You are on page 1of 16

KAEDAH 10 AYAT MUDAH 1.Salin dan hafal 2.

Kemudian tulis 10 ayat yang dihafal TEMA KELUARGA Tajuk 1 : Aktiviti Minggu Saya

(untuk murid GALUS )

1. Hujung minggu ialah hari cuti . 2. Hari yang selalu saya tunggu. 3. Semua ahli keluarga saya berkumpul di rumah.
4. Kami bergotong-royong membersihkan rumah. 5. Saya mencuci longkang. 6. Abang menyapu daun-daun kering. 7. Bapa pula mencuci longkang. 8. Emak dan kakak menyediakan makanan. 9. Selepas bergotong-royong,kami pun makan dan minum. 10. Saya sangat gembira kerana rumah saya sudah bersih. (50 patah perkataan) Tajuk 2 : Pergi ke Dusun Datuk 1. Pada minggu lalu,saya dan keluarga pulang ke kampung. 2. Saya dan datuk pergi ke dusunnya. 3. Ketika itu musim buah-buahan. 4. Ada banyak pokok buah. 5. Saya membantu datuk memungut buah durian. 6. Selepas itu,datuk mengait buah rambutan dan manggis. 7. Saya makan sepuluh ulas durian dan tiga biji rambutan. 8. Udara di dusun nyaman dan segar. 9. Di bandar udara kotor. 10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung datuk. Tajuk 3 : Pergi Berkelah di Air Terjun 1. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun. 2. Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan. 3. Saya sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah. 4. Ayah membentangkan tikar di bawah pokok. 5. Kami mandi di air terjun. 6. Suasana meriah kerana ramai orang. 7. Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah. 8. Kami makan dan minum sambil berbual-bual. 9. Kami berasa seronok 10. . Saya mahu pergi lagi.

Tajuk 4 : Budak yang Nakal

1. 2. 3. 4. 5.

Kok Kent seorang budak yang nakal. Kok Kent suka mengganggu lembu Pak Ali. Pak Ali mengadu kepada ibu bapanya. Ibu bapanya menasihatinya tetapi dia masih buat juga. Suatu hari, dia diserang lembu itu. 6. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit. 7. Badannya luka-luka dan kakinya patah. 8. Dia dihantar ke hospital. 9. Kok Kent berasa insaf. 10. Dia mahu menjadi budak yang baik. Tajuk 5 : Mimpi Saya 1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu. 2. Aku bangun dan membuka pintu. 3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang. 4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ. 5. Aku berasa hairan. 6. Aku masuk ke bilik semula. 7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu. 8. Aku membuka pintu,tiba-tiba ada satu lembaga yang besar. 9. Aku pengsan,badan aku digoncang-goncang. 10. Rupa-rupanya aku bermimpi. Tajuk 6 : Ibu Saya 1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang. 2. Nama ibu saya ialah ____________. 3. Beliau berusia _________ tahun. 4. Ibu amat menyayangi saya. 5. Setiap pagi ibu membangunkan saya. 6. Ibu menyediakan sarapan setiap pagi. 7. Ibu suka mengemas rumah. 8. Rumah sentiasa bersih dan kemas. 9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan diri. 10. Saya akan mematuhi nasihat ibu.

Tajuk 7 : Menyelamatkan Budak Lemas 1. 2. 3. 4. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah. Ramai orang pada hari itu. Kami meletakkan barang di bawah pokok. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai. 5. Tiba-tiba, saya terdengar orang meminta tolong. 6. Suara itu dekat dengan saya . 7. Saya lihat seorang budak lemas. 8. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai. 9. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu. 10. Bapa budak itu berterima kasih kepada saya. 11. Saya gembira kerana dapat menolong orang. ITajuk 8 : Bercuti di Kawasan Peranginan

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10.

Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands. Kami pergi dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan,kami berbual-bual. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands. Kami melihat ramai pelancong di sana. Kami melawat ladang teh, ros dan limau. Kami juga mengambil gambar di sana Kami pulang pada pukul 5.00 petang Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu. Saya berharap dapat melawat ke sana lagi.

Tajuk 9 : Berkelah di Tepi Pantai 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah Kami pergi dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan,kami berbual-bual. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik. Kami melihat ramai pengunjung di sana. Kami meletakkan barang di bawah pokok. Saya dan abang pergi berenang. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa. Kami pulang pada pukul 5.00 petang Saya berharap dapat datang ke sana lagi.

Tajuk 10 : Melawat Zoo Negara.

1. 2.
3.

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara Kami pergi dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan, kami berbual-bual. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara. Kami melihat ramai orang di sana. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain. Kami juga melihat gajah menari. Selepas itu, kami makan tengah hari. Kami pulang pada pukul 4.00 petang. Saya berharap boleh pergilagi

Tajuk 11 : Hari Ibu.

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pada 14 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu. Kek itu sangat cantik. Kakak memasak mi goreng. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu. Kami juga memberi hadiah kepada ibu. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu. Saya amat sayang akan ibu. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

Tajuk 12 : Seperti Aur Dengan Tebing

1. Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.


2. 3. 4. 5. Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu. Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah. Kakak membersihkan longkang di depan rumah. Abang pula mengecat dinding rumah. 6. Saya mengutip sampah-sarap. 7. Apabila letih dan dahaga,kami pun minum. 8. Pada pukul 2.00 petang,kami habis bergotong-royong. 9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik. 10. Kerjasama kami seperti aur dengan tebing. Tajuk 13 : Memancing ikan 1. Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan. 2. Kami memancing di sebatang sungai. 3. Kami pergi dengan menaiki kereta.

4. Kami membawa joran,umpan,mata kail dan baldi.


5. Kami mencari tempat yang redup. 6. Tiba-tiba , umpan saya dimakan ikan. 7. Saya mendapat seekor ikan yang besar. 8. Bapa pula mendapat lima ekor ikan. 9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan. Tajuk 14 : Pergi ke Pasar Malam 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Ahad lalu,saya dan ibu pergi ke pasar malam. Kami pergi dengan menaiki kereta. Ramai orang sedang membeli-belah. Suasana riuh-rendah. Ada banyak gerai menjual pelbagai barang. Saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju. Ibu pula membeli ikan,ayam ,sayur dan buah-buahan. Saya juga membeli nasi ayam untuk makan malam. Pada pukul 9.00 malam, kami pun pulang. Saya mahu pergi lagi.

Tajuk 15 : Har Lahir Saya

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.
9. 10. Tajuk 16 : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya. Saya mengajak ramai kawan. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya. Kakak menghias ruang tamu. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan. Kami makan-makan sambil bermain permainan. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah. Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya Saya ada sebuah keluarga yang bahagia. Ibu saya seorang suri rumah. Bapa pula seorang guru. Saya ada tiga adik lelaki. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Ibu saya seorang yang tegas. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik. Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran. 10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya .

Tajuk 17 : Berkebun 1. Saya dan ayah suka berkebun. 2. Kami menanam sayur-sayuran.

3. Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang. 4. Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu. 5. Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas. 6. Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar. 7. Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam. 8. Bapa mendapat banyak duit. 9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa. Tajuk 18 : Melawat Datuk di Hospital. 1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke hospital. 2. Kami melawat datuk yang sakit. 3. Datuk demam panas sejak semalam. 4. Saya bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan. 5. Datuk mengucapkan terima kasih. 6. Seorang doktor memberi ubat kepada datuk. 7. Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk. 8. Saya mengupas buah epal untuk datuk. 9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang. 10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh. Tajuk 19 : Berhari Raya di Rumah Kawan 1. Saya ada seorang kawan yang baik bernama Ali. 2. Ahad lalu,saya sekeluarga pergi ke rumahnya. 3. Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya. 4. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali. 5. Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya. 6. Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang. 7. Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali. 8. Bapa Ali memberi duit raya kepada saya. 9. Saya mengucapkan terima kasih. 10. Pada pukul 7:00 malam,saya pun pulang. Tajuk 20 : Membantu Jiran.

1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.


2. Ahad lalu, dia balik ke kampungnya. 3. Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya. 4. Suatu hari, ada seorang pemuda yang bertopeng. 5. Dia membuka besi tingkap rumah Abu. 6. Dia masuk ke dalam rumah Abu. 7. Saya cepat-cepat menelefon polis. 8. Polis datang lalu menangkapnya. 9. Abu pulang dari kampung,dia berterima kasih kepada saya sekeluarga. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

TEMA MASYARAKAT Tajuk 21 : Jiran Saya 1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu. 2. Dia seorang yang baik hati. 3. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya. 4. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah. 5. Bapa Abu seorang doktor. 6. Ibu Abu pula seorang guru. 7. Setiap hari raya, mereka mengajak saya ke rumah mereka. 8. Pada masa lapang,kami pergi berjoging. 9. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya. 10. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik. Tajuk 22 : Gotong-royong 1. Taman Aman mengadakan gotong-royong 2. Gotong-royong diadakan pada 1 April 2008. 3. Semua orang berkumpul di dewan. 4. Ada yang membawa cangkul. 5. Ada yang membawa sabit. 6. Ada yang membawa cat. 7. Semuanya tolong-menolong mencuci longkang. 8. Ada yang mengecat dewan. 9. Ada yang menebas lalang. 10. Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah bersih. Tajuk 23 : Pergi ke Majlis Perkahwinan 1. Hari Ahad saya pergi ke rumah orang kahwin. 2. Saya pergi dengan bapa dan ibu. 3. Ramai orang di situ. 4. Suasana sangat meriah. 5. Saya sekeluarga makan nasi minyak . 6. Saya banyak makan ayam goreng. 7. Pengantin sangat cantik. 8. Ada pemuda-pemuda bermain kompang. 9. Pengantin bersanding di atas pelamin. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman. Tajuk 24 : Kebaikan Hidup Berjiran 1. Jiran ialah orang yang tinggal setaman dengan kita.

2. Hidup berjiran sangat penting. 3. Hidup berjiran banyak kebaikannya. 4. Pertamanya, kita dapat menolong jiran yang miskin. 5. Keduanya, jiran dapat menolong menjaga rumah kita apabila kita keluar. 6. Ketiganya,kita dapat bermain bersama-sama. 7. Keempatnya,kita dapat bertukar-tukar idea. 8. Kelimanya,kita dapat memupuk perpaduan. 9. Tanpa jiran hidup kita sunyi. 10. Oleh itu, kita mestilah menghormati jiran. Tajuk 25 : Kebaikan Tinggal di Desa 1. Desa ialah kampung. 2. Ada banyak faedah tinggal di kampung. 3. Pertamanya, kita dapat udara segar. 4. Ini kerana tiada pencemaran alam di desa. 5. Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran sekampung. 6. Ketiganya,kita dapat mengamalkan gotong-royong. 7. Keempatnya,kita dapat melihat keindahan suasana desa. 8. Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung. 9. Banyak kebaikan tinggal di desa. 10. Oleh itu, semua orang mestilah menjaga keindahan kampung. Tajuk 26 : Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan 1. Menjaga kebersihan sangat penting. 2. Kawasan perumahan kita mestilah kita jaga. 3. Kita mestilah mengadakan gotong-royong. 4. Gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan kita. 5. Kita mestlah menanam tin-tin kosong. 6. Kita hendaklah mencuci longkang yang tersumbat. 7. Kita tidak boleh membuang sampah ke merata-rata tempat. 8. Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka. 9. Semua penduduk mestilah bekerjasama. 10. Negara bersih rakyat sihat. Tajuk 27 : Sukaneka 1. Ahad lalu,taman perumahan saya mengadakan sukaneka. 2. Banyak acara diadakan. 3. Ada acara tiup belon. 4. Ada acara tarik tali. 5. Ada acara lari dalam guni. 6. Suasana sangat meriah kerana ramai orang. 7. Saya masuk acara makan buah pisang. 8. Saya dapat nombor dua. 9. Sukaneka tamat pada pukull 2.00 petang. 10. Saya berasa gembira kerana dapat bersukaneka. Tajuk 28 : Saya Sebuah Telefon Awam 1. Saya sebuah telefon awam.

2. Saya dilahirkan di sebuah kilang. 3. Badan saya diperbuat daripada besi. 4. Badan saya ada wayar. 5. Badan saya ada tempat letak masuk duit syiling. 6. Dada saya ada nombor 0 hingga 9 7. Orang ramai menggunakan saya setiap hari. 8. Mereka menggunakan saya untuk berbual-bual. 9. Ada juga yang cuba merosakkan badan saya. 10. Saya berasa sangat gembira kerana berjasa kepada orang lain. Tajuk 29 : Seperti Kacang Lupakan Kulit 1. Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah kampung. 2. Mereka hidup miskin,Pak Atan seorang nelayan. 3. Mak Cik Limah pula menjual kuih-muih. 4. Mereka ada seorang anak bernama Rudi. 5. Mereka sangat sayang akan Rudi. 6. Rudi berjaya belajar di universiti. 7. Sekarang Rudi menjadi seorang doktor. 8. Tetapi dia tidak mahu balik ke kampung . 9. Rudi malu kerana ibu bapanya miskin. 10. Sikap Rudi Seperti Kacang Lupakan Kulit. TEMA : SEKOLAH Tajuk 30 : Pameran Lukisan di Sekolah Saya 1. Kelab Seni Lukis mengadakan pameran 2. Pameran diadakan di dewan sekolah. 3. Banyak ibu bapa melihat pameran. 4. Pelbagai lukisan dipamerkan. 5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan 6. Guru besar menyampaikan hadiah. 7. Pemenang sangat gembira 8. Pameran mendapat sambutan yang baik. 9. Orang ramai suka melihat pameran. 10. Pameran akan diadakan lagi Tajuk 31 : Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum 1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. 2. Kita dapat mengisi masa lapang. 3. Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab. 4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari 5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan . 6. Kita dapat belajar menjadi ketua. 7. Kita juga dapat kawan yang baru. 8. Kita juga dapat berfikir dengan baik. 9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum. 10. Kita dapat banyak faedah. Tajuk 32 : Kem Motivasi UPSR

1. Kami mendaftar diri. 2. Kami berkumpul di dewan. 3. Guru Besar memberi ucapan. 4. Guru memberi arahan. 5. Penceramah beri nasihat kepada murid. 6. Kami diajar cara-cara menjawab soalan. 7. Kami berehat dan makan di kantin. 8. Kami juga menyanyi dan bermain. 9. Guru Besar menyampaikan cenderamata. 10. Kami balik dengan gembira. Tajuk 33 : Hari Guru

1.
2.

3. 4. 5.
6. 7.

8.
9. 10.

Kami berkumpul di dewan. Kami menyanyi lagu sekolah Guru-guru menyanyi lagu Hari Guru. Guru Besar memberi ucapan. Murid menyanyi dan menari. Kami bermain dengan guru. Kami makan dan minum di kantin. Suasana sangat meriah. Semua murid memberi hadiah kepada guru. Semua guru gembira kerana jasa dihargai.

Tajuk 34 : Pertandingan Bola Sepak 1. Lapan buah sekolah mengambil bahagian. 2. Ramai ibu bapa datang melihat. 3. Tempat pertandingan di padang sekolah. 4. Pemain bermain sungguh-sungguh. 5. Penonton bertepuk tangan. 6. Ada pemain yang luka. 7. SJK (T) Ladang Bidor Tahan johan. 8. Guru Besar menyampaikan hadiah. 9. Pasukan yang menang gembira. 10. Tahun depan jumpa lagi. Tajuk 35 : Hari Penyampaian Hadiah 1. Sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. 2. Guru,guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan. 3. Kami menyanyi lagu Negaraku. 4. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan. 5. Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya. 6. Ada murid-murid menyanyi dan menari. 7. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua pergi ke kantin untuk makan. 8. Kami pun pulang. 9. Kami berasa sangat gembira. 10. Kami harap majlis ini akan diadakan lagi. Tajuk 36 : Ucapan Perpisahan.

10

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian. Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru. Saya akan selalu ingat jasa guru Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan. Saya mewakili murid lain minta maaf Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru Kami akan menjaga nama baik sekolah Kami berjanji untuk mencapai cita-cita Saya harap guru doakan kejayaan kami. Sekian, terima kasih.

Tajuk 37 : Sekolah Saya 1. Nama Sekolah saya 2. Sekolah saya sangat besar dan cantik. 3. Sekolah saya ada banyak kelas. 4. Sekolah saya ada sebuah padang. 5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga. 6. Kantin sekolah saya besar dan bersih. 7. Guru sekolah saya baik. 8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar. 9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan. 10. Saya sayang akan sekolah saya. Tajuk 38 : Mematuhi Peraturan Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid. Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin Murid-murid tidak boleh berambut panjang Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng. Peraturan juga bermula dari rumah. Kita mesti ikut peraturan. Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda. Peraturan jadikan kita baik. Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab. Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.

Tajuk 39 : Persiapan Menghadapi Peperiksaan. 1. Peperiksaan sangat penting. 2. Saya mengulang kaji pelajaran pada setiap malam. 3. Saya juga belajar bersama kawan-kawan. 4. Selain itu, saya belajar di kelas tuisyen. 5. Saya suka bertanya kepada kawan yang bijak. 6. Kalau tidak faham saya akan bertanya kepada guru. 7. Saya mesti rajin membaca buku. 8. Saya juga mencari maklumat dengan melayari laman web

11

Tajuk 40 : Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Belajar secara kumpulan sangat baik. Kumpulan ini ada yang besar dan kecil. Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah. Kita boleh belajar bersama-sama. Kalau tidak faham kita boleh tanya kawan. Kawan yang pandai boleh bantu kawan yang lemah. Masalah dapat diselesaikan bersama-sama. Kita juga dapat berkongsi idea. Kita boleh dapat banyak faedah. Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.

Tajuk 41 : Saya Sebuah Perpustakaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Saya sebuah perpustakaan. Saya juga dipanggil disebut pusat sumber. Saya ada di sebuah sekolah yang besar. Badan saya ada pelbagai jenis buku. Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar. Murid-murid selalu meminjam buku. Saya dijaga oleh pustakawan. Pustakawan menyusun buku dengan rapi. Murid yang lambat hantar buku akan didenda. Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.

Tajuk 42 : Hari Sukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan. Sukan itu diadakan di padang sekolah. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG. Mula-mula, murid-murid berjalan keliling padang. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari. Pasukan Merah telah menjadi johan. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.

Tajuk 43 : Perkhemahan Pengakap

1. Perkhemahan diadakan pada 12 April 2008.


2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat. 3. Perkhemahan diadakan di tepi hutan. 4. Kami berkumpul di sekolah lalu menaiki bas ke tapak perkhemahan. 5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan. 6. Selepas tiba,kami mendirikan khemah dan memasak makanan. 7. Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuhan. 8. Waktu malam, kami membuat unggun api.

12

9. Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan. 10. Saya berasa seronok dan gembira. Tajuk 44 : Sekolah Baharu Saya 1. Sekolah saya bersih dan cantik. 2. Sekolah saya terletak berhampiran pekan. 3. Terdapat lima bangunan di sekolah saya. 4. Sekolah saya besar dan luas. 5. Murid di sekolah itu seramai lima ratus orang. 6. Ada lapan belas kelas semuanya. 7. Kemudahan di sekolah itu lengkap. 8. Ada empat puluh orang guru di sekolah itu. 9. Guru-guru dan rakan-rakan sangat peramah dan baik. 10. saya sangat gembira dan seronok.

KAEDAH BERPERINGKAT TEMA MASYARAKAT PERINGKAT 1 Salin dalam buku karangan. Tajuk Jiran Saya Saya ada seorang jiran. Jiran saya bernama Abu. Dia seorang yang baik hati. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah. Bapa Abu seorang doktor.Ibu Abu pula seorang guru. Setiap hari raya, mereka akan mengajak saya ke rumah mereka. Pada masa lapang, kami pergi berjoging. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik. PERINGKAT 2 Salin dan lengkapkan. Saya ada seorang _____________. Jiran saya bernama Abu. Dia seorang yang _________________ . Dia suka memberi _______________ kepada saya. Dia selalu membantu saya menyiapkan ______________. Bapa Abu seorang doktor.Ibu Abu pula seorang guru. Setiap hari raya, mereka akan _____________ saya ke rumah mereka Pada masa lapang,kami pergi____________.Anak-anak mereka suka bermain _____________ dengan saya. Saya berasa sangat ____________ kerana ada jiran yang baik.

badminton kerja rumah

gembira buah-buahan

mengajak berjoging

jiran baik hati

13

PERINGKAT 3 : tulis karangan berdasarkan rangka Pen : - tinggal berhampiran Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 :- seorang jiran- bernama - baik hati. memberi buah-buahan membantu - kerja rumah. :- bapa - doktor - ibu - guru saling menghormati :- hari raya - mengajak ke rumah mereka :- lapang berjoging - anak-anak badminton bersama saya.

Pt :- gembira jiran bersopan santun CADANGAN SOALAN KARANGAN PKSR DAERAH BATANG PADANG 2008 TAHUN 1,2 dan 3 SEMESTER 1 1 Diri Saya 2 Ibu Saya 3 Bapa Saya 4 Sekolah Saya 5 Cita-cita Saya 6 Pergi ke Pasar 7 Pergi ke Perpustakaan 8 Pergi ke Pasar Raya 9 Pergi ke Zoo Negara 10 Pergi ke Rumah Datuk dan Nenek TAHUN 4 1 2 3 4 5 6 7 8 SEMESTER 1 Surat tidak rasmi kepada rakan Pencemaran Alam Sekitar (buku teks unit 7)l Hari Ibu Berkelah di Tepi Pantai Berkelah di Tepi Air Terjun Pergi ke Dusun Datuk Pergi ke Pasar Malam Suasana Hari sukan Sua sana Hari Kanak-kanak SEMESTER 2 Mengusahakan Tanah Terbiar (buku teks unit 9) Laporan Lawatan ke Muzium Polis (buku teks unit 10) Suasana Sambutan Hari Kebangsaan (buku teks unit 11) Kebaikan Menggunakan Komputer (buku teks unit 12) Laporan Tahunan Persatuan Matematik (buku teks unit 13) Surat tidak rasmi Melancong Bersama-sama Keluarga (buku teks unit 13) Syarahan Kepentingan Menjaga Kesihatan (buku teks unit 13) Mengakhiri karangan - ...Sejak Kejadian itu,aku menjadi lebih berhatiSEMESTER 2 Rumah Saya Basikal Saya Hobi Saya Kawan Baik Saya Hari Jadi Saya Jiran Saya Saya Sebuah Televisyen Saya Sepasang Kasut Aku Seekor Kucing Aku Sebatang Pensel

14

Berkebun Bersama-sama Keluarga

10 Melawat Datuk di Hospital

hat,terutamanya sewaktu berada di jalan raya (buku teks unit 13) Autobiografi Aku Bumi Bertuah (buku teks unit 14) Fakta - Masa Itu Emas

Diharapkan guru yang menggubal soalan, memilih sekurangkurangnya 1 tajuk apabila hendak membina soalan Bahagian B tahun 4,5 dan 6 agar dapat memberi keadilan kepada semua murid.
Jumlah karangan dari tahun 1 6 = 90 karangan TAHUN 5 1 2 3 4 5 6 7 8 9 SEMESTER 1 Gotong-royong Membersihkan Kawasan Rumah (buku teks) (unit 1-8) Pengalaman Saya Ketika Jerebu (buku teks) Ahli Sukan yang Saya Minati (buku teks) Pengalamanku Menyambut Hari Kemerdekaan (buku teks) Laporan Lawatan ke Menara Jam Condong (buku teks) Seperti Kacang Lupakan Kulit Kepentingan Menyertai Kokurikulum Pengalaman pada Hari Guru Saya Sebuah Telefon Bimbit SEMESTER 2 Keistimewaan Negara Kita (buku teks) (unit 8-15) Kegunaan Buluh (buku teks) Catatan Bercuti di Kampung Datuk (buku teks) Cerita Jenaka yang Saya Tahu (buku teks) Kepentingan Ciptaan Sains kepada Manusia (buku teks) Kepentingan Komputer (buku teks) Surat rasmi Memohon Sumbangan Komputer (buku teks) Pengalaman Belajar Menggunakan Komputer (buku teks) Cara-cara Kita menunjukkan Semangat Patriotik (buku teks) Faedah Membaca SEMESTER 2 Aku mengayuh basikalku.Ketika itu,langit yang cerah menjadi mendung.Aku mempercepat kayuhanku.... (buku teks) (Unit 8 15) Syarahan Faedah Bercucuk Tanam (buku teks) Cerita Binatang yang Angkuh (buku teks) Juakim Petani Berjaya(buku teks) Sukan yang Saya Minati (buku teks)

10 Saya Sebuah Perpustakaan TAHUN 6 SEMESTER 1 1 Sesat di Hutan (buku teks) 2 3 4 5 (Unit 1-8) Berkebun di Sekolah (buku teks) Suasana pada majlis penyampaian hadiah (buku teks) Perbualan di Kedai Runcit (buku teks) Faedah Menguasai Bahasa

15

6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Malaysia (buku teks) Berita Minggu Sains dan Matematik (buku teks) Perbualan untuk Menyaksikan Hari Kebangsaan (buku teks) Surat tidak rasmi Tempat-tempat Menarik di Malaysia (buku teks) Perbualan Tentang Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri (buku teks) Kebaikan Membaca Akhbar Cara-cara Memupuk Perpaduan Suasana di Kantin Sekolah Saya Kebaikan Kelas Tambahan Cara-cara Mengenang Jasa Guru Suasana di Stesen Bas

Kereta Idaman Saya (buku teks) Lawatan ke Tempat Menarik (buku teks) Laporan Sambutan Hari Guru Minggu Bahasa Melayu Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa Impian Hidup Saya Guru Yang Paling Saya Kagumi Mata Pelajaran Yang Paling Saya Gemari Pengalaman Menyertai Kem Motivasi Faedah Mengunjungi Perpustakaan

16

You might also like