You are on page 1of 3

Pergaulan Lelaki Dan Perempuan: Harus Atau Haram?

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada
pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat,
sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam
fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi)
tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan
keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas
menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat
adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada
pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah
satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.

Apakah sebenarnya ikhtilat itu haram?


Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan
perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan
batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan
bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti
itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan
muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki


ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan
percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah:
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan
bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki
dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus,
tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya,
pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran Yang Diharuskan


Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan
adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali
dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim
Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur
menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.
1* Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam
Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah
(berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada
hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi
mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan
manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi
keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib
tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi
melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu
adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2* Harus kerana keperluan (hajat)


Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan
perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap
mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak


Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan
tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-
duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman


Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah
dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah
termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang
terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi


Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan
harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah.
Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar


Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-
Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran.
Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu


Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan
yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia
terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan
bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan
makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.
f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan
memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah
satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan
baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan
memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti
bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan
bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam


Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang
diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar
untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski
pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku
percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia
mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh
keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad


Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat
pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan
oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya
daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan
menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat


Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama
kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu
hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda
berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh
mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan


Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan
bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada
halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita
makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama
suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang
berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak
saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara
lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya.
Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

You might also like