You are on page 1of 18

KESELAMATAN DAN KECEDERAAN SUKAN UNIT 7

Pakaian dan Peralatan Sukan


Pakaian : selesa, sesuai dan menyerap peluh. Peralatan : sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan individu. Peralatan keselamatan : dapat melindungi daripada kecederaan. Cth : shin pad. Peraturan pertandingan :mengutamakan aspek keselamatan. Padang dan gelanggang : bebas daripada bahaya dan mempunyai ciri keselamatan.

Memanaskan badan
Meningkatkan suhu badan dan otot Mengurangkan ketegangan pada otot. Meningkatkan intensiti pergerakan. membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja mereka.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Otot menerima darah yang mencukupi. Risiko kecederaan kurang. Raptai pergerakan sebelum lakuan sebenar. Fisiologi - reaksi enzim lebih cepat daripada suhu badan tinggi, kurang asid laktik, kurang kesesuaian. - mental set. - tindak balas jantung.

Tujuan menyejukkan badan:


Mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara progresif. Mengurangkan kelesuan otot Meningkatkan fleksibiliti otot,tendon dan ligamen Mempercepatkan pengedaran darah ke jantung Menurunkan tekanan darah.

Keperluan cecair
Aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi boleh mengakibatkan kehilangan cecair badan melalui peluh sebanyak 2-3 liter setiap jam. Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak 6-10% daripada berat badan. Digalakkan meminum air mengandungi elektrolit atau minuman isotonik sebelum,semasa dan selepas aktiviti untuk rehidrasi.

Imbangan cecair dan elektrolit


Kehilangan air menyebabkan isipadu plasma darah menurun. Ion Na+ dan Cl- mengawal kandungan air dalam darah. Jantung terpaksa mengepam dengan lebih kerap bagi mengekalkan keluaran kardiak.

Menyejukkan badan
Terbahagi kepada 2 fasa:
Regangan Aktiviti berintensiti rendah

Stres haba
Pendedahan kepada bahang matahari dan cuaca lembap (humid) yang keterlaluan semasa menjalankan aktiviti bersukan boleh mengakibatkan stres haba. Kesan :
Kekejangan otot Kehilangan air berlebihan Strok haba

Kecederaan Sukan
Jenis kecederaan:
Kecederaan tisu lembut Ketegangan otot Sengal-sengal otot Luka Lebam akibat kontusi Kecederaan tisu keras Dislokasi Kecederaan kepala

Pengurusan Kecederaan/Bantu Mula


TOTAPS DRABC RICE

TOTAPS
T Talk : Tanya O- Observe : Perhati dan periksa T Touch : Sentuh tempat cedera A active Movement : Gerakkan anggota badan yang cedera. P Passive Movements : Bantu gerakkan secara perlahan S Stand : Arah mangsa berdiri

DRABC
(bantu mula untuk mangsa tidak sedar diri @ kejutan)

D- Danger : Pastikan bebas dari bahaya R Respond : Gerakkan dan perhati sebarang gerakbalas. A- Airways : salur pernafasan tidak tersekat B-Breathing : periksa nafas melalui hidung atau mulut. C-Circulation :periksa peredaran darah dan denyutan nadi.

RICE
R-Rest :Rehatkan anggota yang cedera I- Ice : Demah ais yang berbalut pada tempat cedera. C-Compression : Balutkan tempat cedera E-Elevation : Tinggikan anggota yang tercedera.

Terapi Kecederaan Sukan


Fisioterapi
membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamatnya ialah mengembalikan atlit yang cedera itu kepada keadaan asal dan bersedia untuk beraksi atau berlatih.

Teknik rawatan:
Elektroterapi - Penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Hidroterapi -Hidroterapi ialah rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan. Terapi Haba (Heat Therapy)- Terapi haba digunakan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka

Urutan Sukan
Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk urutan yang diberi kepada otot-otot tertentu.

You might also like