You are on page 1of 71

KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2

LILIANA WONG KING HUNG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK

2011

KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2

LILIANA WONG KING HUNG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK

2011

ISI KANDUNGAN PERKARA SURAT JUDUL ABSTRAK ABSTRACT PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI GRAF PENDAHULUAN Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan MUKA

i iv v vi vii viii ix x xi xii xiii 1 1 2 3

FOKUS KAJIAN Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah Tinjauan Literatur

6 6 6 7

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Utama Objektif Khusus Persoalan Kajian Limatasi Kajian

15 15 15 15 16

KUMPULAN SASARAN

17

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Prosedur Tindakan Prosedur Ujian Illinois Cara Mengumpul Data Latihan Litar Yang Diubahsuaikan Stesen Dalam Latihan Litar Pengelolaan Latihan Litar

19 19 19 20 21 23 23

Tempoh Pelaksanaan Latihan Litar Prosedur Latihan Litar Ubahsuai Reka Bentuk Kajian Kaedah Kualitatif Instrumen Kajian Ujian Rintis Ujian Pra dan Pasca Kerangka Konseptual Kajian Kesimpulan

25 25 27 29 29 30 31 32 32

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Pengenalan Data-data Kajian Persoalan 1 Persoalan 2 Persoalan 3

33 33 33 34 35 37

DAPATAN Pengenalan Persoalan 1 Persoalan 2 Persoalan 3 Kesimpulan

43 43 43 44 44 45

RUMUSAN Rumusan Hasil Kajian

45 45

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kesimpulan

46 46

RUJUKAN

48

LAMPIRAN

51

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauhmana keberkesanan program latihan litar yang diubahsuaikan untuk murid perempuan Tahap 2 dalam meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola jaring. Reka bentuk kajian adalah kuasi ekperimental pra/pasca iaitu seramai tiga puluh orang murid (N=30) antara 10-12 tahun dipilih secara rawak. Ujian pra dan pasca telah dijalankan dengan menggunakan instrumen Ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan melalui program latihan litar. Ujian rintis telah dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian Illinois dengan menggunakan kaedah uji dan ulang uji (r=0.92). Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah t-test, ANOVA sehala dan ujian perbandingan Post Hoc Turkeys. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14) dan ujian pasca (M = 17.92, SD = 1.08) ,(p = o.oo) (p< 0.05) untuk ketangkasan melalui program latihan litar. Walaubagaimanapun dapatan analisis Anova sehala dan ujian perbandingan Post Hoc Turkeys menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F= 0.28, P < 0.05) di antara umur murid-murid. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa latihan litar yang telah diubahsuaikan dapat meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola jaring. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru bagi melaksanakan program latihan litar untuk meningkatkan ketangkasan murid di sekolah kelak.

ABSTRACT

This study aims to review how far the effectiveness of the modified circuit training program to increase agility of netball players among student Level 2. Study design is a quasi experimental pre / post. About thirty students (N = 30) between 10-12 years randomly selected. Pre-and post-tests were carried out using test instruments Illinois to determine the level of agility Illinois through circuit training. A pilot test was conducted to test the reliability of the Illinois by using the test and repeat the test (r = 0.92). The analysis used the t-test, one-way ANOVA and Post Hoc comparison test Turkey's. The findings showed there were significant differences between pre-test (M = 21.02, SD = 1.14) and post (M = 17.92, SD = 1:08), (p = 0.00) (p <0.05) for agility through circuit training. However, the findings of a one-way ANOVA analysis and Post Hoc comparison test Turkeys shows that there was no significant difference (F = 0.28, P <0.05) between the ages of pupils. In conclusion, this study shows that the modified circuit training can enhance the agility of netball players. The finding of this study is expected to be the guide for teachers to implement programs to improve the agility circuit training students in the school later.

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

DR. ONG KONG SWEE ........

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

LILIANA WONG KING HUNG 11 NOVEMBER 2011

HALAMAN DEDIKASI Teristimewa untuk keluarga yang tercinta. Ayahanda, Encik Wong King Khuing, terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa diberikan kepada saya selama ini, Ibuanda, Puan Josephine Ping Lawet, terima kasih di atas didikan dan asuhanmu, kata-kata semangat dan doronganmu, Serta adik-adikku, Joseph Wong King Kiong dan Janet Wong King Ling, Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya. Untuk teman-teman seperjuangan Terima kasih atas segala sokongan dan pandangan Kenangan bersama tak mungkin dapat dilupakan.. Terima kasih atas pengorbanan dan sokongan yang kalian berikan Akan ku kenang hingga ke akhir hayat

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kajian tindakan ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Ong Kong Swee dan juga Puan Ling Pick Yieng selaku penyelia kajian tindakan ini kerana telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan dan menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani yang telah banyak memberikan pandangan serta cadangan yang membina sepanjang kajian ini dijalankan. Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada para subjek yang telah terlibat dalam kajian ini kerana kesudian memberikan kerjasama bagi mendapatkan data untuk menjalankan ujian kajian. Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Semoga Tuhan membalas segala jasa baik kalian.

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Nama Lampiran

Muka Surat

Surat permohanan kebenaran menjalankan kajian kepada pihak sekolah

51

II

Borang skor ujian Illinois (Pra)

52

III

Borang skor ujian Illinois (Pasca)

53

IV V

Borang Latihan Litar Minggu 1-2 Borang Latihan Litar Minggu 3-4

54 55

SENARAI JADUAL

Jadual

Nama Jadual

Muka Surat

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar Hari dan ulangan set dalam litar bagi tempoh 4 minggu Pelaksanaan prosedur latihan litar ubasuai Keputusan Korelasi Pearson Cubaan 1 dan Cubaan 2 Ujian Illinois Norma Skor Bagi Ujian Illinois Keputusan analisis ujian t sampel berpasangan bagi ujian pra dan pasca Demografi respoden dari segi umur Analisis Ujian Post Hoc Anova Sehala Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca

23 25 26 31 33 34 35 36 37 38 39

12.0

Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca

40

SENARAI RAJAH

Rajah 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Nama Rajah Carta Alir Perlaksanaan Kajian Ujian Illinois Stesen-stesen dalam Latihan Litar yang Diubahsuai Peringkat Kajian Tindakan Kerangka konseptual kajian

Muka Surat 19 19 21 28 32

SENARAI GRAF

Graf 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

Nama Graf Taburan kekerapan umur responden Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca Taburan skor ujian pra dan ujian pasca

Muka Surat 35 38 39 40 41 41

Pendahuluan Pengenalan
Bola jaring merupakan satu permainan berkumpulan yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Matlamat permainan ini adalah menjaringkan bola ke dalam gol sebanyak yang boleh dalam masa yang ditetapkan dan pasukan perlu mengutip jumlah jaringan yang lebih tinggi dari pihak lawan untuk mencapai kemenangan. Terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu ada pada setiap pemain bola jaring ialah kelajuan, ketangkasan, semangat berpasukan, dan koordinasi. Selain itu, permainan ini juga memerlukan tahap kemahiran sukan yang spesifik seperti berlari, menghantar dan menangkap bola seterusnya membuat jaringan untuk memperolehi mata (Allison, 1978). Selain itu, sukan ini juga memerlukan ketangkasan untuk mengelakkan diri dari pihak lawan dan kebolehan mengubah haluan dengan pantas, kombinasi dengan kebolehan melompat untuk menangkap bola yang dihantar, menepis bola atau membuat rebound selepas percubaan membuat jaringan (Steele dan Chad 1992). Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan conditioning yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan termasuklah sukan bola jaring. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri. Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan dengan mengubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan rangsangan yang diperlukan. Bagi mencapai kejayaan dalam sukan bola jaring, pemainpemain perlu mempunyai kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardivaskular, fleksibiliti, ketangkasan serta kemahiran-kemahiran spesifik yang lain seperti membuat hantaran, menangkap bola dan membuat jaringan (Banggalay, 1996). Bagi meningkatkan

ketangkasan murid, guru haruslah memahami jenis bateri ujian dan latihan yang sesuai digunakan untuk merancang latihan yang berkesan. Latihan litar merupakan kaedah latihan yang selalu digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal ketangkasan, daya tahan kardivaskulor dan daya tahan otot. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang

ditentukan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Dengan itu, dalam meningkatkan ketangkasan murid, pengkaji telah merancang satu kajian dengan menfokuskan kepada kemahiran ketangkasan dengan menggunakan latihan litar terhadap murid di sekolah SK Abang Ali, Sibu. Hasil kajian ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan lagi ketangkasan mengacah bola jaring di kalangan murid Tahap 2.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu menjalani Praktikum Fasa 3, melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid perempuan yang mengikuti sukan dan permainan bola jaring di sekolah, menghadapi masalah dalam pergerakan tukar arah semasa dalam situasi permainan bola jaring. Punca yang mendorong kepada permasalahan ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang kemahiran khusus dalam bola jaring. Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang mudah iaitu kemahiran hantaran, lontaran, gerak kaki, dan menjaring tetapi mempunyai masalah dalam kemahiran mengacah atau lebih dikenali sebagai kemahiran kawalan.

Kemahiran kawalan merupakan kemahiran di mana semua pemain perlu mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan. Pemain harus pantas mengatasi lawan dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelak atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Untuk itu, pengkaji telah merancang satu kajian dengan memberi fokus dalam mempertingkatkan tahap ketangkasan murid dengan menggunakan latihan litar yang telah dimodifikasikan mengikut prinsip-prinsip latihan litar. Hasil kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran mengacah bola jaring murid. Refleksi Nilai Pendidikan Dalam usaha mencapai matlamat FPK dan menyahut cabaran wawasan 2020, pengembangan diri murid secara seimbang dan sepadu perlu dilakukan dengan memberi tumpuan kepada keperluan diri secara menyeluruh yang melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan mahupun tutur katanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Nilai murni dalam pendidikan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan,

permainan bersih, toleransi, semangat kepemimpinan dan penyertaan.

berpasukan, disiplin, berdaya saing,

Oleh itu, nilai pendidikan seharusnya sentiasa diterapkan di sekolah terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik dan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Dalam melakukan aktiviti ketangkasan ,murid telah menunjukan nilai murni yang positif ini bertujuan untuk membentuk murid-murid supaya mengamalkan perkerti yang mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat terutamanya dalam melakukan aktiviti bagi mancapai objektif iaitu meningkatkan tahap ketangkasan. Murid juga telah menunjukkan sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus dan ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain dalam melaksanakan aktviti .Ini meliputi aspek belas kasihan,bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan sekiranya melakukan kesilapan terhadap orang disekelilingnya. Dalam melaksanakan kajian, penyelidik mendapati murid telah menunjukan kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian bertanggungjawab. Murid telah menunjukkan nilai bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti yang dirancang oleh penyelidik. Sampel juga berupaya bertindak sendiri melakukan aktiviti aktiviti ketangkasan mengikut kemampuan diri sendiri. Murid juga telah menunjukkan nilai keberanian dalam aktiviti dan ujian yang dilaksanakan. Dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, murid mempunyai kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.

Fokus Kajian

Tinjauan Masalah Pengkaji telah menfokuskan kajian tentang masalah yang berkaitan tentang ketangkasan bola jaring murid-murid perempuan Tahap 2. Dalam meningkatkan ketangkasan sukan bola jaring, guru telah menggunakan ujian Illinois untuk mengenal pasti sejauh mana ketangkasan murid dan seterusnya mewujudkan latihan litar untuk meningkatkan lagi ketangkasan murid dengan menggunakan program latihan litar. Saya telah membuat temubual terhadap guru-guru Pendidikan Jasmani (PJ) dan melalui pemerhatian saya, masalah ini timbul kerana kebanyakan guru Pendidikan Jasmani tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk mengajar sukan dan permainan yang mereka sendiri tidak tahu langsung tentang kemahiran dalam sukan tersebut. Ini telah menyebabkan guru-guru mengajar bersikap acuh tak acuh semasa mengajar. Analisis Tinjauan Masalah
Merujuk kepada masalah yang pengkaji hadapi, pengkaji telah memilih kajian eksperimental pra/pasca. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu guru dalam mempertingkatkan lagi ketangkasan murid melalui latihan litar yang telah disediakan. Menurut Getchell (1979), ujian illinois merupakan ujian ketangkasan yang sering digunakan untuk pelbagai jenis sukan dan permainan. Pengkaji ingin menilai keberkesanan program latihan litar dengan menggunakan ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan pemain bola jaring setelah melalui rawatan program latihan litar. Kajian ini dijalankan selama 4 minggu dan pengambilan data telah dijalankan secara pra dan pasca. Kajian senang ditadbir kerana tidak memerlukan peralatan yang terlalu banyak dan kebolehtadbiran kajian membolehkan pelaksanaan kajian dijalankan dengan lancar.

Tinjauan Literatur Pengenalan Tinjauan literatur adalah satu aktiviti awal yang penting dalam sebarang penyelidikan. Blaxter, Hughes, dan Tight (2003) menegaskan bahawa kebolehan untuk membuat tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran penting bagi seseorang penyelidik. Dewasa ini, tinjuan literatur boleh menjadi satu aktiviti yang mencabar disebabkan oleh kewujudan maklumat yang banyak dari pelbagai sumber (Creswell, 2005). Menurut Wiersma (1995), tinjauan literatur adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci. Dalam tesis, disertai, atau laporan penyelidikanm tinjauan literatur memenuhi beberapa tujuan yang khusus. Anderson (1999) pula menjelaskan bahawa tinjauan literatur membekalkan contoh kerja yang dilakukan oleh penyelidik lain dan menunjukkan kepada pembaca tahap kesarjanaan umum seseorang penyelidik. Kualiti kerja penyelidik, ketepatan kerja tersebut, perkara yang diberi atau tidak diberi tumpuan, dan kaedah organisasi dan persembahan, memaparkan kredibiliti seseorang sebagai penyelidik dan menyediakan asas bagi mengesahkan kajian yang dijalankan. Menurut Neuman (2000), tinjauan literatur memastikan penyelidikan yang dijalankan adalah relevan dan menunjukkan bagaimana penyelidikan tersebut berkaitan dan menjadi pelengkap kepada bidang yang dikaji. Tanpa tinjauan literatur yang mencukupi, berkemungkinan penyelidik akan mereplikakan kajian lepas secara tidak sengaja.

Tinjauan Literatur Berkaitan


R.E. Morgan dan G.T. Adamson (1953), telah memperkenalkan latihan litar di Universiti Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Menurut Soram (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut urutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latiahn yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak dibina. Mengikut Anthony A. Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah: Faktor Masa Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat.

Faktor Ulangan Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiao aktiviti ditetapkan. Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular,

kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan. Latihan litar juga boleh disifatkan sebagai latihan yang melibatkan satu bilangan perlakuan fizikal yang disusun dalam satu urutan tertentu dan ia dilakukan secara konsekutif mengikut aturan yang bernombor. Seseorang individu perlu melakukan kegiatan gerak kerja tersebut satu demi satu mengikut litaran yang telah disusun. Tujuan latihan litar adalah untuk :

i. meningkatkan daya tahan daya tahan kardivaskular ii. menambahkan daya tahan kekuatan otot iii. menambahkan daya tahan dan kuasa otot iv. meningkatkan kemampuan kardiorespiratori v. meningkatkan koordinasi, lenturan dan ketangkasan vi. meningkatkan motivasi diri
Menurut Cissik (2004), latihan litar yang dijalankan setiap minggu memberi kesan yang baik ini adalah kerana latihan litar mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu. Latihan litar juga mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu dan ianya merupakan satu latihan yang sesuai diadakan dalam program latihan. Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan. Froelicher (1999) menyatakan jangkamasa yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat hingga lapan minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004) menyatakan bahawa keupayaan seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan diadakan.

Menurut Willmere (1998), latihan fizikal dapat mempengaruhi kepantasan dan juga ketangkasan tetapi tahap peningkatannya adalah rendah berbanding dengan kesannya terhadap kekuatan, daya tahan otot, fleksibiliti dan daya tahan kardiovaskular. Gambetta (2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain. Kajian-kajian mengenai ketangkasan bermula pada awal kurun ke-20. Menurut Mosely (1958), pada masa lalu, dikatakan bahawa ketangkasan hampir bergantung sepenuhnya kepada baka yang mana ia merupakan warisan daripada keturunan. Tetapi menurut Bennet (1956), Lafuze (1957) dan Calvin (1958), ketangkasan dapat diperbaiki menerusi pengajaran yang diajar oleh guru Menurut Annarino (1976), ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini. Maka kaedah ini mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai.

Menurut Safrit (1973), Clarke (1976), Mathews (1978), Baumgartner & Jackson (1999), ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dan arah secara pantas. Barrow & McGee (1979), Philips & Hornak (1979) serta Thomas & Nelson (1985) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagaian atau keseluruhan badan. Johnson dan Nelson (1986) juga menyatakan ketangkasan merupakan kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara tepat dan cepat.
Hoskins (1934), Johnson (1934), Gates (1940), Lehsten (1941), McCloy (1942) dan Carruth (1952). Kesemua penyelidik ini telah mengetengahkan kepentingan ketangkasan dalam aktiviti sukan. Menurut mereka ketangkasan merupakan satu komponen dalam

kecergasan fizikal serta dianggap sebagai satu faktor yang boleh meramalkan kebolehan motor. Ia juga dikatakan sebagai asas kepada kemahiran dalam aktiviti sukan tertentu. Ketiga-tiga penyelidik ini berpendapat bahawa ketangkasan sangat perlu dalam permainan bola keranjang. Latihan-latihan seperti daya tahan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran motor dalam permainan dapat memperkembangkan lagi komponen ketangkasan. Melalui penyertaan dalam pelbagai jenis permainan seperti baseball, bola sepak, bola baling, bola jaring, bola keranjang, squash, tenis dan badminton boleh meningkatkan ketepatan koordinasi pergerakan yang lebih tepat dan jauh serta ketangkasan yang baik. Menurut Young et al. (2006), ketangkasan merupakan satu komponen yang penting di dalam banyak jenis sukan tetapi masih tidak terdapat banyak kajian mengenainya. Banyak komponen yang boleh mempengaruhi bagi meningkatkan ketangkasan seseorang antaranya melalui perbincangan dan panduan latihan yang disediakan. Prinsip latihan yang khusus harus ditekankan bagi meningkatkan perubahan ketangkasan maksimum ketika beraksi. Berdasarkan kenyataan Jozef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia juga melibatkan aspek kemahiran terbuka dan tertutup yang ada pada seseorang. Semua ini adalah berkait rapat antara satu sama lain. Latihan yang dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini banyak mempengaruhi aspek ketangkasan pemain. Selain itu, Helen et al. (1996), menyatakan bahawa ketangkasan adalah kelakuan motor yang melibatkan pergerakan yang berturutan dengan arah yang berbeza dengan seberapa cekap dan pantas yang boleh. Tambahan lagi, Mahamad Amran (1993) menyatakan bahawa ketangkasan merujuk kepada kemampuan individu menukar arah dan kelajuan semasa bergerak. Beliau juga menyatakan ketangkasan boleh dibina jika melakukan pergerakan itu berulang kali seperti aktiviti lari ulang-alik. Tahap ketangkasan bergantung kepada beberapa faktor yang boleh diambil kira bagi mempertingkatkan prestasi seseorang individu. Antara faktor-faktor tersebut ialah seperti

faktor genetik, latihan, pengalaman dan ujian. Selain daripada itu ketangkasan juga boleh diukur dan ditingkatkan melalui latihan, amalan dan perancangan program yang teliti. Melalui ujian ketangkasan juga boleh dijadikan sebagai satu kriteria yang wajar dibuat untuk pemilihan pemain-pemain dalam sukan-sukan tertentu. Ketangkasan yang juga merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal perlu dititikberatkan dan diberi perhatian kerana ia diperlukan oleh semua orang dalam melakukan aktiviti harian. Sifat ketangkasan bukan sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga termasuk kebolehan badan membuat perubahan pergerakan atau arah pergerakan secara tiba-tiba (Hunsicker, 1974).

Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat apabila ia digabungkan dengan faktor-faktor kecergasan lain. Annarino (1976) berpendapat bahawa kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan masa pergerakan yang mana ia dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu untuk bertindak balas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor. Barrow dan McGee (1979) menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestetik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot boleh meningkatkan kepantasan, maka secara tidak langsung faktor tersebut boleh mempengaruhi keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih tangkas dengan mengubahsuaikan darjah ketepatan dan konsistensi bagi kedudukan badan atau bahagian badan tertentu semasa bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor koordinasi yang baik dapat dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu pergerakan.
Mengikut Jozef (1996) ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur dan terurus. Menurut Keller (1942)

berpendapat bahawa ketangkasan setiap orang adalah berbeza mengikut tahap kecergasan fizikal masing-masing. Hasil daripada kajian oleh Asha Hasnimy dan Mariana Bt Abd Manan (2008), telah menunjukkan bahawa tahap ketangkasan boleh ditingkatkan melalui program latihan yang dijalankan selama empat minggu. Ini menunjukkan bahawa sesebuah program latihan itu mampu mempertingkatkan aspek yang tertentu sekiranya latihan-latihan yang spesifik dalam program tersebut dijalankan secara teratur dan terurus.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi ketangkasan terdiri daripada faktor umur, tahap kematangan, saiz badan, jenis bentuk badan, pemakanan dan persekitaran (Clarke, 1976).
Oleh yang demikian kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah peningkatan ketangkasan atlit bola jaring murid Tahap 2 tercapai melalui Illinois.

Objektif Kajian Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Objektif Utama: i. Meningkatkan ketangkasan bola jaring murid Tahap 2 Objektif Khusus: i. ii. Meningkatkan tahap ketangkasan murid Tahap 2 Mengenal pasti terdapat perbezaan signifikan antara murid yang berumur 10, 11 dan 12 tahun. iii. Membanding beza terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap ketangkasan murid setelah melalui latihan litar selama 4 minggu. Persoalan Kajian Menurut Chua Y.P. (2005), soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan cara untuk meningkatkan kemahiran mengacah bola jaring murid Tahap 2 di SK Abang Ali, Sibu. Di antara persoalannya adalah seperti berikut: i. Adakah latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring

murid Tahap 2? ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11 dan 12 tahun ? iii. Adakah terdapat pebezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca?

Limitasi Kajian Limatasi kajian adalah seperti berikut iaitu kajian ini :

a.

Hanya dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) di bandar Sibu. Oleh itu, dapatan hanya mengambarkan keadaan persekitaran dan keupayaan murid di sekolah tersebut sahaja.

b. c.

Dijalankan terhadap murid perempuan Tahap 2 sahaja. Berdasarkan dapatan ujian Illinois yang dibuat secara rawak terhadap murid perempuan Tahap 2.

d.

Terbatas kepada tempoh masa yang singkat iaitu dalam masa 4 minggu sahaja sepanjang tempoh internship di sekolah.

Kumpulan Sasaran
Populasi kajian didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil penyelidik akan digeneralisasikan (Gay & Airasian, 2003). Menurut Chua Y.P dalam bukunya Kaedah Penyelidikan (2004) pula, persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai respoden kajian. Persampelan merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Selain daripada faktor-faktor reka bentuk kajian dan pengukuran, kualiti hasil penyelidikan juga bergantung kepada persampelan kajian. Masalah persampelan akan timbul jika pengkaji tidak membuat perancangan prosedur persampelan sebelum kajian dilakukan. Perancangan persampelan yang rapi bukan sahaja memudahkan pengkaji untuk mengumpul data daripada sampel kajian, malah ia juga dapat mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan. Persampelan yang akan digunakan oleh penyellidik adalah persampelan mudah ataupun disebut sebagai convenience sampling. Persampelan ini disifatkan sebagai sampel accidental atau available (Babbie 1998). Persampelan jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan bagi guru-guru menggunakan pelajar sendiri sebagai subjek kajian mereka. Hal ini lazim berlaku kerana setiap perkembangan individu yang terlibat dalam proses pengajaran tersebut mampu untuk dilihat setiap satu darinya. Oleh itu, kumpulan sasaran pengkaji adalah terdiri daripada murid-murid perempuan Tahap 2 yang berjumlah seramai 30 orang. Murid-murid dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelbagai bangsa keturunan, latar belakang, tahap pengetahuan dan kemahiran serta kedudukan sosial. Guru telah memilih 30 orang murid secara rawak dengan cara undian. Seramai 120 orang nama murid telah dilipat dan diletakkan dalam sebuah bekas. Guru telah melakukan cabutan untuk mendapatkan sampel seramai 30 orang tersebut.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan respondennya yang terdiri daripada murid-murid perempuan Tahap 2 yang mengambil sukan bola jaring sebagai pilihan dalam Gerko.

Tindakan Prosedur Tindakan Ujian Illinois telah dijalankan terhadap murid perempuan yang berusia dala llinois dalam lingkungan 10 tahun-12 tahun. Penyelidik akan memberi penerangan tentang prosedur ujian 12 yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan betul sekaligus memberikan keputusan yang tepat. Rajah 1.0 : Carta Alir Perlaksanaan Kajian
Taklimat kepada murid tentang prosedur ujian yang akan dijalankan Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian Illinois (N=30)

Prosedur ujian Illinois Rajah 2.0: Ujian Illinois

Objektif utama ujian Illinois adalah untuk menilai ketangkasan dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian. Peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan ujian ini memerlukan penyelidik untuk memastikan bahawa lantai tempat untuk menjalankan ujian Illinois tidak licin, 8 skittel diperlukan, pita pengukur dan 1 jam randik. Prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan ujian Illinois adalah penyelidik harus menetapkan jarak di antara skitel. 8 skitel akan diletakkan seperti dalam Rajah 2 di atas. Subjek akan berdiri di hadapan skitel yang pertama iaitu di garisan permulaan. Apabila isyarat sedia diberi, subjek akan berlari dengan seberapa pantas yang mungkin mengikut arah dan susunan skitel seperti mana dalam Rajah 2 tanpa menjatuhkan skitel. Apabila subjek telah tiba di garisan penamat, jam randik akan ditekan untuk mendapatkan bacaan masa(s) larian tadi. Dua percubaan diberikan dan. masa terbaik daripada dua percubaan tersebut diambil kira. Cara mengumpul data Bagi mendapatkan satu kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk

menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah cara mengumpul data, instrumen kajian, reka bentuk kajian dan populasi/sampel. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid-murid perempuan Tahap 2. Kesan daripada kajian tindakan ini akan dilihat pada keberkesanan latihan litar dalam mempertingkatkan

ketangkasan murid. Ujian pra dan ujian pasca akan dijalankan terhadap murid dengan menggunakan ujian Illinois. Latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi) akan dijalankan terhadap subjek. Data akan dikumpul dalam jangka masa 4 minggu iaitu sepanjang tempoh Internship. Latihan Litar Yang Diubahsuaikan Rajah 3.0 : Stesen-stesen dalam Latihan Litar yang Diubahsuai 5m
Stesen 1 Stesen 2

Lari ulang-alik 10m

Bangkit Tubi 5m

Stesen 4

Stesen 3

Lentik Belakang

Lompat Kuadran

Objektif utama latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik adalah untuk meningkatkan ketangkasan serta kekuatan dan daya tahan otot murid. Latihan litar ini akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi). Penyelidik telah mengubahsuai latihan litar kepada empat stesen, iaitu terdapat empat aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu., iaitu :

i) ii) iii)

Stesen 1 Lari ulang alik 10m Stesen 2 Bangkit tubi Stesen 3 Lompat kuadran

iv)

Stesen 4 Lentik Belakang

Rasional penyelidik memodifikasikan latihan litar ini kepada empat stesen adalah kerana program latihan litar ini disediakan khas untuk murid-murid sekolah rendah. Kemampuan murid harus diambil kira berdasarkan usia dan tahap murid dalam melakukan sesuatu aktiviti. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut urutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Mengikut Anthony A. Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah: Faktor Masa Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat. Faktor Ulangan Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti ditetapkan.

Stesen-Stesen dalam Latihan Litar Ubahsuai Berikut adalah 4 stesen dan kesannya terhadap otot-otot yang terlibat. Jadual 1.0 : Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar
Stesen Aktiviti Kesan Kemahiran

Komponen Kecergasan 1 Lari ulang alik 10m Membina ketangkasan dan kelajuan pergerakan

Otot Yang Terlibat Gastrocnemius Hamstring, Quadriceps Ketangkasan, kelajuan

Bangkit tubi

Kekuatan abdomen perut

Rectus abdominis

Membina kekuatan abdomen

Lompat kuadran

Daya tahan otot abdomen

Gastrocnemius Hamstring Quadriceps

Kekuatan kaki

otot

Lentik belakang

Kelenturan

Latissimus dorsi

Membina kelenturan

Pengelolaan Latihan Litar Stesen 1 Aktiviti: : Lari ulang alik 10m

1. Pelaku berdiri di garisan permulaan dalam keadaan bersedia untuk berlari. 2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan berlari dalam jarak 10 meter dari A ke B dan dari B ke A. 3. Pelaku yang sampai ke garisan A dikira sebagai satu ulangan lengkap.

Otot yang terlibat:

1. Gastrocnemius 2. Hamstring 3. Quardriceps


Stesen 2 Aktiviti: : Bangkit tubi

1. Pelaku dalam keadaan baring dan pasangan pelaku menahan kaki pelaku. 2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku melakukan bangkit tubi dalam masa 30 saat semaksimum yang mungkin.
Otot yang terlibat:

1. Rectus abdominis
Stesen 3 Aktiviti: : Lompat Kuadran

1. Pelaku berdiri di hadapan petak lompat kuadran yang telah disediakan dalam keadaan bersedia. 2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan melakukan lompatan selama 30 saat untuk mendapatkan dosej maksimum.
Otot yang terlibat:

1. Gastrocnemius 2. Hamstring 3. Quardriceps


Stesen 4 Aktiviti: : Lentik belakang

1. Pelaku dalam keadaan meniarap dan berada dalam keadaan sedia untuk melakukan lentik belakang. 2. Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan melakukan lentik belakang selama 30 saat untuk mencari dosej maksimum.
Otot yang terlibat:

1. Gastrocnemius 2. Hamstring 3. Quardriceps


Tempoh Pelaksanaan Latihan Litar Latihan litar ini akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi). Jadual 2.0 : Hari dan ulangan set dalam litar bagi tempoh 4 minggu
Sesi Minggu Ulangan Sesi 1 Set 1 M1 Set 2 Set 3 Set 1 M2 Set 2 Set 3 Set 1 M3 Set 2 Set 3 Set 1 M4 Set 2 Set 3 Sesi 2 Sesi 3

Prosedur latihan litar ubahsuai

1. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10-15 minit dengan kadar denyutan nadi seminit 2. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula dari stesen yang berlainan. 3. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dan stesen taklimat atau penerangan. 4. Peserta melakukan latihan litar untuk setiap stesen secara pusingan jam 5. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam tempoh ulangan ditentukan. 6. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej maksima bagi setiap aktiviti iaitu 50% daripada keupayaan minimum. Contohnya dalam tempoh 30 saat, peserta A dapat melakukan lentik belakang sebanyak 10 kali. Oleh itu dosej latihannya bagi 50% ialah 5 kali. 7. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya sebanyak satu pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya. 8. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar. 9. Setiap peserta akan melakukan 3 set latihan litar berdasarkan masa sasaran yang telah ditetapkan. 10. Setiap sesi latihan litar akan diberikan masa rehat sebanyak 1 minit sebelum melakukan sesi yang kedua dan sesi yang ketiga. 11. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Jadual 3.0 : Pelaksanaan prosedur latihan litar ubasuai

LATIHAN LITAR Semua murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : (Kumpulan A & B) Kumpulan A melakukan aktiviti Kumpulan B membantu dan merekodkan keputusan semasa Setiap pasangan murid bergerak dari stesen yang berlainan Murid bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain mengikut arah pusingan jam. Wisel dibunyikan untuk memulakan aktiviti dan menamatkan setiap aktiviti di setiap stesen. Aktiviti di setiap stesen dilakukan dengan usaha maksimum selama 30 saat. Masa rehat antara aktiviti di stesen-stesen ialah selama 1 minit. Rekodkan bilangan ulangan bagi setiap aktiviti dalam borang skor yang disediakan. Setelah tamat satu set latihan litar, murid hendaklah bertukar peranan. 30 saat 50% daripda dosej maksimum 1 minit 3 set 3 minit

PROSEDUR 2 3 4 5 6 7 8 Masa aktiviti setiap stesen Dosej latihan Masa rehat antara stesen Set Masa rehat antara set

Reka Bentuk Kajian Rekabentuk kajian merupakan satu rangka kerja untuk mendapatkan satu kesimpulan atau jawapan terhadap satu persoalan (Yin, 1994). Dengan adanya rekabentuk kajian,

pengkaji akan dibimbing sepanjang proses pengumpulan maklumat, menganalisis dan menterjemahkan pemerhatian yang telah dijalankan. Oleh kerana pengkaji ingin

mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai tajuk yang akan dikaji, maka kajian ini memilih rekabentuk penyelidikan secara kuantitatif.

Rajah 4.0 : Peringkat Kajian Tindakan

Peringkat 1 : Tinjauan

Peringkat 2: Perancangan

Peringkat 3: Pelaksanaan

Peringkat 4: Renungan/ Refleksi

Berdasarkan peringkat kajian tindakan di atas, didapati terdapat empat peringkat asas terdapat dalam menjayakan kajian yang dijalankan. Pada peringkat tinjauan, masalah masalah-masalah yang dihadapi di sekolah perlu dikenal pasti dan cuba diselesaikan untuk meningkatkan prestasi. Masalah yang didapati ialah tahap ketangkasan bola jaring di kalangan murid perempuan jaring Tahap 2 masih kurang memuaskan dan lemah. Seterusnya, kajian ini cuba merancangkan jalan penyelesaian atau tindakan dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai bagi meningkatkan ketangkasan murid. Dalam peringkat ketiga, apa yang dirancang atau dikaji akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas bagi mencapai matlamat yang ditentukan sebelum itu. Akhirnya, renungan atau membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, et.al. ada 2003:205). Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimental yang menggunakan kaedah kuantitatif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimental ini dipilih untuk membolehkan penyelidik melihat keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan tahap kecergasan pemain bola jaring. Reka bentuk kajian ekperimental melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik iaitu penyelidik membuat tinjauan sejauh manakah ketangkasan perempuan Tahap 2 dengan menggunakan ujian Illinois. gunakan

Kaedah kuantitatif merupakan satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numeric (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002:12). Kaedah ini digunakan untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Kaedah Kuantitatif Kaedah kuantitatif pula digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik (Sabitha Marican, 2005). Kajian ini selalu diperlihatkan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula yang tertentu. Pada kebiasaannya, hasil kajian sesebuah penyelidikan kuantitatif adalah dalam bentuk jadual, gambarajah dan perkiraan statistik. Menurut Chua Y.P. (2006), kaedah kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Melalui kaedah ini, variabel-variabel dalam suatu fenomena di bawah kajian dioperasikan sebelum diukur. Pengukuran data dalam penyelidikan kuantitatif

mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan. Ianya dilakukan untuk menguji teori, membina fakta dan menyatakan perhubungan antara variabel-variabel dalam fenomena dalam kajian. Kaedah kuantitaif akan dilaksanakan dengan ujian Illinois menggunakan borang skor. Borang skor ujian Illinois akan diedarkan kepada seramai 30 murid perempuan Tahap 2. Dalam berpasangan murid akan mencatatkan borang skor tersebut dengan bimbingan dan arahan daripada penyelidik kajian. Instrumen Kajian Instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis

analisis penyelidik. Penyelidik boleh menggunakan instrumen yang telah sedia ada yang telah dibina oleh orang lain atau membina instrumennya sendiri. Dalam usaha menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti masalah kajian dan mendapatkan pelbagai

maklumat berkaitan kajian. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Illionois. Sebelum menjalankan ujian Illinois, penyelidik telah melakukan ujian rintis terlebih dahulu untuk mendapatkan kebolehpercayaan ujian Illinois yang bakal dijalankan . Kajian ini telah dilaksanakan dengan melakukan ujian pra dan pasca. Ujian Rintis

Menurut William Wiessma (2000), kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Howard Wainer & Henry I. Braun (1988).
Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada subjek sebenar. Menurut Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1979), tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan reliability item. Menurut Baumgartner (1989) bilangan subjek antara 30 hingga 50 orang sudah memadai untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu ujian. Kenyataan ini juga disokong oleh Morrow dan Jackson (1993) yang melaporkan bahawa bilangan minimum untuk kajian kebolehpercayaan ialah seramai 30 orang. Sebelum menjalankan ujian Illinois terhadap subjek sebenar (n=30), penyelidik telah melakukan ujian rintis terhadap 30 orang murid perempuan Tahap 2 untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan ujian Illinois yang akan dijalankan. Sebelum ujian Illinois dijalankan, penyelidik telah memberi penerangan terlebih dahulu tentang prosedur ujian yang telah dilakukan kepada murid. Sebanyak 2 percubaan akan dibuat dan masa akan dicatatkan dalam borang skor. Penyelidik telah menggunakan kaedah uji dan ulang uji

korelasi Pearson untuk mengukur kebolehpercayaan di antara masa(s) cubaan 1 dan masa(s) cubaan 2 ujian Illinois yang telah dilaksanakan. Jadual 4.0 : Keputusan Korelasi Pearson Cubaan 1 dan Cubaan 2 Ujian Illinois

Correlations C1 C1 Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N C2 Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). 30 .921** .000 30 30 1 C2 .921** .000 30 1

Nilai pekali korelasi di antara skor masa (s) cubaan 1 dan masa (s) masa cubaan 2 ujian Illinois ialah 0.92 (very good realiability). Ini bermakna ujian Illinois mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk menjalankan ujian terhadap subjek sebenar. Ujian Pra dan Ujian Pasca Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian digunakan untuk membandingkan pretasi murid sebelun dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Oleh itu dalam konteks kajian yang dijalankan untuk mengetahui peratus murid yang mengalami masalah dalam ketangkasan, pengkaji telah memberikan ujian Pra (rujuk lampiran II) terlebih dahulu kepada sampel. Kemudian, setelah mengetahui junlah kekerapan masalah tersebut, guru akan menjalankan latihan litar yang telah diubahsuaikan untuk mengatasinya. Untuk mengetahui sama ada latihan litar tersebut berjaya atau tidak, pengkaji

akan membuat ujian pasca (rujuk lampiran III ). Keputusan ujian pasca tersebut akan menentukan sama ada objektif kajian tercapai atau tidak. Kerangka Konseptual Kajian Rajah 5.0 : Kerangka konseptual kajian

Ujian Pra

Ujian Pasca

Ujian Illinois

Ujian Illinois

Rawatan

Latihan litar

Kajian ini telah pun dibina untuk mempertingkatkan tahap ketangkasan bola jaring murid perempuan Tahap 2 dengan menggunakan latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik untuk mempertingkatkan lagi ketangkasan murid. Instrumen untuk kajian ini adalah ujian Illinois. Kesimpulan Kesimpulannya, bab ini telah menerangkan tentang metodologi kajian yang digunakan. Maklumat mengenai tindakan yang dijalankan, iaitu proses kajian, reka bentuk kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian serta prosedur pengumpulan data. Dengan penerangan di atas, pengkaji berharap dapat memberikan maklumat yang jelas tentang bagaimana proses kajian dijalankan sehingga mendapat data yang diharapkan.

Analisis dan Interpretasi Data Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik menganalisis data berdasarkan persoalan kajian dan tindakan yang telah dijalankan oleh penyelidik. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid-murid atlit perempuan Tahap 2 dalam sukan bola jaring. Tindakan ini akan melihat keberkesanan latihan litar yang telah diubahsuaikan dalam mempertingkatkan tahap ketangkasan bola jaring di kalangan murid perempuan Tahap 2. Dalam kajian ini, insturmen yang digunakan ialah ujian Illinois. Data-data kajian Dalam kajian ini, penyelidik akan mendapatkan data-data dalam bentuk skor mentah terhadap 30 orang subjek mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan ujian Illinois. Skor mentah yang diperolehi daripada ujian Illinois akan diberi penganugerahan skor mengikut norma skor ujian Illinois. (Davis et al. 2000). Jadual 5.0 : Norma Skor Bagi Ujian Illinois

Norma Skor Bagi Ujian Illinois (saat) Skor Cemerlang Terbaik Baik Sederhana Lemah Lelaki < 15.2 16.1-15.2 18.1-16.2 18.3-18.2 >18.3 Perempuan < 17.0 17.9-17.0 21.7-18.0 23.0-21.8 >23.0

Persoalan 1

i.

Adakah

latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring

murid Tahap 2?
Jadual 6.0 : Keputusan analisis ujian t sampel berpasangan bagi ujian pra dan pasca
Paired Samples Statistics Mean Pair 1 UJIAN PRA UJIAN PASCA 21.0167 17.9167 N 30 30 Std. Deviation 1.14081 1.07546 Std. Error Mean .20828 .19635

Paired Samples Test Paired Differences 95% Confidence Interval of the Difference Std. Mean Pair 1 UJIAN PRA UJIAN PASCA 3.1000 0 Deviation .90401 Std. Error Mean .16505 Lower 2.76244 Upper t df 29 Sig. (2tailed) .000

3.43756 18.782

Analisis ujian t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan skor min ujian pra dan ujian pasca. Keputusan menunjukkan skor min bagi ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14. Manakala skor min bagi ujian pasca pula (M = 17.92, SD = 1.08). Ini menunjukkan bahawa keputusan skor min bagi ujian pasca lebih rendah (lebih pantas) secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14), t, (29) = 18.78, p = 0.000

Kesimpulan Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara min (M) ujian pra dan min (M) ujian pasca. Berdasarkan dapatan tersebut maka latihan litar telah meningkatkan ketangkasan atlit. Persoalan 2

ii.

Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11, dan 12 tahun ?

Demografi umur responden Jadual 7.0 : Demografi respoden dari segi umur

iii. iv. v. vi.


Valid Frequency 10 TAHUN 11 TAHUN 9 13 8 30 2 32 UMUR Cumulative Percent 28.1 40.6 25.0 93.8 6.3 100.0 Valid Percent 30.0 43.3 26.7 100.0 Percent 30.0 73.3 100.0

vii.

viii.
12 TAHUN Total

D Missing
Total

System

Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6.0 menunjukkan seramai 30 respoden terlibat dalam kajian ini. Dari segi aspek umur, seramai 9 orang atau 28.1% responden dalam lingkungan umur 10 tahun, 13 orang atau 40.6% responden yang berumur 11 tahun serta 8 orang atau 25.0% responden yang berumur 12 tahun. Jadual ini menunjukkan bahawa responden yang berumur 11 tahun lebih ramai berbanding daripada respoden yang berumur 10 tahun dan 12 tahun.

Graf 1.0 : Taburan kekerapan umur responden

Analisis perbezaan umur Ujian Anova sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ketangkasan murid di antara umur 10-12 tahun melalui ujian pra.

Descriptives UJIAN PRA 95% Confidence Interval for Mean Std. N 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN Total 30 21.0167 1.14081 .20828 20.5907 21.4427 18.00 23.00 8 20.6250 1.32961 .47009 19.5134 21.7366 18.50 22.00 13 20.9231 1.22213 .33896 20.1846 21.6616 18.00 23.00 Mean 9 21.5000 Deviation .70711 Std. Error .23570 Lower Bound 20.9565 Upper Bound 22.0435 Minimu Maximu m 20.00 m 22.00

Jadual 8.0: Analisis Ujian Post Hoc Anova Sehala

ANOVA UJIAN PRA Sum of Squares Between Groups Within Groups Total 3.444 34.298 37.742 df 2 27 29 Mean Square 1.722 1.270 F 1.355 Sig. .275

Melalui Jadual 8.0, descriptive memberi maklumat mengenai skor min ujian pra dan sisihan piwai bagi murid yang berumur 10 tahun, 11 tahun dan 12 tahun. Dapatan analisis bagi ujian pra, skor min dan sisihan piawai murid yang berumur 10 tahun (M = 21.50, SD = .71), murid yang berumur 11 tahun (M = 20.92, SD = 1.22) dan murid yang berumur 12 tahun (M = 20.63, SD = 1.14). Kesimpulan Ujian Anova Sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ketangkasan murid di antara umur 10, 11 dan 12 tahun. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p <0.05, F(2, 30) =1.36, p= 0.28. Perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey tidak menunjukkan sebarang perbezaan skor min ujian pra yang signifikan di antara umur 10 tahun (M= 21.50, SD= 0.71), umur 11 tahun (M= 20.92, SD= 1.22) dan umur 12 tahun (M= 20.63, SD=1.33).

Persoalan 3

iii.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca?

Jadual 9.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra
Ujian Pra murid Tahap 2 bagi ujian Illinois

SKOR UJIAN PRA Cumulative Frequency Valid BAIK SEDERHANA Total Missing Total System 19 11 30 2 32 Percent 59.4 34.4 93.8 6.3 100.0 Valid Percent 63.3 36.7 100.0 Percent 63.3 100.0

Jadual 9.0

menunjukkan keputusan bagi ujian pra Ujian Illinois bagi murid

perempuan Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan seramai 19 orang atau 59.4% mendapat skor baik, 11 orang atau 34.4% murid mendapat skor sederhana dalam ujian Illinois.

Graf 2.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pra Jadual 10.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra.

Descriptives SKOR UJIAN PRA

N 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN Total Model Fixed Effects Random Effects 9 13 8 30

Mean 3.5556 3.2308 3.3750 3.3667

Std. Deviation .52705 .43853 .51755 .49013 .48705

Berdasarkan Jadual 10.0, min bagi ujian pra bagi murid yang berumur 10 tahun, min = 3.56 dan sisihan piawai adalah 0.53. Bagi murid yang berumur 11 tahun, min = 3.23

dan sisihan piawai adalah 0.44, manakala bagi murid yang berumur 12 tahun, min= 3.37 dan sisihan piawai adalah 0.52. Graf 3.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pra.

Ujian Pasca murid Tahap 2 bagi ujian Illinois Jadual 11.0 : Taburan kekerapan skor ujian Illinois semasa ujian pasca

SKOR UJIAN PASCA Cumulative Frequency Valid CEMERLANG TERBAIK BAIK Total Missing Total System 3 7 20 30 2 32 Percent 9.4 21.9 62.5 93.8 6.3 100.0 Valid Percent 10.0 23.3 66.7 100.0 Percent 10.0 33.3 100.0

Jadual 11.0 menunjukkan keputusan bagi ujian pasca Ujian Illinois bagi murid perempuan Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan seramai 3 orang atau 9.4% mendapat skor cemerlang, 7 orang atau 21.9% murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang atau 62.5% murid mendapat skor baik dalam ujian Illinois.

Graf 4.0 : Taburan skor ujian Illinois semasa ujian pasca

Jadual 12.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca

Descriptives SKOR UJIAN PASCA

N 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN Total 9 13 8 30

Mean 2.8889 2.5385 2.2500 2.5667

Std. Deviation .33333 .66023 .88641 .67891

Berdasarkan Jadual 13.0, min bagi ujian pasca bagi murid yang berumur 10 tahun, min = 2.89 dan sisihan piawai adalah 0 .33. Bagi murid yang berumur 11 tahun, min = 2.54

dan sisihan piawai adalah 0.66. Manakala bagi murid yang berumur 12 tahun, min= 2.57 dan sisihan piawai adalah 0.68. Graf 5.0: Min dan sisihan piawai ujian Illinois bagi ujian pasca

Kesimpulan Graf 6.0 : Taburan skor ujian pra dan ujian pasca

25 20 15 11 10 6 5 0 19

Keputusan ujian pra dan pasca ujian Illinois 20

7 3

pra

pasca
kurang baik sederhana baik cemerlang

Kesimpulannya, terdapat peningkatan di antara ujian pra dan ujian pasca. Semasa ujian pra seramai 19 orang mendapat skor baik, 11 orang murid mendapat skor sederhana sebelum rawatan dijalankan, Setelah menjalani latihan litar, dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 3 orang mendapat skor cemerlang, 7 orang murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang murid mendapat skor baik selepas rawatan dijalankan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap ketangkasan murid-murid Tahap 2 selepas melalui rawatan latihan litar selama 4 minggu.

Dapatan Pengenalan Dalam bab ini, dapatan kajian akan dianalisis merujuk kepada persoalan-persoalan kajian tindakan yang telah dibuat bagi menjawab samaada persoalan yang dibuat dapat diterima ataupun tidak. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian stastistik. Persoalan 1

i.

Adakah

latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan bola jaring

murid Tahap 2? Merujuk Jadual 6.0 yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah menunjukkan bahawa latihan litar dapat meningkatkan ketangkasan pemain bola jaring. Dapatan keputusan menunjukkan skor min bagi ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14. Manakala skor min bagi ujian pasca pula (M = 17.92, SD = 1.08). Ini menunjukkan bahawa keputusan skor min bagi ujian pasca lebih rendah (lebih pantas) secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14), t, (29) = 18.78, p = 0.000. Kenyataan ini disokong oleh Cissik J.M(2004), bahawa latihan litar mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu dan latihan litar merupakan satu latihan yang sesuai diadakan dalam program latihan untuk meningkatkan ketangkasan. Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan.

Persoalan 2

ii.

Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid umur 10, 11, dan 12 tahun ?

Merujuk Jadual 8.0 yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ketangkasan bagi umur 10, 11 dan 12 tahun. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p <0.05, F(2, 30) =1.36, p= 0.28. Perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey tidak menunjukkan sebarang perbezaan skor min ujian pra yang signifikan di antara umur 10 tahun (M= 21.50, SD= 0.71), umur 11 tahun (M= 20.92, SD= 1.22) dan umur 12 tahun (M= 20.63, SD=1.33).
Persoalan 3

iii.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca?

Merujuk Rajah 11.0,

yang telah diperolehi pada bahagian sebelum ini, telah

dibuktikan bahawa terdapat peningkatan di antara ujian pra dan ujian pasca iaitu pada ujian pra seramai 19 orang mendapat skor baik, 11 orang murid mendapat skor sederhana. Manakala , dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 3 orang mendapat skor cemerlang, 7 orang murid mendapat skor terbaik, dan 20 orang murid mendapat skor baik selepas rawatan dijalankan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap keputusan pra-pasca.

Kenyataan ini disokong Froelicher (1999) menyatakan bahawa jangkamasa yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat hingga lapan minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004) menyatakan bahawa keupayaan seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan diadakan.

Kesimpulan Hasil mendapati terdapat peningkatan tahap ketangkasan subjek selepas mengikuti program latihan yang disediakan oleh penyelidik.. Kajian dijalankan terhadap tahap ketangkasan subjek sebelum dan selepas program latihan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan selama empat minggu. Hasil mendapati terdapat peningkatan tahap ketangkasan subjek selepas mengikuti program latihan yang disediakan. Rumusan Kajian yang dijalankan merupakan satu perintis bagi mengenalpasti tahap ketangkasan murid dengan menggunakan instrumen ujian ketangkasan Illinois. Instrumen ini belum pernah dilakukan di sekolah tersebut. Kajian mempunyai sedikit kelemahan terutamanya dari segi persampelan. Ini kerana jumlah persampelan mempengaruhi hasil dan dapatan kajian ini. Semakin besar jumlah sampel maka keputusan yang diperolehi akan lebih baik berbanding dengan jumlah persampelan yang kecil. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ketangkasan boleh ditingkatkan melalui program latihan yang dijalankan selama empat minggu. Program latihan yang dirancang dengan rapi dan khusus mampu mempertingkatkan aspek-aspek kecergasan sekiranya latihan berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang dirancang mengukur dan menguji kompenan kecergasan dengan lebih spesifik. Analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap tahap ketangkasan murid.

Cadangan Kajian Seterusnya Kajian yang dijalankan mungkin terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu ada usaha penambahbaikan.Bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih mantap,di sini dicadangkan beberapa kajian lanjut untuk memperbaiki kualiti hasil kajian,antaranya:

a. Responden kajian ini hanya dipilih daripada satu sekolah sahaja. Untuk kajian pada masa hadapan, pemilihan sampel seharusnya melibatkan populasi yang besar yang meliputi beberapa buah sekolah bagi melihat dengan jelas perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca pada masa akan datang. b. Fokus kajian juga boleh dikhususkan dan difokuskan kepada hanya satu isu sahaja. c. Dalam kajian lanjutan, pengkaji boleh mengunakan kaedah pemerhatian dan temubual secara langsung ke atas murid-murid dalam keadaan sebenar ketika mereka menjalankan latihan amali dan kelas Pendidikan Jasmani. d. Latihan litar yang digunakan harus dibahagikan kepada kumpulan fizikal. e. Latihan litar juga boleh digunakan untuk melatih kemahiran dalam bola jaring dengan memasukkan kemahiran bola jaring ke dalam stesen-stesen tersebut. f. Bilangan stesen yang digunakan hanya 4 sahaja. Stesen perlu

diperbanyakkan lagi dan masa sasaran perlu dicari semula.


Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan peningkatan tahap ketangkasan pemain bola jaring dipengaruhi kuat oleh latihan litar yang telah diubahsuaikan oleh pengkaji. Adalah menjadi harapan semoga hasil dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dalam mengenal pasti

masalah-masalah yang dihadapi dalam mengendalikan latihan-latihan yang sesuai terhadap murid untuk meningkatkan kompenan kecergasan.

Rujukan Fox, E. L. (1981). Sport Physiological . Philadelphia : W.B. Saunders Company Cissik, J. (2004). Sport Speed and Agility Training . Monterey, CA : Coaches Choice Publications. Froelicher, L.(1999). Children & Sports Training: How Your Future Champions Should Exercise to be Healthy, Fit, and Happy. Island Pond: Stadion Publishing Co. Johnson B.L, (1986). Practical Measurements for Evaluation In PhysicalEducation. Louisiana: Burgess Publishing. Newberry M..D. (2006). Bishop / Physical Therapy in Sport. ( 7th ed) Champaign.: Human Kinetics. Obermann H. (2000). Element of Fitness, Squash: The Skills of The Game. Champaign.: Human Kinetics. Sale D. G (1999). Neural Adaptation is Strength and Power Training. Champaign, IL: Human Kinetics Publisher, Inc. Scoot D. (2000). Boxing: the Complete Guide to Training and Fitness. NY: Berkley Publishing. Thomas K. (2001). Science of Sports Training. (2nd ed.) Island pant, Vt: Stadion Publishing Company. Marshall. C. & Rossman, G.B (1995). Designing Qualitative Research (2nd ed.) [Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA : Sage Publication. Inc.

Azizi Yahaya. Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon. Abdul Rahim Hamdan. 2009. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, analisis Dan Interpretasi Data. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abd. Razak Habib (2006). HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. Chua Yan Piau (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. Selangor Darul Ehsan : McGraw Hill Education. David Lim Chong Lim (2006). HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan : Asas Kajian. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. Prof Madya Dr. Abdul Rashid Johar. (2006). Kaedah Kuantitatif. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjung Malim, Perak. Quantum Books Barry L.Johnson, Jack K. Nelson. (1969). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education. United States of America. Burgess Publishing. Gambetta, H. (2005). Fitness Exercise in Sport. London : Harcourt Brace Jovanovich, Inc. Gates, D. P., and R. P. Sheffield. (1940). Tests of Change of Direction as Measurement of Different Kinds of Motor Ability in Boy of the 7th, 8th, and 9th Grades. Research Quarterly 11:136-147.

Harman, et al. (2000). Administration, Scoring and Interpertation of Selected Test. (2nd ed.) MI: Sportivny Press. Mohd. Hafzal Izam Bin Hashim (2007). Kesan Tahap ketangkasan terhadap Atlet Bola Tampar. Ijazah Sarjana Muda,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Siti Rohaizat Binti Abdul Wahab (2004). Kejadian Terhadap Tahap Ketangkasan Pemain-Pemain Bola Sepak Pasukan Johor (PBNJ), Sebelum Dan Selepas Mengikuti Program Latihan Fizikal. IjazahSarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. SW Bludell, RB Shepherd, CM Dean, RD Adams. (2002). Functional Strenghth Training in Cerebral Palsy : A Pilot Study of a Group Circuit Training Class For Children Aged 4-8 years. Faculty of Health Sciences, University of Sydney. Christoph Anrich. (2009). Circuit Training for ages 10-14. German Youth National Team. Michael G.Miller, Jeremy J. Herniman, Mark D. Ricard, Christopher C. Cheatham, Timothy J.Michael. (2006). The Effects Of A 6-Week Plyometric Training Program On Agility. University of Texas- Arlington, USA. Rusedawatty Binti Osman. (2008). Somatotaip Dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti. Universiti Teknologi Malaysia. Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim, Mariana Bt Abd Manan. (2008). Kajian Terhadap

Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Universiti Teknologi Malaysia. Andrew E Kilding, Ruth Wagenaar, Johm B Cronin, Micheal R McGuigan, Grant Schofield. (2009). Design and Assessment of School- Based Circuit Training Programme for The Promotion of Physical Activity, Fitness and Movement Competency. Institute of Sport and Recreation Research New Zealand, AUT University. Hawkins J. M. (2001) Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam: Fajar Bakti Ltd.13 Longman, (1998). Active Study of English. Petaling Jaya: Longman Group Ltd.1

Lampiran I sekolah Guru Besar,

: Surat Permohonan kebenaran menjalankan kajian kepada pihak

SK Abang Ali, Sibu 96000, Sibu Sarawak 2 Ogos 2011

Tuan, Permohonan Menjalankan Penyelidikan di SK Abang Ali, Sibu

Saya Liliana Wong King Hung (880424-52-5416) memaklumkan bahawa saya ingin melakukan penyelidikan di sekolah tuan sepanjang tempoh praktikum saya di sekolah ini. 2. Penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi kehendak subjek PJM3119 iaitu

Penyelidikan dalam Pendidikan yang mengkehendaki saya untuk membuat penyelidikan berkenaan isu dan masalah yang telah ditentukan. 3. Sepanjang tempoh tersebut juga saya memerlukan beberapa orang murid-murid dari

sekolah pihak tuan untuk dijadikan sampel dalam penyelidikan saya. 4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian. Yang Benar,

(Liliana Wong King Hung) Guru Pelatih PISMP PJ, Internship 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintagor

Lampiran II BORANG SKOR UJIAN KETANGKASAN

Ujian Pra

Nama : Ujian Pasca

Umur :

Ujian Ketangkasan (Ujian Illinios)

Cubaan pertama :................(saat)

Cubaan kedua:(saat)

Norma Skor Bagi Ketangkasan (saat) Skor Cemerlang Baik Sederhana Kurang Baik Lemah Lelaki < 15.2 16.1-15.2 18.1-16.2 18.3-18.2 >18.3 Perempuan < 17.0 17.9-17.0 21.7-18.0 23.0-21.8 >23.0

Lampiran III BORANG SKOR UJIAN KETANGKASAN

Ujian Pra

Nama : Ujian Pasca

Umur :

Ujian Ketangkasan (Ujian Illinios)

Cubaan pertama :................(saat)

Cubaan kedua:(saat)

Norma Skor Bagi Ketangkasan (saat) Skor Cemerlang Baik Sederhana Kurang Baik Lemah Lelaki < 15.2 16.1-15.2 18.1-16.2 18.3-18.2 >18.3 Perempuan < 17.0 17.9-17.0 21.7-18.0 23.0-21.8 >23.0

Lampiran IV BORANG LATIHAN LITAR M1-M2 NAMA UMUR :___________________ :___________________

Bil

Aktiviti

Dos Maksima

Dos Latihan (50%)

Set

Minggu 1

Minggu 2

1 2 3 4

Lari ulang alik 10m Bangkit tubi Lompat Kuadran Lentik Belakang

Tarikh Set 1 Set 2 Set 3

Masa Dasar 3 set Masa Sasaran

:__________________________ :__________________________

Lampiran V BORANG LATIHAN LITAR M3-M4 NAMA UMUR :___________________ :___________________

Bil

Aktiviti

Dos Maksima

Dos Latihan (50%)

Set

Minggu 3

Minggu 4

1 2 3 4

Lari ulang alik 10m Bangkit tubi Lompat Kuadran Lentik Belakang

Tarikh Set 1 Set 2 Set 3

Masa Dasar 3 set Masa Sasaran

:__________________________ :__________________________

You might also like