You are on page 1of 7

TUGAS DAN PERANAN PENGAWAS

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, mereka melakukan dengan cara yang terbaik" Hadis Rasulullah S.A.W MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH (pemimpin) Bertanggungjawab terhadap Allah Bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin Percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah Sentiasa berdisiplin Pandai bergaul dan tidak sombong Berpengetahuan dan berpengalaman luas Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek Berdayasaing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif Jujur dan amanah Bersikap terbuka open minded Mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun PEMIMPIN Pemimpin adalah orang yang terpilih untuk memimpin kelompoknya untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sudah tentu pemimpin tersebut mempunyai karektor yang lebih segalagalanya daripada mereka yang ada dalam kelompoknya. Dan sebagai pemimpin segala tindak tanduknya diperhatikan dan dinilai. KEPIMPINAN PENGAWAS Pengawas dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dilantik daripada pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi, berani menjalankan tugas dan menghadapi cabaran Pengawas bertanggungjawab mengawasi dan memastikan setiap peratoran sekolah dipatuhi dan diikuti oleh semua pelajar sekolah ini. Pelajar tidak dibenarkan menentang arahan pengawas dan mestilah mematuhi arahan mereka. Pelajar tidak dibenarkan menentang arahan pengawas dan mesti mematuhi arahan. Pengawas-pengawas mengawal kelas bila-bila dikehendaki oleh pihak sekolah. Pengawas merupakan contoh kepada pelajar lain. Mereka seharusnya mempunyai peribadi yang terpuji.

Tugas dan Peranan Pengawas

CIRI-CIRI PEMIMPIN/PENGAWAS Bertanggung jawab Cerdik/bijaksana Percaya kepada diri sendiri Berdisiplin Pandai bergaul Berpengetahuan dan berpengalaman Mahir memimpin Bersemangat tinggi Sihat fizikal Emosi stabil Kreatif Jujur dan amanah Bersikap terbuka Berpandangan jauh Berinisiatif Rajin ASAS-ASAS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH Mempunyai bakat semulajadi kemudian dikembangkan. Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat kerana Allah Bijksana dan panjang akal Berkeyakinan diri Berdisilin, boleh diteladani dan menjadi role model Aktif dalam gerak kerja sekolah Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong dan disegani. Kesetiaan terhadap organisasi pengawas Pencapaian akademik yang baik Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum Mempunyai minat yang mendalam sebagai pengawas Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan Pandai membuat keputusan dan mampu menangani masalah ETIKA PENGAWAS Amanah, jujur / ikhlas Adil dan saksama Berani dan tegas Berhemah tinggi dan berdisiplin Mendampingi semua pihak Sentiasa di hadapan Pertama dalam semua. Arif dan mahir tentang peraturan Sentiasa menjaga maruah Cemerlang akademik dan kokurikulum TUGAS PENGAWAS Bertindak sebagai PENDEDAH Bertindak sebagai PEMBIMBING Bertindak sebagai BADAN PERUNDING Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG Bertindak sebagai PERANCANG Bertindak sebagai ROLE MODEL PENGAWAS ADALAH CERMIN PELAJAR LAIN

Tugas dan Peranan Pengawas

Perincian Tugas Pengawas di sekolah Di Pintu Pagar Di Kantin Perhimpunan Sekolah Di kelas Di Koperasi Majlis Perasmian/Perayaan Perincian Tugas Pengawas Sekolah Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan sekolah. Masa Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah Panggil namanya Tegur dengan cara yang baik Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth.Boleh awal sikit ke sekolah Sekiranya baru kali pertama - nasihatkan sahaja Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan: Kesalahan Lewat ke sekolah Tidak memakai topi keledar Seluar saiz tidak menepati ukuran Tidak memakai lencana-perempuan Tidak memakai tali leher Rambut panjang Tidak memakai stoking Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal @ Motosikal yang dibawa dan disusun dengan teratur Kawalan di Kantin sekolah secara berkumpulan seperti dalam jadual tugasan Tempat tugasan: Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu Meja makan lelaki / perempuan-Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan Perhatikan tingkahlakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling Tegur kesalahan secara berhemah Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan Beritahu secara baik Sekiranya pelajar degil juga -perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya. Catat dalam buku laporan Berada dalam kedudukan masing Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising Beri isyarat jangan bising Perhatikan tingkahlakunya atau kelakuannya Tegur kesalahan secara berhemah Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan Sekiranya pelajar degil juga -perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya. Catat dalam buku laporan

Tugas dan Peranan Pengawas

PEMILIHAN PENGAWAS OLEH GURU DISIPLIN 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. Matlamat Lembaga Pengawas 1. Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar 2. Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar 3. Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan peribadi,pencapaian kumpulan dan pembaikan komuntiti 4. Mengikhtirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran peribadi 5. Menggalakan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang lain 6. Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk bekhidmat kepada sekolah 7. Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah 8. Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah 9. Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan pihak sekolah dengan pengawas-pengawas 10. Bersatu padu untuk menjaga nama baik Lembaga Pengawas 11. Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar sekolah Tugas dan Tanggungjawab Pengawas 1. Mengawal disiplin pelajar. 2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. 3. Menjaga imej dan nama baik sekolah. 4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar. 5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga. 6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. 7. Memimpin rakan-rakan pelajar. 8. Mencegah kes jenayah di sekolah. 9. Menghormati guru. 10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. 11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. 13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. 14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan. 15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka. 16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. 17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

Tugas dan Peranan Pengawas

18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan. 19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat. Tugas-Tugas Ketua Pengawas Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga Pengawas Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua pengawas Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK Mengetuai projek kewangan Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Tuan Pengetua Mewakili Ketua Pengawas Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat Bertanggungjawab atas surat-menyurat Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari Mengutip wang bagi projek kewangan Membuka akaun (jika perlu) Menyediakan laporan kewangan Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date) Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council) AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif: Menjaga disiplin semua pelajar. Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas. Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya. Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut. Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa. Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri. Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini. Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas Menulis laporan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
5

Tugas dan Peranan Pengawas

Denda (wang tunai/buku) Merotan (merujuk kepada Tuan Pengetua) Tindakan yang sewajarnya Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Tuan Pengetua

Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diberi tindakan adalah seperti berikut : Ponteng sekolah/ponteng kelas Merokok Pergaduhan Datang lewat Tidak memakai stoking,name-tag/rencana Rambut(panjang,berwarna,berfesyen) Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum Peraturan-Peraturan Lembaga Pengawas dan Rujukan Tugasan 1. Jangan menjadi pengawas semata-mata untuk mendapat sijil, pihak sekolah tidak melantik anda untuk menerima sijil, tetapi melantik anda untuk menjaga keadaan sekolah. Anda akan menyesal pada masa yang akan datang sekiranya anda mendapat sijil perkhidmatan pengawas secara percuma. 2. Semua pengawas diwajibkan melapork diri kepada Ketua Unit sebelum 7.10 pagi, kecuali mempunyai alasan yang munasabah. Adalah kesalahan anda sendiri, sekiranya anda tidak menyiapkan kerja sekolah, jangan guna masa bertugas untuk menyiapkan kerja sekolah. 3. Semua pengawas dibenarkan keluar 10 minit lebih awal sebelum waktu rehat untuk menjamah makanan ataupun ke perpustakaan. Jangan sesekali makan dalam kelas. Anda tidak dibenarkan melepak di dalam perpustakaan ataupun kantin semasa dan selepas waktu rehat kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar selepas waktu rehat. 4. Pengawas yang yang bertugas di bilik menyimpan peralatan / penyapu / penyodok tidak dibenarkan menjemput sebarang pelajar untuk masuk ke dalam. Pengawas perlu mula bertugas pada pukul 7.00 pagi sepanjang masa bertugas di bilik tersebut. 5. Semasa perhimpunan pelajar dijalankan, semua pengawas mesti berada di dalam dewan sekolah kecuali mereka yang ditugaskan untuk menjaga blok. Anda mesti pandai-pandai mencari pintu yang tidak dijaga pengawas supaya bukan hanya beberapa pintu dewan dijaga. 6. Anda mesti memberikan perhatian semasa perhimpunan berlangsung. Pastikan setiap pelajar memasuki dewan / tapak perhimpunan secepat mungkin dan duduk mengikut kelas. Tunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain. 7. Semua pengawas mesti memaparkan imej positif kepada semua warga sekolah. Anda mesti menunjukkan rasa hormat dan sedia menghulurkan bantuan ikhlas kepada guru, rakan sekolah dan pelawat. 8. Setiap Pengawas mesti menunjukkan hormat kepada AJK Unit masing-masing. Sesiapa yang didapati ponteng tugas berturut-turut 2 kali, lewat 3 kali, makan dalam kelas, uniform yang tidak lengkap akan dicatat kesalahan oleh Ketua Unit. Anda akan diberikan surat amaran. Sekiranya anda tidak berubah dalam tiga hari anda akan berjumpa dengan guru pengawas, digantung tugas sebulan dan tidak dibenarkan memakai uniform tempoh itu. Kesalahan kali ketiga bermakna anda akan dipecat daripada Lembaga Pengawas. 9. Pemeriksaan terhadap keadaan uniform, rambut dan kuku pelajar akan dijalankan selepas perhimpunan mingguan. Pastikan pelajar-pelajar berkuku pendek, berambut pendek dan tidak diwarnakan, uniform lengkap (memakai lencana, kasut putih berstokin). Nama mereka harus dicatatkan dalam buku kesalahan yang diperoleh daripada guru pengawas atau ketua pengawas dan tindakan demerit akan dikenakan terhadap mereka. 10. Para pelajar dianggap lewat ke sekolah setelah lagu negaraku dimainkan pada setiap hari. Pengawas-pengawas yang bertugas di pintu-pintu sekolah harus kuncikan pintu pagar selepas lagu negaraku dimainkan. Pelajar-pelajar yang lewat akan dikenakan kelas tahanan (sehingga pukul 3 petang) atau akan dihukum membersihkan kawasan sekolah. Anda mesti menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tidak kira pesalah itu kawan anda atau tidak.
6

Tugas dan Peranan Pengawas

11. Semua pengawas mesti bekerjasama untuk memperbaiki diri sendiri dalam semua aspek. Jangan malu meminta bantuan daripada pegawas lain kerana malu bertanya, sesat jalan. Jangan malu untuk menegur atau menolong pengawas lain sekiranya mereka mempunyai kelemahan. 12. Jangan menyertai Lembaga Pegawas jika anda tidak komited untuk menyumbang masa dan tenaga untuk menjalankan tugas anda. Jangan mengawal disiplin orang lain sekiranya anda sendiri tidak mampu mengawal disiplin diri. Sekiranya anda menghadapi masalah, hadapinya dengan jiwa seorang pengawas yang sebenar.
50 ISU/ CABARAN/ HALANGAN 1. Malu tegur sesama sendiri atau pelajar lebih senior 2. Pemimpin senior ego dan sombong 3. Kurang waktu berkawan 4. Pencapaian akademik sederhana 5. Ketinggalan dalam pelajaran 6. Kurang kerjasama antara pemimpim pelajar 7. Kurang kerjasama pelajar lain 8. Kurang/sukar berkomunikasi 9. Pemimpin lelaki malu berkomunikasi dengan pemimpin perempuan 10. Sukar / tidak tahu memberi pendapat 11. Tidak ikhlas target nak sijil 12. Bertugas sambil lewa 13. Tugas pemimpin pelajar membebankan 14. Tidak minat jadi pemimpin pelajar 15. Takut bertugas di blok tingkatan tinggi 16. Pemimpin pelajar sendiri langgar peraturan 17. Pemimpin pelajar tidak hadir bertugas 18. Pemimpin tidak ikut arahan 19. Pemimpin junior tidak hormat senior 20. Sikap kurang hormat sesama sendiri 21. Ketua panas baran 22. Sikap agresif pelajar lain 23. Diugut / dilawan pelajar lain 24. Tidak adil / pilih kasih dalam tindakan 25. Pemimpin yang suka mengampu 26. Tidak sampai hati bertegas pada kawan sendiri 27. Tugas tidak jelas 28. Tidak dihargai 29. Bimbang apa orang lain kata 30. Takut hilang rakan 31. Kurang masa bergaul dengan rakan sekelas 32. Dipengaruhi rakan langgar peraturan 33. Disindir / dikritik 34. Dibenci / dicemburui 35. Tidak popular 36. Terpaksa datang awal 37. Tertekan dengan kerenah pelajar lain 38. Kurang yakin dengan kebolehan sendiri 39. Takut / gementar bila berdepan di khalayak ramai 40. Diganggu pelajar nakal 41. Denda terlalu berat 42. Dibuli pelajar lain 43. Bimbang keselamatan diri 44. Takut dimarahi guru untuk keluar bertugas 45. Sering ditertawakan/diejek bila ditegur 46. Boring dengan tugas yang sama 47. Pilih kasih dalam pembahagian tugas 48. Bilik pengawas tidak selesa 49. Kasut hitam mahal 50. Sukar buat keputusan

You might also like