian bukan merupakan tamat riwayat hidup sebenar sebaliknya perjalanan yang bersifat taklifi iaitu kehidupan yang berbentuk pertanyaan dan balasan baik dan jahat. Alam itu dikenali dengan nama alam barzakh. Hal inilah yang sedang berhadapan di dalam diri Endar Novel yang memperlihatkan percakapan batinan ini mengundang tanggapan Rasa Insaniah[2] yang tinggi. Shahnon Ahmad sebagai seorang pengarang yang vesetail telah berjaya membongkar detik-detik terakhir

kehidupan manusia menjelang kematian. Detik yang dikatakan menjadi penentu husnulkhatimah kepada setiap orang yang beragama Islam itu dilihat jika tidak diikat dengan asas Islam yang kuat akan membawa kepada kematian yang sia-sia. Inilah pemikiran lain yang berjaya diolah dengan baik oleh Shahnon Ahmad. Mahabbah dan Hubungannya dengan Rasa Insaniah Kasih sayang, kecintaan dan kerinduan merupakan sifat semula jadi yang dikurniakan Allah kepada hambanya. Tabii ini mempunyai tautan makna yang erat dengan mahabbah. Kebanyakan ulama mutakallimin mentakwilkan makna mahabbah ini sebagai perasaan cenderung, terpikat dan kasih kepada seseorang yang sempurna kerana berilmu, pemurah, suka menolong, suka memberi ihsan, lemah lembut, berani, dan adil. Rasa kasih itu wujud bukan kerana sifatnya yang maknawiyah bukannya disebabkan oleh sifat rupa zahir. Dalam hubungan makna vertikal, mahabbah dilihat sebagai perasaan kasih, sayang, kerinduan, tawaduk, takwa, dan tawazun yang tiada had batasnya kepada yang maha pencipta iaitu Allah SWT. Kesempurnaan Allah mengatasi segala yang sempurna, oleh itu, wajiblah Allah itu kita kasihi dengan seluruhperasaan yang ada di dalam diri manusia. Mahabab dengan wacana proses kreatif seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad ini ialah pernyataan cenderung hati makhluk kepada kesempurnaan sifat Allah. Parasaan itu lahir dari keikhlasan hati hambanya sehingga menerbitkan rasa kasih sayang, kerinduan, rasa membesarkan kejadian Allah hingga membawa kepada mengutamakan keredaan Allah dengan perasaan sabar, bertawakal dan ikhlas. Imam al-Qusyairi[3] telah membahagikan Mahabbah kepada lima jenis, iaitu (1) Mahabbah Hissiyah iaitu mematuhi segala perintah Allah. (2) Mahabbah Nafsiyah iaitu rasa cendrrung hati dengan tiada kurniaan apa-apa. (3)Mahabbah Qalbiyah iaitu perasaan membara terhadap sesuatu yang amat dikasihi. (4) Mahabbah Aqliyah iaitu rasa diperhatikan oelh keasihnya sama ada pada waktu syuhud (nyata) atau ghaib, dan (5) Mahabbah Ruhiyah iaitu menyerahkan seluruh roh dan jiwa raga kepada yang dikasihinya. Oleh itu, manusia yang berada pada tahap mahabbah itu ialah apabila rasa kerinduan akan kekasihnya itu mengatasi segala-galanya. Perasaan ini akan menimbulkan kelazatan yang tinggi hingga menyebabkan seseorang itu bolah hilang segala derita atau kesakitan yang dialami. Makna dan hubungan Islami ini jika diperhalusi lagi akan membawa pengertian terhadap kesempurnaan kasih sayang, cinta dan rindu kepada Allah SWT. Jika semua sebab kasih sayang itu ditekadkan kepada Allah, maka pastinya kasih kepada Allah itu lebih daripada segala-galanya. Ini bermakna tiada yang lebih dikasihi melainkan Allah SWT kerana keindahan-Nya, kesempurnaan-Nya serta afal-Nya (sifat-sifat-Nya). Islam sebagai agama yang sumul amat mementingkan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dalam semua tindak-tanduk kehidupan. Melihat hubungan yang lebih jauh daripada itu, konsep Islam telah menggariskan bahawa sifat sifat ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perasaan, rasa atau gerak hati. Hal yang bertolak daripada makna insan ini perlu dilihat dengan menggunakan pemikiran yang telus serta berprinsipkan kesyumulan hakikat ilmu juga iman. Islam telah mengariskan bahawa batas kehidupan manusia perlu berlandaskan sunah rasulullah (Nabi Muhammad SAW). Sunah ini memberikan informasi tentang faktor-faktor yang mengutamakan akhlak, bertindak secara bijaksana, dan meninggalkan kemungkaran seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan hadis. Sementara insan dalam metod Islam ialah akal, roh dan jasad manusia yang dapat membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, dalam mencari makna insaniah itu, kita perlu melihat kepada sifat-sifat pengabdian kepada Allah dan diikuti dengan keindahan (estetika) duniawi. Keindahan insaniah dapat dinilai daripada aspek luaran dan dalaman. Dalam surah al-Araf ayat 26, Allah berfirman yang bermaksud; Hai anak Adam, sesungguhnya Aku menurunkan pakaian kepada kamu untuk menutup kemaluan dan untuk perhiasan, tetapi pakaian taqwalah yang paling baik. Ini adalah sebahagian daripada keterangan-keterangan Ku. Peringatan ini sewajarnya dihubungkaitkan dengan ayat 4 surah al-Qalam yang bermaksud; Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak insaniah yang tinggi. Dua ayat ini merupakan gambaran kepada manusia tentang insan yang diredai Allah ialah manusia yang mempunyai pakaian taqwa, berfikiran tinggi, tidak emosi dan memiliki keperibadian rasa hati yang mulia. Sifatsifat mulia ini merupakan satu perlakuan yang disedari kehadirannya oleh pengarang. Dalam konteks yang lebih mudah ialah setiap pengarang mestilah menyedari dan membentuk keperibadian yang mulia sebelum menghasilkan karya. Ini kerana dalam syurah As-Syuaraah ayat 224-227, Allah menjelaskan bahawa;

Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang yang sesat. Tidakkah kamu meliha bahawa mereka mengembara di setiap lembah dan mereka suka menyaakan apa yang mereka sendiri tidak kerjakannya. Kecuali penyair-penyair yangberiman dan beramal soleh dan banyak menyebu nama Allah SWT dan mendapat kemenangan sesudah menderia kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. Akhirnya keadaan ini akan menimbulkan kesan hubungan psikologi dalam sejarah budaya sesuatu bangsa. Lebih daripada itu, keindahan bagi Islam bukanlah sentimen jiwa yang dianggap oleh barat sebagai pernyataan emosi yang terpisah sepenuhnya daripada intelek dan rasional. Sebaliknya keindahan beerti kerohanian dan dengan ini bermakna jiwa yang terpusat (bersatu antara iman dan amal). Oleh itu, dalam konteks insan dan insaniah, kehidupan manusia yang sebenar ialah manusia itu sendiri yang perlu menghidupkan keindahan dan kebenaran diri mereka sendiri. Justeru, sebuah karya sastera yang sempurna adalah pernyataan kebenaran, dan di dalam kebenaran itulah adanya keindahan. Rasa Insaniah Bertolak daripada hal inilah, makalah ini akan berusaha melihat novelMahabbah ini dari sudut Model Rasa Insaniah (MRI). Model ini diperkenalkan kerana memikirkan pengalaman estetika insan tidak terjadi secara spontan, tetapi terbina hasil daripada pengalaman sesuatu, sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan mahupun pengamatan fikiran. Keindahan dalaman teks waima kekuatan karya seseorang pengarang tidak akan dapat dirasai dengan tepat tanpa mengenali jiwa kepengarangan atau proses kreatif seseorang pengarang itu sendiri. Latar belakang penulis dan hakikat kejujuran berkarya dalam Islam akan membawa kesan yang lebih mendalam kepada jiwa pembaca. Sesebuah karya yang baik dan bernilai tinggi secara tersiratnya dapat memberikan impak positif kepada pembaca sehingga pembaca dapat memperbaik kehidupan mereka di dunia mahupun persediaan di akhirat. Dengan itu, ajaran Islam dan falsafahnya didapati menjadi nilai utama dalam menentukan nilai sesebuah karya. Ini membuktikan bahawa dengan sendirinya karya yang baik akan bertolak daripada jiwa pengarang yang bersifat insaniah (berpakaiankan taqwa kepada Allah). Justeru, untuk menjadikan keindahan karya (teks) itu benar-benar boleh dinikmati sepuas-puasnya, sasterawan atau penulis itu perlu mengabadikan kerjanya dengan ikhlas hanya untuk Allah. Mauduk daripada kesan ini dianggap cukup dominan di dalam korpus tradisi sastera Islam sejak zaman Umar al-Khatab lagi.. Malah karya (teks) yang terhasil sama ada daripada ilham atau idea kepengarangan tidak akan sempurna hanya dengan memasukkan gambaran alamiah lahiriah sahaja. Karya akan menjadi lebih matang sekiranya dapat dirungkai daripada sudut yang lebih tinggi iaitu dari sudut kalbu insaniah; atau dilihat dengan menggunakan budi, akal, rasa cinta, rasa rindu, rasa taqwa, rasa insaf, rasa sabar, rasa tawakal dan rasa taubat. Bertolak daripada gerak rasa itu, kemandirian Model Rasa Insaniah ini dibina berasaskan kepada tiga ciri utama, iaitu; 1. 2. 3. Pengabadian kepada Allah Pengucapan berakhlak (akal budi), dan Kehalusan makna.

Pengabdian kepada Allah (Tuhan) boleh ditakrifkan sebagai pelakuan yang terlalu merendah diri sehingga timbul perasaan takut kepada pencipta atau al-Khalid. Oleh itu dalam konteks pengabdian ini, manusia tidak mempunyai perasaan taksub akan kebendaan duniawi kerana kesenangan duniawi akan mengundang kehancuran. Golongan manusia yang dikategorikan sebagai insaniah ini ialah manusia yang yakin bahawa tempat paling ideal ialah selepas kiamat ialah syurga. Surah al-Anam ayat 32 ada menjelaskan; Kehidupan dunia ini tidak lari dari permainan dan senda gurau sahaja dan akhirat itulah sebenarnya lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Berdasarkan petunjuk Allah seperti mana yang termaktub dalam ayat di atas, setiap manusia yang akur dengan konsep pengabdian itu pasti jiwa mereka mempunyai perasaan yang takut kepada Allah dan perasaan yang bersifatinsaniah itu antaranya seperti rasa takut, rasa takwa, rasa cinta atau rasa zuhud, rasa taubat, rasa rindu, dan rasa kasih sayang. Rasa ini terjelma secara sendiri setelah manusia itu berada dalam satu darjat insaniah kerana mereka tidak terpedaya dalam kehidupan dunia yang bersifat sementara ini. Pengabadian kepada Allah

Shahnon Ahmad menciptakan satu watak kebal iaitu Endar lelaki tuan, bekas cikgu yang hidup terlantar di atas ranjang dan sedang berlawan dengan bisikan syaitan dan iblis. Keadaan dirinya yang uzur dan kaku akibat penyakit lemah sendi dan otot atau MG (Myasthenia Gravis) dihidupkan dengan kekuatan jiwa dan semangat kental. Pada saat-saat berada di hujung hayatnya, diaberhadapan dengan pengalaman masa lalu, dihambat kegagalan memberikan pendidikan selengkapnya kepada anak-anak, dicelarukan oleh persekitaran sosial bangsanya dan peperangan dengan diri sendiri. Persoalan yang menjadi igauan hidupnya menjadikan dia sentiasa bersedia dengan zikirullah. Gambaran ini dapat dilihat, seperti tulisnya; Hasrat Endar hanya untuk mengukuhkan mahabbahnya kepada-Nya saja: tidak kepada yang lain. Dan, dengan mahabbbahnya kepada-Nya itu akan tercurahlah pula mahabbah-Nya kepada Endar. Dan, tersimpullah satu ikatan yang terungkai lagi dengan buhulan yang kukuh dan teguh antaranya dengan Dia Yang Maha Esa. Dengan buhulan itulah saja Endar dengan penuh ketenteraman mengharapkan berupaya boleh meneruskan perjalanan bersisanya menuju keabadian dengan tamatan husnulkhatimah. (hlm:105) Endar sebenarnya telah menjadi manusia yang reda dengan apa-apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Meskipun pengabdian Endar sebagai seorang yang telah hilang keupayaan tulang empat kerat, percakapan dan bergerak tetapi seketul hatinya masih kuat mengingati Allah SWT. Bibirnya yang sentiasa bergetar meski tidak difahami adalah lambang ingatannya masih waras dan tidak lekang daripada berzikir atau bertahmid kepada Allah. Begitu juga ketika ingatannya terkenangkan hal kedua-dua orang anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang tidak sehaluan. Endar menganggap bahawa itu adalah ketentuan yang perlu diterima kerana kesilapannya dan dia terus berdoa agar Allah menyatukan mereka berdua kembali dengan apa-apa cara sekalipun waima kemusnahan. Harapan untuk melihat anak-anaknya bersatu itu dijelmakan seperti di dalam halaman 101. Namun, Endar masih juga menunggu kedua-dua orang anaknya yang berlainan menguruskan saf masing-masing itu serentak pulang supaya kedua-dua belah keluarga mereka boleh bersama bermesra dan kembali menjalinkan ukhuwah dan kembali menyatukan wehdah. Endar akan menyampaikan lagi isi hatinya yang terpendam itu melalui degupan hatinya dan denyutan mindanya. Dengan hasrat yang akan tercapai itulah Endar merasakan bahawa dia dapat meneruskan perjalanan bersisanya dengan aman tanpa secalit berantakan lagi; malah dengan itulah dia harapkan perjalanannya itu akan tamat dengan dukungan husnulkhatimah akhirnya. Tanda kasih kepada Allah apabila diturunkan bala, penyakit, dugaan, ujian dan kesusahan hidup ialah seseorang itu tidak berdukacita atau kasihnya tidak berubah. Semakin banyak dugaan atau cubaan yang melanda semakin kuat rasa cinta dan kasihnya kepada Allah. Jika kasihnya berubah itu tandanyamahabbahnya kepada Allah hanya dusta semata-mata. Manusia yang reda dengan ujian dan keperitan hidup seperti menderita sakit dan menganggap itu semua sebagai satu kelazatan dan keseronokan hidup merupakan manusia yang telah mencapai tahap pengabadian yan tinggi. Kasih yang dirasai daripada kemudaratan itu akan dianggap sebagai pemberian yang bermanfaat. Malah mahabbah itu timbul disebabkan rasa kesempurnaan zat, sifat, kesucian, kebesaran, kemuliaan, dan bersih daripada segala kekurangan dan kecacatan. Oleh hal yang demikian, Endar dalam Mahabbah adalah seorang manusia yang sedang melalui tahap mahabbahnya kepada Allah. Pengabadian yang tinggi ini tidak pernah dikesali berlaku ke atas dirinya. Endar menerima semua ketentuan itu dengan lapang dada dan menganggap penyakit yang dideritai itu adalah nikmat. Tahap merasai nikmat dalam derita ini menjadi kayu ukur dalam penilaian rasa takwa dan rasa tawakal kepada Allah. Puncak kepada rasa takwa yang tinggi kepada Allah ialah manusia itu akan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada qada dan qadar Allah. Hal beginilah yang berlaku dalam kehidupan Endar. Endar yang kehilangan upaya akhirnya bertawakal kepada Allah dengan seluruh rasa takwa. Allah berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 23 yang bermaksud; Dan kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang mukmin yang bertakwa. Shahnon Ahmad menperlihatkan sifat ketakwaan yang wujud dalam diri Endar itu di halaman 150. Penjelmaan rasa takwa itu menjadi lambang kepada tahap tawakal yang ditunjukkan dengan ikhlas oleh Endar. Gambaran pilu tetapi menyentuh ini dijelmakan seperti ini; Segala penderitaan pun kini adalah nikmat-nikmat daripada-Nya, termasuk keadaan keuzurannya yang melumpuhkan hampir kesemua anggotanya ini. Endar menerima segala

ujian itu sebagai nikamt-nikmat daripada-Nya. Dan, degupan hati dan denyutan mindanya sekarang ini tidak pernah renggang daripada bisikan zikrullah dan juga sikrulmaut, seiring dengan usahanya untuk berzuhud, berqanaah, beristiqamah dan berpasrah keseluruhannya kepada-Nya. Tawakal merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh Islam. Malah Nabi Muhammad sendiri merupakan insan yang menjadikan tawakal sebagai amalan hidupnya. Ini sejajar dengan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang hamba itu kepada Allah sehinggalah dia mempunyai lima perkara, iaitu tawakkal kepada Allah, bersarah kepada Allah, meredai takdir Allah, dan sabar apabila ditimpa bala Allah. Sesungguhnya jika seseorang itu kasihan sesuatu kepada Allah, bencikan sesuatu kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak sesuatu juga kerana Allah, maka sesungguhnya imannya sempurna. Tawakal yang merujuk kepada makna yakin akan takdir qada dan qadar Allah dilihat menjadi teras pemikiran Shahnon Ahmad dalam menghasilkan penceritaan novel ini. Pengarang berupaya membongkar rasa tawakal Endar dengan sebaik-baiknya tanpa meninggalkan sedikitpun kecurigaan. Endar yang melihat bahawa dalam keadaan dirinya begitu, dia wajar menjadi manusia yang menerima semuanya itu dengan rasa syukur bukan merintih dan menyesali ketentuan nasib dirinya. Endar merupakan watak yang mewakili rasa tawakal manusia yang berjuang meneruskan kehidupan. Pengarang memberitahu kepada pembaca bahawa Allah telah menciptakan manusia daripada satu jiwa dan roh. Allah juga mengutuskan isteri dan anak-anak supaya manusia dapat meningkatkan tahap ketakwaan dalam hubungan sebuah keluarga bahagia. Sesungguhnya, Shahnon turut menjelaskan bahawa Allah juga merupakan sebaik-baik pencipta. Manusia yang bertawakal ialah manusia yang diam dalam reda dan teguh dalam dugaan Allah. Tawakal menuntut rasa keyakinan yang tinggi tanpa rasa waswas atau berbelah bahagi. Penyatuan diri antara yakin dengan ikhlas akan melahirkan sifat taslim (melengkapkan diri dengan ilmu Allah) seterusnya sifat tafwidh (manusia yang menerima semua ketentuan sebagai hikmah Allah). Hal ini diperjelaskan dengan baik oleh Shahnon Ahmad, seperti tulisnya: Endar menyerah segalanya kepada-Nya kerana Dia lebih tahu dan lebih bijak daripada segalagalanya. Dengan mahabbahnya kepada-Nya, Endar akan diiringi dengan permintaan yang ikhlas daripada hatinya yang berdegup ini kerana Endar sedar dia tidak ada lagi yang lain yang boleh memadu dan menyatukan sungai-sungai itu. Tangan dan kakinya tidak berupaya lagi bertindak kerana tangan dan akinya serta seluruh anggotanya telah kaku lumpuh dimamah MG. Malah, lidahnya yang dulunya petah itu pun turut sama dimamah olehMG. Dan, dengan MG itulah segala tenaga ototnya habis musnah. Pada mulanya Endar memang bersedih pilu, tetapi kini segala bala bencana yang menimpanya itu bukan sajamerupakan nikmat, tetapi juga memperteguh mahabbahnya kepada-Nya. Dan, dengan tindakan yang berupaya dilakukan oleh hatinya dan mindanya itulah mahabbah-Nya kepadanya begitu terasa dan begitu berseni sekali sekarang. (hlm:216-217) Pengucapan Berakhlak Pengucapan adalah hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi. Dalam konteks sesebuah novel, ilmu komunikasi itu akan merujuk kepada hal yang berkaitan dengan bahasa dan gaya bahasa. Bahasa sebagai lambang manifestasi jiwa pengarang mempunyai hubungan yang amat rapat dalam konteks pertalian proses kreatif dan gaya kepengarangan. Hal ini bermakna, karya yang terhasil daripada seseorang pengarang mempunyai hubungan yang amat rapat antara pemikiran dengan tabii pengarang. Pengarang yang berjaya menghasilkan karya bersifat Islami seperti Hamzah Fansuri, Al-Ghazali, Al-Syafiee dan lain-lain itu yang pernah mencorakkan kesusasteraan Islam itu hakikatnya mempunyai peribadi yang baik dan mulia. Sebahagian besar mereka itu mempunyai akhlak yang baik serta disegani. Dalam hal Shahnon Ahmad, seperti yang kita sedia maklum bahawa dengan latar belakang asas agama yang tinggi, Shahnon Ahmad cuba menghasilkan karya yang bersifat moral, etika, akhlak dan pemikiran yang bernuansa Islami. Inilah hakikat perjuangan seorang penulis muslim yang sentiasa berpengang kepada prinsip dakwah. Seorang penulis muslim, akan memastikan sesuatu yang disampaikan kepada khalayak mestilah mempunyai ciri-ciri kebaikan yang boleh dijadikan sandaran dan ikutan kepada orang lain. Hal-hal yang berkaitan dengan nilai dan pengajaran menjadi pilihan mauduk atau tunjang dalam penghasilan karya.

Shahnon Ahmad dalam Mahabbah jelas dan dengan penuh kesedaran mengaplikasikan prinsip ini. Shahnon Ahmad melihat bahawa pemilihan bahasa yang baik, tepat dan tidak berbaur erotis akan menjadikan pemikiran Islami itu mengalir seperti arus sungai yang jernih menuju muara. Kehebatan Shahnon Ahmad memanipulasi rasa takwa, rasa ikhlas, rasa taubat, rasa kasih sayang, rasa rindu dan rasa tawakal kepada Allah dengan pengucapan yang halus menjadikan novel ini indah dan menarik. Kehebatan garapan plot dan teknik penceritaan yang tidak berjungkir balik menjadikan pemikiran pengarang terjelma dengan baik sekali. Sebagai sebuah novel yang mempunyai hubungan hidup dan mati juga alambarzakh, Shahnon Ahmad amat berhati-hati memilih perkataan/ istilah. Pemilihan dan penggunaan istilah Arab-Islam yang hadir dalam setiap halaman setebal 316 halaman itu bertujuan menjelaskan kepada pembaca bertapa pentingnya memahami makna-makna yang bersifat kesufian seterusnya membawa pengertian tentang mauduk iman, itikad, dan pernyataanmuraqabah (takut dan malu akan ketentuan Allah). Di dalam surah al-Azhab ayat 52, Allah berfirma yang bermaksud; Adalah Allah itu mengawasi sesuatu. Malah takkala Nabi Muhammad SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab yang bermaksud: Ihsan ialah bahawa engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Maka jika engkau tidak melihat-Nya, sesunguhnya Dia ada melihat engkau.

Ungkapan jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguh-Nya Dia ada melihat engkau itu ialah isyarat kepada halhal yang bersangkutan denganmuraqabah. Keadaan ini akan menjadi punca kepada segala kebaikan malah seseorang yang berada pada tahap ini merupakan manusia yang sering menghisafi diri sendiri; menyesali apaapa yang telah dilakukan; menyesali apa-apa yang telah diamalkan dan seluruhnya itu perlu segera diperbaiki. Justeru, bagi menggambarkan pengucapan Shahnon Ahmad bersifat akhlak-Islami maka pemilihan diksi yang berbaur rasa taubat itu menjadi pilihan utama. Shahnon tidak mengguna pakai istilah Bahasa Melayu dalamhal-hal agama kerana baginya, istilah itu tidak mencapai tahap keseluruhan tingkat iman dan rasa insaniah Melayu-Islam. Pemilihan perkataan sepertibahimiyahan, lazzah, hayyatan, thoyibaah, yastabsyir, sulhu, as-salaam, aflaha, qanaah, hubbuddunya, laghwun, masyaqqah, fahisyah, ghibah, illiyyuun, kun fayakun, uruf, istihzak, sakinah, ghobra, yastabsyir, zikrulmaut, husnulkhatimah dan lain-lainnya itu adalah pengucapan yang menjurus kepada makna Islam yang syumul. Kesedaran ini dilakukan oleh Shahnon Ahmad kerana penggunaan istilah Bahasa Melayu tidak akan membawa gambaran akhlak seorang muslim-Melayu yang sebenarnya. Begitupun perkara yang lebih utama dalam hal pengucapan yang mengutamakan akhlak ialah penggunaan diksi Islami yang berleluasa di dalam novel ini merupakan gambaran pengabdian kepada Allah. Shahnon Ahmad melihat penggunaan istilah Arab-Islami itu menjadi penyatuan makna zahir dan batin seorang Endar yang bakal menemui Allah selepas kematian. Bagi menggambarkan rasa takut kepada Allah, Shahnon Ahamad telah melakukan penyimpangan gaya bahasa yang besar jika dibandingkan dengan novel-novelnya sebelum ini. Dalam novel ini, Shahnon hanya menggunakan dua perkataan yang boleh dikelaskan sebagai bahasa murahan iaitu perkataan mati kojol (halaman 133) dan para jongos (bermula daripada halaman 8). Kesedaran pemilihan perkataan ini sebenarnya mempunyai pertalian yang amat kuat dengan hubungan Rasa Insaniah seorang manusia yang telah mencapai tahap rasa taubat yang tinggi. Shahnon Ahmad seperti keluar daripada tradisi penulisan novel seperti Shit, Anjing, Mahamaha, Tivi dan sebagainya yang penuh dengan maki hamun dan cercaan. Penyimpangan ini dilihat sebagai satu pelarian pengarang ke arah perjuangan Islam yang lebih mulia, halus dan syumul. Ini semua merupakan prinsip dan ciri-ciri penting dalam cara bekerja dan penghasilan karya yang memenuhi konsep Rasa Insaniah. Perhatikan bagaimana Shahnon Ahmad mengkisahkan pengucapan Endar yang menepati ciri-ciri pengucapan yang mengutamakan akhlak, seperti tulisnya: Dia akan menjadi seekor burung yang terbang meninggalkan bumi untuk menuju titik cahaya di langit tinggi. Dia akan terus terbang kian ke mari dan kemudian singgah di dahan-dahan kerdil yang berderetan di kiri kanan taman yang serba indah dan nyaman. Rohnya akan berpisah, tetapi perpisahan itu hanya yang berpindah daerah saja. Dia umpama keluar dari angkar dan terus terbang di taman-taman penuh bunga-bungaan, semerbak dengan bau-bauan yang wangi dalam suasana indah harum semerbak. Dia tidak lagi berdekatan dan berdampingan dengan sebarang kegelapan kerana kini dia terbang dalam cahaya dan menuju cahaya yang lebih terang-benderang, yang menjamin ketenangan dan kesejahteraan yang berkekalan. (halaman: 236) Kehalusan Makna Kehalusan makna merujuk kepada unsur perlambangan yang mewarnai dan mendasari pemikiran pengarang. Seorang pengarang yang hebat seperti Shahnon Ahmad akan bermain lambang atau imej sehingga membentuk

citra yang jelas. Pemilihan imej yang terkawal akan membawa makna tersirat yang lain. Keutuhan pemilihan imej, kesesuaian lambang dan ketekalannya diseratkan di dalam karya akan menentukan darjah kehalusan makna pemikiran pengarang. Dalam kertas kerja yang terbatas ini, penjelasan terhadap konsep kehalusan makna mungkin gagal untuk diperincikan. Walau bagaimanapun, cukuplah dengan perkiraan bahawa kehalusan makna yang menjadi salah satu ciri model Rasa Insaniah itu ialah melihat kepada keupayaan pengarang memilih imej sehingga membentuk metafora dan personifikasi kepengarangan. Shahnon Ahmad dalam novel ini masih mengekalkan citra alam sebagai ikon kepengarangannya. Imej hujan, sungai, pohon, kemarau, hutan dan burung merupakan imej yang mendominasi metafora pengarang. Di dalam halaman 2, Shahnon memulakan kehalusan maknanya dengan begitu jelas: Demikian rentetan peristiwa demi peristiwa berlaku dalam perjalanan demi perjalanan semenjak diwujudkan-Nya sarwajagat raya ini dengan segala isinya yang terangkul antara langit dengan bumi, termasuk lautan yang maha luas yang sering bergelora dan angkasa yang maha sayup berhening cipta yang sering pula berbadai dan bertaufan di luar jangka. Kekuatan pemilihan imej tersirat seperti ini menjadikan seluruh pemikiran Shahnon Ahmad seperti sebuah lukisan yang penuh dengan wajah-wajah alam semula jadi. Ini semua akan membawa hubungan makna kepada kembalinya kejadian makhluk yang akan menuju kematian. Pada saat-saat genting menunggu kematian, bisikan iblis dan syaitan, gambar-gambar keindahan alam, bencana alam, wajah-wajah manusia yang pernah ditemui semuanya menerawang dalam fikiran. Gambaran ini merupakan gangguan yang menentukan kuatnya iman atau pengakhiran yang husnulkhatimah. Imej sungai yang menjadi sindiran kepada nasib anak-anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang tidak sehaluan dan menanti musnahnya hubungan kekeluargaan itu dijelaskan seperti berikut: Endar sendiri tidak mampu berbaut apa-apa lagi. Dia hanya terkedang di atas ranjang, cuba melintasi renungan dan tafakurnya pada dua batang sungai yang sudah terkeluar dari landasan jangkaannya. Dia sedar bahawa sungai-sungai itu akan terus mengalir juga dengan kesombongan masing-masing dan akhirnya akan tercetuslah banjir yang bakal bukan sahaja menenggelami diri sendiri, tetapi pasti sekali gus akan melimpah naik tebing dan terus menenggelami sama sendiri. Dan, di kala itu segala kesopanan terhakis, diganti dengan landaan yang ganas dan liar tanpa mempedulikan lagi sebaran rasa. Zuriat dan titik-titik asalusul yang satu yang membentuk jati diri yang dibanggakan hilang dan luput daripada sebarang ingatan. Dan, di sepanjang perjalanan itu para syaitan ketawa melihat telatah dan perangai dua batang sungai yang biadab dan sombong bagaikan gelombang dan arus merekalah yang terunggul di mana-mana pun. (halaman: 138-139) Pemilihan imej pohon pula digambarkan kepada dirinya sendiri yang tidak berupaya melakukan apa-apa. Shahnon Ahmad menulis dalam kesedaran rasa insaf seorang manusia yang kehilangan upaya. Nada rayuan rasa keinsafan itu dapat diperhatikan dengan penuh pilu. Shahnon Ahmad menggambarkan keadaan itu dengan kesyahduan hatinya: Juga Endar amat memahami dan menerima hakikatnya sama seperti pokok yang sudah mulai kecabutan akar dan kereputan tunjang dan kerenggehan dahan, kerapuhan ranting, dan keguguran daun-daun. Tetapi, apabila renungan jauh mendalam, Endar pantang pula hendak diselarikan dirinya dengan sungai yang menyerah kalah kepada sebarang makhluk, selain kepada-Nya. Endar bukan pohon yang mudah menyerah kalah kepada sesiapa,selain kepadaNya. Biar sungai dan pokok luput dan terhakis jati diri mereka dan tidak mampu bangun semula untuk meneruskan perjalanan itu, tetapi Endar sendiri akan meneruskan perjalanan dengan tenaga dalamannya yang dia yakin masih utuh dan pasu. (halaman: 27) Melihat keseluruhan pemikiran yang dipaparkan Shahnon Ahmad dalam novel ini, pembaca akan berhadapan dengan makna-makna tersirat yang jika dikaitkan dengan sosiobudaya Melayu akan menyentuh soal-soal kehalusan makna. Berdasarkan kepada medan makna itu maka inilah kritikan berhemah yang menjadi teras kritikan budaya Timur. Dalam kasus wacanamulticultur-Islam, hubungan ini dilihat sebagai metod pendidikan Islam seperti mana yang dijelaskan dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan membantah mereka juga dengan yang lebih baik. Kesimpulan Bertolak daripada tiga ciri utama iaitu pengabdian kepada Allah, pengucapan beradab dan kehalusan makna yang menjadi ciri Model Rasa Insaniah,Mahabbah bukanlah novel yang dijelmakan secara paksaan. Ini bermakna rasa dalam diri insan tidak dapat diduga atau diklasifikasikan secara mutlak di antara sesama insan. Keduanya konsep keindahan (estetika) Model Rasa Insaniah merupakan satu model yang luas cakupannya kerana karya Melayu-Islam tidak boleh dipisahkan daripada konsep Islam yang syumul. Kemandirian pengarang seperti Shahnon Ahmad ini adalah anugerah dan fitrah Allah yang cukup bermakna. Sebagai insan yang homoreligius, sifat Shahnon Ahmad yang sering berselindung di sebalik kehalusan pengucapan dan berusaha untuk menuju pengabdian kepada Allah itu dilihat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menjadikan mahabbah (rasa cinta) kepada Allah. Rujukan Abdul Hadi W.M, 2001, Tasawuf yang Tertindas, Kajian Hermeneutik terhadap Karyakarya Hamzah Fansuri. Jakarta: Penerbitan Paramadina. Abdul Hadi W.M, 2003, Hermeneutika, Estetika dan Religiusitas, Esei-Esei Sastera Sufistik dan Seni Rupa. Yogyakarta: Matahari. Al-Quran al-Karim, 1400/ 1980. Diterjemahkan serta diberi Penjelasan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Kuala Lumpur: Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Annemarie Schimmel, 1982. As Through a Veil: Mystical Poetry in Islam. United Stated: Columbia University Press. Baharudin Ahmad (Peny.), 1992. Sastera Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Imadu al-Din Muhammad al-Husain, 2005. Kehidupan Hati Untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ismail Hamid, 1982. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Ziadi Abdullah, 2000. Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah Suatu Keluhuran dan Kemurniaan Pegangan Hidup. Kuala Lumpur: Syathariyah Niagaya Sdn Bhd. ARKIB : 19/05/2008

Kekuatan A. Samad dalam teks Oleh AZMAN ISMAIL SASTERA adalah kewujudan fikiran dalam bentuk tulisan dan lisan yang merupakan media pemikiran yang tercurah melalui bahasa dan kalimat yang dipersembahkan dalam bentuk tulisan yang indah. Kesusasteraan itu sendiri menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. Sastera yang bermutu tinggi dipelihara secara turun-temurun oleh para pujangga, secara lisan kerana media tulisan sangat terhad. Sastera itu sendiri memberikan alunan kata yang diperlukan bagi suasana hati yang samar dan kelam, mendekatkan fikiran dan perasaan, memperkaya pengalaman spiritual individu dan masyarakat, memurnikan perasaan, menjadikannya lebih fleksibel. Sesungguhnya setiap ideologi mempunyai cara pandang tersendiri terhadap bidang tersebut. Marxisme misalnya secara seimbang mencari akar sosial daripada sastera sebagai medium untuk memperjuangkan kelas proletarian yang sedang berhadapan dengan kelompok borjuis.

Bagaimanapun, Marxisme sama sekali tidak membebani seseorang pengarang dengan pertanyaan-pertanyaan tentang pemikiran dan perasaan yang mereka ekspresikan, tetapi memberikan pertanyaan yang jauh lebih signifikan, iaitu perasaan dalam sesebuah karya sastera. Dengan mengetepikan kenyataan-kenyataan tersebut, sastera Malaysia juga memasuki wacana `ideologi tersendiri apabila sesebuah karya menjadi medium untuk mengisi ruang polemik sosial tersendiri. Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad misalnya mengangkat persoalan-persoalan sosial seperti keterbelakangan dan kemiskinan di Kedah pada era 1970-an dalam karya-karyanya seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Tunggul-Tunggul Gerigis, Srenggenge dan sebagainya. Hal yang sama terlihat dalam karya-karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said - sebuah pembicaraan panjang tentang pelbagai isu sosial sama ada kisah-kisah kemanusiaan yang tercermin melalui watak-watak pelacur, perempuan joget, isu gender dan sebagainya. Dalam isu wanita misalnya, A. Samad menemukan kekuatan yang luar biasa tetapi beliau semacam menemukan kesulitan mencipta watak feminis hingga menyebabkan dunia wanita adalah sebuah wacana kontradiktif kelembutan berhadapan dengan kekerasan. Menurut pengkritik sastera, Prof. Dr. A. Rahman Napiah (Mana Sikana) yang meneliti naskhah teater Lantai T. Pinkie daripada perspektif teksdealisme, A. Samad menampilkan persoalan yang pesimistik. Pada dasarnya menghadirkan ketidakberdayaan perempuan (wanita-wanita joget) dalam menghadapi kehidupan di tengah-tengah dunia di mana mereka di pandang rendah. Kehidupan T. Pinkie yang tragis membawa fungsi metafizik dalam konteks drama, rata-rata wataknya mengalami kesengsaraan. Kematian T. Pinkie bagai disengajakan oleh pengarang untuk menimbulkan rasa mendalam unsur tragis tersebut, katanya. Beliau berkata demikian ketika membentang kertas kerja di Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur baru-baru ini. Berjaya Ia merupakan anjuran Bahagian Teori dan Kritikan, DBP yang sebelum ini berjaya menganjurkan seminar serupa mengenai pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan (2004), Keris Mas (2005), Usman Awang (2006) dan Shahnon Ahmad (2007). Mana berpendapat unsur sejarah mendominasi Lantai T. Pinkie, sesuai dengan penjenamaan nostalgianya. Kedudukan itu bertujuan membolehkan cerita keindahan zaman silam diungkap kembali dan direkonstruksi di dalam teks. Dekonstruksi oleh A. Samad bermula dengan kehadiran Loiran yang menemui Muhairi yang dikatakan sedang menyusur misteri Hikayat Gul Bakawali.

Sebagai sebuah teks nostalgia, Mana melihat karya tersebut berjaya menghidupkan unsur-unsur sejarah dalam sebuah dunia baru yang lebih luas dan kompleks. Kita dapat menyaksikan Singapura pada tahun 1950-an melalui dunia pentas joget yang menjadi latar drama Lantai T. Pinkie. Segala peristiwa berpijak pada kenyataan sejarah tetapi drama ini tidak dikategorikan sebagai drama sejarah. Ini kerana pengarang telah memasukkan unsur-unsur ilusi, sub dan tidak sedar digunakan sebagai unsur ilusinya. Gul Bakawali sendiri merupakan sebuah dunia penuh keajaiban, tambah beliau. Oleh itu, gaya dan pendekatan tersebut menurut Mana merupakan salah satu ciri keunggulan teks yang berjaya diketengahkan oleh A. Samad sebagai pengarang dalam Lantai T. Pinkie. Berdasarkan kajian terhadap inti teks iaitu idea, falsafah, pengalaman dan daya intelektual yang wujud dalam naskhah tersebut, beliau berkata, elemen-elemen itu telah diadun untuk membentuk tekstual dan kontekstualnya. Pengekalan ciri-ciri konvensional dalam aspek bahasa dan perwatakan bercampur dengan adunan dan dramatik nostalgia yang bertimbal balik mencerminkan kematangan A. Samad dalam berkarya. Eksistensialisme telah dikembangkan ke arah lebih positif, sesuai dengan konsep keberadaan orang Timur. Begitu juga kewanitaanya adalah lambang dunia rantau sebelah sini yang dikaitkan dengan idealisme wanita Melayu,ujarnya. Keunggulan Islam Menggunakan teksdealisme, A. Samad membuka ruang yang sangat besar untuk memasukkan semua elemen ke dalam ruang kreatifnya termasuk meletakkan keunggulan Islam yang merupakan salah satu pokok idealismenya. Pandangan Mana tersebut turut dikongsi oleh pensyarah sastera Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Abdul Halim Ali yang berpendapat pengalaman kreatif Sasterawan Negara itu nyata berbeza dengan pengalaman penulis-penulis lain di tanah air. Dalam konteks peribadi A. Samad, peristiwa yang tidak dianggap mempunyai keistimewaan oleh kebanyakan orang sebenarnya memiliki nilai kreatif yang amat bernilai dan sentiasa signifikan dengan perjalanan kreatifnya. Namun, dalam konteks peribadi pengarang (A. Samad), peristiwa yang dianggap tidak bernilai itu sebenarnya memiliki nilai kreatif yang amat bernilai dan sentiasa signifikan dengan perjalanan kreatifnya sampai bila-bila, katanya. Beliau berkata berdasarkan penelitiannya terhadap teks-teks A. Samad, keunggulan tersebut tidak muncul secara mudah dan percuma. Perjalanan kreatifnya diperlihatkan secara bertahap dan tertib. Bagaimanapun, keunggulan perjalanan kreatifnya tersebut terganggu dengan beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai anti-ideal apabila berlaku mogok seni, dinamikasi penyair atau pengarang baru yang memintas pantas A. Samad, tambahnya.

Sementara itu, menurut pakar lingusitik Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kajian terhadap novel Daerah Zeni, mendapati Sasterawan Negara itu tidak menerapkan dua elemen kebahasaan sosial yang penting iaitu heteroglosia (banyak bahasa menurut perkataan Yunani) dan polifoni (banyak suara). Sedangkan kedua-dua elemen tersebut merupakan fenomena dan fitrah bahasa yang wujud dalam dunia realiti dan perlu digarap dalam penulisan kreatif yang pada kebanyakan masa cuba merungkai kenyataan kehidupan manusia. Lebih benar Perungkaian kehidupan manusia akan menjadi lebih benar kalau kedua-dua elemen tersebut diterapkan dalam penulisan kreatif. Sesungguhnya ramai pengarang sama ada muda atau mapan yang tidak menerapkan strategi linguistik ini. Sehubungan itu, dengan memasukkan dua konsep ini, sesebuah karya sastera misalnya novel dianggap lebih berjaya dari aspek bahasa, khususnya apabila dinilai dari segi realiti bahasa, apabila kedua-duanya diterapkan semasa menulis, ujarnya. Jelasnya, apabila A. Samad tidak menerapkan elemen heteroglosia dan polifoni dalam Daerah Zeni, ia sedikit memberi kesan pada aspek perwatakan nover tersebut terutama dari segi penggunaan bahasa atau gaya bahasa. Adakah A. Samad sedar tentang kedudukan tersebut? Apa yang jelas, karya-karyanya sentiasa segar dan membuka wacana kesusasteraan yang sentiasa baru dan terkini. Seperti menurut Mana dan A. Halim, teks A. Samad sentiasa membuka ruang kreatifnya untuk memasukkan pelbagai elemen bagi memperkayakan pengkaryaannya.

You might also like