TAZKIRAH

Adab-Adab Pergaulan Lelaki Dan Perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktivitiaktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunaslunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

• Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah: "Dan ucaplah kata-kata yang makruf." Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia." • Menundukkan pandangan Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah. • Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

© MOHD AMIR FAISAL; 201 ; 2008-02-27

TAZKIRAH

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan) Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya." • Menghindari tempat syubhat Sabda Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita

• Iltizam dengan pakaian Islam Firman Allah: "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka." Dan firmanNya lagi: "Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj." • Serius dalam ucapan Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Alla : "Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu." • Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: "Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan."

© MOHD AMIR FAISAL; 201 ; 2008-02-27

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful