You are on page 1of 8

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Persepsi Pelajar IPTA Terhadap Konsep Dan Penekanan Aspek Kemahiran Insaniah

Salleh Amat, Zuria Mahmud, M.Mokhtar Tahar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kemahiran insaniah adalah antara isu yang sering diperkatakan dalam kalangan para pemimpin dan juga para pendidik di institusi pengajian tinggi. Malah aspek kemahiran insaniah ini adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sistem pendidikan negara telah menekankan aspek kemahiran insaniah ini melalui penekanan kepada modal insan semenjak daripada peringkat sekolah lagi. Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah para pelajar memahami konsep kemahiran insaniah itu sendiri. Begitu juga dari segi kefahaman pelajar memahami hasrat pihak kerajaan bagi mengeluarkan insan yang seimbang dari segi emosi jasmani dan intelektual yang cemerlang. Ini kerana, para pelajar atau mahasiswa seolah-olah lebih memberi tumpuan kepada aspek pencapaian akademik sahaja. Kertas kerja ini akan membincangkan persepsi dan kefahaman pelajar (mahasiswa/i) tentang kemahiran insaniah di IPTA. Kertas kerja ini juga akan meninjau pandangan mereka terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat menyumbang kepada pelaksanaan kemahiran insaniah yang diharapkan.

PENDAHULUAN
Kerajaan menyedari akan kepentingan kemahiran insaniah atau kemahiran generik yang perlu ada pada para graduan dari institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Hasrat ini adalah untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai bidang setanding dengan para graduan dari luar negara serta dapat bersaing di peringkat global. Isu-isu berkaitan pengangguran sering dikaitkan dengan kebolehpasaran guna tenaga para graduan yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi sama ada awam dan juga swasta. Sebenarnya isu pasaran guna tenaga ini adalah satu isu yang global. Pihak majikan sudah tentunya akan mengambil mereka yang berkebolehan dalam pelbagai bidang dan bukannya hanya mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi sahaja. Aspek lain yang diberikan penekanan dalam pemilihan pekerja oleh pihak

majikan ialah kemahiran insaniah ataupun kemahiran generik. Australian National Training Authority (2003) menegaskan kemahiran generik adalah perlu bagi individu yang mencari pekerjaan kerana sesuatu kerjaya itu memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan mampu beroperasi dalam pelbagai situasi yang berbeza-beza. Oleh itu wajarlah pihak IPT menekankan kepentingan kemahiran generik atau kemahiran insaniah ini serta memastikan kejayaan akademik yang cemerlang bagi setiap graduan yang dilahirkan. Oleh itu langkah kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menekankan kemahiran generik dalam sistem pendidikan tinggi adalah sangat bertepatan (Ismail, Mohd. Taib, Mohd. Fauzi, Izaidin, Nooraini, & Zulkifli, 2008; Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006; Radin Umar, 2008; Salleh & Mohd. Mokhtar, 2008; Universiti Malaysia Perlis, 2007).

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 Semenjak dahulu lagi falsafah pendidikan negara kita memang menekankan kepada peri pentingnya melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan inteleknya. Sudah tentunya matlamat utama pendidikan bukan hanya untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari segi sahsiahnya dan seterusnya mampu melahirkan seorang insan yang baik secara menyeluruh. Inilah yang dikatakan sebagai membangunkan modal insan. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya menekankan kepentingan modal insan ini dalam pelaksanaan sistem pendidikan Negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dengan jelas menyatakan hasrat ini; Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan asset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada tahun 2020. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007; 52) Wan Mohd Nor (1996) menyatakan insan yang baik atau beradab mampu membangun negara maju dan makmur serta satu peradaban yang tinggi. Selain daripada mencapai kecemerlangan akademik, kesihatan mental yang baik adalah sangat penting dalam menghasilkan insan yang seimbang bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang (Amla, Zuria & Salleh, 2006; Corey, 2000; Hassan, 1983). Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, didapati walaupun pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi mempunyai pencapaian akademik yang sangat tinggi, tetapi ramai di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran sosial (social skills) atau kemahiran insaniah/ kemahiran generik yang baik dalam mengharungi kehidupan di kampus (Salleh, 2007; Salleh & Zuria, 2007). Kemahiran sosial adalah penting dalam kehidupan di kampus terutamanya dalam penyesuaian diri dan akademik di kampus (Australian National Training Authority, 2003; Salleh, 2004; Zuria, Noriah, & Syafrimen, 2004). Pada masa ini aspek kemahiran insaniah atau kemahiran generik (soft skills) sangat ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan graduan yang bukan hanya berpengetahuan dalam bidangnya tetapi juga seorang graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing di peringkat global (Ismail et al. 2008; Mohd. Majid & Zakaria, 2007; Salleh dan Zuria, 2007).

Kemahiran insaniah/kemahiran generik dan modal insan Kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing pada masa depan dan sebagai satu persediaan menjadi negara maju menjelang 2020. Dalam perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan kepentingan modal insan ini; Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahankerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmenPendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. Jelaslah pihak kerajaan memberi penekanan yang sangat serius dalam pembangunan sumber manusianya. Ini bermakna

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 pencapaian akademik semata-mata sahaja tidak menjamin kemajuan secara total kepada sesebuah negara. Noor Shah Saad (2007) juga menegaskan bahawa dalam sektor pekerjaan, pekerja yang cemerlang merupakan modal insan yang menjadi asset dan pemacu kepada sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, pihak KPT mengesan beberapa kelemahan graduan yang sering diperkatakan seperti tidak berketerampilan dan tiada kemahiran insaniah yang dituntut oleh pihak majikan (KPT, 2006). Kementerian Pengajian Tinggi (2006) menyatakan kemahiran insaniah (KI) (soft skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan (m.s 5). Tiada istilah yang lebih khusus bagi menggambarkan kemahirankemahiran generik yang hendak disampaikan. Malah di peringkat antarabangsa juga pelbagai istilah telah digunakan. Sebagai contohnya di United Kingdom digunakan istilah core skills, key skills, common skills; New Zealand pula menggunakan istilah essential skills; negeri Perancis pula menggunakan transferable skills dan Australia pula key competencies, employability skills, generic skills bagi menggambarkan konsep kemahiran insaniah atau kemahiran generik ini. Apa yang paling penting adalah para pelajar (pelajar di IPT) perlu memahami aspek-aspek ini kerana tanpa kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan tadi maka adalah sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan apabila telah menamatkan pengajian kelak. Ini kerana memiliki ijazah dan pencapaian akademik yang baik semata-mata buka lagi sebagai kayu pengukur bagi menjamin seseorang graduan itu mendapat pekerjaan yang dihajati. Ismail et al. (2008) menegaskan tanggapan bahawa lulus cemerlang dalam akademik merupakan matlamat akhir pelajar perlu diperbetulkan. universiti. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk: 1. Meninjau kefahaman pelajar tentang konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di universiti Meninjau kefahaman pelajar tentang kepentingan kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills dalam mendapatkan pekerjaan. Mengetahui tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kelab / persatuan di universiti. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kerap digunakan oleh pensyarah yang menyumbang kepada pelaksanaan kemahiran insaniah yang diharapkan

2.

3.

4.

METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian Kajian ini adalah merupakan satu kajian awal yang berbentuk tinjauan bagi meninjau persepsi pelajar IPT berkaitan kefahaman pelajar tentang konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di university. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Alat kajian Satu set soal selidik telah dirangka oleh penyelidik berdasarkan perbincangan awal bersama-sama pelajar di Fakulti Pendidikan, UKM serta beberapa orang pensyarah di UKM mengenai kefahaman mereka berkaitan dengan kemahiran generik atau kemahiran insaniah. Hasil perbincangan awal tersebut, satu soal selidik yang mengandungi lapan item telah dihasilkan. Responden kajian diminta memberi respons terhadap setiap soalan yang dikemukakan. Respons adalah seperti berikut: 1= Tidak bersetuju dengan pernyataan; 2= Bersetuju dengan pernyataan; dan 3= Sangat bersetuju dengan pernyataan.

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kefahaman para pelajar tentang konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di

Sampel kajian

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 Sampel kajian ini terdiri daripada 95 pelajar tahun dua dan tahun tiga yang mengikuti satu kursus berkaitan kemahiran kaunseling di peringkat ijazah sarjana muda, Fakulti Pendidikan UKM. Daripada jumlah ini hanya 15 (15.8%) orang pelajar adalah lelaki dan 80 (84.2%) orang pelajar adalah perempuan. Purata umur responden dalam kajian ini ialah 21.5 tahun. Dari segi tahun pengajian pula, seramai 41(43.2%) orang pelajar adalah daripada tahun dua dan 54(56.8%) orang adalah daripada tahun tiga. kemudiannya dianalisis secara deskriptif berdasarkan tujuan kajian yang telah dinyatakan.

Analisis data Data diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Data yang diperoleh

DAPATAN KAJIAN JADUAL 1: Kekerapan Dan Peratusan Respons Bagi Setiap Soalan

Soalan 1. Saya memahami konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di universiti.

1 3(3.2%)

Kekerapan /Peratus 2 3 65(68.4%) 27(28.4%)

Min 2.25

2. Saya berpendapat kemahiran insaniah/kemahiran


generik/soft skills perlu diterapkan dalam semua kursus akademik di institusi pengajian tinggi.

1(1.1%)

24(25.3%)

70(73.7%)

2.73

3. Saya berpendapat kemahiran insaniah/kemahiran


generik/soft skills ini boleh diterapkan semasa di peringkat sekolah lagi.

2(2.1%)

31(32.6%)

62(65.3%)

2.63

4. Saya sedar kemahiran insaniah/kemahiran


generik/soft skills ini penting dalam pembentukan graduan yang cemerlang.

2(2.1%)

12(12.6%)

81(85.3%)

2.83

5. Pencapaian akademik yang baik semata-mata tidak


menjamin seseorang itu mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

1(1.1%)

12(12.6%)

82(86.3%)

2.85

6. Saya terlibat secara aktif (sangat kerap) dalam


aktiviti-aktiviti kelab / persatuan di universiti.

11(11.6%)

68(71.6%)

16(16.8%)

2.05

7. Secara umumnya, tugasan-tugasan yang diberikan


oleh pensyarah dapat mempertingkat kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills diri saya.

27(28.4%)

68(71.6%)

2.72

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

8. Saya percaya kemahiran insaniah/kemahiran


generik/soft skills yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

21(22.1%)

74(77.9%)

2.78

Kefahaman pelajar kemahiran insaniah

tentang

konsep

Soalan pertama meninjau kefahaman pelajar tentang konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di universiti. Jadual 1 menunjukkan 65(68.4%) responden bersetuju dengan pernyataan yang menunjukkan bahawa mereka memahami konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di universiti. Ini diikuti dengan persetujuan pelajar yang memberi respons sangat bersetuju iaitu 73.7% berpendapat bahawa kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills perlu diterapkan dalam semua kursus akademik di institusi pengajian tinggi. Begitu juga responden sangat bersetuju (65.3%) bahawa kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills ini boleh diterapkan semasa di peringkat sekolah lagi. Begitu juga hampir 80% responden percaya kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

71.6% (min =2.05) bersetuju dengan pernyataan yang bertanyakan penglibatan aktif mereka dalam kelab/persatuan berbanding dengan hanya hampir 17% yang memberi respons sangat bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kerap digunakan oleh pensyarah Perbincangan awal dengan para pelajar berjaya mengesan beberapa aktiviti yang sering digunakan oleh para pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini responden telah diminta untuk memberi persetujuan (bukannya membuat urutan/ranking) sekiranya aktiviti-aktiviti tersebut dapat menyumbang kepada pembentukan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Analisa deskriptif menunjukkan bahawa responden bersetuju aktiviti kerja berkumpulan (93%), tugasan yang berbentuk projek (75%), pembentangan (74%) dan aktiviti lawatan (64%) adalah merupakan aktiviti-aktiviti utama yang dianggap dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan para pelajar di universiti.

Kefahaman pelajar tentang kepentingan kemahiran insaniah dalam mendapatkan pekerjaan. Responden juga sanggat bersetuju ( 85.3%) bahawa kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills ini penting dalam pembentukan graduan yang cemerlang. Ini dikukuhkan lagi dengan kesedaran mereka bahawa pencapaian akademik yang baik sematamata tidak menjamin seseorang itu mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

PERBINCANGAN Secara umumnya para responden telah memahami konsep kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ini sudah tentunya berkaitan dengan persediaan para pensyarah dalam melaksanakan pengajaran di universiti. Sejajar dengan keperluan MQA, para pensyarah telah menyediakan satu kerangka kursus yang lengkap yang mengandungi sinopsis kursus, objektif pengajaran, kaedah pengajaran serta kemahiran insaniah yang hendak diterapkan dalam pengajaran masing-masing (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006; Radin Umar, 2008; Salleh & Mohd. Mokhtar, 2008; Universiti Malaysia Perlis, 2007). Usaha menerapkan kemahiran-kemahiran insaniah atau soft skills ini seharusnya dapat diterapkan di peringkat sekolah

Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kelab / persatuan di universiti. Secara umumnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kelab/persatuan masih boleh dianggap sebagai sederhana sahaja. Jadual 1 menunjukkan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 menengah lagi. Namun demikian, pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia lebih menekankan kepada pencapaian akademik walaupun ada usaha untuk menerapkan pelbagai kemahiran insaniah ini di peringkat sekolah lagi (Salleh, 2007; Salleh & Mohd. Mokhtar, 2008; Salleh & Zuria, 2007). Begitu juga para responden sedar bahawa ijazah yang mereka miliki bukanlah penentu kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan setelah temat pengajian. Majikan mempunyai calon yang sangat ramai untuk menjawat sesuatu jawatan. Persaingan bagi menjawat sesuatu jawatan adalah sangat terhad dan sengit. Para majikan akan melihat kepada kelainan-kelainan seseorang calon, terutamanya kemahiran insaniah/kemahiran generik seseorang calon dalam mengisi jawatan yang diiklankan Oleh itu kemahiran-kemahiran insaniah atau soft skills adalah sangat penting bagi para pencari pekerjaan dewasa ini selain daripada pencapaian akademik yang baik (Australian National Training Authority, 2003; Ismail et al. 2008; Radin Umar, 2008; Salleh & Mohd. Mokhtar, 2008). Oleh itu untuk menjadi graduan yang cemerlang, seseorang pelajar bukan hanya berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tetapi juga perlu memiliki kemahiran insaniah seperti kecekapan berkomunikasi yang baik, mempunyai stail kepimpinan serta mempunyai jaringan yang luas dengan pihak-pihak industri di luar institusi pengajian tinggi mereka. Para pelajar harus keluar dari kepompong menara gading bermula dari zaman pengajian mereka di IPT. Penglibatan pelajar dalam aktiviti di luar kampus akan menambahkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada para pelajar kerana pengalaman-pengalaman ini tidak akan diperoleh dengan hanya menghadiri kuliah atau perbincangan di universiti. Dari segi penglibatan pelajar, kajian ini mendapati penglibatan pelajar dalam aktivitiaktiviti kelab dan persatuan masih dianggap berada di tahap yang sederhana walaupun mereka sedar yang penglibatan tersebut akan dapat membantu mereka dalam mempertingkat kemahiran insaniah. Para pelajar IPT perlu sedar bahawa aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab akan dapat membantu para pelajar membina keyakinan diri serta stail kepimpinan yang seterusnya akan dapat digunakan semasa memasuki alam pekerjaan kelak. Selain daripada itu penglibatan mereka dalam aktiviti persatuan akan dapat membantu mereka menjalin hubungan dengan agensi-agensi pekerjaan atau pihak industri. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh para pensyarah akan dapat meningkatkan motivasi para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah syarahan semata-mata tidak lagi dianggap sesuai untuk para pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Ini kerana proses pembelajaran yang berkesan seharusnya adalah lebih kepada pendekatan yang melibatkan para pelajar secara langsung. Para pensyarah juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan para pelajar mereka mendapat manfaat yang maksimum daripada kursus yang disertai oleh para pelajar. Para pensyarah perlu menyedarkan para pelajar bahawa pembelajaran bukan hanya untuk peperiksaan semata-mata tetapi bagaimanakah para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian ini secara langsung telah mengesan beberapa kaedah pengajaran iaitu aktiviti kerja berkumpulan, tugasan yang berbentuk projek, pembentangan dan aktiviti lawatan yang dianggap dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah para pelajar di IPT. Ini selaras dengan keperluan yang diharapkan oleh pihak kerajaan yang ingin melahirkan para pelajar yang berketerampilan dan mampu bersaing di peringkat global (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006; Radin Umar, 2008; Salleh & Mohd. Mokhtar, 2008; Universiti Malaysia Perlis, 2007).

KESIMPULAN Penerapan kemahiran insaniah atau soft skills dalam sistem pendidikan tinggi negara adalah sesuatu yang sangat-sangat diperlukan bagi melahirkan para graduan berketerampilan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Membangunkan modal insan serta melahirkan graduan yang berkebolehan serta mampu bersaing di peringkat global adalah satu hasrat yang murni yang ingin dicapai oleh semua pihak. Secara keseluruhannya para pelajar memahami konsep

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 kemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skills yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran di universiti. Para pelajar juga sedar akan kepentingan kemahiran insaniah ini selepas mereka tamat pengajian kelak. Oleh itu para pensyarah memainkan peranan yang penting bagi memastikan para pelajar bukan hanya dapat mengusai ilmu pengetahuan terhadap sesuatu mata pelajaran tetapi juga dapat menerapkan kemahiran-kemahiran insaniah yang berkaitan dalam sesuatu kursus yang diajar. Lebih daripada itu para pensyarah seharusnya dapat menegaskan kepada pelajar bahawa ilmu yang dipelajari tadi perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Monograf Pengajaran dan Pembelajaran IPTA: Pembangunan modal insan. CADE: UPM Serdang. Noor Shah Saad (2007). Program pembangunan modal insane dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (BITARA): Konsep, pelaksanaan dan persepsi amalan staf bukan akademik. Monograf Pengajaran dan Pembelajaran IPTA: Pembangunan modal insan. CADE: UPM Serdang. Radin Umar Radin Sohadi. 2008. Teaching and learning at higher learning institutions. Kertas kerja dibentangkan di Higher Education Seminar. Anjuran AKEPT, KPT. Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. 16 -17 July, 2008 Roziah Sidik. (2000). Hala tuju baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. International conference on teaching and learning, hlm. 33-43.

RUJUKAN Australia National training Authority. 2003. Defining generic skills. Adelaide: National Centre for Vocational Educational Research Ltd. Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bangi: Penerbit UKM. Corey, G. (2000). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. Boston: Wadsworth Publishing Hassan Langgulung. (1983). Teori-teori kesihatan mental. Kajang: Pustaka Huda. Ismail Ibrahim, Mohd. Taib Dora, Mohd. Fauzi Kamarudin, Izaidin Abd. Majid, Nooraini Sulaiman & Zulkifli Hussin. 2008. Pembangunan modal insan menerusi pendekatan kemahiran insaniah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke 6, 43-50. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia . 2006. Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Serdang: UPM Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2007. KPM: Putrajaya. Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa (2007). Penerapan hasil pembelajaran dan kemahiran insaniah dalam kurikulum pengajian tinggi.

Salleh Amat. (2004). Adjustment of international students at the University of Wyoming: an empirical study. Pembentangan kertas kerja seminar 2004 Graduate Students Symposium. March 2-3, 2004, Laramie, WY. USA Salleh Amat (2007). Refleksi sistem pendidikan Negara dan kesan kepada kesihatan mental pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga, hlm. 97-104. Salleh Amat & Zuria Mahmud, (2007). Monograf Pengajaran & Pembelajaran IPTA-Isu Semasa Dalam Pendidikan Tinggi Assertiveness: Concept and Its Roles in Developing Better Interpersonal Skills among Malaysian Undergraduate Students. CADE: UPM Serdang Salleh Amat & Mohd. Mokhtar Tahar. 2008. Konsep dan penekanan aspek modal insan di sekolah: Stu refleksi dalam kalangan pelajar pengajian tinggi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke 6, 167-176. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM Universiti Malaysia Perlis. 2007. Penerapan dan penilaian kemahiran insaniah (soft skills) mahasiswa Universiti Malaysia Perlis

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 (UniMAP). Kangar: Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1996). Insan baik teras kewarganegaraan: Mengarah ombak kesejagatan dan kepelbagaian. Pemikir, Januari Mac 1996. Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak, & Syafriman Syafril. 2004. Penyesuaian akademik, social, dan emosi pelajar-pelajar di kampus. Jurnal Personalia Pelajar, 8: 1-16.

You might also like