Syair Nasihat

ISI KANDUNGAN SYAIR NASIHAT ......................................................................................................1-8 GURINDAM ..............................................................................................................

9-19

1

(2) kepentingan mencari ilmu(3) membuat kebaikan dan berfikiran positif. Nilai-nilai pengajaran dan pendidikan tersebut adalah: (1) prinsip-prinsip dan kriteria seorang yang berilmu. dan (5) ilmu pengetahuan. Syair ini memiliki nilai-nilai pengajaran dan pendidikan yang tinggi.Pendahuluan Ini adalah alah satu bentuk syair Melayu melalui karya klasik yang sangat terkenal adalah syair nasihat kelebihan ilmu. Berikut ini akan dipaparkan contoh Syair Nasihat Kelebihan Ilmu dan maksudmaksudnya yang tersitar dan tersurat. Syair Kelebihan Ilmu:Ilmu Itu Bekalan Hidup: Berkata ilmu akulah sultan Kerajaan aku darat dan lautan Jahil berseru akulah syaitan Ikutlah aku merata hutan Ilmu itu gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati 2 . (4) pandai membawa diri. Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun) Dan setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

dan pekan Jasa seorang ialah taulan Teman berbeka suluh berjalan Jasa berhimpun ialah pengenalan Hiasan penyata polan si polan Bagi yang duka ia perghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah kandil di dalam kubur Lamun dengannya beramal subur Ialah penarang ke jalan syurga Ia pemuas tekak dan dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga Ialah alat sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hampirnya luas pandang sejuta Tepinya ajal sempadan fana Syair ini memaparkan nasihat seorang ayah kepada anaknya supaya meninggalkan segala sikap buruk (negatif). 3 . sebaliknya melazimkan diri dengan sikap terpuji dan positif dalam diri. di darat.Harganya tidak dapat ternilaikan Sebuah dunia belinya bukan Kuasanya bersukar digunakan Di laut. di rimba.

atau suci hati tanpa sikap sambil lewa. Ayuhai anakanda muda remaja. 4 . Si ayah seterusnya menasihatkan anak andainya hendak menjadi pemimpin (raja) hendaklah sentiasa berniat tulus ikhlas. Amalkan jangan malas dan ngeri. Zahir dan batin janganlah culas. Kemudian. iaitu rajin bekerja. Jernihkan hati hendaklah ikhlas. Nasihat kebajikan ayahanda beri. Jika anakanda menjadi raja.Perbincangan Rangkap Demi Rangkap: Dengarkan tuan ayah berperi. Seperti air di dalam gelas. tetapi bernada tegas. Selain itu. Hati yang betul hendak disahaja. Kepada anakanda muda bestari. seseorang pemimpin hendaklah menunjukkan kesungguhan. Kesungguhan yang ditunjukkan menggambarkan keikhlasan hati seperti air jernih di dalam gelas. si ayah menyatakan nasihat sebenar yang disampaikan dalam bentuk arahan (amaran) untuk membentuk dan mendidik anaknya dalam konteks mencari ilmu dengan betul. Si ayah memulai nasihat dengan mengungkapkan kata-kata semangat yang berupa pujian yang sederhana. Si ayah memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut. Kerja kebajikan janganlah malas. Serta rajin pula bekerja. Kerja kebajikan yang dilakukan itu pula hendaklah kelihatannya dilakukan sepenuh hati. Si anak hendaklah rajin berbakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan.

daripada melakukan perkara-perkara yang lain. Namun. dan tentulah tidak kepada "ilmu" yang menjurus kepada kerosakan.Menuntut ilmu janganlah segan. Sebaliknya. Si anak digesa supaya sentiasa mengutamakan proses pengajian. Jika sebarang-barang diramu. jika si anak bertindak tanpa ilmu. naskhah. Di kitab ini sudah disebutkan. Segala perbuatan dengan berilmu. Ilmu yang benar jangan yang bukan. Hal demikian dapat menjamin supaya perbuatan si anak akan selaras dengan tujuan kebajikan yang hendak dicapai. Dari yang lain lebihkan dulu. ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar. si anak hendaklah memastikan bahawa dia tidak melanggar mana-mana peraturan hukum (had syarak) dalam kehidupan supaya terhindar daripada imej yang buruk dan tercela (aib dan malu). Hendaklah anakanda mengaji selalu. Si ayah juga menasihati si anak supaya segala perbuatan hendaklah berasaskan ilmu. kemungkinan untuk menjadi insan yang keliru atau terpedaya sangatlah besar kemungkinannya. iaitu menjurus kepada kebajikan. Pedoman sudah diberikan dalam kitab (buku. Iaitu ilmu yang kebajikan. Si anak juga tidak boleh mengabaikan kepentingan menuntut ilmu. Maka kebajikan boleh bertemu. atau semberono (sebarang-barang). Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Tidaklah anakanda beroleh malu. wacana yang disampaikan). iaitu terus belajar. Di samping itu. Had syarak jangan dilalu. 5 .

Membezakan hak dengan batilnya. Anakanda tercengang tunduk terngadah. PERSOALAN 1) Kepentingan manusia memiliki ilmu sebagai panduan hidup.. Faedah menuntut ilmu amatlah besar justeru dapat membezakan perkara yang benar dengan perkara yang palsu. Rakyat datang membawa gundah. 2) Kepentingan ilmu dan keimanan 3) Mencari Ilmu yang tiada hadnya. Keputusan (hukuman) seseorang pemimpin yang berlandaskan ilmu juga bersifat adil dan dapat diterima dengan senang hati. masalah atau musykil. maka apakala rakyat jelata datang mengadu hal. TEMA tema syair ialah tentang nasihat seorang ayah yang prihatin terhadap amalan tingkah laku anak yang hendak disiapkan menjadi pemimpin yang baik. 5) Kepentingan ilmu. 4) Kewajipan menuntut ilmu.Ilmu itu besar faedahnya. 6 . si pemimpin hanya mampu tercengang. tunduk terngadah dan termangu. Jika ilmu tidak diendah. Pemimpin juga dapat mengadili atau menghakimi rakyat dengan adil. Mengetahui rakyat benar salahnya. Jika seseorang pemimpin tidak mempedulikan kepentingan menuntut ilmu disebabkan sikap si anak yang mengambil mudah (mengabaikan ilmu). Sebab anakanda capak permudah.. Supaya dihukumkan dengan adilnya. Kewibawaan seseorang pemimpin yang bersifat demikian akan pudar di mata rakyat jelata.

3) Kita hendaklah mementingkan ilmu untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu adalah sesuatu perkara yang menbantu kita untuk menjalani kehidupan. bersikap takbur dan riak dan sentisa menimbulkan rasa ingin bermusuhan dengan manusia. Dalam pemecahan masalah ini seseorang harus terlibat dalam kesibukan atau kegiatan seperti meneliti. tetapi sumbangan dari pemikiran manusia. kerana banyak pengetahuan-pengetahuan yang belum terungkap.PENGAJARAN: 1) Kita perlu mencari Ilmu Pengetahuan untuk meneruskan kehidupan 2) Kita perlu mencari ilmu dengan hati yang ikhlas dan terbuka agar menjadi orang yang berguna. Tentu saja ilmu pengetahuan yang mendatangkan kebaikan bagi umat manusia atau bermanfaat bagi kehidupan dan kesejahteraan manusia. Hasrat mereka untuk mengetahui memang luar biasa. Semua ini diperlukan pengetahuan manusia untuk diri mereka. 6) Mesti berkeyakinan dan rajin dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Meneliti adalah usaha menemukan kebenaran atau membuktikan kekeliruannya. kita dapat melihat gambaran seseorang yang kurang ilmu pengetahuannya. Ilmu pengetahuan terbentuk dari dorongan untuk memecahkan masalah. Dalam syair ini. tetapi mereka sama sekali tidak tertarik untuk menerapkan ilmu pengetahuan itu. Ilmu la yang akan menjamin kehidupan kita suatu hari nanti. Ilmu pengetahuan adalah ciptaan yang terbentuk dari dorongan untuk mencari kebenaran melalui pemecahan masalah. 4) . termasuk mengadakan penerokaan. 5) Kita mesti berpendirian tetap dan bersikap adil dalam melaksanankan tugas. ISI KANDUNGAN Dalam syair Ilmu pengetahuan ini mempunyai dua fungsi utama iaitu untuk membiarkan manusia mengetahui sesuatu dan untuk membiarkan manusia berbuat sesuatu. Jadi ilmu pengetahuan bukanlah sesuatu yang jatuh dari langit. Janganlah kita sebagai manusia silap utntuk mencari dan menimba ilmu sebagai contoh mencari ilmu semata untuk hal dunia. Mencari ilmu pengetahuan ini sangat diutamakan dan penting untuk dicari. Sehingga ia menyangka paling pandai.Kita perlu menyedari bahawa ilmu itu tidak ternilai. 7 .

melalui karya klasik iaitu syair nasihat kelebihan ilmu. penyair menekankan kelebihan ilmu pengetahuan adalah asas atau fokus utama syair ini.Immanuel Kant [1724-1804m] yangmerupakan ahli falsafah moden mengutarakan pandangan yang menganggap bidang falsafah sebagai ilmu yang menjadi utama atau pangkal segala ilmu.PENUTUP Kesimpulan.Secara rumus bidang falsafahmemeng berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. ilmu itu bekalanhidup yang dituturkan oleh Haji Abd Rahim Shafie ini dapat disimpulkan bahawa penyair menekankan isu kepentingan ilmu sebagai bekalan hidup. 8 .

iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataanya dengan satu pasangannya sahaja. saya telah memilih karya klasik gurindam dua belas yang akan dikupas dalam ilmu sastera.w. gurindam 12 yang dicipta oleh Raja Ali Haji ini lebih jelas memancarkan falsafah dan etika logika melayu yang berteraskan islam. Kita perlu rasa takut akan akhirat dan mengharapkan rahmatnya. 9 . Contohnya. Menurut Raja Ali Haji adapun gurindam itu. mengakui ketuhanan Allah. KUPASAN GURINDAM DUA BELAS DALAM ILMU FALSAFAH Secara keseluruhannya. fikiran dan juga emosi manusia. mengeluarkan zakat dan fitrah dan mengerjakan haji jika mampu. bangsawan dan ilmuan Melayu yang terunggul pada abad ke-19M. Raja Ali Haji(18091872) adalah seorang ulama’. Selain itu kita juga dapat merasai kewujudannya dengan rasa dan iman yang tinggi kepadanya walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan pancaindera secara kasar.t dengan cara menundukkan kepala. kebangkitan hari akhirat dan penentuan qada’ dan qadar oleh Tuhan. berpuasa dalam bulan Ramadhan.Menurut Za’ba (1962) pula gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi yang amat terkenal dan jelas memancarkan sastera dan logika melayu ialah Gurindam dua belas yang telah dihasilkan oleh Raja Ali Hajiyang siap dikarangnya pada 23 Rejab 1263 H bersamaan 3 Julai 1847. jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang keduaitu jadi seperti jawab (Sutan Takdir Alisiahbana. Contohnya dalam (fasal satu dan dua) menceritakan tentang perlunya ada iman atau akidah iaitu pembinaan kepercayaan dan keyakinan terhadap tuhan. merendahkan diri dan menghimpunkan himah kepadanya dan mengekalkan diam dan mendiamkan segala anggota. Kita jugamestilah menyegerakan mengerjakan suruhannya dan menjauhi tegahannya dan sedikit berpaling daripada takdirnya. Menurut Ismail Hamid (1989) istilah gurindam berasal daripada bahasa sanskrit. mendirikan solat lima waktu sehari. kita perlu melakukan ibadah-ibadah yang telah ditetapkan didalam rukun islam. 1954). Kita mestilah beradab kepada Allah s.Dalam tugasan ini.Jangan kita marah dan susah kerana iaTuhan yang amat murah dan amat mengasihani. Semua itu demi mendisplinkan anggota badan.

tetapi tidak akan gundahgulana yang amat sangat apabila jalan mengambilnya kembali kerana itu haknya.Contohnya adalah seperti yang terkandung dalamGurindam dua belas (fasal keempat dan kelapan). pemurah. bernas. budi bicara. perangai dan tindak tanduk yang baik. Sistem-sistem tersebut juga merupakan satu amanah atau pinjaman Tuhan. bijaksana. Keluarlah fiil yang tiada senonoh. bakhil. Nafsu amarah atau jahat yangmerupakan diri yang bersifat kebinatangan (haiwan) iaitu rakus. Dalam masyarakat melayu tradisional. bohong.perasaan. angkuh. kepura-puraan dan dangkal sebagai penyakit hawa akibat kegagalan penguasaan nafsu haiwan dan akal. budu bahasa. Sifat-sifat jahat tersebut adalah merupakan satu kajian bidang ilmu yang meneliti satucabangan daripada alam semesta (kosmologi) dilihat dari segi subsistemnya iaitumengkaji sains manusia dan kemasyarakatan yang mengkaji dan menghuraikan dirimanusia secara individu dan juga berkelompok dan berorganisasi. Selain itu. dinikmati dan dipelihara walaupun sementara.dan egois merupakan roh manusia. hasad dengki. menganggapnya bahawa sesuatu nikmat itu amanah atau pinjaman yangharus disyukuri. penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya. akalbudi. dan tamak haloba. mengumpat. bengis. mabuk. nafsu.Budi pekerti dan adab sopanyang mulia merujuk kepada tingkah laku. keperibadian.Bagi yang tema dilihat seperti yang terkandung didalam petikan Gurindam dua belas (fasal ketiga). wajar. sopan. positif. Contohnya : Apabila perut terlalu penuh. buas. atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia. Budi bahasa dan budi budi bicara yang mulia pula merujuk kepada pertuturan yang manis. misalnya pemikiran. sopan santun.Merekayang berakal. dan sebagainya. tamak. pertuturan. Manakala akal budidan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu(mistik) 10 . kikir. danpenuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengar. orang-orang yang dianggap mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagaiorang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti. dalam Gurindam dua belas ini juga ada menceritakan tentang sifat-sifat jahat seperti angkuh.

juga tidak anak itu mengikutnya.W.Dalam persahabatananak-anak muda kurang perasaan iman kepada Allah S. Hendaklah menghinakan diri kepada 11 . Paradigma pemikiran adalah berdasarkan mistikal dan supralogikal. maka mudah diganggu olehsyaitan. Adab dan sopan itu merupakan latihan jasmani dan rohani. kita hendaklah berdiri ketika berdiribapanya dan ibunya kerana hormat akan mereka. dan yakin atau percaya sebagai anggota pengukuran. dan keberanian. Dan hendaklah anak itu menjunjungperintah bapanya. kemuliaan. kebijaksanaan. Contohnya dalam (fasal kelima). Dalam gurindam dua belas juga menceritakan tentang adab-adab dengan pasanganatau orang disekeliling kita seperti adab sebagai anak dengan ibu dan bapa. perasaan. Contohnya (fasal kesembilan) : Kebanyakkan orang yang muda-muda Disitulah syaitan tempat berkuda. Syaitan juga dikenali sebagai makhluk yang berada dialammaya (alam tidak nyata). Persahabatan dikalangan anak muda ataupun mereka yang berhati muda kebanyakkannya didorong oleh perasaan keseronokan. dan kebaikan. Syaitan merupakan sesuatu yang abstrak kerana tidak dapat diihatdengan pancaindera secara kasar dan tidak dapat disentuh.T yang hidup dalam alam ghaib (trasedental). Terdapat juga tentang kewujudan makhluk yang hidup dalam alam ghaib yang banyak mengganggu manusia terutama golongan muda-mudi yang tiada pegangan hidup atau tiada kerangka berfikir (paradigma). adab denganisteri dan adab dengan kawan. iaitu hendaklah anak itu mendengar dan mengikutapa-apa ajaran dan suruhan bapanya. kewarasan. Gurindam dua belas (fasal sepuluh) menceritakan tentang adab berserta dengan bapa dan ibu itu. kasyaf. ilham. keghairahan.persahabatan demikian mudah muncul dan juga mudah hilang. rasa. Kita sebagai anakjuga tidak boleh berjalan dihadapan ibu dan bapa dan jangan berjalan membesarkan suaradihadapan ibu dan bapa lebih dari suaranya dan menyahut dengan sebaik-baik sahut padaketika ia menyeru akan dia. Selain itu. syaitan seolah-olah tidak wujud kerana kita tidak dapat melihatnya tetapikita dapat merasainya dengan hati kalbu. derhakalah dia. dan wahyu.Syaitan dilambangkan sebagaimakhluk Allah S. Jika kita mengikut pemikiran secara pendek. Syaitan tidak boleh dilihat dengan pancaindera secara kasar.T. Syaitan dianggap sebagai jenis-jenis ilmu yang mistik dimana kaedah kajiannya dengan cara latihan jasmaniah dan rohaniah. ketenangan.W.yang sarat dengan ilmu.

Maka iaitu hendaklah diadilkan daripada nafkahnya. INILAH GURINDAM DUA BELAS Karya Raja Ali Haji Persimpanan yang indah-indah. zahirnya (jasmaniah) dan batinnya (rohaniah).ibu bapa dan jangan membangkit-bangkitkan kebajikan ia kepada bapanya. Dan juga sekali-kali pemergiannya dengan tiada izin oleh ibu bapa. anak isteri kita dan kawan-kawan kita. Jangan menilik (memandang) bapa dengan tilik kejahatan.Adapun adab dengan ahli-ahli keluarga kita sendiri. dan jangan menjeling dan memalingkan muka kepada ibu dan bapa. iaitulah ilmu yang memberi faedah Aku hendak bertutur akan gurindam yang beratur Fasal Pertama Barangsiapa tiada memegang agama Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama Barangsiapa mengenal yang empat Maka ia itulah orang yang ma’rifat Barangsiapa mengenal Allah Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah Barangsiapa mengenal diri Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri Barangsiapa mengenal dunia Tahulah ia barang yang terpedaya Barangsiapa mengenal akhirat Tahulah ia dunia mudharat 12 .

Fasal Kedua Barangsiapa mengenal yang tersebut Tahulah ia makna takut Barangsiapa meninggalkan sembahyang Seperti rumah tiada bertiang Barangsiapa meninggalkan puasa Tidaklah mendapat dua termasya Barangsiapa meninggalkan zakat Tiadalah hartanya beroleh berkat Barangsiapa meninggalkan haji Tiadalah ia menyempurnakan janji Fasal Ketiga Apabila terpelihara mata Sedikitlah cita-cita Apabila terpelihara kuping Khabar yang jatuh tiadalah damping Apabila terpelihara lidah Niscaya dapat daripadanya faedah Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan Daripada segala berat dan ringan Apabila perut terlalu penuh Keluarlah fiil yang tiada senonoh 13 .

Anggota tengah hendaklah ingat Di situlah banyak orang yang hilang semangat Hendaklah peliharakan kaki Daripada berjalan membawa rugi Fasal Keempat Hati itu kerajaan di dalam tubuh Jikalau zalim segala anggota pun rubuh Apabila dengki sudah bertanah Datanglah daripadanya beberapa anak panah Mengumpat dan memuji hendaklah pikir Di situlah banyak orang yang tergelincir Pekerjaan marah jangan dibela Nanti hilang akal di kepala Jika sedikitpun berbuat bohong Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung Tanda orang yang amat celaka Aib dirinya tiada ia sangka Bakhil jangan diberi singgah Itulah perompak yang amat gagah Barangsiapa yang sudah besar Janganlah kelakuannya membuat kasar Barangsiapa perkataan kotor 14 .

Mulutnya itu umpama ketor Di mana tahu salah diri Jika tidak orang lain yang berperi Pekerjaan ta’bur jangan direpih Sebelum mati didapat juga sepih Fasal Kelima Jika hendak mengenal orang berbangsa Lihat kepada budi bahasa Jika hendak mengenal orang yang berbahagia Sangat memeliharakan yang sia-sia Jika hendak mengenal orang mulia Lihat kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang yang berilmu Bertanya dan belajar tiadalah jemu Jika hendak mengenal orang yang berakal Di dalam dunia mengambil bekal Jika hendak mengenal orang yang baik perangai Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai Fasal Keenam Cahari olehmu akan sahabat Yang boleh dijadikan obat Cahari olehmu akan guru 15 .

Yang boleh tahukan tiap seteru Cahari olehmu akan isteri Yang boleh menyerahkan diri Cahari olehmu akan kawan Pilih segala orang yang setiawan Cahari olehmu akan abdi Yang ada baik sedikit budi Fasal Ketujuh Apabila banyak berkata-kata Di ditulah jalan masuk dusta Apabila banyak berlebih-lebihan suka Itulah tanda hampirkan duka Apabila kita kurang siasat Itulah tanda pekerjaan henak sesat Apabila anak tiada dilatih Jika besar bapanya letih Apabila banyak mencela orang Itulah tanda dirinya kurang Apabila orang yang banyak tidur Sia-sia sahajalah umur Apabila mendengar akan khabar Menerimanya itu hendaklah sabar 16 .

Apabila mendengar akan aduan Membicarakannya itu hendaklah cemburu Apabila perkataan yang lemah lembut Lekaslah segala orang mengikut Apabila perkataan yang amat kasar Lekaslah orang sekalian gusar Apabila pekerjaan yang amat benar Tidak boleh orang berbuat honar Fasal Kedelapan Barangsiapa khianat akan dirinya Apalagi kepada lainnya Kepada dirinya ia aniaya Orang itu jangan engkau percaya Lidah yang suka membenarkan dirinya Daripada yang lain dapat kesalahannya Daripada memuji diri hendaklah sabar Biar daripada orang datangnya khabar Orang yang suka menampakkan jasa Setengah daripada syirik mengaku kuasa Kejahatan diri sembunikan Kebajikan diri diamkan Keaiban orang jangan dibuka 17 .

Kebaikan diri hendaklah sangka Fasal Kesembilan Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan Bukannya manusia itulah syaitan Kejahatan seorang perempuan tua Itulah iblis punya punggawa Kepada segala hamba-hamba raja Di situlah syaitan tempatnya manja Kebanyakan orang yang muda-muda Di situlah syaitan tempat bergoda Perkumpulan laki-laki dengan perempuan Di situlah syaitan punya jamuan Adapun orang tua yang hemat Syaitan tak suka membuat sahabat Jika orang muda kuat berguru Dengan syaitan jadi seteru Fasal Kesepuluh Dengan bapa jangan durhaka Supaya Allah tidak murka Dengan ibu hendaklah hormat Supaya badan dapat selamat Dengan anak janganlah lalai 18 .

sahabat-sahabat dan juga dapat mempelajari ilmu-ilmu mistik(trasedental). kepada ibubapa.T. ahli keluarga.Supaya boleh naik ke tengah balai Dengan isteri janganlah alpa Supaya malu jangan menerpa Dengan kawan hendaklah adil Supaya tangannya jadi kapil KESIMPULAN Ternyata Gurindam Dua Belas oleh Raja Ali Haji ini jelas memancarkan falsafah danetika logika melayu yang padat.W. 19 .W.Kita dapat mempelajari banyakilmu pengetahuan dan ajaran seperti tentang adab-adab kepada Allah S. secara langsung kita dapatmempelajari tentang kehidupan syaitan yang sebenar yang hidup dialam tidak nyata(alam maya). Sesungguhnya gurindam dua belas yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji ini menjelaskan sastera dan etika logika melayu yang sangat bersesuaian denganmasyarakat melayu tradisional yang sarat dengan pengajaran dan pendidikan selain berperanan sebagai media hiburan dan sebagai dokumentasi gambaran masyarakat melayu.T dengan sebaik-baik mungkin. Sesungguhnya kelalaian generasi muda-mudi sekarang adalah kerana imanmereka yang mudah goyah dan telah didorong oleh syaitan yang direjam. kita mestilah memelihara amanah atau pinjaman yang diberi oleh Allah S. Seperti dalam gurindam fasal kesembilan.Raja Ali Haji telah banyak memasukkan isi-isi tersiratyang berteraskan islam dalam penulisan gurindamnya.Selain itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful